Reka Cipta
Transcript of Reka Cipta
HBLS 2203 Reka Cipta
Penghargaan
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana kerana diberi ruang dan kesempatan dalam
menyiapkan tugasan pendokumentasian dan reka bentuk ringkas berkenaan penghasilan projek
dalam membantu penyimpanan alat tulis agar lebih mudah untuk disimpan dan dikawal-selia
serta turut membantu dalam menjimatkan masa dan kos dalam pada masa kita memerlukan alat
tulis ini untuk diguna-pakai.
Jutaan terima kasih dan penghargaan juga diberikan kepada Encik Zainol Sailan yang
telah bertindak sebagai pensyarah dan tutor yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar dalam melaksanakan dan menyelesaikan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
sekuliah yang telah banyak memberi perkembangan idea dan kerjasama sehingga terhasilnya dan
siapnya tugasan yang diberi ini.
Seperti mana kita tahu,alat tulis merupakan perkakasan yang penting dalam urusan
seharian kita samada dalam urusan kerja di pejabat,di rumah malahan amat penting juga dalam
urusan persekolahan anak-anak kita.Alat tulis yang tersusun rapi dan mudah dicari dapat
melancarkan segala urusan kita seharian.Tinggilah harapan saya dengan terciptanya tempat atau
bekas simpanan alat tulis ini dapat kiranya membantu kita untuk memperbaiki kelemahan-
kelemahan yang ada semasa kita menyimpan alat tulis kita supaya di masa akan dating akan
lebih menjimatkan masa kita untuk mencari serta menjimatkan wang kita untuk membeli ganti
alat tulis yang hilang.
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Pengenalan Dan Pernyataan Masalah.
Alat tulis boleh dikatakan sebagai peralatan yang wajib sering kita gunakan dalam
kehidupan seharian untuk kita menulis,mengira,melukis, membaca dan sebagainya.Dalam
seharian kita menggunakan alat tulis,kita sering mengalami masalah kesukaran mencari alat
tulis yang selalu kita tinggalkan atau kita letakkan di merata-rata tempat. Kita juga sering
menggunakan pelbagai alat tulis untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah atau urusan pejabat
tetapi tidak tahu hendak simpan di mana selepas digunakan. Kita akan meletak alat-alat tulis
yang kita gunakan merata-rata. Disebabkan itu,ia juga akan membazirkan masa untuk
mencarinya. Masalah ini juga berlaku dalam penyimpanan memo-memo penting. Masalah-
masalah ini dapat kita atasi sekiranya terdapat tempat atau peralatan yang khusus untuk kita
gunakan sebagai tempat simpanan alat tulis supaya di masa diperlukan kita mudah untuk mencari
alat tulis yang hendak kita gunakan . Ini juga secara tidak langsung dapat menjimatkan masa
untuk mencari alat tulis yang bersepah dan menjimatkan wang daripada membeli alat tulis yang
baru akibat alat tulis yang sering kali hilang.
Tajuk Projek
Produk Penghasilan : Tempat Atau Rak Simpanan Alat tulis
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Latar Belakang Projek
Tempat atau rak simpanan alat tulis di rangka atau dihasilankan bagi tujuan
menyelesaikan masalah alat tulis yang ditinggalkan dalam keadaan yang berselerak.Alat tulis
yang berselerak akan mengundangnya kehilangan alat tulis akibat kecuaian diri kita
sendiri.Dengan adanya tempat simpanan alat tulis ini tiada lagi masalah kehilangan alat tulis
pada masa kita memerlukan dan meja kerja kita serta alat tulis dapat disusun dengan kemas dan
rapi serta dapat menjimatkn kos pembelian alat tulis yang baru bagi menggantikan alat tulis yang
telah hilang.
Tempat simpanan alat tulis ini diperbuat daripada kayu dengan kemasan permukaan
menggunakan varnish pengilat.Struktur binaan menggunakan cantuman paku dan sambungan
gam yang kukuh.Setiap sambungan diperkemaskan dengan penampal sambungan kayu bagi
mengelakkan pernampakkan lurah sambung serta mencantikkan permukaan semasa proses
mengilat.
Tempat simpanan alat tulis ini dibuat bersesuaian dengan kemampuan dan kupayaan
fizikal,kemudahan dan peruntukan masa yang singkat.Bahan dan komponen yang digunakan
bersesuaian dari segi penggunaannya dan kos bahan serta komponennya mudah untuk
diperolehi.Pemilihan penghasilan produk ini telah mengambil kira kepentingannya dan telah
mengambil kira keberkesanan penyelesaian masalah serta memenuhi kehendak dan keperluan
penggunanya.
