Apakah reka bentuk resos

21
APAKAH REKA BENTUK RESOS? Berdasarkan guru dan cabaran semasa tulisan Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskun rekabentuk resos merupakan suatu proses sistematik untuk merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran sains untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan. Seringkali kita mendengar perkataan resos dalam kalangan guru. Malahan kita juga akan terjumpa sebuah bilik khas yang diberi nama bilik resos di sekolah. Tetapi apabila disemak-semak dalam EN Google, tiada istilah resos yang dijumpa. Malahan di dalam buku juga definisinya kurang jelas. Namun begitu, setelah dikaji makna sebenar resos di dalam kepelbagaian sumber rujukan, baharulah kami sedar bahawa perkataan ‘RESOS’ itu diperoleh daripada perkataan ENGLISH iaitu resource. Maka makna sebenar-benar resos adalah sumber dan definisi bagi bilik resos ADALAH bilik sumber. Justeru, dalam kalangan guru bilik sumber begitu dekat sekali dengan sumber P&P contohnya bahan bantu mengajar (BBM).

Transcript of Apakah reka bentuk resos

Page 1: Apakah reka bentuk resos

APAKAH REKA BENTUK RESOS?

Berdasarkan guru dan cabaran semasa tulisan Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskun rekabentuk resos merupakan suatu proses sistematik untuk merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran sains untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan.

Seringkali kita mendengar perkataan resos dalam kalangan guru. Malahan kita juga akan terjumpa sebuah bilik khas yang diberi nama bilik resos di sekolah.

Tetapi apabila disemak-semak dalam EN Google, tiada istilah resos yang dijumpa. Malahan di dalam buku juga definisinya kurang jelas.

Namun begitu, setelah dikaji makna sebenar resos di dalam kepelbagaian sumber rujukan, baharulah kami sedar bahawa perkataan ‘RESOS’ itu diperoleh daripada perkataan ENGLISH iaitu resource.

Maka makna sebenar-benar resos adalah sumber dan definisi bagi bilik resos ADALAH bilik sumber. Justeru, dalam kalangan guru bilik sumber begitu dekat sekali dengan sumber P&P contohnya bahan bantu mengajar (BBM).

Page 2: Apakah reka bentuk resos

MODEL REKA BENTUK RESOS

1. Model Berorientasikan bilik darjah

Model berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan. Guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan membina media

seperti dalam model yang berorientasikan sistem.

Page 3: Apakah reka bentuk resos

Model-model ini tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan

kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan kepada pengajaran. Guru hanya merancang

pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum

masuk ke bilik darjah. Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan

Ely (1980), model ASSURE (1996),model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989). Berikut adalah dua contoh model berkenaan:

Dalam model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993) terdapat enam

langkah: (a) A - Analyse learners (Analisis pelajar),

(b) S - State objectives (Nyatakan objektif), (c) S - Select media and materials (Pilih media dan bahan),

(d) U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan),

(e) R - Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran), (f) E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak semula bahan).

Dalam model Dick dan Reiser (1989 ) terdapat Lapan langkah:

(a) Tentukan matlamat, (b) Analisis ciri pelajar,

(c) Tulis objektif, (d) Pilih/semak buku teks,

(e) Bina ujian,

(f) Bina aktiviti pengajaran, (g) Pilih media pengajaran,

(h) Laksana pengajaran.

2. Model berorientasikan produk Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989), model

Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).

3. Model berorientasikan sistem

Contoh model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan

Glasgow (1990). Berikut adalah contoh bagi produk dan satu contoh bagi sistem.

i) Dalam model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) terdapat tujuh

langkah: a. Analisis masalah,

b. Analisis domain, c. Analisis dan susun tugasan,

d. Analisis dan susun isi sokongan pelajaran, e. Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran,

f. Lakukan reka bentuk mesej interaktif,

g. Nilai pengajaran.

Page 4: Apakah reka bentuk resos

ii) Dalam model jenis sistem Dick dan Carey (1979) terdapat sembilan langkah:

a. Kenal pasti matlamat pengajaran, b. Buat analisis pengajaran,

c. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar, d. Tulis objektif prestasi,

e. Bina item ujian rujukan kriteria, f. Bina strategi pengajaran,

g. Bina dan pilih bahan pengajaran,

h. Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif, i. Semak semula pengajaran.

