Matematik Resos Sem 3

8
Soalan A : Menghasilkan Artikel Mengenai Peranan Makmal, Taman Dan Sudut Matematik Penggunaan resos dalam PdP adalah sebagai alat pemudahcara untuk membantu guru menyampaikan isi pelajaran, bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang dan supaya murid- murid lebih memahami penga jaran guru sete rusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Resos ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan dalam kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan adanya resos, proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengelakkan dari timbulnya masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu,resos juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya dalam PdP. Keberkesanan resos dapat dilihat apabila resos tersebut boleh digunakan berulang kali. Tidak hanya pada satu-satu masa sahaja. Oleh sebab itu, pengurusan resos juga perlu dititikberatkan agar seorang guru tidak perlu membuat resos berulang kali. Bagi memastikan perkara tersebut, bahan resos perlu disimpan dengan baik. Selain itu, guru juga perlu memastikan bahan yang digunakan untuk membuat resos adalah tahan lama dan kukuh supaya penggunaannya kekal lama. Guru juga perlu memastikan terdapat bilik khas yang menempatkan bahan-bahan resos ini supaya penggunaannya kepada seluruh murid di sekolah tersebut adalah menyeluruh. Alat bantu mengajar harus sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan. Terdapat tiga jenis kemudahan-kemudahan matematik iaitu makmal matematik, sudut matematik dan taman matematik. Kemudahan-kemudahan ini akan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan bermakna. Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga kemudahan tersebut? Pertama sekali, makmal matematik mungkin merupakan istillah yang nampaknya baru kepada anda. Walau bagaimanapun, ideanya adalah serupa dengan idea makmal sains. Sekiranya digunakan dengan baik, makmal matematik boleh memainkan peranan yang pentin g dalam jami nan kualiti p roses pembelajara n matemati k di sekolah. Ma kmal matematik juga memainkan pelbagai peranan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran matematik di sekolah. Antara peranan penting makmal matematik adalah fungsinya sebagai pusat bagi menjalankan aktiviti penerokaan matemati k serta menjalankan

