Kepentingan Penggunaan Resos Yang Efektif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

18
Kepentingan Penggunaan Resos yang Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai “information from which a (written) work is to be produced”. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan. Sedasawarsa ini, guru-guru sering menghadapi masalah dalam memberikan pemahaman konsep yang mantap kepada murid-murid. Sering kali murid tertukar konsep-konsep pembelajaran antara tajuk-tajuk yang mereka murid-muridi, contohnya, konsep peratus dengan pecahan dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru haruslah kreatif dan kritis dalam berfikir bagi membina satu resos yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat meningkatkan mutu kefahaman dalam kalangan murid-murid. Penggunaan resos yang efektif sebenarnya mampu mewujudkan kejayaan mencapai objek pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Oleh itu, terdapat banyak kepentingan dalam menggunakan resos bagi menghasilkan

description

,m

Transcript of Kepentingan Penggunaan Resos Yang Efektif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Kepentingan Penggunaan Resos yang Efektif dalam Pengajaran dan PembelajaranKamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai information from which a (written) work is to be produced. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Sedasawarsa ini, guru-guru sering menghadapi masalah dalam memberikan pemahaman konsep yang mantap kepada murid-murid. Sering kali murid tertukar konsep-konsep pembelajaran antara tajuk-tajuk yang mereka murid-muridi, contohnya, konsep peratus dengan pecahan dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru haruslah kreatif dan kritis dalam berfikir bagi membina satu resos yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat meningkatkan mutu kefahaman dalam kalangan murid-murid. Penggunaan resos yang efektif sebenarnya mampu mewujudkan kejayaan mencapai objek pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Oleh itu, terdapat banyak kepentingan dalam menggunakan resos bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Antaranya ialah,dengan menggunakan resos yang efektif, guru-guru boleh mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran dengan senang dan berkesan. Hal ini dapat dilihat apabila penggunaan resos yang dibina, digunakan oleh murid-murid secara menyeluruh, mereka akan dapat menjawab soalan-soalan latihan yang diberikan dengan berkesan. JIka kita dapat perhatikan, murid-murid yang dapat menjawab soalan dengan cepat dan betul merupakan murid-murid yang faham akan konsep pembelajaran pada hari itu. Selain itu juga, mereka akan mampu untuk menyatakan kembali apa yang telah mereka pelajari pada hari ini secara mantap dan tepat dan dapat menggalakkan pemikiran secara membina.

Penggunaan bahan bantu belajar juga bertujuan untuk membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan terhadap keperluan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pendidikan di Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perkembangan yang seimbang berdasarkan konsep JERIS adalah amat diperlukan oleh murid-murid supaya mereka berdaya saing dalam era pasca globalisasi pada masa kini. Setiap sesuatu kejayaan yang besar adalah bermula daripada satu langkah tapak kaki. Sehubungan itu, bahan bantu belajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid-murid dalam sesuatu subjek yang mana mereka akan meneroka bahan tersebut dan meningkatkan daya pemikiran mereka supaya menjadi lebih kreatif dan kritis. Inilah pembangunan pendidikan yang kita inginkan terhadap murid-murid masa kini.

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar, sekali gus dapat menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Matematik adalah amat susah. Pembelajaran subjek Matematik adalah sebenarnya adalah sangat mudah dan menyeronokkan jika murid-murid dapat memahami dan menguasai konsep matematik yang baik. Pembelajaran matematik hanya melibatkan empat jenis operasi iaitu, penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Keempat-empat operasi ini, jika dikuasai dengan baik dan cepat serta secara efektif, ianya pasti akan menjadi kesenangan kepada murid-murid dalam menjalankan operasi dalam Matematik. Secara tidak langsung, murid-murid pasti akan menyukai pembelajaran matematik.

