3- Newsletter 2011-2

4
Pada 19-27 Februari 2011, bertempat di MAP @ Publika, Dutamas KL, telah berlangsung satu fesval besar- besaran yang dikenali sebagai LiFest. LiFest dianjurkan untuk meraikan seni, fotografi, muzik, budaya dan fesyen di samping menyokong Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) membantu mengurangkan beban orang kurang upaya di seluruh negeri Kelantan. Sehingga kini YOKUK mempunyai seramai lebih kurang 3400 OKU berdaſtar yang terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan dan umur. LiFest telah melibatkan ramai penggiat-penggiat seni tanahair antaranya Awang Damit Ahmad, Fauzulyusri, Yaman Ibrahim, Kurt G dan ramai lagi . Pelbagai akvi telah dijalankan sepanjang 7 hari penganjuran, antaranya ialah pameran seni, persembahan kanak-kanak ismewa dari YOKUK, pameran fotografi, derma darah, persembahan pemuzik kecil, pelancaran buku ROJAK (edisi Bahasa Melayu), dan Readings From Reading, Hi-Tea dan Persembahan Fesyen dan sebagainya. YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN JILID 14/ 2011 LiFest telah mempamerkan pelbagai hasil seni yang unik dan menarik. Sebahagian hasil jualan seni ini telah disalurkan kepada YOKUK sebagai sokongan kepadanya untuk terus bergiat akf memberikan perkhidmatan kepada golongan (OKU) di Kelantan. YOKUK mengucapkan terima kasih kepada penaja- penaja serta penganjur bersama yang telah bertungkus lumus menjayakan LiFest 2011. JILID 14/ 2011

Transcript of 3- Newsletter 2011-2

Page 1: 3- Newsletter 2011-2

Pada 19-27 Februari 2011, bertempat di MAP @

Publika, Dutamas KL, telah berlangsung satu festival besar-

besaran yang dikenali sebagai LiFest. LiFest dianjurkan

untuk meraikan seni, fotografi, muzik, budaya dan fesyen

di samping menyokong Yayasan Orang Kurang Upaya

Kelantan (YOKUK) membantu mengurangkan beban orang

kurang upaya di seluruh negeri Kelantan.

Sehingga kini YOKUK mempunyai seramai lebih kurang

3400 OKU berdaftar yang terdiri daripada pelbagai jenis

kecacatan dan umur.

LiFest telah melibatkan ramai penggiat-penggiat

seni tanahair antaranya Awang Damit Ahmad, Fauzulyusri,

Yaman Ibrahim, Kurt G dan ramai lagi .

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 7 hari

penganjuran, antaranya ialah pameran seni, persembahan

kanak-kanak istimewa dari YOKUK, pameran fotografi,

derma darah, persembahan pemuzik kecil, pelancaran

buku ROJAK (edisi Bahasa Melayu), dan Readings From

Reading, Hi-Tea dan Persembahan Fesyen dan sebagainya.

YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN

JILID 14/ 2011

LiFest telah mempamerkan pelbagai hasil seni yang unik

dan menarik. Sebahagian hasil jualan seni ini telah disalurkan

kepada YOKUK sebagai sokongan kepadanya untuk terus bergiat

aktif memberikan perkhidmatan kepada golongan (OKU)

di Kelantan.

YOKUK mengucapkan terima kasih kepada penaja-

penaja serta penganjur bersama yang telah bertungkus lumus

menjayakan LiFest 2011.

JILID 14/ 2011

Page 2: 3- Newsletter 2011-2

YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN

YOKUK sekali lagi telah menganjurkan Bengkel

Terapi Berkuda atau Hippoterapi pada 15 hingga 17

Oktober 2011, bertempat di Alysha’s Farm, Pengkalan

Chepa, Kelantan.

Seramai 24 orang peserta telah menyertai bengkel

ini yang terdiri daripada Fisioterapi, Jurupulih Carakerja,

Pensyarah, Jururawat, Guru Pendidikan Khas dan Guru

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari seluruh negeri

Kelantan.

