Sekolah bestari

4
Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. 2. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah. 3. Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). 4. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet. 5. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 6. Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat m,embantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. 7. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah,

Transcript of Sekolah bestari

Page 1: Sekolah bestari

Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses

pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang

lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan

bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini

tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga

dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus

sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

2. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara, KPM

kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program

Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah

Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan

infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi

sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada

yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.

3. Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada

semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah

adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT.

Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru,

kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri

(self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

4. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di

sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah

pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor

dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan

menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah

telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.

5. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak

swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak

swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam

program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

6. Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan

penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information

System (EMIS) dapat m,embantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat

sekolah, jabatan dan kementerian.

7. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.

Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah,

Page 2: Sekolah bestari

Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan

segala kemudahan ICT yang disediakan.

Terdapat tiga elemen penting dalam konsep inovasi

iaitu idea, amalan dan baru. Ini bermakna dalam sesuatu proses

inovasi ia melibat

Adam Smith pula menyatakan bahawa pelaburan dalam modal manusia memerlukan kos

latihan yang amat besar (Blaugh, l968). Oleh itu individu yang mempunyai pendidikan tinggi

cenderung akan mempunyai pendapatan yang tinggi sebagai pampasan ke atas perbelanjaan

pendidikan mereka pada masa lalu. Beliau menyatakan bahawa modal fizikal sama penting

dengan modal sumber manusia dan jangkaan pulangan bagi pekerja berpendidikan tinggi

adalah sama dengan keuntungan yang diperolehi dari pelaburan modal. Pendapat ini

disokong oleh Psacharoupoulos (1984) yang menegaskan buruh dan barangan modal perlu

bergabung bagi menghasilkan pengeluaran yang produktif.

1.3.2 Pelaburan dalam Pendidikan Teknik/Vokasional dan Kebangsaan.

Persoalan yang timbul apakah pelaburan dalam bidang pendidikan (tenaga manusia)

mendatangkan kesan yang lebih besar berbanding pelaburan berbentuk fizikal ? Oleh kerana

sumber pembiayaan sesebuah negara yang terhad pilihan perlu dibuat tentang apakah pelaburan

bidang ini boleh memberikan pulangan seperti yang diharapkan oleh masyarakat. Ini kerana

setiap tahun perbelanjaan kerajaan dalam sektor pendidikan terus meningkat dengan begitu

ketara.

9 kan perubahan dari segi aspek idea dan amalan

Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan, perisian khas komputer digunakan untuk menyekat

orang ramai daripada mengakses kepada bahan lucah di Internet ke arah membendung

keruntuhan moral di kalangan generasi muda khususnya.

Pada masa ini, kata bekas Perdana Menteri itu lagi, sesiapa sahaja mudah untuk akses kepada

bahan lucah di Internet walaupun mereka tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer.

Sehubungan itu, kata Dr. Mahathir, pendekatan itu wajar dilakukan mengambil kira kejadian

jenayah seperti rogol dan bunuh yang semakin meningkat sekarang.

Page 3: Sekolah bestari

Lebih malang lagi, katanya, ia ada hubung kait dengan kebebasan yang diperoleh untuk melihat

bahan-bahan lucah di Internet.

Oleh itu, beliau berpendapat, kerajaan dan ibu bapa perlu memasang perisian itu di pejabat dan

rumah.

Walaupun pembangunan pengaturcara bersandarkan konsep Agile, Unified Process, SDL

(Specification and Description Language), eXtreme Programming, Srum atau mana-mana

konsep mana-mana sekalipun, pada masa hadapan konsep-konsep pembangunan tersebut boleh

digabungkan dan seterusnya memudahkan kumpulan pembangun perisian melaksanakan tugas

dengan jaya tanpa ada kengkangan dari mana-mana pengaturcara yang berlainan ideologi. Ini

akan memudahkan perisian atau sistem yang dibangunkan siap pada masanya dan menepati

jadual.

Teori Roger’s boleh diaplikasikan dalam mencari penyelesaian kepada masalah kurangnya

penggunaan sesuatu alat teknologi seperti perisian GSP dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

pihak PPK haruslah meneliti semula kursus-kursus yang telah mereka kendalikan dari berbagai

sudut seperti kuantiti kemahiran yang diberi berbanding jangkamasa yang diperuntukkan,

bilangan fasilitator berbanding bilangan peserta, cara penyampaian kemahiran dan modul-modul

yang digunakan agar kursus yang diberikan berkesan kepada guru dan dapat menyebarkannya

kepada rakan sekerja apabila balik ke sekolah

Ini bersesuaian dengan teori Rogers yang mengatakan bahawa difusi suatu inovasi dapat

dilakukan melalui saluran komunikasi interpersonal. Melalui rakan sekerja ini, ciri-ciri sesuatu

inovasi itu dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Page 4: Sekolah bestari

sistem pemikiran yang meletakkan minat dan nilai kemanusiaan ke tahap tinggi. Manusia

mempunyai aspek kekuatan, aspirasi, kesedaran untuk kebebasan, dan mencapai potensi diri.

Manusia mempunyai imej optimistik dan digambarkan sebagai aktif, kreatif untuk berkembang

dan mencapai kesempurnaan kendiri (Schultz & Schults,1998)

– Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu (curiosity)

– Pemb berlaku jika bahan pemb bermakna serta sama dgn obj pemb pelajar.

– Keberkesanan pemb dicapai dlm situasi pendidikan yang kurang terancam.

– Keberkesanan pem dicapai apabila pelajar mengambil initiatif sendiri dan

melibatkan diri sepenuh dlm aktiviti p&p.

– Membimbing pelajar supaya menilai hasil pemb dirinya demi mempertingkatkan

pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya

– Aktiviti p&p hendaklah dkaitkan dgn hidup nyata demi memupuk kemahiran

hidup pelajar.

– Pembelajaran paling berkesan = belajar bagaimana belajar (learning to learn).