Laras Bahasa

21
Pengenalan Laras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang boleh dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa di istilahkan sebagai register atau laras ( Hudson, 1980,hlm. 48) iaitu satu istilah teknik untuk menerangkan perlakuan bahasa (linguistik behaviour) seseorang individu apabila bahasa digunakan. Laras Bahasa Secara Umum Perbincangan mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek. Contohnya adalah seperti dialek Kelantan, Melaka, Kedah, Sarawak dan sebagainya. Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara berbeza-beza dalam pelbagai situasi. Penggunaan bahasa yang berbeza- beza ini melahirkan laras iaitu penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain yang melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut juga laras bahasa atau laras sosial. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah. Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-berubah mengikut situasi. Ciri- ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat, dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Konsep Laras

description

ok

Transcript of Laras Bahasa

PengenalanLaras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang boleh dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa di istilahkan sebagairegisteratau laras ( Hudson, 1980,hlm. 48) iaitu satu istilah teknik untuk menerangkan perlakuan bahasa (linguistik behaviour) seseorang individu apabila bahasa digunakan.Laras Bahasa Secara UmumPerbincangan mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek. Contohnya adalah seperti dialek Kelantan, Melaka, Kedah, Sarawak dan sebagainya.Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara berbeza-beza dalam pelbagai situasi. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras iaitu penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain yang melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut juga laras bahasa atau laras sosial. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah.Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-berubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat, dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.Konsep LarasLaras ialah variasi yang berlainan berdasarkan fungsi dan ia sentiasa berubah-rubah mengikut fungsi. Apabila pengamatan dibuat pada perlakuan bahasa yang wujud dalam pelbagai konteks, akan didapati kelainan jenis bahasa yang digunakan yang disesuaikan dengan situasi yang berlainan. Contohnya boleh diperhatikan pada bahan-bahan bacaan yang dibaca seperti teks klasik, novel, cerpen, teks ekonomi, teks sejarah, teks undang-undang dan sebagainya adalah berbeza antara satu sama lain dari segi bahan, susunan ayat, pilihan kata, jalinan fikiran dan sebagainya. Penggunaan bahasa seperti ini adalah dihasilkan oleh laras bahasa yang berbeza.Terdapat beberapa definisi, iaitu pandangan beberapa orang ahli bahasa tentang pengertian laras bahasa. Halliday (1968), mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Beliau menyatakan laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Jika diamati perlakuan bahasa yang ada dalam pelbagai konteks, didapati faktor kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan.Ure dan Ellis ( 1977), menganggap laras bahasa sebagai pola bahasa yang lazim digunakan mengikut keadaan tertentu. Hal ini bermakna, sesuatu situasi akan menentukan bentuk bahasa yang digunakan oleh pengguna bahasa itu dan pemilihannya berdasarkan konvensi sosial masing-masing.Abdul Chaer dan Leoni Agustina (2010:14) menyatakan bahawa bahasa mempunyai sifat yang beragam, ertinya meskipun sesebuah bahasa mempunyai kaedah dan pola tertentu yang sama, namun kerana bahasa itu digunakan oleh penutur yang heterogen mempunyai latar belakang sosial dan kebiasaan yang berbeza, maka bahasa itu menjadi beragam baik dalam tataran fonologis, morfologis, siktaksis mahupun pada tataran leksikon.

Daripada Wikipedia (2013), sebuah ensiklopedia bebas menyatakan bahawa laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Hubungan antara bahasa dan masyarakat begitu erat dan tidak dapat dipisahkan. Semakin luas bahasa digunakan, semakin banyak pula penggunanya. Bahasa sebagai wahana komunikasi digunakan untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa. Konsep laras atau register telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik barat bernama Reid pada tahun 1956.

Laras bahasa ialah sesuatu variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang. Secara umumnya, laras bahasa bermaksud gaya atau cara bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, maksud dan tujuan sama ada secara lisan atau bertulis. Ure dan Ellis (1977) telah menyatakan bahawa laras bahasa adalah sejenis pencorakan bahasa yang kerap kali digunakan dalam sesuatu situasi komunikasi. Manakala Zaaba (1962) menerangkan laras ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya Sementara itu, Halliday (1968) mendefinisikannya sebagai variasi bahasa berlainan berdasarkan fungsi atau dengan kata yang lebih mudah laras berubah mengikut situasi. Beliau mendasarkan perbezaan laras yang digunakan kepada dua faktor, iaitu pengguna dan penggunaan. Variasi bahasa yang timbul yang berkaitan dengan penggunanya, iaitu yang melibatkan tempat asal seseorang ialah dialek dan variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaannya, iaitu yang berlainan mengikut kumpulan sosial yang menggunakannya ialah register atau laras. Manakala Naomi S. Baron (1979) mentakrifkan laras sebagai variasi linguistik (linguistic variation) yang ditentukan oleh keadaan sosial yang wujud pada ketika tertentu.

