seniHbef1403seni

23
Selain itu, terdapat banyak faedah yang diperolehi melalui permainan sukan rakyat di Malaysia. Faedah-faedah yang diperolehi ini merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu pertama ialah perkembangan dari segi fizikal, kedua ialah perkembangan dari segi pendidikan kerohanian dan moral (emosi), ketiga ialah perkembangan dari segi kognitif (intelek), dan keempat ialah perkembangan dari segi sosial. Perkembangan Fizikal Melalui permainan fizikal yang aktif kanak-kanak dapat bersenam dan membina otot. Ia juga adalah saluran mengeluarkan tenaga yang berlebihan yang mana apabila disimpan ia menyebabkan kanak-kanak tegang, gementar, meragam dan terlalu aktif. Permainan fizikal dapat meningkatkan kemahiran koordinasi badan, menggalakkan kematangan motor halus dan kasar serta mempelajari konsep ruang. Terdapat banyak kepentingan bermain dalam perkembangan fizikal antara ialah dapat menggerakkan psikomotor murid- murid iaitu motor kasar, motor halus, koordinasi mata- tangan, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran fizikal yang berkenaan termasuk berlari, melompat, menendang, memanjat, mengimbang, menyambut bola dan membaling bola. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak

description

-

Transcript of seniHbef1403seni

Selain itu, terdapat banyak faedah yang diperolehi melalui permainan sukan rakyat di Malaysia. Faedah-faedah yang diperolehi ini merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu pertama ialah perkembangan dari segi fizikal, kedua ialah perkembangan dari segi pendidikan kerohanian dan moral (emosi), ketiga ialah perkembangan dari segi kognitif (intelek), dan keempat ialah perkembangan dari segi sosial.Perkembangan FizikalMelalui permainan fizikal yang aktif kanak-kanak dapat bersenam dan membina otot. Ia juga adalah saluran mengeluarkan tenaga yang berlebihan yang mana apabila disimpan ia menyebabkan kanak-kanak tegang, gementar, meragam dan terlalu aktif. Permainan fizikal dapat meningkatkan kemahiran koordinasi badan, menggalakkan kematangan motor halus dan kasar serta mempelajari konsep ruang.Terdapat banyak kepentingan bermain dalam perkembangan fizikal antara ialah dapat menggerakkan psikomotor murid-murid iaitu motor kasar, motor halus, koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran fizikal yang berkenaan termasuk berlari, melompat, menendang, memanjat, mengimbang, menyambut bola dan membaling bola. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian- bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan. Menerusi aspek ini, murid dapat menggunakan otot-otot halus untuk menggerakkan sesuatu. Menerusi bermain juga, ianya dapat meningkatkan kemahiran fizikal kanak-kanak seperti berlari, melompat, memanjat dan sebagainya.

Aspek Perkembangan Fizikal (Jasmani)

Permainan sukan rakyat iaitu permainan teng-teng ini dapat mengembangkan perkembangan dari aspek fizikal ataupun lebih dikenali sebagai aspek perkembangan jasmani. Permainan teng-teng ini dapat mengembangkan kemahiran mengimbang badan dengan berdiri menggunakan sebelah kaki tanpa bantuan. Ia juga memerlukan pemain bergerak melompat dari petak ke petak serta mencampak atau membaling buah.

Perkembangan Sosio EmosiDalam kehidupan dan perkembangan emosi kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi dan beremosi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika bermain setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Kami sebagai guru kelak harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak. Kepentingan bermain dalam aspek emosi juga berupaya untuk membina kemahiran kendiri yang positif dalam kalangan kanak-kanak. Jika permainan diterapkan dengan cara yang bijak, ia akan dapat melahirkan individu yang baik pada masa akan datang. Sebagai contoh, murid yang boleh berkomunikasi ketika bermaina sedikit sebanyak dapat mempengaruhi cara mereka bersosial apabila dewasa kelak dengan bijak dan bagus dalam memberi arahan dan mengeluarkan idea atau pendapat ketika dewasa kelak. Jika kita lihat kepentingan bermain secara ringkas, kita dapat lihat bahawa murid atau kanak- kanak dapat belajar konsep meningkatkan keupayaan kognitif, memupuk pemikiran yang inovatif, kritis, dan kreatif, memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan, membantu dalam menyelesaikan masalah, membina kemahiran sosial dan banyak lagi kepentingan-kepentingan yang dapat diserapkan melalui aktiviti permainan.Bermain membolehkan kanak-kanak melepaskan ketegangan yang disebakan oleh halangan daripada persekitaran terhadap tingkah laku mereka. Dengan bermain bersama kanak-kanak lain, kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial dan bagaimana menyelesaikan masalah sosial yang berlaku. Mereka juga belajar menjadi pemimpin dan pengikut di samping belajar bertoleransi dan bekerjasama.

Aspek Perkembangan Pendidikan Kerohanian dan Moral (Emosi)Selain itu, permainan teng-teng ini juga dapat mengembangkan perkembangan diri seseorang individu itu iaitu dari aspek pendidikan kerohanian dan moral ataupun lebih difahami oleh semua orang dengan menggunakan istilah emosi. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini, para pemain hendaklah mempunyai sikap sabar di dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana para pemain perlu bersabar apabila menunggu giliran mereka dan memahami peraturan permainan semasa permainan berlangsung.Permainan sukan rakyat ini juga dapat memenuhi masa lapang para pemain khususnya kanak-kanak dengan baik. Dengan ini, mereka dapat mengelakkan diri mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak bermoral tetapi sebaliknya, kanak-kanak ini dapat belajar mengenai pengurusan masa yang teratur.Perkembangan KognitifPerkembangan kognitif merupakan satu aspek yang penting dalam perkembangan individu.Mendengar,membaca,berbincang dan bertutur amat membantu dalam perkembangan kognitif.Melalui bermain,melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar akan mempercepat penguasaan bahasa dan kognitif secara amnya.Terdapat banyak kepentingan bermain dalam kanak-kanak antaranya melalui aspek perkembangan kognitif,murid dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar.Melalui bermain,murid dapat berusaha untuk menjayakan permainan tersebut dan meningkatkan daya keintelektualan murid- murid.Menerusi bermain juga murid dapat berfikir sejauh manakah tahap murid dalam memastikan sesuatu permainan tersebut berjalan dengan lancar dan berkesan.Melalui bermain,perkembangan minda kanak-kanak akan berkembang dan mencapai satu potensi di mana kanak-kanak dapat mengaplikasikannya dalam sesebuah atau sesuatu aktiviti permainan.Menerusi perkembangan kognitif,murid dapat mengetahui pelbagai kemahiran yang ada pada dirinya.Ketika inilah murid akan berusaha untuk menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang di sekitarnya.Di samping itu,kepentingan bermain dalam aspek perkembangan kognitif ialah membantu murid-murid berfikir dengan lebih kreatif dan logik.Menerusi permainan,murid dapat belajar mengenai syarat dan peraturan permainan.Seterusnya hal ini akan membuatkan murid mengikuti segala peraturan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu permainan.Hal ini bukan sahaja dapat menajamkan minda kanak-kanak malah hal ini akan melahirkan suatu pemikiran baru kanak-kanak untuk membentuk suatu permainan yang baharu.Melalui bermain,murid juga mendapat maklumat tambahan serta mendedahkan murid-murid tentang cara menyelesaikan masalah.Dalam aspek kognitif ini,penekanan kepada minda murid-murid ditekankan.Murid-murid akan dapat berfikir bagaimana sesuatu permainan dapat menimbulkan keseronokan dan gurauan sesama rakan.Aspek kognitif yang utama menerusi bermain ialah murid dapat mendengar dengan teliti serta berbahasa dengan betul dan fasih.Melalui bermain,murid dapat memahami arahan yang diberi seterusnya berbincang untuk melakukan sesuatu aktiviti bermain.Bagi perkembangan kognitif, permainan Teng-teng ini dapat membantu dalam perkembangan intelek seperti konsep memahami undang-undang permainan, konsep pramatematik dan konsep pemerhatian. Selain itu juga, permainan ini juga mengajar kanak-kanak berfikir dan menerapkan kemahiran merancang strategi semasa bermain.Bermain juga membantu mengembangkan daya kreatif kanak-kanak kerana ia memberi peluang daya cipta tanpa had. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak gemar untuk melakukan dan mencipta sesuatu yang baru.

