kaedah pengajaran
-
Upload
nana-al-yahya -
Category
Documents
-
view
341 -
download
0
description
Transcript of kaedah pengajaran
0
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
KRB3053 : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK ESEI ILMIAH
KUMPULAN
UPSI 13
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORMA BT MAT SALLEH D20102042556 018-9023414
NAMA TUTOR E-LEARNING :
TARIKH SERAH :
Merujuk kepada tugasan makro pengajaran yang berkaitan pembinaan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) yang telah anda hasilkan,jelaskan bagaimanakah anda mengaplikasikan teori pembelajaran bahasa,pendekatan pengajaran bahasa dan kaedah pengajaran bahasa Melayu yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran topic tersebut kea rah mencapai matlamat pendidikan bahasa melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran?
1
ISI KANDUNGAN
Kandungan Halaman
Pengenalan 2
Definisi Pengajaran 2
Definisi Pembelajaran 3
Konsep Pengajaran
3
Penggunaan Pelbagai Bahan Media 4
Strategi Melibatkan Murid Dalam Proses P&P 6
Kaedah Pembelajaran Kolaboratif 9
Pendekatan Pengajaran- Bertema 22
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa MalaysiaTahun Satu
24
Bahan Pembelajaran 27
Rujukan 31
2
Pengenalan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada
Tahun 2011.Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah ditransformasikan kepada
KSSR.KSSR ini dilaksanakan khususnya di sekolah rendah di negara kita dengan harapan dapat
mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan
cabaran semasa juga cabaran abad ke-21.Ini adalah sejajar dengan kehendak Teras kedua Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu ‘Membangunkan modal insan yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni’.Dari sudut pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah rendah, KSSR menekankan pengajaran berkonsepkan didik
hibur bagi memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai.
Definisi Pengajaran
Reinhartz dan Beach (1997) menyatakan bahawa pengajaran bermaksud implementasi
kurikulum iaitu apabila berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah.
Menurut Halmos (1994), pengajaran bermaksud suatu perkara daripada segi apa,
bagaimana dan mengapa.
Berdasarkan Dictionary.com (diterjemah), pengajaran adalah melibatkan aktiviti-aktiviti
yang menyampaikan ilmu atau kemahiran.
Berdasarkan Answers.com (diterjemah), pengajran adalah suatu perlakuan, proses atau
seni menyampaikan ilmu dan kemahiran.
Berdasarkan Online Medical Dictionary(diterjemah), pengajaran adalah suatu proses
pendidikan tentang mengarah.
Berdasarkan TheFreedictionary (diterjemah), pengajaran adalah suatu proses profesion
untuk mereka yang memberi arahan, terutamanya di sekolah rendah atau menengah atau
university.
Manakala di dalam Webster Dictionary (diterjemah), pengajaran adalah perlakuan dan
perihal mengarah.
3
Definisi Pembelajaran
Marton dan Booth (1997) menjelaskan bahawa pembelajaran adalah berkenaan
bagaimana kita menanggap dan memahami dunia dan tentang membuat makna. Fry dan Marshal
(2003) menjelaskan pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta,
pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang
bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu dan juga penaakulan. Dengan berlakunya
perubahan pada tingkah laku pelajar selepas melalui sesuatu pengalaman pendidikan, maka
pembelajaran pun dianggap telah berlaku.
Konsep Pengajaran
Berdasarkan kenyataan Loris Malaguzzi (1994) menunjukkan bahawa pengajaran adalah
dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah, teknik
yang sesuai dengan disokong oleh bahan media dan seterusnya memotivasi murid supaya
mengambil inisiatif untuk untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai
kemahiran yang diperlukan.Pembelajaran adalah proses pembelajaran didefinisikan sebagai
perubahan tingkah laku tetap yang dihasilkan melalui pengalaman. Perubahan tingkah laku ialah
pembelajaran sebenar yang berlaku dalam satu persekitaran. Oleh itu, pembelajaran adalah satu
proses yang berterusan di mana terdapat perubahan tingkah laku yang nyata pada seseorang
individu pada akhir proses tersebut. Sebagaimana Unisec, Lockhart dan Walters (1990)
mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perubahan yang agak kekal dan sesuatu yang berubah
akibat daripada pengalaman.
Teori Pembelajaran Gagne (1974, 1977)
Saya menggunakan Teori Pembelajaran Gagne dalan menyediakan RPH ini.Terdapat
beberapa teori pembelajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah antaranya teori pembelajaran Gagne dan teori pembelajaran Ewell.Kedua-dua teori
masing-masing mempunyai konsep tersendiri.Teori pembelajaran Gagne menerangkan minda
manusia memproses maklumat seperti computer. Mengikut teori ini terdapat lapan peringkat
dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari iaitu peringkat pertama
4
‘motivasi’; peringkat kedua ‘memberikan perhatian’; peringkat ketiga dan keempat ‘perolehan
dan ingatan’; peringkat kelima ‘ingat kembali dan retrieval’; peringkat keenam ‘generalisasi’;
peringkat ketujuh ‘prestasi’ dan diakhiri dengan peringkat kelapan ‘maklum balas dan
peneguhan’. Antara implikasi proses pembelajaran Gagne terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran ialah menarik perhatian murid dengan mengarah murid kepada topik pengajaran
termasuk set induksi, bahan bantu mengajar yang menarik dan dapat merangsang murid;
menyedarkan murid tentang objektif pelajaran dan matlamat pengajaran; merangsang
pengetahuan sedia ada dengan menggunakan pelbagai gaya pengajaran sebelum memulakan
pengajaran; membimbing pembelajaran supaya murid dapat mengekod maklumat dalam ingatan
jangka panjang dengan sokongan bahan yang jelas, tepat dan menarik; melaksanakan perlakuan
dengan meminta murid melatih kemahiran dan tingkah laku baru dan dengan mengesahkan
murid menguasai pengetahuan yang diajar; memberikan maklum balas melalui latihan dalam
pelajaran yang dapat mengesan kefahaman murid tentang pembelajaran; menilai perlakuan dan
prestasi melalui ujian pelbagai bentuk (formatif atau sumatif) ketika akhir pengajaran guru; dan
akhir sekali merangsang ingatan dan pemindahan pembelajaran melalui contoh tambahan dan
latihan-latihan bagi menambah baik pemahaman murid terhadap pembelajaran yang telah
dikuasai seterusnya memindahkan pengetahuan yang dipelajari ke dalam situasi baru.
Penggunaan Pelbagai Bahan Media
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan topik yang diajar akan
mendorong penglibatan murid secara aktif dan menyeronokkan dalam proses P&P. Bahan media
berperanan sebagai medium untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang
terdapat dalam topik yang dipelajari. Variasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan
melibatkan pelbagai bahan media. Dengan penggunaan pelbagai bahan media tersebut maka
rasa bosan dan cepat jemu dapat dielakkan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik dan berkesan.Ini menunjukkan bahan media sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran penting dan perlu diberi penekanan kerana ia sebagai penggerak proses P&P.
Tanpa medium tersebut, penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
kurang lancar serta kurang memberi kesan yang diharapkan.
Bahan media terbahagi kepada bahan media cetak dan bahan media elektronik. Antara
contoh bahan pengajaran dan pembelajaran media bercetak adalah modul,buku teks, buku
5
latihan, aktiviti, buku sumber, surat khabar, majalah, makalah, carta, graf peta, ensiklopedia,
kamus, atlas, buku panduan dan juga bahan terbitan berkala. Ia bersifat mudah didapati dalam
pelbagai bentuk dan mudah disediakan.
Dalam KSSR modul digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Pembelajaran secara
bermodular menggantikan pembelajaran KBSR yang banyak bergantung kepada buku teks serta
buku latihan dan buku aktiviti. Sebagai contoh bagi Bahasa Malaysia KSSR Tahun 2 terdapat
lima modul yang diguna pakai oleh murid-murid iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul
Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa . Modul-modul tersebut
dibina berasaskan DSK dan DSP yang disediakan untuk setiap mata pelajaran KSSR.
Contoh bagi bahan media elektronik pula ialah CD-ROM dan DVD-ROM. Lazimnya
bahan seperti ini dikenali dengan audio-video iaitu berasaskan gambar, suara atau bunyi-
bunyian.Dalam konteks KSSR, belajar melalui TMK adalah salah satu pendekatan yang boleh
diambil untuk melaksanakan EMK iaitu Elemen Merentas Kurikulum (BPK, 2010). Dalam
pendekatan ini penggunaan TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan adalah
menggunakan media TMK seperti CD-ROM dan DVD-ROM.Sejajar dengan KSSR,
konseplearning is fun menjadi salah satu perkara yang diberi penegasan. Melalui penggunaan
CD-ROM atau DVD-ROM konsep tersebut dapat diaplikasikan. CD-ROM buku teks telah
diperkenalkan mulai 2001 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Ia menyumbang kepada
pembelajaran murid lebih seronok dan menarik kerana bersifat interaktif. Kesan audio, video
serta penggunaan warna-warna yang menarik juga menyumbang kepada peningkatan minat
murid untuk terus belajar. Selain itu, penggunaan internet dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga amat dianjurkan di sekolah. Pembelajaran menggunakan internet selaras
dengan konsep bringing the world to classroom.Dalam KSSR, penggunaan internet untuk
mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan adalah satu cara yang boleh diambil untuk
melaksanakan EMK di bawah pendekatan belajar melalui TMK. Ini bermaksud murid-murid
boleh mengakses maklumat yang diperlukan dalam pembelajarannya sebagai contoh
pembelajaran penyelesaian masalah.Seterusnya bahan siaran daripada Radio dan TV seperti TV
pendidikan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.Ia bersiaran pada waktu pagi dan
6
ulangannya pada waktu petang. TV IQ di bawah kelolaan televisyen ASTRO juga boleh
dimanfaatkan oleh guru dan murid sekolah.
Strategi Melibatkan Murid Dalam Proses P&P
Penglibatan aktif adalah keadaan di mana murid berinteraksi secara aktif dengan bahan
pembelajaran serta dapat mengingat kembali maklumat dengan berkesan.Murid seharusnya dapat
menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan, dan juga memberi pengertian
baru.Contohnya perbincangan secara berkumpulan.
Pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan memerlukan guru
melibatkan pelajar daripada mula sehingga ke penghujung.Beberapa aspek kecil berhubung
dengan bilik darjah sehingga aspek atau isu yang lebih kompleks perlu diberi penekanan oleh
guru. Guru pula hendaklah menghibur dan berwatak kelakar di samping mempamerkan sifat
penyayang serta sentiasa menyemai rasa saling sayang menyayangi dan mengambil berat
terhadap murid.Semua tindak tanduk guru adalah cenderung kepada menginginkan murid supaya
mereka mahu belajar dengan bersungguh-sungguh.Secara tidak langsung, apabila berlakunya
pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan sudah tentu penglibatan aktif
murid juga terserlah.
Pembelajaran lebih berkesan apabila murid merasakan dirinya terlibat dalam aktiviti P&P
yang dianjurkan oleh guru dalam bilik darjah.Guru perlu mengelak daripada situasi hanya
bercakap di hadapan kelas dan murid duduk secara pasif. Pembelajaran kemungkinan hanya
berlaku dalam tempoh beberapa minit pada awal pengajaran, tetapi hanya guru yang
menjalankan aktiviti.Talian komunikasi antara guru dengan murid sangat rapuh dan dalam
sekelip mata sahaja terputus disebabkan murid kurang berminat.Dalam situasi pelajaran seperti
ini, murid yang dedikasi sekalipun boleh berasa bosan dengan cepat dan mula hilang tumpuan.
Bagi mengelak hal ini, guru boleh menggunakan teknik tunjuk cara. Tunjuk cara bagi aktiviti
yang terlibat dalam suatu mata pelajaran mendahului aktiviti yang sebenarnya. Murid belajar
cara melakukan tugas dengan memerhati tunjuk ajar yang diadakan. Setelah memperoleh
maklumat, murid pun ingin segera memulakan kerja atau tugasan.Di samping itu, guru
digalakkan menggunakan bahan media yang sesuai dan menjadikan murid-murid berasa seronok
menjalankan aktiviti P&P. Apabila murid mula aktif, guru boleh menumpukan perhatiannya
kepada tugas membimbing individu.
7
Selain itu, guru hendaklah menggunakan bahan media yang sesuai dan menarik sebanyak
mungkin pancaindera yang ada pada murid-murid supaya proses pembelajaran mereka adalah
lebih baik dan membantu. Dengan adanya bahan media juga, mudah untuk murid menguasai
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna untuk kehidupan seharian mereka kerana
tentunya bahan-bahan yang dipilih oleh guru adalah bersifat kontekstual.Maka guru dianjurkan
supaya memilih bahan yang paling relevan dengan kehidupan harian murid-murid bagi
memudahkan proses pemahaman oleh murid.
Apabila guru mengutamakan penggunaan bahan media semasa proses P&P, maka guru
mudah memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca, membuat
penerokaan,ingin mencuba dan menghargai sesuatu nilai estetika. Guru juga harus menyedari
bahawa dengan sokongan bahan media dapat membangkitkan minat, motivasi, rasa ingin tahu,
keyakinan diri, sifat kerjasama dan disiplin kalangan murid.
Selain itu, guru digalakkan supaya menggunakan bahan media dalam proses P&P untuk
mengurangkan suasana yang tegang kerana murid-murid boleh berkomunikasi dengan bercakap-
cakap atau berbincang antara satu sama lain. Ini bermaksud murid tidak berasa terkongkong.
Guru perlu menyediakan bahan media yang baik supaya dapat melibatkan murid dalam
Proses P&Psecara aktif.Ciri-ciri bahan media yang baik untuk guru menggunakannya ialah
bahan media itu sesuai bagi mencapai objektif P&P; praktikal untuk digunakan (mudah dibawa
dan mudah dikeluarkan dan mudah disimpan; kosnya murah dan mudah diperbaiki jika rosak;
bersifat maujud, konkrit dan kontekstual sesuai dengan gaya pemikiran murid-murid yang
bersifat konkrit; bersifat interaktif kerana penyesuaian diri kepada alam sekitar adalah factor
yang penting untuk perkembangan kognitif individu; kepelbagaian bagi mengelak jemu atau
bosan dan selaras dengan tajuk-tajuk yang berbeza; jumlah bahan mencukupi jumlah murid
supaya disiplin murid sentiasa terkawal; selaras dengan nilai serta budaya yang ada dan
mengelak daripada pertembungan budaya yang boleh menyebabkan konflik.
Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru boleh digantikan dengan
pengajaran berpusatkan murid.Dari sudut amalan guru, guru boleh merancang pengajaran dan
tugasan pembelajaran kemudian melaksanakannya dengan penglibatan murid. Guru boleh
8
menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pelajaran yang memerlukan murid
memberi respon sepenuhnya contohnya permainan, teka teki, kerja lapangan dan lain-lain lagi.
Dari sudut aktiviti pelajar pula, Bickford et al. (2002) menganjurkan ‘otonami terikat’
iaitu guru boleh meminta murid menjalankan tugasan yang diberi dalam batasan bilik darjah
dengan berpusatkan pelajar. Dengan itu, murid berasa mampu untuk membuat penyiasatan bagi
menjawab persoalan tugasan.Secara tidak langsung, wujud kolaborasi antara murid dengan
murid dan antara guru dengan murid.
Seterusnya dari sudut tugasan pengajaran, matlamat dan objektif pengajaran adalah
ditentukan oleh guru kemudian diserap ke dalam tugasan-tugasan yang akan dibuat sepenuhnya
oleh murid. Guru boleh menganjurkan tugasan atau aktiviti yang memerlukan murid
bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka. Ini melibatkan interaksi antara murid dengan
murid dan guru dengan murid.
Secara ringkas, pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang beupaya mencapai
objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan.Beberapa garis panduan boleh difikirkan untuk
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Berikut adalah antara yang boleh
difikir oleh guru dan dilaksanakan.
i. Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
(If we fail to plan, we plan to fail. Plan your work and work your plan)
ii. Fikirkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
iii. Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid.
iv. Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid.
v. Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit
kepada yang abstrak.
vi. Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif.
vii. Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin
tahu murid.
viii. Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas.
ix. Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid
x. Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid.
9
xi. Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat murid dan tumpuan murid.
xii. Kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk pujian.
xiii. Beri peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran
mereka
Kaedah Pembelajaran Kolaboratif
Pengenalan: Definisi kaedah pembelajaran koperatif dan perbezaan diantara kaedah kolaboratif
dan juga kaedah koperatif. Di dalam konteks pendidikan, pengajaran dan pembelajaran secara
kolaboratif dan koperatif membawa maksud aktiviti pembelajaran sekumpulan murid, di bawah
bimbingan guru bertukar-tukar idea melaui perbincangan atau menumbang kemahiran masing-
masing dengan tujuan menyelesaikan masalah atau menjalankan sesuatu projek ditugaskan. Di
dalam perkataan yang lain, pengajaran pembelajaran kolaboratif dan koperatif merujuk kepada
suatu strategi dan kaedah mengajar di mana guru membimbing murid-murid di dalam kumpulan
pelbagai kebolehan, bekerjasama dan tolong-menolong di antara mereka untuk menyelesaikan
sesuatu kerja kursus atau projek yang disediakan.
Di sini dapat kita lihat bahawa kedua-dua kaedah iaitu kolaboratif dan juga kaedah koperatif
merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dengan
membentuk suatu kumpulan di dalam suatu kelas dengan tugas guru hanya sebagai pembimbing.
Selain itu, matlamat di dalam kedua-dua kaedah ini adalah untuk menyelsaikan sesuatu masalah.
Akan tetapi, sebenarnya, kedua-dua kaedah amat berbeza dan perkara ini amat penting untuk
difahami supaya perbezaan antara kedua kaedah ini dapat dimengertikan. Sekarang mari kita
lihat definisi khusus bagi kaedah kolaboratif. Kaedah Pembelajaran Kolaboratif adalah satu
proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung
atau secara berurutan dengan beberapa orang pelajar yang lain. Pembelajaran ini juga
menekankan konsep bahawa setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain (Wan Zah Wan Ali,
2007).
Pembelajaran koperatif pula merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Pada tahap definisi ini, mungkin ramai menganggap bahawa kaedah
kolaboratif dan koperatif merupakan kaedah yang hampir sama. Namun, mengikut John Myers
10
(1991), pembelajaran koperatif mementingkan proses bekerjasama dalam pembelajaran
manakala pembelajaran koperatif menegaskan hasil atau produk pembelajaran. Hal ini disokong
dengan definisi oleh seorang lagi tokoh iaitu Panitz (1996), ‘Collaboration is a philosophy of
interaction and personal lifestyle whereas cooperation is a structure of interaction designed to
facilitate the accompolishment of an end product or goal”. Jelas sekali di sini bahawa Panitz dan
Myers telah mengutarakan bahawa pembelajaran kolaboratif mementingkan hubungan di antara
ahli kumpulan atau interaksi mereka manakala di dalam pembelajaran koperatif pula
mementingkan hasil akhir sesuatu tugasan itu. Selain itu, antara perbezaan dua kaedah ini ialah
kaedah pembelajaran kolaboratif mengorganisasi usahasama dan berunding sesama ahli
kumpulan tentang peranan masing-masing untuk mengkritik dan membincangkan tugasan
manakala di dalam kaedah koperatif pula peranan antara ahli adalah spesifik.
Perbezaan
Kaedah Kolaboratif-mementingkan hubungan interaksi diantara ahli kumpulan-Tiada peranan spesifik antara ahli
Kaedah Koperatif-Mementingkan hasil akhir suatu tugasan itu-setiap ahli kumpulan mempunyai peranan yang spesifik.
11
12
Matlamat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif.
Daripada definisi serta konsep yang difahami, terdapat beberapa perkara yang dijadikan
matlamat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif
Matlamat Kaedah pembelajaran kolaboratif
Kemahiran bersosial
tanggungjawab
Nilai menghargai
Menyelesaikan masalah di dalam kumpulan
13
Prinsip-prinsip kaedah pembelajaran kolaboratif.
Mempunyai semangat kesalingbergantungan yang positif, iaitumeurid-murid tetap percaya bahawa mereka adalah bersama hati ke arah mencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri tetapi juga bagi semua anggota kumpulan
Kemahiran sosial yang penting serta perlu untuk komunikasi yang berkesan, berkongsi kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan di antara satu sama lain, dan menguruskan konflik.
Kesedaran akauntabiliti individu, iaitu setiap anggota dalam kumpulan akan sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggota. Dengan perkataan lain, setiap anggota dikehendaki menyumbangkan kemahiran dengan usaha sepenuhnya untuk menjayakan projek yang dtugaskan
Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran aktiviti pembelajaran serta kejayaan projek.
14
2.5 Langkah-langkah dan strategi pengajaran.
1. Bahagikan kumpulan murid dengan menentukan saiz yang sesuai dan memberikan nama untuk setiap kumpulan dengan tujuan mudah mengidentifikasikan mereka
2. Nyatakan objektif, bahan-bahan pelajaran yang digunakan serta langkah-langkah melaksanakan aktiviti
3. Mengajar prosedur melaksanakan aktiviti
4. Bahagikan kumpulan murid dengan menentukan saiz yang sesuai dan memberikan nama untuk setiap kumpulan dengan tujuan mudah mengidentifikasikan mereka
15
5. Tegaskan setiap anggota adalah berakauntabiliti dalam prestasi kumpulan.
6. Ajarkan murid-murid cara menilai kejayaan usaha bersama.
16
Prosedur pengajaran pembelajaran kolaboratif
1.Pada permulaan, guru mengajar sesuatu pengajaran.