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Lakaran Projek
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Lukisan Kerja Projek
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Matlamat Projek
Pengenalan Reka cipta dijadikan sebahagian daripada komponen mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras) Sekolah Menengah. Walau bagaimanapun kini Reka Cipta
telah dijadikan satu mata pelajaran yang khusus sama seperti Kemahiran Hidup dan sekarang
cuba diperkenalkan hampir di semua sekolah menengah. Matlamat pelajaran ini adalah untuk
mewujudkan pelajar yang kreatif, inovatif, imaginatif dan produktif. Pelajar memperoleh
manfaat daripada topik ini melalui penyelesaian masalah selain dapat memenuhi keperluan
kehidupan seharian dengan menggunakan sumber, konsep, dan prinsip reka cipta yang dipelajari.
Dalam tugasan yang diberikan,penghasilan projek reka cipta tempat simpanan alat tulis
dilaksanakan bagi tujuan dan matlamat untuk mengcungkil kreativiti pelajar dalam
menyelesaikan masalah penyimpanan alat tulis.Dari penghasilan projek ini kita dapat
menzahirkan ketiviti kita untuk menghasilkan satu bekas atau tempat simpanan alat tulis yang
kreatif supaya alat tulis yang digunakan dapat disimpan dalam keadaan kemas dan tersusun
rapi.Dengan terhasilnya alat simpanan alat tulis ini juga,masalah kehilangan alat tulis juga dapat
di atasi seterusnya menjimatkan masa kita untuk mencari alat tulis yang diperlukan pada satu-
satu masa serta menjimatkan kos kewangan kita untuk membeli alat tulis yang baru bagi
menggantikan alat tulis yang telah hilang.
Selain itu juga,penghasilan tempat simpanan alat tulis ini juga dapat membentuk kita
menjadi seorang usahawan yang mana hasil dari kreativiti penghasilan produk ini dapat
dipasarkan menjadi satu produk jualan.Produk jualan yang dihasilkan akan mengambil kira
bahan penghasilan projek dan kos penghasilan yang mana menggalakkan kita untuk membuat
rangkaian kerja dan pengiraan yang terperinci dan sedikit sebanyak menggalakkan dan
mengkehendaki kita untuk berfikir cara penghasilan yang dinamik dalam sesuatu penghasilan
projek.Ini akan melahirkan buah fikiran yang kreatif dan inovatif.
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Objektif Projek
Rekaan dan penghasilan sesuatu produk adalah bagi memenuhi keperluan pengguna
dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Idea yang dihasilkan haruslah sesuatu yang unik dan
mempunyai nilai komersial yang tersendiri.Penghasilan produk ini juga merangkumi semua
bidang kerja termasuklah grafik,pertukangan,ukiran,kertas kerja dan sebagainya.Setiap
penghasilan produk haruslah memberi manfaat kepada pengguna itu sendiri.setiap penghasilan
produk juga mempunyai objektif dan tujuan yang tertentu kepada pengguna dalam
menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Dalam penghasilan tempat simpanan alat tulis ini,pelbagai tujuan dan objektif telah di
ambil kira bagi memudahkan para pengguna yang menggunakannya serta kepada individu yang
menghasilkannya.Di antara objektif dan tujuannya adalah seperti berikut :
1. Menggalakkan individu yang menghasilkannya berfikiran kreatif, inovatif dan inventif.
2. Menggalakkn kita peka terhadap masalah persekitaran.
3. Menggalakan kita berusaha untuk menghasilkan sesuatu barang bermanfaat.
4. Meminati bidang keusahawanan dan mengamalkan ciri-ciri keusahawanan
5. Bersikap sabar, tekun, berani, tabah, berdaya saing dan menyedari keagungan tuhan.
6. Dapat membantu kita dalam menyelesaikan masalah alat tulis yang berselerak.
7. Meja kerja kita akan lebih tersusun rapid an kemas.
8. Menjimatkan masa kita untuk mencari alat tulis pada satu-satu masa diperlukan.
9. Menjimatkan kos kewangan kita untuk membeli alat tulis yang baru bagi menggantikan
alat tulis yang telah hilang.
