HBLS 2203 REKA CIPTA.docx

download HBLS 2203 REKA CIPTA.docx

of 38

  • date post

    22-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    332
  • download

    7

Embed Size (px)

Transcript of HBLS 2203 REKA CIPTA.docx

TOPIK 1 PENGENALAN REKA CIPTA 1.1.1 DefinisiMenurut kamus Dewan Bahasa, reka cipta membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sediaada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Proses reka cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran sertasikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagimenyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea,diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentukprototaip atau model.

Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran. 1.1.2 Sejarah Perkembangan Reka Cipta Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarah manusia. Proses penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka cipta telah wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yang dapatmenyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali Zaman Pra-revolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjataseperti kapak batu dan lembing.

Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta peralatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zamanitu menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan domestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki.

Pada abad ke-18, yang dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri Pertama, enjin stim telah dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson yang menjadikannya lebih baik.

Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan maju, zaman berubah dan dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua. Manusia banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik, manusia mula mencipta radio transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya. Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Ada pendapat menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi, antararekaan awal ialah alat Skru Archimedes ciptaan Archimedes pada tahun 212 SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan manusia. Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidang reka cipta sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah,Richard Trevithick (membina keretapi wap pertama pada tahun 1804) dan Alexander Graham Bell (dengan hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876).

Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untuk memenuhi keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Anda biasa melihat barang-barang seharian yang anda gunakan daripada perabot, pakaian, alat-alat elektrik sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alat yang anda gunakan dalam kehidupan seharian anda telah direka cipta oleh orang-orang tertentu. Barangan ini dapat memberi maklumat berkaitan rekaannya apabila anda mengkajinya dengan teliti. Reka cipta konkrit menghasilkan benda-benda sebenar seperti pensel, cawan, tong sampah dan seumpamanya. Reka cipta abstrak menghasilkan konsep strategi, taktik, prosedur, peraturan, undang-undang, hasil perundingan, peleraian konflik danseumpamanya. 1.1.3 Bidang Reka CiptaReka cipta merupakan penghasilan sesuatu produk yang baru ataupengubahsuaian sesuatu produk yang mendatangkan faedah kepada manusiadan memenuhi kehendak pengguna.

Reka cipta melibatkan bidang-bidang yang berikut:(a) Grafik berkaitan dengan kerja-kerja seperti pengiklanan, pembungkusandan penerbitan bahan-bahan bercetak.(b) Reka bentuk perindustrian yang dapat dibahagikan kepada rekaanperabot, rekaan produk dan rekaan kenderaan.(c) Tekstil berkaitan rekaan pembatikan, tenunan dan anyaman.(d) Fesyen berkaitan dengan reka bentuk pakaian seragam, fesyen semasa,beg tangan dan kasut (e) Seramik berkaitan dengan reka bentuk pasu, jubin, pinggan mangkukdaripada seramik.(f) Barangan logam halus berkaitan dengan reka bentuk barang kemas,kutleri, ukiran logam.(g) Elektronik berkaitan dengan kerja-kerja reka bentuk bangunan,pengubahsuaian dalaman dan landskap.(h) Ukiran berkaitan dengan kerja-kerja mengukir hiasan rumah, perabot danCenderamata 1.2 INVENSI DAN INOVASIInvensi adalah proses mereka, @ memikir, utk menghasilkan sesuatu penemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara melakukan aktiviti eksperimen, memikir dan menjalankan penyelidikan. Penglibatan daya fikir yang tinggi memberi kepuasan kepada pereka walaupun kadang-kadang ia tidak mendapat nilai komersial.Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta. 1.2.2 Evolusi Reka CiptaKeperluan manusia semakin berubah, reka cipta menjadi semakin penting kerana memenuhi permintaan masyarakat yang menjadi semakin kompleks. Bagi memenuhi permintaan masyarakat ini para pereka cipta bersifat lebih profesional, malahan reka cipta telah mula dianggap sebagai kerjaya yangtersendiri.

Sebagai contoh, kereta zaman ini merupakan suatu perkembangan daripada rekaan yang lebih awal (lihat Rajah 1.4(a) dan (b)). Teknologi motor telah menjadi semakin maju yang membawa kecekapan, ekonomi dan ciri keselamatan yg lebih baik. Reka cipta & reka bentuk kereta yg menggunakan plastik dan aloi aluminium telah mengurangkan berat dan peningkatan mutu dalam reka bentuk enjin telah menghasilkan prestasi yang lebih baik.

