ppt 2013 1

23
CIRI-CIRI REMAJA YANG BERKUALITI Setelah 53 tahun kita menghela nafas kemerdekaan, remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara saujana, “…………………………………………………………………………………………..” Soekarno pernah mengungkap,”……………………………………………………………………………….” Nyatanya, remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk menelurkan remaja yang berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran ………………………………………………………... Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, ……………………………………………………………………………….Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang berkualiti perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa putus asa supaya dapat ………………………………………………………………. dengan remaja negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita

description

spm

Transcript of ppt 2013 1

Page 1: ppt 2013 1

CIRI-CIRI REMAJA YANG BERKUALITI

Setelah 53 tahun kita menghela nafas kemerdekaan,  remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial.  Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara  saujana, “…………………………………………………………………………………………..” Soekarno pernah mengungkap,”……………………………………………………………………………….” Nyatanya, remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.

Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk menelurkan remaja yang berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa.  Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif  merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran ………………………………………………………... Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran  ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka.  Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa,……………………………………………………………………………….”

Walau bagaimanapun,  kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental.  Remaja yang berkualiti perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif,  remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa putus asa supaya dapat ………………………………………………………………. dengan remaja negara maju.  Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang,menjaga kebersihan, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi. Seperti peribahasa, “…………………………………………………………………………………………………..” Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Rakyat sihat, negara maju. Remaja  yang sihat dan kuat baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Selain itu, remaja yang berkualiti juga harus memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantarannya ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja sebagai insan yang berakhlak mulia dan berjati diri.  Selain

Page 2: ppt 2013 1

menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong,  menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela.  Remaja yang kedangkalan keimanan akan mencetuskan kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus bersahsiah mulia, berinsaniah dan berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan masyarakat sakinat  dan madani pada suatu hari nanti.

Sementelahan pula, remaja yang berkualiti perlu berkreatif dan berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang.  Dalam industri teknologi  komunikasi dan maklumat (ICT),  umat yang gigih dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka  melontarkan impian mereka. Namun demikian,  impian itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya.  Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi.  Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita  mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.

Intihanya, “………………………………………………………………………………………..”  Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita harus  terlepas daripada belenggu angkara sosial.   Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara.  Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya berada awang-awangan dan tidak dapat menjadi realiti.  Oleh itu remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya menjurus ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara “Ikut hati mati, ikut rasa binasa. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah  Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini

Berikan saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih katak di bawah tempurung

Page 3: ppt 2013 1

Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak agar Menjadi Pengguna yang Bijak          Sambutan Hari Pengguna membawa erti yang cukup mendalam bukan sahaja kepada pengguna malahan juga kepada peniaga, pengeluar, dan kerajaan. Pelbagai tema yang membayangkan hasrat kerajaan untuk melahirkan pengguna yang serba bijak dan berpengetahuan diketengahkan pada setiap tahun. Walaupun pelbagai tema yang dipilih, matlamatnya tetap sama iaitu untuk memastikan pengguna terdidik dan bijak serta tahu akan hak mereka. Kini, masalah kenaikan harga barangan sememangnya begitu ………………………………………………………….terutama di kawasan urbanisasi. Sebagai pengguna, kita perlu memiliki sifat-sifat pengguna yang bijak untuk berupaya mengharungi kehidupan sebegini. Maka, kita mempunyai kuasa untuk menentukan barangan itu perlu atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan harian itu. Oleh itu, untuk melahirkan pengguna yang bijak, obligasi ini terletak padapundak ibu bapa kerana ibu bapa merupakan guru yang terbaik dan terdekat kepada anak-anak. 

       Peranan ibu bapa yang paling signifikan dalam mendidik anak-anak supaya menjadi pengguna yang bijak ialah ibu bapa perlu memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak. Anak-anak perlu diajar supaya membeli barangan yang benar-benar perlu dan tidak membazir ……………………………………………………………… Aktiviti membeli-belah memang menyeronokkan apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan dan perkhidmatan yang disukai. Malah, ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti wajib pada setiap bulan sehingga sanggup melakukan pembaziran. Oleh itu, ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak agar berjimat cermat dalam pembelian dan perlu mengamalkan amalan menabung untuk kepentingan masa depan. Kata orang tua-tua, ………………………………………………………………….. Jelaslah bahawa amalan berjimat cermat juga merupakan satu amalan yang mulia yang harus dipupuk oleh ibu bapa dalam diri anak-anak. 

            Selain itu,  ibu bapa harus memberikan teladan kepada anak-anak dengan tidak berbelanja di kawasan-kawasan mewah dan mengamalkan sikap kesederhanaan. Sikap ini dapat dikaitkan dengan kata slogan yang berbunyi ……………………………………………. Biasanya, barangan yang dijual di kawasan mewah seperti di KLCC, Pavillion, Mid Valley dan sebagainya lebih mahal harganya bukan kerana kualiti tetapi kerana faktor kawasan, suasana dan sewa kedai yang lebih tinggi menyebabkan kos barang menjadi mahal. Selain itu, kebanyakan pengguna ingin membeli di tempat yang elit ini kerana mereka mengutamakan jenama. Impaknya, sikap terlalu mengutamakan jenamalah yang membawa pengguna berbelanja besar. Sebenarnya, semua barang hampir serupa sahaja kualitinya tetapi harga yang dijual berbeza-beza mengikut kawasan tertentu. Oleh itu, mengapakah kita perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan barangan yang hampir sama kualitinya? Tepuk dada tanyalah selera. Konsep hidup sederhana dan tidak mementingkan aspek kebendaan membolehkan kehidupan pengguna lebih selesa dan tenang tanpa sebarang masalah kewangan pula. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak berbelanja di kawasan yang mewah dan mengamalkan kesederhanaan akan diteladani oleh anak-anak untuk menjadi pengguna yang bijak kerana …………………………………………………..

           Seperkara lagi, ibu bapa seyogianya mengajar anak-anak supaya bijak mengurus kewangan peribadi. Pengguna yang bijak ialah pengguna yang tahu mengurus kewangan dengan

Page 4: ppt 2013 1

berkesan dan seterusnya tahu mengawal perbelanjaan mereka. Untuk itu, diri anak-anak perlu dilengkapkan dengan ilmu kewangan yang dapat membantu anak-anak menguruskan kewangan peribadi mereka dengan baik dan berkesan. Antara yang perlu dilakukan termasuklah merubah corak perbelanjaan harian keluarga dan merancang perbelanjaan demi masa depan yang baik. Selain itu, ibu bapa juga boleh membimbing anak-anak membuat perancangan yang lebih sistematik dengan membuat catatan wang simpanan dan wang perbelanjaan. Perancangan kewangan yang baik dan pengurusan kewangan yang sistematik akan membantu berbelanja mengikut keperluan dan tidak membebankan. Selain itu, ibu bapa perlu menasihati anak-anak agar sentiasa menyediakan senarai barangan keperluan sebelum keluar untuk berbelanja bagi mengelakkan pengguna membeli barangan yang tidak diperlukan. Dengan itu, anak-anak dapat mendisiplinkan diri dengan mematuhi setiap perancangan yang telah ditetapkan dan sekali gus usaha untuk melahirkan pengguna yang bijak dapat direalisasikan.

      Jika kita lihat dari dimensi yang lain, ibu bapa perlu menerangkan keburukan membeli barangan atau perkhidmatan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Hal ini kerana pengguna akan berbelanja boros semasa jualan murah diadakan. Misalnya, ketika musim perayaan, pelbagai potongan harga yang menarik ditawarkan. Pengeluar barangan dan perkhidmatan sentiasa berlumba-lumba menghasilkan pelbagai produk dan barangan dengan tawaran yang cukup mengasyikkan pengguna. Lebih mengujakan pengguna, tentulah lambakan tawaran daripada pelbagai barangan berjenama di pasaran. Siapakah yang tidak tergoda apabila melihat tawaran harga barangan berjenama yang menjunam sehingga 70 peratus? Syarikat kewangan pula menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kad kredit untuk memudahkan pengguna berbelanja. Namun begitu, yang membimbangkan adalah apabila seronok membeli-belah menyebabkan pengguna akhirnya tidak dapat mengawal perbelanjaan bulanan, yang kemudiannya terjerumus ke dalam beban hutang yang tidak disangka-sangka. Oleh itu, sikap ibu bapa yang tidak mudah terpedaya oleh jualan murah dan tidak menggalakkan pembelian ketika jualan murah merupakan antara peranan yang wajar untuk melahirkan pengguna yang bijak dalam kalangan anak-anak.

            Lebih-lebih lagi, amalan pembelian barangan tempatan perlu diamalkan oleh ibu bapa dan diterapkan dalam diri anak-anak. Barangan buatan Malaysia ialah barangan yang dihasilkan di dalam negara kita. Banyak kilang yang didirikan untuk menghasilkan barangan tempatan.  Barangan tempatan bukan sahaja murah bahkan juga berkualiti. Ibu bapa sendiri perlu menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah, contohnya perabot, pakaian, makanan dan barangan elektrik. Antara barang buatan Malaysia yang terkenal ialah kereta Proton Saga Proton Waja, Proton Perdana.barangan tembikar, batik lukis dan perabot rotan. Di samping menjimatkan perbelanjaan seseorang, amalan ini juga dapat menunjukkan sokongan kita terhadap usaha anak watan kita sendiri bak kata pepatah, …………………………………………………………………………. Usaha kerajaan mendirikan Kedai Satu Malaysia merupakan usaha yang efektif untuk menggalakkan rakyat membeli produk tempatan. Ibu bapa perlulah membeli-belah di kedai tersebut supaya tindakan yang sama akan dilakukan oleh anak-anak kelak. Secara implisitnya, usaha untuk melahirkan pengguna yang bijak akan menjadi kenyataan kelak.

            Sebagai akhir kalam, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk melahirkan pengguna yang bijak dalam dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa mestilah

Page 5: ppt 2013 1

menjalankan obligasi masing-masing dengan menitikberatkan amalan kepenggunaan yang bijak. Jikalau anak-anak kini berjaya menjadi pengguna yang bijak sudah tentu masa depan mereka akan lebih bersinar dan lebih cerah. Usaha ini bukan sahaja berguna kepada diri anak-anak malahan juga memberi tempias kepada negara kelak kerana mereka yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara. Diharapkan generasi pelapis negara ini akan lebih bijak merancang perbelanjaan peribadi dan negara supaya negara kita tidak terheret dalam lembah kemiskinan ………………………………………………………………………………

keranaterlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya.

ketarabagaikan bangkai gajah tidak dapat ditutupi nyirunya lagi  . bagaimana acuan, begitulah kuihnya. kerana amalan membazir itu sebahagian daripada amalan syaitan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri kepimpinan melalui teladan MANFAAT DASAR 1 MURID 1 SUKAN

     Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang……………………………………………………….. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

        Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S  diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah

Page 6: ppt 2013 1

menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini.

       Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar ini.

     Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

        Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid dapat mencapai keseimbangan

Page 7: ppt 2013 1

antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini.

      Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini.

       Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa  kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.

IKS

Ayat Rangsangan]Dewasa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. [Ayat Huraian 1]IKS ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. [Ayat Huraian 2]Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. [Ayat Huraian 3]IKS menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing-masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. [Ayat Arahan]Demi merancakkan IKS, kerajaan telah mengatur beberapa banyak langkah yang konstruktif dan pragmatik.[Ayat Judul]Salah satu langkah perdana yang diambil oleh kerajaan ialah penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif kepada para pengusaha IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 1]Bantuan ini dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakan perniagaan IKS

Page 8: ppt 2013 1

berasaskan pertanian, perikanan, perternakan, pemprosesan makanan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 1]Antara geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS termasuklah skim kewangan, skim geran penyelidikan dan pembangunan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 2]Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui institusi kewangan kerajaan, seperti Bank Pertanian dan Bank Simpanan Nasional, bank komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB, serta syarikat kewangan.[Pengembangan:Ayat Huraian 2 ]Melalui Skim Khas Bank Negara, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan. [Ayat Penyimpul]Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, IKS nescaya dapat berkembang maju.[Ayat Judul]Dalam pada itu, khidmat nasihat dan perundingan kepakaran turut disediakan oleh pihak kerajaan. [Pengembangan:Ayat Huraian 1]Usahawan dan pelabur yang ingin akan maklumat atau pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain. [Pengembangan:Ayat Huraian 2]Para pengusaha memang memerlukan khidmat nasihat dan sokongan teknikal dalam usaha melicinkan operasi IKS agar lebih produktif, dinamik, berdaya maju, dan kos efektif, di samping meningkatkan daya pengeluaran dan kualiti produk, serta pemasaran global. [Pengembangan:Ayat Contoh]Antara agensi yang terlibat dalam khidmat nasihat dan bantuan teknikal termasuklah MARA (skim khidmat pakar perunding MARA), UKM Pakar Runding Sdn. Bhd., dan Persatuan IKS Malaysia. [Pengembangan:Ayat Huraian 3]Tanpa khidmat nasihat dan perundingan kepakaran, pengusaha-pengusaha yang mentah dalam selok-belok pengurusan IKS ataupun baru menceburi bidang ini akan menghadapi pelbagai rintangan. [Ayat Penyimpul]Pendek kata, pihak kerajaan berprakarsa dan beriltizam membantu para usahawan untuk membangunkan IKS dan melipatgandakan perolehan.[Ayat Judul]Tidak ketinggalan juga, kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang cenderung mengusahakan aktiviti IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 1] Dalam konteks ini, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) merupakan agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan IKS.[Pengembangan:Ayat Huraian 2]Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan dengan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS. [Pengembangan:Ayat Contoh]Antaranya termasuklah program rantaian industri, program pembekal global, program peningkatan kemahiran, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Huraian 3]Bahkan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. [Pengembangan:Ayat Contoh 2]Antara program yang ditawarkan ialah latihan keusahawanan, skim latihan perintisan, dan program promosi pemasaran. [Ayat Penyimpul]Melalui agensi-agensi kerajaan, IKS berdaya maju dan menyumbang kepada iktisad negara.[Ayat Kesimpulan]Secara tuntasnya, kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan dan merancakkan IKS. [Ayat Peniaian]Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara. [Ayat Penilaian]Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya. [Ayat Penilaian]Kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. [Ayat Cadangan]Selaras dengan ini, pelbagai

Page 9: ppt 2013 1

pihak telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS. Jadi, pihak-pihak yang terbabit dalam sektor ini haruslah meneroka dan merintis bidang-bidang IKS baru dengan menghadiri ekspo-ekspo perindustrian di luar negara. [Ayat Harapan]Dengan wujudnya inisiatif dan iltizam, IKS bukan sahaja berdaya maju bahkan menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus merealisasikan Wawasan 2020.