Tambahan pula, bahan bantu belajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut. Guru-guru harus memainkan peranan penting dalam menyediakan bahan bantu belajar yang sesuai selaras dengan perkembangan semasa supaya murid-murid pada hari ini dapat mempraktikkan pemikiran di luar kotak. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu belajar ada dalam pelbagai bentuk. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, kepelbagaian bahan bantu belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah amat digalakkan kerana setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai,dengan kepelbagaian bahan bantu belajar yang ada, murid-murid pasti akan memilih bahan yang mereka minati bagi membantu mereka memahami konsep subjek dalam pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut.

Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dengan tajuk, murid-murid akan dapat menjana idea-idea yang baru dan membuat inovasi terhadap tajuk atau bahan yang mereka gunakan. Hal ini adalah amat digalakkan selaras dengan membentuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam menjalankan pengajaran berbentuk pemikiran secara kreatif dan kritis, ianya memang susah kerana setiap murid membesar dalam persekitaran yang berbeza. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku supaya penjanaan minda terhadap murid-murid dapat dilaksanakan secara ansur maju.

Tambahan pula,murid-murid juga akan mudah tertarik dengan subjek tersebut jika kita menggunakan konsep bermain sambil belajar dengan menggunakan bahan bantu belajar. Dengan pembinaan bahan bantu belajar yang bersifat permainan, murid-murid pasti akan lebih berminat untuk menggunakan bahan bantu belajar tersebut kerana sememangnya fitrah seorang murid-murid suka bermain sambil belajar. Selain itu, bahan bantu belajar itu mestilah menarik dan berwarna-warni mengikut kesesuaian aktiviti supaya murid-murid akan dapat mengenali warna sambil bermain menggunakan bahan bantu belajar yang disediakan. Jika mereka menggunakan bahan bantu belajar tersebut sepenuhnya, pasti mereka akan dapat memahami konsep subjek itu dengan sebaiknya. Secara tidak langsung objektif pengajaran pasti akan tercapai.

Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran, ianya akan memudahkan pengajaran guru pada hari tersebut. Jika kita bergantung semata-mata dengan papan putih atau papan hitam yang disediakan, murid-murid pasti akan cepat berasa bosan dengan subjek tersebut. Tumpuan mereka akan mula hilang dan mereka akan cuba untuk membuat sesuatu di luar kawalan guru contoh, menggangu rakan-rakan yang lain, membuat kerja lain dan sebagainya. Dengan adanya bahan bantu belajar ini, ianya dapat memudahkan kerja guru dalam memberikan dan mengukuhkan konsep sesuatu mata pelajaran murid-muridan tersebut. Secara tidak langsung objektif pengajaran dan pembelajaran pasti akan tercapai dengan mudah.

Selain itu, dengan penggunaan bahan bantu belajar, ianya dapat memberi kefahaman kepada murid-murid dengan mudah dan cepat. Dalam setiap bilik darjah, tidak semua murid mempunyai kecerdasan yang sama, ada sesetangah murid perlu belajar dengan menggunakan muzik, ada yang perlu menggunakan bahan elektronik seperti iPad,iPhone atau komputer. Penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai pasti akan dapat memberikan kefahaman yang baik dan mantap serta cepat kepada murid-murid. Namun begitu, guru haruslah kreatif dalam menyediakan bahan bantu belajar yang mengikut kemampuan guru dan juga yang mampu memenuhi keperluan murid-murid supaya objektif pembelajaran pada waktu tersebut akan mudah tercapai tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Yang paling meyeronokkan adalah, dengan adanya bahan bantu belajar, ianya akan menggalakkan penglibatan murid-murid di dalam bilik darjah secara langsung. Cara ini adalah cara yang paling baik dan patut digunakan oleh semua guru kerana cara ini terbukti merupakan cara terbaik bagi memastikan murid-murid akan memahami konsep subjek tersebut dengan baik. Bahan bantu belajar yang berbentuk 3D adalah bahan yang paling baik, dan jika seseorang guru itu berkemampuan, guru boleh menyediakan bahan-bahan tersebut bagi setiap murid supaya mereka boleh meneroka dan memegang sendiri barang tersebut. Murid-murid akan terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dan mereka pasti tidak akan berasa bosan dengan subjek tersebut. Kita dapat lihat pelbagai kemahiran dalam kalangan murid-murid yang akan dapat ditonjolkan jika cara ini diguna pakai dalam bilik darjah. Oleh itu, kita boleh lihat betapa pentingnya penggunaan bahan bantu belajar 3D dan penggunaannya digunakan sepenuhnya oleh murid-murid.