Evolusi dalam reka cipta dapat dilihat dalam penemuan-penemuan dan perkembangan-perkembangan dalam sains dan teknologi. Perubahan dalam reka cipta dapat dilihat, contohnya persekitaran tempat tinggal yang semakin baikdan berkualiti, perubahan dalam dunia fesyen, gaya berpakaian dan evolusi dalam industri muzik. Sekiranya anda menghayati perubahan dalam reka cipta, kita akan lebih memahami keadaan-keadaan yang merangsang para pereka cipta. Ia termasuklah bahan-bahan yang digunakan dalam rekaan mereka, teknik-teknik dalam rekaan,kos yang terlibat, masa dan keinginan pereka memenuhi permintaan masyarakat. 2.3 PEREKA DAN HASIL CIPTACiptaan-ciptaan baru dapat memberikan cabaran kepada para pereka cipta. Jika kita lihat, kereta yang pertama dicipta kelihatan seperti kereta kuda. Para pereka cipta dan orang-orang yang membeli kereta awal mungkin rasa selamat dengan rekaan yang biasa dilihat. Pereka cipta terkemuka sama ada dari dunia barat atau timur telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan manusia sejagat.

Potensi seseorang pereka cipta boleh dilihat melalui pemerhatian dan hasil kerjayang dihasilkan. Tingkah laku, sikap, keyakinan diri dan sifatnya antara ciri-ciri yang boleh menggambarkan minat seseorang dan potensi yang ada dalamdirinya. Manusia dijadikan dengan pelbagai kecerdasan, minat yang berbeza dankebolehan yang tersendiri, itulah fitrah kejadian manusia.

Seseorang yang berpotensi untuk mereka cipta mempunyai ciri-ciri berikut:(a) Berminat kepada sesuatu yang baru, sama ada barangan atau peralatankegunaan harian, perindustrian dan juga barangan yang ada kaitan denganteknologi;(b) Melihat sesuatu pkra @ prmasalahan drpda pel. persepsi;(c) Sentiasa berminat untuk menghasilkan sesuatu produk;(d) Ssorg yg kreatif dalam menyuarakan idea dan pendapat;(e) Sukakan cabaran dan tidak akan berpuas hati terhadap apa yang diangggap normal atau kebiasaan;(f) Seorang yang sukakan kegiatan-kegiatan yang kompleks dan mencabar minda;(g) Memiliki sikap yang positif dan tidak takut mengambil risiko; dan(h) Berkebolehan membuat perkaitan dan perbandingan di antara apa yg telah diketahui dgn apa yang baru dipelajari. Pereka dan Hasil CiptaPereka Cipta Ciptaan Tahun CiptaanKomunikasiWilliam Cooke Sistem kod (Kod Morse) 1834Alexander Graham Bell Telefon 1876Guglielmo Marconi Wireless 1894J L Baird Televisyen 1926PertanianEli Whitney Mesin pengasing kapas dengan biji 1793Cyrus Hill McCormick Mesin penuai 1831John Deere Bajak keluli 1837Pengangkutan DaratJames Watt Enjin Stim (wap) 1765George Stephenson Lokomotif/Kepala keretapi 1825Karl Benze Kereta berenjin petrol 3 roda 1885Kirkpatrick McMillan Basikal 1839Gottlieb Daimler Kereta berenjin petrol 4 roda 1887Pengangkutan AirRobert Fulton Kapal stim kayuh 1807John Philip Holland Kapal selam 1897 Pengangkutan UdaraOtto Lilenthal Pesawat luncur 1891Wright adik beradik Kapal terbang 1903Frank Whittle Enjin jet 1937Heinrich Focke Helikopter 1937 PembinaanAbraham Darby Jambatan besi 1779John McAdam Jalan raya bertar 1816Henry Bessemer Keluli 1855Barangan ElektrikCarl von Linde Peti sejuk 1874Thomas Alva Edison Mentol lampu 1880Henry W Seely Seterika elektrik 1882Alexandre Godefoy Pengering rambut 1890Alva Fisher Mesin pencuci pakaian elektrik 1906Arthur Leslie Large Cerek elektrik 1922PerubatanAnton van Leeuwenhoek Mikroskop 1632-1723Wilhelm Rontgen Radiograf 1895 1.3.1 Contoh Reka Cipta dan InovasiReka cipta memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia.Kriteria reka cipta yang dihasilkan hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut; mudahdigunakan, mudah dikawal, mudah disenggara, selamat digunakan, tahan lasak,saiz dan bahan yang bersesuaian dan harga yang berpatutan. Di samping dapatmembantu menyelesai dan memudahkan sesuatu masalah, reka cipta dapatmembuka peluang pekerjaan bagi membantu manusia mencapai taraf hidupyang tinggi.

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pendidikan:

(a) Satu ketika dahulu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi mudahdan menarik menggunakan papan kapur, kemudian berubahmenggunakan white board dan markerpen, tidak lama selepas itu parapendidik beralih menggunakan perisian tertentu dengan bantuankomputer dan projektor liquid-crystal display (LCD) pula.

(b) Hasil lukisan dicetak menggunakan mesin pencetak (plotter) dan