Page 5: Apakah reka bentuk resos

PERINGKAT REKA BENTUK RESOS

dalam peringkat merekabentuk resos, guru perlu juga mengambilkira aspek

perancangan pengajaran yang akan dilaksanakan. Untuk memastikan pengajaran yang

baik dapat dilaksanakan, reka bentuk resos pengajaran yang sesuai haruslah dipertimbangkan. Peringkat reka bentuk resos ialah:

1.Analisis Murid

Merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompentensi khusus peringkat masuk dan

gaya pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap, tingkatan dan latar belakang sosioekonomi.

2.Nyatakan Objektif

Merupakan penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur

dan dilakukan murid setelah mengikuti sesuatu pengajaran. Menyatakan objektif dapat membantu guru dalam merancang resos pengajaran.

Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan tingkat kebolehan murid,

dan objektif pengajaran. Oleh kerana kebiasaanya setiap kelas terdiri daripada murid pelbagai kebolehan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas. Justeru

penggunaan media dan bahan perlulah pelbagai.

Pada peringkat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dipertimbangkan antaranya adalah seperti berikut :

- beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan

- penyediaan bahan - sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan

yang dipilih

- sediakan murid menerusi set induksi atau pernyataan objektif

- sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan

berkesan dan diingati oleh murid.

3.penglibatan murid la penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti yang

boleh dijalankan untuk melibatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan

sebagainya.

guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.

4.penilaian

Page 6: Apakah reka bentuk resos

Nilai dan semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta

untuk menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Penilaian

meliputi pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif.

LIHAT CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR DI

BAWAH.....

Page 7: Apakah reka bentuk resos

Comel kan resos pengajaran di atas? Inilah sumber pengajaran 2D. antara ciri-ciri

yang perlu ada di dalam rekabentuk resos adalah;

- Kos yang berpatutan (boleh juga guna bahan terbuang asalkan ia bermanfaat untuk

proses p&p - yang kedua mempunyai identiti kebangsaan

- yang ketiga menepati arahan dan kurikulum - Bersesuaian dengan pencapaian murid

- Hiasan berpada dan Ketepatan teknik

Page 11: Apakah reka bentuk resos

Lagi DAN lagi tentang e-buku....

klik di sini : http://www.youtube.com/watch?v=qKodgD5RKGs

CONTOH e-majalah dalam bentuk VCD

klik di sini: http://www.youtube.com/watch?v=AfWEHyqaBWw&feature=relmfu

Page 12: Apakah reka bentuk resos

klik di sini http://www.youtube.com/watch?v=4SIkJnt_i20

contoh akhbar elektronik dalam cerita Harry potter

klik di sini http://www.youtube.com/watch?v=ptaFAQUxnxQ&feature=relmfu

Page 15: Apakah reka bentuk resos

MARI KITA LIHAT PERBANDINGAN ANTARA RESOS 3D DAN 2D

Page 16: Apakah reka bentuk resos

KESAN KELEBIHAN REKA BENTUK RESOS

Reka bentuk resos mempunyai banyak memberikan manfaat dan kelebihan kepada guru dan murid khususnya jika digunakan dengan bijaksana. Antara kelebihan reka bentuk

resos ialah memberikan banyak sumber maklumat kepada guru untuk mengajar. Ini akan

menjadikan guru lebih kreatif dan cekap. Guru dan murid juga boleh mengakses maklumat daripada pelbagai sumber. Selain

itu, guru juga boleh mempelbagaikan PnP di dalam kelas. Kepelbagaian PnP di dalam kelas akan menarik minat murid untuk belajar.

Di samping dapat mengemaskini bahan-bahan pengajaran dengan lebih

bersistematik. Reka bentuk resos juga dapat menjimatkan masa guru untuk melaksanakan PnP.

Page 18: Apakah reka bentuk resos

epal hijau View my complete profile

sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali

mereka yang beriman dan yang beramal soleh

Cuteki widgets

PAUTAN RASMI

(KLIK GAMBAR)

Page 21: Apakah reka bentuk resos

Blog Archive

► 2012 (1)

mojo~andaiku bercinta lagi