Sembahyang-Sembahyang Sunat
description
Transcript of Sembahyang-Sembahyang Sunat
SEMBAHYANG SUNAT RAWATIB
Sembahyang Sunat Rawatib didirikan sebelum atau sesudah sembahyang fardu. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam
sembahyang fardu.
SEBELUM FARDHU SELEPAS
2 rakaat SUBUH -
2 atau 4 rakaat ZUHUR/JUMAAT 2 atau 4 rakaat
- ASAR Sembahyang sunat diharamkan selepas sembahyang Asar
hingga masuk waktu Maghrib
- MAGHRIB 2 rakaat
- ISYAK 2 rakaat
SEMBAHYANG SUNAT RAWATIB
SEMBAHYANG SUNAT HAJAT
Sembahyang Sunat Hajat didirikan apabila seseorang itu dalam kesempitan atau mempunyai sebarang hajat.
Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat.
Pada rakaat pertama, baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau baca surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi.
Pada rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
SEMBAHYANG SUNAT ISTIKHARAH
Sembahyang Sunat Istikharah didirikan apabila ingin memohon petunjuk bagi sebarang keputusan yang hendak dibuat.
Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat.
Pada rakaat pertama, baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun.
Pada rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD
Sembahyang Sunat Tahajjud didirikan apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya pada akhir 1/3 malam atau sekitar
jam 2-4 pagi.
Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat.
Antara fadilat sembahyang ini adalah dikabulkan doanya, diberi pengampunan dan lain-lain keistimewaan.
SEMBAHYANG SUNAT DHUHA
Sembahyang Sunat Dhuha didirikan pada waktu sebelah pagi .
Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat hingga 12 rakaat.
Antara fadilat sembahyang ini adalah dimurahkan rezeki, dijauhkan kefakiran, diampunkan dosa, disediakan istana emas
di syurga dan sebagainya.
SEMBAHYANG SUNAT DHUHA Doa selepas Sembahyang Dhuha
SEMBAHYANG SUNAT TASBIH
Dinamakan Sembahyang Tasbih kerana bacaan tasbih diucapkan sebanyak 300 kali.
Sembahyang ini dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali
sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam
seumur hidup.
Sembahyang Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam.
SEMBAHYANG SUNAT TASBIH
Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. Selepas Al-Fatihah dan surah = 15 kali2. Rukuk = 10 kali3. Iktidal = 10 kali 4. Sujud pertama = 10 kali5. Duduk antara 2 sujud = 10 kali6. Sujud kedua = 10 kali7. Duduk sebentar sebelum berdiri semula /Selepas Tahaiyat Akhir = 10 kali
1 Rakaat = 75 tasbih
4 Rakaat = 300 tasbih
SEMBAHYANG SUNAT TAUBATDidirikan sebagai tanda bertaubat kepada Allah Subhanahu
Wata’ala.
Boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila seseorang itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah Subhanahu
Wata’ala.
Sembahyang Sunat Taubat didirikan sebanyak 2 rakaat atau lebih.
SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT Pada sujud terakhir, baca
Kemudian Beristigfar (100x)
Kemudian baca (sebanyak mungkin)
SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT Doa Taubat
SEMBAHYANG SUNAT TERAWIHSembahyang Sunat Tarawih adalah sembahyang yang sunat yang
dikerjakan pada Bulan Ramadan.
Ianya didirikan dengan 8 rakaat atau 20 rakaat dengan satu salam setiap 2 rakaat.
Antara fadilat sembahyang ini adalah diampunkan dosa yang
dilakukan sebelumnya.
Sembahyang Witir hukumnya sunat mu’akad iaitu sangat dituntut.
Waktu untuk mengerjakan ialah selepas sembahyang isyak sehingga terbit fajar.
Jumlah maksima sembahyang witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat
sahaja.
SEMBAHYANG SUNAT WITIR
Disusun oleh : 11DL004
DPULI 2011/2012 KUPUSB