Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

35
STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI

description

ooo

Transcript of Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

  • STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :PENDIDIKAN JASMANI

  • KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANIKurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.

    Objektif kurikulum ini ialah;

    Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.Membentuk sahsiah dan disiplin diri.Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

  • Aspek penting pengajaran Pendidikan Jasmani ialah ;

    1.Penglibatan murid secara aktif dan selamat.2.Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan.3.Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pemelajaran telah berlaku.Tiga tunjang utama kandungan Sukatan Pelajaran ialah ;

    1.Kecergasan2.Kemahiran3.Kesukanan

  • STRATEGI DAN PENDEKATAN

  • STRATEGIPemusatan guruPemusatan muridPemusatan bahanBerasaskan tugasan

  • PEMUSATAN GURUStrategi pemusatan guru juga dikenali sebagai pembelajaran eksplisit.Strategi pemusatan guru meletakkan guru di tengah - tengah aktiviti bilik darjah.Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam langkah-langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak pemahaman murid.

  • Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah yang kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap langkah.

    Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap murid dengan latihan amali yang lebih tinggi dan kerap.

  • PEMUSATAN MURIDAktiviti pemusatan murid menjadikan murid fokus utama dalam proses pembelajaran.

    Strategi ini mungkin lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusata guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal.

    Pengajaran dalam bilik darjah pemusatan murid menggalakkan lebih banyak penglibatan murid dalam aktiviti bilik darjah.

  • Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid.

    Strategi ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan

    Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan, inkuiri dan penemuan dan beberapa bentuk perbincangan

  • PEMUSATAN BAHANStrategi ini meliputi penggunaan sumber yang luas seperti buku, panduan belajar, buku teks, buku kerja, video, dan perakam pita. Bahan lain yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROM, komputer multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan-tele dan persidangan-video. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan.Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar mengikut kadar masing-masing, pada setiap masa dan ditempat pilihan mereka.

  • BERASASKAN TUGASANGuru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberi peluang kepada mereka untuk mengamalkan dan mengaplikasikan apa yang sedang mereka belajar.

    Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan atau scaffolding bentuk lain yang diperlukan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya.

  • PENDEKATANParera (1986) :Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian).

    Kamarudin Hj. Husin (1988) :satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa

  • PENDEKATANMerujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya.Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas khas .

    Pendekatan DeduktifPendekatan InduktifPendekatan ElektifPendekatan Komunikatif

  • PENDEKATAN DEDUKTIFPendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya.

    Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .

  • PENDEKATAN INDUKTIFPendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.

    Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

  • PENDEKATAN EKLEKTIF

    Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .

    Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

  • PENDEKATAN KOMUNIKATIFPendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan system tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya . Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

    Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .

    Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

  • Sumber : Kamaruddin haji Husin (1988)

    Pendekatan InduktifPendekatan DeduktifPendekatan EklektikPendekatan Komunikatif Khusus kepada umum Pengajaran mendapatkan hukum Banyak menggunakan contoh Umum kepada khusus Pengajaran berdasarkan hukum Kemukakan genelisasi Gabungan induktif dan deduktif Pengajaran mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak Bahasa sebagai satu komunikasi Pengajaran lebih kepada dialog Situasi yang menyerupai keadaan sebenarKaedah :Terus atau semulajadiOral-auralLinguistikFonetikKaedah :LinguistikSemulajadiTerusKaedah :Linguistik Oral-auralSemulajadiTerusKaedah : Linguistik Oral-aural TerusTeknik :BerbincangBrainstormingSoal jawabTeknik :Main perananBerceritaLakonan/ dramaTunjuk caraTeknik :Penyelesaian masalahTunjuk caraLatih tubiSoal jawabTeknik :BerceritaBrainstormingSoal jawabBerbincangPermainan bahasa

    *

  • KAEDAH DAN TEKNIK

  • KAEDAH DAN TEKNIKKaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan. Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan. Teknik adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran.

  • KAEDAHPENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

    Dalam proses pengajaran Pendidikan Jasmani, guru merancang apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar. Kaedah yang berkesan dapat membantu pelajar mencapai kemahiran, perubahan sikap yang positif, mendalami serta meluaskan kefahaman tentang diri sendiri dan orang lain, serta dapat mempraktikkan dalam kehidupan sebenar.

    Terdapat beberapa Pendekatan yang digunakan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Secara umum terdapat tiga Pendekatan yang disarankan iaitu :

    1.Pendekatan Tradisi2.Pendekatan Penyelesaian Masalah3.Pendekatan Gabungan

  • PENDEKATAN TRADISIDalam Pendekatan Tradisi, persediaan yang diperlukan ialah;Guru menentukan dahulu kemahiran.Guru memberi penerangan dan tunjuk cara kemahiran (boleh minta pelajar yang mahir membuat tunjuk cara).Murid akan melakukan kemahiran . (Secara kelas, kumpulan atau individu).Guru menunjukkan semula gerak kerja sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Murid melakukan berulang-ulang sehingga menguasainya.

  • untuk melaksanakan pengajaran, kaedah yang disarankan ialah Kaedah Kuliah dan Kaedah Kuliah Demontrasi.Kaedah KuliahKaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.Kaedah Kuliah-DemonstrasiPendekatan ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

  • PENDEKATAN SELESAI MASALAHDalam Pendekatan Selesai Masalah, persediaan yang diperlukan ialah;Guru menentukan dahulu kemahiran.Guru memberi penerangan dan tunjuk cara kemahiran (boleh minta pelajar yang mahir membuat tunjuk cara).Murid akan melakukan kemahiran . (Secara kelas, kumpulan atau individu).Guru menunjukkan semula gerak kerja sekiranya ada kesalahan yang dilakukan.Murid melakukan berulang-ulang sehingga menguasainya.

  • untuk melaksanakan pengajaran, kaedah pengajaran yang disarankan ialah Kaedah Penemuan dan Kaedah Perbincangan.

    Kaedah Penemuan

    Menurut Donald C. Orlich ( 1980 ), kaedah ini merupakan satu kaedah yang bertujuan untuk member peluang kepada pelajar supaya mereka menjadi lebih produktif dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih berkesan tentang masalah yang berkaitan. Kaedah ini adalah sesuai terutamanya kepada pelajar-pelajar di peringkat menengah. Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar diberikan satu atau beberapa masalah. Kemudian mereka diberi peluang dan kebebasan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

  • KaedahDapatan

    Ciri-ciri kaedah ini tidaklah berbeza sangat dengan ciri-ciri kaedah menyelesaikan masalah. Kaedah ini mencabar pelajar supaya mencari jawapan berdasarkan maklumat yang diberi oleh guru. Guru memberikan maklumat yang kurang lengkap menganai sesuatu masalah dan pelajar diminta melengkapkan atau mencari jawapan bagi tugasan yang dikemukakan oleh guru. Peranan guru dalam kaedah ini ialah untuk member panduan dan bantuan kepada pelajar ketika mereka mencuba mendapatkan jawapan. Guru perlu berbincang dan mendorong pelajar supaya berusaha mendapatkan penyelesaian. Kaedah dapatan ini sangat sesuai bagi mengajar mata pelajaran yang memerlukan pelajar membuat penyelesaian contohnya mata pelajaran Sejarah. cabaran yang diberi kepada pelajar menjadikan kaedah ini lebih menarik dan berkesan.

  • Kaedah Perbincangan

    Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajarnya di dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topic yang ditetapkan. Pelbagai cara yang melibatkan aktiviti perbincangan diadakan di dalam kelas. Guru boleh merancangkan perbincangan secarakelas kumpulan kumpulan kecil, perbahasan, forum dan sebagainya.kaedah ini menggalakkan pelajar member pendapat dengan cara sistematik. Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat dilatih mengeluarkan pendapat yang bernas dalam bahasa yang teratur dan mudah difahami oleh orang lain. Selain itu juga, pelajar dapat didisiplinkan supaya mendengar dan menghormati pendapar rakan-rakan yang lain walaupun tidak sealiran dengan pendapat sendiri. Kaedah yang menarik terutamanya dari segi penyertaan atau penglibatan pelajar. Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaitu perbincangan formal dan perbincangan tidak formal.

  • PENDEKATAN GABUNGANPendekatan Gabungan adalah penyatukan kebaikan dari kedua-dua kaedah Tradisi dan Kaedah Selesai Masalah. Penggunaan kaedah ini dapat;Memberi kelonggaran kepada guru memilih kaedah yang sesuai dengan situasi tertentu.Memberi peluang kepada pelajar menggunakan bakat dan kebolehan sendiri.Menggalakkan murid berfikir dan menggunakan proses pemikiran secara lojik dalam menyelesaikan masalah.Sekiranya murid bingung untuk menyelesaikan masalah, kaedah terus atau tradisi diteruskan

  • TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANITeknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani haruslah selaras dengan pendekatan dan kaedah yang digunakan.Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Teknik yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Teknik pengajaran dapat dibahagikan kepada 2 kategori yang utama iaitu :Pengajaran Langsung2. Pengajaran Tidak Langsung

  • PENGAJARAN LANGSUNGTeknik ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Teknik ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.

  • Teknik-teknik pengajaran yang digunakan ialah;

    Teknik Tunjuk Cara

    Pembelajaran melalui pemerhatian danpendengaran.Pelajar cuba membuat dan meniru pergerakanyang dilihat walaupun berlaku kesilapan.Guru perlu melakukan tunjuk cara seberapa baikyang mungkin untuk dicontohi oleh pelajar.Gantikan dengan pelajar yang berkebolehansebagai ganti.Gunakan gambar, slaid, filem dan lain-laiansebagai membantu penerangan.

  • Teknik Arahan

    Ciri-ciri teknik ini ialah;

    Kemahiranyang boleh dipelbagai.Guru menimbulkan suasana yang sesuai danmurid tidak ragu untuk mencuba.Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.Bagi memgalakkan murid mencuba secarasendiri dan lebih kreatif.Bandingkan dengan pergerakan kemahirantertentu (permainan atau acara tertentu).

  • PENGAJARAN TIDAK LANGSUNGTeknik ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan. Teknik pengajaran yang digunakan ialah;

  • Teknik Bimbingan Individu

    Teknik ini dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) . Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.

    Ciri-ciri teknik ini

    Memerrhati setiap murid untuk mengetahui masalah pembelajaran.Gunakan beberapa pendekatan untuk membantu murid mencapai matlamatnya dan matlamat guru.Gunakan banyak gerak kerja yang berbentuk penyelidikan dan selesaikan masalah yang timbul dalam program yang dirancang.Beri peluang untuk melakukan pergerakan dari yang mudah kepada susah dan kompleks.Kenalpasti secara cepat bagi menentukan pelajar yang mampu menguasai kemahiran dalam masa singkat dan memerlukan masa yang lebih lama.

  • Teknik Mengesan

    Ada pelajar yang mengalami masalah dalam mencapai kemahiran. Disebabkan oleh tekanan emosi, masalah koordinasi, bentuk badan dan fizikal. Guru hendaklah tahu mengesan masalah tersebut. Kemahiran ini dapat dikuasai jika guru:Boleh melakukan kemahiran dengan betul.Mengetahui tiap-tiap bahagian corak pergerakan.

    *