10. Memupuk kita untuk bersikap bersih dan kemas.
Kefungsian Dan Kegunaan Projek
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Pengenal pastian masalah adalah proses yang dapat mencetus minda untuk berfikiran
secara kreatif,inventif,inovatif dan produktif.Ianya dapat membantu kita mencipta produk yang
lebih baik,berkualiti dan mesra pengguna.Menghubungkaitkan beberapa elemen yang berkaitan
dengan keperluan pengguna akan menghasilkan pelbagai ciptaan yang baru.Penciptaan
produkbermula dengan usaha mengenalpasti masalah yang wujud seterusnya membawa kepada
rekaan ciptaan produk itu sendiri sesuai mengikut fungsi dan kegunaannya.
Dalam penghasilan tempat atau bekas simpanan alat tulis adalah bertujuan bagi
menyelesaikan masalah alat tulis yang dibiarkan secara berselerak tanpa tersusun kemas dan
rapi.Meja kerja yang berselerak akan menyukarkan individu menjalankan antiviti atau urusan
kerja dengan lancar dan teratur.Dengan adanya tempat atau bekas simpanan alat tulis ini segala
individu dapat menguruskan kawasan meja kerja kemas dengan alat tulis diletakkan pada satu
tempat yang kemas dan tersusun.
Selain itu juga,tempat atau bekas simpanan alat tulis ini juga dapat menegelakkan dari
individu itu sendiri kehilangan alat tulis.Alat tulis yang berselerak akan mengundang kehilangan
dan sukar untuk sesuatu individu itu untuk mencari dalam masa yang singkat.Sekiranya hilang
individu itu sendiri terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli ganti alat tulis yang
baru.Dengan adanya tempat simpanan alat tulis ini,individu tidak perlu lagi mengambil masa
yang lama untuk mencari alat tulis yang diperlukan malah dapat menjimatkan wang untuk
membeli ganti alat tulis yang telah hilang.
Diskripsi Projek
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Setiap projek reka cipta yang dibina haruslah mengambilkira kesesuaian
bahan,komponen atau bahan yang mudah diperolehi,kos binaan yang murah dan rekabentuk
yang menarik.Selain itu juga,kaedah pembinaan mestilah memudahkan kerja dan tidak
mengambil masa yang lama.
Dalam pembinaan tempat simpanan alat tulis ini,bahan asas yang digunakan adalah
menggunakan kepingan kayu atau papan dari jenis jelutung yang mana digunakan sebagai tapak
dan dinding asas penghasilan produk projek ini.Alat mengukur seperti pembaris dan sesikul L
digunakan untu menbuat ukuran projek mengikut lukisan dan ukuran yang telah ditetapkan dan
gergaji putting digunakan untuk memotong bahan projek.Bagi membentuk lurah pahat dan
gandin kayu digunakan dan sambungan setiap permukaan bahan projek menggunakan
sambungan paku.
Kemasan dilakukan dengan memilih bahan kemasan yang sesuai dengan projek.Projek
yang sudan siap terbina akan digosok dengan menggunakan kertas pasir untuk mendapatkan
permukaan yang licin dan kemas.Disebabkan bahan asas projek berunsur kayu,syelek digunakan
untuk mendapatkan kemasan yang cantik dan licin.
Senarai bahan yang digunakan dalam projek
Bahan Binaan & Kemasan
Bil. Item Spesifikasi Kuantiti
1 Kayu /Papan Jelutong 100mm x 120mm x 10mm 2
2 Kayu/Papan Jelutong 200mm x 120mm x 10mm 2
3 Kayu/Papan Jelutong 200mm x 100mm x 10mm 1
4 Kayu/Papan Jelutong 80mm x 50mm x 5mm 4
5 Kayu/Papan Jelutong 50mm x 100mm x 5mm 1
6 MDF Board 80mm x 100mm x 2mm 2
7 Tombol Kayu - 2
8 Syelek - 1Botol
9 Kertas Pasir - 3Keping
Alatan Tangan Yang Digunakan.