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum

Berilah aku seratus orang tua,aku hanya mampu menggoncangkan perahu yang tertangkup. Jika aku diberi sepuluh orang pemuda,aku mampu menggoncangkan dunia". Memetik kata-kata Soekarno,mantan Presiden Indonesia,jelaslah bahawa pemuda-pemudi khususnya mereka yang masih berada di bangku sekolah merupakan harapan bangsa dan negara pada masa hadapan.Justeru,menyedari akan hakikat sistem pendidikan hari ini tidak hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pencapaian dalam bidang kokurikulum, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada semua pelajar di seluruh negara. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum bukan sahaja memberi banyak faedah kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada negara. Kegiatan kokurikulum sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar. Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan pelajar. Dalam hal ini,para pelajar berkemungkinan bebas daripada masalah obesiti yang dialami oleh sesetengah remaja.Sebagai bukti,perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan di Amerika Syarikat,membuktikan bahawa 60 peratus kanak-kanak di negara itu menghadapi masalah perut yang gendut kerana kurang senaman.Bagaimana kegiatan kokurikulum dapat memberikan kecergasan? Hal ini kerana melalui kegiatan kokurikulum yang dijalankan,pelajar memerlukan ketangkasan dan ketahanan fizikal. Sebagai contoh,aktiviti merentas desa dan ekspidisi mendaki gunung boleh meningkatkan daya tahan dan stamina pelajar.Dalam masa yang sama juga,peluh dan bahan-bahan kumuh yang berbahaya akan dibuang.Di samping itu,daya tahan pelajar terhadap serangan penyakit juga meningkat.Oleh itu,berbekalkan tubuh badan yang sihat,mereka akan dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran,bak kata pepatah "otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas".Oleh itu,jelas bahawa kegiatan kokurikulum mampu menjamin kesihatan serta mencerdaskan otak pelajar sekali gus membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Seterusnya,kegiatan kokurikulum telah dijadikan salah satu syarat untuk melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi.Hal ini kerana KPM telah mengambil langkah drastik dengan menetapkan sepuluh peratus daripada syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi melalui penglibatan dan pencapaian yang baik dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Menurut Dato' Hishamuddin Tun Hussin,Menteri Pelajaran Malaysia dalam Berita Harian 21 Jun 2006,keputusan tersebut bertujuan untuk melahirkan graduan yang serba boleh dalam pelbagai

Page 10: ppt 2013 1

bidang.Berdasarkan keputusan itu,para pelajar diwajibkan menyertai pelbagai badan kokurikulum yang terdapat di sekolah.Dalam hal ini juga,segelintir pelajar yang aktif akan diberi jaminan dan kemudahan untuk memohon dan mendapatkan sesuatu pekerjaan.Oleh itu, para pelajar tidak lagi boleh memandang remeh terhadap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kerana berkemungkinan akan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran sekali gus mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pelajaran. Selain itu,pelajar dapat memenuhi masa senggang dengan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan kokurikulum.Hal ini kerana dengan menyertai pelbagai kegiatan kokurikulum penglibatan pelajar dalam gejala sosial dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.Dalam masa yang sama juga,pelajar akan bersikap lebih menghargai masa yang terluang dan sentiasa berpegang kepada kata-kata bahawa masa itu emas.Sebagai contoh,sekumpulan pelajar yang menyertai aktiviti perkhemahan akan memperoleh banyak pengetahuan tentang cara terbaik berinteraksi dengan alam.Mereka akan ditanamkan dengan perasaan cinta akan alam sekitar,di samping mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing dengan peserta perkhemahan yang lain.Dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang berfaedah remaja akan kurang berhadapan dengan eisiko dipengaruhi oleh gejala yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat timue seperti budaya 'punk',hedonisme,vandalisme dan lain-lain lagi.Pada masa yang sama,pelajar tidak akan mudah kehilangan arah atau petunjuk hidup sekiranya masa yang terluang diuruskan secara efektif dan efisien.Justeru,remaja akan lebih bersikap positif dan cenderung untuk melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah kepada diri,keluarga dan masyarakat sekeliling. Seterusnya,kegiatan kokurikulum yang dijalankan dapat menjalin hubungan silaturahim serta menyemai nilai-nilai murni dalam diri para pelajar,Hal ini kerana melalui sesuatu aktiviti,mereka akan berganding bahu melaksanakan tugasan yang diberikan.Mereka akan bergaul mesra dan mengenali pelajar-prlajar lain yang terdiri daripada pelbagai etnik.Para pelajar juga berpeluang memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain.Dengan ini perpaduan dapat diwujudkan dan impian Malaysia untuk mempunyai masyarakat majmuk yang harmoni tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin.Di samping itu,aktiviti kokurikulum juga merupakan satu wahana untuk menyemai nilai-nilai murni dalam sanubari pelajar supaya menjadi insan yang kamil dan soleh.Melalui aktiviti berpasukan,nilai-nilai murni seperti bekerjasama hormat-menghormati,kesopanan dan sebagainya dapat diterapkan dan disebatikan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama,mereka juga diterbiah untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.Secara tidak langsung,mereka juga turut melalui proses pembentukan peribadi yang sempurna seperti peribahasa Melayu,sambil menyelam minum air. Selain itu,mungkin tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran para pelajar bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mengharumkan nama sekolah dan negara.Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum merupakan titik permulaan untuk para pelajar mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.Sebagai contoh,atlit-atlit negara seperti Nicol David,Shalin Zulkifli dan Lim Keng Liat dicungkil dan digilap melaui aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.Bermula dengan bakat yang semakin terserlah kebolehan mereka seterusnya digilap oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman.Oleh itu,untuk membolehkan

Page 11: ppt 2013 1

negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sukan,maka lebih banyak bakat harus dicungkil bagi mengharumkan nama Malaysia.Hari ini,kita tidak harus terus bergantung kepada atlet veteran sahaja yang semakin menuju ke kemuncak kerjaya mereka.Sebailiknya sebagai persediaan banyak usaha harus dilakukan supaya bakat-bakat pelajar yang berpotensi dapat dicungkil dan dikembangkan. Konklusinya,tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa aktiviti kokurikulum tidak membawa kebaikan dan membuang masa sahaja haruslah dikikis,Demi mencapai visi kudsi Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010,Malaysia memerlukan generasi penggerak wawasan yang berkaliber,berwibawa dan berintelek selari dengan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.Amalan peribahasa sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna haruslah dihayati dan direnungi bersama kerana peribahasa ini mempunyai konotasinya yang tersendiri.Justeru,sama-samalah kita berganding bahu dan menggembleng tenaga menjayakan visi ini.

Page 12: ppt 2013 1

Novel Azfa Hanani & Kembara Amira: Peristiwa menarikTerdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.

Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah ....................................................................... Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan kepayahannya  untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang sama Abang Mazran berjanji untuk membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh. 

Peristiwa menarik yang kedua ialah ................................................................................................... Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk Tengku Makmur  yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.

Peristiwa menarik yang seterusnya ialah, ................................................................................. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang  gadis yang tahu menjaga   maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.   

Peristiwa menarik yang lain ialah, . Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan kebenaran.    

Peristiwa menarik yang lain ialah .............................................................................................. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.

          Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.

Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah ............................................................... Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan  orang asli suku Semai  menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.

Peristiwa menarik yang kedua ialah .......................................................... Peristiwa ini menarik kerana  Itai menganggap Tau bapa saudaranyatetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya sendiri.

Peristiwa menarik yang seterusnya ialah .................................................................. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira yang ingin menggembirakan sahabatnya.        

Page 13: ppt 2013 1

Peristiwa menarik yang lain ialah  Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan   penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique berada.  

Azfa Hanani & Kembara Amira: Latar masyarakat

Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman.Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

AZFA HANANI

Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan oleh penulis di dalam novel ini.

 Latar masyarakat yang pertama ialah …………………………………………………... Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata untuk mengubati penyakit sepupunya. Hal ini demikian kerana, Tengku Mazran telah berjanji untuk membiayai kos perubatan Zuraini di Indonesia jika Azfa Hanani menerima tawarannya untuk menyamar sebagai Tengku Murni.

            Latar masyarakat yang kedua ialah ……………………………………………… Contohnya, Tengku Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. Beliau telah melemparkan wang RM500.00 kepada Azfa Hanani kerana menganggap Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana wang.

            Latar masyarakat yang ketiga ialah ………………………………………. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. Hal ini demikian kerana, dia telah berjanji dengan Azfa Hanani untuk membantu membiayai kos perubatan Zuraini.

KEMBARA AMIRA

            Berdasarkan novel Kembara Amira yang saya kaji terdapat beberapa latar masyarakat . Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang berpendidikan tinggi dan komited terhadap kerjayanya. Contohnya, Profesor Zaidah yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan cari gali artifak walaupun cuba diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Page 14: ppt 2013 1

            Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang saling membantu. Contohnya, Amira dan penduduk di situ membantu mengesan Malique yang hilang di dalam hutan.

            Latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang mempertahankan corak kehidupan nenek moyang. Contohnya, masyarakat orang Asli daripada suku Semai yang tinggal di Bukit Mat Raya mempertahankan masyarakat mereka.

Soalan 4 (a)

Azfa Hanani – Dua contoh situasi yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat:

1. Hubungan erat antara anak saudara dengan keluarga bapa saudaranya – sebagai seorang anak

saudara dan sepupu kepada ahli keluarga bapa saudaranya, Azfa Hanani menyayangi mereka seperti

keluarganya sendiri. Azfa Hanani sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kepentingan keluarga bapa

saudaranya itu.

2. Hubungan erat antara anak dengan ibu. – Tengku Mazran berusaha mencari dan memujuk Azfa

Hanani supaya menyamar sebagai adiknya iaitu Tengku Murni kerana tidak mahu ibunya tertekan dengan

kematiannya adiknya itu.

3. Hubungan erat antara adik-beradik. – Anak-anak Datin Maziah bekerjasama bagi memastikan

rahsia penyamaran Azfa Hanani tidak terbongkar. Tengku Mazran berusaha mencari pengganti adiknya

yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya supaya ibunya tidak mengalami tekanan perasaan.

11 www.lamanbahasa.wordpress.comKembara Amira – Dua contoh situasi yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat:

1. Hubungan erat antara anak dengan ibu. – Perhubungan kasih sayang yang erat terjalin antara

Amira dengan ibunya walaupun mereka berjauhan. Mereka tetap saling berhubung melalui e-mel. Amira

Page 15: ppt 2013 1

juga sering mengikuti aktiviti ibunya ketika cuti sekolah supaya mereka dapat bertemu dan tidak

berjauhan.

2. Hubungan erat antara bapa dengan anak. – Tau amat menyayangi Itai walaupun anaknya itu

dipelihara oleh abangnya iaitu Ludin. Tau tidak pernah memberitahu Itai tentang hubungan mereka,

namun sentiasa bersama-sama dengan Itai di hutan itu.

3. Hubungan erat antara adik-beradik. – Hubungan antara Tau dan Ludin sangat erat sehingga Tau

sanggup berkahwin dengan Ipah semata-mata bagi memastikan Ludin dapat menjadi ketua masyarakat

mereka.

Soalan 4(b) – Nilai kerjasama dalam novel:

Azfa Hanani:

1. Kerjasama antara Tengku Mazran, Kak Syafinaz dan Azfa Hanani.

• Kak Finaz mengajar Azfa Hanani cara-cara menjadi seperti Tengku Murni di Hotel Universe.

2. Kerjasama antara murid-murid Sekolah Menengah Taman Sari.

• Penganjuran Hari Sumbangsih untuk mengutip derma.

3. Kerjasama antara Azfa Hanani dengan rakan-rakannya dalam kumpulan forum remaja.

• Mereka berlatih sehingga berjaya menjadi johan dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi

forum terbaik.

4. Kerjasama antara anggota keluarga Datuk Tengku Makmur.

• Mereka bekerjasama untuk merahsiakan penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni

daripada pengetahuan Datin Maziah.

Kembara Amira:

1. Kerjasama antara Amira, Itai dan Jacinta.

• Mereka bekerjasama untuk mencari kata laluan bagi mobile disk yang dipercayai milik Malique.

Page 16: ppt 2013 1

2. Kerjasama antara Amira, Itai, Jacinta, Pak Lias dan Roslan.

• Mereka bekerjasama mencari Malique yang hilang di Gunung Gua Gajah.

3. Kerjasama antara Prof Zaidah dengan ahli kumpulan arkeologinya.

• Mereka bekerjasama untuk mencari kesan-kesan tinggalan sejarah di kawasan Bukit Mat Raya /

Desa Karpus.

4. Kerjasama antara Tau, Itai dan ahli arkeologi.

• Mereka bekerjasama untuk mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan.