Laras Bahasa (Complete Slide)
-
Upload
leesa-louis -
Category
Documents
-
view
471 -
download
15
description
Transcript of Laras Bahasa (Complete Slide)
KONSEP LARAS BAHASA
Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
Ure & Ellis (1997) menganggap laras sebagai “jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan”.
Halliday (1968), mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza mengikut fungsi.
Laras bahasa merupakan konvensi sosial.
Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.
Jumlah laras seseorang menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat.
Jenis & ciri-ciri laras bahasa
Ciri-ciri keperihalan
Situasi luaran
Situasi persekita
ran
Cara penyamp
aian
Hubungan sosial dan peribadi antara
pengguna bahasa
Bahan yang
diperkatakan
Fungsi-fungsi sosial
perlakuan bahasa.
Situasi luaran • Latar belakang sosial dan kebudayaan
sesuatu masyarakat bahasa.
• Contohnya:
- huraian tentang laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan
Situasi persekitaran• Aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam
penggunaan bahasa.
• Aspek-aspek ini menghasilkan laras bahasa yang berbeza-beza.
• Empat faktor situasi persekitaran yg ketara :
- cara penyampaian
- hubungan sosial dan peribahasa antara pengguna bahasa
- bahan yg diperkatakan
- fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.
Cara penyampaian • Merujuk kepada bentuk perhubungan
yang digunakan termasuk jenis bahasa, peserta-peserta yang terlibat dan jangka masa yang diambil.
• Bahasa lisan berlainan daripada bahasa tulisan.
Hubungan sosial dan peribadi pengguna bahasa • Terbahagi kepada 2 : bersifat
peribadi dan tidak bersifat peribadi.
• Bersifat peribadi : antara individu dengan individu sebagai anggota masyarakat
• Tidak bersifat peribadi : hubungan yang jauh jaraknya
Bahan yang diperkatakan • Menentukan jenis atau laras bahasa
yang digunakan
• Meliputi perkara-perkara biasa dalam kehidupan sehari-hari
Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa
• Bahasa ialah bahagian utama daripada perlakuan sosial.
• Diperlukan untuk berhubung dan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.
• Perbezaan laras bahasa ditentukan oleh faktor :• Rasmi atau tidak rasmi sesuatu
peristiwa penggunaan bahasa• Isi atau kandungan • Hubungan antara individu yang
terlibat.
Aspek Ayat.
Ciri-Ciri Linguistik
Aspek Bunyi.
Ayat aktif dan Ayat pasif
Sunsunan bahagian dalam ayat.
Kepanjangan ayat
Aspek Perkataan.
Perkataan khusus
Unsur kolokasi
Perkataan pinjaman
ASPEK BUNYI
Tujuan: membezakan satu laras dengan laras yang lain, terutama laras berbentuk lisan.
Dalam pengucapan : nada suara turun amat ketara dalam laras
Kita menggunakan cara tertentu, melalui nada suara dan corak pengungkapan.
Aspek lain yang mendapat tekanan sewaktu menyampaikan kuliah atau tatkala memberi khutbah Jumaat di masjid.
ASPEK PERKATAAN
PERKATAAN KHUSUS• Satu ciri yang jelas membezakan laras ialah
perkataan-perkataan atau kosa kata yang digunakan.
UNSUR KOLOKASI• Kehadiran dua atau lebih yang masing-masing
merupakan perkataan tersendiri,tetapi lazimnya dikaitkan antara satu sama lain.
PERKATAAN PINJAMAN• Perbezaan antara laras juga dapat dikesan
melalui kata-kata pinjaman yang digunakan dalam ayat.
• Perbezaan antara ayat terletak pada penekanan yang diberikan, dan ini membawa perbezaan pada laras.
Pemburu itu telah menembak rusa jantan.
Rusa jantan ditembak oleh pemburu itu.
Rusa jantan telah ditembak.
a)
b)
c)
Digambarkan melalui pilihan antara ayat aktif dan ayat pasif.
Sebagai contoh, ayat pasif digunakan dalam laporan.
Aspek Keformalan.
Kajian itu telah dijalankan selama enam bulan. Salah satu dapatan kajian tersubut ialah gejala itu dapat diselesaikan dalam masa
yang singkat.
Contoh penekanan yang berbeza-beza hasil daripada perubahan kedudukan bahagian-bahagian dalam ayat.
Susunan Bahagian dalam Ayat
• Mereka ke Melaka minggu lalu.a
• Minggu lalu mereka ke Melaka.b
• Ke Melaka, mereka minggu lalu.c
Kepanjangan Ayat.Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah
perkataan Kampar, Maharaja Jaya namanya, Pekan Tua nama negerinya, asalnya daripada Maharaja Minangkabau; tiada ia menyembah
ke Melaka.Fasal yang kesebelas, pada menyatakan
hukum mencuri. Masuk ia ke dalamkampung orang itu, maka tahu yang empunya kampung
itu, maka ditikamnya mati atau diturutnya antara dua kampung, maka bertemu,
dibunuhnya mati; tiadalah lagi salahnya yang membunuh iu.
Kerajaan disarankan untuk menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun
depan, dalam usaha merapatkan hubungan antara pelbagai kaum dalam kalangan pelajar yang bakal menjadi
pemimpin negara.Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
diperkenalkan oleh kerajaan dengan matlamat untuk menyusun semula
masyarakat dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan penglibatan
bumiputera dalam bidang perniagaan masih belum dapat dicapai sepenuhnya.
Ayat-ayat panjang
LARAS SAINSCIRI-CIRI
merupakan laras ilmiah
Berbahasa moden
Bersifat formal & menindakkan bahasa basahan
Mempunyai sifat intelektual, saintifik, & bersifat objektif serta berdasarkan kajian dan fakta.
Terdapat istilah pinjaman
Banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif
Dibahagikan kepada sub bidang seperti laras fizik, kimia, biologi dan teknologi
Contoh JE (Japanese Encephalitis) ialah
sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui
gigitan naymuk culex. Virus ini menyerang sistem saraf pusat.
Beberapa spesies culex yang dikenali sebagai vektor kepada JE di Malaysia
ialah culex trigeniortyehus, culex gelidus, dan culex vishnui.
LARAS EKONOMI bersifat ilmiah dan formal serta mementingkan ketepatan makna dan fakta.
Pemilihan katanya tepat seperti kos lepas, keanjalan silang, utiliti marginal dan barang modal.
Banyak menggunakan graf untuk memaparkan maklumat tertentu.
Ayat-ayat yang digunakan bersifat deskriptif
• Tujuan untuk menjelaskan aspek ekonomi seperti hal kewangan, pelaburan dan perniagaan.
Contoh:Pembelian semasa saham murah berpilih-pilih oleh dana-dana tempatan dan asing mungkin meningkatkan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) minggu depan. Pembelian saham murah mungkin memberikan sedikit sokongan kepada Indeks Komposit melebihi 870 mata.
Laras UNDANG-UNDANG
• Sejenis laras teknikal.
• Mempunyai ciri-ciri yang tersendiri : tidak mempunyai gambar, gambar
rajah, graf, jadual, simbol-simbol, peta dan formula.
Struktur ayat terdiri daripada huraian tentang prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-undang.
Terdapat bentuk FSN yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain.
Sebahagian besar klausa dan ayat dalam laras ini ditulis menggunakan ayat penyata.
Contoh
Defendan membantah pada awal prosiding
kerana tidak bersetuju dengan cadangan plaintif
untuk mengemukakan saksi-saksi yang
dikatakan tidak relevan dengan perbincangan
berkenaan.
DEFINISI apa-apa teks yang diungkapkan untuk memperkatakan hal ehwal agama.
TUJUAN untuk menerangkan apa-apa topik yang berkisar tentang keagamaan.
LARAS AGAMA
Ciri-ciri khusus laras agama:a. Terdapat unsur bahasa klasik.b. Terdapat istilah-istilah agama yang khusus
bagi sesuatu agama.c. Mengandungi bentuk-bentuk cerita, kias
dan ibarat.
Contoh: Wahai Tuhan kami, kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu menghadap kematian, dan lepaskan kami dari neraka serta anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.
Laras ini berbentuk pemohonan dan cara penyampaiannya adalah secara lisan dengan hubungan secara langsung dengan Tuhan.
Kata ganti nama yang digunakan adalah orang ketiga:
Kata ganti nama orang kedua ialah:
Kami- merujuk bagi diri yang memohon / memberi gambaran bahawa pemohon itu bagi pihak yang lebih ramai.
Tuhan- kata ganti nama kedua Tuhan ialah Engkau, iaitu bentuk mesra antara Tuhan dengan hamba-Nya
Ayat yang digunakan ialah ayat perintah jenis permintaan seperti Kami meminta daripada Engkau… atau Senangkanlah kami waktu menghadapi kematian.
Bahasanya bersifat merayu, bermula dengan sapaan.
“ Wahai Tuhan kami…”
Berbentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik &
puitis.
terbahagi kepada 2 : Kreatif (puisi, cerpen, novel
drama) dan bukan kreatif (esei sastera, kritikan
sastera, biografi tokoh sastera, autobiografi tokoh
sastera, sejarah dan catatan harian sastera)
Mementingkan penyusunan, pengulangan dan
pemilihan kata.