Bahan bantu belajar ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi murid-murid dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza. Sekali lagi diterangkan bahawa seseorang guru itu perlu mahir dan fasih akan perangai murid-muridnya. Guru perlu mengenalpasti setiap perwatakan dan gaya belajar murid-muridnya supaya guru dapat menyediakan bahan bantu belajar dengan baik dan bersesuaian dengan psikologi murid murid. Jika guru tidak menghiraukan tentang psikologi murid-murid, pembelajaran pasti akan menjadi bosan dan tidak efektif.

Penggunaan bahan bantu belajar juga dapat menilai perkembangan intelek murid-murid. Murid-murid dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Murid-murid juga akan dapat mengetahui pelbagai kemahiran sekaligus dapat membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka juga dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan potensi pemikiran mereka dalam mendedahkan mereka dengan cara menyelesaikan masalah, contohnya dengan menggunakanPolyas Model. Cara berfikir seperti ini perlu dipupuk semenjak mereka kecil lagi supaya mereka akan lebih kreatif pada masa hadapan. Perkembangan intelek yang seimbang dapat menyeimbangkan aktiviti harian dan kecerdasan murid-murid dalam pelbagai aspek kehidupan berdasarkan konsep JERIS.

Bahan bantu belajar yang disediakan, jika berbentuk permainan adalah sangat digalakkan. Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi murid-murid dengan rakan-rakan mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu bapa. Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Murid-murid akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungkin berbeza mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut. Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak-kanak supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain. Pembelajaran kooperatif adalah amat sesuai digunakan bagi meningkatkan kemahiran sosial murid-murid.

Secara umum, pengajaran dan pembelajaran matematik amat bergantung kepada bahan manipulatif untuk melakukan proses pengiraan secara berkesan. Salah satu jenis bahan manipulatif yang sangat berguna untuk melakukan pengiraan ialah bahan asas 10.Contoh bahan asas 10 yang biasa digunakan ialah Blok Dienes. Selain daripada itu,rod Cuisenaire,Cipberwarna,Ikatan Straw dan Abakus juga merupakan bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pengiraan asas matematik. Contoh contoh bahan manipulatif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah seperti dalam gambar rajah di bawah.

Bahan-bahan manipulatif dalam MatematikPenggunaan abakus dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua deria utama murid ketika mengendalikan abakus. Penggunaan abakus boleh diaplikasikan dalam keempat-empat operasi matematik iaitu, penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Ianya amat mudah untuk digunakan dan sangat efisien bagi menyelesaikan masalah dalam matematik. Murid-murid hanya perlu menggunakan jari telunjuk, jari tengah dan ibu jari untuk menaik dan menurunkan manik-manik tersebut. Contohnya, penambahan nombor dua digit dengan nombor dua digittanpa kumpul semula.

Naikkan 2 manik bawah yang paling kanan ke arah palang/bim; dan naikkan 1 manik bawah yang berada di sebelah kiri untuk menunjukkannilai 12. Kemudian,untuk menambahkannya dengan nilai 31,gerakkan 1 manik di bahagian nilai tempat sa ke atas; dan3 manik bahagian nilai tempat puluh ke atas. Hasilnya adalah 43.

Ini merupakan contoh yang sangat mudah bagi menunjukkan cara menggunakan abakus. Ianya amat mudah untuk digunakan. Murid-murid pasti akan suka belajar dengan menggunakan abakus apabila mereka perlu menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan operasi-operasi dalam matematik.

Selain itu juga, bahan video dalam bentuk digital dapat digunakan sebagai satu medium untuk meningkatkan lagi kesenangan dalam mengakses kepada bahan pembelajaran. Dalam pengajaran pembelajaran yang berasaskan kaedah pembelajaran secara kontekstual, klip video dapat membawa situasi-situasi apklikasi konsep matematik dalam kehidupan harian kepada murid-murid untuk melihat bagaimana dan bilakah matematik dapat diaplikasikan ke dalam konteks sebenar. Strategi ini dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid-murid serta pembelajaran adalah lebih bermakna.

Selain daripada itu, klip video juga boleh digunakan untuk menunjukkan tunjuk cara yang sukar dan bahaya dilakukan serta prosedur-prosedur penggunaan sesuatu alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan video juga, murid-murid akan mudah ingat apa yang mereka belajar melalui grafik yang mana dapat membantu murid mengekalkan ingatan jangka panjang mereka. Guru-guru muda sudah mula sedar akan kelebihan menggunakan video sebagai medium untuk mengajar kerana mereka sendiri sedar bahawa jika mereka belajar dengan melihat video, mereka akan lebih mudah ingat sesuatu subjek itu dengan mudah dan baik.

Selain itu, kepentingan dalam ICT sebenarnya mampu mencorakkan semula cara dan gaya pemikiran serta sistem nilai masyarakat masa kini dan akan datang. Mahu atau tidak, persaingan akan wujud yang memerlukan kepada tindakan pantas dan bijaksana bagi menghadapi keadaan ini. Semua ini memerlukan kredibiliti dan kemampuan manusia sebagai pengurus atau pekerja yang mahir dan mempunyai ilmu pengetahuan. Oleh itu, perubahan demi perubahan perlu dilaksanakan bagi mengisi ruang-ruang input yang baru dan terkini dalam pendidikan di negara ini.Langkah kerajaan dalam menggalakkan guru-guru mengajar menggunakan ICT adalah amat bagus kerana ianya dapat meningkatkan perasaan inkuiri dalam diri murid-murid dan juga guru-guru boleh memberikan input-input tambahan kepada murid-murid yang tidak dapat dibeli atau ditunjukkan secara langsung kepada murid-murid.

Penggunaan komputer di dalam bilik darjah membawa satu reformasi dan perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dari segi teknik dan strategi. Pengajaran menggunakan komputer yang mana, guru hanya menjadi fasilltator dengan menyediakan isi kandungan tajuk yang hendak diajar dalam bentuk modul. Murid-murid belajar dengan merujuk kepada modul tersebut. Komputer menjadi media pengantara guru dan pengajar. Kebanyakan modul adalah dalam bentuk pakej pembelajaran formal, latihan murid, bahan pembelajaran individu, penyelesaian masalah serta pemainan berasaskan komputer. Pengurusan pengajaran menggunakan komputer pula adalah apabila sebilangan besar guru di sekolah kini menggunakan teknologi dan komputer untuk mengumpul data dan seterusnya membuat analisis bagi penilaian pengajaran, penggunaan bahan pembelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran, dan interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

Daripada penilaian ini nanti, guru boleh mengubahsuai dan memperbaiki rancangan pengajaran hariannya untuk pengajaran akan datang. Akhir sekali, penilaian menggunakan komputer di mana guru juga boleh menilai kesan hasil pembelajaran dengan menggunakan teknologi dan komputer. Terdapat dua cara yang guru boleh gunakan untuk membuat penilaian menggunakan komputer, yang pertama adalah, murid-murid menjawab soalan yang diutarakan dalam komputer, jawapan akan disemak oleh guru itu sendiri, atau murid-murid menjawab soalan dalam komputer dan terus menyemak jawapan mereka. Dengan cara ini murid-murid akan mengetahui prestasi mereka dengan serta merta. Pembelajaran juga pasti akan menjadi lebih seronok dan interaktif.