3. Guru membimbing kumpulan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai
2. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang sesuai suapaya menjalankan aktiviti untuk mencapai objektif yang ditentukan
17
4. Murid-murid mengikut bimbingan guru berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai objektif yang ditentukan
5. Guru dan murid-murid menilai keberkesanan aktiviti berkumpulan
18
Menaksir dan menilai tugasan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif
Banitz (1996), telah mengutarakan pendapatnya di dalam menaksir tugasan di dalam kaedah
pembelajaran kolaboratif. Perkara pertama yang perlu ditaksirkan ialah pengetahuan asas yang
diperlukan dalam tugasan atau penyelesaian masalah. Perkara kedua ialah aplikasi daripada
pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Perkara ketiga pula ialah menghubungkaitkan
jawapan pelajar kepada situasi, tugasan atau permasalahan yang baru (pertanyaan pelajar akan
dijadikan permasalah mereka supaya diselesaikan bersama-sama). Perkara keempat di dalam
menilai atau menafsir tugasan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah kebolehan pelajar-
pelajar untuk membuat persoalan berdasarkan konsep yang sedang dipelajari. Akhir sekali,
antara pertama yang perlu dikaji di dalam menaksir dan menilai tugasan di dalam kaedah
pembelajaran kolaboratif ini ialah kebolehan pelajar untuk menerangkan alasan bagi setiap idea
mereka terhadap ahli kumpulan yang lain. Jika kita lihat di dalam perkara kelima iaitu kebolehan
pelajar-pelajar menerangkan alasan bagi setiap idea mereka, ia merupakan konsep utama yang
diutarakan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini dan perkara ini perlu dilihat dengan
teliti oleh guru-guru.
19
1.Pengetahuan asas yang diperlukan dalam tugasan atau penyelesaian masalah
2.Aplikasi daripada pengetahuan untuk menyelesaikan masalah
3.Menghubungkaitkan jawapan pelajar kepada situasi, tugasan atau permasalahan yang baru (pertanyaan pelajar akan dijadikan permasalah mereka supaya diselesaikan bersama-sama)
4. Kebolehan pelajar-pelajar untuk membuat persoalan berdasarkan konsep yang sedang dipelajari
5. kebolehan pelajar untuk menerangkan alasan bagi setiap idea mereka terhadap ahli kumpulan yang lain
Menilai dan menaksir tugasan pembelajaran kolaboratif (Panitz)
20
Kelebihan Kaedah pembelajaran kolaboratif dan faedahnya kepada guru-guru dan murid-
murid.
Terdapat banyak kelebihan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini. Antara kelebihan yang
dapat dilihat ialah membina hubungan interaksi sosial yang lebih baik. Seperti mana yang
diketahui, di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai jenis murid-murid seperti murid yang
banyak bercakap dan juga kurang bercakap. Melalui kaedah pembelajaran kolaboratif ini, secara
tidak langsung ia mampu untuk membina sebuah hubungan interaksi sosial yang baik. Murid-
murid yang kurang bercakap lama-kelamaan akan mula bercampur dengan murid-murid yang
lain di dalam kelas sewaktu pembelajaran. Hal ini memberikan faedah kepada murid-murid
dengan memberikan keyakinan dan berani untuk bercakap.
Selain itu, kaedah ini juga mampu untuk membina sikap sentiasa menghargai orang lain. Di
dalam sebuah perbincangan, sudah tentu pelbagai idea akan dikeluarkan oleh setiap ahli
kumpulan. Ahli setiap kumpulan akan dilatih untuk menghargai idea-idea dan sumbangan
daripada ahli-ahli kumpulan yang lain. Sikap ini secara tidak langsung akan membantu untuk
mengikis sikap negatif seperti sombong, bongkak, ego, dan sebagainya. Di sini, ia memberikan
faedah kepada murid-murid untuk memupuk sikap yang baik.
Manfaat yang ketiga pula ialah membenarkan komunikasi terbuka serta memanfaatkan
aktiviti perkongsian maklumat. Di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, guru hanya bertindak
sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja. Tugasan atau soalan-soalan akan diberikan kepada
kumpulan-kumpulan dan mereka akan bersama-sama menyelesaikan masalah dan tugasan
tersebut. Harus diingat bahawa perkara yang paling penting di dalam kaedah pembelajaran
kolaboratif ialah hubungan interaksi sesama ahli kumpulan dan bukannya hasil akhir. Di dalam
perbiuncangan ini, setiap ahli kumpulan bebas untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan
secara tidak langsung aktiviti perkongsian maklumat akan berlaku. Menariknya, di dalam aktiviti
perkongsian maklumat ini, pelajar akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada
dan secara tidak langsung pendekatan konstruktivisme iaitu pembelajaran daripada pengetahuan
sedia ada dilakukan. Di sini, guru telah mendapat faedahnya, iaitu dapat memberikan
pengetahuan yang luas kepada murid walaupun bukan secara terus. Kepada murid pula, mereka
dapat mengetahui pendapat yang berbeza-beza dan sekaligus memberi pengetahuan yang lebih
baik.
21
Seterusnya, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan sosial dalam
perbincangan berbentuk ilmiah akan dijalankan. Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak akan
membina sendiri hubungan persahabatan di sekolah, namun kebanyakan aktiviti sosial mereka
menjurus ke arah bukan ilmiah seperti bermain semasa rehat, berjalan bersama-sama untuk pergi
dan pulang ke sekolah, bermain pada waktu petang bersama rakan-rakan sekelas dan banyak
lagi. Akan tetapi di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan aktiviti sosial mereka
lebih menjurus ke arah ilmiah. Hal ini adalah penting bagi mereka supaya mereka dapat merasai
suasana berbincang di dalam keadaan separa formal. Sudah tentu sewaktu pembelajaran mereka
kurang untuk berbincang mengenai perkara-perkara lain selain daripada pelajaran. Hal ini secara
langsung memberi mereka gambaran di dalam keadaan perbincangan yang lebih formal seperti
mesyuarat apabila mereka bekerja suatu hari nanti. Hal ini seperti di perenggan yang pertama
dapat memupuk sikap yakin kepada murid-murid yang terlibat di dalam perbincangan.
Pemupukan nilai-nilai murni merupakan antara agenda yang penting di dalam kaedah
pembelajaran kolaboratif. Antara nilai-nilai murni yang terdapat di dalam kaedah pembelajaran
kolaboratif ialah sikap bertanggungjawab, hormat-menghormati, saling menyokong,
kesepakatan, bertolak ansur dan percaya kepada setiap ahli kumpulan. Selain itu, sikap berani di
dalam mengeluarkan idea juga dapat dipupuk. Di sini, guru-guru mendapat faedahnya kerana
melalui kaedah pemebelajaran ini, secara tidak langsung guru-guru dapat mengajar murid-murid
mengenai sikap atau nilai-nilai murni yang perlu ada pada murid-murid.
Selanjutnya, di dalam kaedah pembelajaran ini, para pelajar akan menjadi lebih
cenderung untuk berfikiran lebih kreatif. Hal ini kerana mereka sentiasa mendengar pandangan
yang berbeza-beza daripada setiap ahli kumpulan dan daripada sinilah otak mereka akan sentiasa
bergerak dan menjana untuk menjadi seorang insan yang lebih kreatif.
Kaedah pemebelajaran kolaboratif juga adalah sesuatu perkara yang mustahak di dalam
mewujudkan kehidupan demokrasi dan kehidupan yang lebih harmoni. Demokrasi dalam kata
yang mudahnya, setiap orang akan bebas untuk mengutarakan pendapat mereka sendiri.
Sehubungan dengan itu, di dalam sesetangah kelas terdapat murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Guru yang baik akan mencampurkan mereka supaya setiap ahli kumpulan terdiri
daripada ahli yang berlainan bangsa. Melalui kaedah ini, secara tidak langsung, hubungan baik
antara kaum akan dapat dieratkan dan mewujudkan suasana yang lebih harmoni.
22
Akhir sekali, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, pastinya akan berlaku konflik di
antara ahli kumpulan. Tanpa sedar, setiap pelajar secara tidak langsung, pelajar akan belajar
bagaimana untuk menguruskan konflik yang berlaku melalui penyelesaian konflik itu bersama-
sama. Di sini, secara tidak langsung murid-murid belajar kemahiran penyelesaian masalah di
samping menjalankan aktiviti pembelajaran
Pendekatan Pengajaran
Pendekatan bertema Menurut Kostelnik (1989), “
theme teaching involves offering children an arrayof activities built arround a central idea
.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan
sesuatu subjek ataupunidea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi
banyak bidang kurikulum.Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran.
Strategipengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk
menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidangkurikulum. Kanak-kanak
dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih
luas. Kemahiran dan konsep yangakan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema
pembelajaran.Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susunaktiviti
pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah
secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih
terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidangpengalaman melalui penglibatan yang
aktif dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-
kanak perludititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perludirancang
berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakangpengalaman dan tahap
perkembangan mereka.Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan
perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas
tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuanuntuk mendalami topik.
Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arahpembelajaran.Pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bertema dapat membawa faedahkepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:
23
•Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu,kanak-kanak dapat
belajar melalui pengalaman yangdilalui sendiri.
•Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.Dengan adanya tema yang
menyatukan sesuatu kurikulum, program atauaktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak dapatdipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, disamping mendapat pengetahuan yang
menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.
•Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitansetiap kali merancang
jadual aktiviti.
•Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak,pengajaran dan pembelajaran
bertema ini juga menggalakkan cirikepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu,
bertoleransidengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.
• Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalamkumpulan bagi
menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran social serta pemahaman berkenaan peranan
sosial dan tanggungjawab sebagaiahli kumpulan.
24
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia
Tahun Satu
Tema : Hidup selamat
Tajuk : Berhati-hati di jalan raya
Peringkat Kelas : Tahun 1
Masa : 9.00 pagi -9.40 pagi
Objektif Pelajaran :
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i. Membaca dan menyampaikan maklumat
untyuk mengenal pasti idea utama dalam
bahan yang diberi.
ii. Mencatat tiga maklumat yang betul
daripada sumber yang diberi dengan
menggunakan perkataan sendiri.
Hasil Pembelajaran :
Standard Pembelajaran :
i. Membaca dan memahami maklumat untuk
mengenal pasti idea utama dalam pelbagai
bahan dengan tepat.
ii. Mencatat maklumat yanmg betul daripada
pelbagai sumber.
Model/Nilai/Konsep/Prinsip/Teori/Hukum Model pembelajaran : Pembelajaran kolaboratif
Nilai : Berhati-hati & berdisiplin.
25
Ilmu : PKJR
KBT : BCB-mendengar dengan teliti
KB : Verbal Linguistik
TKP : Visual ruang dan verbal linguistic
EMK : Kreativiti dan inovatif
1.1 membuat pemerhatian aktif untuk
mengumpul maklumat
1.1.1 menggunakan deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.
Bahan Pembelajaran & Pengajaran : ICT, video, poster, kad huruf, kad perkataan dan
lembaran kerja
Prosedur atau Langkah-langkah :
a) Pembukaan
b) Aktiviti
c) Penyoalan
d) Penutup
a) Pembukaan
Bacaan doa (2 minit)
Set induksi (3 minit)
b) Aktiviti
Langkah 1 (3 minit) : Permainan bahasa
iaitu teka-teki dimana murid diminta
meneka tiga jenis bunyi kenderaan yang
diperdengarkan.
Langkah 2 (15 minit) : Murid diminta
menonton tayangan video 1, video 2 dan
video 3. Kemudian murid diminta
bersoal jawab berdasarkan video yang
ditonton.
Langkah 3 (10 minit) : Murid diminta
membaca ayat berdasarkan gambar
(Rujuk buku teks halaman 64), kemudian
murid diminta menulis tiga maklumat
yang betul daripada sumber yang diberi
26
menggunakan perisian Microsoft Word.
(Kumpulan A dan B menggunakan
perkataan sendiri manakala Kumpulan C
secara berpandu.
c) Penyoalan :
Murid-murid diminta menyatakan cara-
cara melintas jalan raya dengan selamat
berdasarkan gambar. (3 minit)
d) Penutup :
Guru merumuskan keseluruhan isi
pelajaran dan meminta murid
mengulanginya. (2 minit)
Penilaian : Menjawab Instrumen Bahasa Melayu (2 minit)
27
Bahan Pembelajaran
Jenis kenderaan di jalan raya
lori
28
bas
kereta
29
basikal
motosikal
30
ambulans
kereta polis
31
Rujukan
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Perkembanagan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) : Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Satu,
Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hasan Langgulung (1981). Berapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Pustaka
Antara.
Ikhsan Othman & Norila Md. Salleh (2005).Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah :
Aspek-aspek Yang Berkatia, Tanjung Malim : Quantum Books.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1987).Kurikulum Baru Sekolah Rendah : Buku panduan
Khas, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mok Soon Seng (1992).Pedagogi 2 : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Mikro, Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman.
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995).Pengajaran Dalam Bilik
Darjah,Kaedah&Strategi, Kajang : Masa Enterprise.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Kuala lumpur : Heinemanm