Bengkel ini dikendalikan oleh beberapa orang

penceramah berpengalaman seperti Datin Ruhani Hj

Ibrahim (Pensyarah Jemputan UKM), Dr Ku Yussof B. Engku

Ismail (Pensyarah Royal Medicine College, Perak), Tuan Hj

Azizan B Zainol Abidin (Koordinator Latihan MEM) dan

En. Tajudin B Marzukin (Jurulatih MEM).

Teori dan praktikal yang dilakukan selama 3 hari

telah memberikan pendedahan kepada peserta tentang

aktiviti pemulihan hippoterapi yang disediakan di YOKUK,

faedah & manfaatnya, cara-cara untuk melatih dan

mengendalikan kuda serta teknik pemulihan hipoterapi.

Bengkel ini telah berakhir dengan jayanya. Terima

kasih diucapkan kepada semua penceramah, peserta,

kakitangan YOKUK dan individu yang terlibat. Kepada semua

peserta, nantikan kemunculan Bengkel Hippotherapi Tahap 02.

Bengkel Terapi Berkuda

Cerebral Palsy (CP) & Penjagaan

Pada 23 Mei 2011, YOKUK dengan

kerjasama Prof. Dr. Zabidi Azhar Mohd Hussin,

Pakar Neurologi Kanak-kanak HUSM telah

menganjurkan Bengkel Teknik Penjagaan Kanak-

kanak CP untuk ahli-ahli “Parents Support Group

(PSG)” YOKUK.

Objektif Bengkel ini adalah untuk membantu ibu

bapa penjaga bertukar pendapat serta meningkatkan kemahiran

pengurusan dan penjagaan anak-anak istimewa. Program seperti ini

juga telah membantu meningkatkan motivasi ibu bapa penjaga di

samping menambah kenalan.

Antara topik yang dibincangkan ialah definisi Cerebral Palsy (CP),

teknik pengurusan serta penjagaan, jenis pemakanan dan

sebagainya. Program ini telah mendapat sambutan yang

menggalakkan dari ibu bapa penjaga, dan akan terus diadakan

dengan isu dan topik yang lebih menarik.

Page 3: 3- Newsletter 2011-2

Karnival YOKUK 2011

Sebagai acara tahunan sejak 2008, YOKUK sekali lagi

menganjurkan Karnival YOKUK 2011 pada 16 Julai 2011. Karnival

besar-besaran yang bertempat di perkarangan YOKUK ini telah

menarik kunjungan lebih kurang 5000 orang pengunjung.

Dengan penganjuran Karnival Tahunan ini, secara tidak langsung

telah menjadi platform warga OKU terutamanya yang berdaftar

dengan YOKUK untuk beramah mesra.

Pada hari tersebut, antara acara yang menjadi tumpuan

adalah persembahan dari Adifashla dan Nana AF serta sambutan

harijadi untuk seramai lebih kurang 300 orang kanak-kanak OKU.

Kanak-kanak serta pengunjung juga berpeluang untuk menyanyi

dan berkaraoke bersama artis pujaan mereka.

Kanak-kanak OKU dari PDK dan Kelas-kelas Masalah Pembelajaran dari seluruh Kelantan juga berpeluang untuk

menyertai pelbagai acara lagi seperti pertandingan tarian untuk kanak-kanak istimewa dan sukaneka. Buat pertama kalinya

sejak penganjuran Karnival YOKUK, satu Piala Pusingan disediakan untuk sekolah atau PDK yang berjaya mengumpulkan

markah tertinggi dalam semua acara yang dipertandingkan. Pemenang pertama Piala Pusingan YOKUK adalah dari PDK

Gunung. Untuk acara cabutan bertuah, YOKUK telah menyediakan 100 hadiah istimewa yang terdiri daripada hadiah utama

sebuah Motosikal, 2 unit kacamata jenama Christian Dior, 2 buah basikal fixie, baucer perjalanan, tiket penerbangan, baucer

makan tengahari dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang hadiah cabutan.

Pengunjung juga berpeluang untuk merasa masakan antarabangsa dari timur tengah dan barat, melihat

persembahan seni silat dan tomoi dengan lebih dekat. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua

penaja dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan penganjuran Karnival YOKUK 2011.

Page 4: 3- Newsletter 2011-2

YAYASAN ORANG KURANG

UPAYA KELANTAN CARTA ORGANISASI

Ahli Lembaga Pemegang Amanah

Datin Suliana Shamsuddin Bt. Dato’ Alias

(Chairperson/Executive Director)

Dato’ Dr. Nik Norzrul Thani

Datuk Mohd Noor Amin

Hj Ahmad Hj Ab Hamid

Pengerusi

Datin Suliana Shamsuddin Bt. Dato’ Alias

Pengurus

Puan Sulaini Binti Mat Il

Penyelia Akaun & Pentadbiran

Cik Nor Amira Binti Rahim

Jurupulih Carakerja

En. Mohd Khairul Ellhaz Bin Abd Razak

Jurupulih Fisio

Pn.Noor Haiza bt Yakub

Cik Nurli Syuhada Binti Md Arifian

Penyelia Unit Terapi

En. Che Ishak Che Yahya

Penyelia Unit Kebajikan

En. Mohd Nasir Mat Diah

Penyelia Latihan Vokasional

Puan Habibah bt Deraman

Penolong Penyelia Latihan Vokasional

En. Mohd Joenaidi Gomez

Fasilitator Teknologi Maklumat

En. Mohamad Khairul Anuar bin Ismail

Pembantu Tadbir

En. Tuan Kolik bin Tuan Muda

E-mail: [email protected]

Website: www.yokuk.org

FB: Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan

BORANG SUMBANGAN

YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN

Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Tel / Fax : 609-774 3033 /609-774 2033 Saya / Kami ingin memberi sumbangan seperti berikut :-

(Tunai / Cek) Bank …………………...……………………………………….

No. Cek ………………..…………..…Jumlah ………………………………..

Daripada : (Nama / Syarikat)……………………….…………………….

Alamat : …………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………….

No Tel: ……………………..….….No Fax:…………………………………...

*Sumbangan melalui cek adalah atas nama

YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN. Sumbangan

wang tunai akan dikecualikan daripada cukai.

ATAU

Hulurkan sumbangan anda dengan melayari laman web

www.cimbclicks.com.my:

Anda hanya perlu mengisi maklumat lengkap

mengenai diri anda dan sumbangan yang ingin

diberikan dan pilih “Yayasan Orang Kurang Upaya

Kelantan” dalam senarai NGO.

Pelanggan bank lain (Bank Islam, Hong Leong Bank,

Maybank, Public Bank) juga boleh menggunakan

Seperti biasa, YOKUK sedaya upaya

cuba untuk meringankan beban yang dialami

oleh mereka yang kurang bernasib baik

membantu mereka meraikan Hari Raya

dengan lebih sempurna. Satu majlis

penyampaian Sumbangan Hari Raya telah

diadakan pada 21 Ogos 2011 di Pekarangan

Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan.

Majlis ini dihadiri oleh seramai hampir 300 orang klien YOKUK yang layak dan terpilih. Majlis

yang dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Zaid

Ibrahim selaku Pengasas YOKUK.

Majlis tersebut telah diceriakan oleh

persembahan menarik dari kelab nasyid

Mutiara YOKUK yang disertai oleh 5 orang ahli

dengan diketuai oleh En. Sayed Din. Kemuncak

Majlis telah menyaksikan acara penyampaian

peralatan bantuan yang berupa Kerusi Roda

kepada 6 klien yang terpilih serta acara Sumbangan Hari Raya, berupa keperluan harian serta

Majlis Sumbangan Hari Raya

YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN

wang tunai oleh Y.Bhg. Datuk Zaid, Datin Suliana

Shamsuddin, serta Pn. Sulaini.

YOKUK mengucapkan tahniah kepada

semua klien yang telah terpilih dan semoga

sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengubah

kehidupan mereka.