description

Resos Dalam Pendidkan

Transcript of Matematik Resos Sem 3

Soalan A : Menghasilkan Artikel Mengenai Peranan Makmal, Taman Dan Sudut MatematikPenggunaan resos dalam PdP adalah sebagai alat pemudahcara untuk membantu guru menyampaikan isi pelajaran, bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang dan supaya murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Resos ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan dalam kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan adanya resos, proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengelakkan dari timbulnya masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu,resos juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya dalam PdP.Keberkesanan resos dapat dilihat apabila resos tersebut boleh digunakan berulang kali. Tidak hanya pada satu-satu masa sahaja. Oleh sebab itu, pengurusan resos juga perlu dititikberatkan agar seorang guru tidak perlu membuat resos berulang kali. Bagi memastikan perkara tersebut, bahan resos perlu disimpan dengan baik. Selain itu, guru juga perlu memastikan bahan yang digunakan untuk membuat resos adalah tahan lama dan kukuh supaya penggunaannya kekal lama. Guru juga perlu memastikan terdapat bilik khas yang menempatkan bahan-bahan resos ini supaya penggunaannya kepada seluruh murid di sekolah tersebut adalah menyeluruh. Alat bantu mengajar harus sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan.Terdapat tiga jenis kemudahan-kemudahan matematik iaitu makmal matematik, sudut matematik dan taman matematik. Kemudahan-kemudahan ini akan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan bermakna. Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga kemudahan tersebut?Pertama sekali, makmal matematik mungkin merupakan istillah yang nampaknya baru kepada anda. Walau bagaimanapun, ideanya adalah serupa dengan idea makmal sains. Sekiranya digunakan dengan baik, makmal matematik boleh memainkan peranan yang penting dalam jaminan kualiti proses pembelajaran matematik di sekolah. Makmal matematik juga memainkan pelbagai peranan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran matematik di sekolah. Antara peranan penting makmal matematik adalah fungsinya sebagai pusat bagi menjalankan aktiviti penerokaan matematik serta menjalankan aktiviti praktikal matematik. Tambahan pula, makmal matematik juga penting bagi menyimpan bahan resos matematik supaya guru tidak harus membuat sekali lagi serta dapat memaparkan bahan resos matematik.Setiap peranan ini perlu diberikan pertimbangan yang wajar dalam rekabentuk sesebuah makmal matematik.Susunan ruang fizikal dalam makmal matematik akan mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku di dalamnya secara signifikan. Oleh yang demikian, reka bentuk makmal perlu dipertimbangkan secara teliti agar ia dapat berfungsi dengan baik dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran matematik. Selain daripada reka bentuk fizikal, kelengkapan-kelengkapan bagi melicinkan proses pembelajaran juga perlu diberikan pertimbangan yang terperinci. Rajah 1 menunjukkan satu contoh reka bentuk makmal matematik yang dibina dengan pelbagai kelengkapan.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan sebelum ini, tidak banyak makmal Matematik yang terdapat di Malaysia ini. Hal ini boleh menjejaskan kualiti penghasilan modal insan kelas pertama. Persekitaran fizikal makmal Matematik memainkan peranan penting bagi memastikan murid-murid merasa selesa dan seronok apabila sesi pembelajaran. Secara ringkasnya suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan guru murid. Selain itu, persekitaran yang selesa kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.Setelah membuat banyak kajian dan pemantauan terhadap makmal Matematik, akhirnya sebuah pelan makmal Matematik dapat dihasilkan. Antara kelengkapan-kelengkapan dalam makmal matematik yang ditunjukkan Rajah 1 adalah projektor LCD dan rak-rak. Projektor LCD diguna untuk memaparkan slaid-slaid Powerpoint ke skrin putih yang boleh mempermudahkan proses pengajaran guru. Rak-rak pula boleh diguna untuk menyimpan pelbagai resos matematik samada yang dibeli di pasaran atau dibina oleh pelajar dan alat-alat tulis seperti pen marker, pembaris, gam dan kertas.Kelengkapan alat tulis dengan bilangan yang mecukupi pada awal semester serta mudah diperolehi bila diperlukan dalam pengajaran akan memudahkan persediaan dan pengurusan pengajaran. Tambahan pula, murid juga boleh dilatih untuk mengambil alat-alat secara cepat dan tanpa diarah apabila mereka memerlukan alat-alat berkenaan. Walau bagaimanapun, Satu kekurangan yang barangkali wujud ialah alat-alat ini mungkin tidak disimpan dalam tempat yang betul setelah digunakan. Namun demikian, masalah ini boleh diatasi dengan melatih murid-murid untuk mengembalikan alat-alat ke rak-rak yang betul supaya sentiasa dalam keadaan kemas. Selain daripada itu, stok alat-alat ini mungkin cepat habis kerana senang diakses oleh murid-murid. Oleh yang demikian, pengawasan yang rapi adalah kritikal untuk menjaga stok yang sedia ada.Kedudukan dan susunan di setiap ruang yang terdapat di dalam makmal mempunyai peranan-peranan tertentu. Susunan meja berkumpulan terutamanya akan memudahkan murid membuat perbincangan secara berkumpulan dan sekali gus dapat melaksanakan ekzperiment bersama-sama.Kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, reguan dan susunan aturan.Antara aspek yang ditekankan dalam makmal matematik adalah aset yang digunakan susunan dan reka bentuk fizikal serta bahan-bahan bantu mengajar yang terdapat di dalam makmal tersebut. Susunan yang teratur dan tersusun membolehkan guru dapat memantau seluruh murid dengan mudah. Semua pelajar berada di barisan hadapan. Guru akan dapat memberi perhatian yang baik kepada murid-murid. Kedudukan guru juga berhampiran dengan murid-murid. Asset-aset yang diperlukan juga perlu mempunyai rekod dan penjagaannya tersendiri.Susunan meja gaya berkumpulan akan memudahkan aktiviti berkumpulan dijalankan. Murid perlu berada dalam keadaan kumpulan bagi memudahkan perbincangan dan melaksanakan pratikal teori Matematik yang diajar ketika itu. Murid-murid akan berasa seronok apabila melaksanakan aktiviti bersama-sama rakan mereka dengan bimbingan guru. Aktiviti berpusatkan murid juga akan memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan bakat dan meluahkan pandangan mereka tersendiri. Melalui cara ini, kita dapat melahirkan murid yang berdaya inovatif dan kreatif.Di samping itu, sudut matematik menyerupai makmal mini untuk matematik. Oleh itu, ia memainkan peranan yang lebih kecil berbanding dengan makmal matematik.Penyediaan sudut matematik hanya memerlukan ruang yang sedia ada di dalam atau di luar bilik darjah. Secara umum sudut matematik direka untuk menyokong program pembelajaran matematik dalam bilik darjah. Secara spesifik, ia berfungsi sebagai pusat maklumat, pusat pameran serta pusat penerokaan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut matematik ialah mengadakan pertandingan bermain congkak, puzzle dan sebagainya. Guru juga boleh memperkenalkan teknik-teknik mengira dengan menggunakan lagu serta boleh mengadakan aktiviti melibatkan pra nombor dan nombor awal seperti lakonan berjual beli dan pelbagai lagiSebagai pusat maklumat, pelbagai maklumat berkaitan kandungan matematik boleh diperolehi dari sudut matematik. Maklumat ini boleh berbentuk elektronik seperti CD-rom atau bukan elektronik seperti buku dan poster. Sebagai pusat pameran, sudut matematik merupakan ruang yang sangat sesuai untuk mempamerkan hasil kerja matematik yang diusahakan oleh murid. Sebagai pusat penerokaan, pelbagai aktiviti penerokaan matematik boleh dilaksanakan oleh murid-murid sama ada secara berkumpulan atau individu. Tiga fungsi sudut matematik yang baru sahaja dibincangkan pula menunjukkan bahawa ia juga boleh memainkan peranan sebagai sudut untuk menyimpan dan mempamer resos matematik. Murid-murid menjalani aktiviti sponge serta mereka juga dapat menjalani aktiviti pengayaan.Tambahan pula, alam semulajadi berupaya menyegarkan suasana pembelajaran. Suasana yang segar boleh mengaktifkan minda kanak-kanak dan seterusnya mempertingkatkan keberkesanaan pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran matematik tidak semestinya hanya berlaku di dalam bilik darjah. Pengajaran matematik yang memberi peluang kepada murid-murid berinterasi dengan alam semulajadi di luar bilik darjah telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendidik matematik sedunia. Sehubungan dengan itu, penubuhan Taman Matematik merupakan satu inovasi pedagogi pendidikan Matematik tang dapat menghidupkan suasana pembelajaran bagi menjadikan menarik dan diminati terutamanya kepada murid sekolah rendah kerana menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak pada usia 7 hingga 11 tahun adalah pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan pandangan Bruner(1966), bahawa cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hokum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit. Oleh itu, Piaget menyarankan kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting bagi mengalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak.Taman matematik sesuai digunakan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran matematik dalam situasi yang lebih fleksibal dan menyeronokkan. Ia bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran di luar bilik darjah yang boleh meningkatkan semangat murid-murid untuk belajar matematik secara berkumpulan kecil. Secara umum, taman matematik berperanan sebagai stesen pembelajaran di luar bilik darjah dan sebagai pusat aktiviti matematik.Model Makmal Matematik Di Negara BaratThe University of Michigan Mathematics Laboratory (Math Lab)

