LAPORAN PROGRAM - kolokiumsbp.org fileLAPORAN PROGRAM lebih SMART dimasa depan dan merancang pelan...

14
LAPORAN PROGRAM Nama Program Kem Motivasi Projek Khas Sekolah Sultan Alam Shah Lokasi : Lembah Temir Resort Raub, Pahang Tarikh 20 – 21 Mei 2016 Jumlah Peserta Tingkatan 3 (14 Orang)   Tingkatan 4 (9 Orang)       Tingkatan 5 (8 Orang) 1. Latar Belakang Peserta Seramai 31 orang pelajar di bawah Projek Khas Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dari Tingkatan 3, 4 dan 5 telah menghadiri program kem motivasi siri 1 selama 2 hari 1 malam ini pada 21-22 Mei 2016.. Para peserta bertolak dari SAS Putrajaya pada jam 6.00 pagi dan tiba di Lembah Temir Resort pada jam 10.00 secara berperingkat. (Lembah Temir Resort ada kepunyaan seorang ahli Asas). 2. Kandungan Aktiviti 2.1 Kem Motivasi Pelajar Projek Khas SAS dimulakan pada jam 11.00 pagi dengan Sesi Ice Breaking dan Pengenalan Program. Antara aktiviti semasa sesi ini adalah a. Lukisan Wajah dan “LEONARD Profiling” bagi mengenal personaliti serta potensi setiap peserta. b. Pembentukan Pasukan  bagi menerapkan identiti dan semangat berpasukan selain menanam nilai-nilai murni. Para peserta turut diberi tugasan mempersembahkan hasil perbincangan pasukan bagi meningkatkan keberanian dan keyakinan diri. 2.2 Sesi Penetapan Matlamat dan Pelan Tindakan. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk merancang matlamat serta halatuju hidup secara lebih jelas dan spesifik (Kaedah SMART). Di dapati kebanyakan peserta tidak mempunyai matlamat yang jelas mengenai bidang kerjaya yang mereka bakal diceburi di masa hadapan. Aktiviti ini telah berjaya membuka minda peserta-peserta bagi merencana matlamat kerjaya dan hidup yang

Transcript of LAPORAN PROGRAM - kolokiumsbp.org fileLAPORAN PROGRAM lebih SMART dimasa depan dan merancang pelan...

LAPORAN PROGRAM 

Nama Program : Kem Motivasi Projek Khas Sekolah Sultan Alam Shah

Lokasi  : Lembah Temir Resort Raub, Pahang

Tarikh  : 20 – 21 Mei 2016

Jumlah Peserta : Tingkatan 3 (14 Orang)

  Tingkatan 4 (9 Orang)

        Tingkatan 5 (8 Orang)

1. Latar Belakang Peserta

Seramai 31 orang pelajar di bawah Projek Khas Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dariTingkatan 3, 4 dan 5 telah menghadiri program kem motivasi siri 1 selama 2 hari 1 malam inipada 21­22 Mei 2016.. 

Para peserta bertolak dari  SAS Putrajaya pada jam 6.00 pagi dan tiba di  Lembah TemirResort pada jam 10.00 secara berperingkat.

(Lembah Temir Resort ada kepunyaan seorang ahli Asas).

2. Kandungan Aktiviti

2.1 Kem Motivasi  Pelajar  Projek Khas SAS dimulakan pada  jam 11.00 pagi  denganSesi Ice Breaking dan Pengenalan Program. Antara aktiviti semasa sesi ini adalah

a. Lukisan Wajah dan “LEONARD Profiling” bagi mengenal personaliti sertapotensi setiap peserta.

b. Pembentukan   Pasukan  bagi   menerapkan   identiti   dan   semangatberpasukan   selain   menanam   nilai­nilai   murni.   Para   peserta   turut   diberi   tugasanmempersembahkan hasil perbincangan pasukan bagi meningkatkan keberanian dankeyakinan diri.

2.2 Sesi Penetapan Matlamat dan Pelan Tindakan.  Para peserta diberi pendedahanbagaimana untuk merancang matlamat serta halatuju hidup secara lebih jelas dan spesifik(Kaedah  SMART).  Di  dapati   kebanyakan  peserta   tidak  mempunyai  matlamat   yang   jelasmengenai  bidang kerjaya yang mereka bakal  diceburi  di  masa hadapan.  Aktiviti   ini   telahberjaya membuka minda peserta­peserta bagi merencana matlamat kerjaya dan hidup yang

LAPORAN PROGRAM

lebih   SMART   dimasa   depan   dan   merancang   pelan   tindakan   yang   bersesuaian   denganmatlamat diri masing­masing.

2.3 Sembahyang   Berjemaah.  Para   peserta   menunaikan   solat   secara   berjemaahsepanjang program disamping menghadiri  sesi tazkirah Maghrib dan Subuh. Peserta jugabersama­sama AJK ASAS menunaikan Solat Hajat serta tahlil ringkas selepas Maghrib. 

2.4 Majlis Perasmian program dan Amanat Presiden ASAS telah disempurnakan olehDato’   Emran   Kadir,   Presiden   ASAS   pada   jam   9   malam   sebelum   diakhiri   denganpenyampaian sumbangan duit poket kepada setiap pelajar pada jam 10.30 malam. Antaralain Dato’ Emran mengingatkan peserta bahawa tiada rintangan dapat menghalang kejayaanjika   mereka   mempunyai   semangat,   motivasi   dan   kerja   kuat   untuk   maju   kehadapan.Kemiskinan bukanlah penghalang sebab ramai bekas pelajar SAS yang berasal dari keluargamiskin seperti TS Samsudin Hitam dan beliau sendiri yang telah berjaya dalam kehidupan.

2.5 Aktiviti  Luar (“Crossing River  Kwai”,   “Water  Polo”  dan “Railway Express”)   telahdijalankan bagi memupuk semangat kerjasama berpasukan serta menguji daya tahan parapelajar dalam menempuh cabaran demi mencapai kejayaan dan matlamat. Aktiviti  ini jugamengasah daya kreativiti para pelajar dalam menyelesaikan suatu tugasan yang diberikan.

2.6 Sesi   Perkongsian   Pengalaman   ASAS.    Para   pelajar   diberi   peluang   untukmendengar   perkongsian   pengalaman   oleh   ahli   ASAS   yang   telah   berjaya   dalam   bidangmasing­masing.   Sesi   ini   membantu   memberikan   motivasi   kepada   para   peserta   untuksentiasa   berusaha  dengan   cekal   dalam  mencapai   kejayaan.  Alumni  ASAS  yang   terlibatdalam sesi ini adalah Setiausaha Agung Engku Nasir, Bendahari Ahmad Mustaza, PemilikLTR Che Din Jusoh dan pengendali program, Kamarulzaman Ramlee.  

2.7 Majlis  Penutup  program  telah  disempurnakan  oleh  Dato’  Rostam Affendi  DatoSalleh,  Naib  Presiden  ASAS.  Beliau   juga  memberikan nasihat  agar  para peserta belajarbersungguh­sungguh dan tidak merasa terpinggir  dengan kekurangan diri.  Semua pelajarSAS adalah dari mereka yang terpilih dan sebagai seorang “Johan” boleh maju kehadapandalam hidup.

3. Penutup 

Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai matlamat bagi membantukan para pelajar memantapkan diri dan meningkatkan potensi diri dalam melakar matlamat hidup serta memantapkan kompetensi diri di alam pekerjaan di samping memupuk nilai murni serta jiwa menghargai dan dihargai.

Mukasurat 2 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Hari Pertama

Ice Breaking 

Mukasurat 3 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Pembentukan Kumpulan

Mukasurat 4 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Lukisan Wajah & Profiling

Mukasurat 5 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Persembahan Kumpulan

Mukasurat 6 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Free & Easy

Mukasurat 7 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Mukasurat 8 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Melakar Matlamat & Halatuju

Mukasurat 9 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Perasmian Pembukaan Kem Motivasi Pelajar oleh Dato’ Emran Kadir 

Mukasurat 10 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Hari Kedua

Aktiviti Luar (Bridge Crossing & Water Polo)

Mukasurat 11 dari 14

LAPORAN PROGRAM

LDK Bersama Alumni ASAS

Mukasurat 12 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Aktiviti Luar (Railway Express)

Majlis Perasmian Penutup Program oleh Datuk Rostam 

Mukasurat 13 dari 14

LAPORAN PROGRAM

Mukasurat 14 dari 14