PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ - RPH KBSR TAHUN 5 (SEMESTER 4)
-
Upload
stephanie-unsil -
Category
Documents
-
view
2.794 -
download
2
Transcript of PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ - RPH KBSR TAHUN 5 (SEMESTER 4)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR TAHUN 5
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Olahraga
Subtajuk : Lompat tinggi
Tarikh : 26 Ogos 2013 ( Isnin )
Masa : 8.15 – 8.45 pagi ( 30 minit )
Tahun : : 5 Cempaka
Bilangan Murid : 20 orang
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pengajaran pembelajaran ini, murid – murid dapat:
Psikomotor :
1. Mengaplikasikan kemahiran lonjakan dalam acara lompat tinggi bagi gaya lompat tinggi Fosbury Flop pada
ketinggian 1 meter dengan menggunakan teknik yang betul.
Kognitif :
1. Mengenal pasti otot – otot utama yang terlibat dalam sukan lompat tinggi.
Afektif:
1. Memperlihatkan rasa keyakinan diri dan gembira semasa melakukan aktiviti lompat tinggi.
Pengalaman sedia ada : Murid telah mempelajari teknik dalam fasa larian landas dan
penujuan.
Penerapan nilai : Keyakinan, kepercayaan kepada tuhan, prihatin, memberi
perhatian, patuh dan peka.
KBKK : Menjana idea, memahami, meneroka, merasai, membuat
anggaran, membuat
Alatan : Bangku, wisel, tilam mendarat, palang getah, tiang, gelung.
:
`
Bahagian / Masa Aktiviti Butiran Mengajar Organisasi Catatan
Pendahuluan
( 5 minit )
1. Memanaskan badan
dengan iringan muzik.
2. Melakukan regangan otot:
Tangan
Leher
Pinggang
Kaki
1. Murid diminta membentuk
bulatan.
2. Murid berlari skip dengan lutut
diangkat tinggi dalam kawasan
bulatan dan membuat
regangan daripada bahagian
kepala ke kaki.
3. Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan untuk melakukan
aktiviti “Terowong Rahsia”.
Kumpulan A sebagai
terowong
Kumpulan B sebagai
kenderaan
4. Kumpulan terowong membuat
lentik kucing dan kumpulan
kenderaan pula merangkak
melalui terowong.
Simbol tersebut mewakili:
- pelajar
- guru
Bahagian / Masa AktivitiButiran Mengajar
Organisasi Catatan
Perkembangan
Langkah 1
( 7 minit )
1. Berlari lurus sejauh 10m
dengan membuka
langkah panjang dan lutut
diangkat tinggi.
2. Berlari tiga langkah dan
membuat lonjakan
sebelah kaki setinggi
yang boleh dan mendarat
di dalam gelung yang
disediakan.
1. Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan dan diminta untuk
membentuk dua barisan lurus
menghadap guru.
2. Murid dari kedua – dua barisan
diminta berlari setiap kali
tiupan wisel dengan membuka
langkah untuk larian sejauh 10
meter ke stesen kedua.
3. Di stesen kedua, murid berlari
sambil mengangkat tinggi lutut
menuju ke stesen ketiga.
4. Murid berlari tiga langkah dan
membuat lonjakan setinggi
yang boleh untuk mendarat ke
dalam gelung di garisan
penamat.
10m
10m
10m
Simbol tersebut mewakili:
Stesen permulaan
Stesen kedua
Stesen ketiga
Penamat
Gelung plastik
A B
SkitalBahagian / Masa Aktiviti
Butiran MengajarOrganisasi Catatan
Langkah 2
( 5 minit )
1. Lonjakkan badan ke atas
tilam.
2. Mendarat dengan
belakang badan.
1. Murid berdiri lurus dan tegak di
atas bangku yang terletak di
hadapan tilam.
2. Murid berdiri dengan
membelakangkan tilam.
3. Murid melonjakkan badan ke atas
tilam sambil mendarat dengan
belakang badan.
4. Tangan dihayunkan ke atas dan
lutut dibengkokkan.
Bangku yang
digunakan haruslah
lebih tinggi daripada
tempat pendaratan
Tilam / tempat mendarat
bangku
Bahagian / Masa Aktiviti Butiran Mengajar Organisasi Catatan
Kemuncak
( 8 minit )
1. Lompat tinggi gaya
Fosbury ( 1 meter)
1. Murid berlari ke arah tilam.
2. Murid membuat lonjakkan badan
untuk melepasi palang setinggi
1m.
3. Murid menghayunkan tangan ke
atas sambil melentikkan badan,
lutut diangkat dan dibengkokkan
untuk melepasi palang.
4. Mendarat dengan bahagian
belakang badan.
Penutup
( 5 minit )
1. Sesi menyejukkan
badan
2. Refleksi
1. Murid membentuk separa bulatan.
2. Sesi menyejukkan badan dengan
iringan muzik.
Sesi soal jawab antara guru
dengan murid
3. Guru menyatakan kesilapan –
kesilapan teknik semasa
melakukan lompat tinggi.
4. Murid mengenal pasti otot utama
yang digunakan dalam lompat
tinggi.