Essigment Kalsom PTP - Copy

64
EDU 3016 : PENGAJARAN ,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 TAJUK PORTFOLIO KUMPULAN EL – A03 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO.TELEFON KALSOM BINTI AHMAD D20111049766 0195774821 NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK ROSKANG BIN JAILANI TARIKH SERAH : 20.12.2011 PENGHARGAAN 0 PEMARKAHAN 1 . BAHAN PP 2 . ESEI 3 . FORUM 4 . JUMLAH

Transcript of Essigment Kalsom PTP - Copy

Page 1: Essigment Kalsom PTP - Copy

EDU 3016 : PENGAJARAN ,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

TAJUK

PORTFOLIO

KUMPULAN

EL – A03

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO.TELEFONKALSOM BINTI AHMAD D20111049766 0195774821

NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK ROSKANG BIN JAILANI

TARIKH SERAH : 20.12.2011

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dapat menyiapkan folio ini.

Jutaan terima kasih jua kepada Encik Roskang Bin Jailani selaku pensyarah dan penilai kerja

0

PEMARKAHAN

1. BAHAN PP

2. ESEI

3. FORUM

4. JUMLAH

Page 2: Essigment Kalsom PTP - Copy

kursus ini. Tidak lupa juga kepada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dan

semua rakan yang membantu menyiapkan tugasan ini.

Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu

pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan

kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi

pendikan masa kini.

Sebagai akhirnya saya berharap tugasan ini dapat memenuhi apa yang dikehendaki oleh

pensyarah yang dihormati.

Sekian, terima kasih.

1

Page 3: Essigment Kalsom PTP - Copy

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.1 Hierarki Struktur Pengetahuan. 3

1.2 Jadual Penentu Kandungan 6

1.3 Esei faktor mempengaruhi pilihan kaedah pengajaran 8

1.4 Rancangan Pengajaran Harian 14

1.5 Set Bahan Penilaian. 23

2.0 ESEI ILMIAH

2.1 Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, buat refleksi

dan jelaskan tentang konsep pengetahuan pedagogikal isi

kandungan guru (PPIK)

26

3.0 LAMPIRAN FORUM E-LEARNING.

3.1 Bincangkan perkara utama yang perlu diambil kira dalam

penentuan objektif/hasil pembelajaran.

37

3.2 Kaedah pengajaran pembelajaran berasaskan

Konstruktivisme

39

3.3 Kemudahan computer adalah asas kepada penyediaan

bahan bantu mengajar. Bincangkan.

41

3.4 Penilaian berbentuk formatif lebih baik daripada sumatif.

Bincangkan.

44

3.5 Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses

pengajaran pembelajaran. Bincangkan.

45

2

Page 4: Essigment Kalsom PTP - Copy

1.(a) Hierarki struktur pengetahuan.

Unit 1

3

Akibat Meninggalkannya

Berdosa Dimurkai Allah Dipandang hina

KEBAIKAN DANAKIBAT.

Kebaikan Melakukannya.

Mendapat pahala

Hidup bahagia Disukai orang

MARI MENGENAL HUKUM

PENGERTIAN HUKUMDAN

CONTOHPERBUATANNYA

WAJIBialah melakukannya mendapat pahala.Meninggalkannya berdosa.Contohnya solat, puasa, menuntut ilmu, menutup aurat, taat ibu bapa..

JENIS-JENIS HUKUM

Wajib, haram, sunat,

makruhdan harus.

Page 5: Essigment Kalsom PTP - Copy

Unit 2

4

HARAMMelakukannya berdosaMeninggalkannya dapat pahala.Contohnya mencuri, derhaka ibu bapa, minum arak, berjudi, hisap dadah

Haram Akibat Melakukannya

Dibenci Allah Dipandang

hina Hidup tidak

bahagia.

PENGERTIAN HUKUMDAN CONTOH

PERBUATANNYA

KEBAIKAN DAN AKIBAT

MARI MENGENAL HUKUM

JENIS-JENIS HUKUM

Akibat Meninggalkannya

Dikasihi Allah Mendapat

pahala

Hidup bahagia

Page 6: Essigment Kalsom PTP - Copy

Unit 3

5

Akibat Melakukannya

Menambah pahala

Dikasihi Allah

SUNATMelakukannya dapat pahala. Meninggalkannya tidak berdosa.Contohnya senyum, solat sunat,sedekah,memberi salam,

Sunat

PENGERTIAN HUKUM DAN CONTOH PERBUATANNYA

KEBAIKAN DAN AKIBATJENIS-JENIS

HUKUM

Akibat Meninggalkannya

Tidak berdosa

Pahala sedikit.

MARI MENGENAL HUKUM

Page 7: Essigment Kalsom PTP - Copy

1(b) Berdasarkan topik di atas sediakan JPK.

JADUAL PENENTU KANDUNGAN

Mata pelajaran : Pendidikan Islam.

Bidang : Ibadah

Tahun : 3

Tajuk : Mari Mengenal Hukum.

Pecahan Tajuk : Unit 1: Pembahagian hukum syarak dan jenis-jenisnya.

Hukum wajib

:Unit 2:Hukum haram

:Unit 3: Hukum sunat

Tajuk:

Mari mengenal hukum

Pengetahuan Kemahiran

Fakta Konsep Generalisasi Kognitif Psikomotor Sosial

Unit 1

Pembahagian hukum syarak dan jenis-jenisnya.

1.Hukum Wajib

1.Jenis-jenisnya ialah wajib, haram, sunat, makruh dan harus.2. Wajib ertinya melakukannya mendapat pahala dan meninggalkannya berdosa.Contohnya ialah solat fardhu, puasa. Menuntut ilmu.3.Melakukannya akan mendapat pahala, hidup bahagia dll

Hukum syarak ialah hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah.Ianya terbahagi kepada lima jenis.

2.Pengertian wajib dan contoh-contoh perbuatannya.

3.Kebaikan melakukannya dan akibat meninggalkannya.

1.Mari mengenal hukum syarak.

2. Pembahagian hukum syarak.

3. Hukum wajib

.

1.Terdapat hukum syarak untuk panduan manusia.

2.Terdapat-nya ganjaran pahala dan dosa

Lakonan perlakuan-perlakuan yang wajib dilakukan.

Berinteraksi melalui perbincangan dan nasyid .

Aktiviti mewarna.

Unit 2

6

Page 8: Essigment Kalsom PTP - Copy

2.Hukum haram

Nama hukum:1.Haram ertinyamelakukannya berdosa, meninggalkannya mendapat pahala.Contohnya seperti mencuri, minum arak, berjudi, menderhaka kepada ibu bapa dll.2. Kebaikan meninggalkan perbuatan haram ialah mendapat pahala,hidup bahagia, masyarakat aman dll.3. Akibat melakukan perkara yang haram ialah Allah murka, masyarakat tidak aman, hidup dihina dll.

1.Pengertian hukum haram dan contoh-contoh perbuatannya.

2.Kebaikan meninggalkan perbuatan haramdan akibat melakukan perbuatan haram.

2. Hukum haram

1. Perbuatan haram adalah dilarang oleh Allah .

2. Ada pembalasan tertentu iaitumendapat pahala dan dosa.

Lakonan perlakuan perbuatan yang haram.

Berinteraksi melalui perbincangan

Unit 3

Hukum sunat

Nama hukum:

1.Sunat ertinya melakukannya dapat pahala danmeninggalkannya tidak berdosa. Contohnya sedekah, beri salam, senyum, solat sunat dsb.

1.Pengertian hukum sunat dan contoh-contoh perbuatannya.

2. Akibat melakukannya.

3.Akibat meninggalkannya.

Hukum sunat Perbuatan sunat digalakkan melakukannya.

Memilih dan menampalkad -kadgambar perbuatan sunat.

Bersama-sama menyebut perbuatan berdasarkan gambar.

7

Page 9: Essigment Kalsom PTP - Copy

1.(c)Nyatakan apakah faktor-faktor yang harus diambil kira dalam membuat keputusan

menentukan pilihan kaedah pengajaran bagi tajuk tersebut.

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang

mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang

untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang

lain.Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu

pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti,perancangan,

pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu

pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.

Perkembangan pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam

aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak

perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dalam konteks masa kini boleh ditafsirkan sebagai

satu proses, komunikasi, sains dan seni.

         An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi

kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang

memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan

memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan

lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai

dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang

canggih dan menarik.

