Lesson Plan Isnin 12.1.15
-
Upload
ronaldoshimmy -
Category
Documents
-
view
219 -
download
1
description
Transcript of Lesson Plan Isnin 12.1.15
Minggu : 1 Hari : Isnin Tarikh : 12 Januari 2015
Kelas /
Masa /
Subjek
Kandungan
Refleksi /
Nota
4 Abu Bakar
11.00 12.00
Matematik
Tempoh : 1 jam
Bidang:Nombor dan Operasi
Tajuk :1. Nombor bulat hingga 100 000
Standard kandungan:Murid dibimbing untuk :
1.1 Nilai nombor
Standard Pembelajaran:Murid berkeupayaan untuk :
1.1(i)Membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga 100 000 yang diberi dalam perkataan dan angka.
1.1(ii) Menamakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor.
Objektif pembelajaran:Di akhir pembelajaran , murid dapat :
(i) Membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga 100 000 yang diberi dalam perkataan dan angka.
(ii) Menamakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor.
Aktiviti:
1. Murid membaca perkataan yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid menulis nombor dalam angka.
3. Murid menyebut nilai tempat yang ditunjukkan pada carta nilai tempat dengan bimbingan guru.
4. Murid menjawab soalan secara lisan berkaitan dengan nilai tempat dan nilai digit.
5. Murid menjawab latihan secara bertulis.
Nilai dan sikap:keyakinan diri.
Elemen Merentas Kurikulum:Kreativiti dan inovasi
2 Osman
12.30 1.30
Matematik
Tempoh : 1 jam
Tajuk : Nombor Bulat Hingga 1000
Standard Pembelajaran : 1.1 (ii) (a),(b)
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat:
i) Menamakan nilai nombor hingga 1000
ii) Menentukan nilai nombor hingga 1000
Aktiviti :
Guru menunjukkan objek iaitu blok asas: satu, sepuluh dan seratus.
Guru bertanya, nilai bagi setiap blok yang ditunjukkan
Guru menulis sejumlah nombor di papan putih dan menyoal murid nombor tersebut.
Murid membuat latihan di dalam buku Matematik aktiviti.