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
1. Pembaris
2. Sesiku L
3. Tolok Penanda
4. Pensel Penanda
5. Tukul Kuku Kambing
6. Tukul Warrington
7. Gandin kayu
8. Gergaji putting
9. Pahat Tepi Serong
10. Gergaji Lengkung Halus
11. Berus Syelek
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
Pengenalpastian masalahMengenal pasti masalahCth : alat tulis bersepah, sukar untuk dicari apabila diperlukan Dokumen penting selalu hilang kerana tiada tempat simpan khas
Mengumpul maklumat dan dataData : maklumat terperinci mengenai sesuatu masalah.Boleh diperolehi daripada katalog, lembaran spesifikasi dan manual produk.Cara dapatkan maklumat :
Pengalaman sendiri,Pembacaan dan penyelidikan, Soal selidik,Pemerhatian.
Rekaan projekProses untuk membentuk projek yang hendak dikeluarkan.
- Membuat lakaran idea- Lakaran perkembangan idea- Lakaran projek pilihan- Lukisan Kerja
Pemilihan ideaMenilai dan memilih idea yang paling sesuaiAspek yang diambilkira :
Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada Pengetahuan dan kemahiran sedia ada Bahan & komponen sesuai, mudah didapati, kos rendah & tidak membebankan Cara pembuatan produk mudah Kepentingan produk boleh menyelesai masalah dan memenuhi keperluan pengguna Mesra alam
Carta Gantt Dan Jadual Kerja Projek
HBLS 2203 Reka Cipta
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
Pemilihan reka bentukMenilai dan memilih konsep reka bentukFaktor utama penilaian reka bentuk :
Fungsi - berfungsi dengan berkesan Rupa bentuk – sesuai & menarik Kesesuaian bahan – sesuai & mudah diperolehi Kaedah binaan – sesuai & mudah Ketahanan – tahan lasak Kos – tidak terlalu tinggi Kemasan – sesuai & menarik Keselamatan – selamat digunakan Nilai komersial – berpotensi untuk dipasarkan
Perancangan pembinaan projek*Dilakukan dengan sistematik.*Mengenal pasti bahan dan kesesuaiannya*Sesuai dengan ketahanan projek*Mengenal pasti dan memilih alatan
Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek Mengukur, menanda dan memotong Gunakan alat yang sesuai
Membina dan mencantum bahagian projekPembinaan tanggam, mengglu, memaku, memasang skru dan meribet.Bahan & alatan mesti sesuai Memeriksa dan menguji sambungan dan pemasangan Memastikan projek kukuh & berfungsi
Menguji dan menilai projekMemastikan projek berfungsi sepenuhnya.Sebarang pengubahsuaian dilakukan pada peringkat ini. Membuat kemasanBahan ; tepung penyumbat, syelek, lekar, cat dan pelekatTujuan :
Menghasilkan permukaan licin & cantik Melindungi permukaan projek Memudahkan kerja pembersihan Selamat untuk digunakan
HBLS 2203 Reka Cipta
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
1. PendokumentasianDalam bentuk folio Mengumpul dan merekodkan maklumat berkaitan projek yang dibinaDokumentasi : laporan lengkap secara bertulis mengenai projek yang telah disiapkan.
1. Tajuk projek atau nama produk : Rak pelbagai guna2. Latar belakang :
Pernyataan masalah : Meja bersepah kerana ruang menyimpan tidak sesuai Produk sedia ada : tidak sesuai, kurang menarik dan penggunaan terhad Cadangan projek : menyediakan satu rak pelbagai guna
3. Objektif dan fungsi produk :Menyimpan alat tulis dan kotak cakera padat
4. Deskripsi produk Bahan dan komponen Menyenaraikan semua bahan dan komponen yang digunakan untuk membuat
produk dari segi jenis, kuantiti dan kos Jadual kerja Merekod aktiviti semasa pembinaan secara sistematik Lukisan kerja Mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat & maklumat yang berkaitan
dengan pembinaan
Pembinaan Menyenaraikan langkah2 kerja dalam pembinaan projek Menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan &
penyambungan
HBLS 2203 Reka Cipta
Anggaran Kos Projek
Pengiraan Kos untuk 1 unit ( Bahan A )
Bil. Item Spesifikasi Kuantiti Harga seunit Jumlah
1 Kayu /Papan Jelutong 100mm x 120mm x 10mm 2 RM 1.60 RM 3.20
2 Kayu/Papan Jelutong 200mm x 120mm x 10mm 2 RM 1.50 RM 3.00
3 Kayu/Papan Jelutong 200mm x 100mm x 10mm 1 RM 1.10 RM 2.10
4 Kayu/Papan Jelutong 80mm x 50mm x 5mm 4 RM 0.80 RM 1.60
5 Kayu/Papan Jelutong 50mm x 100mm x 5mm 4 RM 0.60 RM 2.40
6 MDF Board 80mm x 100mm x 2mm 2 RM 1.20 RM 2.40
7 Tombol Kayu - 2 RM 0.20 RM 0.40
Pengiraan Kos Bahan Kemasan Untuk 10 Unit ( Bahan B )
Bil Item Spesifikasi Kuantiti Harga Seunit Jumlah
1 Syelek 500ml 1Botol RM 5.60 RM 5.00
2 Kertas Pasir - 15Keping RM 1.20 RM 18.00
Kos Bagi 1 Unit.
Jumlah Kos Bahan A ( RM 15.10 ) + Kos 1 unit Bahan B ( RM 5.00 + RM 18.00 / 10 = RM 2.30 )
1 unit = RM 15.10 + RM 2.30 + RM 2.10 ( Upah Kerja ) = RM 19.50
Harga Seunit = RM 19.50
Cadangan Penambahbaikkan Projek
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Projek atau produk rekacipta yang dibina haruslah dibentang di paparkan untuk menguji
ketahanan dan mendapatkan maklum balas berkenaan kelebihan dan kekurangan sesuatu produk
itu sendiri.Melalui maklum balas yang diterima,invidu yang mencipta dapat melakukan
penambaikan bagi memastikan produk yang dibina betul-betul berguna dan memberi
manfaat.Setiap penambahbaikan yang dilakukan juga haruslah mengambil kira penggunaan
bahan yang kukuh dan menarik perhatian pengguna di samping maklum balas yang diterima
dijadikan tunjang penambahbaikan itu sendiri.
Dalam Pembentangan Produk rekaan tempat simpanan alat tulis ini,dicadangkan di masa
akan datang agar saiz binaan produk ini dibesarkan ukuran mengikut kesesuain
penggunaannya.Selain itu juga,ruang untuk meletak pen atau pensil diperbanyakkan berbaning
sekarang yang hanya terdapat satu ruang.Mungkin dapat disediakan bahagian-bahagian untuk
meletakkan pensil,pen,pen marker,pembaris atau sebagainya.
Selain itu,mungkin dari segi kemasan boleh dipelbagaikan variasi seperti penggunaan
pelbagai warna dan boleh diperkemaskan dengan betuk corak atau ukiran di setiap permukaan
dinding pemuka.Dari segi reka bentuk pula boleh dibina dengan tanpa bucuan dan tepian yang
tajan di samping tapak yang lagi lebar dan kukuh.Tempat simpan alat tulis ini juga boleh
digabungkan dengan pembinaan kombinasi rak susunan buku bersebelahan agar kelihatan lagi
menarik serta memperbanyakkan lagi fungsi dan kegunaannya.
Rumusan Dan Refleksi
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Tempat atau meja kerja yang tersusun kemas dan teratur rapi dapat mempengaruhi cara
kerja kita.Sekiranya tempat kerja yang berselerak dan bersepah sedikit sebanyak akan
mengganggu urusan kerja seterusnya akan mengundang kepada kesalahan-kesalahan kecil yang
sering berlaku dalam urusan kerja tanpa kita sedari.
Dengan adanya tempat simpanan alat tulis ini,pelbagai manfaat yang dapat kita
terima.Urusan kerja kita seharian akan bertambah mudah tampa memikirkan di mana letaknya
alat tulis yang kita perlukan.kita juga tidak perlu lagi membuang masa yang lama untuk mencari
alat tulis yang sering kali kita letakkan dalam keadaan berselerak dan bersepah.Kita juga tidak
perlu lagi keluarkan duit untuk membeli alat tulis yang baru bagi menggantikan alat tulis yang
hilang dan ini dapat membantu kita dalam proses berjimat cermat seterusnya dapat membentuk
dan membimbing diri kita untuk lebih berdisplin dan mementingkan kekemasan.
Rujukan
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001
HBLS 2203 Reka Cipta
Kemahiran Hidup BersepaduElektif Tingkatan 3.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia,1992.
Kemahiran Hidup BersepaduElektif Tingkatan 3.Selangor:Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia,1992.
Pusat Perkembangan Kurikulum,1996.Reka Cipta Dalam Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Rendah 1,2,3.Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum.
Roslyn Smith,2000.Creative Get Ideas.Australia: Craftwork Books.
Roslyn Smith,2000.Inspirational APPLIQUE.Australia: Craftwork Books.
Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001