Saya sebagai seorang guru Pendidikan Islam di SJK(Cina) terdapat beberapa faktor

yang perlu diambilkira bagi memilih kaedah pengajaran yang sesuai digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan seperti Rajah 1 dan

huraian di bawah:

8

Page 10: Essigment Kalsom PTP - Copy

Faktor-faktor

penentu kaedah

pengajaran dan

pembelajaran

Pilih alat bantu P&P: buku ,modul, VCD, CD dsb yang sesuai

Penilaian ( alat dan kaedah penilaian yang sah dan boleh dipercayai

Pilih kaedah & teknik pengajaran & latihan murid

Penerapan nilai

Kenal pelajar anda,kesediaan mereka : dan konteks pembelajaran

Buat susunan unit-unit p&p secara “sequential” guna Jadual Penentu Kandungan (JPK)

Guru kuasai “content” topic: buat analisis (i) pengetahuan (ii) kemahiran

Latarbekakangmurid

Objektif ( hasil pembelajaran yang sesuai)

 

Rajah 1, menunjukkan faktor utama dalam merekabentuk pengajaran.

9

Page 11: Essigment Kalsom PTP - Copy

1.Pengetahuan sedia ada murid

Bila sesuatu tajuk baru yang hendak diajar guru perlu mengambil kira tahap

pengetahuan sedia ada murid. Kadang-kadang murid-murid yang lemah ingatan akan

berkeadaan terpinga-pinga dan langsung tidak memahami tajuk yang hendak diajar. Mereka

seolah-olah berada di alam fantasi dan adanya pengaruh yang lebih menyeronokkan hidup

mereka contohnya permainan, games,makanan yang lazat dan sebagainya. Keadaan ini akan

menjadi lebih buruk lagi sekiranya mereka langsung tidak mahu berfikir dan tidak berminat

langsung untuk mempelajarinya.

2.Objektif pengajaran.

 Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang guru untuk memikirkan

objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Objektif pengajaran boleh dalam

bentuk objektif implisit atau objektif eksplisit. Objektif pengajaran hendaklah disusun mengikut

langkah-langkah yang tertentu. Dari abstrak kepada yang konkrit.Kemudian setiap apa yang

difikirkan sesuai objektifnya, ia dicatatkan dan disenarai semakan. Apabila telah

disenaraikan,barulah ditentukan kaedah pengajaran mana yang paling sesuai digunakan. Tidak

semua objektif pelajaran mudah dicapai seperti orang dewasa. Kadang-kadang guru

menyangka ianya senang dan mudah tetapi ia tidak berlaku kepada murid.

3. Guru kuasai topik pengajaran.

Guru perlu membuat analisis kandungan kurikulum, kandungan topic yang hendak diajar

dari segi pengetahuan isi kandungan di dalamnya berdasarkan fakta, konsep, prosedur,

klasifikasi,prinsip dan teori kemahiran seperti mencari maklumat, eksperimen dan sebagainya.

4.Bahan pengajaran dan pembelajaran.

 Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu

mengajar yang digunakan semasa mengajar. Oleh itu, guru perlulah menentukan isi pelajaran

yang mahu disampaikannya di dalam kelas. Jika isi pelajaran itu adalah satu kemahiran seperti

kemahiran membaca, memahami dan menghafaz dalam pelajaran Pendidikan Islam, guru

harus memikirkan bahan yang sesuai untuk kemahiran yang mahu disampaikannya.Guru perlu

membina, memilih dan menggunakan alat media bantu pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai untuk memudahkan proses P & P. BBM boleh menarik perhatian murid dan menjadi

10

Page 12: Essigment Kalsom PTP - Copy

sebati kepada murid.Antara BBM yang boleh digunakan semasa proses P & P ialah alat audio

visual, buku teks, buku latihan,kad gambar, carta dan sebagainya.

5. Pilih kaedah dan teknik pengajaran dan latihan murid.

Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang diaplikasikan semata-mata untuk

menghasilkan satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu

pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objekif pelajaran dalam masa yang pendek.

Guru perlu memilih dan menggunakan kombinasi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

yang sesuai dengan kesediaan murid dan sifat isi kandungantopikberkenaan.Kepelbagaian

kaedah,strategi dan teknik akan membantu murid menguasai pembelajaran.

6.Jangkamasa pengajaran.

Waktu P & P Pendidikan Islam di SJK(Cina) tidak sama dengan waktu yang

diperuntukkan di SK. Waktunya hanya empat waktu seminggu dan dalam beberapa pendidikan

Islam dan Pelajaran Jawi. Biasanya di sekolah rendah masa yang diperuntukkan ialah 30

hingga 60 minit bagi satu sesi P & P. Kaedah pengajaran yang mahu digunakan pengajar

adalah perlu menepati masa yang diperuntukkan. Ini bagi mengelakkan murid terlambat untuk

beredar dan mengikuti pelajaran subjek lain. Pelajaran yang meleret-leret, cerita berbelit-belit

dan tiada kesudahannya biarpun telah tamat waktu pelajaran tersebut perlu dielakkan. Huraian

yang terlalu panjang akan menjadikan murid rasa terbeban dan terkeliru. Saya perlu peka

dengan masa agar dapat digunakan dengan sebaiknya.Saya perlu merancang, menyusun

turutan (sequence) unit-unit pengajaran supaya beransur maju, bersambungan dan

berkembang. Proses P & P melibatkan set induksi, perkembangan P & P, penilaian, pemulihan,

pengayaan dan penutup.

7.Latar belakang dan jumlah murid.

 Setiap manusia mempunyai tahap keupayaan pemikiran dan kemampuan kognitif dan

fizikal yang berbeza-beza. Ia boleh diklasifikasikan kepada umur, jantina dan peringkat

pencapaian atau keupayaan pelajar tersebut. Terdapat murid-murid yang menghadapi masalah

pembelajaran contohnya lambat faham, pelupa dan langsung tidak boleh mengingat apa yang

diajar. Kita tidak boleh menilai murid dari segi fizikalnya sahaja. Kadang-kadang ada terdapat

murid yang berusia 12 tahun, tahap IQ nya menyamai kanak-kanak 9 tahun.Ada murid yang

kerap terkeliru dan bercampur aduk pemikirannya dengan Bahasa Cina. Kelemahan murid

menguasai tulisan dan bacaan rumi, apatah lagi tulisan jawi. Sekaligus murid tidak dapat

membaca buku teks dan tidak dapat menjawab soalan bertulis dengan baik. Ada juga murid

11

Page 13: Essigment Kalsom PTP - Copy

yang hanya belajar agama hanya semasa di sekolah semata-mata. Terdapat juga murid yang

tidak memberikan tumpuan semasa belajar,suka bercakap,bermain,berkhayal,

mengganggu murid lain, ada masalah keluarga dan sebagainya. Selain itu, jumlah pelajar

dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang mahu digunakan.

Oleh itu, adalah dikhuatiri ia akan menjejaskan pemahaman dan penyampaian yang dibuat

guru.Keadaan ini akan merugikan pelajar sendiri kerana kurang tumpuan terhadap pelajaran

yang disampaikan. meningkatkan daya ingatan mereka disamping untuk mengelak murid-murid

berasa tertekan dengan pelajaran yang diajar.Sebagai guru kita mesti menyedari pendekatan

yang sesuai dapat diambil agar murid boleh menguasai hasil pembelajaran.

8.Iklim dan suasana tempat mengajar

Kemudahan dan infrastruktur sesebuah sekolah tidak sama.Iklim dan suasana

persekitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran.Sekolah saya kecil

dan mempunyai bilik kelas yang amat terhad dan sempit. Tiada bilik khas kelas Pendidikan

Islam yang diperuntukkan. Saya perlu memikirkan dan mencari tempat-tempat untuk

menjalankan P & P mengikut kesesuaian masa.Tempat-tempat yang boleh saya gunakan

adalah seperti Pusat Sumber Sekolah, Dewan Sekolah yang banyak kegunaannya atau di

bawah pokok sahaja. Suasana kelas akan menjadi lebih menarik minat dan perhatian pelajar

menumpukan perhatian kepada perbincangan, projek, demonstrasi, dan kaedah-kaedah lain.

Suasana yang membosankan dan kadang-kadang tidak selesa kerana sempit .Keadaan cuaca

panas yang menyebabkan murid dibasahi peluh adalah dijangka akan mengurangkan tahap

motivasi pembelajaran dan ketahanan mereka. Mereka sudah hilang tumpuan untuk belajar.

9.Penilaian

Guru perlu menyedia latihan yang sesuai dan mencukupi untuk semua murid supaya

pembelajaran mereka berkesan dan mencapai Masteri.Ia diambil kira dari segi alat, kaedah,

penilaian yang sah dan dipercayai. Kejujuran dan tidak ada kompromi semasa penilaian adalah

untuk menjamin kualiti prestasi murid.

10. Penerapan nilai.

Sesuatu yang tidak boleh dilupakan ialah penerapan nilai yang hendak diterapkan

kepada murid. Guru perlu memikirkan apakah nilai yang hendak diterapkan mengikut tajuk yang

diajar. Apa yang hendak dipesan kepada murid, apa nasihat yang nak diberi supaya murid

boleh ikut dan mencontohinya. Murid-murid di sini , persekitarannya tidak dipengaruhi oleh roh

12

Page 14: Essigment Kalsom PTP - Copy

penghayatan Islam. Mereka juga terdedah dengan cara hidup, tingkahlaku, pemakanan,pakaian

dan sebagainya dengan orang bukan Islam. Masa P & P sudah sewajarnyas digunakan untuk

penerapan nilai yang perlu diikuti sebagai seorang Islam.

 

Kesimpulan. 

 

Faktor pemilihan kaedah pengajaran seharusnya diketahui dan diikuti oleh semua guru

yang ingin memulakan pengajaran. Ini adalah sebagai satu proses pemilihan yang betul dimana

ia akan menjadikan proses penyampaian lebih menarik dan berkesan. Sesungguhnya

pengajaran

yang berjaya akan melahirkan murid yang berkualiti. Justeru itu guru perlu berhati-hati

menyusun langkah pengajaran untuk mencapai objektif agar ia tidak tersilap langkah dan

kecundang.Hasil dari pengajaran yang diharapkan ialah berlakunya perubahan yang relatif

kekal dalam tingkahlaku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

13

Page 15: Essigment Kalsom PTP - Copy

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN(Unit 1 )

Mata Pelajaran : Ibadah Tajuk : Mari mengenal hukum.Tarikh : 03 Oktober 2011 (Isnin)Masa : 09.10 –09.40 pagi ( 30 minit )Kelas : Tahun 3 Bilangan Pelajar : 10 orang murid.Strategi / Kaedah : Berpusatkan guru, murid dan bahan.Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

1) menyenaraikan jenis-jenis hukum syarak .2) menyatakan pengertian hukum wajib dan contoh-contoh

perbuatannya.3) menyatakan kebaikan melakukan perkara-perkara wajib serta

akibat meninggalkannya.Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah mendengar perkataan wajib, sunat ,harus, makruh dan haram. KBKK : Menjana idea, menilai,membuat urutan dan membuat kesimpulanPenerapan ilmu : Matematik, kesihatan dan moral.Penerapan Nilai : Taat , istiqamah ,teliti ,beradab dan taqwa Bahan Bantu Mengajar : 1) Komputer

2) Pemancar LCD 3) Papan putih / marker pen 4) Buku teks

5) Lembaran kerja.

Langkah / Masa

Isi PelajaranAktiviti

CatatanGuru Pelajar

Set Induksi(3 minit)

Memberi salam dan meminta pelajar membaca doa.

Menayangkan kepada murid gambar orang sedang bersolat dan meminta pelajar membuat ulasan bebas mengenainya.

Mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk dan jenisnya yang akan dipelajari melalui soal jawab.

Menjawab salam guru dan membaca doa beramai-ramai.

Memerhati gambar yang ditayangkan serta membuat ulasan berdasarkan pandangan masing-masing.

Menjawab pertanyaan guru tentang hukum bersolat.

KBKK:Pemikiran reflektif

ILMU: Moral-beradab

NILAI:Taat kepada perintah Allah.

BBM:Komputer

Pemancar LCD

14

Page 16: Essigment Kalsom PTP - Copy

Langkah 1

(6 minit)

Jenis-jenis hukum syarak terbahagi 5.

1. Wajib2. Haram3. Sunat4. Harus5. Makruh

Guru menyoal murid-murid tentang jenis –jenis hukum yang murid-murid tahu.

Guru menerangkan jenis-jenis hukum syarak melalui slide power point.

Meminta murid mengeja dan membaca beberapa perkataan sukar.

Murid-murid menjawabsoalan tentang jenis-jenis hukum.

Melihatslide dan mendengar penerangan guru.

Mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan oleh guru.

KBKK:Menjana idea

NILAI:Mendengar teliti

ILMU:Matematik

Bahasa Melayu

Langkah 2:

Penstrukturan Idea

(7 minit)

1.Pengertian hukum wajib.

2.Contoh-contoh perbuatan yang wajib dilakukan.

Meminta murid-murid berbincang tentangerti wajib dengan merujuk kepada buku teks.

Meminta murid membaca melalui slide dan penerangan guru tentangpengertian wajib.

Meminta murid-murid menyebut contoh-contoh perbuatan wajib dilakukan oleh orang Islam.

Merujuk buku teks dan berbincang sesama rakan.

Membaca danmendengar penerangan guru .

Menyebut contoh-contoh perbuatan wajib.

KBKK:Menjana idea

ILMU: Matematik

NILAI:Taat

BBM: Buku teks.

Langkah 3:

Aplikasi Idea

(7 minit)

1.Kebaikan melakukan perkara-perkara yang wajib.

2.Akibat tidak melakukan perkara wajib.

Meminta murid berbincang secara berpasangan tentang kebaikan melakukan perkara wajib.

Meminta murid-murid menyatakan akibat meninggalkan perkara yang wajib.

Berbincang bersama-sama rakan.

Beberapa orang murid bangun menyatakan kebaikan melakukan perkara yang wajib dan

KBKK:Menilai

ILMU: Moral

NILAI: Bertaqwa

BBM:

15

Page 17: Essigment Kalsom PTP - Copy

kemudian menyatakan pula akibat meninggalkan perkara yang wajib.

Buku teks

Langkah 4:

Penilaian(5 minit)

Latihan bertulis:

1.Melengkapkan ayat pengertian wajib.

2.Warnakan perkara-perkara yang wajib dilakukan.

Mengedarkan lembarankerja kepada murid dan meminta murid menjawabnya.

Memantau murid menjawab soalan dan memberi bimbingan sekiranya perlu.

Menerima lembaran kerja dan menjawab soalan secara individu.

KBKK:Mengenal pasti

dan membanding beza.

ILMU: Seni Visual

NILAI:Teliti dan kemas

BBM:Lembaran kerja

Langkah 5:

Penutup( 2 minit )

Kesimpulan

1.Jenis-jenis hukum syarak

2. Erti wajib

Meminta murid-murid menyebut jenis-jenishukum syarak dan menyatakan erti wajib.

Menyebut hukum syarak satu persatu dan menyatakan erti wajib.

Menutup kelas dengan bacaan Surah Al-A’sr

KBKK:Membuat urutan.

ILMU:Matematik

NILAI:Yakin dan

Taqwa

REFLEKSI :______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (unit 2)

16

Page 18: Essigment Kalsom PTP - Copy

Mata Pelajaran : IbadahTajuk : Mari Mengenal Hukum.Tarikh : 06 Oktober 2011 ( Khamis )Masa : 11.30- 12.00 tengahari ( 30 minit )Kelas : Tahun 3 Bilangan Pelajar : 10 orang pelajarStrategi / Kaedah : Berpusatkan guru, pelajar dan bahan.Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, pelajar dapat :

1) Menyatakan pengertian hukum haram2) Menyebut contoh-contoh perbuatan haram3) Menyatakan akibat melakukan perbuatan yang haram

dan kebaikan meninggalkannya.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui jenis-jenis hukum syarak.

KBKK : Menjana dan mengaplikasi idea serta membuat ramalan.Penerapan ilmu : Kesihatan, MoralPenerapan Nilai : Bertaqwa, beradabBahan Bantu Mengajar : 1) Komputer

2) Pemancar LCD 3) Papan putih / marker pen

4) Lembaran kerja/ buku latihan 5) Buku teks.

Langkah / Masa

Isi PelajaranAktiviti

CatatanGuru Pelajar

Set Induksi(3 minit)

Langkah 1Pengertian hukum

Memberi salam dan meminta pelajar membaca doa.

Menayangkan gambar pencuri kepada murid. Menyoal murid dan mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk yang akan dipelajari melalui soal jawab.

Meminta murid

Menjawab salam guru dan membaca doa beramai-ramai.

Memerhati gambar yang ditayangkan serta membuat ulasan berdasarkan pandangan masing-masing.

Menjawab pertanyaan

KBKK:Pemikiran

refleksi

ILMU: Moral

NILAI:Beradab

BBM:KomputerPemancar

LCD

17

Page 19: Essigment Kalsom PTP - Copy

( 5 minit) haram. menyatakan erti haram.Guru memberi respon.

Penerangan erti haramdan menyebut erti haram secara bernasyid.

guru dan mendengar penerangan guru .

Latih tubi secara bernasyid.

KBKK:Menjana idea

Langkah 2:

Penstrukturan Idea

(6 minit)

Contoh-contoh perbuatan yang haram.

Meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan untuk melakonkan contoh-contoh perbuatan haram dan meminta murid lain meneka aksi tersebut.

Memberi penerangan.

Beberapa orang murid tampil ke hadapan melakonkan contoh-contoh perbuatan haram dan murid-murid lain meneka aksi perbuatan tersebut.Contohnya aksiperompak, penagih dadah, pemabuk arak dan sebagainya.

Mendengar penerangan guru.

KBKK:Menjana idea

ILMU: Kesihatan

NILAI:Taqwa

BBM:

Komputer, LCD

Langkah 3:

Aplikasi Idea

(7 minit)

Akibat melakukanperbuatan yang haram.

Kebaikan meninggalkan perbuatan yang haram.

Meminta murid menyumbangkan idea tentang akibat melakukan perbuatan yang haram.

Meminta murid menyebutkebaikan meninggalkan perkara haram.

Guru memberi respon dan membimbing murid menjawab soalan yang betul.

Murid-murid menyumbangkan idea masing-masing.

Murid mendengar penerangan guru.

KBKK:Menjana idea

ILMU:Kesihatan

NILAI:Bertaqwa.

BBM:Komputer

Langkah 4:

Penilaian(6 minit)

Latihan Bertulis:

1.Suaikan jawapan yang betul.

Mengedarkan soalan latihan kepada pelajar dan meminta pelajar menjawabnya.

Mengambil soalan latihan dan menyiapkannya secara individu.

KBKK:Memadankan

18

Page 20: Essigment Kalsom PTP - Copy

2.Mengecam dan menandakan jawapan yang betul.

Pengayaan.Menyenaraikan lima perkara yang haram dilakukan.

Memantau murid menjawab soalan.

Murid pandai menyenaraikan lima perkara haram.

.

ILMU: Kesihatan

NILAI:

BBM:Lembaran

kerja,Buku latihan

Langkah 5:

Penutup(3 minit)

Membuat rumusan:

1.Erti haram.

2.Kebaikan meninggalkan perkara haram dan akibat melakukan perkara haram.

Guru meminta muridmembuat rumusan.

Membuat rumusan

Mendengar arahan guru seterusnya menutup kelas dengan bacaan doa beramai-ramai.

KBKK:Menjana idea

ILMU: Sivik

NILAI: Bertaqwa

REFLEKSI :______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

19

Page 21: Essigment Kalsom PTP - Copy

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (unit 3)

Mata Pelajaran : IbadahTajuk : Mari mengenal hukum.Tarikh : 28 Oktober 2011 ( Jumaat )Masa : 11.40-12.10 tengahari ( 30 minit )Kelas : Tahun 3 Bilangan Pelajar : 10 orang pelajarStrategi / Kaedah : Berpusatkan guru dan pelajarHasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, pelajar dapat :

1) Menyatakan pengertian hukum sunat2) Menyebut contoh-contoh perbuatan sunat3) Menyatakan kebaikan melakukan perkara-perkara yang sunat

dan akibat meninggalkan perbuatan yang sunat.

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui jenis-jenis hukum syarak.

KBKK : Menjana dan mengaplikasi idea Penerapan ilmu : Matematik , kesihatanPenerapan Nilai : Berusaha, TawadhukBahan Bantu Mengajar : 1) Komputer

2) Pemancar LCD 3) Papan putih / marker pen

4) Kad gambar 5) Blue tack

Langkah / Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Guru Pelajar

Set Induksi

(3 minit)

Memberi salam dan meminta pelajar membaca doa.

Menayangkan gambar orang bersalaman.

Guru menyoal murid dan mengaitkan jawapan dengan tajuk pengajaran.

Menjawab salam guru dan membaca doa

beramai-ramai.

Murid melihat tayangan.

Murid menjawab soalan guru.

KBKK:Fikiran refleksi

ILMU: Moral

NILAI:Berbudi bahasa

20

Page 22: Essigment Kalsom PTP - Copy

Langkah 1(5 minit)

Pengertian hukum sunat

Guru menyoal murid pengertian sunat.

Guru membimbing murid menjawab soalan dengan betul melalui latih tubi bacaan dan bernasyid.

Murid mencuba menjawab erti sunat.

Murid membaca ayat melalui LCD dengan teliti

menyebut secara latih tubi denganbernasyid..

BBM:Komputer

Pemancar LCD

Langkah 2:

Penstruktu-ran Idea(6 minit)

Contoh-contoh perbuatan yang sunat.

Meminta murid-muridmemilih beberapa gambar yang menunjukkan perbuatan sunat dan menampalnya di papan putih.

Meminta murid-murid menyebut perbuatan sunat berpandukan gambar.

Beberapa murid datang ke hadapan ,memilih gambar dan menampalnya.

Menyebut perbuatan sunat.

KBKK:Mengelaskan

NILAI:Berhati-hati

BBM:Kad gambar,

papan putih dan pelekat

Langkah 3:

Aplikasi Idea

(7 minit)

Kebaikan melakukanperbuatan yang sunat.

Akibat meninggalkan perbuatan yang sunat.

Membahagikan murid kepada dua kumpulan.

Meminta muridberbincang tentang kebaikan melakukan perkara sunat dan akibat meninggalkan perkara sunat.

Melantik ketua kumpulan masing-masing.

Beberapa orang murid bangun menjawab soalan.

KBKK:Menjana idea

ILMU: Kesihatan

NILAI:Rajin

BBM:Buku teks

21

Page 23: Essigment Kalsom PTP - Copy

Langkah 4

Penilaian( 6 minit)

Penilaian .

1.Suaikan kebaikanMelakukan perkara wajib dan sunat.

2. Suaikankan akibatmelakukan perkara yang haram.

Mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan meminta menjawabnya.

Membimbing murid lemah menjawab soalan.

Menerima lembaran kerjadan menjawabnya secara individu.

KBKK:Memadankan

NILAI:Teliti dan rajin

BAHAN: Lembaran kerja

Langkah 5:

Penutup(3 minit)

Rumusan:

1.Erti hukum sunat.

2.Faedah melakukan perkara yang sunat.

Membuat rumusan terakhir berdasarkan tajuk dan aktiviti yang dijalankan.

Memberikan pelbagai respon kepada guru.

Mendengar arahan guru seterusnya menutup kelas dengan bacaan doa beramai-ramai.

KBKK:Menjana idea

ILMU: Kesihatan

NILAI:

BBM:Papan putihMarker pen

REFLEKSI :__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

22

Page 24: Essigment Kalsom PTP - Copy

Set Bahan Penilaian. Latihan 1

1.Pilih dan tuliskan jawapan yang betul.

Wajib ertinya : ……………………….mendapat pahala ………………………. mendapat dosa.

2.Warnakan perbuatan-perbuatan yang WAJIB dilakukan.

Set bahan Penilaian.

23

Taat ibu bapaBerjudi

Solat fardhu

Sedekah

Mencuri

Menuntut ilmu

melakukannya meninggalkannya

Membuli rakan Zakat

Page 25: Essigment Kalsom PTP - Copy

Latihan 2

1.Suaikan jawapan yang betul.

Haram ertinya :

2.Tandakan x pada perkara yang HARAM dilakukan.

1. Membaca Al-Quran

2. Mencuri

3. Makan petai

4. Bersedekah

5. Minum arak

6. Berjudi

Set Bahan Penilaian.

24

Melakukannya

Meninggalkannya berdosa

dapat pahala

Page 26: Essigment Kalsom PTP - Copy

Latihan 3.

1.Suaikan mengikut kategorinya.

Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, buat refleksi dan jelaskan tentang konsep

pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru (PPIK).

25

Kebaikan melakukan perkara wajib dan sunat

Akibat melakukan perkara haram

Dibenci orang

Menambah pahala

Mendapat kebaikan

Mendapat kesusahan

Dikasihi Allah

Dipandang mulia

Berdosa

Hidup tidak aman

Page 27: Essigment Kalsom PTP - Copy

Definisi Refleksi.

Refleksi ditakrifkan sebagai pemikiran mengenai pengajaran. Ianya merangkumi

pemikiran guru sebelum, semasa dan selepas iaitu pengajaran guru semasa mengajar. Ramai

pendidik bersetuju bahawa amalan refleksi merupakan matlamat yang diperlukan dalam

program pendidikan guru (Kennedy, 1989; Loughran, 1995, Richardson, 1990; Ross, 1989,

Wildman, et al., 1990; dalam Allen & Casbergue, 1997). Donald Schön (1983, 1987)

mengatakan, amalan reflektif merupakan inti pati “perbualan reflektif” yang melibatkan pengajar,

pelajar, keluarga dan juga guru lain. Justeru itu, timbulnya kesedaran tentang kepentingan

amalan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan refleksi dapat diterapkan dalam

penulisan reflektif.

Refleksi penting kepada guru dan diharapkan dapat memberi peluang kepada guru

untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri semasa proses

pengajaran demi untuk peningkatan diri.Kepada pelajar, dengan adanya amalan refleksi ini,

diharapkan pelajar lebih memahami dengan mendalam proses pembelajaran yang berlaku. Ini

kerana amalan refleksi membolehkan guru- guru menilai diri sendiri tentang pengajaran,

memperoleh maklumbalas daripada rakan- rakan, membaca penulisan refleksi rakan- rakan

dan berkongsi maklumat tentang strategi- strategi pengajaran dan pembelajaran. Di peringkat

sekolah,ianya dapat memberi kesedaran para guru tentang amalan refleksi. Ianya dapat

mempertingkatkan profesionalisme diri masing- masing membolehkan pihak sekolah sentiasa

berada di hadapan dan secara tidak langsung melahirkan para guru yang bergerak seiring

dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi ini.

Dari refleksi diri pengalaman saya sebagai seorang guru Pendidikan Islam perkara

yang selalu saya hadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid ialah tentang latar

belakang murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Setiap pelajar adalah berbeza tahap

kognitifnya.Tahap pencapaian murid sederhana, lemah dan amat lemah untuk menguasai dan

memahami topik yang diajar sangat sukar. Apabila mereka menguasai mereka cepat lupa dan

tidak bertahan lama apa yang telah diajar oleh guru.Kebanyakkan murid juga menghadapi

masalah tidak tahu membaca buku teks yang bertulisan jawi. Persediaan awal atau gambaran

awal tentang topik yang hendak disampaikan adalah “zero”. Tahap murid yang terlibat dalam

masalah ini dianggarkan melebihi 35 %. Mereka sudah tentu tidak fokus dan kurang berminat

untuk mendalami ilmu tersebut dengan hanya melihat buku tanpa memberi apa-apa erti kepada

mereka. Walau bagaimanapun guru mesti menggalakkan penggunaan buku teks dan

26

Page 28: Essigment Kalsom PTP - Copy

kepentingannya. Murid-murid yang tiada minat belajar akan meletakkan diri mereka seolah-oleh

berada di alam fantasi tanpa menghiraukan pengajaran guru. Sebagai guru saya sudah tentu

berada di persimpangan samada hendak menekankan kemahiran bacaan jawi atau

penguasaan ilmu yang terkandung dalam Pendidikan Islam sebagai ilmu fardhu ain. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran guru harus bijak bertindak dan melihat apakah objektif

pelajaran yang sepatutnya yang hendak dicapai.

Saya juga ada menghadapi masalah murid yang cepat bosan menghadapi pelajaran

terutamanya waktu yang akhir. Disiplin belajar kurang diberi perhatian.. Faktor sikap amat

penting dalam menentukan sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat

mempelajari sesuatu mata pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah pengajaran yang

digunakan dan sebagainya. Mungkin murid sudah letih mengikuti subjek yang lain Mereka tidak

boleh lagi memberi tumpuan kepada aras isi kandungan pelajaran yang lebih mencabar lagi.

Murid berasa panas,pening,loya dan sering hendak ke bilik air untuk mencuci muka. Ini

mengakibatkan mereka lambat menyiapkan latihan bertulis yang perlu disiapkan.Latihan ini

penting kepada guru untuk menilai dan mengukur pencapaian murid dari segi objektif dan

kemahiran menulis.

Selain itu terdapat juga murid yang tidak tahu membaca dan menulis latihan lembaran

kerja dalam tulisan rumi.Keadaan ini sudah tentu murid tidak dapat menjawab soalan dengan

betul.Dalam waktu yang singkat guru tidak boleh menumpukan kemahiran bacaan dan tulisan.

Murid-murid ini belum dipulihkan sepenuhnya melalui pembelajaran pemulihan. Guru dapat

merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan

pelajar-pelajarnya itu. Sebagai guru Pendidikan Islam saya merasakan lebih penting saya

tumpukan agar murid dapat menguasai isi kandungan Pendidikan Islam terutama bidang

bacaan Al-Quran, sekurang-kurangnya boleh memahami dan menjawab soalan agama secara

lisan dan hafazan seterusnya dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

Justeru, setiap guru perlu memastikan pengajarannya menyeronokkan, dan mudah

difahami pelajar. Kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap pelajar

terhadap pengajaran dan pembelajarannya. Guru-guru perlu mengenal pasti setiap masalah

pembelajaran pelajar dan guru dapat merancang aktiviti pengajarannya, bahan pembelajaran,

kaedah pengajaran dan aktiviti pengukuhan dan penilaian yang sesuai dengan kemampuan

pelajar-pelajar yang bermasalah dalam Pendidikan Islam ini.

Menurut Schon(1987), proses refleksi boleh berlaku melalui dua cara iaitu refleksi-in-

action, iaitu membuat refleksi serentak dengan tindakan.Contohnya ,semasa proses P & P,guru

27

Page 29: Essigment Kalsom PTP - Copy

PengetahuanPedagogi

Pengetahuanisi kandungan

mendapati murid tidak memberi perhatian sewajarnya kepada penerangan. Pada masa itu guru

memikirkan punca masalah dan dengan pantas menukar kaedah penerangan kepada aktiviti

berkumpulan supaya murid lebih tertarik kepada pelajaran yang sedang diajar. Refleksi-on-

action pula ialah guru perlu melihat kembali tindakan selepas ia dilaksanakan. Contohnya

selepas pengajaran yang kucar kacir disebabkan kelakuan murid yang tidak terkawal. Guru

perlu mengambil masa untuk memikirkan punca serta merancang tindakan penambahbaikan

untuk dilaksanakan pada sesi pengajaran akan datang.

Menurut Grossman & Schoenfeld( 2005),dalam usaha membantu murid untuk

memahami idea penting dalam sesuatu mata pelajaran, guru mestilah mempunyai pengetahuan

mendalam tentang idea tersebut. Perkara ini juga turut disokong oleh penyelidik lain yang

menemui hubungan positif antara isi kandungan guru dengan pencapaian murid (Abell 2007;

Darling-Hammond 2000). Jadi untuk mencapai pengajaran untuk kefahaman, mempunyai

pengetahuan isi kandungan yang mendalam merupakan syarat utama yang mesti dipatuhi

semua guru.

Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru (PPIK )

PPIK merupakan gabungan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi umum.PPIK

membincangkan bagaimana topik, masalah atau isu tertentu diorganisasi, dipersembah dan

diubahsuai mengikut pelbagai minat dan kebolehan murid. PPIK juga disebut sebagai satu

bentuk pengetahuan professional yang unik kepada seseorang guru. Rajah 1, menunjukkan

secara ringkas konsep PPIK.

28

PengetahuanPedagogikal Isi

Kandungan(PPIK)

Page 30: Essigment Kalsom PTP - Copy

Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan guru(PPIK) diketengahkan oleh Shulman

(1986) dan dikembangkan bersama rakan-rakannya dalam projek  The Knowledge Growth

in Teaching  (Shulman & Grossman, 1988; Grossman 1987; Wilson et al., 1987; Shulman,

1986). Shulman (1987) berpendapat, untuk menggalakkan kefahaman murid, guru mestilah

mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis pengetahuan professional untuk pengajaran iaitu

pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan tentang murid.

PPIK ialah kebolehan guru untuk menterjemah sesuatu konsep ke dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikannya mudah difahami. Shulman (1986, 1987)

menyatakan bahawa pengetahuan yang mantap tentang subjek diperlukan oleh guru semasa

merancang kurikulum, rancangan pelajaran, strategi instruksional berkaitan dalam menangani

keperluan belajar murid.

PPIK membolehkan guru mempersembahkan sesuatu topik atau konsep dengan

mengunakan analogi, ilustrasi, contoh, penerangan dan demontrasi yang berkesan. Ianya juga

termasuk kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan pembelajaran topik itu senang

dan susah,miskonsepsi murid tentang topik dan pengetahuan tentang strategi pengajaran yang

efektif,Shulman (1986).

Proses pembinaan PPIK menurut Shulman (1987) melibatkan beberapa langkah iaitu:

Kefahaman

Setiap guru mestilah berilmu dan mempunyai kefahaman isi kandungan pelajaran yang

hendak disampaikan. Guru juga perlu memahami tahap perkembangan dan kebolehan

murid.

Transformasi.

29

Page 31: Essigment Kalsom PTP - Copy

Isi kandungan pelajaran yang difahami hendaklah ditukarkan dalam bentuk yang boleh

difahami oleh murid dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai. Jika guru hanya

membaca sahaja melalui buku teks,ini sudah tentu akan membosankan murid.

Transformasi isi kandungan dalam bentuk pengajaran memerlukan pemahaman tentang

hasil pembelajaran dan bagaimana kefahaman itu dapat ditunjukkan oleh murid.

Pengajaran.

Bagi melihat hasil pengajaran yang telah dilaksanakan , guru boleh menjalankan

penilaian secara formatif atau sumatif berdasarkan kepada objektif dan hasil pengajaran

yang dikehendaki.

Refleksi.

Refleksi dapat melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku,

membina semula, melakon dan mengingat semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya.

Proses refleksi ini adalah landasan yang digunakan guru professional untuk belajar dari

pengalaman dan memperbaiki pengetahuan PPIKnya. Refleksi akan membantu guru

mendokumentasikan dan menerangkan tindakan mereka, membuktikan pengetahuan

professional mereka, bagaimana dan mengapa mereka melakukan suatu tindakan.

Kefahaman baru.

Akhirnya dalam pembinaan PPIK adalah kefahaman baru iaitu satu permulaan baru

melalui

langkah-langkah yang telah disebutkan iaiti kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian,

refleksi. Guru akan mempunyai kefahaman uang lebih jelas mengenai isi kandungan dan

pengajaran yang bersesuaian dengan muridnya.

PPIK terdiri daripada empat komponen utama iaitu pengetahuan tentang isi kandungan,

pengetahuan pedagogi,pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks.Dalam

setiap komponen terkandung:

a)Pengetahuan isi kandungan guru.

30

Page 32: Essigment Kalsom PTP - Copy

Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran dikenali sebagai aspek penting dalam

pengajaran bagi semua disiplin ilmu. Pengetahuan ini penting terhadap pencapaian murid.PPIK

yang dijelaskan oleh Shulman (1986) merangkumi:

pengetahuan tentang topik yang hendak diajar,peraturan, struktur bagi disiplin tertentu dan teori

yang mendasarinya. Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang

spesifik.Pengetahuan tentang perubahan terkini dalam disiplin tersebut dan pengetahuan

tentang kegunaan bukti untuk menyokong menyanggah dan membina suatu tuntutan.Guru

perlu sentiasa melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan professional untuk

pengajaran sekiranya topik yang menjadi kesukaran murid untuk memahaminya.

Guru wajib merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang

mengandungi tajuk, isi pelajaran dan objektif yang jelas. RPH hendaklah dirancang dengan

lebih teliti,tersusun agar segala maklumat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan

diterapkan ke dalam diri murid.

Sebagai guru saya memerlukan persediaan untuk menyampaikan isi pengajaran yang

merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi P & P. Hal ini bermakna saya perlu

menyedikan pengetahuan tentang isi kandungan untuk memastikan keberkesanan pengajaran

saya.

Sebagai guru Pendidikan Islam pembinaan bahan kurikulum, bahan sokongan

kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat dengan merujuk kepada

sumber rujukan yang muktabar. Segala fakta-fakta yang dikemukakan berdasarkan kepada

kefahaman Islam yang betul sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Bagi menyelaras

kefahaman dan amalan murid segala bahan sokongan dan proses pengejaran dan

pembelajaran hendaklah dibina dan dilaksanakan berdasarkan fahaman ahli sunnah waljamaah

dan pendapat yang muktabar daripada Mazhab Imam Shafie serta keputusan-keputusan yang

diterima pakai daripada pihak berkuasa dalam urusan agama di Malaysia. Hal ini bermakna

tanpa menguasai ilmu Pendidikan Islam, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan

pelajar tentang tajuk yang dipelajari.

Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau

konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata

31

Page 33: Essigment Kalsom PTP - Copy

pelajaran yang akan diajar. Hal ini bermakna saya seharusnya memiliki pengetahuan substantif

ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.

Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu

dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu

kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Pendidikan Islam

perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi,

hujah secara logikal, dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap

pemikiran pelajar.

b) Komponen pengetahuan pedagogi guru.

Ianya merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedah mengajar,

merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah seperti pendekatan, kaedah,teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran, pengujian

atau penilaian serta pemulihan dan pengayaan. Ia dibahagikan kepada pengetahuan pedagogi

umum untuk pengajaran seperti pengurusan bilik darjah, strategi pengajaran umum yang boleh

diguna pakai dalam pelbagai tatacara pendidikan yang luas seperti kemahiran menyoal,

kemahiran menerangkan dan sebagainay.

Pengetahuan pedagogi umum juga meliputi pengetahuan tentang teori umum

pembelajaran, pengetahuan tentang strategi pengajaran,pengetahuan tentang matlamat

pendidikan secara umum dan penilaian .

Sebagai guru saya perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi

mengajar. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam saya sewajarnya memahami dan

menguasai pelbagai kemahiran pengetahuan pedagogi terkini yang melibatkan kaedah,

pendekatan, teknik dan strategi mengajar. Rajah 2, menunjukkan perkaitan kaedah, teknik dan

strategi dalam pengajaran dan pembelajaran.

32

Page 34: Essigment Kalsom PTP - Copy

Pendekatan

KaedahTeori pembelajaran

an

Strategi pembelajaran

Rajah 2. Perkaitan antara pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Oleh kerana tidak ada satu cara persembahan ilmu yang terbaik maka,seseorang guru

harus mempunyai kemahiran dalam pelbagai kaedah,strategi dan teknik pengajaran untuk

menyampaikan ilmu kepada murid dengan berkesan. Diantara kaedah dan teknik yang boleh

digunakan adalah seperti yang berikut:

Kaedah penerangan

Kaedah perbincangan

Kaedah latihtubi

Kaedah bernasyid

Kaedah sumbangsaran

Kaedah bersoaljawab

Kaedah Tasmik ( bidang Al-Quran)

Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh

guru.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Guru boleh memilih untuk menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi.Kini

kurikulum transformasi menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan P&P yang memberi

lebih penekanan kepada hands-on learning seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan

projek, pembelajaran konstruktivisme ,pembelajaran secara konstekstual,pembelajaran masteri

dan pembelajaran luar bilik darjah. Pendekatan yang digunakan mesti menyediakan peluang

pembelajaran murid yang tidak terhad, menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian

33

Page 35: Essigment Kalsom PTP - Copy

kecerdasan murid. Guru perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai

dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya.

Teknik pengajaran

Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang

digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah

pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik

pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar

dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa

digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan,

sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi

pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan

rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik

pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu

kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu

kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Strategi pengajaran.

Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi

pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi. Peranan strategi pengajaran

adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan,

pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan

dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu.

Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan

strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan

semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah yang mempunyai halangan serta rintangan

yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang

sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai pelbagai

kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta

menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang

paling berkesan dalam pengajarannya.

34

Page 36: Essigment Kalsom PTP - Copy

Kesimpulan

Refleksi merupakan bahagian yang mengutamakan hasil pembelajaran yang telah guru

lakukan.Tindakan susulan perlu dilakukan umtuk memperbaiki kelemahan semasa prose P & P

berlangsung. Refleksi membolehkan guru merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan

tindakan untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian dan dilakukan secara berterusan.

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) perlu dikuasai oleh setiap guru.

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini banyak mencabar

keupayaan dan kebolehan guru untuk mengajar dengan baik dan berkesan. Keadaan ini

ditambah pula dengan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan pelajarnya. Oleh itu, semua

guru perlu bersedia dan lebih terkehadapan dalam banyak perkara agar proses pengajarannya

menjadi lebih menarik dan menyeronokkan pelajar.

35

Page 37: Essigment Kalsom PTP - Copy

Rujukan

1.Atan Long (1981). Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

2.Azman Wan Chik (1987). Kaedah Hayati Amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

3.Arbak Othman .1985. Mengajar Tatabahasa. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala

Lumpur.

4.Ee, Ah Meng .1987.Pedagogi Untuk Bakal Guru. Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Pang,M.S, (1997). Pedagogi 2:Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn

Bhd: Kuala Lumpur.

5.Juliawati Ibrahim. (2006). Gaya pengajaran guru bahasa Daerah Hulu Langat: Satu kajian

tinjauan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.

6. Juriah Long, Khalid Abdullah, Raja Mohd Fauzi Raja Musa, Siti Fatimah Mohd Yassin, Nik

Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamod & Zarin Ismail. (2001).

Pendidikan dan latihan guru bahasa (Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab) abad ke-21.

Laporan Akhir Kajian Jangka Pendek G2/99. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.

7.Juriah Long. (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. (Pnyt.). Bangi:

Penerbit UKM.

8. KPD3016 & KPD3026 Pengajaran, Teknologi & Penaksiran (Jilid 1 dan Jilid 2) 2011 Pusat

Pendidikan Luar, UPSI. Tanjung Malim.

9..Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran

Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

10.Panduan Kursus Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Negeri Perak,2011 Bahagian

Pembangunan Kurikulum.

11.http://education. Uitm.edu.my/v1/images/stories

12.http:/eprints.utm.my/10718/Persepsi. Guru Pelatih.

13. .www.smktpbaling.com / main2 pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.

36

Page 38: Essigment Kalsom PTP - Copy

Perkara utama dalam penentuan objektif /hasil pembelajaran

 Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766)

 Date posted : 30 Oct 2011 08:48:42 PM

 (23 read/s)

Objektif pengajaran  merupakan suatu perancangan yang dirancang oleh guru sebelum men-

jalankan P&P dalam bilik darjah dan  boleh dicapai oleh murid-murid mengikut tahap-tahap ter-

tentu.Keupayaan seorang murid dapat diukur dan dilakukan setelah mengikuti sesuatu unit

pengajaran dan pembelajaran.Ia melibatkan semua aspek yang perlu dikuasai oleh murid

meliputi pengetahuan,kemahiran,sikap,perubahan tingkah laku dan sebagainya.Hasil pembe-

lajaran yang ingin dicapai itu termasuklah dari aspek intelek,emosi rohani dan jasmani.

   Perkara utama yang perlu diambilkira dalam menentukan sesuatu objektif pengajaran su-

paya tepat ialah guru harus menilai aras konseptual yang ada pada pelajar terlebih dahulu.Se-

lain itu,penentuan objektif hendaklah ditulis mengikut syarat-syarat penulisan yang ditetapkan

seperti kumpulan sasaran,kata kerja aktif,objek bagi kata kerja,keadaan dan standard yang in-

gin dicapai.

Selain itu sebagai guru sebelum memulakan sesuatu pengajaran harus menentukan dulu tajuk

yang akan dipelajari (kandungan matapelajaran), memikirkan strategi pengajaran yang sesuai

yang dapat menarik minat murid, memilih bahan pengajaran yang sesuai,dan objektif yang

hendak dicapai jika murid menguasai tajuk pembelajaran tersebut melalui ujian ataupun instru-

men lain yang boleh digunakan pakai untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran murid.

   Sesuatu objektif  pengajaran yang ditulis merangkumi objektif umum(implisit) atau

khusus(eksplisit) perlu mengambilkira latar belakang dan tahap keupayaan murid agar objektif

yang dirancang tidak terlalu tinggi hingga tidak tercapai dan menunjukkan kegagalan guru

dalam proses pengajarannya.

   Sepatutnya objektif yang dirancang merupakan dokumen standard kepada guru dalam mer-

ancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik dan berkesan

mengikut  enam aras  yang dipelopori oleh Bloom iaitu aras pengetahuan,kefahaman

aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian. . 

Penentuan hasil pembelajaran amat penting dalam pengajaran seseorang guru. Dengan ob-

jektif pengajaran yang terancang, guru itu dapat menilai tahap pengajaran selepas P&P dan

37

Page 39: Essigment Kalsom PTP - Copy

menaksir kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Untuk menentukan objektif

pengajaran tercapai atau tidak guru akan membuat refleksi. Sekiranya refleksi murid mengua-

sai ramai guru boleh mengubah topic atau kemahiran bagi hari beriku, sekiranya refleksi gagal

guru perlu mengulangi P&P dan buat SWORT mencari punca objektif tidak tercapai.

38

Page 40: Essigment Kalsom PTP - Copy

Re : Re : Kaedah pengajaran pembelajaran be-

rasakan konstruktivisme amat berkesan bagi

semua pelajaran.

  Posted By     : KALSOM BINTI AHMAD

06 Nov

2011

07:28:1

9 PM

  Reply To       :MOHD TAJULADNAN BIN

TAJUDDIN

  Attachment  : No File Attach

 

Bagi pandangan saya kaedah pembelajaran berasaskan konstruktivisme menje-

laskan pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu

kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan

sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.  Kaedah Konstruktivisme

ini juga berkait  rapat dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Justeru itu guru seharusnya

mengambil kira apa yang pelajar tahu dan cuba mempertingkatkan interaksi antara pela-

jar agar pembelajaran menjadi lebih seronok dan bermakna. Oleh itu, persekitaran pem-

belajaran Konstruktivisme dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah melalui pemahaman kendiri akan konsep dan pengetahuan matematik

menerusi persekitaran pembelajaran yang kondusif

Re : Re : Kaedah pengajaran pembelajaran be-

rasaskan konstruktivisme24 Oct 2011 11:29:11 PM

  Posted By     : KALSOM BINTI AHMAD

24 Oct

2011

02:34:4

9 AM

  Reply To       : SALLEH BIN IBRAHIM

  Attachment  : No File Attach

 

Pada pandangan saya pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme

memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu kon-

39

Page 41: Essigment Kalsom PTP - Copy

sep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai

kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat

ditingkatkan lagi Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid

merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan

menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan

guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke

arah kefahaman yang lebih tinggi.

Pengajaran konstruktivisma

 Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766)

 Date posted : 24 Oct 2011 11:23:16 PM

 (12 read/s)

Bagi pandangan saya teori konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang men-

erangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruk-

tivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat seko-

lah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. kaedah konstruk-

tivisme adalah sesuai digunakan dan berkesan untuk semua mata pelajaran.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan dari-

pada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Sistem pembelajaran hari ini

adalah lebih berpusatkan murid. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan  mengikut pengalaman

masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak

boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema

iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan

dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing

dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang murid perolihi oleh mereka

sendiri. Guru hanyalah pemudahcara dan pembimbing kepada murid.Murid sebenarnya telah

mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap

persekitaran mereka.

Kemudahan Komputer Asas Penyediaan Bahan Bantu Mengajar atau Belajar

40

Page 42: Essigment Kalsom PTP - Copy

 Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766)

 Date posted : 22 Nov 2011 05:49:40 PM

 (26 read/s)

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai

kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi

lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang

lalu, kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah mula diperke-

nalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya se-

makin mendapat perhatian ramai/ Perkembangan dalam teknologi multimedia seperti kom-

puter pula menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memper-

oleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Sebelum adanya kemu-

dahan komputer seperti hari ini,guru terpaksa menyediakan bahan bantu mengajar secara

manual.Proses ini memakan masa yang lama kerana guru terpaksa mencari bahan yang

sesuai dan membebankan guru sekiranya guru terpaksa melukis sekiranya memerlukan gam-

bar. Kemudahan komputer seharusnya menjadi asas kepada bahan bantu mengajar dalam

dunia pendidikan masa kini. Seperti yang kita maklum, kerajaan member insentif kepada pem-

bayar cukai menikmati ekses setiap dua tahun sekali sekiranya membeli computer. Kerajaan

juga telah melaburkan sejumlah wang untuk meningkatkan taraf pendidikan guru serta murid

contoh pembinaan makmal computer dan peralatan PPSMI. Jadi sebagai guru kita seharusnya

menggunakan kemudahan yang ada untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan komputer dalam pengajaran akan menjadi lebih seronok dan tercapai objektif jika

guru menggunakannya semaksimum yang boleh. Pembelajaran secara hands on akan lebih

menarik jika aktiviti melibatkan murid seratus peratus Meltimedia juga menyediakan pelbagai

peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula

diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi seseuatu sesi pembelajaran. Pelajar juga

berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk

pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran

yang lebih menarik  dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan bukan lagi terikat dengan

teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu. Kehadiran teknologi multimedia menerusi

internet menambahkan lagi kemanpuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat

dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas.Peng-

gunaan alatan komputer berupaya menangani permasalahan ini  dengan

41

Page 43: Essigment Kalsom PTP - Copy

menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti audio, video, an-

imasi, teks dan grafik dalam satu medium komunikasi.Pembangunan teknologi multimedia

seperti komputer  menekankan kepada unsur-unsur pembelajaran interaktif juga telah mem-

bawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer dalam bidang pendidikan. Kebanyakan

aplikasi multimedia interaktif juga mula mengambil kira teori-teori pembelajaran atau yang

berkaitan dengannya berdasarkan suasana dan keperluan masa kini. Kesimpulannya ,saya

amat bersetuju bahawa kemudahan komputer adalah asas kepada penyediaan bahan bantu

mengajar pada masa kini. Melalui penggunaannya akan  memudahkan kerja guru dan banyak

membantu meringankan bebanan tugas guru dalam penyediaan bahan.Tepatlah seperti yang

diperkatakan sekarang ini iaitu " Maklumat Berada Di hujung Jari"

Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766)  Date posted : 30 Oct 2011 09:18:59 PM  (18 read/s)

Dunia tanpa sempadan hasil dari maklumat yang diperolehi hanya menggunakan jari dengan

menggunakan komputer dan kemudahan internet pelajar atau murid-murid boleh mendapat

maklumat lebih mudah, cepat dan menarik. Pembelajaran lebih menarik dengan komputer ,

netbook ,nook book, i book pelajar boleh belajar tanpa sempdan dan masa , waktu , tempat.

Berdasarkan perkembangan ini saya bersetuju dengan tajuk perbahasan guru kini bukan lagi

sumber rujukan utama dalam proses P&P . Tugas guru atau pensyarah sebagai pemudah

cara dan pakar rujuk. Penggunaan teknologi maklumat telah mengubah teknik pengajaran

yang berpusat kepada guru yang bergantung kepada buku teks, kapur tulis dan papan hitam

 Program PJJ dengan e learning merupakan pembelajaran tanpa terus dengan pensyarah,

pelajar menghubungi pensyarah sebagai pemudah cara . Bahan-bahan mudah diperolihi

melalui internet atau pensyarah akan upload bahan dalam ruangan forum , pelajar akan men-

cari maklumat dengan kebolehan dan kepakaran penguasaan ict.

 Di sekolah program intruktif seperti program SKOR A menggunakan kemudahan dengan kos

yang murah dan SKOR A telah terbukti berjaya membantu murid berjaya dalam peperiksaan

UPSR, PMR dan SPM.Kemudahan internet boleh diakses dengan mudah oleh murid tanpa

mengira tempat atau masa. Pembelajaran berlaku tanpa guru  cuma guru sebagai pemudah-

cara atau pakar rujuk.Namun begitu peranan guru masih lagi penting sebagai model

42

Page 44: Essigment Kalsom PTP - Copy

dan pemantau dalam pembangunan sahsiah pelajar dan pembentukan akhlak mengikut lunas-

lunas agama.

 

Kemudahan komputer adalah alat elektronik yang kompleks, banyak memberi kelebihan

dalam zaman bagi penyediaan bahan bantu mengajar

 Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766)

 Date posted : 27 Oct 2011 10:55:06 PM

 (14 read/s)

Saya bersetuju kemudahan komputer adalah alat elektronik yang kompleks, banyak memberi

kelebihan dalam zaman bagi penyediaan bahan bantu mengajar sesuai dengan perkemban-

gan teknologi yang pesat. Zaman ini guru ingin membuat persediaan lebih mudah menggu-

nakan perisian  power point , preeze , word  dan pelbagai lagi yang terdapat bila menggu-

nakan computer atau dikenali software.

Pembelajaran dan pengajaran menggunakan komputer adalah sangat-sangat diperlukan

samada berbentuk destop atau nookbook atau yang terbaru i book , e book   adalah berbentuk

komputer . Perbezaannya adalah dari segi saiz kecil atau besar sahaja bagi memudahkan

pengguna untuk membawanya.

Kemudahan komputer diperlukan bagi mengekses internet bagi mencari bahan maklumat,

tanpa komputer kita tidak dapat mencari maklumat atau mempersembahkan maklumat seba-

gai bahan pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Hasil yang dipertontonkan

melalui komputer lebih menarik, mudah, pantas , ekonomi , menjimat masa berbanding den-

gan menggunakan carta ,  OHP , slide yang digunakan lebih kurang 10 tahun yang lalu .

Kemudahan komputer pada zaman ini telah menjadi keperluan utama guru-guru , pelajar-pela-

jar , murid-murid masyarakat dalam pembelajaran .Untuk lebih menarik minat pelajar guru

perlu mempelbagaikan  persembahan bahan pengajaran menggunakan prisian terkini. Murid-

murid sekarang telah boleh menggunakan komputer kerana harganya yang kompetertif

mampu dibeli oleh masyarakat Malaysia

43

Page 45: Essigment Kalsom PTP - Copy

Penilaian berbentuk formatif lebih baik daripada penilaian sumatif. Bincangkan.

 Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766)

 Date posted : 29 Oct 2011 12:01:19 PM

 (7 read/s)

  Pada pendapat saya penilaian formatif adalah lebih baik daripada penilaian sumatif.

Ini adalah kerana guru dapat mengesan kelemahan murid dengan serta merta iaitu selepas

satu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. maka dengan itu guru tersebut dapat

mengambil tidakan dengan sewajarnya.Selain itu penilaian formatif akan dilakukan berteru-

san iaitu untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid sesudah

habis sesuatu P&P. Hasil penilaian ini guru dapat mengenal pasti kelemahan cara penyam-

paianya dan mengenal pasti setakat mana penguasaan  murid terhadap topic dan tajuk yang

diajar. Guru akan membuat analisis  SWORT   mengenal pasti kelemahan an kekuatan

penyampaian dan pemahaman murid wktu itu juga dan boleh mengambil tindakan sewa-

jarnya. Ini akan dapat membantu murid untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajaran murid

          Di sekolah guru akan menjalankan ujian formatif untuk membuat  penilaian kepada

murid-murid untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.  Makluman pi-

hak sekolah kepada ibu bapa mengenai pentingnya ujian formatif  dan masa dijalankan

menyebabkan  ibu bapa merasakan ujian sumatif seperti latihan biasa sahaja.

Manakala penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran sesuatu

semester/tahun seperti peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun,. Bagi sekolah ren-

dah UPSR adalah kemuncak soalan sumatif yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan. 

Penilaian sumatif ini bertujuan untuk menentu dan mementingkan keputusan atau gred yang

dapat dicapai oleh murid pada akhir pengajaran seperti pertengahan tahun dan akhir tahun.

Selalunya ibu bapa dan masyarakat lebih menjurus kepada prestasi dan keputusan ujian

sumatif. Jarang sekali kita membincangkan akan penilaian ujian formatif.

Kesimpulannya penilaian berbentuk formatif banyak membantu guru meningkatkan tahap

pencapaian murid, manakala penilaian sumatif lebih kepada pencapaian atau keputusan

dalam jangka masa panjang 3 bulan, 6 bulan , 9 bulang pengajaran diadakan untuk men-

gukur tahap pengetahuan penguasaan murid setelah guru mengajar beberapa topic atau

tajuk murid diuji.

44

Page 46: Essigment Kalsom PTP - Copy

45

Page 47: Essigment Kalsom PTP - Copy

46

Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran pembelajaran. Bin-

cangkan

 Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766)

 Date posted : 22 Nov 2011 06:04:27 PM

 (30 read/s)

Sistem pendidikan kini mengalami perubahan berikutan berkembangnya teknologi komputer

dan telekomunikasi. Sebelum ini guru selalu dianggap sebagai sumber maklumat dan serba

tahu di mata para pelajar. Kini dengan berkembangnya teknologi maklumat , para pelajar

boleh mengakses daripada pelbagai sumber seperti akhbar, televisyen dan internet. Secara

tidak langsung akan mempengaruhi kurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan teknologi maklumat telah dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembela-

jaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi komunikasi

seperti pengajaran berasaskan komputer. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran

memerlukan pendekatan yang lebih inovatif untuk menyediakan pelajar menghadapi dunia

penuh cabaran. Sehubungan dengan itu, guru hanya perlu bertindak sebagai seorang fasilita-

tor atau pemudah cara yang akan membimbing para pelajar menyelesaikan masalah yang

diberi. Pembelajaran yang diamalkan ialah berpusatkan murid. Mereka akan mengakses mak-

lumat melalui internet yang terdapat di makmal komputer, bilik bestari dan pusat sumber. Su-

paya guru tidak ketinggalan dan dapat mengaplikasikan kemajuan teknologi maklumat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlulah menyiapkan diri dengan kemahiran

ICT. Guru-guru mestilah mempunyai kemahiran menyediakan bahan-bahan pembelajaran

dalam bentuk CD dan multimedia. Kemahiran menggunakan CD Rom, cakera padat, telesi-

dang dan video perlu dikuasai oleh guru-guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan lancar dan berkesan. Para pelajar dapat belajar dalam suasana yang menarik dan

menyeronokkan. Di samping itu, cabaran kini, guru juga perlu mempunyai dan mengamalkan

sifat-sifat tingkah laku yang positif. Di samping memperakui akan kepentingan guru, pen-

ganugerahan status ini akan dapat menarik calon-calon yang lebih terpelajar dan lebih berke-

layakan memohon menjadi guru dan seterusnya akan membantu negara memperoleh ke-

jayaan yang lebih besar.Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat

ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan

nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa

tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam

menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap

tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa.Cabaran guru

masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan

dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang

harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. Guru masa kini harus melihat kurikulum

pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak mentafsir kurikulum yang menjadi wahana

penyampaian ilmunya. Bagi rakyat, kurikulum yang menjadi intipati kemajuan dan perpaduan

ialah integrasi antara kaum.Bentuk kurikulum yang usang dan difikirkan kurang menyumbang

kepada kemajuan negara bangsa harus diberi nafas baru atau digubal semula agar penampi-

lannya lebih segar sebagai agen kemajuan dan pembangunan 2020.

Re : Re : Guru bukan lagi sumber utama dalam

proses pengajaran dan pembelajaran30 Oct 2011 09:26:47 PM

  Posted By     : KALSOM BINTI AHMAD

30 Oct 2011 08:29:45 PM

  Reply To       : SITI HAMIDAH BINTI AHMAD

  Attachment  : No File Attach

 

Pada pandangan saya proses pembelajaran berpusatkan guru masih perlu terutama di

kelas tadika , pra sekolah , sekolah rendah di mana guru masih memainkan peranan

utama dalam proses P&P. Pendedahan menggunakan ict masih lagi belum dikuasai oleh

semua rakyat Malaysia khususnya luar bandar terutama sekolah-sekolah orang asli ,

murid-murid di Malaysia Timur masih ada sekolah atau rumah yang belum mendapat

bekalan elektrik atau mengekses internet. 

Page 48: Essigment Kalsom PTP - Copy

TAMAT

47