Unit 3
-
Upload
hazril-emy -
Category
Documents
-
view
272 -
download
0
Transcript of Unit 3
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1
UNIT 3
TEORI PEMBELAJARAN, PENDEKATAN MENGAJAR
DAN INTERPRETASI PENGAJARAN BAHASA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Menghuraikan mazhab-mazhab dalam pembelajaran bahasa
2. Menghuraikan teori-teori Bahasa
3. Menjelaskan teori-teori pembelajaran bahasa
4. Menghuraikan pendekatan dan kaedah mengajar bahasa
PENGENALAN
Bahasa adalah milik manusia yang paling penting dan inilah yang
membezakan mereka dengan makhluk-makhluk lain. Dengan bahasalah
manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat,
menyampaikan ilmu dan menciptakan keindahan melalui kesusasteraan dan
menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban dari satu generasi kepada satu
generasi.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2
Kepentingan bahasa di dalam kehidupan kita sehari-hari memang tiada siapa
yang akan menafikannya. Tetapi apakah itu bahasa, bagaimana
sifat-sifatnya dan cara mana ia lahir jarang-jarang diketahui oleh kita semua.
Berkaitan dengan pengertiannya pelbagai pandangan dan pendapat telah
diketengahkan melalui kajian-kajian terdahulu, Walau apa pun definisi yang
diberi kita tetap akan bersetuju bahawa bahasa adalah sebagai satu
lambang atau sistem lambang pertuturan yang arbitrari, yang digunakan oleh
anggota masyarakat untuk berhubung. Pendapat Bloch dan Trager ini
diperjelaskan lagi oleh ahli-ahli psikolinguistik moden yang mendefinisikan
bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat
dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah kalimat yang tidak
terbatas berdasarkan unsur-unsur yang terbatas untuk dipakai oleh manusia
sebagai alat untuk berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan.
ISI KANDUNGAN
Apakah Mazhab-Mazhab Dalam Pembelajaran Bahasa?
Dalam kajian bahasa, terdapat beberapa mazhab yang kemudiannya telah
melahirkan deskripsi bahasa, teori-teori bahasa, teori-teori pembelajaran
bahasa dan pendekatan, kaedah dan teknik-teknik mengajar bahasa. Antara
mazhab-mazhab itu ialah mazhab behaviuris, mazhab kognitif, mazhab
sosial dan sebagainya.
a. MAZHAB BEHAVIURIS
Mazhab behaviuris yang dikenali juga sebagai mazhab tingkah laku
amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu,
khususnya kemahiran fizikal, Mereka menganggap pembelajaran adalah
perubahan-perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang
berasaskan situasi-situasi tertentu. Bagi mereka, pembelajaran adalah
proses luaran atau tingkah laku yang dapat dilihat dan diamati. Pembelajaran
juga dapat dikawal dan diramal. Hubungan antara sebab-sebab dan akibat
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3
atau rangsangan dan gerak balas adalah asas kepada berlakunya
pembelajaran.
Para pendukung psikologi behaviuris beranggapan bahawa pemerolehan
sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi secara kerap. Semua
bentuk pembelajaran perlakuan baru adalah berdasarkan persekitaran dan
tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan keupayaan mental. Golongan
ini berpendapat, otak manusia merupakan satu kotak hitam yang gelap dan
apa-apa yang berlaku di dalamnya tidak dapat diamati dan diselidiki. Oleh
yang demikian, sebarang kajian atau pembelajaran yang mengaitkannya
dengan otak manusia haruslah ditolak.
Mazhab ini diasaskan oleh Ivan Pavlov melalui kajian-kajiannya yang begitu
bermakna. Konsep pelaziman klasik yang telah diperkenalkan kepada dunia
psikologi kemudiannya diperkembangkan oleh pakar-pakar psikologi terkenal
seperti J. B. Watson, B. F. Skinner clan E. L. Thorndike. Perspektif mazhab
ini ialah perubahan tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh alam
sekeliling yang berperanan membentuk dan mengubahsuai perlakuan
tersebut. Mazhab ini tidak menerima saranan pakar psikologi kognitif yang
menganggap bahawa manusia boleh memilih keadaan yang membolehkan
mereka memberi gerak-gerak balas tertentu. Menurut mazhab ini, tingkah
laku manusia adalah ditentukan oleh pengalaman-pengalaman lampau serta
keadaan di sekeliling mereka.
Dalam proses pembelajaran, mazhab ini menekankan kepentingan
rangsangan (stimulus) dan tindak balas (response). Peranan otak dan
fungsinya tidak diambil kira langsung kerana hubungan-hubungan mental
tidak dapat diamati dan diselidiki. Penguasaan sesuatu aspek pembelajaran
bukanlah semata-mata merupakan ilmu pengetahuan. la memerlukan
banyak latihan dan harus dikuasai dan dipelajari lebih daripada biasa.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, mazhab ini menganggap
pembelajaran bahasa adalah satu hal latihan. Bahasa bagi mereka adalah
sesuatu yang hidup dan berubah. Bahasa perlu dipelajari dalam suasana
lisan. Latihan bentuk dan pola-Pola bahasa adalah perlu untuk mewujudkan
kebiasaan atau tabiat berbahasa. Penggunaan bahan-bahan sokongan,
contoh-contoh yang jelas dan rancangan-rancangan pembelajaran yang
menarik dan berkesan perlu disediakan untuk mendapatkan kesan
rangsangan gerak balas yang sempurna.
b. MAZHAB KOGNITIF
Teori psikologi kognitif berbeza dengan teori pembelajaran behaviuris.
Ahli-ahli rasionalis yang berpegang kepada teori ini memandang
pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Mereka menekankan
proses-proses dalaman yang berlaku kepada otak manusia.
Perubahan-perubahan tingkah laku atau yang disebut sebagai pembelajaran
itu hanyalah suatu refleksi perubahan dalaman. Ahli-ahli psikologi yang
bermazhabkan aliran kognitif ini termasuklah Piaget, Robert Glazer, John
Anderson, David Ausubel, Kohler, Kaffka, Bruner, Gagne, E. H. Lennerberg,
Robert Lee, Lakoff, George A. Miller dan sebagainya.
Istilah kognitif mulai dikemukakan ketika teori-teori J. Piaget ditulis dan
dibicarakan pada kira-kira permulaan tahun 1960-an. Pengertian kognisi
sendiri sebenarnya melibatkan aspek-aspek struktur intelek yang digunakan
untuk memahami dan mengetahui sesuatu. Kognitif bukanlah hanya hasil
kematangan organisme, bukan juga pengaruh persekitaran sahaja, bahkan
ia melibatkan kedua-duanya sekali.
Perspektif kognitif tertumpu kepada keupayaan berfikir. Mazhab ini
menegaskan kepentingan keupayaan manusia berfikir serta memproses dan
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5
menilai data atau maklumat sebelum satu reaksi dapat dilakukan kepadanya.
Menurut mereka, manusia adalah juga haiwan, tetapi ia bersifat lebih
rasional dan aktif dalam menyelesaikan
masalahmereka.Sistempengolahaninformasidapatdikawaldenganbaikolehfikir
andan pengetahuan yang sentiasa berada dalam keadaan sedar.
Teori ini menggariskan bahawa penyingkiran kesedaran mental atau fikiran
yang diutarakan oleh mazhab behaviuris adalah satu kesilapan besar.
Sebaliknya, mereka menganggap teori-teori pembelajaran menjadi bererti
hanya jika fikiran dimasukkan ke dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak
dapat dipisahkan. Menurut pendapat orang-orang dalam aliran ini, haiwan
sekalipun dalam pemecahan persoalannya menggunakan pola pemikiran
atau celik akal. Teori ini mengakui adanya pembelajaran melalui proses cuba
jaya dan ini dilakukan secara sedar. Pembelajaran melibatkan proses;
mental dan tidak hanya aspek-aspek mekanikal sahaja.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, mazhab ini berpendapat
kanak-kanak sejak dilahirkan lagi telah pun mempunyai satu alat di dalam
otak mereka yang membolehkan mereka memahami bahasa yang
didengarnya dengan mudah. Alat ini disebut sebagai 'LAD' (Language
Aquisition Device) atau alat pemerolehan bahasa. Pembelajaran bahasa
mementingkan kesedaran terhadap pola-pola sintaksis dan Ieksikal dan
bukan satu pembentukan kebiasaan yang mementingkan latihan dan
ulangan.
Fasa ini menggambarkan keupayaan murid-murid setelah berlakunya
sesuatu pembelajaran. Biasanya, kadar keupayaan belajar dan tahap
pembelajaran dapat diketahui melalui tingkah laku yang dicerminkan
daripada darjah pembelajaran yang diperoleh. Dengan perkataan lain,
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 6
prestasi murid-murid dapat diukur dengan mudah dan ini dapat dilakukan
melalui pelbagai cara, umpamanya dengan menggunakan penilaian norma,
kriteria atau lain-lain cara pengukuran. Dengan melihat pencapaian mereka,
prestasi murid-murid dari segi keberkesanan pembelajaran mereka dapat
ditentukan.
Fasa maklum balas adalah pengetahuan yang menunjukkan prestasi
seseorang sesudah melalui proses pembelajaran. Maklum balas seperti ini
tidak sahaja menjadi pengukur kepada prestasi seseorang murid, tetapi juga
berfungsi sebagai peneguh yang menentukan darjah kepuasan yang dirasai
oleh individu tersebut. Peneguhan ini penting kerana jangkaan individu
terhadap proses pembelajaran mereka dapat ditentukan oleh hasil yang telah
dicapai.
c. MAZHAB SOSIAL
Dalam pengertian yang agak luas, pendidikan bagi mazhab ini adalah
proses yang melibatkan tiga faktor yang berkaitan dengan manusia. Pertama
ia melibatkan apa sahaja berkenaan cara hidup satu kumpulan manusia atau
masyarakat. Tiada satu pun daripadanya yang diwarisi secara biologi.
Kedua, manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman.
Cara ini membolehkan mereka memperkembangkan kepercayaan mereka
terhadap dunia di sekeliling mereka, berkemahiran memanipulasi dan menilai
cara-cara untuk mengeksploitnya. Ketiga, kanak-kanak sejak dilahirkan
adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak berupaya
memperkembangkan sahsiah manusia mereka tanpa mendapat bantuan,
secara langsung atau tidak langsung.
Inilah caranya individu memperoleh kebanyakan daripada kapasiti fizikal
moral dan sosial yang diperlukan. Keadaan inilah juga yang akan
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 7
menentukan caran mereka bertindak dan berfungsi dalam masyarakatnya.
Ahli-ahli sosiologi menyebut perkembangan ini sebagai proses sosiolisasi.
Istilah ini digunakan kerana proses tersebut adalah proses sosial yang
berlaku dalam konteks sosial. Individu biasanya tertakluk kepada semua
peraturan yang telah ditetapkan oleh kumpulan atau komunitinya.
Ahli-ahli sosiologi berpendapat, terdapat dua aspek persekitaran sosial yang
penting dalam bidang pendidikan dan pembelajaran. Aspek ini melibatkan
kanak-kanak dan sistem. Dalam hal ini, terdapat hubung kait antara sistem
nilai dan pola-pola tingkah laku yang dimaksudkan itu.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 8
AKTIVITI 3.1
Banding dan bezakan matlamat pendidikan untuk mazhab-mazhab
berikut :
Mazhab Behaviurus
Mazhab Kognitif
Mazhab Sosial
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 9
Apakah Teori-Teori Bahasa?
Sebenarnya terdapat lebih kurang sepuluh teori linguistik yang terkenal dan
masing-masing mempunyai ramai pengikut. Daripada. teori-teori ini, hanya
dua sahaja yang dianggap penting yang tiap-tiap satunya mendasari
perkaedahan dalam pengajaran bahasa. Teori-teori ini ialah teori mekanis
yang mewakili Aliran Behaviurisme dan teori mentalis yang mewakili Aliran
Kognitif
a. Teori Mekanis
Teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata.
dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan. la menganggap
faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma
pada rangsangan iaitu tingkah laku adalah sebagai gerak balas.
Teori ini menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih
banyak belajar melalui pengalaman daripada. melalui otaknya. la tidak
mementingkan peranan mental dan apa yang perlu dikaji ialah data-data,
iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Bahasa dalam bentuk
kalimat-kalimat sebagai perangai yang secara langsung dapat diamati dan
diselidiki.
Selain daripada. itu, teori ini juga mementingkan penekanan kepada
bentuk-bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu
kata harus dapat dilakukan secara tepat terutama daripada aspek fonologi,
struktur, intonasi dan lain-lain penguasaan sistem bunyi. Di samping itu pula,
latihan dan latih tubi yang kerap tidak boleh diabaikan. Oleh kerana
kemahiran bahasa adalah dipandang sebagai satu kebiasaan, maka satu
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 10
tabiat mestilah ditanam ke dalam diri pelajar-pelajar itu, iaitu dengan
memberi mereka peluang berlatih berulang kali. Satu pendedahan kebiasaan
yang baik akan pasti dapat melahirkan satu bahasa yang juga baik.
Teori mekanis mengutarakan beberapa ciri penting.
i. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak
mungkin sesuatu kemahiran bahasa itu sehingga menjadi satu kebiasaan.
ii. Bahasa adalah suatu tingkah laku manusia yang dihasilkan daripada
operasi rangsangan dan tindak balas. Perlakuan ini sama seperti tingkah
laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan.
iii. Bahasa adalah alat untuk berhubung. Aspek lisan yang berupa
percakapan atau pertuturan sangat dipentingkan.
iv. Makna sebagai pancaran fikiran dan perasaan manusia dianggap tidak
penting. Bahasa adalah satu sistem bentuk dan bukan sebagai
himpunan makna yang menjadi simbol pemikiran.
v. Pengukuhan dan ganjaran di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran
adalah penting.
vi. Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau struktural dalam bidang analisis
ayat, prinsip konstituen terdekat digunakan.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 11
vii. Dalam proses pembelajaran, kesalahan yang dilakukan. oleh
pelajar-pelajar adalah kegagalan pelajar itu di dalam membentuk
biasaan-biasaan yang betul dan tepat.
b. Teori Mentalis
Teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang
merupakan satu kebolehan khas manusia secara semula jadi. la
menganggap bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh
sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ianya
menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada telinga, mata dan
lain-lain alat pancaindera. Apa yang perlu dikaji ialah proses yang terjadi di
dalam otak dan saraf itu yang membolehkan pembentukan dan penghasilan
bahasa tersebut.
Teori ini juga tersangat menegaskan 'makna',dan proses-proses yang
tersembunyi yang terlibat dengan penghasilan bahasa. Mengikut teori ini,
semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan logik kerana
sesuatu yang tidak dapat dimengertikan itu adalah tidak bermakna dan tidak
dapat diterima. Dari segi pembelajaran bahasa, teori ini menekankan kepada
pengetahuan seseorang itu.
la menganggap pengetahuan seseorang itu tentang struktur bahasa yang
hendak dipelajari itu penting kerana dipercayai pengetahuan ini
memudahkan pembelajaran bahasa itu. Teori mentalis mengutarakan
beberapa ciri penting
i. Manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai
bahasa. Perkara ini adalah innate sifatnya, iaitu bersifat semula jadi.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 12
ii. Ada dua bahagian penting dalam proses penguasaan bahasa. Pertama
disebut kemampuan atau kecekapan dan yang kedua disebut prestasi.
iii. Bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Penguasaan
bahasa ada kaitannya dengan keupayaan mental.
iv. Bahasa mempunyai ciri-ciri kesejagatan.
v. Bahasa mempunyai ciri-ciri kreativiti.
vi. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran,
pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang
membentuk kebiasaan.
vii. Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasi-generatif.
viii. Kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan tetapi ia adalah satu
percubaan
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 13
AKTIVITI 3.2
Kenalpasti ciri-ciri teori mekanis dan teori mentalis dalam pengajaran
bahasa.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 14
Apakah Teori-Teori Pembelajaran Bahasa?
Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa ada terdapat
empat teori penting yang berhubung dengan pembelajaran. Pertama ialah
teori pembentukan kebiasaan, kedua teori pembelajaran kod-kognitif, ketiga
teori pembelajaran fungsionalis dan keempat teori pembelajaran
interaksionalis.
a. Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan
Teori pembelajaran bahasa ini memandang pembelajaran bahasa sebagai
satu kegiatan mekanis iaitu sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata. Teori ini
menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan
tindak-tanduk organisma pada rangsangan itu sebagai gerak balas. Teori ini
cuba menunjukkan bahawa tingkah laku adalah ditentukan oleh faktor-faktor
luaran seperti ganjaran yang menguatkan hubungan rangsangan dan gerak
balas.
Banyak contoh dalam kehidupan kita sehari-hari, manusia menggunakan
model ini untuk menguasai sesuatu pembelajaran, misalnya belajar
memandu kereta, belajar menaip, menghafaz puisi, menguasai
perbendaharaan kata atau sebagainya. Menurut teori ini, perancangan guru
dalam satu-satu pengajaran adalah penting. la harus dapat menentukan
apakah perlakuan baru yang perlu dicapai oleh murid-murid dan dapat pula
menyediakan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan
latihan dan latih tubi pola. Ini bertujuan untuk membentuk satu kebiasaan
baru pada pelajar. Menurut Bloomfield (1933).
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 15
'Penguasaan satu-satu bahasa bukanlah satu hal pengetahuan, ianya adalah
satu hal latihan'.
Latihan pembelajaran mengikut pandangan teori ini ialah latihan yang
dikukuhkan. Latihan yang dimaksudkan itu ialah ulangan satu-satu gerak
balas dikaitkan dengan satu-satu rangsangan. Misalnya latihan membentuk
ayat-ayat tanya, tujuannya ialah untuk menguatkan hubungan rangsangan
(keperluan membentuk ayat-ayat tanya) dan gerak balas (kemahiran
membentuk ayat-ayat tanya) menjadi kekal keadaannya. Jika tidak
digunakan kemahiran membentuk ayat-ayat itu akan berkurangan. Latihan
walau bagaimanapun hendaklah dalam keadaan yang bermakna, jika tidak ia
boleh membosankan para pelajar. Perlu diingat, kekalnya satu-satu
pembelajaran itu adalah bergantung kepada bagaimana latihan itu diuruskan.
Teori pembentukan kebiasaan ini juga menekankan kepada kemahiran lisan.
Kemahiran mendengar dan bertutur ini ditegaskan kerana kedua-dua
kernahiran ini mempunyai hubungan yang rapat sekah dan ia merupakan
satu perkara yang mudah untuk dikuasai jika dibandingkan dengan aktiviti
membaca dan menulis.
b. Teori Pembelajaran Kod-kognitif (Piaget)
Teori pembelajaran kod-kognitif memandang pembelajaran bahasa sebagai
satu proses pemikiran iaitu satu aktiviti mental yang merupakan. kebolehan
khas manusia secara semula jadi. Teori ini menekankan kefahaman struktur
bahasa yang dipelajari kerana dipercayai bahawa pengetahuan. tentang
pemahaman struktur bahasa itu memudahkan. pembelajaran dan
penguasaan bahasa tersebut. Apabila teori ini digunakan dalam pengajaran
bahasa kedua, maka pengetahuan mengenai tatabahasa bahasa kedua
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 16
ditekankan. Ini adalah kerana pengetahuan itu dapat membantu pelajar
tersebut menguasai bahasa yang dipelajari itu secara lebih berkesan.
Teori kod-kognitif ini juga begitu mementingkan pengetahuan dan kesedaran
tentang pola-pola sintaksis dan. leksikal. Dalam pembelajaran bahasa,
pemahaman pelajar akan struktur-struktur bahasa yang dipelajari adalah
amat penting. Selain daripada itu, menghafaz peraturan-peraturan dalam
tatabahasa itu adalah juga perlu.
Teori pembelajaran. ini menganggap bahasa adalah fenomena peni3ciran
dan. bukan mekanikal. Menurutnya, kanak-kanak mempunyai satu daya
penguasaan bahasa yang bertindak melalui hipotesis dan cuba uji. Dengan
daya penguasaan bahasa ini, mereka boleh memilih bentuk-bentuk yang
diterima dalam bahasa itu dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur
dalam bahasa tersebut. Teori penguasaan. bahasa ini rapat hubungannya
dengan teori psikologi kognitif pembelajaran yang menekankan analisis dan
pembelajaran melalui proses deduktif.
Perbezaan antara kedua-dua teori pembelajaran ini sebenarnya adalah
perbezaan penegasan, dan ini juga merupakan kelemahan masing-masing.
Sebenarnya latihan dan pengetahuan, lisan dan bertulis bukanlah bersifat
berasingan tetapi merupakan pasangan yanIg saling melengkapi dan tidak
dapat dipisahkan. Jadi guru bahasa patutlah menggabungkan kekuatan
kedua-dua teori pembelajaran ini dalam pengajaran mereka. Ini dapat
membantu guru memaksimumkan hasil pengajaran mereka.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 17
c. Teori Pembelajaran Interaksionalis (Halliday)
Teori ini berkembang dalam bidang psikolinguistik dalam tahun-tahun
enam puluhan dan tujuh puluhan. Ahli-ahli bahasa seperti Bloom (1970),
Bowennan (1973 -6), Gromer (1976) dan lain-lain yang menunjangi teori ini
bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan
penguasaan bahasa. Ini adalah kerana kebolehan kognitif hanya
membolehkan kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin
pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa.
Menurut teori pembelajaran interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan
kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara
menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang
jelas dan tepat.
Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat berinteraksi
dan ia. merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori
ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis, mengenai
undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Seseorang
pelajar harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari
segi tatabahasa dan makna. Kebolehan ini adalah penting bagi
membolehkan mereka itu berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu
dengan baik dan berkesan.
Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menyarankan supaya guru memberi
banyak latihan kepada. pelajar-pelajar. Walaupun pada dasarnya teori ini
menganggap penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur
bahasa namun kedua-dua makna dan struktur harus berjalan serentak.
Langkah ini dapat menolong murid-murid menggunakan sistem bahasa yang
dipelajarinya itu dengan betul.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 18
Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik
adalah juga penting difikirkan. Menurut teori ini, aktiviti-aktiviti bahasa yang
bermakna dan berkesan membolehkan murid-murid bukan sahaja berusaha
menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa itu tetapi juga
berkemampuan untuk menggunakannya dengan fasih dan lancar.
d. Teori Pembelajaran Fungsionalis (Haliday)
Teori fungsionalis berkembang dalam tahun-tahun enam puluhan dan
tujuh puluhan. Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja
mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian
yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan
bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.
Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi:
i. Bahasa menyampaikan idea: Kita berfikir dan mencuba berkongsi
pandangan dan pendapat dengan orang lain melalui bahasa. Secara umum
ini disebut sebagai fungsi kognitif.
ii. Bahasa menyampaikan maklumat: Bahasa mempunyai keupayaan untuk
menyampaikan maklumat mengenai penutur. Apabila seseorang itu
bercakap, sama ada dia suka atau tidak, secara tidak disedarinya dia telah
pun menyampaikan maklumat tentang dirinya.
iii. Bahasa menyampaikan partisipasi kita dalam proses berkomunikasi. Ini
bermakna bahasa itu digunakan untuk tujuan-tujuan berinteraksi.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 19
Menurut teori ini, bahasa bukan semata-mata dikaji dari segi bentuknya
tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana bahasa itu berubah-ubah
sifatnya sewaktu ia digunakan untuk berkomunikasi. Dalam perkataan lain,
kajian-kajian bahasa adalah tertumpu kepada perubahan-perubahan yang
berlaku pada bentuk-bentuk bahasa itu ketika seseorang itu berkomunikasi.
Teori ini mengutarakan beberapa ciri penting:
i. Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat untuk
berkomunikasi tidaklah merupakan satu sistem yang statik atau tertutup
sifatnya tetapi sistem itu bertenaga dan terbuka.
ii. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan
bukan hubungan-hubungan sintaksis.
iii. Semasa bahasa itu dituturkan ada terdapat kepelbagaian di dalamnya.
Ini adalah kerana bahasa itu tidak statik dan bertindak mengikut sesuatu
keadaan dan sistem sosial.
iv. Bahasa adalah sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan
menyatakan perasaan dan oleh kerana inilah ia bukan sahaja berfungsi
sedemikian tetapi juga dapat juga menggambarkan watak dan peribadi
penuturnya.
e. Teori Pembelajaran Situasionalis
Teori pembelajaran situasionalis menganggap bahasa adalah sebagai satu
kod komunikasi dan ia digunakan untuk menyatakan aksi untuk
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 20
menerangkan, untuk menyatakan lokasi, nama, aras dan peringkat dan
sebagainya. Bahasa digunakan oleh pemain-pemain peranan dalam
situasi-situasi sebenar.
Pandangan ahli-ahli bahasa yang menganut teori ini mengenai deskripsi
bahasa tidak banyak perbezaannya dengan apa yang diutarakan oleh
golongan strukturalis. Mengikut pandangan teori ini bahasa dipelajari dengan
cara menggalakkan pembentukan kebiasaan. Item-item linguistik haruslah
dimanipulasi dan dipelajari. Bentuk-bentuk ayat perlu. diperkenalkan dan ini
dilakukan dengan cara mewujudkan situasi-situasi sebenar di dalam kelas.
Ayat-ayat dipilih oleh guru dan ia harus terdiri daripada ayat-ayat yang betul
dan gramatis. Selain daripada itu, Formula sosial perlu diperkenalkan,
walaupun ada kemungkinan ia merupakan aktiviti-aktiviti yang kompleks.
Formula sosial ini penting kerana ianya berguna dalam konteks
bermasyarakat.
Teori situasionalis menyarankan supaya bahan-bahan pengajaran
disesuaikan dengan kaedah dengar-tutur di mana bahan-bahan itu
diperdengarkan terlebih dahulu sebelum murid-murid diminta membaca dan
menuliskannya. Bahan-bahan realis, objek-objek yang terdapat di dalam bilik
darjah, seperti buku, meja, kerusi, pensel, pen dan pembaris; aksi-aksi biasa
seperti berjalan, berlari, duduk, berdiri, memberi dan menerima, dan
mengukur; atau satu kit pengajaran yang berguna, gambar-gambar, botol,
kasut dan sebagainya sangat baik jika digunakan. Satu lagi perkara yang
amat digalakkan ialah 'main peranan' simulasi atau berlakon dalam keadaan
dan situasi sebenar.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 21
f. Teori Pembelajaran Anggapan
Teori pembelajaran anggapan menggunakan pendekatan yang
menekankan kepada fungsi bahasa. ia mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan dengan teori pembelajaran situational yang berlandaskan
kepada teori . pembelajaran struktural. Pendekatan anggapan berdasarkan
pandangan-pandangan fungsionalis terhadap ciri-ciri semula jadi bahasa
yang menekankan tatabahasa dan makna secara serius.
Dari segi deskripsi bahasa, teori pembelajaran anggapan berIandaskan
kepada pandangan-pandangan aliran kognitif terhadap pembelajaran
bahasa. Ini bermakna teori ini menekankan makna (aspek semantik) dan
mengutamakan tatabahasa yang bersistem. Teori ini menganggap
pengetahuan semantik sebagai perkara utama. Soalan yang harus dijawab
ialah 'Apakah yang. mahu dinyatakan oleh pengguna-pengguna bahasa?'
Teori anggapan ini percaya bahawa bahasa adalah satu sistem - bukan
si5tem bentuk tetapi sistem makna. Mereka mengandaikan bahawa
pembelajaran bahasa adalah mempelajari cara memberi makna. Berbeza
dengan teori pembelajaran situational, teori ini cuba menerangkan keperluan
berkomunikasi pelajar-pelajar dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap
komunikasi yang diperlukan itu dinyatakan.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 22
AKTIVITI 3.3
Lengkapkan rajah berikut berkaitan semua teori pembelajaran bahasa
Teori
Pembelajaran
Bahasa
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 23
Apakah Kaedah dan Pendekatan Mengajar Bahasa?
Secara am kaedah-kaedah mengajar bahasa bolehlah dibahagikan
kepada dua kategori besar yang masing-masing diwakili oleh (a) kaedah
dengar-tutur (aliran behaviurisme) dan (b) kaedah kod-kognitif (aliran
kognitif). Kaedah-kaedah mengajar bahasa ini lahir daripada pelbagai teori
dan pandangan linguistik yang berkait rapat antara satu dengan yang lain.
Mackey (1985) menerangkan bahawa 'berlainan teori bahasa adalah punca
perbezaan-perbezaan dalam kaedah'. Kenyataan ini ternyata. benar apabila
didapati kaedah dengar-tutur itu sendiri lahir daripada teori-teori mekanis dan
sementara kod-kognitif pula muncul daripada teori-teori mentalis.
a. Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu
komunikasi. Matlarnat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah
untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai
'keupayaan berkomunikasi'.
Pendekatan ini mula berkembang sejak tahun tujuh puluhan sebagai reaksi
terhadap kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam pengajaran bahasa
yang didasarkan kepada teori-teori pembelajaran sebelumnya. Mengikut
ahli-ahli bahasa yang menunjangi pendekatan ini, pengetahuan tentang
struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang betul sahaja belum
boleh menjamin murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan. Tetapi
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu harus menitikberatkan
unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya seperti faktor-faktor
sosiolinguistik, psikolinguistik dan para linguistik.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 24
Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran bahasa berasaskan pendekatan
ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan
komunikasi. Oleh itu penggunaan bahasa diberi perhatian dan keutamaan di
samping kegunaan bahasa. Pembelajaran bahasa itu disusun berdasarkan
fungsi komunikasi. Fungsi komunikasi itu pula disusun dan diajar mengikut
apa yang diperlukan oleh murid bagi menolongnya berkomunikasi di dalam
kelas dan juga dalam kehidupannya sehari-hari.
Antara fungsi-fungsi bahasa yang dimaksudkan itu ialah:
i. bahasa untuk mendapatkan barang-barang
ii. bahasa untuk mengawal tingkah laku orang lain
iii. bahasa untuk mencipta interaksi dengan orang lain
iv. bahasa untuk menyatakan perasaan peribadi dan maksud
v. bahasa untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu
vi. bahasa untuk mencipta dunia imaginasi
vii. bahasa untuk komunikasi maklumat
Pendekatan komunikatif menyarankan supaya murid-murid diberi peluang
menggunakan bahasa itu dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam
kelas. Mereka didedahkan kepada kecekapan sosiolinguistik iaitu
pengetahuan peraturan penggunaan bahasa. Ini penting kerana penggunaan
bahasa itu akan lebih betul dan bermakna sifatnya jika ujaran itu sesuai
dengan situasi bahasa. itu digunakan. Oleh itu guru mestilah mewujudkan
situasi sebenar di dalam kelas yang memerlukan murid-murid berkomunikasi
sesama mereka.
Pendekatan komunikatif ini juga meminta guru-guru mengajarkan
struktur-struktur bahasa. yang betul kepada murid-murid mereka.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 25
Murid-murid perlu tahu peraturan-peraturan bahasa. untuk membolehkan
mereka berbuat demikian. Pengetahuan ini memungkinkan lagi keupayaan
berbahasa. mereka.
Ciri-ciri pendekatan komunikatif
Finnoccgiaro clan Brumfit (1983) telah memperlihatkan dengan jelas
beberapa ciri yang menyangkut pendekatan ini. Antaranya ialah:
i. Makna adalah sangat dipentingkan.
ii. Dialog jika digunakan tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukan untuk
dihafaz.
iii. Konteks dan situasi adalah sangat dipentingkan.
iv. Pembelajaran bahasa adalah belajar untuk berhubung.
v. Latih tubi boleh berlaku tetapi tidak digalakkan.
vi. Pengucapan bahasa hanyalah perlu setakat untuk difahami sahaja.
vii. Apa sahaja alat yang boleh membantu murid-murid diterima asalkan ia
sesuai dengan umur, minat dan sebagainya.
viii. Percubaan-percubaan untuk berkomunikasi digalakkan dari awal.
ix. Penggunaan bahasa. ibunda secara bijaksana diterima di manamana
yang mungkin.
x. Terjemahan boleh digunakan dengan syarat murid-murid dapat faedah
daripadanya.
xi. Keupayaan berkomunikasi adalah matlamat pembelajaran.
xii. Bahasa dicipta oleh individu biasanya melalui proses cuba dan ralat.
xiii. Kelancaran dan bahasa yang boleh diterima menjadi matlarnat.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 26
RUMUSAN
Unit ini membincangkan tentang mazhab-mazhab dan teori
pembelajaran bahasa serta menghuraikan pendekatan dan
kaedah mengajar bahasa. Aktiviti dan latihan yang relevan
disediakan untuk membantu pelajar memahami sub topik yang
disediakan. Secara umumnya teori, pendekatan dan kaedah
mengajara Bahasa Melayu akan membantu guru menyediakan
perancangan pengajaran yang bekesan.
KATA KUNCI
Teori Bahasa : Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan
dalam bidang bahasa.
Pendekatan Mengajar : Pendekatan mengajar adalah satu kumpulan
andaian yang saling gait-mengait tentang hakikat bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa.
Kaedah Mengajar : Kaedah mengajar adalah satu tindakan sistematik
supaya dalam jangka pendek objektif pengajaran spesifik akan tercapai
Teknik Mengajar: Teknik mangajar digunakan untuk menarik perhatian
murid supaya minat belajat dan tak jemu ketika sesi guru mengajar.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 27
PENILAIAN KENDIRI
1. Kesemua prinsip yang berikut berkaitan dengan teori Interaksionalis, kecuali
A. bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi B. pengulangan membentuk kebiasaan berbahasa C. pembelajaran merupakan satu proses pemerhatian dan peniruan D. perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses
interaksi bahasa
2.
Cikgu Ali memulakan pengajarannya dengan menyoal murid bagi membina
konsep kata kerja di dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pendekatan apakah
yang digunakan oleh Cikgu Ali ?
A. eklektik B. deduktif C. induktif D. komunikatif
3. Kesemua prinsip yang berikut berkaitan dengan teori Behavioris, kecuali
A. bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi B. pengulangan membentuk kebiasaan berbahasa C. bahasa lahir daripada gerak balas terhadap sesuatu rangsangan D. kesalahan bahasa dianggap sebagai usaha menguasai sistem bahasa