Model Makmal Matematik Di Negara India

The High Range School, Tata Global Beverages Limited, Munnar

Model Makmal Matematik Di Negara Malaysia

SK Seri Bintang SelatanSaya akan memilih model makmal matematik yang berkesan adalah model Malaysia. Makmal matematik di sekolah-sekolah membuatkan pengajaran dan pembelajaran matematik menarik. Ia menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyenangkan bagi para pelajar kerana mereka mendapat pengalaman pembelajaran yang konkrit. Mereka membina pemahaman yang mendalam mengenai konsep yang diajar di dalam kelas. Makmal Matematik di SK Seri Bintang Selatan membantu kanak-kanak untuk melihat aplikasi Matematik dalam kegiatan sehari-hari. Aktiviti makmal membantu guru-guru di sekolah tersebut untuk penilaian menyeluruh berterusan pelajar. Makmal Matematik yang dimaksudkan oleh mereka adalah sebuah makmal Matematik yang dapat membina kemahiran, membentuk akhlak yang positif dan mempelajari sesuatu tajuk berdasarkan pengalaman dengan melaksanakan ekperiment. Antara tajuk yang boleh dijadikan uji kaji adalah ukuran, ruang dan bentuk dan isipadu. Di makmal tersebut terdapat abakus, kotak geometry, set masa, graf dan objek tiga dimensi.Kesimpulannya, menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir.