Unit 3 Pedagogi

download Unit 3 Pedagogi

of 30

Transcript of Unit 3 Pedagogi

Unit 3/6

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

UNIT 3SINOPSIS:

PEDAGOGI/KAEDAH PENDIDIKAN ISLAM

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai strategi dan perkaedahan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kandungan unit ini membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan kemahiran membina rancangan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran yang di ajar, disamping mendedahkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran:Di akhir kursus ini peserta dapat: 1. menggunakan strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan. 2. mengubahsuai penggunaan kaedah pembelajaran mengikut situasi pendidikan semasa. 3. mereka cipta kaedah pengajaran yang sesuai dengan perkembangan pendidikan 4. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam sesi pengajaran pembelajaran (praktikum) 5. menjalankan penyelidikan pendidikan secara sitematik dan berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

1

Pelajar sekalian ! Anda pernah mendengar istilah pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Bolehkah anda terangkan perbezaan kempat-empat istilah tersebut ?

Tunggu dulu! Sebelum anda memberi jawapan, sediakan borang grafik carta maklumat dan buat catatan isi di dalam carta tersebut

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Tajuk-tajuk pelajaran akan datang1. STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 2. PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 3. APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

2

Tajuk 1

STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENDEKATAN Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan Mendokong sesuatu teori KAEDAH Siri tindakan guru yang sistematik Lebih bercorak jangka pendek Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih Mendokong pendekatan dipilih STRATEGI Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran Lebih mengambil kira objektif jangka panjang Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya

TEKNIK merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah digunakan dalam langkah pengajaran perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih

3

1. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Islam a. Bersepadu Mengitegrasi atau menyerap beberapa kemahiran sewaktu menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Biasanya dalam pendekatan ini kemahirankemahiran belajar dan memperoleh ilmu diajarkan serentak semasa guru mengajar. Kemahiran yang diserap dalam mata pelajaran dijadikan fokus secara sampingan tetapi terancang. b. Induktif Merupakan pendekatan yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep atau benda. Melalui pendekatan ini guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga pelajar dapat membuat suatu kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru mereka. c. Deduktif Pendekatan ini bermaksud guru memberikan rumus-rumus atau teori-teori yang sudah diketahui umum, kemudian proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan di mana para pelajar menganalisis melalui contoh yang dibentangkan. d. Qudwah Hasanah Guru menjadi model kepada murid. Sebarang tingkahlaku guru akan ditiru oleh murid. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik. e. Kelas, kumpulan dan individu Pendekatan yang dilaksanakan oleh guru melibatkan murid secara kelas, kumpulan dan individu. Sesuai dilaksanakan dengan menggunakan teknik latih tubi, seperti mengajar tilawah dan hafazan. f. Berpusatkan Guru

Ialah pendekatan lama yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar hanya mendengar sahaja penerangan guru. Komunikasi berlaku sehala sahaja. Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar. g. Berpusatkan Pelajar Salah satu ciri utama KBSR dan KBSM adalah pelajar menjadi pemain utamadalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator. 4

2. Kaedah dan eknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islama. Pemahaman - Pemikiran yang diperolehi hasil dari bacaan, kajian dan hafazan. b. Ulangan - Pembacaan atau mengingat sesuatu kemahiran secara berulang-ulang c. Lawatan - Aktiviti susulan selepas mengajar sesuatu topik atau pun mengajar kemahiran baru yang memerlukan kepada lawatan. d. Latih tubi - Pengulangan fakta-fakta atau kemahiran yang hendak dicapai. e. Dialog - Teknik bersoal jawab atau perbualan mengenai sesuatu tajuk.

f. Talaqqi/musyafahah - Kaedah yang digunakan dalam kemahiran tilawah Al-Quran di mana murid mengadap guru untuk membetulkan bacaan. g. Inkuiri - Dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Ia merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan daripada soalan0soalan dan masalah yang dikemjukakan. h. i. Bacaan - Mendapatkan maklumat melalui bacaan teks. Hafazan - Melibatkan proses mengingat secara langsung.

j. Cerita - Menyampaikan isi pelajaran menggunakan kaedah bercerita supaya lebih menarik. k. Halaqah - Murid duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan. l. Soaljawab - Guru mengemukakan soalan dan murid mengemukakan jawapan sewajarnya. m. Perbincangan - Melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topik yang ditetapkan. Guru boleh berperanan sebagai fasilitator sahaja. n. Sumbangsaran - Murid memberi idea atau pandangan dalam sesi perbincangan. o. Penyelesaian masalah - Pelajar membuat apliksai menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. p. Main peranan - Mengambil peranan tertentu seperti menjadi seorang guru besar.

