lwn. - jakess.gov.my 2019/JJ LWN WBWD & 6...1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH...
Transcript of lwn. - jakess.gov.my 2019/JJ LWN WBWD & 6...1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH...
1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
JJ
lwn.
WBWD & 6 yang lain
[Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil.: 10400-017-0321-2015 (Y.A
Tuan Abdul Shukor bin Abd Hamid, HMTS)]
[29 Rejab 1440H bersamaan 04 April 2019]
Undang-Undang Keluarga Islam - Tuntutan Harta Sepencarian Maksud Harta Sepencarian-
Pengisytiharan Sebagai Harta Sepencarian - Kadar Pembahagian Mengikut Takat Sumbangan -
Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fakta Kes
[1] Plaintif dan Allayarham WDWA telah bernikah pada 04.05.1993 dan sepanjang tempoh
perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua seorang cahaya mata iaitu Defendan 1.
Allayarham telah meninggal dunia pada 21.09.2014 di Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia kerana Advanced Nasopharyngeal Cencer With Liver Metastasis.
Sebelum bernikah dengan Plaintif, allayarham telah bernikah terlebih dahulu dengan
isteri lain dan hasil perkahwinan tersebut telah dikurniakan enam (6) orang anak iaitu
Defendan 2 hingga Defendan 7 di dalam kes ini.
[2] Plaintif mendakwa sepanjang tempoh perkahwinan dengan Allayarham, mereka telah
memperolehi tujuh (7) jenis harta seperti berikut:
1. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXXX, Lot XXXX, Kg
Bukit Hanyut, Mukim Gunong, Jajahan Bachok, Kelantan, (0.5075 Hektar).
2. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXX, Lot XXXX, Jajahan
Bachok, Mukim Gunung, Kelantan, (1.7500 ekar).
2 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
3. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXX, Kg. Kubang
Telaga, Jajahan Bachok, Kelantan (0.2865 Hektar).
4. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXXX, Lot XXXX, Kg
Pdg Kuau, Jajahan Bachok, Mukim Kuau, Kelantan, (0.0444 Hektar).
5. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik GM XXXX, Lot XXXX, Kampong
Penunggol, Daerah Peringat, Jajahan Kota Bharu, Mukim Melor, Kelantan, (0.2043
Hektar).
6. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXXX, Lot XXXX,
Kampong Penunggol, Daerah Peringat, Jajahan Kota Bharu, Mukim Melor, Kelantan,
(0.3161 Hektar).
7. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXX, Lot XXX,
Kampong Bukit Temalong, Jajahan Bachok, Mukim Gunong, Kelantan, (1.0457
Hektar).
[3] Kesemua hartanah yang dituntut oleh Plaintif tersebut telah didaftarkan di dalam
dokumen hakmilik di atas nama si mati sahaja. Plaintif mengaku tidak memberikan
sumbangan langsung di dalam pemerolehan hartanah-hartanah tersebut dan hanya
memberikan sumbangan tidak langsung sahaja ke atas pemerolehan kesemua hartanah
tersebut.
Diputuskan
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif bersama Peguam Syarienya dan
kehadiran Defendan 2 bersama Peguam Syarienya. SETELAH MENELITI semua kertas kausa,
keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut:
1) Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif berdasarkan Seksyen 122 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2) Mahkamah memerintahkan hartanah-hartanah sebagaimana berikut:
3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
i. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXXX, Lot XXXX, Kg
Bukit Hanyut, Mukim Gunong, Jajahan Bachok, Kelantan, (0.5075 Hektar).
ii. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXX, Lot XXXX, Jajahan
Bachok, Mukim Gunung, Kelantan, (1.7500 ekar).
iii. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXX, Kg. Kubang
Telaga, Jajahan Bachok, Kelantan (0.2865 Hektar).
iv. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXXX, Lot XXXX, Kg
Pdg Kuau, Jajahan Bachok, Mukim Kuau, Kelantan, (0.0444 Hektar).
v. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik GM XXXX, Lot XXXX, Kampong
Penunggol, Daerah Peringat, Jajahan Kota Bharu, Mukim Melor, Kelantan, (0.2043
Hektar).
vi. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXXX, Lot XXXX,
Kampong Penunggol, Daerah Peringat, Jajahan Kota Bharu, Mukim Melor, Kelantan,
(0.3161 Hektar).
vii. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM XXX, Lot XXX,
Kampong Bukit Temalong, Jajahan Bachok, Mukim Gunong, Kelantan, (1.0457
Hektar).
diisytiharkan sebagai harta sepencarian bersama di antara Plaintif dan Allayarham
WDWA (No. Daftar Sijil Kematian: XXXXXX).
3) Mahkamah memerintahkan kesemua hartanah tersebut hendaklah dibahagikan di antara
Plaintif dan Allayarham WDWA (No. Daftar Sijil Kematian: XXXXXX) dengan kadar
30% hendaklah diberikan kepada Plaintif manakala 70% hendaklah diberikan hendaklah
difaraidkan kepada kesemua ahli waris Allahyarham WDWA (No. Daftar Sijil Kematian:
XXXXXX) yang berhak.
4 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Peguam Syarie
Plaintif : diwakili oleh Puan Asmahani bt Raman daripada Asmahani & Co
Defendan 2 : diwakili oleh Encik Yusfa Hanis bin Yusoff daripada Tetuan Yusfa
Imran & Associates
Nas Yang Dirujuk
1. Surah An-Nisa’ : ayat 32.
2. Surah Al-Baqarah : ayat 188 dan 228.
Hadith Yang Dirujuk
1. Sunan Al-Tarmizi. 1937. Jilid 3, Cetakan 1. Matbaah Al-Bab Al-Halabi.
Undang-Undang Yang Dirujuk
1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, s.61.
2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, s. 63.
3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, s. 2, s. 4, 122.
4. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, s. 17, s. 48, s. 49, s.
72, s. 73, s. 78, s. 81.
5. Arahan Amalan Mahkamah Syariah, No. 6 Tahun 2003.
6. Arahan Amalan Mahkamah Syariah, No. 5 Tahun 2003.
Kitab Yang Dirujuk
1. Dr. Abdul Karim Zaidan. 1995M – 1415H. Nizam Al-Qada’ Fi Syari’ah Al-Islamiyyah.
Cetakan 3. Beirut : Dar al-Basyir.
2. Al-Imam Al-Shafie. 1996. Al-Umm. Jilid 10. Beirut : Dar al-Qutaibah.
5 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
3. Ibnu Qayyim al-Juziyyah. Al-Turuq Al-Hukmiyyah Fi Al-Siasah Al-Syar'iyyah. Beirut :
Dar Al Ihya Al-Ulum.
4. Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaily. 1997. Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh. Jilid 4. Beirut,
Lubnan : Dar Al-Fikr.
5. Abi Bakr Uthman Bin Muhamad Syatta Al-Dimyati Al-Bakri. 1995. I’anah Al-Talibin.
Juzu’ IV. Beirut: Dar Kutub Al-‘Ilmiyah.
6. As-Sayyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Al-Husain. 1998. Bughyah Al-
Mustarsyidin. Beirut: Dar al-Kutub.
7. Syed Sabiq. 1999. Fiqh Al-Sunnah. Jilid 2. Cetakan 21. Kaherah: Dar Al-Fath lil- I’lam
Al-‘Arabi.
Kes Yang Dirujuk
1. Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed, ShLR [2004] @ JH XII (1).
2. Hawa Embong lwn. Ahmad Muda, JH 17(2)
3. Yang Chik Binti Hashim lwn. Abdul Jamal Bin Abdul Rahim, JH 6 (1).
4. Piah Binti Said lwn. Che Lah Bin Awang, JH 3 (2).
5. Boto’ Bt Taha lwn Jaafar bin Muhamad, JH 5 (1) / 2 MLJ [1985].
6. Nor Bee lwn. Ahmad Shanusi, JH 1 (2).
7. Tengku Anum Zaharah Binti Tengku Abdul Hamid lwn. Dato’ Dr. Hussein Bin Mohamed
Yusof, JH 3 (1).
Penghakiman Y.A Tuan Abdul Shukor bin Abd Hamid, HMTS.
[4] Tindakan di dalam kes ini adalah untuk mendapatkan hak terhadap harta sepencarian
yang diperolehi oleh Plaintif dan Allayarham WDWA (Arwah/Simati) di bawah
peruntukan seksyen 122 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
2003 [EUUKIS 2003]. Bidangkuasa Mahkamah ini terhadap tuntutan yang dibuat oleh P
adalah tertakluk kepada seksyen 61 (3)(b)(iv), Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 [EPAIS 2003]. Manakala berdasarkan Kad Pengenalan P, beliau
6 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
merupakan pemastautin yang tinggal dalam Negeri Selangor dan telah memenuhi
kehendak peruntukan seksyen 2 dan 4 EUUKIS 2003. Penentuan Mahkamah yang
bidangkuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes tuntutan harta
sepencarian dijelaskan pada Arahan Amalan No. 6 Tahun 2003 “Penentuan Mahkamah
Yang Berbidangkuasa Membicarakan Kes-kes Harta Sepencarian” dan juga kes rujukan
utama iaitu Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed, ShLR [2004], hlm. 61 @ JH XII
(1).
[5] Selain itu, tuntutan Plaintif terhadap harta sepencarian selepas berlakunya kematian salah
satu pihak dibolehkan berdasarkan kepada Fatwa Negeri Selangor bertarikh 18.04.2005
yang telah diwartakan menerusi Warta Kerajaan Sel. P.U. 13 bertarikh 23.06.2005
sebagaimana berikut:
Harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di
Negeri Selangor
1. Harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di
Negeri Selangor boleh dibahagikan kepada suami atau isteri sebelum
difaraidkan termasuk setelah dilepaskan tanggungan si mati.
2. Pembahagian harta sepencarian tersebut hendaklah diberikan mengikut takat
sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari kedua-dua
belah pihak
3. Persetujuan pembahagian hendaklah dibuat melalui perintah mahkamah.
[6] Sesuatu fatwa yang diwartakan di Negeri Selangor hendaklah digunapakai dan diiktiraf
oleh Mahkamah ini dan kemudiannya dijadikan sebagai sandaran kepada bidang kuasa
dalam mendengar kes tuntutan harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak
menerusi Seksyen 49 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Disamping itu, tuntutan ini juga selari dengan Arahan Amalan No. 5 Tahun 2003 iaitu;
7 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
“…masa membuat tuntutan harta sepencarian dibolehkan samada semasa
tuntutan perceraian atau selepas perceraian ataupun selepas kematian mana-
mana pihak. Mahkamah dalam hal ini boleh menerima mana-mana tuntutan
harta sepencarian yang dibuat selepas kematian mana-mana pihak dalam
tuntutan tersebut dan rujukan hendaklah dibuat kepada mana-mana kes yang
telah diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi”
Prosedur jika Defendan Memilih Tidak Memberi Keterangan
[7] Defendan Kedua di dalam kes ini memilih untuk tidak mengemukakan sebarang
keterangan dan memilih untuk mengemukakan hujah tiada kes untuk dijawab di dalam kes
ini. Tindakan Defendan Kedua ini dibuat kerana beban pembuktian mengenai tuntutan
harta sepencarian ke atas Allayarham adalah terletak di atas bahu Plaintif. Justeru,
Defendan Kedua tidak perlu untuk membuktikan dakwaan Plaintif dengan memberikan
keterangannya.
[8] Mahkamah bersetuju bahawa Defendan Kedua berhak memilih untuk mengemukakan
hujah untuk tiada kes untuk dijawab dan tidak mengemukakan sebarang keterangan
sebagaimana diperuntukkan di dalam subseksyen 126 (7) Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa:-
126. (7) Jika defendan memilih untuk tidak mengemukakan apa-apa
keterangan tetapi memilih untuk mengemukakan hujah bahawa tiada kes
untuk dijawab, Hakim hendaklah-
(a) merekodkan penghujahan defendan; dan
(b) memerintahkan defendan supaya mengangkat sumpah menafikan
tuntutan plaintif, dan jika defendan enggan mengangkat sumpah
sedemikian, Hakim hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (8),
membuang kes defendan dan membenarkan tuntutan plaintif.
8 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[9] Walaupun Defendan Kedua tidak mengemukakan keterangan, ia tidak bermaksud bahawa
Plaintif telah berjaya di dalam tuntutannya. Hal ini dapat dilihat di dalam kes Fivestar
Development (Puchong) Sdn Bhd v. Charles Winston WTL Van Der Slott [2011] 1 LNS
1253, Hakim Mahkamah Tinggi telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan di atas dan
kes Mahkamah Persekutuan, Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v. Tan Lip Eng & Anor
[1997] 4 CLJ 509 dan telah memutuskan sedemikian:
Applying the cases cited above, where the defendant call on evidence, it
does not automatically follow that a plaintiff will succeed in its claim.
Rather, the court will examine the evidence of the plaintiff and the
documentary evidence tendered to the court to see if the plaintiff has
succeeded in making out a case on a balance of probabilities.
[10] Seterusnya apabila Defendan Kedua memilih untuk tidak mengemukakan keterangan dan
hujahan bahawa tiada kes untuk dijawab ("no case to answer") maka pendekatan yang
betul adalah Mahkamah hendaklah menilai sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan
kesnya pada imbangan kebarangkalian sebagaimana keputusan kes Mahkamah Rayuan di
dalam kes Subry Hamid v. Husaini Tan Sri lkhwan & Anor [2006] 4 CLJ 50:
The test to be applied in a case where a submission of no case is made
out was set out as follows in Miller (t/a Waterloo Plant) v. Cawley:-
Where a defendant was put to his or her election and elected to call no
evidence, the issue was not whether there was any real or reasonable
prospect that the claimant's case might be made out or any case fit to go
before the jury or judge of fact. Rather, it was the straightforward issue,
arising in any trial after all the evidence had been called, namely,
whether or not the claimant had established his or her case on the
balance of probabilities.
9 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[11] Sekiranya Plaintif berjaya membuktikan kesnya maka Mahkamah hendaklah memberikan
keputusannya sebagaimana yang dituntut oleh Plaintif. Namun jika sebaliknya iaitu
pembuktian dan keterangan Plaintif adalah lemah untuk diputuskan maka prosedur yang
digariskan di dalam subseksyen 126 (7) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 di atas.
Status Pemilikan Hartanah-Hartanah Yang Dituntut Oleh Plaintif
[12] Hartanah pertama sehingga hartanah ketiga telah dibeli oleh Allayarham WDWA semasa
hidupnya manakala bagi hartanah keempat sehingga hartanah ketujuh telah didakwa
diperolehi melalui Lesen Pendudukan Sementara (Temporary Occupational License).
Inilah yang diakui sendiri oleh Plaintif di dalam keterangannya. Mahkamah melihat tiada
masalah bagi menentukan pemilikan terhadap hartanah pertama sehingga hartanah ketiga
kerana ia tiada pertikaian antara Plaintif dan Defendan 2.
[13] Namun, persoalan timbul adakah hartanah keempat sehingga hartanah ketujuh telah
diperolehi melalui Lesen Pendudukan Sementara (Temporary Occupational License)
sebagaimana yang didakwa oleh Plaintif? Plaintif di dalam keterangannya mengaku
bahawa perkara ini adalah benar yang mana Allayarham telah memperolehi hartanah
keempat sehingga hartanah ketujuh melalui cara tersebut. Plaintif telah melampirkan
dokumen iaitu Sijil Carian Rasmi mengenai hartanah keempat sehingga hartanah keenam
manakala Geran Mukim bagi hartanah ketujuh di dalam Ikatan Dokumennya yang
ditandakan sebagai P-4d sehingga P-4g. Dokumen-dokumen tersebut adalah merupakan
dokumen awam yang mana ia hendaklah diterima oleh Mahkamah ini sebagai dokumen
yang boleh diterima bersesuaian dengan statusnya sebagai dokumen awam berdasarkan
Seksyen 57 (a)(iii) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan
kaedah fiqh sebagaimana berikut:-
10 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
امينة اي - هبا معمول التزوير من امينة لكوهنا اخلاقانية الدفاتر وقيود السلطانية الرباءات .(1737 )والتصنيع التزوير شبهة من وساملة
Bermaksud:
Perintah sultan, daftar-daftar dan surat-surat kerajaan, oleh kerana
selamat daripada penipuan dan peniruan, ia boleh digunakan.
الوجه على والفساد احليلة من ساملة ضبطت قد آانت اذا احملاآم بسجالت ايضا يعمل (1738).القضاء آاتب يف يذآر الذي
Bermaksud:
Buku-buku yang disimpan oleh Mahkamah, jika disimpan dengan cara
yang terselamat daripada penyelewengan dan penipuan, dipakai.
[14] Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau Temporary Occupational License (TOL)
adalah lesen atau kebenaran untuk menduduki tanah dalam tempoh yang sementara ialah
satu bentuk pelupusan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu satu cara di mana Pihak
Berkuasa Negeri membenarkan tanah tertentu diduduki atau digunakan seperti yang
diperuntukkan dalam Seksyen 42(1) (c) Kanun Tanah Negara. Seksyen 68 KTN secara
jelas melarang pindahmilik Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Oleh kerana Lesen
Pendudukan Sementara (LPS) hanya satu lesen, ia tidak boleh dijual, dipindah milik dan
dipusakai. Ia dikuatkan lagi dengan adanya Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian
Selangor Bil 4/2015 yang mensyaratkan tanah LPS tidak boleh diserah hak. Secara
Amnya sesuatu lesen itu hanya boleh dimanfaatkan pengunaanya oleh pemegang lesen
itu sahaja. Lesen Pendudukan Sementara (LPS) ia bukan satu hak pajakan, tetapi seperti
yang dinyatakan pada seksyen 67 KTN ia bersifat terhad dari segi masa iaitu hanya sah
dalam tahun ia dikeluarkan sahaja, dan akan tamat pada 31 Disember tiap-tiap tahun,
11 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
melainkan jika ia ditamatkan lebih awal oleh PBN. Bagaimanapun Lesen Pendudukan
Sementara (LPS) boleh diperbaharui lesennya sebanyak tiga kali pembaharuan.
[15] Adalah jelas bahawa sebuah hartanah yang diberi status Lesen Pendudukan Sementara
(LPS) atau Temporary Occupational License (TOL) tidak boleh dipindahmilik. Namun apa
yang berlaku dalam kes ini ialah hartanah keempat sehingga hartanah ketujuh telah
dinamakan di atas nama Allayarham dengan status pegangan selama-lamanya yang mana
ia dapat dilihat berdasarkan kepada dokumen-dokumen iaitu Sijil Carian Rasmi mengenai
hartanah keempat sehingga hartanah keenam manakala Geran Mukim bagi hartanah
ketujuh di dalam Ikatan Dokumennya yang ditandakan sebagai P-4d sehingga P-4g.
Keadaan ini menunjukkan bahawa nama Allayarham telah didaftarkan di dalam dokumen
hakmilik hartanah keempat sehingga hartanah ketujuh.
[16] Mahkamah berpendapat bahawa daftar (dokumen hakmilik) merupakan keterangan yang
konklusif (conclusive evidence) bagi membuktikan hak kepunyaan sesuatu tanah itu
kepada tuan punya tanah yang berdaftar. Pendaftaran memperlihatkan dan mengesahkan
antara urusan pindahmilik tanah yang telah didaftarkan, menjadi sah dan berkuatkuasa.
Daftar (dokumen hakmilik) dan konsep pendaftaran dalam sistem Torrens yang diamalkan
di negara ini melalui undang-undang tanah utamanya iaitu Kanun Tanah Negara. Ini
bermakna, melalui daftar (dokumen hakmilik) itu, maklumat yang tercatat dalamnya
memperihalkan perkara-perkara penting berkaitan dengannya, yang perlu diakui kesahihan
dan kemuktamadannya tanpa mempersoalkan keesahannya kerana ianya telah didaftarkan.
[17] Terdapat dua prinsip utama sistem Torrens iaitu prinsip Cermin dan prinsip Tabir. Di
bawah prinsip Cermin, pendaftaran mencerminkan segala fakta material berhubung hak
milik seseorang ke atas tanahnya. Menurut Ridzuan Awang (1994) di dalam bukunya
Undang-undang Tanah Islam; Pendekatan Perbandingan terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, hak milik itu tidak boleh disangkal serta selamat, terang dan
mudah. Fakta material berkenaan adalah termasuk nama pemilik, butir-butir mengenai
tanah, luas kawasan dan lokasinya, pelan ukur dan had sempadannya. Dengan kata lain,
12 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
prinsip ini mencerminkan dalam rekod apa yang ada di atas tanah dengan daftar hak milik.
Menurut Das, SK (1963) dalam bukunya “The Torrens System in Malaya” terbitan MLJ,
Singapore, daftar hak milik adalah seperti satu cermin yang mampu menunjukkan segala
maklumat yang penting mengenai tanah yang mungkin dikehendaki oleh seorang bakal
pembeli atau bakal pemegang gadaian. Prinsip ini telah diperuntukkan di dalam Seksyen
340 Kanun Tanah Negara 1965, bahawa pendaftaran sesuatu tanah atas nama seseorang
atau badan sebagai tuan punya, memberi hak milik dan kepentingan yang tidak boleh
disangkal kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja seperti penipuan, salah nyataan,
pemalsuan atau instrumen yang tidak sah.
[18] Selain itu, Mahkamah melihat bahawa di bawah sistem Torrens tindakan pendaftaran yang
dilaksanakan oleh Pendaftar adalah amat penting kerana sesuatu suratcara, memorial,
kemasukan (entry) atau catatan (notes) yang terdapat dalam daftar (dokumen hakmilik)
perlu ditandatangani atau diendors oleh Pendaftar supaya ianya menjadi sah dan
berkuatkuasa, sebagaimana dinyatakan di bawah seksyen 304 KTN.
[19] Di dalam kes Teh Bee v. K. Maruthamuthu [1977] 2 MLJ 7 telah memperlihatkan betapa
pentingnya tindakan pendaftaran dan kewujudan daftar (dokumen hakmilik) yang telah
didaftarkan itu. Berikutan dengan itu nama tuan punya tanah yang telah didaftarkan
(tercatat dalam hakmilik tersebut) telah menjadi sah dan tidak boleh disangkal lagi oleh
mana-mana pihak, kecuali terdapat faktor-faktor tertentu yang boleh berbuat sedemikian.
Melalui sistem Torrens, tuan punya tanah yang berdaftar dalam sesuatu dokumen
hakmilik itu merupakan tuan punya tanah yang sah dan memperolehi taraf “kekebalan”
daripada sebarang tuntutan dan penyangkalannya. Manakala hakmilik yang telah
didaftarkan itu pula telah diklasifikasikan sebagai hakmilik yang tidak boleh disangkal
sebagaimana dinyatakan di bawah seksyen 340(1) KTN. Melalui kes ini juga
memperlihatkan apabila sesuatu hakmilik telah didaftarkan, maka tanah tersebut yang
sebelumnya sebagai tanah kerajaan di bawah bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri, telah
menjadi tanah milik yang dimiliki oleh pemiliknya yang berdaftar. Berikutan dengan
perubahan status tanah kerajaan tersebut, maka mana-mana pihak yang ingin menuntut
13 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
hak ketuanpunyaan ke atas tanah itu sudah tertutup (terhalang) dan menjadi tidak relevan
lagi.
[20] Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa hartanah keempat sehingga hartanah ketujuh
telahpun didaftarkan di atas nama Allayarham dan ia hendaklah menjadi hakmilik
Allayarham walaupun terdapat pengakuan daripada Plaintif bahawa hartanah tersebut
merupakan hartanah yang berstatus Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau Temporary
Occupational License (TOL). Justeru, berdasarkan pendaftaran nama Allahyarham di atas
dokumen hakmilik hartanah-hartanah tersebut, Mahkamah merumuskan bahawa kesemua
hartanah yang dituntut di dalam kes ini adalah di bawah hakmilik Allayarham WDWan
Ahmad.
Samaada Hartanah-Hartanah Tersebut diperolehi Di dalam Tempoh Perkahwinan
[21] Di dalam mengulas kes ini, Mahkamah akan melihat sama ada hartanah-hartanah tersebut
telah memenuhi prinsip harta sepencarian sebagaimana yang telah diperuntukkan di
dalam Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Prinsip pertama adalah sama ada hartanah-hartanah tersebut telah diperoleh semasa
tempoh perkahwinan antara Plaintif dengan si mati ataupun sebelum atau selepas tempoh
perkahwinan mereka. Ini kerana ketiga-tiga tempoh masa ini akan memberikan kesan
kepada kes Plaintif berdasarkan kepada fakta kes yang dikemukakan ke dalam
Mahkamah ini.
[22] Berdasarkan kepada Sijil Carian Rasmi yang ditandakan sebagai P-4a, sebidang tanah
yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 1970, Lot 3081, Kg Bukit Hanyut, Mukim
Gunong, Jajahan Bachok, Kelantan, (0.5075 Hektar) telah dipindahmilik dan didaftarkan
di atas nama si mati pada 08.03.2004 daripada Eshah binti Ismail dan Yaacob bin Mat
Sin dengan No. Perserahan 329/2004.
14 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[23] Berdasarkan kepada Sijil Carian Rasmi yang ditandakan sebagai P-4b, sebidang tanah
yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 773, Lot 2321, Jajahan Bachok, Mukim
Gunung, Kelantan, (1.7500 ekar) telah dipindahmilik dan didaftarkan di atas nama si mati
pada 14.09.2003 daripada pemilik asalnya iaitu Othman bin Awang Hamat dengan No.
Perserahan 1738/2003.
[24] Berdasarkan kepada Sijil Carian Rasmi yang ditandakan sebagai P-4c, sebidang tanah
yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 550, Kg. Kubang Telaga, Jajahan Bachok,
Kelantan (0.2865 Hektar) telah dipindahmilik dan didaftarkan di atas nama si mati pada
13.09.2004 daripada pemilik asalnya iaitu Yaacob bin Samat dengan No. Perserahan
1631/2004.
[25] Mengenai tanah yang pada mulanya didakwa sebagai tanah Lesen Pendudukan
Sementara (TOL), pemilikan oleh si mati dapat dilihat berdasarkan kepada Sijil Carian
Rasmi yang ditandakan sebagai P-4d sehingga P-4f manakala satu lagi tanah dapat dilihat
berdasarkan kepada Geran Mukim yang ditandakan sebagai P-4g. Berdasarkan kepada
Sijil Carian Rasmi yang ditandakan sebagai P-4d, sebidang tanah yang dipegang di
bawah hakmilik No. GM 2348, Lot 2118, Kg Pdg Kuau, Jajahan Bachok, Mukim Kuau,
Kelantan, (0.0444 Hektar) telah didaftarkan di atas nama si mati pada 07.07.2010 tanpa
ada pemilik asalnya sebelum ini. Berdasarkan kepada Sijil Carian Rasmi yang ditandakan
sebagai P-4e, sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik GM 2136, Lot 2923,
Kampong Penunggol, Daerah Peringat, Jajahan Kota Bharu, Mukim Melor, Kelantan,
(0.2043 Hektar) telah didaftarkan di atas nama si mati pada 20.08.2009 tanpa ada pemilik
asalnya sebelum ini. Berdasarkan kepada Sijil Carian Rasmi yang ditandakan sebagai P-
4f, sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 2137, Lot 2924, Kampong
Penunggol, Daerah Peringat, Jajahan Kota Bharu, Mukim Melor, Kelantan, (0.3161
Hektar) telah didaftarkan di atas nama si mati pada 20.08.2009 tanpa ada pemilik asalnya
sebelum ini manakala berdasarkan kepada Geran Mukim yang ditandakan sebagai P-4g,
sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 835, Lot 380, Kampong Bukit
15 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Temalong, Jajahan Bachok, Mukim Gunong, Kelantan, (1.0457 Hektar) telah didaftarkan
di atas nama si mati pada 05.04.2005 tanpa ada pemilik asalnya sebelum ini.
[26] Berdasarkan fakta ini, Plaintif adalah layak untuk membuat tuntutan harta sepencarian
terhadap Defendan berkenaan dengan kesemua hartanah tersebut berdasarkan tafsiran
harta sepencarian sebagaimana dinyatakan di dalam Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dan ianya juga selari dengan keputusan kes
sebagaimana kes Yang Chik lwn Abdul Jamal(1986) JH 6 146. Seksyen 2 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 sebagai “Harta yang diperolehi
bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat
yang ditentukan oleh hukum Syara.” Selain itu, ianya juga selari dengan keputusan kes
sebagaimana kes Yang Chik lwn Abdul Jamal (1986) JH 6 146, Kadi Besar telah berkata:
Konsep harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam
perkahwinan dengan masing-masing suami isteri sama-sama
menyumbang tenaga atau wang ringgit untuk mendapat harta tersebut”.
Takat Sumbangan Plaintif
[27] Mahkamah hendaklah mengambilkira pembuktian sumbangan Plaintif sama ada secara
langsung atau tidak langsung sebelum ditentukan bahagian yang wajar untuk kedua-dua
pihak. Penentuan pembahagian sama ada sepertiga, setengah atau yang sebagainya
hendaklah mengambilkira sumbangan sebenar secara langsung atau tidak langsung
kedua-dua belah pihak dalam usaha memperolehi harta sepencarian. Ia telah dihuraikan
oleh Hakim Bicara di dalam kes Hazlina bt Hamidin lwn Muhammad Zaidi bin Majid
(2005) JH 20 2 218. Mahkamah merujuk kes Anita binti Abdullah lwn Zainuddin bin Hj.
Arifin (1982) JH 4 73, Hakim Bicara telah menjelaskan bahawa kaedah utama
pembahagian harta sepencarian ialah mengikut takat sumbangan yang diberikan
berdasarkan kepada keterangan yang mencukupi, pihak-pihak diminta bersumpah dan
16 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
harta itu perlu dibahagikan sama rata antara keduanya. Ini lebih bersesuaian dengan
firman Allah di dalam Surah an-Nisa’ayat 32.
[28] Di dalam konteks harta sepencarian sumbangan langsung bermaksud apabila suami dan
isteri sama-sama bekerja atau berusaha bagi mendapatkan pemilikan sesuatu harta atau
aset tersebut sebagaimana tafsiran yang diberi di dalam kes Normah Binti Muda lwn
Daud Bin Awang Min (2012) JH 35 1 108. Takat sumbangan pihak-pihak di dalam
memperolehi harta tersebut akan dihuraikan oleh Mahkamah ini secara satu persatu
selepas ini.
[29] Kesemua hartanah yang dituntut oleh Plaintif adalah di bawah nama si mati seorang
sahaja. Ini tidak bermakna bahawa Plaintif tidak mempunyai bahagian terhadap kesemua
hartanah tersebut. Mahkamah menggunakan prinsip yang menyatakan bahawa tuntutan
harta sepencarian ini boleh dibuat tanpa mengira harta / aset yang dituntut itu samada
tertera nama Plaintif di dalam milikan harta / aset itu atau pun tidak sebagaimana yang
terdapat di dalam kitab al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siasah al-Syar'iyyah, hlm. 30,
Ibnu Qayyim Al-Juziyyah yang menyebut:
ومن ذلك أن اجلمهور الفقهأ يقولون ىف تداعى الزوجني والصانعني ملتاع البيت و الدكان : ان
ل احلال على صدقة, و الصحيح يف هذه املسألة أنه ال عربة ابليد احلسية بل القول قول من يد
وجودها كعدمها, ولو اعتربانها العتربان به يد اخلاطف لعمامة غريه و على رأ سه عمامة وآخر
حوله حاسر الرأس و حنن نقطع ابن يده ظاملة عادية فال اعتربهلا
17 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Bermaksud:
Di antaranya ialah, di kalangan ahli perundangan Islam telah sepakat
berpendapat bahawa di dalam kes tuntutan antara suami isteri yang sama-
sama berusaha dalam mendapatkan harta rumah tangga dan berkedai,
tuntutan yang sedemikian hendaklah diterima berdasarkan keterangan yang
membuktikan tuntutan itu. Sebenarnya di dalam persoalan ini, pemilikan
sesuatu harta itu tidak dikira hanya semata-mata berdasarkan nama yang
tertera di dalam harta itu. Setakat nama yang tertera di dalam sesuatu
harta itu belum tentu membuktikan pemilikannya. Kenyataan sebegini
adalah kerana seandainya diambil kira hak milik sesuatu harta semata-mata
mengikut nama yang tertera di dalam harta itu, maka nescaya serban yang
dipakai di kepala seseorang yang merampas serban kepunyaan orang lain
akan dikira sebagai serban kepunyaan perampas itu, sedangkan pengiktirafan
yang sedemikian adalah suatu kezaliman dan tidak diambil kira”
[30] Prinsip di atas jelas menunjukkan bahawa walaupun tidak terdapat nama Plaintif di dalam
dokumen pemilikan kesemua hartanah tersebut, ini tidak bermakna Plaintif tiada hak untuk
membuat tuntutan harta sepencarian ke atas kesemua hartanah tersebut. Akan tetapi, ia
hendaklah tertakluk kepada peruntukan Seksyen 72 Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan dibaca bersama dengan seksyen 73 enakmen yang
sama berkaitan dengan dakwaan yang dikemukakan perlu dibuktikan oleh Plaintif sendiri.
Plaintif memikul beban untuk membuktikan bahawa kesemua hartanah tersebut yang
didakwanya ini adalah harta sepencarian dan membuktikan takat sumbangannya di dalam
pemerolehan kesemua hartanah tersebut bagi membolehkan Mahkamah ini memberikan
penghakiman kes ini sebagaimana yang dipohon oleh Plaintif.
[31] Plaintif di dalam tuntutan dan keterangannya di Perenggan 26 Afidavit Keterangan Plaintif
bertarikh 09.01.2017 mengaku tidak memberikan sumbangan langsung di dalam
pemerolehan hartanah tersebut dan hanya memberikan sumbangan tidak langsung sahaja.
18 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Pengakuan Plaintif ini adalah selari dengan peruntukan Seksyen 17 Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Justeru itu, pembahagian hartanah ini adalah
tertakluk kepada sumbangan tidak langsung Plaintif yang akan dijelaskan di bawah.
Sumbangan Tidak Langsung Plaintif
[32] Sumbangan tidak langsung bererti sumbangan yang dibuat pasangan suami isteri tanpa
membabitkan sumbangan yang dapat secara hakiki seperti ketaatan seorang isteri
menguruskan rumahtangga dan dorongan seorang isteri yang membolehkan suami berjaya
dalam kerjayanya sebagaimana dijelaskan di dalam kes Normah Binti Muda lwn Daud Bin
Awang Min (2012) JH 35 1 108. Ini bersesuaian dengan pandangan ulama di dalam Kitab
I’anah at-Tolibin, Jilid 4, halaman 76 yang memperuntukan matan fathul mu’in dengan
maksud;
“Adapun perkara-perkara yang tidak khusus kepada isteri melakukannya
seperti memasak makanan suami dan mencuci pakaian suami, maka
tiadalah menjadi kewajipan ke atas isteri mahupun orang gaji bagi isteri,
tetapi kewajipan tersebut menjadi tugas suami. Oleh yang demikian,
suami hendaklah menanganinya sendiri atau ditangani oleh orang lain
iaitu dengan suami membayar upah dan sebagainya”.
[33] Mahkamah merujuk peruntukan Seksyen 122 (3) dan (4) Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 mengenai peruntukan sumbangan tidak langsung
ini sebagaimana berikut:
(3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz
talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya
apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha
tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau
supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau
19 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara
pihak-pihak itu.
(4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah
hendaklah memberi perhatian kepada—
(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak
yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga
dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;
(b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari
perkahwinan itu, jika ada,
dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh
membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar
yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimana pun, pihak yang
telah memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima
suatu kadar yang lebih besar.
[34] Berdasarkan peruntukan di atas, adalah jelas bahawa sumbangan tidak langsung adalah
berkaitan dengan sumbangan pihak yang tidak memberikan sumbangan secara langsung ke
atas kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga serta
keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu. Mahkamah tidak
bersetuju dengan hujahan Defendan 2 bahawa sumbangan tidak langsung ini adalah
melibatkan usaha-usaha yang membantu ke arah pemerolehan atau perkembangan
hartanah-hartanah tersebut. Peruntukan di atas jelas sumbangan tidak langsung itu adalah
dari aspek menjaga kebajikan keluarga dan anak-anak yang belum dewasa.
[35] Mahkamah melihat berdasarkan kepada kes Plaintif, Plaintif telah berusaha menjadi isteri
yang terbaik untuk Allayarham yang mana semenjak berkahwin dengannya, Plaintif
20 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
menjadi suri rumah sepenuh masa. Plaintif yang menjalankan tanggungjawab sebagai
isteri, menjaga anak termasuk anak-anak tiri seramai 3 orang, memasak, menggosok baju
Allayarham, mengemas dan menghias rumah, memastikan anak-anak, suami dan harta-
harta dijaga dengan baik dan terurus. Plaintif telah menguruskan hal-hal berkaitan dengan
anak-anak mereka dan telah mencurahkan segala kasih sayang sepenuhnya yang tidak
berbelah bagi kepada mereka. Tiada pembantu rumah diambil untuk bekerja
memandangkan Plaintif seorang suri rumah. Allahyarham dapat bekerja dengan tenang
kerana urusan rumah dan anak-anak telah diuruskan oleh Plaintif sepenuhnya sehingga
dapat memberikan ketenangan dan kebahagiaan kepada Allayarham.
[36] Mahkamah juga melihat bahawa Plaintif juga telah memberi sumbangan secara tidak
langsung dengan menjadi isteri kepada si mati selama lebih kurang 21 tahun.
Kesanggupan Plaintif bernikah dan bersama dengan si mati dalam tempoh tersebut juga
hendaklah dianggap sebagai sumbangan dan melayakkan Plaintif memperolehi bahagian
terhadap kesemua hartanah tersebut sebagai harta sepencarian ini sebagaimana yang
dinyatakan oleh Ustaz Ra’du Mifdad al-Hamdani iaitu seorang Peguam di Negara Iraq di
dalam Kitab al-Nizham al-Mal al-Zaujain yang digunakan oleh Hakim Bicara di dalam
kes Hanipah binti Mohd Nor lwn Baharom Bin Aman @ Abd Rahman (2010) JH 30 1 62
sebagai sandarannya memutuskan isu sumbangan tidak langsung hanya dengan akad
nikah sebagai seorang isteri.
[37] Kesemua ini adalah sumbangan tidak langsung Plaintif yang membolehkan si mati
bekerja dengan tenang di dalam mencari nafkah keluarga di samping ia dibantu oleh
Plaintif. Plaintif juga melakukan semua perkara itu tanpa dibantu oleh pembantu rumah
kerana tiada pembantu rumah yang disediakan oleh si mati. Di dalam hal ini, Mahkamah
merujuk kepada kitab I’anah al Talibin, jilid 4, cetakan pertama, 1997M/1418, Dar al-
Fikr, Beirut, Lebanon, pada mukasurat 87 ada menyatakan:
21 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
أما ما ال خيصها كالطبخ ألكله وغسل ثيابه فال جيب على واحد منهما بل هوعلى الزوج فيوفيه بنفسه أو بغريه
Bermaksud:
Adapun perkara-perkara yang tidak khusus kepada isteri melakukannya
seperti memasak makanan suami dan mencuci pakaian suami, maka
tidaklah menjadi kewajipan ke atas isteri mahupun orang gaji bagi
isteri, tetapi kewajipan tersebut menjadi tugas suami membayar upah
dan sebagainya.
[38] Sayed Sabiq dalam kitabnya, Fiqh al Sunnah terbitan 1981, cetakan Dar al Fikr, Beirut,
jilid 3 halaman 174, menjelaskan perkara ini:
وهو أساس –واألساس الذي وضعه اإلسالم للتعامل بني الزوجني وتنظيم احلياة بينهما الفطرى وطبعى.... فالرجل أقدر على العمل والكدح والكسب خارج املنزل ، واملرأة أقدر على تدبري املنزل ، وتربية األوالد ، وتيسري أسباب الراحة البيتية ، الطمأنينة املنزلية ،
ما هو مناسب له ، وتكلف ما هومن طبيعتها ، وهبذا يتنظم البيت من فيكلف الرجلانحية الداخل واخلارج دون أن جيد أي واحد من الزوجني سببا من أسباب انقسام البيت
على نفسه
Bermaksud:
Dasar yang ditetapkan oleh Islam dalam mengatur dan menguruskan
kehidupan suami isteri adalah merupakan suatu dasar yang sesuai
dengan fitrah dan tabiat manusia itu sendiri. Lelaki lebih mampu
bekerja, bersungguh-sungguh berusaha dan mencari pendapatan di luar
rumah, manakala perempuan lebih mampu menguruskan rumah tangga,
22 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
mendidik anak-anak, menjadikan suasana rumahtangga menyenangkan
dan penuh ketenteraman. Oleh kerana itu ditugaskan kepada lelaki
kerja-kerja yang sesuai dengan fitrahnya, manakala ditugaskan kepada
perempuan dengan tanggungjawab yang sesuai dengan fitrahnya.
Dengan yang demikian, rumahtangga dapat tersusun dengan baik sama
ada di dalam atau di luar sehingga tidak mendapati salah seorang
daripada suami atau isteri faktor daripada faktor-faktor yang boleh
memecahbelahkan rumahtangga tersebut.
[39] Sayed Sabiq seterusnya membawa contoh Rasulullah s.a.w telah membuat hukuman di
antara Saidina Ali (r.a) dengan isterinya Fatimah (r.a.h) di mana Rasulullah s.a.w
memutuskan ke atas Ali berusaha dan bekerja di luar rumah manakala Fatimah bertugas
atau menjalankan pekerjaan di rumah.
وبني -رضي هللا عنه -وقد حكم رسول هللا صلى هللا عليه وسلم بني علي بن أيب طالب فجعل على فاطمة خدمة البيت ، وجعل على علي –رضي عنها –زوجته فاطمة
العمل والكسب
Bermaksud:
Rasulullah s.a.w telah membuat hukuman di antara Ali bin Abi Talib r.a
dan isterinya, Fatimah r.a iaitu dipertanggungjawabkan ke atas Fatimah
melaksanakan kerja-kerja di rumah manakala Ali pula diberi
tanggungjawab bekerja dan berusaha mencari nafkah penghidupan.
23 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Penentuan Kadar Bahagian
[40] Oleh itu, di dalam menentukan kadar bahagian yang wajar diterima oleh Plaintif terhadap
kesemua hartanah tersebut, Mahkamah hendaklah terikat dengan peruntukan subseksyen
122 (3) dan (4) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Di dalam kes
ini, Plaintif memohon agar harta-harta ini adalah harta sepencaian dan menjadi hak
Plaintif untuk mendapat tiga puluh peratus (30%) daripada kesemua hartanah yang
diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan. Berdasarkan peruntukan subseksyen 122 (3)
dan (4) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, bahagian yang akan
diterima oleh Plaintif hendaklah lebih rendah daripada si mati dan ianya adalah
munasabah berdasarkan sumbangan tidak langsung Plaintif sebagaimana di atas dan juga
tempoh perkahwinan pasangan ini yang mencecah 21 tahun.
Keputusan
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif bersama Peguam Syarienya dan
kehadiran Defendan 2 bersama Peguam Syarienya. SETELAH MENELITI semua kertas kausa,
keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut:
1) Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif berdasarkan Seksyen 122 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2) Mahkamah memerintahkan hartanah-hartanah sebagaimana berikut:
i. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 1970, Lot 3081, Kg Bukit
Hanyut, Mukim Gunong, Jajahan Bachok, Kelantan, (0.5075 Hektar).
ii. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 773, Lot 2321, Jajahan
Bachok, Mukim Gunung, Kelantan, (1.7500 ekar).
iii. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 550, Kg. Kubang Telaga,
Jajahan Bachok, Kelantan (0.2865 Hektar).
iv. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 2348, Lot 2118, Kg Pdg
Kuau, Jajahan Bachok, Mukim Kuau, Kelantan, (0.0444 Hektar).
24 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
v. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik GM 2136, Lot 2923, Kampong
Penunggol, Daerah Peringat, Jajahan Kota Bharu, Mukim Melor, Kelantan, (0.2043
Hektar).
vi. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 2137, Lot 2924, Kampong
Penunggol, Daerah Peringat, Jajahan Kota Bharu, Mukim Melor, Kelantan, (0.3161
Hektar).
vii. Sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik No. GM 835, Lot 380, Kampong
Bukit Temalong, Jajahan Bachok, Mukim Gunong, Kelantan, (1.0457 Hektar).
diisytiharkan sebagai harta sepencarian bersama di antara Plaintif dan Allayarham
WDWA (No. Daftar Sijil Kematian: XXXXXX).
3) Mahkamah memerintahkan kesemua hartanah tersebut hendaklah dibahagikan di antara
Plaintif dan Allayarham WDWA (No. Daftar Sijil Kematian: XXXXXX) dengan kadar
30% hendaklah diberikan kepada Plaintif manakala 70% hendaklah diberikan hendaklah
difaraidkan kepada kesemua ahli waris Allahyarham WDWA (No. Daftar Sijil Kematian:
XXXXXX) yang berhak.