Pembestarian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

25
  PENGENALAN Guru-guru bestari memerlukan kemahiran mengajar dan perlu cekap menggunakan pendekatan teknologi, menyelesaikan masalah, kaya ilmu dan  berinisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan (Shaifol, 2003). Untuk merealisasikan pendidikan bestari, hala tuju latihan perguruan perlu melakukan pelbagai perubahan bagi melahirkan guru-guru bestari yang berupaya melaksanakan sekolah bestari dan memainkan peranan penting dalam pembentukan sekolah bestari. Semua guru yang mengajar di sekolah juga perlu didedahkan dengan konsep pembelajaran bestari. T T o o p p i i k k 9 9   Pembestarian dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan asmani  Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Me nj ela ska n ko nse p, de fi nis i d an ma tl amat Se kol ah Be sta ri ; 2. Me ngh ura ikan ele men -e lemen pen ga ja ra n da n pe mbe la ja ran dal am pendidikan bestari; dan 3. Me mbinc angka n cara pel aksa naa n pe nga ja ra n da n pe mbela ja ra n Pendidikan Jasmani menggunakan teknik bestari. HASIL PEMBELAJARAN

description

Pembestarian dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani

Transcript of Pembestarian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

 berinisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan (Shaifol, 2003). Untuk merealisasikan pendidikan bestari, hala tuju latihan perguruan perlu melakukan pelbagai perubahan bagi melahirkan guru-guru bestari yang berupaya melaksanakan sekolah bestari dan memainkan peranan penting dalam pembentukan sekolah bestari. Semua guru yang mengajar di sekolah juga perlu didedahkan dengan konsep pembelajaran bestari.
TTooppiik k 
99  Pembestarian
 
1. Menjelaskan konsep, definisi dan matlamat Sekolah Bestari;
2. Menghuraikan elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan bestari; dan
3. Membincangkan cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani menggunakan teknik bestari.
HASIL PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI 177
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia merupakan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Bagi membentuk Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan usaha serta strategi amat perlu untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan ke arah kecemerlangan supaya ia boleh
 bertapak kukuh untuk menghadapi abad ke-21 ini.
Sekolah Bestari merupakan sebuah institut pembelajaran yang mengamalkan perubahan yang sistematik daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk membolehkan pelajar menangani cabaran era teknologi maklumat yang akan datang (Mohd Sani Ibrahim, 1998). Sekolah Bestari merupakan aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) bertujuan bagi menyediakan tenaga kerja berilmu untuk industri teknologi tinggi. Industri teknologi tinggi dapat mengeluarkan produk bernilai tambah yang mampu menguasai pasaran dunia dan berdaya saing dengan negara-negara maju.
9.1.1 Definisi dan Konsep Sekolah Bestari
Sekolah bestari mempunyai pengertian yang cukup luas dari konsep pedagogi. Konsep sekolah bestari mengikut acuan tersendiri, konsep amalan pembelajaran
 bestari dan konsep gaya pemikiran pelajar. Tiada istilah yang tepat dan boleh diterima pakai berkaitan dengan sekolah bestari. Istilah sekolah bestari telah diubah suai mengikut keadaan tempatan, keperluan pendidikan serta keperluan teknologi dan kurikulum.
Menurut „The Malaysian Smart School: An MSC Flagship Application: A Conceptual Blueprint ‰ (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997), sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara sistematik terutamanya dari segi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah bagi menyediakan pelajar menghadapi arus perdana era maklumat.
Sekolah bestari boleh didefinisikan sebagai inistitusi yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi ruang kepada pelajar berfikiran kritis dan kreatif. Dengan ini corak pembelajaran Sekolah Bestari akan akan melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh serta melaksanakan nilai-nilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan idea ke arah masyarakat Malaysia.
9.1
PENDIDIKAN JASMANI 178
(a) Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan; dan
(b) Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat.
Dalam membentangkan Rancangan Malaysia ke 9 pada 31 Mac 2006, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdulah Ahmad Badawi menyatakan:
„Rakyat adalah aset negara paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan.‰  
Bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan membentuk masyarakat yang mempunyai kesimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar. Sekolah Bestari dilihat merupakan platform yang terbaik
 bagi menjayakan hasrat murni kerajaan. Sekolah Bestari dilihat berupaya menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi. Sekolah bestari juga akan meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan, mewujudkan peluang
 bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu juga mendemokrasikan pendidikan.
9.1.3 Konsep dan Matlamat Pengajaran Pembelajaran Bestari
Sekolah Bestari berkonsepkan institusi pembelajaran yang telah direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi menghadapi zaman maklumat.
 Jika dibuat perbandingan, Sekolah Tradisonal dan Sekolah Bestari menunjukkan perbezaan yang jelas, khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya. Di sekolah tradisional gaya pembelajaran berasaskan guru dilaksanakan. Teknik pedagogi yang digunakan tertumpu kepada hafalan dan pemindahan pengetahuan sehala, Sekolah Bestari mempunyai gaya pembelajaran berasaskan
 
PENDIDIKAN JASMANI 179
pelajar. Teknik pedagogi di Sekolah Bestari lebih memberi tumpuan kepada maklumat, daya fikir, kreativiti, penyayang dan literasi teknologi, sila rujuk
 Jadual 9.1.
Jadual 9.1: Perbezaan Gaya Pembelajaran Sekolah Masa Kini dan Sekolah Bestari
Sekolah-sekolah Perbezaan
Tumpuan Hafalan; dan
Tumpuan pada maklumat;
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi proses pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi cabaran zaman maklumat. Sekolah Bestari akan mendorongkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri (self-directed ) mengikut kadar pembelajaran sendiri.
Sekolah Bestari diwujudkan dengan ciri-ciri berbeza berbanding sekolah sedia ada. Antara ciri-ciri tersebut ialah:
(a) Sekolah Bestari dihubungkan dengan jaringan kawasan tempatan (LAN) yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat menggalakan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran;
(b) Sekolah ini juga dihubung melalui jaringan kawasan luas (WAN) yang menyediakan sumber-sumber melalui Âon line Ê untuk membolehkan guru- guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah;
(c) Sekolah Bestari disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi;
(d) Guru berperanan sebagai faslitator yang bertanggungjawab menyediakan situasi yang menggalakan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari; dan
(e) Pentadbir berfungsi sebagai pengurus berkesan.
 
PENDIDIKAN JASMANI 180
(a) Ciri-ciri pelajar;
(b) Pendekatan pelajaran;
9.2.1 Ciri-ciri Pelajar
Pelajar boleh dicirikan kepada tiga kategori, sila rujuk Rajah 9.1.
Rajah 9.1: Kategori-kategori ciri pelajar
Mari kita bincang kategori-kategori tersebut dengan lebih mendalam.
 
SEMAK KENDIRI 9.1 
PENDIDIKAN JASMANI 181
(i) Alam sekitar;
(i) Visual;
(i) Memerhati, mengenal pasti dan menganalisis gaya pembelajaran pelajar;
(ii) Merancang pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gaya pembelajaran pelajar;
(iii) Melaksanakan aktiviti serta alat bantu mengajar berasaskan gaya pembelajaran pelajar; dan
(iv) Menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan keluasan aktiviti, pelbagai BBM, melibatkan stimulus (alam sekitar, emosi, sosiologi, fizikal, psikologi).
(b) Kecerdasan Pelbagai  Teori kecergasan pelbagai berpendapat setiap pelajar mempunyai jenis kecerdasan yang berbeza. Dengan kata lain setiap pelajar memiliki kecerdasan yang pelbagai. Tidak semua pelajar mempunyai cara berfikir,
 bertindak dan belajar yang sama. Perbezaan jenis kecerdasan akan mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar.
(c) Kompetensi Kecerdasan Emosi EIC)  Kompentensi pelajar boleh dikumpulkan kepada dua iaitu kompetensi peribadi dan sosial.
 
PENDIDIKAN JASMANI 182
(i) Kompetensi Peribadi
9.2.2 Pendekatan Pembelajaran
Pendekatan pembelajaran boleh di bahagikan kepada empat kategori iaitu, sila rujuk Rajah 9.2.
Rajah 9.2: Kategori-kategori pendekatan pembelajaran
Mari kita bincang kategori-kategori tersebut dengan lebih mendalam.
(a) Berpusatkan Pelajar  Pembelajaran berpusatkan pelajar menjurus kepada penglibatan luas murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri pembelajaran
 berpusatkan pelajar ialah:
PENDIDIKAN JASMANI 183
(ii) Pembelajaran dapat merangsang dan memberi peluang kepada pelajar berinteraksi antara pelajar tanpa batas sempadan;
(iii) Pelajar digalakan berinteraksi dengan guru;
(iv) Pelajar dapat berinteraksi dan menggunakan sumber yang disediakan oleh guru dengan kadar yang optimum; dan
(v) Pelajar bebas untuk mengemukakan hujah atau pandangan dengan  bukti konkrit dan saintifik.
Langkah yang perlu dilakukan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar:
(i) Memberi fokus kepada tugasan pelajar yang bersesuaian dengan pembelajaran berpusatkan pelajar;
(ii) Membentuk dan mengajukan soalan bersifat terbuka;
(iii) Sabar memberi masa kepada pelajar mengemukan respon;
(iv) Menglibatan pelajar berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar;
(v) Menggalakkan dan memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk berinteraksi secara individu, kelas atau kumpulan;
(vi) Menyediakan prosedur pemantauan dan penilaian aktiviti pelajar;
(vii) Merancang dan membuat penilaian secara kolaboratif  .; dan
(viii) Membenarkan pelajar membuat penilaian rakan sebaya.
(b) Pembelajaran Bersifat Individu  Pembelajaran bersifat individu menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar. Pembelajaran Bersifat Individu akan membantu pelajar meningkatkan penguasaan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari. Empat tunjang pembelajaran bersifat individu ialah, sila rujuk Jadual 9.2.
 
PENDIDIKAN JASMANI 184
Faktor-faktor Penerangan
Pembelajaran Masteri Tajuk pembelajaran dipecah-pecahkan kepada beberapa sub tajuk mengikut pemeringkatan pembelajaran.
Setelah menguasai sesuatu sub tajuk pelajar akan  berpindah ke sub tajuk seterusnya yang lebih sesuai.
Pembelajaran Masteri memberi peluang kepada pelajar menguasai sesuatu sub tajuk sebelum berpindah kepada sub tajuk yang lebih sukar.
Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)
Dalam pembelajaran kadar kendiri, pelajar diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui modul pembelajaran yang dibuat  berperingkat.
Setelah menguasai sesuatu modul tertentu pelajar akan terus ke tahap yang lebih tinggi atau topik lain.
Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK)
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
Pembelajaran akses sendiri berlaku tanpa pengawalan secara langsung daripada guru.
Pelajar disediakan bahan resos yang sesuai dengan topik dan hasil pembelajaran tertentu.
Bahan pembelajaran akan ditempatkan di dalam bilik akses kendiri.
Pelajar akan mengakses maklumat yang terdapat dalam  bilik tersebut.
 
PENDIDIKAN JASMANI 185
(c) Pembelajaran Berdaya Fikir  Kaedah ini memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir dan naluri ingin tahu dikalangan pelajar. Pembelajaran berdaya fikir berusaha mewujudkan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks. Untuk mewujudkan pembelajaran berdaya fikir guru perlu:
(i) Memberi fokus kepada tugasan pelajar yang memerlukan pelajar  berfikir;
(ii) Mengemukakan soalan terbuka;
(iv) Mengambil masa menunggu respon pelajar;
(v) Sentiasa menerima apa sahaja respon pelajar;
(vi) Mengalakkan interaksi dalam kelas;
(vii) Elakkan memberi pandangan;
(ix) Minta pelajar membuat refleksi.
(d) Pembelajaran Berbantukan Teknologi  Konsep pembelajaran berbantukan teknologi berfokuskan kepada penggunaan aplikasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara aplikasi yang selalu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
(i) Komputer;
(ii) Internet;
(iii) E-mel;
(iv) Telesidang;
(vi) Perbualan (chat ).
Mengakses maklumat;
Mencari maklumat;
PENDIDIKAN JASMANI 186
Strategi pembelajaran terbahagi kepada sembilan strategi, sila rujuk Rajah 9.3.
Rajah 9.3: Sembilan strategi pembelajaran
 
PENDIDIKAN JASMANI 187
(a) Strategi Direktif Terarah)  Strategi direktif berperanan untuk membantu pelajar memperoleh maklumat, pengetahuan dan kemahiran. Pelajar diarah untuk mematuhi langkah-langkah tertentu yang disampaikan oleh guru. Melalui strategi direktif pelajar menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan tentang sesuatu kemahiran atau konsep daripada guru.
Ciri-ciri strategi direktif ialah:
(iii) Melatih mengikut prosedur tertentu.
(b) Strategi Koperatif  Strategi koperatif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan. Dalam strategi koperatif ini pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil antara (end- 
 product ) yang ada kaitan dengan isi kandungan matapelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach ) dalam pembelajaran koperatif membolehkan proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.
(c) Strategi Kolaboratif  Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan satu proses menghasilkan sesuatu tugasan besar secara kolektif dengan rakan-rakan yang berlainan. Walaupun ada persamaan dalam beberapa aspek tetapi pembelajaran kolaboratif berbeza daripada pembelajaran koperatif.
Perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif ditunjukkan dalam Jadual 9.3.
 
PENDIDIKAN JASMANI 188
Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Kolaboratif
Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran  berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual.
Setiap ahli saling bergantung dalam menentukan kejayaan pasukan.
Tiada perjanjian atau pergantungan dalam kolaborasi bersama.
Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan untuk mencapai objektif.
Pemantauan guru pada tahap minimum dan tidak berstruktur.
Hasil secara kumpulan. Hasil secara individu.
(d) Strategi Generatif  Strategi generatif menjana idea secara kritis dan kreatif melalui pengintegrasian idea baru dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada (schemata ). Guru bertindak sebagai fasilitator . Dalam strategi ini pelajar
 belajar dan bertindak berdasarkan kreativiti, pemahaman, keaslian, rekaan dan penyelesaian secara unik.
Pelajar berhadapan dengan proses pembelajaran yang menjurus ke arah pemikiran yang menggunakan metafora dan analogi. Pemikiran pelajar diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan kreatif. Strategi ini dapat melahirkan seorang individu yang bersifat intuitif dan celik akal dalam melihat sesuatu situasi.
(e) Strategi Mediatif  Dalam strategi ini guru sebagai fasilitator dan memberi bimbingan kepada pelajar untuk mempelajari bagaimana mengaplikasikan pengetahuanm
 bagi menyelesaikan masalah. Strategi mediatif dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian, membuat inferens dan hipotesis.
 
PENDIDIKAN JASMANI 189
(f) Strategi Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan  Pengajaran berasaskan kajian masa depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Dalam kajian masa depan pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau dan mengkaji perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan seterusnya meramal dan membuat generalisasi keadaan masa depan.
Ciri-ciri strategi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai  bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar selain daripada menerapkan nilai murni, tanggungjawab dan bekerjasama dikalangan pelajar.
(g) Strategi Konteks Luar Bilik Darjah  Pelajar belajar melalui aktiviti yang terfokus dan intensif dalam satu tempoh masa yang pendek seperti menghadiri seminar, bengkel, mengendalikan projek, sesi hands-on, activity-based learning dan do-it
 yourself programs.  Program pembelajaran boleh dikendalikan sendiri dengan mengambil inisiatif dalam mengatur dan memilih latihan, kerja amali dalam makmal dan aktiviti di lapangan.
(h) Strategi Pembelajaran Kontekstual  Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on .
Pemahaman pelajar menjadi semakin jelas apabila mereka berupaya mengaitkan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik darjah. Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang
 bermakna dalam rangka minda mereka.
 
PENDIDIKAN JASMANI 190
Intergrasi kemahiran generik terbahagi kepada lima, sila rujuk Rajah 9.4.
Rajah 9.4: Lima intergrasi kemahiran generik
Mari kita bincang kemahiran-kemahiran tersebut dengan lebih mendalam.
(a) Kemahiran Mentafsir dan Menilai  Penilaian sebagai satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah Sidin, 1992). Ciri-ciri kemahiran mentaksir dan menilai dalam Sekolah Bestari ialah:
Kaedah menilai yang menyeluruh dan holostik;
Mengesan kemajuan pelajar secara lebih fleksibel;
Mengambil kira tahap kesediaan pelajar;
Mengambil kira tahap kecerdasan pelajar; dan
Komponen Kemahiran Mentafsir dan Menilai.
(i) Kontrak Pembelajaran
 
PENDIDIKAN JASMANI 191
(ii) Penilaian Portfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu
 jangkamasa yang dipersetujui bersama. Portfolio merupakan dokumentasi yang berstruktur. Membina portfolio memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman tentang dokumen.
Penilaian portfolio menjana pemikiran yang kritis serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga akhir. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik. Penilaian Portfolio bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan. Penilaian portfolio perlu dijalankan berterusan supaya guru dapat melihat perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria.
(iii) Penilaian Kendiri
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang mereka benar-benar gagal menguasai atau memahaminya. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga gagal mengenal pasti keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian. Dalam konteks ini, penilaian kendiri adalah sebaik-baiknya. Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai dan seterusnya mengenal diri sendiri.
(iv) Penilaian Melalui Pemerhatian
 
PENDIDIKAN JASMANI 192
(v) Penilaian Projek
Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Projek melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan
 boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses ke tahap hasil yang siap. Penilaian projek akan mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. Penilaian projek memerlukan interaksi guru-murid yang berupa
 bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Projek dibina  berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan ketrampilan terhadap sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.
(vi) Penilaian Ujian
Penilaian di sekolah perlu memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. Penilaian bertujuan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian cara dan pelbagai kecerdasan pelajar dalam menilai.
Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain).
(b) Kemahiran Berfikir  Berfikir merupakan aktiviti mental yang berkaitan dengan otak. Pemikiran ialah proses menyusun, menggunakan maklumat dan pengetahuan. Proses pemikiran merupakan hubungan antara konsep, idea dan seterusnya membuat kesimpulan untuk mencari pengertian yang baru daripda maklumat yang ada.
Pemikiran Kritis  Pada asalnya pemikiran kritis dicipta untuk mengelakkan kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Kemahiran ini memberi tumpuan kepada kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea iaitu
 
PENDIDIKAN JASMANI 193
menimbang secara menyeluruh kebaikan dan keburukan dengan memberi alasan dan hujah yang sah, jelas dan bernas. Ini dapat menghindarkan kesilapan diulang dan membolehkan kesilapan dibetulkan. Diantara aktiviti pemikiran kritis ialah:
(i) Membanding beza;
(ii) Membuat klasifikasi;
(iii) Menerang setopik;
(viii) Membuat inferens; dan
Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan membangunkan minda untuk meneroka berbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada
 bersifat maujud, abstrak atau gugusan. Diantara proses kemahiran berfikir kreatif yang selalu digunakan dalam kelas ialah:
Menjana idea;
(c) Kemahiran Belajar  Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang membantu dalam kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:
(i) Kemahiran carian;
(ii) Kemahiran komunikasi;
(iii) Kemahiran membaca;
PENDIDIKAN JASMANI 194
(vi) Kemahiran memerhati;
(vii) Kemahiran teknikal;
(x) Kemahiran menyampaikan maklumat.
(d) Kemahiran Fasilitator  Fasilitator merupakan guru atau kumpulan guru yang membantu pelajar mencapai hasil dan matlamat pembelajaran melalui aktiviti individu atau kumpulan. Fasilitator bertindak sebagai:
(i) Penyampai ilmu;
(e) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi  Terdapat dua cara penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan iaitu:
(i) Pengajaran Berbantukan Komputer  Dalam proses pengajaran menggunakan computer, komputer digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar.
Terdapat dua mod pengajaran berkomputer iaitu, sila rujuk Jadual 9.4:
Jadual 9.4: Dua Mod Pengajaran Berkomputer
Mod Pengajaran Berkomputer Penerangan
 
PENDIDIKAN JASMANI 195
Jadual 9.5: Empat Mod Pembelajaran Berkomputer
Mod Pembelajaran Penerangan
Penerokaan Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah penerokaan, pelajar mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat. Bagi memastikan proses pembelajaran tidak memakan masa, untuk mencari laman web yang sesuai, pautan ke laman web disediakan dalam perisian yang dibina.
Aplikasi Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah aplikasi, teknologi maklumat dan komunikasi digunakan sebagai alat aplikasi (alat membantu murid melaksanakan tugas dalam pembelajaran), bukan sebagai mekanisma penyalur maklumat.
Komunikasi Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah komunikasi, TMK digunakan untuk berkomunikasi. Dengan kaedah ini, pelajar akan dapat berkomunikasi dan berbincang dengan rakan-rakan biar pun berada jauh.
 
SEMAK KENDIRI 9.2 
PENDIDIKAN JASMANI 196
PEMBESTARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Guru Pendidikan Jasmani perlu merancang aktiviti berdasarkan ciri-ciri pelajar. Sebelum merancang aktiviti guru perlulah menganalisis serta membuat pegamatan dan pemerhatian tentang ciri-ciri pelajarnya. Contohnya bagi pelajar yang belajar menggunakan gaya visual, guru boleh merancang aktiviti mengajar menggunakan perisian multimedia interaktif tentang teknik-teknik sukan dalam Pendidikan Jasmani. Bagi pelajar audiotori pula guru boleh meminta pelajar ini melatih teknik yang di pelajari.
Dalam merangka dan merancang pendekatan pembelajaran guru Pendidikan  Jasmani perlu merangka pendekatan yang sesuai dengan aktiviti. Guru boleh menyediakan soalan yang mencabar dan memerlukan kajian, sebagai contoh kenapa pemain badminton mempunyai fizikal yang rendah seperti Ardy Wiranata boleh menguasai gelangang badminton dunia. Bagi mencari jawapan ini pelajar akan mengabungkan teori sains dengan sukan. Pelajar akan mengakses maklumat secara kendiri untuk mencari jawapan. Pelajar juga akan mencari maklumat dengan menggunakan internet (kaedah pembelajaran
 berbantukan komputer).
Bagi menilai kemahiran dalam Pendidikan Jasmani guru perlu membuat penilaian. Ujian kardiovaskular boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji keberkesanan Pendidikan Jasmani dengan kesihatan kardiovaskular. Rekod ujian kardiovaskular perlu disimpan oleh guru dengan baik. Pelajar juga boleh diminta menyediakan portfolio bagi membentuk kefahaman yang mendalam terhadap sesutu sukan. Penggunaan pengajaran menggunakan teknik kemahiran
 berfikir seperti membuat klasifikasi, menerangkan setopik dan membuat ramalan selalu digunakan dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Terdapat berbagai lagi teknik dan cara yang boleh dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani untuk membentuk pengajaran dan pembelajaran bestari.
9.3
PENDIDIKAN JASMANI 197
Istilah sekolah bestari telah diubah suai mengikut keadaan tempatan, keperluan pendidikan serta keperluan teknologi dan kurikulum.
Sekolah bestari boleh didefinisikan sebagai inistitusi yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi ruang kepada pelajar berfikiran kritis dan kreatif.
Dengan ini corak pembelajaran Sekolah Bestari akan akan melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh serta melaksanakan nilai-nilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan idea ke arah masyarakat Malaysia.
Objektif perlaksanaan sekolah bestari ialah:
(a) Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan; dan
(b) Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat.
Sekolah Bestari berkonsepkan institusi pembelajaran yang telah direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi menghadapi zaman maklumat.
Pelajar boleh dicirikan kepada tiga kategori, iaitu:
(a) Gaya Pembelajaran;
Nyatakan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran Pendidikan  Jasmani menggunakan elemen bestari.
AKTIVITI 9.1 
PENDIDIKAN JASMANI 198
(a) Berpusatkan Pelajar;
(d) Pembelajaran Berbantukan Teknologi.
(a) Strategi Direktif (Terarah);
(g) Strategi Konteks Luar Bilik Darjah;
(h) Strategi Pembelajaran Kontekstual; dan
(i) Strategi Metakognitif.
(a) Kemahiran Mentafsir dan Menilai;
(b) Kemahiran Berfikir;
(c) Kemahiran Belajar;
Guru Pendidikan Jasmani perlu merancang aktiviti berdasarkan ciri-ciri pelajar. Sebelum merancang aktiviti guru perlulah menganalisis serta membuat pegamatan dan pemerhatian tentang ciri-ciri pelajarnya.
 
PENDIDIKAN JASMANI 199
Contohnya bagi pelajar yang belajar menggunakan gaya visual, guru boleh merancang aktiviti mengajar menggunakan perisian multimedia interaktif tentang teknik-teknik sukan dalam Pendidikan Jasmani. Bagi pelajar audiotori pula guru boleh meminta pelajar ini melatih teknik yang di pelajari.
Generalisasi
2. Dalam melaksanakan pembelajaran sekolah bestari terdapat empat elemen. Nyatakan elemen-elemen tersebut.
3. Nyatakan peranan guru dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar.
4. Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dalam kaedah pembelajaran  berbantukan teknologi.
5. Nyatakan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.
6. Nyatakan dua cara penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan.
 
PENDIDIKAN JASMANI 200
1. Sekolah bestari diwujudkan dengan ciri-ciri berbeza berbanding sekolah sedia ada. Apakah ciri-ciri tersebut?
2. Nyatakan 3 gaya pembelajaran VAK penguasaan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari. Nyatakan empat tunjang pembelajaran bersifat individu.
4. Nyatakan ciri-ciri strategi pembelajaran direktif.
5. Nyatakan ciri-ciri kemahiran mentaksir dan menilai dalam bestari.
6. Senaraikan ENAM aktiviti pemikiran kritis.