LARAS BAHASA

19
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu ini. Sejuta kesyukuran dipanjatkankerana akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam waktu yang ditetapkan. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Amir Hamzah bin Ya’akub selaku pensyarah penasihat Bahasa Melayu yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak 1 | Page Astera Mckee

description

BMM 3103

Transcript of LARAS BAHASA

Page 1: LARAS BAHASA

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah

S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha

Penyanyang kerana dengan limpah dan

kurniaNya dapat saya menyempurnakan

tugasan kerja kursus pendek Bahasa

Melayu ini. Sejuta kesyukuran

dipanjatkankerana akhirnya berjaya

menyiapkan tugasan ini dalam waktu

yang ditetapkan. Ucapan jutaan terima

kasih diucapkan kepada En. Amir

Hamzah bin Ya’akub selaku pensyarah

penasihat Bahasa Melayu yang banyak

memberi panduan dan tunjuk ajar dalam

proses menyiapkan tugasan ini. Tidak

1 | P a g eAstera Mckee

Page 2: LARAS BAHASA

lupa juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang sering memberi

galakan dan sokongan moral untuk saya

terus gigih menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya

yang sentiasa mendoakan saya dari

kejauhan. Jasa kalian semua amat

bermakna. Sekian Wassalam.

2 | P a g eAstera Mckee

Page 3: LARAS BAHASA

SOALAN TUGASAN

Anda dikehendaki mengaji dan mendapatkan maklumat berkaitan perkara-perkara berikut:

i. Definisi Laras Bahasaii. Ciri-ciri Laras Bahasaiii. Jenis-jenis Laras Bahasa berserta contoh petikan

3 | P a g eAstera Mckee

Page 4: LARAS BAHASA

Definisi Laras Bahasa

Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu

bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras

bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah

perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras

tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat

dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang

berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-

situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.

Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai ‘jenis-jenis bahasa yang digunakan

mengikut situasi-situasi yang berlainan’.

Sementara Hill dalam satu makalahnya Institutional Linguistics(1958)

mengesorkan klasifikasi laras mengikut matra gaya, genre, dan cara iaitu style, genre,

dan mode. Joos pula (1962) melihat laras bahasa dari dimensi formaliti telah

menegaskan gaya dengan membahagikan dengan lima jenis bahagian iaitu beku,

formal, rundingan, selamba, dan intim dalam tulisannya The Five Clocks.

4 | P a g eAstera Mckee

Page 5: LARAS BAHASA

Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza

berdasarkan fungsi. Beliau melihat laras dari tiga dimensi iaitu :-

tajuk wacana

cara penyampaian

gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)

Tajuk wacana

Merujuk kepada bidang yang diperkatakan

seperti biologi, perubatan, sukan,

pendidikan, matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata

dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat

yang digunakan.

Jika wacana merupakan wacana ilmiah,

maka ragam ayat pasif banyak digunakan

untuk memberikn fokus kepada perkara

yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan

selari perlawanan bola sepak , ragam ayat

aktif dengan ayat tunggal yang pendek-

pendek banyak digunakan supaya sesuai

dengan tempo perlawanan bola sepak

berkenaan.

Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan disampaiakn

secara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana

5 | P a g eAstera Mckee

Page 6: LARAS BAHASA

syarahan atau ucapan, perbahasan dan

khutbah atau doa.

Jika tulisan sama ada ia esei, laporan,

surat rasmi atau surat peribadi,

memorandum atau iklan.

Gaya penyampaian

Mengimbangi sama ada suatu ucapan

berkenaan disampaikan dalam situasi

formal atau tak formal.

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu

disampaiakn dalam majlis yang formal

yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan

atau dif-dif.

Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu laras tertentu digunakan

untuk keadaan atau situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa menggunakan laras

yang berbeza-beza bagi situasi yang berlainan, mengikut kesesuaiannya. Pilihan laras

amat luas, misalnya laras apabila bercakap dengan rakan sepejabat tentang hal-hal

pekerjaan; laras dengan majikan; laras dalam suasana rumah tangga, misalnya antara

suami isteri, dengan anak-anak, dengan mertua dan dengan sanak saudara; laras

sewaktu menulis laporan atau minit mesyuarat; dan laras sewaktu tawar-menawar di

pasar. Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman

bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat.

Ciri-ciri Laras Bahasa

6 | P a g eAstera Mckee

Page 7: LARAS BAHASA

Ferguson (1968) sewaktu membincangkan ciri-ciri bahasa yang telah maju,

mengatakan bahawa salah satu ukuran untuk menentukan taraf kemajuan ialah

menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.

Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan

laras khusus.

Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti

bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan

(syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).

Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.

Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat. Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Biasa

Formal/Rasmi Tak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.

Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti

ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana,

laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:

kosa kata

tatabahasa

gaya

Perbezaan antara laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus :

7 | P a g eAstera Mckee

Page 8: LARAS BAHASA

Golongan laras Bidang Situasi Contoh Bahan

Biasa

Hiburan

Pengetahuan

Maklumat

Upacara/.Majlis

Khalayak Umum

Berita, laporan. iklan, surat peribadi

Ucapan syarahan

Acara majlis umum

Doa, khutbah

Khusus

Doa-khutbah

Teknikal

Ilmiah

Khalayak Umum

Acara majlis rasmi

Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.

Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.

ASPEK AYAT

Ayat Aktif dan Ayat Pasif.

Dari segi makna tidak ada perbezaan yang ketara antara ayat berbentuk aktif dengan

ayat pasif. Perbezaannya cuma terletak pada penekanan yang diberikan. Contohnya:

1. Pemburu itu telah menembak rusa jantan.

Dalam ayat tersebut yang diberi penekanan ialah subjek ayat, iaitu pemburu itu. Jikalau

ayat ini dipasifkan objek asal iaitu rusa jantan dikedepankan dan diberikan penekanan.

8 | P a g eAstera Mckee

Page 9: LARAS BAHASA

a: Rusa jantan telah ditembak oleh pemburu itu.

Manakala apabila frasa yang menyatakan objek pelaku dianggap tidak penting

langsung dan digugurkan iaitu frasa pemburu itu.

b: Rusa jantan telah ditembak.

Dalam ketiga-tiga ayat ini, susunan subjek dan predikatnya dan unsur penguguran

bahagian tertentu membawa penekanan yang berbeza kepada laras.

Aspek keformalan bahasa juga dapat dilihat melalui pilihan antara ayat aktif dengan

ayat pasif. Ayat pasif biasanya digunakan dalam laporan. Contohnya:

Kajian itu telah dijalankan selama enam bulan. Salah satu dapatan kajian itu adalah

bahawa gejala itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Selain itu, bagi menunjukkan dengan lebih jelas penekanan yang berbeza yang

dihasikan melalui susunan ayat ialah:

a) Mereka ke Melaka minggu lalu

b) Minggu lalu mereka ke Melaka

c) Ke Melaka mereka minggu lalu

Ayat Pendek dan Ayat Panjang

9 | P a g eAstera Mckee

Page 10: LARAS BAHASA

Kepanjangan ayat juga merupakan satu ciri linguistik yang membezakan laras. Ayat

dibawah memperlihatkan susunan ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada

rentetan ayat-ayat tunggal pendek. Contohnya:

Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Kampar, Maharaja Jaya nama

rajanya, Pekan Tua nama negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau; tiada ia

menyembah ke Melaka.

Manakala ayat-ayat panjang yang menjadi kegemaran sebahagian penulis pada masa

kini. Contohnya:

Kerajaaan disarankan menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun depan,

dalam usaha merapatkan hubungan antara pelbagai kaum di kalangan pelajar yang

bakal menjadi pemimpin Negara.

(Berita Harian, 26 Disember 2000)

Dalam contoh ini, binaan ayat agak panjang yang terdiri daripada ayat induk dengan

pelbagai bentuk perluasan disamping ayat kecil.

Manakala contoh kedua terdiri daripada ayat majmuk yang berbentuk ayat majmuk

gabungan dan ayat majmuk pancangan relatif dan keterangan. Contohnya:

10 | P a g eAstera Mckee

Page 11: LARAS BAHASA

Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan matlamat untuk

menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan

penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan masih belum dapat dicapai

sepenuhnya.

Jenis-jenis Laras Bahasa Berserta Contoh

.

11 | P a g eAstera Mckee

Page 12: LARAS BAHASA

1.Laras Biasa

Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu

atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras

biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.

Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

2.Laras Bahasa Perniagaan

Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang

perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan

perdagangan.

Contoh: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar

jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi

setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi

keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu

Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan jenama barangan

yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar

supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali.

Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah

sikap dan melakukan tindakan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh

gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) Slogan: Kami Ada Cara

12 | P a g eAstera Mckee

Page 13: LARAS BAHASA

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

3.Laras Bahasa Akademik

Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang

ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan

sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang

terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras

kimia, biologi dan fizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran

istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.

Contoh dalam bidang ekonomi : Perubahan dalam pola guna tenaga merupakan

gejala yang umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada

sektor pertanian yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah semakin

ramai diserap ke dalam sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.

13 | P a g eAstera Mckee

Page 14: LARAS BAHASA

Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan

mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum.

Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan

bersifat alkali.

 Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia : Sejauh mana pencarian OH

atau H20 pada permukaan bergantung pada pH, seperti yang ditunjukkan dalam rajah

8.11 dan seperti yang diramalkan daripada persamaan 8.21.

4.Laras Bahasa Undang-Undang

Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak

zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat

moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.

Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan

cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan

dengan perbicaraan berkenaan.

Contoh: Barangsiapa yang:-

a)memberikan kepadanya dirinya sendiri @ menyiksa mana-mana orang lain

bertentangan dengan peruntukan seksyen 14 dengan memberikan kepadanya dadah

berbahaya yang ditetapkan di bahagian 3 dan 4 dari jadual pertama atau

b) dijumpai berada di mana-mana premis yang telah di khaskan atau di gunakan untuk

mana-mana tujuan seperti yang telah di tetapkan dalam seksyen 13 supaya mana-

mana dadah berbahaya tersebut boleh diberikan atau atu di hisap atau dengan kaedah

lain olehnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terahdap akta ini dan jika disabitkan

hendaklah di denda tidak lebih dari lima ribu ringgit atau di kenakan hukuman penjara

selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.

14 | P a g eAstera Mckee

Page 15: LARAS BAHASA

 

5.Laras bahasa media

Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan

imbuhan dan kata hubung.

Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada

struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu

menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar

pembaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:

o Pertama - bahasa yang digunakan mudah.

o Kedua - gaya tulisan yang jelas dan

o Ketiga - isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk

orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa

kegunaan orang ramai.

Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang

berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk

dipaparkan kepada pembaca dan penonton

 Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas

menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora,

kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

6.Laras Bahasa Sastera

15 | P a g eAstera Mckee

Page 16: LARAS BAHASA

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

a kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

d. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa,

metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

 Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan

membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin

disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

Contoh novel : Perkarangan tempat menunggu di Unit Kecemasan Hospital Universiti

Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang sudah hampir 15 minit tiba,

sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang terdapat di situ. Air

matanya sudah lama kering. Penantiannya bagaikan tiada jawapan.

7.Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

16 | P a g eAstera Mckee

Page 17: LARAS BAHASA

Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan

dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati,

rahmat pada kala mati, dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami,

senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari neraka dan

anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.

8.Laras Bahasa Sukan

Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.

Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling

digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan.

Dalam sistem ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan

pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing.

9.Laras Bahasa Sains Komputer

Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer dan siber.

Contoh : Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi (PC) sering dianggap remeh,

kerana sifatnya yang agak membosankan meskipun aktiviti ini penting. Seperti

perkakasan, senggaraan secara berterusan juga perlu untuk perisian ,sisitem operasi

(OS), program dan data.

PENUTUP17 | P a g eAstera Mckee

Page 18: LARAS BAHASA

Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita.

Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju

mundurnya sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu

sebelum dan selepas merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu

telah mengalami perkembangan yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu

bertambah dengan banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain

khususnya bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi bahasa

rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.

Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu.

Malah hendaklah tahu membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu,

terutama laras formal dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami

masalah menggunakan laras sesuai dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat

visible dari segi penggunaan bahasa seperti pemimipin yang terlibat dalam saluran

media elektronik. Oleh itu amat penting bagi golongan ini menggunakan laras yang

sesuai dalam bentuk yang sempurna.

Sebahagian laras merupakan laras baharu, oleh itu laras-laras itu haruslah

dipelajari sebagai suatu kemahiran. Hal ini menghairankan banyak pihak terutamanya

orang Melayu itu sendiri. Sesetengah orang Melayu berpendapat bahawa mereka tidak

perlu lagi belajar perkara seperti ini. Laras bahasa Melayu moden, terutama laras

formal dan rasmi merupakan laras khusus yang tidak menjadi sebahagian kehidupan

rasmi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa tidak formal.

Supaya masyarakat benar-benar menguasai bahasa kebangsaan mereka sendiri,

pembelajaran laras bahasa dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan di bangku

sekolah bukannya baru di institut pengajian tinggi.

18 | P a g eAstera Mckee