5

q. Simulasi - Suatu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar dan memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi menyelesaikan masalah. r. Tunjukcara - Teknik yang digunakan oleh guru sewaktu menjalankan pengajaran yang memerlukan pelajar menguasai sesuatu kemahiran terlebih dahulu sebelum aktiviti sebenar dijalankan. s. Projek - Pelajar mengalami dan membuat sendiri sesuatu kemahiran dengan tujuan menarik minat murid dan menghasilkan kefahaman yang mendalam. t. Kuiz - Berbentuk pertandingan menjawab soalan.

u. Kuliah - Guru memberi penerangan dan huraian terhadap sesuatu konsep yang sukar difahami murid. v. Bermain - Kaedah ini dapat mengembangkan banyak kemahiran murid seperti psikomoto, sosial, interaksi dan komunikasi. Sesuai untuk pringkat rendah.

Fikirkan kaedah terkini yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Anda boleh buat rujukan dari mana-mana buku yang berkaitan dengan kaedah pengajaran.

3. Prinsip dalam strategi pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam

a. Dari mudah kepada susah mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. b. Dari maujud kepada mujarad - menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud c. Dari perkara yang maklum kepada perkara yang majhul memanipulasi pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru d. Dari dekat kepada jauh memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi. e. Dari spesifik kepada umum memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.

6

Tajuk 2

PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAMa.

Membina, memilih dan menggunakan strategiPemilihan kaedah dan teknik yang sesuai sangat penting untuk mencapai hasil yang maksimum. Perancangan dan pemilihan kaedah perlu mengambil kira tajuk pelajaran, tahap kebolehan murid dan situasi bilik darjah. Tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran. Guru tidak harus terikat dengan hanya satu atau dua kaedah sebaliknya perlu mempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan murid dan cara pembelajaran mereka berbeza. Jangka masa pembelajaran 30 atau 40 minit bagi satu waktu akan menyebabkan murid bosan dengan satu atau dua kaedah sahaja. Sebaik-baiknya kaedah yang dipilih itu lebih berpusatkan kepada murid supaya mereka menjadi aktif.

b.

Persediaan guruUntuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum , struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Di samping itu guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiranmengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk. Disamping merancang dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktivit kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

c.

Persediaan mengajarGuru perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat. Iaitu perancangan mengajar, perancangan penyampaian pengajaran dan perancangan penilaian.

d.

Perkembangan Langkah-langkah pengajaran

7

Guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan. Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan menegaskan kembali isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar. Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata pelajaran Kelas/ tingkatan Tarikh Masa Bilangan Pelajar Bidang Tajuk Pengetahuan Sedia Ada Hasil pembelajaran Aras 1 Aras 2 Aras 3 Kemahiran berfikir Penerapan Nilai Gabungjalin Penerapan/ Rentasan/ PAS/ KMD Bahan Bantu Mengajar : : : : : : : : : : : : : : : : :

8

Langkah Muqaddimah 1 minit

Isi Pelajaran Doa Syahadatain

Aktiviti P&P Murid Guru Guru Murid Guru

Catatan

Set Induksi 2/4 minit

Isi Soalan Tajuk

Langkah 1 5/7 minit

Isi Soalan

Guru -penyampaian guru

GJ P

Langkah 2

Isi Gabungjalin Penyerapan Soalan

Guru Murid

GJ P KMD

Langkah 3 12/15 minit

Soalan

Murid Guru

KMD/PAS P PN

Penutup 5/5 minit

Isi Kerja lanjutan

Guru Murid

Catatan refleksi: Catatan bimbingan:

9

Seiepas membaca nota, selesaikan tugasan di bawah

Sekiranya anda masih kurang jelas, sila rujuk semula nota yang disediakan

Soalan perbincangan

1.

Bina satu rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran pendidikan Islam bertajuk Iman kepada Rasul dan laksanakan di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran anda Selepas pengajaran di dalam kelas anda, buat satu penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan. Dalam kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran, anda diminta menggunakan tiga kaedah yang sesuai untuk mengajar satu tajuk dalam bidang Ulum Syariah.

2. 3.

Tahniah ! Kerana berjaya menyempurnakan tugasan anda. SELAMAT MAJU JAYA !

10

Tajuk 3

APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti tajuk ini pelajar dapat : i. ii. iii. iv. Mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi setiap tajuk pelajaran Pendidikan Islam, ciri-ciri dan pelaksanaan bagi setiap kaedah. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kaedah yang dipilih. Memastikan setiap kaedah yang dipiilh bagi setiap tajuk pelajaran mendatangkan keberkesan yang maksimum. Membezakan kekuatan dan keberkesanan bagi setiap kaedah mengikut tajuk pelajaran.

Mata Pelajaran Pendidikan IslamMata Pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang seperti berikut, iaitu: Bidang 1 Asuhan Tilawah al-Quran Kandungan Membaca Menghafaz Memaham 2 Asas Ulum Asy-Syariah Aqidah Ibadah Sirah 3 4 Asas Akhlak Islamiyah Pelajaran Jawi Adab dab Akhlak Islam Membaca Menulis Rajah 11 : Bidang-bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

11

Rajah di atas menunjukkan kandungan bidang-biang mata pelajaran yang terdapat dalam pendidikan Islam sekolah rendah. Untuk mendalami bidang-bidang tersebut; Sila rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 2002,

Bil.1

BIDANGAsuhan Tilawah Al-Quraan

OBJEKTIF1. Membaca Surahsurah terpilih dari juzuk Amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca AQuraan dan menjadi amalan. 2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadah harian. 3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari ddengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.

TUMPUAN 1. Membaca ayat-ayat alQuraan dengan betul dan fasih. 2. Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan betul dan fasih 3. Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada Juzuk Amma (Juzuk 30 ) dan menghayati pengajarannya.

2

Asas Ulum AsSyariah

1. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benting keagmaan 2. Mengamalkan ibadahibadah asas Fardu Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat islam 3. Memahami dan mengambil Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,

1. Penekanan akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah. 2. Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya 3. Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W 4. Imlikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, eluarga,masyarakat dan Negara.

12

3

Asas Akhlak Islamiah

Mengamal adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

1. Kepatuhan terhadapperturan dan cara hidup Muslim dalam hubungan dengan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. 2. Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri, keluarga, alam 3. sekitar,masyarakat dan Negara 1. Menulis tulisan jawi dengan baik 2. Membaca jawi dengan lancer 3. Mempelajari seni tulisan jawi.

3

Pelajaran Jawi

1. Membaca dan menulis jawi.2. mencintainya sebagai warisan budaya bangsa

Rajah: Objektif dan timpuan bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Latihan

i. ii.

Berdasarkan rajah di atas, bincangkan bidang-bidang pendidikan Islam sekolah rendah mengikut susunan? Senaraikan Objektif setiap bidang mengikut tumpuan sukatan tersebut.

13

Kurikulum pendidikan Islam adalah bermatlamat untuk mencapai keberkesanan dari segi penghayatan dan aplikasi, berfungsi sebagai benteng keagamaan dan amalan nilai-nilai budaya bangsa. Oleh itu, setiap bakal pendidik hendaklah memahami dengan jelas tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah kerana ia merupakan asas utama sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan pemahaman ini guru akan lebih mudah merancang pengajaran mereka serta dapat menghurai setiap tajuk yang dicadangkan. Guru juga akan mengaitkan antara teori dan praktis, menggabungkan aspek fardu ain dan fardu kifayah ke arah menyumbang kepada pembangunan diri, bangsa dan negara bagi meneruskan kegemilangan tamadun Islam, dan mencapai matlamat pembinaan kurikulum untuk menampilkan kekukuhan keimanan generasi muslim. Ini bermakna generasi yang dibina akan memiliki daya juang, daya saing dan daya maju.

Mata pelajaran terasb. c. d. e. Asuhan Tilawah Al-Quran Asas Ulum Syariah Asas Akhlak Islamiayah Pelajaran Jawi

REFLEKSI LATIHAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN Refleksi didefinisikan sebagai ikuiri yang sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta memperdalam kefahaman mengenai sesuatu perkara. Refleksi juga sebagai suatu usaha secara sedar dan rasional mencari penyelesaian kepada suatu masalah. Selain itu juga proses refleksi juga mengarahkan pemikiran positif bagi menjana strategi melahirkan kemahiran interaktif dan mendisiplinkan diri mencari penyelesaian bagi suatu masalah yang timbul. Kesemua usaha tersebut mempunyai matlamat yang sama iaitu melahirkan suatu amalan pengajaran guru yang berkesan. Proses refleksi dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai penilaian kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

14

Langkah refleksi:

Mengesan masalah

Memahami masalah melalui pemikiran kognitif

Memproses dan menganalisis data dengan pemikrian secara kritis

Mengingat kembali perhubungan pengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah

Mencadang pelbagai penyelesaian dengan pemikiran kritis dan kreatif

Menilai penyelesaian dengan penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan atau menetap tindakan

Rajah: Langkah-langkah Refleksi Pengajaran Pembelajaran

15

TILAWAH AL-QURANAplikasi kaedah talaqqi musyafahah, latih tubi dan penerangan. Anda perlu membuat rujukan kepada tajuk kaedah talaqqi musyafahah, latih tubi dan penerangan. Baca dan fahami kaedah tersebut dengan teliti.(Rujuk Nota kuliah/ Buku Kaeadah Pendidikan Islam oleh Zawawi Haji Ahmad / Prinsip=Prinsip dan Metod Pendidikan Islam oleh Abdul Rahman An-Nahlawi) Baca dan teliti aplikasi kaedah talaqqi, latih tubi dan penerngan dalam contoh pengajaran di bawah ini. Tajuk : Kemahiran : Kaedah: Gabungjalin: Penyerapan ilmu: Sumber : Masa : Membaca ayat. Membaca mengikut hukum tajwid ; mad tabi`i,ikhfa hakiki, qalqalah, idgham bi ghunnah dan waqaf. Talaqqi musyafahah, latih tubi dan penerangan. Membaca dan menulis. Tajwid dan jawi tulisan jawi. Kad kalimah, kad ayat, carta ayat dan CD al-Quran dan Mashaf Uthmani. 30 minit.

Talaqqi Guru memperdengarkan bacaan ayat al-Quran melalui keset. Guru membaca. Bacaan secara kuat (jahar) . Pelajar mendengar bacan guru dengan teliti. Guru mengulangi bacaan beberapa kali. Murid membaca (guru melakukan sedemikian beberapa kali mengikut ayat yang dikelompokkan) Latih tubi Pelajar membaca ayat secara kuat beberapa kali. Pelajar membaca secara individu. Guru mendengar bacaan pelajar sambil membetulkan kesilapan. Pelajar membaca beberapa kali secara kumpulan. Guru meneliti bacaan pelajar.

16

Penerangan / Pengukuhan. Guru memperdengarkan CD al-Quran. Bacaan secara kuat (jahar) . Pelajar mendengar bacan tersebut dengan teliti. Guru mengulangi bacaan daripada CD al-Quran . Pelajar membaca ayat. Bacaan secara kuat . Pelajar membaca secara individu.Ulang bacaan beberapa kali. Guru mendengar bacaan pelajar dan menerangkan hukum tajwid dalam ayat tersebut. Pelajar membaca secara kumpulan. Guru meneliti bacaan pelajar. Guru membaca semula ayat. Pelajar mendengarbacan guru. Pelajar membaca semula ayat. Guru meneliti bacan pelajar serta memberi penerangan dan pengukuhan. Pelajar menulis ayat ayat yang telah dibaca. Pelajar cerdas menulis ayat 1 hingga 5. Pelajar sederhana menulis ayat 1 hingga 3. Pelajar lambat menulis ayat 1 hingga 2 sahaja.

Latihan

Setelah meneliti contoh pengajaran al-Quran menggunakan kaedah talaqqi yang diberi di atas , sila jawab soalan-soalan berikut:1. 2. 3. 4. Apakah maksud talaqqi musyafahah ? Apakah maksud latih tubi dan penerangan ? Bagaimanakah kaedah talaqqi musyafahah dijalankan? Anda dikehendaki menyempurnakan perkara berikut:-

Pelajaran : Pendidikan Islam Bidang : Tilawah al-Quran Tajuk : Kemahiran: Kaedah : Gabungjalin: Penyerapan : Sumber : Masa : 40 minit. Penyampaian.

17

(Nyatakan langkah-langkah penyampaian pelajaran) RUMUSAN Bidang Tilawah al-Quran hendaklah diajar menggunakan kaedah talaqqi musyafahah.Kaedah ini berdasarkan kepada bacaan guru secara kuat (jahar) dan didengar oleh pelajar secara langsung (mubasyarah). Talaqqi menjadi kaedah induk kepada lain-lain kaedah yang digunakan dalam mempelajari bacaan alQuran.

Aplikasi kaedah bacaan, penerangan dan perbincangan dalam aspek kefahaman ayat-ayat al-Quran.

Sila baca dan fahami kaeadh-kaedah berikut: Kaedah bacaan, penerangan dan perbincangan.(Rujuk Nota kuliah/Buku Kaeadah Pendidikan Islam oleh Zawawi Haji Ahmad / Prinsip=Prinsip dan Metod Pendidikan Islam oleh Abdul Rahman An-Nahlawi) Ayat kefahaman. Ayat 1 hingga 5 surah al-`Alaq. Baca dan teliti aplikasi kaedah bacaan, penerangan dan perbincangan dalam contoh pengajaran kefahaman ayat-ayat al-Quran yang disediakan di bawah ini .

Pelajaran Bidang Masa Tajuk Kaedah Gabungjalin Penyerapan Nilai Kemahiran berfikir Sumber

Pendidikan Islam Al-Quran 30 minit Kefahaman ayat 1 hingga 5 surah al-`Alaq Bacaan , penerangan dan perbincangan Membaca dan memahami ayat Bahasa Arab, Bahasa Melayu (terjemahan) dan Aqidah tauhid al-Khaliq) Yakin kepada kekuasaan Allah, yakin kepada ajaran al-Quran Membuat refleksi ke atas diri sebagai makhluk ciptaan Allah Mashaf Uthmani, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, kad erti perkataan, carta terjemahan ayat 1 - 5 al-`Alaq

18

: Perkembangan langkah penyampaian. Lihat Mashaf Uthmani. Perhatikan ayat 1 5 surah al-`Alaq. Bacaan Guru membaca ayat tersebut (bacaan jahar) Pelajar membaca ayat tersebut beberapa kali. Lihat kad perkataan dan ertinya. Penerangan Guru menerangkan erti kalimah-kalimah daripada ayat tersebut. Pelajar membaca kalimah-kalimah tersebut dan ertinya dalam Bahasa Melayu. Guru membaca semula ayat tersebut Pelajar membaca secara individu ( bacaan perlahan) Lihat carta terjemahan ayat. Guru menerangkan maksud tiap-tiap ayat 1 5 Pelajar membaca maksud setiap ayat 1 5 Guru menerangkan maksud keseluruhan ayat 1 5 Perbincangan Pelajar berbincang dalam kumpulan kecil maksud ayat 1 5 surah al-`Alaq Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan Pelajar membuat perkaitan maksud ayat dengan aspek aqidh Pelajar membuat refleksi ke atas diri mereka sebagai makhluk Allah Guru membuat rumusan maksud ayat tersebut.

Latihan

Setelah selesai meneliti contoh aplikasi kaedah dalam aspek kefahaman al-Quran di atas, cuba anda jawab soalan-soalan berikut:1 2 Apakah tajuk pelajaran di atas. Nyatakan kaedah-kaedah yang digunakan dalam pelajaran

19

3

kefahaman ayat tersebut ? Anda dikehendaki menyempurnakan perkara berikut: Pelajaran: Bidang: Masa: Tajuk: Kaedah: Gabungjalin: Penyerapan: Nilai: Kemahiran berfikir: Sumber: Pendidikan Islam Tilawah al-Quran 30 minit Ayat kefahaman

4 RUMUSAN

Nyatakan langkah-langkah penyampaian pelajaran

Kefahaman ayat-ayat al-Quran perlu disampaikan dengan enggunakan kaedah kaedah yang sesuai dengan aspek tersebut. Disamping itu aspek kesepaduan yang lain juga perlu diambil kira

Aplikasi kaedah bacaan, latih tubi dan menghafaz dalam aspek hafazan ayat-ayat al-Quran.

Anda perlu membuat rujukan dan teliti kaedah-kaedah berikut:Kaedah bacan, hafazan dan latih tubi. (Rujuk Nota kuliah/ Buku Kaeadah Pendidikan Islam oleh Zawawi Haji Ahmad / Prinsip=Prinsip dan Metod Pendidikan Islam oleh Abdul Rahman An-Nahlawi) Ayat hafazan. Baca contoh pengajaran menghafaz ayat-ayat al-Quran yang disediakan ini dengan teliti. Pelajaran Bidang Masa Tajuk Kaedah Gabungjalin Penyerapan Nilai Kemahiran berfikir Sumber Pendidikan Islam Tilawah Al-Quran 30 minit Menghafaz ayat . Membaca dabn menghafaz Bacaan, latih tubi dan menghafaz Ilmu tajwid bacaan bertajwid Mashaf Uthmani, carta ayat, kaset ayat

