Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

37
kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani - Tripod http://bobezani.tripod.com/gerko.htm KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu. Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah : 1. Kaedah Kuliah 2. Kaedah Perbincangan 3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi 4. Kaedah Latihan 5. Kaedah Penemuan 6. Kaedah Projek 7. Kaedah Persembahan Lisan 8. Kaedah sebahagian-keseluruhan. Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi. KAEDAH KULIAH Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan

description

kadeah,teknik pengajaran

Transcript of Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Page 1: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani - Tripod http://bobezani.tripod.com/gerko.htm

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.

Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah :

1. Kaedah Kuliah2. Kaedah Perbincangan3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi4. Kaedah Latihan5. Kaedah Penemuan6. Kaedah Projek7. Kaedah Persembahan Lisan8. Kaedah sebahagian-keseluruhan.

Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.

KAEDAH KULIAH

Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.

Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani :

Page 2: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

1. Pengenalan

Menerang dan menjelaskan skop pelajaran Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka Cuba membangkitkan minat Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di

barisan belakang.

1. Persembahan

Kuat tetapi nada mesra Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai Huraikan istilah yang digunakan Bercakap dengan semua pelajar Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain Ulang butiran penting Guna lawak jenaka Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin

1. Penutup

Mengulangi point-point utama Menggalakkan perbincangan Meneguhkan point yang lemah

 

 KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI

Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :

1. Pendahuluan

Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri

Mnegenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

Page 3: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

1. Demonstrasi

Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

1. Demonstrasi dan pengajaran

Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak

diberitahu. Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

1. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting

Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting

1. Penutup

Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

 

KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN

Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :

1. Kaedah/Gaya Langsung2. Kaedah/Gaya Gabungan3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung

   GAYA LANGSUNG GAYA GABUNGAN GAYA TIDAK LANGSUNG

Page 4: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Gaya Arahan Gaya Tugasan

Limitasi Penemuan Terbimbing

Penyelesian masalah latihan  Bertindak balas  Semak kendiri  Penerimaan beramai  Penerokaan

 

GAYA LANGSUNG

Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.  

 KELEBIHAN KELEMAHAN

1. Kaedah yang berkesan2. Berfokus kepada yang ingin

dipelajari3. Tidak banyak peluang untuk salah

faham dan salah interpretasi4. Persekitaran pembelajaran yang

berstruktur

1. Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan)

2. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.

 

 GAYA TIDAK LANGSUNG

Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.  

 KELEBIHAN KELEMAHAN

Page 5: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

1. Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya

2. Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab

3. Mengambil kira perbezaan dikalangan pelajar

4. Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.

1. Memakan masa yang panjang. Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoal-jawab.

2. Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya inisentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan.

3. Sukar untuk mengawal kelas4. Sukar untuk memastikan

kesinambungan dalam pelajaran

 

GAYA ARAHAN

Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :

GURU PELAJAR

1. Mengawal penuh pengajaran 

1. Memilih aktiviti2. Menentukan bagaimana dan bila3. Mengawal tingkah laku4. Menilai keputusan

1. Menjimatkan masa untuk membuat percubaa

2. Individu mendapat kurang perhatian

Ciri – ciri gaya arahan

1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan dipelajari oleh pelajar .

2. Pelajar berlatih.3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.4. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.5. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan bantuan

secara individu atau atau berkumpulan.6. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai

perlakuan

Penemuan Terbimbing

Page 6: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh ‘ Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’

Kelebihan –kelebihan

1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar

mengikut tahapnya sendiri.3. Memupuk pembangunan arah kendiri

Penyelesaian Masalah

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah berikut :

1. Menganalisi dana memahami masalah2. Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.3. Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat –maklumat4. Membentukkan jawapan yang mungkin5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif6. Pilih penyelesaian paling sesuai.7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan-kelebihan

1. Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.2. Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi3. Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.

Kelemahan kelemahan

1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.2. Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan.Pelajar

yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :

1. Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.2. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose penyelesaian itu.

Page 7: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.

  Saiz kelas Gaya pengajaran

Seluruh kelas Langsung Penyelesaian masalah

Kumpulan kecil Stesen

Individu Lembaran kerja /tugas

   

RANCANGAN TAHUNAN,PENGGAL DAN MINGGUAN

Dalam melaksanakan program pendidikan jasmanai di sekolah,satu perancangan yang yang rapi perlu diadakan.Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik.Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memmastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut :

1. Jumlah masa pengajaran yang terhad

Walaupun sejak bukan Disember 1993,Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.

2. Persekitaran pengajaran

Selain daripada objektif,faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan.Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani.Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.Justeru itu, perancangan

Page 8: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.Misalnya ,suatu kumpulan kecil boleh dibentuk,Misalnya suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan diatas.

3. Latar Belakang Guru

Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

4. Latar Belakang Pelajar

Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.

 

Rancangan Kerja Tahunan

Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memebri satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan juag menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.

 

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh : ……………………………..

Waktu : ………………………..

Kelas : …………………………..

Bil Murid : …………………………

Umur : …………………………….

Page 9: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Matapelajaran : …………………………….

Kemahiran : ……………………..

BSPP : ………………………..

Pengalaman sedia ada : ………………………..

Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid-murid dapat ……………………………..

Penerapan nilai : ………………………………  

BAHAGIAN (WAKTU)

GERAK KERJA BUTIRAN MENGAJAR

PENGELOLAAN KELAS

BSPP CATATAN

Memanaskan badan 

(3 minit)

Pilih 2 atau 3 aktiviti ringkas 

Perkara-perkara penting yang disebut oleh guru, jelas, tepat dan padat

Pentingkan gambarrajah. Bagaimana melaksanakan aktiviti ?

Nyatakan jenis dan bilangan 

Buat catatan untuk mengigati guru segala perkera seperti langkah keselamatan/ 

kaedah/nilai

Gerak kerja kumpulan 

(8 minit)

Senaraikan aktiviti ikut turuta unsur maju

Pemainan keci 

(7 minit)

Namakan permainan

Penutup 

(2 minit)

Aktiviti pulihan/ 

perbincangan 

ke muka depan

Utama Edit Blog

Page 10: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

STRATEGI/ KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

12:04:00 PG Dicatat oleh Nurul Iman

PengenalanSharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar

ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.              Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.             Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.              Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.               Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

Page 11: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

1.    Kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran. 2.    Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.3.    Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar.4.    Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.5.    Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.6.    Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan.7.    Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

         An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.             Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

1.     Tujuan am (learning goal) 2.     Objektif pelajar (specific objective)3.     Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu

untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.4.     Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar. 5.     Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur  pencapaian pelajar.

Page 12: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

           Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang  dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970)  dalam The Condition of Learning, pembelajaran  merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.

KAEDAH TEORI KECERDASAN PELBAGAI   Konsep dan Definisi

·         Mengikut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur.

·         Pada tahun 1904, Alfred Binet seorang psikologis dari Perancis telah berjaya membina satu ujian kecerdasan – Skala 1905.

·         Skala 1905, untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga keupayaan mentakrif konsep yang abstrak.

·         1912 – William Stern telah memperkenalkan konsep darjah kecerdasan (IQ) dan berjaya membina rumus.

·         Mengikut sesetengah pendidik, kecerdasan bukan serupa dengan umur, tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara langsung) tetapi sebagai kemahiran penyelesaian masalah, termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian.

·         Vygotsky– Keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding.         

Page 13: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

 Potensi Dan Kecerdasan Manusia·         Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu, dan

jika dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu.·         Dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada

fitrah manusia – kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya.

·         Ditinjau dari aspek-aspek jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial ·         “… memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan …” (Falsafah Pendidikan Kebangsaan )

 Kecerdasan-Kecerdasan

Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.

·         Kecerdasan Linguistik kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita.

·         Kecerdasan Logikal-matematikal kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta mengamati dunia visual.

·         Kecerdasan Visual-spatial kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual

·         Kecerdasan Muzikkecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.

·         Kecerdasan Tubuh Kinestetik kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.

·         Kecerdasan Interpersonalkecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.

·         Kecerdasan Intrapersonal kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri.

Page 14: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

·         kecerdasan Spritualilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama.

 Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai·         menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan

Falsafah Paendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.·         menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa

setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. ·         meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa

potensinya tidak terbatas.·         meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan

pembelajaran yang menyeronokkan.·         meningkatkan profesionalismegurudan menggalakkan inovasi dan

penyelidikandalam pengajaran dan pembelajaran.·         mewujudkan kolaboratif disekolah.·         mempelbagaikan penilaian.

 Melaksanakan Teori Kecerdasan  Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

·         Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai.

·         Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid

·         Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah

 KAEDAH KONTEKSTUAL     Definisi dan KonsepMatlamatMembantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstualdalam pengajaran dan pembelajaran.ObjektifGuru berupaya:

·         Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

·         Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.·         Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalambilik

darjah dengan yakin dan berkesan.·         Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan

kontekstual.

Definisi

Page 15: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakanpembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-on dan hands-on.

Teori Kontekstual

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut:

1. Konteks pembelajaran yang pelbagai • Budaya • Sosial • Psikologi

            • Fizikal2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran

• Bilik darjah • Makmal • Tempat kerja • Kehidupan harian

3. Kepelbagaian disiplin ilmu • Matematik • Sains • Komunikasi • Teknikal dan Vokasional • Kemanusiaan

Page 16: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains, Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional.

 Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi “REACT”

a)    Relating (Menghubungkait):

Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.

Page 17: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

b)   Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. Experiencing (Mengalami):

Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya         pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.

Contoh murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menggelecek bola. Pengalaman ini boleh digunakan semasa bermain hoki bersama kawan-kawan di rumah.

c)    Applying (Mengaplikasi): Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan

dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.

Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

Page 18: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

d)   Cooperating (Bekerjasama):

Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah.

Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali di padang. Penyelesaian amali Pendidikan Jasmani memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

e)    Transferring (Memindahkan):Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada,

atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar.

Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan

Page 19: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permaianan.

Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, terdorong melakukan aktiviti hands-on dan tidak yakin mempelajari Matematik dan Sains secara abstrak.

 Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual Perlaksanaan ini memerlukan:

  MotivasiBertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran Sejarah, tajuk darurat – guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak beserta jeritan sebagai motivasi. 

 PemahamanIa merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat kajian. 

Kemahiran

Page 20: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. Contoh selepas muris mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.

 Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio

 Kesimpulan

Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.

Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan

Page 21: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

KAEDAH KONSTRUKTIVISME

   Definisi dan KonsepMenurut pendapat John Dewey (1910), “Pendidik yang cekap harus

melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P.”

Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu :

·         Fasa Pertama Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik.

·         Fasa Kedua Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal.

·         Fasa Ketiga Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran.

·         Fasa Keempat Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi. 

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Page 22: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

•   Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong pembelajaran secara koperatif

•     Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid •     Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha •  Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan

memahaminyamelalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar •    Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu

idea. Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme

Guru merasa mereka tidak mengajar. Kawalan kelas agak merosot. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik.    Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme

memerlukan sokongan profesional. 

Implikasi Konstruktivisme  1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang

kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.2)  Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. 3)  Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang

dilakukan oleh murid tersebut  dan bukan  pengajaran yang diterima secara pasif.

4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.KAEDAH DEMONSTRASI

Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

Page 23: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :

1)    Pendahuluan

Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri

Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

2)    Demonstrasi

Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

3)    Demonstrasi dan pengajaran

Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat

dilihat jika ia tidak diberitahu. Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang

sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan

pengalaman lepas.

4)    Ulang demonstarsi dan butiran yang penting

Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting

Page 24: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

5)    Penutup

Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH GAYA ARAHAN

            Dalam gaya ini, guru mengawal semua yang akan dipelajari, cara ia dilakukan serta mula dan akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue (1995).         Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut : Guru perlu

1.   Mengawal penuh pengajaran. 2.   Memilih aktiviti.3.   Menentukan bagaimana dan bila

Mengawal tingkah laku.4.   Menilai dan membuat keputusan.5.   Menjimatkan masa untuk membuat percubaa

Individu mendapat kurang perhatian.Ciri-ciri Gaya Arahan

1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar.

2. Pelajar berlatih dan guru memberi komen am tentang prestasi kelas. Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.

3. Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan. 

4. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan. 

5. Penemuan Terbimbing.6. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi (Bilbrough & Jones, 1968). Ia

memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi

Page 25: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Sebagai contoh, ‘Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’

KAEDAH KOPERATIF   Konsep dan Model Kaedah Koperatif

Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.

Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif :                 a) Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif                 b) Saling berinteraksi secara bersemuka                 c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri                 d) Kemahiran koperatif                 e) Pemprosesan kumpulan 

Page 26: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Jenis Pembelajaran Koperatif

Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Di antaranya ialah :

1.    Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

                Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

                 

2.     Student Team Achievement Division' (STAD)

Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.

3.     Jigsaw

Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk

Page 27: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

4.    Team-Accelerated Instruction' (TAI)

 Merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya.

5.    Team Games Tournament (TGT)

Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007) lagi, bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan

Page 28: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.

Pembaca kami juga menyukai

Kisah Benar Pakai Tudung Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Setangkai Anggur Dari Syurga...

Recommended by

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

STRATEGI/ KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...

http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/09/strategi-kaedah-pengajaran-dan.html