lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana...
Transcript of lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana...
1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
SNAY
lwn
LM
[Dalam Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Saman No: 10010-010-0746-2017 (Tuan Mohd Nahar Bin Mohamad, HMRS)]
[21 Rabiulakhir 1439H bersamaan 9 Januari 2018M]
Undang-Undang Keluarga Islam - Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan - Seksyen 12,
Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Negeri Selangor -
Seksyen 31, Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Selangor -
Seksyen 109
Undang-Undang Tatacara Mal - Jadual Kedua - Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang
dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang, Pengiktirafan perkahwinan yang
diijabkabulkan di luar Negeri Selangor (Pengakuterimaan paterniti)
Undang-Undang Keterangan - Seksyen 28, Seksyen 29, Seksyen 44(1)(e), Seksyen 57, Seksyen
61(1)(e)
FAKTA KES
[1] Pemohon dan Responden dalam kes ini telah berkahwin dan butir-butirnya seperti
berikut:
1. Dilangsungkan pada 02/08/2017 seperti yang dinyatakan dalam NIKAH NAMA yang
dieksibitkan sebagai SNA-4 dalam afidavit Pemohon.
2. Pernikahan dilangsungkan di Haijadi, Araihazar District of Narayanganj, Bangladesh.
2 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
3. Pernikahan Pemohon telah didaftarkan oleh Kazi MD. Unous Ali, Nikah Registrar &
Kazi Hhaijadi Union Araihazar Narayanganj pada 02/08/2017 dan satu Marriage
Certificate dengan catatan Reged No 37 Date 06.08.17 dieksibitkan bersama dalam
SNA-4.
4. Permohonan ini telah dikemukakan oleh Pemohon melalui satu surat dari Pendaftar
Perkahwinan, perceraian dan Rujuk Orang Islam Pejabat Agama Islam Daerah Kuala
Selangor (Muhammad Nazmi Bin Narowi) yang dieksibitkan bersama SNA-4.
5. Pemohon adalah pemastautin dalam Negeri Selangor yang beralamat di No. 8 Jalan
Tok Empat Yusof 45700 Bukit Rotan Selangor.
6. Responden dalam kes ini adalah suami kepada Pemohon dan merupakan seorang
Warganegara Bangladesh yang datang ke Malaysia sebagai pelancung dan memegang
visa melawat selama 30 hari bermula 16 Ogos 2017.
Diputuskan
[2] Pada 9 Januari 2018, saya telah memutuskan Pernikahan pemohon dan Responden adalah
sah mengikut Hukum Syarak dan Pernikahan Pemohon dan Responden tidak boleh
didaftarkan di bawah Enakmen. Di sini saya nyatakan alasan saya berbuat demikian.
Peguam Syarie
1. Peguam Pemohon : Tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie
2. Peguam Responden : Tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie
Surah Al-Quran Yang Dirujuk
1. Surah An-Nahl ayat 43
Undang-Undang Yang Dirujuk
1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003.
2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003.
3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
3. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003.
Kes-Kes Yang Dirujuk
1. Zainal Abidin Bin Mohamed lwn Norziah Binti Mohd Nor Jurnal Hukum 1998 JLD.XII BHG
1.
2. Haji Mohamed lwn Bahrunnasran dan Mazliani binti Mohamed Jurnal Hukum 1998 JLD.XII
BHG 1.
3. Noh Bin Atan v. Shakila JH (1998) JLD.XII BHG 1
Penghakiman Tuan Mohd Nahar Bin Mohamad, HMRS:
[3] Pemohon dalam prosiding ini telah merujuk Seksyen 12 (2) Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Di sini saya nyatakan peruntukan penuh bagi
Seksyen tersebut seperti berikut:
Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan
12. (1) Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen ini tidak
boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.
(2) Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan subseksyen 40 (2),
sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana
peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syarak boleh
didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah daripada Mahkamah.
Persoalan Pertama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah
[4] Dalam menentukan sesuatu perkahwinan itu boleh atau tidak boleh didaftarkan di bawah
Seksyen 12 ini, mahkamah perlu terlebih dahulu memastikan cara perkahwinan itu
diupacarakan. Adakah ia satu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen seperti
yang dinyatakan dalam Seksyen 12(1) atau perkahwinan itu diupacarakan berlawanan
4 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini (Bahagian 2) seperti yang dinyatakan di
dalam seksyen 12(2).
[5] Dua Persoalan Undang-undang telah timbul dalam kes ini iaitu:
Pertama, sama ada pernikahan Pemohon dan Responden bersalahan dengan Enakmen?
Kedua, Sama ada pernikahan Pemohon dan Responden diupacarakan berlawanan dengan
mana-mana peruntukan Bahagian 2 Enakmen tetapi sah mengikut Hukum Syarak?
(Bahagian 2 adalah peruntukan seksyen 7 hingga Seksyen 24 Enakmen)
[6] Jika diteliti dengan betul, Bahagian 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri
Selangor 2003 menghendaki Perkahwinan Di Negeri Selangor / Dalam Negeri Selangor
(bukan luar Negeri Selangor) hendaklah mengikut peruntukan Enakmen dan Hukum
Syarak seperti dinyatakan dalam Seksyen 7:
Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan
7. (1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Selangor hendaklah mengikut
peruntukan Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum
Syarak...
[7] Manakala Seksyen 16 Enakmen pula menghendaki akadnikah sesuatu perkahwinan
dalam negeri Selangor hendaklah diupacarakan dalam kariah masjid di mana pihak
perempuan bermastautin di dalam Negeri Selangor. Seksyen tersebut menyebut:
Permohonan untuk kebenaran berkahwin
16. (1) Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu
perkahwinan dalam Negeri Selangor tiap-tiap satu pihak kepada
perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang
yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada pendaftar bagi kariah
masjid di mana pihak perempuan itu bermastautin.
5 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[8] Mahkamah seterusnya merujuk kepada satu peruntukan di bahagian 2 ini iaitu Seksyen
20 yang memperuntukkan:
Tempat perkahwinan
20. (1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam
kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar
atau Hakim Syarie yang memberi kebenaran berkahwin di bawah Seksyen
17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu
diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Selangor atau
dalam mana-mana Negeri.
(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam
kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 atau 18.
(3) walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu
bolehlah diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain daripada kariah
masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika---
(a) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam negeri
selangor, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu telah
diberi di bawah seksyen 17 atau 18 dan kebenaran untuk
perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu
telah diberi di bawah subseksyen (1); atau
(b) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam sesuatu
negeri, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu dan
kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah
masjid yang lain itu telah diberi oleh pihak berkuasa yang hak
bagi Negeri itu.
6 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[9] Peruntukan Seksyen 20 ini merupakan satu peruntukan yang agak tricky dan perlu kepada
satu pemahaman yang mendalam. Ia menjadi punca kepada salah tafsir dan salah
fahaman yang mengakibatkan salah amalan di dalam menguruskan hal ehwal
perkahwinan di Negeri Selangor ini. Seksyen tersebut memperuntukan tentang Pendaftar
boleh membenarkan sesuatu perkahwinan itu diupacarakan diluar kariah masjid tempat
bermastautin perempuan di dalam negeri selangor atau di kariah masjid lain di Luar
Negeri Selangor. Perlu difahami terlebih dahulu, kebenaran melangsungkan aqadnikah di
luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh
diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan sahaja dan ia hanya diberi
selepas satu kebenaran berkahwin di kariah masjid tempat bermastautin perempuan di
dalam Negeri Selangor diperolehi oleh pihak-pihak dari Pendaftar di bawah seksyen 17
atau Hakim Syarie di bawah seksyen 18. semua kehendak bahagian ini memerlukan
urusan perkahwinan itu diuruskan dalam Negeri Selangor menggunakan undang-undang
Negeri Selangor.
[10] Walaupun begitu, apa yang perlu dibaca terlebih dahulu adalah general rules yang
ditetapkan di dalam seksyen 20(1) yang mana menghalang sesuatu perkahwinan
diakadnikahkan di luar kariah masjid tempat mastautin perempuan. Peruntukan yang
datang kemudiannya adalah satu bentuk klausa pengecualian (exception clause) yang
membolehkan Pendaftar memberi kebenaran itu sekiranya pihak-pihak berhasrat
melangsungkan majlis akadnikah di luar kariah masjid tempat mastautin perempuan atau
mana-mana Negeri selain Negeri Selangor. Ilustrasi yang boleh diberi sebagai contoh
adalah apabila seorang perempuan yang berasal dari Negeri Selangor, tinggal dan
menetap di Negeri Selangor semasa permohonan berkahwin dibuat, berhasrat untuk
melangsungkan majlis aqadnikahnya di tempat bakal suami yang berasal dari Kelantan,
maka seksyen ini terpakai.
[11] Ia boleh dibezakan dengan situasi di mana seorang perempuan yang dilahirkan di Negeri
Selangor, tinggal dan menetap di Negeri Selangor bersama keluarganya tetapi
kemudiannya berhijrah ke Negeri Kelantan berasama ibu bapanya dan menetap di
7 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Kelantan selama 2 tahun dan berhasrat untuk berkahwin. Maka, perlukah perempuan ini
balik ke Selangor untuk memohon kebenaran berkahwin? Jawapannya tidak perlu kerana
perempuan tersebut boleh membuat perakuan pemastautinan mengikut Undang-Undang
Negeri Kelantan dan berkahwin mengikut Undang-Undang Negeri Kelantan. Sekiranya
tidak di buat begitu, urusan perkahwinan perempuan itu akan rumit dan menyusahkan
kerana terpaksa berulang alik dengan walinya ke Negeri Selangor untuk berkahwin dan
balik semula ke tempat mastautinnya di kelantan. Mahkamah melihat roh Undang-
Undang itu tidak dicipta begitu. Jika dilihat, ini adalah satu jenis pernikahan oleh
pemastautin negeri selangor yang diaqadnikahkan di Luar Negeri Selangor dan tidak
menggunakan Undang-Undang Negeri Selangor. Jelas sekali perempuan itu
menggunakan Undang-Undang Negeri Kelantan untuk tujuan berkahwin kerana dia telah
menetap di kelantan kerana faktor penghijrahan keluarganya. Oleh itu, pernikahan
perempuan itu tidak termasuk dalam maksud Bahagian 2 Enakmen Negeri Selangor
kerana tidak diupacarakan mengikut Undang-Undang Negeri Selangor.
[12] Seksyen 20 ini hanya memperuntukkan tentang tempat berkahwin. Tiada satu peruntukan
khusus disebut di dalam seksyen tersebut tentang seseorang yang ingin berkahwin di luar
negeri Selangor hendaklah mendapatkan kebenaran dari Pendaftar atau Mahkamah. Apa
yang ada hanyalah bagi mereka yang telah mendapat kebenaran berkahwin di negeri
selangor dan berhasrat untuk melangsungkan akadnikah mereka di luar negeri selangor
boleh dibenarkan oleh pendaftar atau Hakim. Hal ini berbeza dengan kebenaran di bawah
seksyen 23 (Poligami) di mana dalam peruntukan seksyen 23(3) jelas menyebut
Seseorang lelaki itu perlu mendapat kebenaran untuk berkahwin Poligami sama ada
pernikahan itu diakadnikahkan di dalam atau di luar negeri selangor. Seksyen tersebut
memperuntukkan:
Poligami
23.(1) ...
(2) ...
8 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
(3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Selangor seseorang
lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Selangor dan perkahwinan di
luar Negeri Selangor seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri
Selangor.
[13] Jelas sekali 2 peruntukan tentang Kebenaran Berkahwin mempunyai kesan yang berbeza.
Seksyen 16 tidak ada menyebut tentang seseorang yang ingin berkawin di luar negeri
Selangor hendaklah mendapat kebenaran dari Pendaftar manakala Seksyen 23(3) jelas
memperuntukkan keperluan tersebut dipohon sebelum berkahwin. Bacaan ini tidak boleh
dikelirukan dengan Seksyen 20 kerana ia merujuk kepada kebenaran tentang tempat
upacara akadnikah pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin di dalam kariah
perempuan tetapi berhasrat untuk ia diupacarakan di luar kariah mastautin perempuan
atau dalam mana-mana Negeri Selain Negeri Selangor. Oleh itu, saya berharap
penghakiman ini dapat memberikan panduan yang tepat bagaimana peruntukan Undang-
undang tentang perkahwinan itu mesti ditadbir.
[14] Berdasarkan dapatan Mahkamah, Pernikahan Pemohon dan Responden bukanlah
pernikahan yang bersalahan dengan Bahagian 2 Enakmen tetapi pernikahan Pemohon dan
Responden adalah Pernikahan Luar Negeri Selangor menggunakan Undang-Undang
Negara lain yang tidak diupacarakan mengikut Enakmen ini. Jadi, Remedi pendaftaran di
bawah seksyen 12(2) tidak terpakai dalam kes Pemohon dan Responden. Pemohon yang
berasal dari Negeri Selangor telah memilih untuk melaksanakan pernikahannya di Luar
Negeri Selangor. Anggapan Mahkamah mungkin Pemohon telah bermastautin di
Bangladesh ketika pernikahan itu diupacarakan. Dalam hal ini, Seksyen 31 dan 109
Enakmen adalah terpakai. Ia akan saya ulas dengan panjang lebar kemudiannya. Hak
Pemohon untuk berkahwin di tempat mastautin barunya di Luar Negeri Selangor
bukanlah satu kesalahan dan prinsip pemakaian Undang-Undang dalam isu
pemastautinan ini telah merupakan satu prinsip yang mantap dan telah diputuskan dalam
banyak kes di peringkat rayuan.
9 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[15] Pemohon dan Responden tidak mengupacarakan pernikahan mereka mengikut Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam negeri Selangor tetapi Pemohon dan Responden
memilih untuk mengupacarakan pernikahan mereka menggunakan Undang-Undang
Negara Bangladesh dan didaftarkan di dalam Form Of muslim Marriage & Divorce
(Registration) under section 27(1)(Ka) Rules prescribed as per section 28(1) (Ka) of
2009. Oleh itu peruntukan Seksyen 12(2) tidak boleh digunakan untuk mendaftarkan
pernikahan Pemohon dan Responden kerana pernikahan pemohon tidak diupacarakan
mengikut Enakmen sekaligus tidak perlu mengikut kehendak Bahagian 2 Enakmen.
Dapatan konklusif Mahkamah adalah Pernikahan Pemohon dan Rensponden adalah
Pernikahan Di Luar Negeri Selangor dan tidak menggunakan Enakmen Undang-undang
keluarga Islam Negeri Selangor. Pernikahan di negara Bangladesh dan menggunakan
undang-undang negara Bangladesh adalah satu perkahwinan yang boleh dikategorikan
dalam Nikah Luar Negeri Selangor.
[16] Adalah menjadi persoalan yang besar tentang bila seksyen 12(2) ini terpakai? jawapan
bagi persoalan ini telah wujud dalam banyak kes di dalam Negeri Selangor ini. Antaranya
kes nikah sindiket di Sungai Leman Sekinchan, Kampung Pasir Penambang Kuala
Selangor atau upacara aqad nikah dalam Negeri Selangor yang dibuat hanya mengikut
Hukum Syarak tanpa mendapat apa-apa kebenaran dari Pendaftar.
Bila Seksyen 12(2) Terpakai?
[17] Mahkamah merujuk kepada satu kes pengesahan nikah yang telah diputuskan oleh
Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor Dalam
Re: Nabilah Binti ramlan dan Muhammad Ikhwan Syaffiq Bin Abdullah 10010-010-
0932-2017 di mana Pendaftar telah memutuskan pernikahan pihak-pihak yang
diakadnikahkan di Kapar, Selangor adalah sah di sisi Hukum Syarak tetapi berlawanan
dengan Enakmen. Pernikahan tersebut tidak boleh didaftarkan kecuali dengan perintah
dari Mahkamah. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor dalam kes tersebut
mendapati Pemohon (P) yang berasal dari Ladang Kuala Selangor, Bukit Rotan telah
10 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Syed Nazarudin dengan seorang lelaki dari kapar
dihadapan 2 orang saksi lelaki. Pernikahan tersebut berlangsung secara wakil wali oleh
bapanya kepada jurunikah tersebut melalui panggilan telefon. Pihak-pihak telah diberikan
satu sijil nikah dan ianya disahkan palsu oleh PAIDKS. Siasatan Pendaftar telah
mendapati pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak tetapi berlawanan dengan
Bahagian 2 Enakmen dan pendaftaran nikah tersebut tidak boleh dibuat kecuali dengan
perintah Mahkamah. Pendaftar juga mendapati bidangkuasa mendaftar pernikahan adalah
PAID Kuala Selangor kerana pemohon bermastautin di dalam Kuala Selangor walaupun
akad nikah dijalankan di Kapar yang terletak dalam Daerah Klang. Pernikahan seperti ini
jelas berlawanan dengan Enakmen dan Bahagian 2 Enakmen dan menjadi satu kesalahan
di bawah Seksyen 40(2) sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 12(2) tersebut.
Seksyen 40(2) tersebut saya lampirkan bersama untuk rujukan. Dapat dilihat bahawa
fakta kes di atas mendapati semua urusan nikah tersebut dijalankan di dalam Negeri
Selangor tanpa mengikut Undang-Undang Selangor.
Bolehkah Pernikahan Pemohon didaftarkan dan Remedi mana yang perlu digunakan?
[18] Terlebih dahulu saya ingin menarik perhatian terhadap tatacara pendaftaran Perkahwinan
di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga. Suka saya nyatakan terlebih dahulu
bahawa tidak terdapat acara pendaftaran perkahwinan di Bahagian 2 Enakmen ini. Ianya
dinyatakan dalam Bahagian 3. Saya merujuk khusus kepada seksyen 25 yang
memperuntukkan:
Pendaftaran
25. Perkahwinan selepas tarikh yang ditetapkan tiap-tiap orang yang
bermastautin dalam Negeri Selangor dan perkahwinan tiap-tiap orang
yang tinggal di luar negeri tetapi bermastautin dalam Negeri Selangor
hendaklah didaftarkan mengikut Enakmen ini.
11 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Tarikh yang ditetapkan adalah tarikh permulaan kuatkuasa Enakmen iaitu 1 Januari 2004
seperti yang dinyatakan dalam Warta bertarikh 23 Disember 2003 yang diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri pada 19 November 2003 (P.U Sel AGM 0033)
[19] Peruntukan ini menerangkan tentang mana-mana orang yang berasal dari Negeri Selangor
dan kekal menetap di Negeri Selangor dan melangsungkan perkahwinan di dalam Negeri
Selangor hendaklah menggunakan Enakmen ini untuk mendaftarkan perkahwinan
mereka. Seksyen ini juga menerangkan tentang mana-mana orang yang berasal dari luar
Negeri Selangor (mungkin kerana berhijrah) dan tinggal bermastautin dalam Negeri
Selangor dan melangsungkan perkahwinan mengikut Undang-Undang Negeri Selangor
hendaklah juga mendaftar perkahwinan mereka menggunakan Undang-Undang Negeri
Selangor.
[20] Jelas melalui huraian di atas, semua urusan pernikahan bagi maksud Seksyen 25 adalah
acara pendaftaran pernikahan bagi akad nikah yang diupacarakan dalam Negeri Selangor
dan menggunakan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003
sahaja. Tidak dinyatakan tentang bagaimana acara pendaftaran bagi sesuatu perkahwinan
itu jika ia dijalankan di Luar Negeri Selangor menggunakan Undang-undang Luar Negeri
Selangor disebutkan di dalamnya.
[21] Persoalan yang timbul adalah, bolehkah pernikahan Pemohon dan Responden di luar
Negeri Selangor ini didaftarkan di bawah Bahagian 3 ini? Jawapannya telah terhidang di
bahagian 3 Enakmen ini di dalam Seksyen 31 di mana memperuntukkan:
Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin
dalam Negeri Selangor.
31. (1) Jika seseorang yang bermastautin dalam Negeri Selangor telah
berkahwin di luar negeri dengan sah mengikut Hukum Syarak,
bukannya satu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 24; maka
orang itu hendaklah, dalam masa 6 bulan selepas tarikh perkahwinan itu,
12 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang
Islam yang berhampiran sekali atau yang terdapat dengan paling senang
di luar negeri untuk mendaftarkan perkahwinan itu, dan perkahwinan itu,
setelah didaftarkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah
Enakmen ini.
31. (2) jika sebelum tamat tempoh enam bulan itu salah satu atau kedua-
dua pihak kepada perkahwinan itu dijangkakan akan kembali ke Negeri
Selangor dan perkahwinan itu belum didaftarkan di luar negeri, maka
pendaftaran perkahwinan itu hendaklah dibuat dalam masa enam bulan
selepas salah satu atau kedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Negeri
Selangor dengan cara pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di
hadapan mana-mana Pendaftar dalam Negeri Selangor dan----
(a) Mengemukakan kepada Pendaftar itu surat perakuan nikah atau apa-
apa keterangan, sama ada lisan atau dokumentar, yang boleh memuaskan
hati Pendaftar bahawa perkahwinan itu telah berlaku;
(b) memberi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar
untuk pendaftaran sewajarnya perkahwinan itu; dan
(c) memohon dalam borang yang ditetapkan supaya perkahwinan itu
didaftarkan dan menandatangani akuan di dalamnya.
31. (3) Pendaftar boleh mengecualikan satu daripada pihak-pihak itu
daripada hadir jika dia berpuas hati bahawa ada sebab-sebab yang baik
dan cukup bagi pihak itu tidak hadir dan dalam hal yang demikian catatan
dalam Daftar Perkahwinan hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang
sebab pihak itu tidak hadir.
31. (4) Selepas sahaja pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen
ini, satu salinan sah catatan dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui
dan ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserahkan atau dihantar
kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri, dan satu lagi salinan
sah yang diperakui hendaklah dihantar, dalam tempoh sebagaimana yang
ditetapkan, kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah menyebabkan semua
13 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
salinan yang diperakui itu dijilid bersama untuk menjadi Daftar
Perkahwinan Orang Islam Luar Negeri.
31. (5) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang dikehendaki
didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam
tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), perkahwinan itu boleh,
atas permohonan kepada Pendaftar, didaftarkan kemudian setelah
dibayar apa-apa Penalti yang ditetapkan.
[22] Apabila Mahkamah membuat dapatan bahawa pernikahan Pemohon dan Responden
adalah Pernikahan di Luar Negeri, maka ia serupalah dengan pernikahan-pernikahan lain
yang diupacarakan oleh pemastautin Negeri Selangor di Negeri-Negeri lain seperti
Melaka, Perak, Johor, Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Remedi
yang wujud bagi mendaftarkan pernikahan seperti itu wujud di bawah seksyen 31 ini jika
pernikahan itu telah atau belum didaftarkan. Tafsiran Negeri di dalam seksyen 2
Enakmen itu mestilah difahami dengan lebih luas kerana ia termasuklah mana-mana
Negeri dalam mana-mana negara. Tafsiran ini tepat memandangkan seksyen 31(1) dan
109 juga merujuk perkataan Luar Negeri dalam seksyen tersebut termasuk pernikahan di
Negeri / Negara bagi maksud seksyen 24 Enakmen iaitu akad nikah perkahwinan di
kedutaan-kedutaan, dsb., Malaysia di Luar Negeri. Dalam kes Pemohon dan Responden,
mereka telah berkahwin di Haijadi Union, yang mempunyai satu District (Daerah) iaitu
Narayanganj di mana ia dimanakan sebagai salah satu State (Negeri) di Bangladesh.
[23] Apabila seorang pemastautin Selangor telah berkahwin di Negeri Kelantan menggunakan
Undang-Undang Negeri Kelantan dan mendaftarkan perkahwinan itu mengikut undang-
undang Kelantan, adakah perkahwinan itu didaftarkan semula di Negeri Selangor?
Mustahil ia berlaku malah berani saya nyatakan di dalam penghakiman ini, Pejabat
Agama Islam tidak pernah memberi sifat pendaftaran pernikahan tersebut seperti
kehendak Seksyen 31(1) Enakmen Negeri Selangor dan merekodkan ia sebagai Daftar
Perkahwinan Orang Islam Luar Negeri Seperti kehendak seksyen 31(4). Malah sijil nikah
negeri Kelantan itu sah dijaja seluruh Negeri Selangor dengan bangga oleh Pemiliknya.
14 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Jadi, mengapa berlaku double standard di dalam kes pemohon oleh Pendaftar? Mengapa
diarahkan pendaftaran pernikahan yang telah didaftarkan? Mengapa perlu Sijil Nikah
Selangor dikeluarkan untuk pemohon ini sedangkan pemohon telah memiliki satu sijil
nikah yang sah? Adakah Pendaftar mengarahkan pemastautin Selangor yang bernikah di
mana-mana negeri selain Negeri Selangor di Malaysia dan memiliki sijil nikah negeri itu
untuk membuat perkara yang sama? Saya biarkan soalan ini di sini untuk difikirkan oleh
Pendaftar. Saya tinggalkan peruntukan Seksyen 109 Enakmen ini untuk menjawab
persoalan ini. Seperti yang saya janjikan, ianya akan saya ulas kemudian.
[24] Dalam menentukan sesuatu perkahwinan itu boleh atau tidak boleh didaftarkan di bawah
Seksyen 31 ini, mahkamah perlu terlebih dahulu memastikan perkahwinan itu telah
diakui sah mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar Perkahwinan, perceraian dan Rujuk
Bagi Orang Islam, selaras dengan kehendak subseksyen (1) di bawah seksyen 31:
31(1) Jika seseorang yang bermastautin dalam Negeri Selangor telah berkahwin
di luar negeri dengan sah mengikut Hukum Syarak...
Perlu diingat, anggapan bagi semua perkahwinan yang diupacarakan di mana jua dan
pada bila-bila masa hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini. Ia
jelas dinyatakan di dalam Seksyen 109 seperti berikut:
Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Selangor
109. Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri
Selangor, lain daripada perkahwinan yang diakadnikahkan di sesuatu
kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau pejabat Konsul Malaysia di bawah
seksyen 24 hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini
jika---
(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau
dibenarkan oleh undang-undang tempat di mana ia telah dilakukan;
15 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
(b) tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya
itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat
bermastautinnya; dan
(c) jika salah satu pihak itu adalah pemastautin di Negeri Selangor,
kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwin mengikut
Enakmen ini.
[25] Dalam isu untuk memutuskan sahnya sesuatu perkahwinan di sisi Hukum Syarak itu,
kehendak Enakmen menyatakan kesahan perkahwinan itu hendaklah dipertikaikan
terlebih dahulu oleh mana-mana orang. Jika tiada pertikaian maka, perkahwinan itu
hendaklah kekal sah melainkan ianya dibuktikan sebaliknya. Panduan ini jelas dinyatakan
dalam seksyen 27:
Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau tak legal
27. Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada
Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes dalam mana dia berpendapat
bahawa sesuatu perkahwinan adalah tak sah atau bahawa sesuatu
perkahwinan yang kena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan
dengan Enakmen ini.
Pendaftar dalam seksyen ini adalah Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk
Orang Islam seperti yang ditafsirkan oleh Seksyen 2 Enakmen.
[26] Persoalan dalam kes ini, siapa yang mengatakan perkahwinan pemohon tidak sah?
jawapannya tiada pihak yang mempersoalkannya. Ia selaras dengan kehendak seksyen 27
Enakmen yang mana jika sesuatu perkahwinan itu hendak dipertikaikan kesahannya
(mengikut Hukum syarak) atau legalitinya (mengikut aturan dalam Enakmen) maka ianya
hendaklah dilaporkan kepada Pendaftar. Dalam kes ini, tiada siapa yang mempertikaikan
sahnya pernikahan pihak-pihak dan mahkamah mesti menganggap pernikahan itu sah
sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mana-mana orang atau Pendaftar.
16 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[27] Dalam kes ini juga, Surat dari Pendaftar (eksibit SNA-4) merujuk permohonan pemohon
ke mahkamah untuk mendapatkan perintah pengesahan nikah dan mendaftarkan
penikahan pemohon kerana pernikahan pemohon pada dapatan Pendaftar adalah
berlawanan dengan Enakmen. Tiada laporan siasatan dikemukakan bersama untuk
kehendak seksyen 27 itu, sama ada siasatan sahnya perkahwinan pemohon atau legalnya
perkahwinan pemohon. Tiada isu tentang sah atau tidaknya pernikahan Pemohon
dinyatakan dalam surat rujukan tersebut. Pada pandangan Mahkamah, isu sahnya sesuatu
perkahwinan itu di sisi Hukum Syarak menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk
menentukannya. Ia bukanlah tanggungjawab Mahkamah. Tiada permohonan seperti itu
diperuntukkan dalam Jadual 2 Enekmen Tatacara. Apa yang ada hanyalah Perintah bagi
pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang.
[28] Mahkamah tidak berhasrat untuk memeriksa semula sahnya pernikahan Pemohon dan
Responden mengikut Hukum Syarak kerana ia bukanlah satu isu yang dipertikaikan oleh
mana-mana orang seperti kehendak seksyen 27 Enakmen. Pernikahan pihak-pihak juga
telah disiasat oleh Pendaftar dan diakui sah oleh Pendaftar dalam bidangkuasanya. Isu ini
jelas disebut dalam keterangan Pendaftar. Walaubagaimana pun, Mahkamah tetap akan
membuat keputusan pengesahan di sisi Hukum Syarak ini kerana ia telah diajukan ke
Mahkamah ini sebagai satu persoalan yang perlu diputuskan dalam surat Pendaftar.
Keputusan Mahkamah ini tidaklah mengakaskan keputusan Pendaftar, ia dibuat untuk
menguatkan lagi dapatan Pendaftar memandangkan isu ini dikemukakan kepada
Mahkamah untuk didengar. Dapatan mahkamah dan dapatan Pendaftar tentang sahnya
pernikahan Pemohon adalah sama. Tidak ada bezanya. Mahkamah berharap, huraian
Mahkamah dalam isu ini membuka mata Pendaftar akan kuasa Pendaftar yang
diperuntukkan dalam Undang-Undang. Tiada isu lagi seperti ini perlu dimajukan ke
Mahkamah untuk diputuskan.
[29] Walau bagaimana pun, persoalan kedua perlu diputuskan juga iaitu adakah pernikahan ini
boleh didaftarkan? Jika boleh didaftarkan, adakah perlu kepada perintah Mahkamah?
ianya nyata merupakan 2 persoalan undang-undang yang berbeza.
17 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[30] Bagi menjawab isu kedua, mahkamah meneliti eksibit SNA-3 dan SNA-4 yang
dikemukakan oleh pemohon yang mana ianya terdiri daripada:
1. Nikah Nama dalam tulisan bengali abugida menggunakan bahasa Modern Standard
Bengali yang ditandakan dengan SNA-3
2. Nikah Nama (English Translation), Marriage Certificate Government Of The people's
Republic Of Bangladesh dan Affidavit pemohon dan Responden dihadapan Senior
Judicial Magistrate, Narayanganj yang ditandakan secara kumulatif dengan SNA-4.
[31] Berdasarkan eksibit-eksibit yang dikemukakan, mahkamah boleh membuat dapatan yang
konklusif bahawa pernikahan pemohon dan responden telah didaftarkan. Ia juga sesuai
dengan kehendak seksyen 31(1) di mana pemohon telah berkahwin di luar negeri Selangor
pada 2/8/2017, dan pada 5/8/2017 (3 hari selepas tarikh perkahwinan dan masih termasuk
kira tempoh 6 bulan yang diperuntukkan seksyen 31(1)) pernikahan pihak-pihak telah
didaftarkan oleh Office Of The Muslim Marriage Registrar And Kazi Haijadi Union Kazi
Office, Araihazar, Narayanganj, Bangladesh iaitu (Pejabat Kadi dan Pendaftar
Perkahwinan Orang Islam). Pendaftaran telah dibuat sewajarnya oleh Pendaftar Nikah dan
Kadi MD. UNOUS ALI iatu pendaftar nikah yang diberi kuasa dalam negerinya yang
boleh disifatkan sebagai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam yang
berhampiran sekali atau yang terdapat dengan paling senang di luar negeri mengikut
kehendak 31(1). Jadi, apa yang berlaku dengan pendaftaran seperti ini menurut seksyen
31(1)? Jawapannya mudah, perkahwinan itu, setelah didaftarkan, hendaklah disifatkan
sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini. Jadi, tidak perlu lagi Surat Perakuan Nikah
Negeri Selangor dikeluarkan untuk pasangan ini. Jika dikeluarkan maka ia bersalahan
dengan kehendak Seksyen 31(1) Enakmen.
[32] Mahkamah juga membuat dapatan bahawa pendaftaran yang dibuat oleh Kerajaan
Bangladesh adalah satu bentuk Pendaftaran yang hebat dan sempurna mengikut Undang-
Undang. Buktinya, Dokumen SNA-3 dan SNA-4 adalah Dokumen Awam yang
mengandungi 8 meterai termasuk meterai dari Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Dhaka,
18 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Bangladesh. Seksyen 44(1)(e) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003 yang mana memperuntukkan:
Fakta yang mengenainya Mahkamah mesti memberi pengiktirafan
kehakiman
44. (1) Mahkamah hendklah memberikan pengiktirafan kehakiman
mengenai fakta yang berikut:
(a) ...
(b) ...
(c) ...
(d)...
(e) meterai semua Mahkamah di Malaysia, semua meterai yang mana-
mana orang diberikuasa untuk menggunakannya oleh mana-mana
undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia dan meterai
notari awam.
[33] Mahkamah yakin dan percaya, Undang-Undang Negeri Selangor juga mengiktiraf
Kedaulatan Undang-Undang Negeri/Negara lain dan bersedia memberi pengiktirafan
Kehakiman atas apa jua efek pendaftaran atau apa-apa sifat di sisi Undang-Undang yang
di buat menggunapakai Undang-Undang dalam sebuah Negara yang berdaulat. Dokumen
Eksibit SNA-3 dan SNA-4 adalah dokumen-dokumen awam selaras dengan kehendak
peruntukan, Seksyen 57 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003 yang mana memperuntukkan:
Dokumen awam
57. Dokumen yang berikut ialah dokumen awam----
(a) Dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan----
(i) Kuasa pemerintah berdaulat
(ii) badan rasmi dan tribunal; dan
19 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
(iii) pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada
bagi Persekutuan atau Negeri atau bagi negara asing; dan
(b) rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen
persendirian.
[34] Pembuktian bagi Dokumen awam ini pula jelas diterangkan di dalam Seksyen 61(1)(e)
yang mana memperuntukkan:
Pembuktian dokumen rasmi tertentu
61. (1) Dokumen awam yang berikut bolehlah dibuktikan seperti berikut:
(a)...
(b)...
(c)...
(d)...
(e) dokumen awam daripada apa-apa jenis lain di sesuatu negara asing,
melalui dokumen asal atau melalui salinan yang diperakui oleh
penyimpannya yang sah, berserta suatu perakuan yang dimeterai dengan
meterai natori awam atau pegawai konsul Malaysia bahawa salinan itu
diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai yang mempunyai jagaan yang
sah ke atas dokumen asal itu dan apabila sifat dokumen itu dibuktikan
mengikut undang-undang negara asing itu.
[35] Persoalannya, jika pernikahan Pemohon dan Responden ini disifatkan seperti telah
didaftarkan dibawah Enakmen ini dan tiada Surat Perakuan Nikah boleh dikeluarkan, apa
yang perlu dibuat oleh Pemohon dan Responden bagi membolehkan Sijil Nikah Luar
Negara mereka diakui dan boleh diguna pakai bagi segala urusan di Negeri Selangor?
Jawapan bagi persoalan ini tersedia di dalam Seksyen 109 Enakmen di mana Mahkamah
hendaklah memberi Pengiktirafan kepada Perkahwinan itu seperti yang telah saya
nyatakan dalam perenggan 12 penghakiman ini.
20 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[36] Bagi maksud pengiktirafan ini, Pemohon boleh memohon kepada Mahkamah agar
perkahwinannya diiktiraf dengan mengemukakan permohonan Pengiktirafan
Perkahwinan yang diijabkabulkan di luar Negeri Selangor seperti yang diperuntukkan
dalam Jadual 2 Enakmen Tatacara Mal. Inilah jawapan terhadap persoalan Pengiktirafan
Mahkamah terhadap perkahwinan Luar Negeri Selangor dan bagaimana sepatutnya ia
ditadbir.
[37] Acara bagi Pengiktirafan Perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri
Selangor ini adalah suatu yang telah mantap dan telah wujud keputusan-keputusan kes di
peringkat Mahkamah Tinggi Syariah dan ia telah dilaporkan untuk rujukan semua Hakim
Syarie dalam membuat keputusan. Akan tetapi ia seolah-olah sesuatu yang telah
dilupakan dan tidak diberi perhatian. Mahkamah merujuk kepada 2 kes yang telah
dilaporkan iaitu Zainal Abidin Bin Mohamed lwn Norziah Binti Mohd Nor Jurnal Hukum
1998 JLD.XII BHG 1 dan Haji Mohamed lwn Bahrunnasran dan Mazliani binti
Mohamed Jurnal Hukum 1998 JLD.XII BHG 1. Dalam kedua-dua kes ini, YA Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu (Haji Ismail Bin Yahya) memutuskan
pernikahan yang dijalankan oleh pihak-pihak di Selatan Thailand dalam kes masing-
masing adalah tidak boleh diberi pengiktirafan. Jelas sekali dalam kedua-dua kes
tersebut, YA Hakim bicara menggunakan acara pengiktirafan perkahwinan dan bukan
mengarahkan pendaftaran perkahwinan. Acara pengiktirafan ini masih dikekalkan di
dalam Undang-Undang seragam Mahkamah Syariah seluruh Malaysia dan tidak pernah
dimansukhkan. Oleh itu, pada dapatan Mahkamah ini, acara pengiktirafan ini adalah yang
sebetulnya dilaksanakan bagi mentadbir Pernikahan Luar Negeri oleh pemastautin Negeri
Selangor.
[38] Mahkamah dalam isu pendaftaran perkahwinan Pemohon dan Responden mendapati,
kehendak Seksyen 31 Enakmen bagi perkahwinan seperti ini boleh didaftar hanyalah
sekiranya perkahwinan itu belum didaftarkan sahaja. Bahagian III Pendaftaran
Perkahwinan merujuk khusus kepada peruntukan Seksyen 31(2) "perkahwinan itu belum
didaftarkan di luar negeri" dan Seksyen 33(1) "sesuatu perkahwinan mengikut Hukum
21 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Syarak yang diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang... boleh, jika
perkahwinan itu belum didaftarkan" Maka, jika Pemohon dan Responden berhasrat
mendaftarkan perkahwinan di bawah Enakmen ini maka pendaftaran di luar negeri tidak
perlu dilakukan. Pemohon dan Responden boleh mendaftarkan pernikahan di bawah
Enakmen ini dengan memenuhi kehendak seksyen 31(2) atau seksyen 33(1). Apabila
Pemohon dan Responden memilih untuk menggunakan remedi di bawah 31(1) maka
pendaftaran yang telah dibuat hanya boleh disifatkan sebagai daftar di bawah Enakmen
ini sahaja. Tidak ada pendaftaran lagi bagi nikah yang telah didaftarkan sempurna
mengikut kehendak Undang-Undang.
[39] Apabila Mahkamah membuat dapatan bahawa pernikahan Di Luar Negeri adalah tidak
bersalahan dengan Enakmen, maka Mahkamah telah mempertimbangkan dari segala
sudut. Jika ianya satu kesalahan maka, ramailah pemastautin Negeri Selangor yang
berkahwin di Perak, Kedah, Perlis dan Negeri-Negeri lain akan tersabit dengan kesalahan
itu kerana mereka berkahwin tidak menggunakan undang-undang Selangor tetapi
menggunakan undang-undang di tempat mana mereka berada. Jika mendapatkan
kebenaran berkahwin itu merupakan kehendak Undang-Undang tempat itu, maka
dapatkanlah di tempat mereka ingin berkahwin, jika ia bukan satu keperluan dalam
Undang-Undang di tempat itu, maka berkahwinlah mengikut apa yang ditetapkan oleh
Undang-Undang di tempat itu. Ingatlah, pemakaian Undang-Undang diri adalah bagi
pemakaian setempat bagi negeri itu sahaja, tidak tertakluk kepada mereka yang berada di
luar Negeri itu. Undang-Undang Negeri Selangor tidak terpakai untuk tujuan berkahwin
di Negeri perak dan negeri/negara lain. Inilah pandangan saya terhadap kehendak
Bahagian 2, Seksyen 31, Seksyen 33 dan Seksyen 109 Enakmen.
[40] Mahkamah juga tertarik untuk mengulas Affidavit di dalam SNA-4 yang dikemukakan
oleh Pemohon. Mahkamah mengulangi semula sanjungan mahkamah tentang kehebatan
Pendaftaran Perkahwinan oleh Kerajaan Bangladesh. Pengemukaan Affidavit tersebut
bukan sahaja satu bukti sokongan terhadap pendaftaran, malah pada pandangan
Mahkmah merupakan satu Dekri yang sah dan boleh menghalang Mahkamah dari
22 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
mendengar kes ini. Dekri tersebut merupakan satu res judicata seperti yang dijelaskan
dalam Seksyen 28 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
yang mana menyatakan:
Penghakiman dahulu adalah relevan bagi menghalang guaman atau
perbicaraan yang kedua
28. Kewujudan apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang menurut
undang-undang mencegah mana-mana Mahkamah daripada mengambil
tahu tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu
perbicaraan ialah qarinah apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah
patut mengambil tahu tentang guaman itu atau mengadakan perbicaran itu.
[41] Persoalannya, mengapa Mahkamah masih mendengar permohonan ini? Jawapannya
mudah, Dekri tersebut dikemukakan bukan dengan hasrat untuk menghalang prosiding
tetapi dikemukakan sendiri oleh Pemohon untuk membolehkan Permohonannya didengar
oleh Mahkamah. Kandungan Dekri tersebut jugalah yang membantu Mahkamah dalam
memutuskan kes ini. Dikri tersebut telah memberitahu Mahkamah bahawa Pemohon dan
Responden telah mengisytiharkan perkahwinan mereka dan mengisytiharkan bahawa
perkahwinan Pemohon dan Responden telah didaftarkan seperti yang dinyatakan dalam
dekri tersebut. Dikri tersebut saya lampirkan bersama dengan penghakiman ini sebagai
satu rujukan autoriti penghakiman ini. (Rujuk Lampiran 1).
[42] Dikri ini menjadi lebih hebat apabila ia diikrarkan dihadapan, dan dimeterai oleh, Senior
Judicial Magistrate Of Narayanganj Md. Mohmudul Muhsin. Dikri ini juga dimeterai
oleh Public Notary (Seluruh bangladesh) Md. Kamruzzaman dan Penolong Setiausaha
Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Dhaka, Bangladesh Tamanna Tabassum Khan.
Dikri seperti ini sudah tentu mempunyai kesan perundangan di Mahkamah ini. Seksyen
29 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 jelas menyatakan:
23 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Bila penghakiman tertentu dalam bidang kuasa probet, dsb. ialah qarinah
29. (1) Sesuatu penghakiman, perintah atau dekri muktamad yang dibuat
oleh Mahkamah pada menjalankan bidang kuasa probet atau hal ehwal
suami isteri, yang memberikan kepada atau melucutkan daripada mana-
mana orang apa-apa sifat di sisi undang-undang, atau yang menetapkan
mana-mana orang menjadi berhak kepada mana-mana sifat itu, atau berhak
kepada apa-apa benda tertentu, bukan terhadap aman-aman orang tertentu
tetapi dengan mutlaknya, ialah qarinah apabila kewujudan apa-apa sifat di
sisi undang-undang itu atau kewujudan hak mana-mana orang sedemikian
terhadap apa-apa benda sedemikian adalah qarinah.
(2) Penghakiman, perintah atau dekri sedemikian ialah bukti konklusif---
(a) bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang diberikan olehnya
kepada mana-mana orang terakru pada masa penghakiman, perintah,
atau dekri itu mula berkuat kuasa;
(b) bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang kepadanya mana-
mana orang sedemikian ditetapkan olehnya menjadi berhak terakru
kepada orang itu pada masa ia ditetapkan oleh penghakima, perintah
atau dekri itu sebagai terakrukepada orang itu;
(c) bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang dilucutkan olehnya
daripada mana-mana orang sedemikian terhenti dari masa ia ditetapkan
oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut
terhenti; dan
(d) bahawa apa-apa jua yang kepadanya mana-mana orang ditetapkan
olehnya sebagai berhak sedemikian ialah harta orang itu dari masa ia
ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau
patut menjadi harta orang itu.
[43] Bagi kes Pemohon, Pendaftar sepatutnya boleh membuat terus keputusan di dalam kuasa
Pendaftar dengan menyifatkan pendaftaran yang dibuat oleh Pemohon di Bangladesh
24 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
adalah seperti daftar di bawah Enakmen ini. Apa sahaja sifat pendaftaran yang ingin
dijelmakan oleh Pendaftar adalah hak Pendaftar dan ianya hendaklah sesuai dengan
aturan seksyen 31(4) Enakmen dan menjadi Daftar Perkahwinan Orang Islam Luar
Negeri. Mudah kata, sekiranya pasangan yang telah berkahwin di luar Negeri Selangor
hadir ke Pejabat Agama dan mengemukakan Sijil Nikah dari tempat mereka berkahwin di
luar negeri, maka tidak perlu lagi mendaftar perkahwinan mereka. Jika mereka berhasrat
untuk perkahwinan mereka diiktiraf oleh Undang-undang Negeri Selangor, mereka boleh
dinasihatkan untuk mengemukakan Permohonan ke Mahkamah di bawah seksyen 109
dengan Notis Permohonan menggunakan tajuk Pengiktirafan perkahwinan yang
diijabkabulkan di luar Negeri Selangor (Pengakuterimaan Paterniti) seperti yang
diperuntukkan dalam Jadual 2 Enakmen Tatacara Mal dan bukan di bawah Seksyen 12(2)
Enakmen.
[44] Dengan mengemukakan permohonan ini, Pemohon boleh menyelesaikan banyak isu
termasuklah haknya menggunakan sijil nikah luar negeri bagi urusan di dalam negeri
Selangor, pengesahtarafan anak, perceraian dan pusaka. Hal ini kerana Undang-undang di
Negeri Selangor telah mengiktiraf perkahwinan mereka dan segala perkara yang timbul
bersabit dari pernikahan tersebut hendaklah juga diiktiraf. Tatacara bagi pengiktirafan
itulah yang menjadi tanggungjawab Mahkamah dengan mengambil kira kehendak
Enakmen Keterangan dan Seksyen 109 Enakmen Keluarga.
[45] Ingin dinyatakan sekali lagi, pemahaman terhadap Bahagian 2 Enakmen (Seksyen 7
hingga 24) dan Seksyen 31 Enakmen perlu dihadam dan difahami dengan betul oleh
Pendaftar agar tidak tersasar dalam apa-apa proses pengesahan dan pendaftaran
pernikahan Orang Islam di Negeri Selangor.
[46] Kesimpulannya, Mahkamah mendapati isu dalam kes ini hanyalah satu isu yang
berbentuk pentadbiran sahaja. Ianya boleh diselesaikan jika Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dibaca dan difahami dengan jelas oleh semua
pihak khususnya Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju' Orang Islam Negeri
25 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Selangor yang telah dilantik di bawah Enakmen ini. Jika isu dalam kes ini menjadi satu
amalan kebiasaan turun temurun di Pejabat Agama Islam maka ia perlu dibetulkan.
Belajarlah untuk "Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul" mulai sekarang. Firman
Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 43:
ا وما ارسلنا من ق بلك الا رجالا ن وحى اليهم تم ان الذ كر اهل فس ئ لو ت علمون ل كن
Maksudnya: "Dan tidaklah Kami mengutuskan Rasul-rasul sebelummu
(wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang
kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai
golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu
tidak mengetahui".
[47] Jika Pemahaman Pendaftar terhadap Kuasa-Kuasa Pendaftar yang diperuntukkan dalam
Undang-Udang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 jelas difahami maka Mahkamah
percaya Pendaftar akan lebih berani membuat keputusan dalam bidangkuasanya dan tidak
hanya menyerahkan kuasa tersebut kepada Mahkamah untuk diselesaikan. Jika kuasa
Pendaftar diselesaikan oleh Mahkamah, apa lagi fungsi Pendaftar yang tinggal?
[48] Pendaftar tidak perlu takut untuk membuat apa-apa keputusan dalam bidangkuasanya
seperti yang diperuntukkan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri
Selangor 2003. Hal ini kerana, jika pihak-pihak tidak berpuas hati dengan keputusan
Pendaftar itu, mereka masih mempunyai peluang untuk merayu kepada Mahkamah
Rayuan Syariah seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 123 Enakmen:
Rayuan 123. Mana-mana orang yang terkilan dengan mana-mana
keputusan mana-mana Mahkamah, atau mana-mana Pendaftar di bawah
Enakmen ini boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah.
26 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[49] Melalui seksyen 123 ini juga boleh disimpulkan bahawa, kesan keputusan prosiding di
hadapan mana-mana Pendaftar yang dibuat dalam bidangkuasanya seperti yang
diperuntukkan di dalam Enakmen ini mempunyai kesan yang sama dan setaraf dengan
keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah. Oleh itu, sekiranya ada mana -
mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang pada hari ini terlalu teruja membuat
keputusan yang dalam bidangkuasa Pendaftar maka, Hakim tersebut telah membuat satu
keputusan yang melangkaui bidangkuasanya. Kesan dari itu, keputusan Hakim
Mahkamah Rendah tersebut boleh disifatkan sebagai tidak sah di sisi Undang-Undang.
Tindakan ini perlu dihentikan serta merta. Prinsip ini telah dibentuk dengan begitu
mantap dalam satu kes Rayuan Syariah dalam Noh Bin Atan v. Shakila JH (1998)
JLD.XII BHG 1, di mana Panel tersebut memutuskan dalam penghakimannya "Wakil
yang kena tuntut mengemukakan kepada Mahkamah mengenai bidangkuasa Mahkamah
ini walaupun terlewat tapi perkara ini adalah penting kerana ia menetukan bidangkuasa,
tanpa bidangkuasa, perbicaraan dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah adalah tidak
sah". Jelas dinyatakan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor bahawa
terdapat pembahagian kuasa antara Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' dengan
Hakim Mahkamah Rendah Syariah di Negeri Selangor.
[50] Melalui seksyen ini juga dapat difahami bahawa, hanya Mahkamah yang mempunyai
kuasa-kuasa Rayuan Syariah sahaja yang boleh mengakas keputusan pendaftar yang
dibuat dalam bidangkuasanya vice versa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Rendah.
Saya senaraikan di sini antara bidangkuasa Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju'
dan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah dalam Hal Ehwal Perkahwinan, Perceraian
dan Rujuk seperti yang telah termaktub di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003:
SEKSYEN TAJUK BIDANGKUASA
PENDAFTAR
NCR
Mahkamah
Rendah
Mahkamah
Tinggi
27 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Syariah Syariah
8 Keizinan untuk
melangsungkan
perkahwinan seseorang
orang belum dewasa
√
12(2) vide kepada
laporan sisatan
dibawah seksyen
27
Perintah bagi pendaftaran
perkahwinan yang
dilangsungkan
berlawanan dengan
Enakmen (Dalam Negeri
Selangor)
√
7(2), 13 dan 18 Pelantikan Wali Am √
14(2)(b)(iii) Pengesahan Janda √
14 (3) Janda Berhias √
15 Mungkir Janji Untuk
Berkahwin √
16 dan 17 Kebenaran berkahwin √
20 Kebenaran
melangsungkan aqad
nikah di luar kariah atau
di mana-mana Negeri
√
20(3)(b) vide
Kebenaran
berkahwin
Enakmen negeri
berkaitan
Pengendorsan Kebenaran
berkahwin di dalam
Negeri Selangor oleh
Pasangan yang datang
dari Luar Negeri
(Kebenaran Pendaftar)
√
20(3)(b) vide
Perintah Wali Raja
Pengendorsan Kebenaran
berkahwin di dalam √
28 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Enakmen negeri
berkaitan
Negeri Selangor oleh
Pasangan yang datang
dari Luar Negeri
(Kebenaran Wali Raja)
23 Kebenaran berkahwin
Poligami, Pengesahan
Nikah Poligami dan
daftar nikah Poligami.
√
27 Siasatan terhadap
Laporan Perkahwinan
yang tidak sah atau tidak
legal (Pengesahan Nikah)
√
31(2) Membuat keputusan
sama ada mendaftar atau
tidak mendaftar
perkahwinan Luar Negeri
bagi perkahwinan yang
belum didaftarkan
√
33 Pendaftaran sukarela bagi
perkahwinan yang belum
didaftarkan (Sebelum
atau selepas tarikh yang
ditetapkan) 1 Januari
2004
√
42 Membetulkan kesilapan
dalam Daftar
perkahwinan
√
47(14) Perakuan Jawatankuasa
Pendamai √
29 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
52(1)(2)(3)(4)(5)(6) Pengesahan dan
Pendaftaran Ruju' √
52(8)(9) Perintah hidup semula
sebagai suami isteri √
[51] Apa yang menjadi kebimbangan saya adalah lacuna bagi Tatacara rayuan di bawah 123
bagi keputusan yang dibuat oleh pendaftar kerana ianya tidak diperuntukkan secara jelas
di dalam mana-mana undang-undang termasuk tatacara Mal Mahkamah Syariah. Ia
adalah satu perkara yang perlu difikirkan oleh penggubal Undang-Undang di Negeri
Selangor bagi memastikan kelangsungan kes-kes yang berada di dalam bidangkuasa
Pendaftar. Bagi keputusan Hakim mahkamah Rendah, ianya bukan satu isu kerana telah
diperuntukkan secara jelas di dalam Bahagian XVII Rayuan Seksyen 138 hingga 146 di
dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 .
[52] Kesimpulan Dapatan:
1. Pernikahan Pemohon dan Responden adalah Nikah Luar Negeri Selangor dan tidak
tertakluk kepada pendaftaran di bawah Seksyen 12(2)
2. Pernikahan pemohon tidak boleh didaftarkan kerana ia telah didaftarkan sesuai dengan
kehendak seksyen 31(1)
3. Tiada sijil Nikah Negeri Selangor boleh dikeluarkan kepada pernikahan yang telah
didaftarkan sesuai dengan kehendak Undang-Undang tempat mereka berkahwin. Jika
belum didaftarkan maka acara pendaftaran itu boleh dibuat dengan memenuhi kehendak
seksyen 31(2).
4. Pemohon dan Responden boleh memohon untuk Mahkamah mengiktiraf pernikahan Luar
Negeri mereka dengan mengemukakan permohonan di bawah seksyen 109.
30 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
5. Pengesahan nikah bukan tanggungjawab Mahkamah tetapi menjadi tanggungjawab
Pendaftar sekiranya ada dilaporkan oleh mana-mana orang sesuai dengan kehendak
seksyen 27.
6. Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mana-mana pendaftar yang dibuat
dalam bidangkuasanya yang diperuntukkan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam negeri Selangor boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah seperti yang
dinyatakan dalam seksyen 123.
KEPUTUSAN
Mahkamah memerintahkan;
Mengesahkan Pernikahan Pemohon dan Responden
Pernikahan Pemohon dan Responden tidak boleh didaftarkan kerana ia telah didaftarkan di
bawah satu Undang-undang bertulis yang lain. Pendaftaran itu boleh disifatkan sebagai satu
daftar di bawah Enakmen ini sahaja.