Aspek Perkembangan Kognitif (Intelek)Di samping itu, permainan ini cukup terkenal dengan keberkesanan dalam membantu kanak-kanak mengenal simbol nombor dan turutan nombor menaik iaitu nombor satu hingga tujuh. Permainan teng-teng ini juga membantu kanak-kanak memahami turutan nombor menurun tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua dan satu. Apabila kanak-kanak melibatkan diri mereka dalam permainan rakyat ini, tahap pemikiran mereka dapat berkembang dengan baik dan dapat menjadikan otak mereka lebih sihat serta mereka akan mempunyai akal fikiran yang cerdas sekaligus mempunyai tubuh badan yang cergas. Malahan juga, mereka akan mudah dan senang untuk memahami dan menerima ilmu pengetahuan yang mereka pelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Perkembangan Komunikasi Dan BahasaUntuk bermain dengan jayannya kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan orang lain dalam cara yang dapat difahami, di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh orang lain kepadanya. Komunikasi melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab. Komunikasi membantu kanak-kanak membina ayat yang kompleks, menambah kosa kata, belajar memberi arahan dan memahami peraturan.

Aspek Perkembangan SosialMenerusi perkembangan sosial, kepentingan bermain lebih menjurus kepada kanak- kanak dapat belajar berinteraksi secara positif. Melalui bermain, murid dapat menyampaikan sesuatu arahan dengan bertatasusila tanpa menyinggung perasaan orang lain. Selain dapat menambah kenalan melalui diskusi yang positif, kanak- kanak juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan sebaya. Melalui perkembangan sosial juga,murid berupaya untuk belajar menghormati hak orang lain.Kanak-kanak juga akan mempelajari nilai menghargai alam sekitar,memelihara persekitaran serta mengenal dan menghormati nilai budaya.Menurut teori instinct(naluri),alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa. Pengalaman bermain memberikan latihan kearah kedewasaan.Pengalaman bermain seperi main peranan dan main imaginatif dapat membantu kanak-kanak mencapai kematangan.Melalui permainan imaginatif seperti main pondok-pondok dan doktor-doktor,kanak-kanak belajar peranan sebagai orang dewasa. Menerusi bermain,murid dapat menerima kekalahan sesuatu permainan dengan perasaan yang berusaha untuk bangkit semula pada masa akan datang. Melalui bermain dalam aspek sosial juga murid dapat menghargai alam sekitar sekeliling. Ketika ini,tahap berfikir murid murid mencapai aras yang tinggi. Menerusi bermain murid dapat mengetahui betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan manusia. Selain itu,kepentingan bermain dalam aspek perkembangan sosial juga murid berupaya untuk menghormati nilai budaya serta menghargai nilai estetika dalam sesuatu aktiviti bermain.Dari segi sosial pula, para pemain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara mereka. Apabila mereka bermain, secara tidak langsung mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan sepanjang permainan dijalankan sekaligus mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi di antara mereka dengan baik. Tambahan pula, permainan sukan rakyat ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pemain. Ini dapat dibuktikan apabila mereka menunggu giliran untuk meneruskan permainan. Oleh itu, kanak-kanak lain yang tidak bermain dapat memberikan sokongan dan semangat kepada rakan-rakan mereka yang sedang bermain.

3.0PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI3.1PENEROKAANPengalaman meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran. Guru tidak digalakkan menilai sebaliknya membimbing kanak-kanak untuk menemui sesuatu yang lebih spesifik tentang diri mereka. Meneroka bermaksud menggunakan pelbagai bahan dan kaedah seperti membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Ini akan menjadikan anda lebih imaginatif.a. Meneroka alat dan bahani. Di peringkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan di sepanjang palang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah.ii. Tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut di atas palang atau tali, melompat dari atas meja atau kerusi.iii. Tahap aplikasi bolehlah mencuba pelbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu ruang alat, melompat, melintasinya dan membuat bentuk-bentuk dengan menggunakan anggota-anggota semasa beraksi.b. Meneroka cara pengolahan dan manipulasiPelajar sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi seperti dirian tangan, roda kereta, gulingan, imbangan dan sebagainya.c. Meneroka idea dan isi kandunganAktiviti mengguling ialah perlakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota lain di sekeliling sesuatu paksi. Menggabungkan perlakuan-perlakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau perlakuan menangkap dan mengguling.3.2MEMPEROLEH PENGALAMANPengalaman dalam seni visual, muzik dan pergerakan akan menjana pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif, kanak-kanak menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan idea mereka.Pengalaman seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestatik yang mendalam, kepintaran menggunakan tubuh badan dan penajaman persepsi sebagai satu pengalaman estetik. Aktiviti yang membentuk pengalaman ini akan member peluang supaya terlibat dalam operasi kognitif. Operasi kognitif ialah operasi yang melibatkan proses pemikiran kritis, kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan manakala operasi meta kognitif pula ialah proses refleksi yang dilakukan oleh individu pada proses pemikirannya (Azizi Yahaya et. al., 2005).a. Pelbagai strategi memperoleh pengalamanpersepsi, membina konsep, pemahaman, penemuan, pengetahuan, hasil, proses, kemahiran untuk menyelesaikan maslaah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Dalam hal ini, Ibn Khaldun (1332-1406) dalam kitabnya Al Muqaddimah (Rosenthal, 1978) begitu menekankan betapa pentingnya sesuatu pembelajaran itu berasaskan sumber yang pelbagai bagi merangsang kreativiti dan mengelakkan sifat jumud.b. Aktiviti memperoleh pengalamanPermainan merupakan nilai riadah yang sungguh menakjubkan, nilai kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat ampuh untuk menyalurkan rasa ketahanan semulajadi di dalam jiwa pelajar pelbagai peringkat.c. kepentingan pengalaman secara langsungkemahiran membaling dan menangkap pundi kacang dipraktik dalam kemahiran menangkap dan membaling bola.i. Pengalaman kemahiran permainan tak varianPelajar diperlukan untuk meramal arah tuju bola atau pundi-pundi kacang atau arah tuju pergerakan lawan.ii. Pengalaman kemahiran permainan dinamikApabila pelajar sudah memperolehi kemahiran yang membolehkan mereka bermain dengan cekap mereka haruslah diberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran mereka itu dalam keadaan serupa seperti dalam keadaan permainan sebenarnya.iii. Pengalaman bermain permainanDengan adanya aktiviti bermain boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokan, kepuasan, kegembiraan dan kejayaan.d. ciri-ciri generik tahap kemahirani. tahap prakawalan Pelajar menghadapi masalah mengulangi sesuatu pergerakan yang berkessan secara berturut-turut. Pola perlakuan mereka berubah-ubah dari saru percubaan ke satu percubaan. Pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap semasa mempraktikkan kemahiran Pergerakan pelajar nampak janggal dan lazimnya bertentangan dengan kaedah praktik kemahiran sebenar Kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan kesungguhan usaha dan bimbingan. Apabila pelajar berlatih menggunakan peralatan, perlakuan mereka nampak seolah-olah dikuasai oleh peralatan.ii. tahap kawalan pergerakan pelajar lebih tertib, terkawal dan nampak lebig mengikut kehendak mereka. Pergerakan pelajar lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa. Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul. Percubaan pelajar untuk menggabungkan antara satu jenis pergerakan dengan yang lain atau mempraktikkan sesuatu kemahiran dalam hubungannya dengan objek atau dengan rakan pemain, niasanya tidak terhasil. Oleh sebab sesuatu pergerakan itu masih belum dapat dipraktikkan secara automatic, pelajar perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang sedang dilakukannya.iii. tahap penggunaan dengan penumpuan, perlakuakn-perlakuan pergerakan dapat dipraktikkan dengan jaya. Walaupun konteks tugas berubah-ubah, pelajar masih mampu melaksanakan kemahiran dengan betul Pelajar sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka dalam situasi-situasi yang boleh diramal. Mereka boleh mempraktikkan secara tekal. Pelajar mampu mempraktikkan dengan baik kemahiran-kemahiran kompleks yang terdiri daripada gabungan daripada beberapa kemahiran.iv. tahap kecekapan kemahiran hampir dapat dipraktikkan secara automatik dan pola-pola perlakuan sudah menjadi hampir serupa. Pelajar berupaya memberi tumpuan ciri-ciri yang berada di luar jangkaan dalam konteks permainan, namun masih mmapu mempraktikkan kemahiran mengikut hasrat hati. Pergerakan dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolah-olah tanpa perlu banyak usaha. Pelajar memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan mereka selaras dengan kehendak-kehendak situasi, baik yang terancang mahupun tidak terancang