Penggunaan kalkulator sebagai bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik juga boleh digunakan. Namun begitu, ianya telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan warga pendidik. Antara isu yang ditimbulkan ialah, murid-murid tidak akan cekap dalam mengira, tidak dapat mengamalkan pengiraan secara mental dan tidak menghafal fakta asas metematik. Walaubagaimanapun pengunaan kalkulator sebagai bahan bantu belajar dalam pembelajaran pada situasi yang sesuai boleh membantu murid-murid untuk lebih memahami nombor dan operasi pengiraan dengan baik. Antara kelebihan penggunaan kalkulator yang telah dikenalpasti ialah dapat meningkatkan minat murid-murid dalam pengiraan matematik, selain ianya menunjukkan kesan positif terhadap kemahiran mengira dan perkembangan konsep matematik dan juga dapat meningkatkan kemahiran pengiraan mental murid-murid. Oleh itu, guru harus mengenalpasti kesesuaian bahan bantu belajar bagi setiap subjek yang diajar pada hari tersebut supaya pencapaian objektif pemebelajaran dapat dioptimumkan.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan blok asas sepuluh sebagai bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran mereka bagi menarik minat murid-murid dalam subjek matematik. Blok asas sepuluh amat meluas digunakan dalam pengajaran matematik, contohnya digunakan untuk menambah, menolak, menambah dalam perpuluhan dan sebagainya. Cara menggunakan blok asas sepuluh juga adalah sangat mudah dan memang sesuai digunakan untuk mengukuhkan konsep konsep asas kepada murid-murid yang baru hendak belajar dalam matematik terutama apabila melibatkan operasi dalam matematik. Kita boleh melihat contoh penggunaan blok asas sepuluh dalam penambahan.

Kedua- dua nombor diwakilkan menggunakan blok asas sepuluh. Dengan menggunakan model ini, cari jumlahnya dan tuliskan persamaan untuk merekod proses penambahan itu

Hasil tambah ini dalam bentuk persamaan seperti berikut:

369 +244=613Tambahan pula, terdapat pelbagai perisian matematik yang membantu pengajaran dan pembelajaran matematik. Beberapa kajian mendapati perisian sepertiGeometric Sketch Pad(GSP),CabridanGeogebramembantu murid-murid mengukuhkan konsep geometri dan menganalisis masalah dan situasi yang berkaitan dengan bentuk dan ruang.Perisian yang terdapat dalam komputer itu sendiri juga boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah. Satu contoh yang baik ialah program microsoft excel. Program ini banyak membantu dalam tajuk pengumpulan. Tambahan pula, persembahan data.Internet juga boleh digunakan untuk membuat kajian dan mengumpul data. Selain itu, kini terdapat manipulatif berbentuk virtual yang boleh digunakan secara interaktif oleh murid-murid.Pelbagai laman web boleh diakses untuk membantu guru dan murid-murid mencari bahan dan maklumat berkaitan matematik. Namun, guru harus berhati-hati dalam menilai maklumat yang sesuai dan wajar dalam pengajarannya.

Di sini, jelaslah kepada kita semua bahawa kepentingan menggunakan bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu juga, kita dapat mengetahui beberapa bahan-bahan manipulatif yang boleh digunakan dalam dalam pengajaran matematik yang mana. Bahan bahan manipulatif ini adalah sangat bagus bagi mengukuhkan konsep matematik terhadap diri murid-murid. Guru memainkan peranan yang penting dalam merancang dan melaksanakan rancangan pengajaran harian yang bersesuaian dengan subtopik yang ingin diajar pada waktu tersebut serta guru perlu bijak dan pandai memilih bahan bantu belajar yang sesuai bagi murid-murid mereka.

2669 patah perkataan

Create afree websitewitha