KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut...
Transcript of KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut...
1
KPS Lwn MKZAZ & MMR
[Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor. Kes Jenayah Bil : 10002-136-0015-2011 &
10002-136-0016-2011] (Tuan Kamarulzaman Bin Ali, HMRS Gombak Barat)]
[02 Rabiulawal 1434H bersamaan 14 Januari 2013 M]
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 - Pertuduhan berdasarkan peruntukan Seksyen
12 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – Menghina Pihak Berkuasa Agama (Fatwa
yang dikeluarkan oleh Mufti) – Seksyen 46 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995-
sama ada elemen membantu pengembangan agama dan elemen menyampaikan ceramah dapat
dibutikan.
Fakta Kes
[1] Dalam kes ini, Tertuduh Pertama telah dipertuduhkan berdasarkan peruntukan Seksyen 12 (c)
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 di mana pada 15 Disember 2010 di antara
jam 9.00 malam hingga 10.40 malam di dalam sebuah premis beralamat XXX,Taman Seri
Gombak, 68100 Batu Caves dalam daerah Gombak Negeri Selangor didapati membantu dalam
mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa Tentang Fahaman Syiah yang telah
diwartakan pada 24 September 1998.
[2] Tertuduh Kedua pula telah dipertuduhkan berdasarkan bawah Seksyen 46 (c) dibaca bersama
Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana didapati bersubahat
dengan Tertuduh Pertama membantu dalam mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar
Fatwa Tentang Fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998 dengan cara
menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c)
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
Diputuskan
Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan rayuan
Tertuduh serta hujahan Pendakwa Syarie dan setelah Mahkamah menimbangkan perkara tersebut,
maka Mahkamah memerintahkan seperti berikut:
(1) Mahkamah membatalkan pensabitan ke atas Tertuduh Pertama di bawah Seksyen 12 (c) dan
Tertuduh Kedua di bawah Seksyen 46 (c) yang dibaca bersama Seksyen 12 (c) Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
(2) Mahkamah memerintahkan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dilepaskan dan dibebaskan.
Pendakwaan : diwakili oleh Ketua Pendakwa Syarie
Peguam Syarie Tertuduh 1 & 2 : diwakili oleh Tn. Abdul Halim bin Bahari dari Tetuan Azra &
Associates.
Kitab-kitab yang dirujuk
1. Kitab Imam Ibnu Farhun تبصرة الحكام في أصول األقضية ومناهج األحكام, Jilid 1, mukasurat 17.
2. Kitab القواعد الفقهية موسوعة , Jilid 8, muka surat 122
3. Kitab إعالم الموقعين عن رب العالمين karangan Syeikh Ibnul Qayyim Al-Jawziyyah.
Undang-undang yang dirujuk
1. Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.
2. Seksyen 46 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.
3. Seksyen 54 Enakmen Tata Cara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
4. Seksyen 96 (f) Enakmen Tata Cara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
3
Kes-kes yang dirujuk
1. Emperor v. Khwaja Nazir Ahmad [1945] AIR PC 18
2. Hanumat's v. State of M.P. [1953] SCR 1091.
3. Mukhlis Jafar v. PP [2010] 7 CLJ 696
4. Positive Well Marketing Sdn. Bhd. v. Oka Concrete Industries Sdn. Bhd. [2011] 1 LNS 836
5. PP v. Balveer Singh [2009]
6. PP v. Che Saufi Kadir [2005] 8 CLJ 455
7. PP v. Foong Chee Cheong [1970] 1 MLJ 97
8. PP v. KK [2007] 6 CLJ 367
9. PP v. Mohammad Terang bin Amit [1999] 1 MLJ 154
10. PP v. Muhamad Nasir Shaharuddin [1994] 2 MLJ 576
11. Public Prosecutor lwn. Tai Mei Yuen [1990] 1 CLJ 1208
12. Sharad Birdhi Chand Sarda v State Of Maharashtra [1984] AIR 1622
13. Tan Cheng Kooi v. PP [1972] 2 MLJ 115
Lain-lain sumber rujukan
1. Fatwa No. 20 bertarikh pada 24 September 1998.
Penghakiman Tuan Kamarulzaman Bin Ali, HMRS Gombak Barat
[3] Kes ini merupakan kesalahan jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan menghina pihak
berkuasa agama sama ada dalam bentuk mengingkari, melanggar atau mempertikaikan
perintah atau arahan Mufti yang dinyatakan melalui Fatwa berdasarkan peruntukan Seksyen
12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan kesalahan bersubahat dengan
sengaja membantu perkara itu di bawah Seksyen 46 (c) dan dibaca bersama Seksyen 12 (c)
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
[4] Sebagai kemudahan rujukan, saya nyatakan di sini peruntukan Seksyen 12 (c), Seksyen 46 (c)
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan Fatwa tersebut yang telah ditanda sebagai
Eksibit P1 in pleno:
Seksyen 12. Menghina pihak berkuasa agama
Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah,
atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:-
a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda
sebagai Ketua agama Islam;
b) Majlis;
c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 46. Penyubahatan sesuatu perkara.
Seseorang menyubahati pelakuan sesuatu perkara jika dia perkara.
(a) …...…
(b) ………
(c) dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau
ketinggalan yang menyalahi undangundang, pelakuan perkara
itu.
Fatwa No. 20 bertarikh warta pada 24 September 1998
5
7
[5] Pertuduhan kes ini telah dibacakan kepada Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua
sebagaimana berikut :-
Pertuduhan Pertama (Tertuduh Pertama)
“Bahawa kamu pada 15 Disember 2010 di antara jam 9.00 malam hingga 10.40
malam, di dalam sebuah premis beralamat No. 9C, Jalan SG. 3/16, Taman Seri
Gombak, 68100 Batu Caves dalam daerah Gombak Negeri Selangor didapati
membantu dalam mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa
Tentang Fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998. Maka
dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(c) Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan boleh dihukum mengikut seksyen
dan enakmen yang sama”
Pertuduhan Kedua (Tertuduh Kedua)
Bahawa kamu pada tarikh 15 Disember 2010 di antara jam 9.00 malam hingga
10.40 malam, di dalam sebuah premis beralamat No. 9C, Jalan SG. 3/16, Taman
Seri Gombak, 68100 Batu Caves dalam daerah Gombak Negeri Selangor
didapati bersubahat dengan Mohd Kamil Zuhairi Bin Abd. Aziz membantu
dalam mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa Tentang
Fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998 dengan cara
menyampaikan ceramah. Maka dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di
bawah Seksyen 46(c) dibaca bersama Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah
Negeri Selangor 1995 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(c) Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN
[6] Dalam membuktikan kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil 18 orang saksi
yang terdiri daripada pegawai-pegawai penyiasat yang terlibat secara langsung dengan serbuan
pada malam kejadian, pegawai yang menyelia barang rampasan, saksi awam dan saksi pakar.
Sebanyak 335 eksibit telah diterima masuk sebagai keterangan.
[7] Fakta kes mengikut keterangan saksi-saksi Pendakwa diringkaskan seperti berikut:-
1) Sekitar jam 9 malam pada 15 Disember 2010, taklimat berkaitan operasi
serbuan dibuat di Pejabat Agama Islam Gombak Timur, Keramat yang terdiri
daripada Pegawai-pegawai Penguatkuasa Agama, Polis, Pihak Berkuasa
9
Tempatan dan wartawan. Taklimat adalah berkaitan pembahagian tugas
untuk satu serbuan ke atas suatu kumpulan yang disyaki berfahaman Syiah
di Gombak.
2) Selepas taklimat, serbuan terus dibuat ke atas premis XXX, Taman Seri
Gombak, 68100 Batu Caves Selangor.
3) Serbuan ke premis tersebut mendapati terdapat seramai lebih kurang 200
orang hadir bagi satu majlis. Serbuan turut membuat tangkapan ke atas
tertuduh-tertuduh dan membuat rampasan ke atas beberapa barangan di
dalam premis tersebut.
DAPATAN MAHKAMAH
[8] Sebelum Mahkamah membuat apa-apa dapatan ke atas keterangan pihak pendakwaan,
Mahkamah terlebih dahulu ingin menarik perhatian kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh
pihak Pembelaan sepanjang prosiding ini, seriatim.
Isu : Ketiadaan Borang 5
[9] Pihak pembelaan menghujjahkan ketiadaan Borang 5 seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen
54 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor 2003 adalah kecacatan prosidur yang
fatal yang mengakibatkan pertuduhan ke atas tertuduh-tertuduh menjadi tidak berasas. Pihak
pendakwaan menghujjahkan sebaliknya. Mahkamah ini, data venia, tidak bersetuju dengan
hujahan Pembelaan.
[10] Mahkamah berpendapat bahawa ketiadaan Borang 5 di dalam kes ini tidak menjadikan kes
pendakwaan fatal dan bukanlah alasan pertuduhan dibuang begitu sahaja. Borang 5 adalah
penggerak kepada suatu siasatan (it sets investigation into motion). Akan tetapi Borang 5 bukan
pra-syarat sebelum suatu siasatan boleh dijalankan. Mahkamah merujuk kes Tan Cheng Kooi
v. PP [1972] 2 MLJ 115 di mana Chang Min Tat J menyebut verbatim:
Although of great importance, the omission of a first information report
does not however appear per se to be fatal to the prosecution.
[11] Nas tersebut menunjukkan, ex visceribus verborum, bahawa ketiadaan First Information Report
atau Borang 5 bukanlah suatu yang fatal kepada kes pendakwaan. (Juga vide PP v. Balveer
Singh [2009], PP v. Foong Chee Cheong [1970] 1 MLJ 97, PP v. Mohammad Terang bin Amit
[1999] 1 MLJ 154 Emperor v. Khwaja Nazir Ahmad [1945] AIR PC 18)
Isu : Eksibit P5 (1) sehingga P5 (295)
[12] Eksibit-eksibit tersebut merupakan gambar digital yang diambil oleh SP4 melalui kamera digital
kemudian dimuatkan ke dalam cakera padat. Pihak pembelaan membantah eksibit-eksibit
tersebut atas alasan kad memori yang menyimpan gambar-gambar tersebut tidak ditunjukkan
ke Mahkamah. Mahkamah menolak bantahan tersebut dan telah menerima masuk sebagai
keterangan kerana :
a) Gambar-gambar tersebut diperkenalkan kepada Mahkamah melalui SP4 yang
merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil gambar-gambar tersebut;
b) SP4 juga mengesahkan, under oath, bahawa kamera dan laptop yang digunakan untuk
memindahkan gambar-gambar tersebut berfungsi dengan baik dan di bawah
seliaannya; dan
c) SP4 juga telah menjelaskan bahawa kad memori tidak ditunjukkan kepada Mahkamah
atas sebab kerosakan.
[13] Hakim Hanipah Farikullah di dalam kes Positive Well Marketing Sdn. Bhd. v. Oka Concrete
Industries Sdn. Bhd. [2011] 1 LNS 836 menyatakan:
…in today's modern society where digital technology is vastly used, it is
almost impossible to suggest that memory cards must be provided in court in
all circumstances as primary evidence. Digital photographs in general
should be admitted as evidence provided that the maker of the photographs
is able to attend court to confirm their authenticity under oath. In R v. Tolson
11
[1864] F&F 103, the court held that: - "Photographs properly verified on
oath by a person able to speak to their accuracy are generally admissible."
Similarly in Re Stephens LR 9 CP 187, the court held that: - "Photographs of
non-removable records were received, but the accuracy of a photographic
copy, particularly of external objects, must be established on oath, to the
satisfaction of the judge, either by the photographer or someone who can
speak to its correctness."
Isu : Eksibit P17, P18, P19, P20, P22, P24, P35, P36 & P38
[14] Pihak pembelaan semasa perbicaraan membantah eksibit-eksibit tersebut untuk diterima masuk
sebagai keterangan kerana terdapat kecelaruan pada penulis, penandatangan dan pentarikhan.
Mahkamah telah menolak bantahan tersebut dan telah menerima masuk eksibit-eksibit
tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa adalah tidak perlu pihak pendakwaan memanggil
kesemua saksi yang ada dalam rantaian keterangan mengenai pergerakan sesuatu eksibit yang
dipertikaikan. Soalan yang penting ialah sama ada eksibit yang dikemukakan dalam
perbicaraan di mahkamah adalah eksibit yang sama yang telah dirampas oleh pegawai penyita
di tempat kejadian. Jika pegawai yang telah merampas eksibit tersebut mengecam eksibit yang
dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit yang sama yang telah dirampasnya dari tempat
kejadian ini adalah memadai (Vide Mukhlis Jafar v. PP [2010] 7 CLJ 696).
[15] Tanggungjawab Mahkamah pada peringkat ini adalah seperti diperuntukkan di bawah Sekyen
96 (f) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor 2003 seperti berikut:
Sekyen 96 (f) : Tatacara dalam perbicaraan
(f) jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalam perenggan
(c), (d) dan (e), Mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap tertuduh
telah diwujudkan yang jika tak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya,
maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan;
[16] Dalam menentukan sama ada suatu kes telah diwujudkan terhadap tertuduh atau tidak,
Mahkamah akan melihat sama ada setiap elemen di dalam pertuduhan telah dibuktikan
secukupnya atau tidak melalui keterangan-keterangan pihak pendakwaan.
[17] Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan keterangan Pendakwaan, Mahkamah ingin membuat
beberapa dapatan fakta.
[18] Adalah menjadi dapatan spesifik mahkamah ini bahawa tiada keterangan untuk mengaitkan dan
menghubungkan eksibit-eksibit yang diambil di dalam premis kejadian pada malam itu dengan
tertuduh-tertuduh. Eksibit-eksibit P5, P6, P7A, P7B, P8, P9, P10, P11, P12, P13, P14, P15,
P16, P21, P23, P26, P27, P28, P29, P30, P31, P32, P33, P34 dan P37 diambil di dalam premis
No. 9C, Jalan SG. 3/16, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves Selangor. SP16 ketika disoal
balas:
Pemeriksaan Balas SP16
S : Setuju semua barang-barang kes ini kamu tak dapat siasat milik OKT 1 dan OKT 2?
J: Ini milik OKT1 kerana dia tandatangan borang bongkaran
S : Termasuk buku-buku nota (P37)?
J : Tidak.
S : Ada buat siasatan kepada milik premis itu?
J : Ada.
S : Setuju pemilik premis tersebut adalah sebuah syarikat?
J : Tidak. Milik orang perseorangan.
S : Adakah premis tersebut milik OKT1 atau OKT 2?
J : Tidak.
Soalan Mahkamah
S : Kamu tidak pasti siapa pemilik barang-barang kes ini?
13
J : Saya hanya berdasarkan borang bongkaran.
Pemeriksaan Semula SP16
S : Kamu tak tahu milik siapa barang-barang tersebut? Siasatan macam mana yang kamu
buat untuk tentukan pemilik barangbarang kes?
J : Saya tak buat siasatan satu persatu barang-barang kes siapa punya. Walau
bagaimanapun, saya beranggapan kesudian OKT untuk tandatangan borang
memungkinkan dia merupakan pemilik barang-barang tersebut. Kalau dia tak punya
dia tak tandatangan.
[19] Borang bongkaran bukanlah, ipso facto, bukti pemilikan. Mahkamah tidak dapat menerima
penjelasan SP16 ini. Mahkamah tidak dapat memastikan sama ada eksibit-eksibit tersebut
dimiliki oleh tertuduh atau di dalam kawalan tertuduh atau dirujuk oleh tertuduh, atau diajar
oleh tertuduh atau diedar oleh tertuduh atau apa sahaja yang boleh menyimpulkan bahawa
tertuduh membantu dalam mengembangkan kumpulan Syiah. Adalah menjadi dapatan spesifik
Mahkamah ini bahawa tiada sebarang nexus dibuktikan melalui keterangan lansung atau tidak
lansung, antara kedua-dua tertuduh dengan barang-barang kes yang dirampas di premis
tersebut pada malam kejadian.
[20] Seterusnya Mahkamah ingin membuat beberapa cuplikan keterangan saksi-saksi dari rekod
keterangan seperti berikut :-
Pemeriksaan Balas SP1
S : Setuju kamu sebenarnya tidak mendengar apapun masa kamu naik ke premis?
J : Setuju.
S : Kamu ada baca Eksibit P1? Faham?
J : Ya sudah baca. Saya faham P1.
S : Setuju tidak ada satu pun perkara-perkara yang dinyatakan dalam P1 kamu dengar
berlaku dalam premis tersebut?
J : Setuju.
S : Setuju kamu sendiri tidak tahu dan tidak faham apakah kesalahan yang dilakukan oleh
tertuduh terhadap P1 ini secara spesifik?
J : Setuju.
Pemeriksaan Balas SP2
S : Berdasarkan pemerhatian kamu, kamu tak pasti apa yang sebenarnya yang melanggar
fatwa?
J : Setuju.
S : Setuju kamu tak faham apa yang tertuduh cakap?
J : Ya.
S : Setuju tertuduh-tertuduh tidak melanggar apa-apa semasa kamu masuk ke premis?
J : Setuju.
Pemeriksaan Balas SP3
S : Setuju berdasarkan pemerhatian kamu yang pertama, tiada apa-apa pelanggaran
kepada fatwa ini oleh kedua-dua tertuduh ini?
J : Setuju.
S : Setuju tidak ada apa-apa yang kamu dengar yang melanggar fatwa?
J : Setuju kerana waktu itu saya tak faham.
Pemeriksaan Semula SP3
S : Apa maksud kamu kata kamu tak ada lihat dan dengar perkaraperkara yang
bertentangan dengan fatwa?
J : Secara khususnya tak ada berlaku pelanggaran waktu itu. Secara umumnya, mereka
memang kelihatan menggambarkan pengikut Syiah contohnya gambar-gambar Imam
Syiah dan perkataan yang menggagungkan Imam Hussin.
Pemeriksaan Utama SP17
S : Apa yang kamu dengar?
15
J : Bacaan doa.
S : Selain doa apa lagi?
J : Saya tak sempat dengar lama kemudian serbuan terus datang.
Pemeriksaan Balas SP17
S : Setuju kamu tak pasti dan kamu tak dengar apa yang Tertuduh Pertama dan Tertuduh
Kedua cakap?
J : Ya saya tak pasti
[21] Mahkamah mendapati melalui keterangan-keterangan ini bahawa saksi-saksi pendakwaan
tidak dapat menyatakan dan memastikan apa yang sebenarnya diucapkan oleh kedua-dua
tertuduh pada malam kejadian sedangkan saksi-saksi ini adalah terdiri daripada pegawai yang
terlibat secara lansung dengan serbuan pada malam tersebut. Mereka adalah saksi-saksi yang
mustahak yang sepatutnya dapat menjelaskan secara first-hand apa yang sebenarnya dilakukan
oleh kedua-dua tertuduh pada malam kejadian itu. Maka adalah menjadi dapatan spesifik
Mahkamah ini bahawa tiada sebarang keterangan lansung atau tidak langsung yang
menunjukkan apa yang sebenarnya yang dilakukan oleh OKT 1 dan OKT 2 semasa kejadian.
[22] Mahkamah mendapati pasukan serbuan pada malam tersebut telah bertindak terlalu cepat untuk
menangkap (too quick to arrest) dan sepatutnya menunggu lebih lama dan membuat perhatian
apakah sebenarnya yang dilakukan dan disampaikan oleh Tertuduh Pertama dan kedua pada
malam kejadian.
[23] Pendakwaan berhujah dengan merujuk keterangan SP18 yang mengatakan perhimpunan pada
malam tersebut merupakan perhimpunan kumpulan Syiah. Mahkamah tidak menolak, atas
dapatan fakta dan keterangan, bahawa perhimpunan pada malam tersebut adalah perhimpunan
yang ada kaitan dengan Fahaman Syiah. Fakta ini jelas terbuktikan melalui keterangan Saksi
Pakar SP18 setelah dirujukkan dengan barang-barang kes yang dirampas di dalam premis
tersebut. Namun bukan elemen fahaman Syiah sahaja yang menjadi intipati pertuduhan dan
perlu dibuktikan tapi juga elemen “membantu mengembangkan” dan elemen “menyampaikan
ceramah” juga perlu dibuktikan kerana itu juga intipati pertuduhan.
[24] Pendakwaan juga berhujah pada muka surat 25, 26 & 27 yang menyatakan, inter alia, qarinah
yang menunjukkan kedua-dua tertuduh berada di hadapan dan di depan sejumlah hadirin,
merupakan qarinah kuat menunjukkan tindakan membantu mengembangkan. Dengan penuh
hormat, Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan ini yang tidak disokong dengan sebarang
otoriti. Pendakwaan tidak menunjukkan di bawah peruntukan mana di bawah Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah yang menjadikan kedudukan atau posisi seseorang itu menjadi
suatu qarinah atau fakta relevan. Fakta yang menunjukkan keberadaan tertuduh di hadapan
khalayak adalah terlalu asing dan jauh untuk menyimpulkan bahawa mereka sedang
mengembangkan kumpulan Syiah. Jika diterima hujahan ini, maka khalayak ramai juga itu
juga boleh dikatakan mengembangkan kumpulan Syiah kerana merekalah yang sebenarnya
berada di hadapan kedua-dua tertuduh.
[25] Jika hendak dikatakan ia suatu qarinah sekalipun. Maka adalah menjadi prinsip mantap bahawa
untuk menggunapakai qarinah sedemikian, qarinah tersebut mestilah kompak/kuat hingga ke
tahap di mana tiada sebarang inferen dan kesimpulan lain melainkan inferen bahawa tertuduh
melakukan perbuatan tersebut.
[26] In casu, adalah jelas kepada Mahkamah bahawa keterangan dalam kes ini, setelah diambil kira
dan dinilai secara kumulatif bukanlah sebegitu rupa sehingga cuma satu inferen semata-mata
boleh dibuat, iaitu, bahawa Tertuduh Pertama sedang membantu mengembangkan Kumpulan
Syiah dan Tertuduh Kedua sedang menyampaikan ceramah. Malah, tidak diketahui apakah
status, peranan dan kedudukan kedua-dua Tertuduh di premis tersebut pada masa kejadian.
Mereka bukanlah pihak yang mempunyai pengurusan dan jagaan ke atas premis berkenaan,
bukan juga penganjur, atau menggunakan barang-barang kes sebagai alat bantuan mereka.
Persoalan bagaimana Tertuduh Pertama membantu mengembangkan kumpulan Syiah semasa
kejadian tidak dapat dijawab. Dan persoalan apakah tindakan Tertuduh Kedua yang boleh
menjadikannya particeps criminis tidak dapat dijelaskan. Qarinah-qarinah yang cuba dikaitkan
oleh pihak pendakwaan adalah terlalu remote dan adalah tidak selamat bagi Mahkamah
membuat keputusan berdasarkan qarinah sebegini.
[27] Mahkamah merujuk ipsissima verba Hakim Ahmad Maarop dalam kes PP v. KK [2007] 6 CLJ
367 yang menyatakan:
Ertinya, keterangan circumstantial hendaklah dilihat dan dinilaikan
bersekali. Setiap keterangan circumstantial saling sokong menyokong
antara satu dengan lain. Kuat atau tidaknya keterangan circumstantial itu
bergantung kepada kesan keseluruhan (cumulative effectnya). Persoalan
yang mesti ditanya ialah apakah kesan keseluruhan keterangan
circumstantial itu? Adakah kesan keseluruhan (cumulative effect)
keterangan circumstantial dalam sesuatu kes itu membawa kepada hanya
satu kesimpulan, iaitu, orang yang kena tuduhlah yang melakukan
kesalahan yang menjadi subjek pertuduhan itu? Atau adakah terdapat
penjelasan bagi keterangan tersebut.
[28] Mahkamah juga ingin merujuk kes Sharad Birdhi Chand Sarda v State Of Maharashtra [1984]
AIR 1622, di mana Mahkamah Agong menyatakan:
Before a case against an accused vesting on circumstantial evidence can
be said to be fully established the following conditions must be fulfilled as
laid down in Hanumat's v. State of M.P. [1953] SCR 1091.
1. The circumstances from which the conclusion of guilt is to be
drawn should be fully established;
2. The facts so established should be consistent with the hypothesis
of guilt and the accused, that is to say, they should not be
explainable on any other hypothesis except that the accused is
guilty;
3. The circumstances should be of a conclusive nature and tendency;
4. They should exclude every possible hypothesis except the one to
be proved; and
5. There must be a chain of evidence so complete as not to leave any
reasonable ground for the conclusion consistent with the
innocence of the accused and must show that in all human
probability the act must have been done by the accused.
[29] Mahkamah ini berpendapat bahawa rantaian keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan
adalah tidak lengkap dan telah membiarkan alasan munasabah untuk memutuskan bahawa
tertuduh pada tarikh dan waktu seperti dipertuduhkan, kedua-dua tertuduh tidak membantu
mengembangkan kumpulan Syiah dan menyampaikan ceramah. Kelompangan ini tidak dapat
ditampung oleh Mahkamah tanpa sebarang keterangan. Mahkamah tidak boleh membuat
sebarang inferen atau anggapan fakta hanya berdasarkan tekaan semata atau berdasarkan
keterangan tidak lansung yang lemah. “Realm of conjecture has no legal consideration and
cannot be substituted for realm of proof” (PP v. Che Saufi Kadir [2005] 8 CLJ 455).
[30] Mahkamah ini mendapati bahawa pasukan siasatan dan serbuan gagal menjalankan siasatan
dengan lebih terperinci, komprehensif dan mendalam untuk mendapatkan keterangan-
keterangan yang penting bagi menambah, mengukuhkan dan menguatkan keterangan ikut
keadaan. Serbuan yang tergopoh gapah menyebabkan rantaian keterangan menjadi tidak
lengkap dan meninggalkan gap. Lemahnya siasatan boleh dilihat apabila pendakwaan
bergantung banyak pada keterangan ikut keadaan padahal pasukan yang terlibat pada malam
operasi ramai dan saksi-saksi pendakwaan hampir 16 orang adalah saksi mata dan telinga yang
berada pada masa dan tempat kejadian. Sepatutnya, pendakwaan boleh banyak bergantung
kepada keterangan mereka. Tapi malang sekali, siasatan kes yang lemah oleh pasukan siasatan
dan serbuan menyebabkan pihak lain yang menerima akibatnya di mana manfaat sebarang
keraguan harus diberi kepada tertuduh. Di mahkamah, keterangan ditimbang, bukan dibilang.
Di dalam obiter, Mahkamah ini memperingatkan agensi siasatan, dalam mengendalikan
serbuan dan mengendalikan barang-barang kes agar lebih efektif, lebih cermat dan lebih tuntas.
[31] Pihak Pendakwaan juga tidak boleh mengelak daripada tanggungjawab dan tugasnya untuk
membuktikan setiap intipati pertuduhan seperti dikehendaki dari segi undang-undang. Dalam
kes PP v. Muhamad Nasir Shaharuddin [1994] 2 MLJ 576, Hakim Visu Sinnadurai berkata:
“.. . an accused per son cannot be convicted of any offence with which he
is charged unless it has been established by the prosecution that each one
of the factual ingredients which are included in the legal definition of that
specific offence was present in the case that has been brought against him
by the prosecution ….”
[32] Pihak pembelaan berhak mengambil kesempatan ke atas setiap kelemahan di pihak
pendakwaan. Hakim Edgar Joseph Jr. H dalam kes Public Prosecutor lwn. Tai Mei Yuen [1990]
1 CLJ 1208 berkata:
... the defence were perfectly entitled to take advantage of any frailty which
appeared in the prosecution case. Furthermore, where the evidence is
circumstantial, the court is not at liberty to bridge any material gap in the
chain of evidence for this would amount to relaxing the requirements of
strict proof in a criminal case.
[33] Sekalipun menjadi sebahagian dapatan Mahkamah bahawa perhimpunan pada malam kejadian
tersebut mempunyai kaitan somehow dengan fahaman Syiah, namun masih wujud intipati-
intipati lain di dalam pertuduhan yang tidak dapat dibuktikan kerana kekurangan keterangan.
Perlu diigat bahawa Mahkamah membuat keputusan berdasarkan keterangan yang ada di
hadapannya. Bukanlah tugas Mahkamah untuk bergerak di luar rekod keterangan di
hadapannya bagi tujuan menampung sebarang jurang yang wujud. Prinsip berkaitan hakim
tidak boleh memutuskan sesuatu yang tidak dibawa kepada perhatiannya sudah mantap. Prinsip
ini ada disebut oleh Imam Ibnu Farhun di dalam kitabnya, تبصرة الحكام في أصول األقضية ومناهج
:jilid 1, m/s 17, katanya ,األحكام
وأما القاضي فال يحكم إال فيما رفع إليه
[34] Al-Syeikh Dr. Muhammad Sidqi Al-Burnu juga ada menukilkan satu maxim perundangan
berkaitan isu ini di dalam kitabnya موسوعة القواعد الفقهية , Jilid 8, muka surat 122 :-
القاضي مأمور باتباع الظاهر
[35] Dr. Mahmood Muhamad Nasir Barakat, supra, juga ada mengungkap satu maxim yang
dipetiknya daripada kitab إعالم الموقعين عن رب العالمين karangan Syeikh Ibnul Qayyim Al-
Jawziyyah, viz :
األحكام تجري على الظواهر
[36] Hakim VT Singham dalam kes PP v. Che Saufi Kadir [2005] 8 CLJ 455 ada menyebut seperti
berikut:
The requirement of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to
bridge any material gap in the prosecution evidence. Irrespective of
whether the court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or
innocence of an accused, its decision must be based on the evidence
adduced and nothing else.
[37] Mahkamah ini berpendapat jika di dalam suatu kes terdapat lompang dalam kes pendakwaan
atau keterangan yang diberikan membenarkan lebih dari satu inferen, maka bolehlah dikatakan
tiada kes telah berjaya diwujudkan ke atas si tertuduh. In casu, secara ringkasnya, Mahkamah
mendapati elemen-elemen di dalam pertuduhan telah dibuktikan secukupnya melainkan
elemen “membantu mengembangkan” bagi pertuduhan pertama dan elemen “menyampaikan
ceramah” bagi pertuduhan yang kedua. Ini telah menyebabkan satu lompang (gap) yang serius
dalam kes pendakwaan.
[38] In finé, setelah Mahkamah menghalusi keseluruhan keterangan dan mendengar serta
mengamati penghujahan lisan dan bertulis kedua-dua belah pihak, Mahkamah mendapati pihak
pendakwaan telah gagal membuktikan wujudnya kes atas kedua-dua tertuduh. Oleh yang
demikian, Mahkamah memeritahkan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dilepaskan dan
dibebaskan.
KEPUTUSAN
Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan rayuan
Tertuduh serta hujahan Pendakwa Syarie dan setelah Mahkamah menimbangkan perkara tersebut,
maka Mahkamah memerintahkan seperti berikut:
(1) Mahkamah membatalkan pensabitan ke atas Tertuduh Pertama di bawah Seksyen 12 (c) dan
Tertuduh Kedua di bawah Seksyen 46 (c) yang dibaca bersama Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Selangor 1995.
(2) Mahkamah memerintahkan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dilepaskan dan dibebaskan.