Bab 2-Reka Bentuk Pengajaran

19
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 BAB 2: REKA BENTUK PENGAJARAN 2.1 Pendahuluan Perkembangan teknologi pendidikan sebagai sistem pengajaran dan reka bentuk pengajaran bermula pada awal tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, yang menambah dimensi baru kepada komunikasi media dan juga teknologi dalam pendidikan. Teknologi ini berlandaskan kepada keyakinan bahawa manusia dan bukan manusia boleh membentuk satu keperluan pengajaran yang berkesan. Berdasarkan kepada pandangan tersebut, teknologi pendidikan bukan sahaja menjadi medium kepada komunikasi pengajaran tetapi juga menjadi pendekatan yang lebih bersistematik untuk mereka bentuk, membangunkan dan menyampaikan pengajaran. 2.2 Pengertian dan Konsep Reka Bentuk Pengajaran Rekabentuk merupakan proses menentukan keadaan untuk pembelajaran. Unsur ini terdiri daripada analisis keperluan, sintesis, reka bentuk, blueprints dan penilaian (Driscoll, M., 1998). Proses reka bentuk pengajaran berasaskan jejaring yang lengkap terdiri daripada tiga fasa iaitu rekabentuk, pembangunan dan penyampaian (Driscoll, M., 1998). Dick & Reiser (1989) memberi pengertian reka bentuk merupakan “Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran”. Manakala Richey (1986) pula menyatakan reka bentuk pengajaran adalah “Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran”. Secara khususnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar atau diukur serta diuji dan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga objektif tercapai. . Suatu aktiviti penting yang mesti dilaksanakan dalam pendidikan dan latihan adalah proses penyampaian atau pengajaran. Setiap proses penyampaian atau pengajaran perlu mempunyai matlamat yang nyata dan jelas dan boleh dicapai. Matlamat ini akan

description

tmk

Transcript of Bab 2-Reka Bentuk Pengajaran

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    1

    BAB 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

    2.1 Pendahuluan

    Perkembangan teknologi pendidikan sebagai sistem pengajaran dan reka bentuk

    pengajaran bermula pada awal tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, yang menambah

    dimensi baru kepada komunikasi media dan juga teknologi dalam pendidikan. Teknologi

    ini berlandaskan kepada keyakinan bahawa manusia dan bukan manusia boleh

    membentuk satu keperluan pengajaran yang berkesan. Berdasarkan kepada

    pandangan tersebut, teknologi pendidikan bukan sahaja menjadi medium kepada

    komunikasi pengajaran tetapi juga menjadi pendekatan yang lebih bersistematik untuk

    mereka bentuk, membangunkan dan menyampaikan pengajaran.

    2.2 Pengertian dan Konsep Reka Bentuk Pengajaran

    Rekabentuk merupakan proses menentukan keadaan untuk pembelajaran. Unsur ini

    terdiri daripada analisis keperluan, sintesis, reka bentuk, blueprints dan penilaian

    (Driscoll, M., 1998). Proses reka bentuk pengajaran berasaskan jejaring yang lengkap

    terdiri daripada tiga fasa iaitu rekabentuk, pembangunan dan penyampaian (Driscoll,

    M., 1998).

    Dick & Reiser (1989) memberi pengertian reka bentuk merupakan Suatu proses

    sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

    Manakala Richey (1986) pula menyatakan reka bentuk pengajaran adalah Sains untuk

    mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan

    penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit

    pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran. Secara khususnya,

    reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar atau diukur serta diuji dan

    bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga objektif tercapai. .

    Suatu aktiviti penting yang mesti dilaksanakan dalam pendidikan dan latihan adalah

    proses penyampaian atau pengajaran. Setiap proses penyampaian atau pengajaran

    perlu mempunyai matlamat yang nyata dan jelas dan boleh dicapai. Matlamat ini akan

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    2

    tercapai sekiranya ianya mempunyai perancangan yang lengkap dan sistematik di

    mana hasil pembelajaran dapat diukur. Dengan yang demikian, reka bentuk

    pengajaran merupakan satu catatan lengkap menunjukkan bahawa proses pengajaran

    dan pembelajaran boleh berlaku dengan terancang dan teratur.

    Model-model reka bentuk pengajaran yang lain adalah seperti;

    Model ASSURE

    Model ADDIE

    9S Gagne Events

    Dick & Carey

    Water Fall

    ARCS Model of Motivational Design (Keller)

    Kemp Design Model

    Organizational Elements Model

    2.3 Peranan Dan Kepentingan

    Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran tetapi secara amnya terdapat 6

    perkara asas:

    i. Menentukan keperluan pelajar

    ii. Menentukan matlamat dan objektif

    iii. Membina prosedur penilaian

    iv. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

    v. Mencuba sistem pengajaran

    vi. Menilai keseluruhan sistem

    Gustafon (1991) telah membahagikan model-model itu kepada 3 tumpuan:

    i. Model berorientasikan bilik darjah

    ii. Model berorientasikan produk

    iii. Model berorientasikan sistem

    Kegunaan reka bentuk pengajaran

    i. Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Dick and Reiser (1989),

    Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi

    kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    3

    ii. Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat

    pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang

    positif.

    Proses reka bentuk pengajaran merupakan satu proses yang sistematik yang

    merangkumi tiga peringkat yang penting iaitu penentuan objektif, perancangan

    pengajaran dan pembelajaran dan penilaian serta refleksi pengajaran dan

    pembelajaran. Ia menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran

    kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian penbelajaran. Dengan lain

    perkataan, ia merupakan satu proses menyediakan panduan merancang dan

    mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media pengajaran.

    Reka bentuk pengajaran telah wujud empat dekad dahulu dan kini terdapat banyak

    jenis model reka bentuk pengajaran. Walau bagaimanapun, terdapat enam perkara

    asas dalam sesuatu proses pengajaran iaitu:

    i. menentukan keperluan murid

    ii. menentukan matlamat dan objektif

    iii. membina prosedur penilaian

    iv. mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

    v. memcuba sistem pengajaran

    vi. menilai keseluruhan sistem

    Terdapat reka bentuk pengajaran yang berskala besar dan kecil. Gustafon (Wah Wan

    Ali et al. 2008) telah membahagikan model kepada 3 tumpuan:

    i. model berorientasikan sekolah

    ii. model berorientasikan produk

    iii. model berorientasikan sistem

    Tujuan utama reka bentuk adalah untuk menghasilkan satu pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan. Mengikut Dick dan Reiser (Wah Wan Ali et al.2008).,

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    4

    pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh ilmu dan kemahiran,

    selain daripada sikap yang diharapkan. Satu pengajaran yang berjaya mampu menarik

    perhatian dan menaruh penghormatan murid terhadap pengajar. Secara tidak langsung,

    ia membantu menghasilkan guru yang kompeten dan dedikasi serta inovatif.

    2.4 Model-model Reka Bentuk Pengajaran (ADDIE)

    Model ASSURE

    A Analyze learner (analisis pelajar)

    S State objective (nyatakan objektif)

    S Select method, media and materials (pilih kaedah, media & bahan

    U Utilize media and materials (gunakan media dan bahan)

    R Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)

    E - Evaluate and revise (nilai dan semak)

    Model ASSURE merupakan model reka bentuk berasaskan bilik darjah. Ia dipelopori

    oleh Heinich et. Al (Wah Wan Ali et al.2008). Ia mendapatkan namanya hasil akronim

    huruf awal A.S.S.U.R.E.

    Ia melibatkan enam langkah, iaitu analisis ciri-ciri murid, nyatakan objektif pengajaran

    dan pembelajaran, pilih strategi, teknologi dan media bahan yang sesuai, gunakan

    teknologi, bahan dan media pengajaran dan pembelajaran tersebut, libatkan murid

    dalam proses pembelajaran,dan nilai serta semak semula keberkesanan pengajaran

    dan pembelajaran.

    A Analyse

    S State

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    5

    S Select

    U Utilise

    R Require

    E Evaluate

    2.2.1.1 Analyse learner (Analisis murid)

    Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengetahui ciri-

    ciri umum murid seperti umur, darjah/tingkatan, latarbelakang murid , tahap sosio

    ekonomi dan lain-lain lagi. Melalui rekod murid dan berinteraksi secara langsung dengan

    murid, guru boleh memperoleh maklumat yang lengkap mengenai seseorang murid.

    Melalui cara-cara ini, guru dapat menggunakan teknologi yang bersesuaian dan

    menyediakan bahan dan media pengajaran berdasarkan pengalaman lepas murid.

    Di luar negara seperti Amerika Syarikat, guru-guru wajib mengetahui keperluan setiap

    orang murid seperti tahap penguasaan murid, pengetahuan lepas murid supaya mereka

    dapat merancang reka bentuk pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penguasaan

    murid yang terdiri daripada pelbagai jenis gaya pembelajaran dan akhirnya tercapai

    objektif pengajaran yang ditetapkan. Pendek kata guru perlu mengetahui sejauh mana

    pengetahuan lepas telah dikuasai oleh murid dan mengaitkan dengan pengajaran yang

    akan disampaikan nanti. Guru boleh menjalankan ujian pra ke atas pengetahuan lepas

    murid.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    6

    Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Ada murid yang suka belajar

    secara bersendirian, ada yang suka berbincang dengan kawan atau secara

    berkumpulan, ada yang suka belajar di kawasan yang sunyi dan tenang, ada yang suka

    belajar di kawasan terang, ada yang suka belajar dengan adanya iringan muzik, ada

    yang suka belajar melalui pemerhatian dan membuat kajian dan sebagainya.

    Gaya pembelajaran merujuk kepada trait psikologi seseorang murid memproses,

    mentafsir, mengumpul maklumat terhadap pengetahuan dan kemahiran dan seterusnya

    bertindak balas dengan persekitarannya. Ia merujuk kepada cara yang paling berkesan

    seseorang murid menguasai pembelajaran. Mengikut model Dunn&Dunn (Wah Wan Ali

    et al. 2008) , stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana seseorang murid

    memproses maklumat dan mengekalkan maklumat baru melalui lima ransangan iaitu

    persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Mengikut model Honey & Mumford

    (Wah Wan Ali et al. 2008)., stail pembelajaran ialah penerangan sikap dan tingkahlaku

    yang diamalkan oleh seseorang murid terhadap cara belajar masing-masing.

    Pengetahuan tentang gaya pembelajran murid membolehkan guru mengendalikan kelas

    dengan lebih berkesan dan berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    2.2.1.2 State objectives (Nyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran)

    Pembelajaran membawa perubahan dari segi penguasaan pengetahuan, kemahiran dan

    tingkah laku. Seperkara itu, apa yang dipelajari itu perlu mempunyai objektif yang jelas

    dan konkrit supaya objektif pembelajaran dapat diukur pada akhir proses pengajaran

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    7

    dan pembelajaran. Contohnya, pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat

    menyenaraikan lima contoh haiwan bertulang belakang.

    Penyataan objektif pembelajaran perlu eksplisit dan jelas. Ia dapat membantu guru

    menilai sejauh manakah objektif pembelajaran atau kemahiran yang telah ditentukan

    dapat dikuasai oleh murid. Pengubahsuaian ke atas kaedah atau strategi boleh

    dilakukan sekiranya objektif tidak tercapai.

    Penyataan objektif dapat membantu guru mengukur perubahan tingkah-laku ke atas

    murid dan murid patut mengetahui apakah harapan guru terhadap mereka. Penggunaan

    istilah yang menunjukkan perubahan tingkah laku adalah penting. Antaranya perkataan

    yang sesuai ialah melabelkan, membanding bezakan, menyenaraikan, menyebut,

    mengkategorikan, merumus, menyelesaikan masalah.

    Penyataan objektif membantu guru juga dalam pemilihan kaedah, bahan dan media

    pengajaran serta teknologi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.Apakah tahap pencapaian minimum yang boleh digunakan untuk

    mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid?

    Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjat ketepatan, kuantiti dan kualiti

    serta tempoh masa yang ditetapkan. Penulisan tahap pencapaian boleh ditulis dalam

    bentuk kuantitatif dan kualitatif. Penulisan bentuk kuantitatif boleh dijelaskan dengan

    penggunaan angka, peratusan dan skor mentah. Contohnya, di akhir pengajaran dan

    pembelajaran, murid boleh menjawab lapan daripada sepuluh soalan objektif.

    Penulisan kualitatif pula sukar diukur kerana kriteria susah ditentukan.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    8

    Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dikategorikan kepada tiga domain yang

    utama iaitu:

    domain kognitif (keupayaan berfikir)

    domain efektif (sikap dan perasaan)

    domain psikomotor (kemahiran fizikal) dan domain interpersonal

    2.2.1.3 Select technology, strategies, media and materials (Pilih teknologi, kaedah

    media dan bahan yang sesuai)

    Terdapat empat langkah dalam proses ini iaitu:

    menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan

    memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran

    memilih format media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih

    memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

    2.2.1.3.1 Menentukan jenis teknologi yang sesuai

    Pemilihan penggunaan teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan

    gaya pembelajaran murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan

    kemudahcapaian bahan/resos yang hendak digunakan. Kriteria kefleksibelan teknologi

    perlu dipertimbangkan berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan. Penggunan teknologi

    komputer sesuai diaplikasikan untuk aktiviti projek, pembentangan, simulasi dan

    sebagainya.

    2.2.1.3.2 Memilih kaedah

    Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling sesuai digunakan dalam satu proses

    pengajaran dan pembelajaran guru? Jawapannya ialah lebih daripada satu kaedah.

    Tiada satu kaedah khas yang digunakan untuk setiap peringkat perkembangan

    pengajaran. Kaedah simulasi, lakonan boleh digunakan semasa set induksi. Kaedah

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    9

    sumbangsaran boleh digunakan semasa guru mengemukakan satu-satu soalan dan

    meminta murid menjawab. Setiap saranan jawapan akan diterima tanpa bantahan

    daripada guru. Kaedah latihtubi boleh digunakan untuk memperkukuhkan sesuatu

    kemahiran baru yang telah disampaikan oleh guru. Pemilihan kaedah hendaklah

    diasaskan kepada objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada murid, ciri-ciri murid

    dan gaya pembelajaran murid.

    2.2.1.3.3 Memilih format media dan bahan sumber

    Format media merujuk kepada bagaimana bentuk maklumat dipaparkan. Contoh

    format media seperti gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi, bahan tiga dimensi

    seperti papet, wayang kulit, boneka, akuarium, klip video, audio, pakej persembahan

    multimedia dan lain-lain lagi.

    Pemilihan format media hendaklah berdasarkan domain objektif, kumpulan murid,

    pengalaman murid, dan bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

    Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang

    menjadi fokus pembelajaran. Bahan sumber ini boleh dalam bentuk petikan, teks,artikel

    dan sebagainya.

    Kriteria pemilihan bahan sumber boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

    menggunakan bahan sumber yang tersedia ada

    mengubah suai bahan sumber yang ada

    mereka bentuk bahan sumber yang baru

    2.2.1.3.4 Memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

    Sekiranya anda menghadapi masalah kekurangan bahan media ataupun media yang

    dipilih kurang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran, anda boleh mereka

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    10

    bentuk semula media yang dipilih atau menghasilkan media baru.

    Terdapat tujuh perkara yang perlu diambil kira, iaitu:

    objektif

    kumpulan sasaran murid

    masa

    kos

    fasiliti

    kemahiran/kepakaran teknikal

    peralatan yang diperlukan

    Pemilihan bahan sumber yang tersedia ada perlu mengikut beberapa kriteria seperti

    di bawah.

    Menepati kurikulum

    Maklumat tepat, boleh dipercayai dan terkini

    Bahasa yang jelas dan mudah difahami

    Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid

    Menarik penglibatah murid

    Mempunyai kualiti

    Ada bukti tentang keberkesanan penggunaan

    Bebas daripada bias

    Mempunyai panduan penggunaan/ manual penggunaan

    2.2.1.4 Utilize technology, media and materials (Gunakan teknologi, bahan dan media

    pengajaran dan pembelajaran tersebut)

    Penggunaan bahan sumber perlu tepat pada tempat dan masanya. Sebelum

    penggunaan, pastikan anda semak langkah-langkah seperti di bawah:

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    11

    semak bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.

    sediakan bahan untuk penggunaan di dalam kelas

    sediakan persekitaran untuk membolehkan pengguanan yang optimum

    sediakan murid dari segi emosi dan fizikal untuk mendapatkan manfaat daripada

    bahan sumber

    sediakan pengalaman pembelajaran untuk murid

    2.2.1.5 Require learner participation (Libatkan murid dalam proses pembelajaran)

    Guru boleh merancangkan sesi pengajaran-pembelajaran yang melibatkan murid

    melalui kaedah berpusatkan murid. Contoh aktiviti berpusatkan murid seperti

    menyediakan projek. Ini akan dapat memotivasikan murid dan membolehkan guru

    memgukur perubahan tingkah-laku murid.

    2.2.1.6 Evaluate and revise (Nilai serta semak semula keberkesanan pengajaran dan

    pembelajaran)

    Penilaian semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru

    membuat penambahbaikan dan pembetulan serta menjalankan tindakan susulan yang

    sesuai melalui amalan refleksi.

    Melalui refleksi, guru perlu melihat semula sejauh manakah perancangan, pelaksanaan

    pengajaran, objektif pengajaran dan perubahan tingkah laku murid tercapai? Melalui

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    12

    proses ini guru dapat menyediakan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermutu

    pada masa akan datang.

    Model ADDIE

    Model ini menjadi asas kepada kebanyakan model reka bentuk.Kebaikan model ini

    ialah penambahbaikan yang berterusan boleh dibuat berasaskan maklumat yang

    dikumpul. Ia juga menjimatkan masa kerana masalah dapat diatasi sebaik sahaja

    dikenalpasti. Ia mendapatkan namanya hasil akronim huruf awal ADDIE.

    A Analysis

    D Design

    D Development

    I Implementation

    E Evaluation

    2.4.1.1 Analysis Phase (Peringkat Analisis)

    Guru perlu kenal pasti sasaran kumpulan murid, ciri-ciri pembelajaran murid, objektif

    pengajaran, tempoh masa yang digunakan, strategi pengajaran yang dipilih dan

    pengalaman lepas murid.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    13

    2.4.1.2 Design phase (Peringkat Reka Bentuk)

    Tumpuan akan diberikan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran,

    penentuan objektif pembelajaran, penyampaian isi kandungan, alat pentaksiran yang

    akan digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan pengukuhan dan

    pengayaan yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap penguasai kemahiran

    yang telah disampaikan.

    2.4.1.3 Peringkat Perkembangan

    Peringkat ini melibatkan pemilihan isi kandungan dan penggunaan teknologi.

    2.4.1.4 Peringkat Implementasi

    Ia melibatkan keseluruhan proses pengajaran- pembelajaran iaitu daripada

    pemahaman tentang kurikulum, penentuan hasil pembelajaran, pemilihan strategi

    pengajaran, pemilihan media pengajaran, penggunaan alat pentaksiran yang sesuai

    dan bentuk ujian.

    2.4.1.5 Peringkat Penilaian

    Merangkumi dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian

    formatif dijalankan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan penilaian

    sumatif akan dijalankan pada penghujung penggal persekolahan dalam bentuk ujian

    untuk domain kognitif dan bertujuan untuk mendapat maklumbalas daripada murid.

    2.5 Reka Bentuk Mesej

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    14

    Media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam reka bentuk

    pengajaran. Media inilah yang menjadi perantara di antara penyampai mesej dan

    penerima mesej. Mengikut Asociation for Educational Communication and Technology

    (AECT)2004) (Wah Wan Ali et al.2008) , media ialah segala bentuk atau saluran yang

    digunakan untuk menyampaikan pesanan. Media di sini membawa maksud

    penyamapaian pengajaran-pembelajaran.

    Justeru, segala media dalam bentuk audio, video, grafik, suara dan bahasa

    penyampaian guru adalah digolongkan dalam kategori media pengajaran.

    Mengikut Torkelson (Wah Wan Ali et al. 2008)., media boleh dibahagikan kepada tiga

    komponen iaitu:

    Mesej

    Bentuk mesej

    Saluran mesej

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    15

    Rajah 4: Konsep Media Torkelson (1972)

    i. Mesej

    Mesej

    Bentuk mesej

    Saluran mesej

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    16

    Mesej ialah isi kandungan yang hendak disampaikan oleh penyampai. Mesej boleh

    dalam bentuk makluman, motivasi, peringatan, bahasa isyarat dan sebagainya.

    ii. Bentuk mesej

    Merujuk kepada persoalan bagaimana mesej disampaikan. Ia boleh dalam bentuk

    gambar, jadual, carta, simbol, pengumuman, dan sebagainya.

    iii. Saluran mesej

    Merujuk kepada alat fizikal yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej .

    Mesej boleh disampaikan dalam bentuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya.

    Contoh alat yang boleh digunakan termasuklah radio, televisyen, projektor Overhead,

    projektor, LCD camera digital, video camera dan sebagainya.

    Dalam proses pengajaran-pembelajaran, reka bentuk mesej memainkan peranan yang

    penting kerana ia memastikan mesej yang disampaikan oleh guru difahami oleh

    penerima/murid. Penggunaan media perlu bersesuaian dengan pengalaman lepas murid

    untuk mempercepatkan penyampaian mesej.

    Menurut Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008) , murid mempelajari sesuatu kemahian

    baru melalui pengalaman konkrit. Dengan adanya pengalaman langsung, iaitu murid

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    17

    sendiri yang melalui proses perbuatan, proses mengamati, akhirnya murid akan

    berjaya mentafsirkan maklumat yang abstrak ke bentuk konkrit.

    Sekiranya murid itu mempelajari sesuatu kemahiran baru melalui bahasa verbal sahaja,

    maka semakin sedikit pengalaman yang dilaluinya. Secara ringkasnya, media yang

    sesuai digunakan dalam pengajaran-pembelajaran bermula daripada pengalaman

    langsung hingga ke penerangan verbal. ( rujuk Rajah 5)

    Rajah 3: Kon Pengalaman Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008)

    RUMUSAN

    Simbol verbal

    Simbol visual

    Melihat gambar pegun

    Melihat gambar bergerak

    Menonton televisyen pendididkan

    Pameran

    Membuat kajian tindakan

    Tunjuk cara

    Melakonkan

    Mereka pengalaman tiruan

    Mendapatkan pengalaman langsung/sebenar

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    18

    Guru perlu merancang reka bentuk pengajaran supaya pengajaran guru akan menjadi

    lebih teratur dan sistematik. Pemilihan jenis reka bentuk pengajaran amat penting

    kerana ia akan menjamin pencapaian objektif iaitu murid telah menguasai kemahiran

    dan adanya berlaku perubahan tingkah laku.

    BIBLIOGRAFI

    Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D., Russell, J.D. (2006). Educational technology

    for teaching and learning. Merrill Prentice-Hall.

    Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah

    Alam: Oxford Fajar.

    Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur:

    OUM.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    19