20

Langkah-langkah penyampaian Bacaan/ tilawah/ latih tubi. Guru membaca ayat bacaan kuat) Pelajar mengikut bacaan guru (bacaan kuat) Pelajar membaca perlahan ayat secara individu Mereka membaca ayat tersebut beberapa kali sehingga lancar dan fasih. Pelajar membaca perlahan ayat secara individu Mereka membaca ayat tersebut beberapa kali sehingga lancar dan fasih. Pelajar membaca perlahan ayat secara individu Mereka membaca ayat tersebut beberapa kali sehingga lancar dan fasih. Mendengar bacaan ayat daripada pita rakaman Latih tubi Pelajar mendengar bacaan ayat daripada pita rakaman. Mereka mengikut bacaan tersebut sehingga tamat ( Aktiviti ini diulang beberapa kali) Lihat carta ayat Pelajar membaca beramai-ramai ( bacaan kuat) Pelajar membaca secara kumpulan ( bacaan kuat) Pelajar membaca secara individu ( bacaan senyap) Lihat Mashaf Uthmani Mengingat ayat Pelajar membaca secara individu (bacaan senyap) Mereka mengulang bacaan sehingga ingat Pelajar membaca (dengan ingatan) ayat lihat teks ( individu) Pelajar membaca (dengan ingatan) ayat lihat teks ( individu) Pelajar membaca (dengan ingatan ) ayat lihat teks ( individu) Menghafaz Pelajar menghafaz ayat ( individu) Mereka mentasmi`kan hafazan kepada guru .

21

Latihan

Setelah meneliti contoh pengajaran di atas, adakah anda mempelajari sesuatu daripada bahan tersebut ? Nyatakan kaedah-kaedah yang digabungkan dengan kaedah hafazan dalam contoh di atas. RUMUSAN Aspek hafazan ayat-ayat al-Quran mestilah didahului oleh kaedah bacaan dan latih tubi. Selepas itu diterapkan kaedah hafazan sepenuhnya.

ULUM SYAR`IYAHAplikasi kaedah sumbang saran dan soal jawab dalam pelajaran Aqidah. Anda perlu membuat rujukan kepada kaedah sumbang saran dan soal Jawab. (Rujuk Nota kuliah/ Buku Kaeadah Pendidikan Islam oleh Zawawi Haji Ahmad / Prinsip=Prinsip dan Metod Pendidikan Islam oleh Abdul Rahman An-Nahlawi) Baca contoh pengajaran Aqidah yang disediakan ini dengan teliti. Pelajaran: Bidang: Masa: Tajuk: Kaedah: Gabungjalin: Penyerapan: Nilai: Kemahiran berfikir: Sumber: Pendidikan Islam Aqidah 30 minit Qada dan qadar Sumbang saran dan soal jawab Membaca dan menulis Bahasa Arab dan akhlak Dengan ketetapan Allah Membuat rumusan Carta ayat al-Quran,hadis,CD

22

Langkah-langkah penyampaian. Pelajar berintraksi dengan guru dan bahan-bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar pelajar diberi bahan rangsangan berkaiatan qada dan qadar. 1. Gambar bencana taufan Issabel menyerang Pantai Amerika Syarikat dan Washington 20 September 2003 . 2. Tayangan video para graduan sedang menerima Diploma Perguruan . 3. Gambar slid ; bukit, hutan, sungai,laut,padang pasir dan pantai. 4. Tayangan CD : Animals Planet. Perbincangan kumpulan ; sumbang saran. 1. Setelah memerhati dan meneliti bahan bahan tersebut pelajar berbincang dalam kumpulan kecil. 2. Perbincangan dilakukan secara sumbang saran. 3. Setiap pelajar dalam kumpulan memberi pendapat dan idea mereka. 4. Pendapat yang dikemukakan dicatat oleh pencatat. 5. Di akhir perbincangan idea-idea yang dikemukan disemak dan dipilih mengikut keutamaan. 6. Rumusan perbincangan dibentangkan dalam kelas. 7. Guru bertindak sebagai fasilitator 1. Guru mengemukakan dan menjelaskan nas al-Quran dan hadis mengenai qada dan qadar. 2. Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai pengamatan dan hasil perbincangan mereka. 3. Pelajar membuat kesimpulan/merumuskan hasil perbincangan kumpulan dengan nas-nas berkaitan qada dan qadar. 4. Guru merumuskan pelajaran tersebut.

Latihan

1. Nyatakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk aspak aqidah? 2. Pilih kaedah yang sesuai bagi tajuk mukjizat Rasulullah kemudian bina langkahlangkah pengajaran.

23

RUMUSAN Aspek aqidah hendaklah diajar menggunakan kaedah-kaedh yang sesuai dengan tajuk dalam aspek tersebut. Kesesuaian kaedah dan isi pelajaran mendatangkan keberkesanan tinggi dalam hasil pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi kaedah Ibadat. penerangan, soal jawab dan tunjuk cara dalam pengajaran

Anda perlu membuat rujukan dan teliti kaedah-kaedah berikut:Kaedah penerangan, soal jawab dan tunjuk cara. (Rujuk Nota kuliah/ Buku Kaeadah Pendidikan Islam oleh Zawawi Haji Ahmad / Prinsip=Prinsip dan Metod Pendidikan Islam oleh Abdul Rahman An-Nahlawi) Baca contoh pengajaran Ibadah yang disediakan ini dengan teliti. Pelajaran: Bidang: Masa: Tajuk: Kaedah: Gabungjalin: Penyerapan: Nilai: Kemahiran berfikir: Sumber: Pendidikan Islam Ibadat 30 minit Tayammum Penerangan,soal jawab dan tunjuk cara Membaca dan memahami Sains ( bahan kimia dalam debu tanah), Alam Sekitar Akhlak ( beradad ketika beribadat, yakin dengan perintah Allah) Debu tanah, carta rukun tayammum, gambar orang bertayammum, Video / CD orang bertayammum

Langkah-langkah perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Palajar berintraksi dengan guru dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajran. Pelajar-pelajar diminta memerhati dan memberi perhatian kepada carta rukun tayammum, gambar video dan gambar-gambar foto orang bertayammum. Penerangan / soal jawab Pelajar membaca carta yang dilekatkan didepan kelas. Guru menjalaskan rukun tayammum. Berdasarkan gambar-gambar foto dan tayangan video guru menjelaskan rukun tayammum satu persatu. Kemudian guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai perkara trsebut. Guru menerangkan cara bertaymmum seperti yang dilihat dalam tayangan video. Pelajar diminta mengenalpasti perlakuan tayammum melalui gambar foto yang dipamerkan. Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai gambar-gambar tersebut.

24

Tunjuk cara Debu tanah diletkkan dihadapan kelas. Selepas memberi penjelasan dan penerangan mengenai cara tayammum berdasarkan gambar gambar tersebut , guru melakukan tunjuk cara bertayammum . Pelajar memerhatikan tunjuk cara tersebut. Pelajar mengenalpasti cara bertayammum kemudian melakukanya secara individu. Beberapa orang pelajar melakukan tayammum dihadapan kelas secara bergilir-gilir. Pelajar-pelajar lain memerhatikannya. Guru membetulkan kesilapan dan memberi peneguhan positif. Aktiviti lanjutan. Semua pelajar diminta melakukan simulasi tayamum di dalam kelas. Selepas mengikuti pelajaran ini dengan jayanya, pelajar-pelajar diminta melakukn tayammum di rumah sebagai kerja lanjutan.

Latihan

Setelah meneliti contoh pengajaran ibadat di atas, cuba anda bina satu contoh pengajaran ibadat tajuk wuduk. Penyampaian pelajaran tersebut menggunakan kaedah penerangan, soal jawab dan amali. Rancangkan perkembangan langkah penyampaian pelajaran mengikut contoh yang diberi di atas . (Rujuk contoh pengajaran ibadat, tajuk tayammum). Bentangkan tugasan ini dalam sesi kuliah/ tutorial semasa berkursus nanti. Aplikasi kaedah penerangan, soal jawab dan simulasi dalam pengajaran Akhlak . Anda perlu membuat rujukan dan teliti kaedah-kaedah berikut:Kaedah penerangan, soal jawab dan simulasi. ( Rujuk buku Pedagogi ; Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan oleh Shahabuddin bin Hashim, dan rakan-rakan PTS Pulication & Distributors, 2003.)

25

Baca contoh pengajaran Akhlak yang disediakan ini dengan teliti. Pelajaran: Bidang: Masa: Tajuk: Kaedah: Gabungjalin: Penyerapan: Pendidikan Islam Akhlak Hormat dan tolong menolong Penerangan,soal jawab dan simulasi Membaca dan memahami Sains hayat (peringkat hidup manusia; kanakkanak,remaja,dewas dan tua ), Alam Sekitar (peraturan alam SunnatulLah ;yang besar melindungi yang kecil, yang kecil menyayangi yang besar) Al-Quran:Hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebajikan dan taqwa.Nilai: Akhlak ( beradad dengan ibu bapa dan sesama manusia,yakin dengan perintah Allah) Gambar orang berkerja bergotong royong , pelajar menolongorang tua melintas jalan. Video / CD orang ramai membersihkan kawasan masjid

Nilai: Kemahiran berfikir: Sumber:

Langkah-langkah perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Palajar berintraksi dengan guru dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajran. Pelajar-pelajar diminta memerhati dan memberi perhatian kepada gambar video dan gambar-gambar foto orang bergotong royong. Penerangan / soal jawab. 1. 2. 3. 4. Berdasarkan gambar-gambar foto dan tayangan video guru menjelaskan Konsep hormat dan tolong menolong. Kemudian guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai perkara trsebut. Guru menerangkan cara menghormati orang dan tolong menolong.seperti yang dilihat dalam tayangan video. 5. Pelajar diminta mengenalpasti perlakuan tersebut melalui gambar foto yang dipamerkan. 6. Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai gambar-gambar tersebut. Simulasi hormat orang dan tolong menolong. 1. Selepas memberi penjelasan dan penerangan mengenai cara menghormati dan menolong orang berdasarkan gambar gambar tersebut , guru meminta beberapa orang pelajar melakukan simulasi di hadapan kelas. 2. Pelajar pelajar memerhatikan simulasi tersebut.

26

Pelajar mengenalpasti cara menghormati dan menolong orang kemudian melakukanya secara berpasangan ( lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan ) dalam kelas. Guru membetulkan kesilapan dan memberi peneguhan positif. Aktiviti lanjutan. Semua pelajar diminta melakukan simulasi tayamum di dalam kelas. Selepas mengikuti pelajaran ini dengan jayanya, pelajar-pelajar diminta melakukn aktiviti tersebut di rumah sebagai kerja lanjutan.

Latihan

Setelah meneliti contoh pengajaran Akhlak di atas, cuba anda bina satu contoh pengajaran Akhlak tajuk menjaga kebersihan. Penyampaian pelajaran tersebut menggunakan kaedah penerangan, soal jawab dan amali. Rancangkan perkembangan langkah penyampaian pelajaran mengikut contoh yang diberi di atas . (Rujuk contoh pengajaran Akhlak, tajuk hormat dan tolong menolong). Bentangkan tugasan ini dalam sesi kuliah/ tutorial semasa berkursus nanti.

RUMUSAN Pelajaran Ibadat dan Akhlak boleh disampaikan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai. Walaupun begitu kaedah yang menggalakkan penglibatan pelajar secara positif adalah diutamakan. Aplikasi kaedah cerita, dialog dan kuiz dalam pelajaran Sirah Nabawiyah. Sila baca kaedah-kaedah berikut dengan teliti:Kaedah cerita,dialog dan kuiz. ( Rujuk buku Pedagogi ; Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan oleh Shahabuddin bin Hashim, dan rakan-rakan ,PTS Pulication & Distributors, 2003.)

27

Baca dan teliti contoh pengajaran berikut :Pelaja Ran Sirah Nabawi yah Tajuk Pelajaran Dakwah Rasulullah fasa Makah; Dakwah kepada kelurga secara sulit. Kaedah Cerita, dialog dan kuiz Penyerapan Akhlak, geografi dan sejarah Nilai Mencontohi sirah Rasulullah s.a.w. Bahan Petikan cerita , skrip dialog dan solan kuiz. Kem. Berfikir Membuat inferen dan refleksi Masa 40 minit

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Cerita. Petikan cerita Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah kepada kelurga terdekat secara sulit. Setiap pelajar mendapat salinan cerita tersebut. Pelajar-pelajar membaca cerita tersebut secara individu bacaan senyap. Beberapa orang pelajar menceritakan semula kepada rakan-rakan dalam kelas. Guru memerhati dan meneliti aktiviti tersebut sambil membetulkan kesilapan. Dialog. Dialoq Rasulullah menyampaikan ajaran Islam kepada kelurga dan penerimaan ajaran itu oleh keluarga baginda diedarkan kepada pelajar. Pelajar-pelajar membaca dialoq tersebut dengan teliti -bacaan senyap. Beberapa orang pelajar membaca dialoq tersebut dihadapan kelas -bacaan kuat. Kuiz. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru mengemukakan soalan kuiz berhubung dengan pelajaran Sirah : Rasulullah berdakwah kepada keluarga. Setelah tamat aktiviti tersebut pelajar dan guru membuat rumusan . Disamping itu pelajar membuat inferen dan rekleksi.

28

Pendidikan Islam Bidang Tilawah al-Quran Kefahaman ayat Hafazan ayat Aqidah Ibadah Sirah Nabawiyah Kaedah pengajaran dan pembelajaran

1.

Jelaskan kaedah khusus dan kaedah umum bagi setiap aspek pelajaran Pendidikan Islam.

RUMUSAN Sirah Nabawiyah boleh disampaikan melalui kaedah yang bersifat positif menggalakkan intraksi dua hala guru pelajar dan pelajar guru serta pelajar sesama mereka seperti kaedah perbincangan,kuiz, soal jawab, cerita, penyelesaian masalah dan sebagainya.

29

30