Pengenalan terhadap Permainan Teng TengTeng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pada tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah). . Di dalam permainan ini, pemain perlu memahami beberapa terma permainan. Antaranya ialah :a. Buah teng teng:Setiap pemain perlu memiliki buah (teng teng) yang biasanya mengunakan serpihan piring atau pinggan. Saiz buah teng teng adalah sebesar duit syiling 50sen. b. Undian:Tiada had untuk jumlah pemain, biasanya 2 hingga 5 orang. Permainan dimulakan dengan membuat undian siapa jalan dulu. Undian dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.c. Rumah:

Pemain yang telah berjaya mencapai buah di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Tuan punya rumah perlu memijak rumahnya dengan ke dua-dua kaki apabila tiba gilirannya. Manakala pemain lain tidak dibenarkan memijak rumah lawan.

d. Pemenang:

Pemenang adalah pemain dengan rumah terbanyak.

e. Mati:

Pemain dikira mati (giliran) jika: Buah yang dilontar terkena garisan petak Kaki terpijak garisan petak Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya Pemain menukar kaki sewaktu giliran Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Seterusnya, cara bermain permainan ini, Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar dari gelanggang.Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.4.0SOROTAN KAJIAN KEMAHIRAN DI KALANGAN KANAK-KANAKMenurut Martin (2001), kemahiran yang boleh dikuasai oleh kanak-kanak merangkumi beberapa jenis kemahiran utama iaitu membuat pemerhatian, perbandingan, jangkaan, pengelasan, pengukuran secara kuantitatif dan berkomunikasi dengan cara menamakan, mencatat dan berkongsi maklumat tentang sesuatu dapatan. Di dalam buku garis panduan kurikulum kebangsaan pendidikan awal kanak-kanak Britain, The Early Learning Goals kemahiran diletakkan di bawah satu bidang pembelajaran yang dikenali sebagai Knowledge and Understanding of The World dan ia merangkumi perkara-perkara berikut :a. Merasai konsep ruang / tempati. Melihat kehidupan sekitar dan alam keseluruhannya.ii. Bertanya soalan tentang kejadian alam.iii. Menyedari tentang perbezaan kriteria yang terdapat di alam persekitaran. b. Kebudayaan dan kepercayaani. Mencurah perasaan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku dan bercerita atau menggambarkannya.ii. Mula mengetahui tentang perbezaan kebudayaan dan kepercayaan di kalangan manusia melalui cerita, muzik, pergerakan, main peranan, festival dan perayaan.

KESIMPULANPermainan merupakan aktiviti yang paling penting untuk perkembangan kanak-kanak terutamanya dalam aspek kognitif, fizikal dan afektif. Kanak-kanak belajar melalui permainan kerana permainan merupakan cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya.Ada pelbagai teori tentang tujuan dan fungsi permainan. Melalui permainan, mereka dapat mempelajari peranan-peranan individu mereka. Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru dan murid. Murid tidak lagi merasa takut untuk berkongsi sejarah salasilah keluarga sambil bermain.Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan merasakan dirinya benar-benar berguna dan dihargai . Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus menghabiskan permainan dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material (pujian dan sanjungan). Rumusannya , aplikasi Ting-ting Minda dalam P&P Sejarah secara tidak langsung telah membantu murid untuk berkongsi berkenaan dengan sejarah keluarga seterusnya meningkatkan tahap keyakinan diri dan keberanian selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelek.