LAPORAN PROGRAM
Nama Program : Kem Motivasi Projek Khas Sekolah Sultan Alam Shah
Lokasi : Lembah Temir Resort Raub, Pahang
Tarikh : 20 – 21 Mei 2016
Jumlah Peserta : Tingkatan 3 (14 Orang)
Tingkatan 4 (9 Orang)
Tingkatan 5 (8 Orang)
1. Latar Belakang Peserta
Seramai 31 orang pelajar di bawah Projek Khas Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dariTingkatan 3, 4 dan 5 telah menghadiri program kem motivasi siri 1 selama 2 hari 1 malam inipada 2122 Mei 2016..
Para peserta bertolak dari SAS Putrajaya pada jam 6.00 pagi dan tiba di Lembah TemirResort pada jam 10.00 secara berperingkat.
(Lembah Temir Resort ada kepunyaan seorang ahli Asas).
2. Kandungan Aktiviti
2.1 Kem Motivasi Pelajar Projek Khas SAS dimulakan pada jam 11.00 pagi denganSesi Ice Breaking dan Pengenalan Program. Antara aktiviti semasa sesi ini adalah
a. Lukisan Wajah dan “LEONARD Profiling” bagi mengenal personaliti sertapotensi setiap peserta.
b. Pembentukan Pasukan bagi menerapkan identiti dan semangatberpasukan selain menanam nilainilai murni. Para peserta turut diberi tugasanmempersembahkan hasil perbincangan pasukan bagi meningkatkan keberanian dankeyakinan diri.
2.2 Sesi Penetapan Matlamat dan Pelan Tindakan. Para peserta diberi pendedahanbagaimana untuk merancang matlamat serta halatuju hidup secara lebih jelas dan spesifik(Kaedah SMART). Di dapati kebanyakan peserta tidak mempunyai matlamat yang jelasmengenai bidang kerjaya yang mereka bakal diceburi di masa hadapan. Aktiviti ini telahberjaya membuka minda pesertapeserta bagi merencana matlamat kerjaya dan hidup yang
LAPORAN PROGRAM
lebih SMART dimasa depan dan merancang pelan tindakan yang bersesuaian denganmatlamat diri masingmasing.
2.3 Sembahyang Berjemaah. Para peserta menunaikan solat secara berjemaahsepanjang program disamping menghadiri sesi tazkirah Maghrib dan Subuh. Peserta jugabersamasama AJK ASAS menunaikan Solat Hajat serta tahlil ringkas selepas Maghrib.
2.4 Majlis Perasmian program dan Amanat Presiden ASAS telah disempurnakan olehDato’ Emran Kadir, Presiden ASAS pada jam 9 malam sebelum diakhiri denganpenyampaian sumbangan duit poket kepada setiap pelajar pada jam 10.30 malam. Antaralain Dato’ Emran mengingatkan peserta bahawa tiada rintangan dapat menghalang kejayaanjika mereka mempunyai semangat, motivasi dan kerja kuat untuk maju kehadapan.Kemiskinan bukanlah penghalang sebab ramai bekas pelajar SAS yang berasal dari keluargamiskin seperti TS Samsudin Hitam dan beliau sendiri yang telah berjaya dalam kehidupan.
2.5 Aktiviti Luar (“Crossing River Kwai”, “Water Polo” dan “Railway Express”) telahdijalankan bagi memupuk semangat kerjasama berpasukan serta menguji daya tahan parapelajar dalam menempuh cabaran demi mencapai kejayaan dan matlamat. Aktiviti ini jugamengasah daya kreativiti para pelajar dalam menyelesaikan suatu tugasan yang diberikan.
2.6 Sesi Perkongsian Pengalaman ASAS. Para pelajar diberi peluang untukmendengar perkongsian pengalaman oleh ahli ASAS yang telah berjaya dalam bidangmasingmasing. Sesi ini membantu memberikan motivasi kepada para peserta untuksentiasa berusaha dengan cekal dalam mencapai kejayaan. Alumni ASAS yang terlibatdalam sesi ini adalah Setiausaha Agung Engku Nasir, Bendahari Ahmad Mustaza, PemilikLTR Che Din Jusoh dan pengendali program, Kamarulzaman Ramlee.
2.7 Majlis Penutup program telah disempurnakan oleh Dato’ Rostam Affendi DatoSalleh, Naib Presiden ASAS. Beliau juga memberikan nasihat agar para peserta belajarbersungguhsungguh dan tidak merasa terpinggir dengan kekurangan diri. Semua pelajarSAS adalah dari mereka yang terpilih dan sebagai seorang “Johan” boleh maju kehadapandalam hidup.
3. Penutup
Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai matlamat bagi membantukan para pelajar memantapkan diri dan meningkatkan potensi diri dalam melakar matlamat hidup serta memantapkan kompetensi diri di alam pekerjaan di samping memupuk nilai murni serta jiwa menghargai dan dihargai.
Mukasurat 2 dari 14
LAPORAN PROGRAM
Perasmian Pembukaan Kem Motivasi Pelajar oleh Dato’ Emran Kadir
Mukasurat 10 dari 14
LAPORAN PROGRAM
Aktiviti Luar (Railway Express)
Majlis Perasmian Penutup Program oleh Datuk Rostam
Mukasurat 13 dari 14
Top Related