LARAS SASTERA
• Sastera kreatif : bersifat khayalan
menggunakan bahasa konotatif
memenuhi syarat estetika seni
• Sastera bukan kreatif : menekankan
unsur fakta menggunakan bahasa
denotatif memenuhi unsur estetika
seni.
LARAS SUKAN
• Tidak banyak menggunakan istilah khusus atau spesifik.
• Bersifat bersahaja.
• Gaya bahasa yg digunakan dpt difahami.
• Istilah mudah difahami. contohnya: - tendangan percuma,
pengadil, pukulan, lontaran dan balingan
• Sebahagian besar ayat terdiri daripada ayat penyata dan ayat tunggal.
• Ayat majmuk = digunakan untuk menjelaskan fenomena secara lebih jelas.
Contoh :Selepas rehat, Azim masuk selaku pemain gantian dan tidak lama kemudian Hisham menyamakan kedudukan pada minit ke-50 sebelum Brandon memberi gol kemenangan pada minit ke-58. Ini merupakan kemenangan pertama untuk pasukan Japing FC di Kidurong sejak 2009.
LARAS RESEPI• Situasi yang berlaku ialah resipi disampaikan
oleh seorang tukang masak kepada orang lain.
• Diperluas penggunaannya untuk tujuan
perniagaan dan perkongsian ilmu masakan
dengan orang lain.
• Kata-kata atau istilah teknikal tidak
digunakan kerana laras ini ditujukan kepada
semua orang dan tidak bersifat ilmiah.
• bersifat formal dan tidak melibatkan hubungan peribadi.
• Bahan yang diperkatakan adalah tentang penyediaan makanan, iaitu bahan-bahan dan langkah-langkah untuk menyediakan makanan.
• Perbincangan banyak berkisar tentang cara penyediaan makanan atau masakan.
Buah Melaka Bahan-bahannya½ kg tepung pulut¼ cawan air3 helai daun pandanSedikit garam½ biji kelapa parut200 gram gula melakaCara membuat :1. Mesinkan daun
pandan dengan air. Perah dan ambil airnya.
2. Potong gula melaka kecil-kecil
3. Gaulkan air pandan
dengan tepung pulut hingga rata (jika kurang warna tambah lagi pewarna hijau). Jadikan betul-betul kental.
4. Leperkan tepung, masukkan gula, bulatkan, dan rebus dalam air mendidih.
5. Apabila timbul, angkat dan gaul dengan kelapa parut yang telah dibubuh garam.
RESIPI JUS MANGGA SEGARBahan-bahan:o Buah mangga masak dan segar 4 biji.o Gula pasir 2 sudu makan.o Air suam 400ml.o Ais batu 1cawan.Cara membuat:1. Kupas mangga dan potong isinya dengan
cara potongan dadu.2. Masukan ke dalam blender bersama gula
pasir dan air suam, kemudiannya ais batu.3. Tuangkan jus tersebut kedalam cawan dan
siap untuk dinikmati.
• Bentuknya ringkas, kandungannya maksimum.
• Tidak mementingakan gaya dan nahu.
• Menitikberatkan ketetapan, kejituan, dan
keringkasan.
• Mudah difahami.
• Tidak menggunakan bahasa yang berlapis-lapis,
berbelit-belit dan berbunga-bunga.
• Kandungannya berbentuk piramid terbalik.
LARAS MEDIA MASSA
Contoh Laras Media Massa
KUANTAN- Malaysia akan memasang alat
mengesan Tsunami di perairan Sabah, Sarawak,
dan Utara Semenanjung untuk membolehkan
negara ini mendapatkan maklumat awal jika
ada gempa bumi berlaku di rantau ini. Datuk
Seri Jamaludin Mohd. Jarjis, berkata,
pemasangan alat yang bernilai RM19 juta setiap
satu itu dijangka dipasang selewat-lewatnya
sebelum akhir tahun 2005.
Laras iklanPenggunaan bahasa berdasarkan bidang
pengiklanan
Merangkumi semua jenis iklan, termasuk
iklan papan tanda, iklan tender, iklan promosi
barangan, iklan jawatan kosongdan lain-lain
Tujuan : memperkenalkan barangan atau
perkhidmatanyang hendak diniagakan
Ciri- ciri
Bahasanya
ringkas
Bahasanya
kreatif dan
berkesan
Menggunakan kata
adjektifKurang
menitikberatkan
tatabahasa
Menggunakan
bahasa yang
bersifat emotif
Mempengaruhi
pengguna
Bentuk-bentuk iklan
Perkaitan kosep
Pengisytiharan
Bandingan
Slogan
Gesaan Umpanan
Penyataan
Pertanyaan