Dwight Bolinger (1981) dan rakannya mendefinisikan laras sebagai bentuk atau variasi bahasa yang digunakan dalam peristiwa berkomunikasi dan mereka menambah, laras dengan bentuk bahasa yang digunakan dalam ucapan umum seperti yang digunakan oleh seseorang pemidato saling berkaitan. D.A. Wilkins (1982) mentakrifkan laras sebagai satu gaya bahasa yang berhubung kait dengan pekerjaan. Nik Safiah Karim (1982) bersependapat dengan Halliday kerana setiap anggota masyarakat akan menggunakan beberapa laras yang berbeza mengikut keperluannya. Brian Seaton (1982) mengeluarkan pendapat bahawa laras ialah satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan. Asmah (1987) pula menyatakan ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya

Abdullah Hassan (1989) menyebut penggunaan kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu, adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa, manakala Raminah Hj. Sabran (1989) menjelaskan setiap bahasa mempunyai beberapa laras yang tersendiri yang digunakan dalam situasi atau konteks yang berbeza. Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa dapat ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan.Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat biasa dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian (www.tutor.my).

Reid (1956), menyatakan seorang penutur dalam situasi berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan iaitu istilah teknik untuk menyatakan perlakuan bahasa(linguistic behavior)seseorang individu. Reid juga telah membezakan laras bahasa dan gaya bahasa. Laras bahasa merujuk khusus kepada bidang penggunaan, manakala gaya merujuk kepada cara pengungkapan fikiran, matlamat yang hendak dicapai, suasana yang hendak ditimbulkan, dan suasana yang menjadi latar penggunaan bahasa berkenaan.Halliday (1968), menyebut bahawa laras sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Laras akan sentiasa berubah mengikut situasi. Dia telah membuat penjenisan laras kepada tiga kategori iaitu tajuk wacana(field of discourse), cara penyampaian wacana(mode of discourse)dan gaya wacana(style of discourse).Brian Seaton (1982) berpendapat laras bahasa ialah satu variasi yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina atau tajuk perbualan. Laras juga terdapat dalam sesuatu bidang seperti kewartawanan, perubatan, sains, perniagaan dan sebagainya berbeza sama ada dalam bentuk penulisan atau tulisan. Oleh itu kita akan dapati seseorang itu akan memiliki laras bahasa yang berlainan.Menurut ahli bahasa tempatan seperti Nik Safiah Karim (1989), laras bahasa berdasarkan penggunaannya, iaitu variasi bahasa digunakan oleh penutur dalam situasi tertentu. Dia menganggap laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada setiap penutur. Penggunaan bahasa berubah mengikut konteks, bidang dan juga peringkat sosial.Asmah Haji Omar (1987), menyatakan laras bahasa mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Kelainan atau variasi bahasa yang digunakan mempunyai disiplin ilmu yang berbeza-beza.Abdullah Hassan (1987), telah mengaitkan laras bahasa dengan pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya. Pemakaian laras bahasa yang sesuai dianggap pengolahan bahasa yang baik. Bahasa yang digunakan seperti menyampaikan indeks pasaran saham di bursa saham ialah laras ekonomi.Kesimpulannya, laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus. Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan). Laras khusus pula merujuk kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar (rencana, laporan, buku). Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah kosa kata, tatabahasa dan gaya. Laras Bahasa Biasa, tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.) Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan). Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.Struktur ayat mudah, contohnya: Dilarang memijak rumput. Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal. Laras bahasa ialah penggunaan bahasa atau pemakaian kata-kata yang khusus untuk sesuatu penggunaan berdasarkan situasi sosial seseorang itu ketika berkomunikasi dengan orang ramai. Penggunaan istilah-istilah khusus yang membezakan antara variasi-variasi bahasa menjadikan sesuatu komunikasi lebih berkesan.Ciri-ciri Laras BahasaMenurut Nik Safiah Karim (1989), kajian terhadap laras bahasa perlu mempertimbangkan dua faktor yang utama iaitu ciri keperihalan peristiwa bahasa dan ciri linguistik yang wujud . Ciri keperihalan pula dibahagikan kepada dua aspek utama, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.Situasi luaran adalah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan setiap anggota masyarakat. Contohnya , apabila kita mengkaji laras bahasa masyarakat Melayu lama, kita perlu mengaitkan dengan situasi istana, stratifikasi sosial, tradisi sastera lisan dan aspek-aspek lain anggota masyarakat zaman itu.Situasi persekitaran pula meliputi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Terdapat empat situasi persekitaran yang menyebabkan wujudnya bahasa yang berlainan atau laras. Situasi yang dimaksudkan ialah cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan, dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.Cara penyampaian yang terdapat dalam situasi persekitaran menyebabkan wujudnya kepelbagaian dalam laras bahasa. Cara penyampaian merujuk bentuk perhubungan yang digunakan termasuk jenis bahasa lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya. Bahasa lisan berbeza daripada bahasa bertulis kerana terdapat banyak variasi bahasa bertulis seperti laporan, esei, surat, wawancara, cerpen, karangan, sajak, drama, dan sebagainya. Hasil penulisan pula berkait dengan diri penulis, pembaca dan perkara yang ditulis. Latar belakang penulis membawa perbezaan dalam penghasilan bahasa, penggunaan bahasa, kandungan bahan dan aspek panjang pendek sesuatu peristiwa.Aspek lain yang menimbulkan laras bahasa yang berbeza ialah aspek peribadi dan aspek bukan peribadi. Aspek peribadi ialah perhubungan individu dengan individu yang lain, hubungan kekeluargaan, rakan sebaya, sahabat karib, pekerja, dengan majikan, rakyat dengan golongan istana dan sebagainya. Aspek bukan peribadi pula adalah bukan bersifat peribadi seperti antara penulis dengan pembaca, penghasil dan pembaca akhbar, penyajak dengan pembaca dan sebagainya.Unsur yang ada dalam situasi persekitaran bagi menentukan laras bahasa termasuklah bahan yang diperkatakan. Bahasa yang digunakan adalah meliputi aspek yang luas iaitu meliputi perkara-perkara biasa seperti perbualan tentang makanan, pakaian, kesihatan dan sebagainya serta termasuk perkara-perkara khusus seperti dalam bidang sains dan teknologi, perubatan, astronomi, geologi dan sebagainya.Ciri lain dalam mengenal pasti laras bahasa ialah tentang fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Aspek perlakuan sosial termasuklah bahasa untuk menyampaikan maksud seperti menggunakan bahasa dalam upacara-upacara tertentu seperti majlis akad nikah, jual beli, dan sebagainya. Terdapat juga situasi yang menggunakan bahasa yang berlainan yang dihasilkan oleh interaksi seperti jenis perbualan, iaitu orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan situasi-situasi tersebut dalam masyarakat.Empat ciri situasi persekitaran menimbulkan laras yang berlainan dan terdapat hubungan yang erat diantaranya. Hal ini adalah disebabkan interaksi antara kedua-dua pihak menghasilkan laras.Laras bahasa juga mempunyai ciri-ciri linguistik yang melibatkan unsur tatabahasa dan pemilihan perkataan atau leksis. Hal ini telah dijelaskan oleh Nik Safiah Karim (1982) dengan melihat ciri-ciri tata bahasa yang terdapat dalam susunan ayat dan frasa dalam laras bahasa. Nik Safiah berpendapat, tatabahasa yang disusun dengan cara tertentu akan menimbulkan laras bahasa yang mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ciri linguistik pula adalah berkait rapat dengan faktor sosial seseorang seperti latar belakang orang yang bercakap atau menulis.Laras bahasa juga turut menunjukkan manipulasi unsur-unsur tatabahasa sesuai dengan wacana yang dibicarakan. Contohnya laras bahasa aspek fonologi, morfologi dan sintaksis yang meneliti penggunaan bunyi, pembentukan kata serta struktur dan binaan ayat.Laras Bahasa PolitikBerdasarkan data yang diperoleh, maka analisis ini dibuat terarah pada bentuk-bentuk ragam bahasa yang terdapat pada sepanduk sepanjang Pilihan Raya Kecil di N 01 Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

Ragam Sindiran

Ragam sindiran wujud apabila terdapatnya perkataan atau istilah yang bersifat sinis dan berkias yang bertujuan menyatakan maksud kepada seseorang tetapi perkataan tersebut tidak dinyatakan atau disebut secara tepat.

Data 1

PASSiapa Rampas Tanah Orang Melayu

PASSiapa Roboh Penempatan Orang Melayu

PASSiapa Seleweng Dana PPRT dan Wang Zakat

PASSiapa Tipu Peneroka Felda

PASSiapa Jual Tanah Rezab Melayu

PASSiapa Rompak Royalti Minyak

PASSiapa Hapus Tulisan Jawi

PASSiapa Khianati Raja-Raja Melayu

Fungsi Ragam Sindiran

Ragam bahasa sindiran bertujuan memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pihak-pihak tertentu sepaya menyedari bahasa isu-isu semasa yang ada pada hari ini berpunca daripada kesalahan pihak-pihak tertentu dalam mengurus tadbir sesebuah negara. Hal ini sudah tentu dapat memberikan daya tarikan kepada pihak tertentu dalam mentafsir setiap persoalan yang dikemukakan. Dalam konteks tersebut, sudah pasti orang PAS akan meletakkan kesalahan tersebut bagi pihak kerajaan.

Ragam Mengejek

Ragam bahasa mengejek ditandai dengan adanya perkataan atau istilah yang tepat dengan gaya yang mengajukan perkataan atau istilah bagi memperlihatkan keburukan seseorang atau kumpulan tertentu. Di samping itu, terdapat juga perkataan yang mempermainkan seseorang dengan tujuan melahirkan kebodohan atau jika terdapat orang lain yang mendengarnya akan mentertawakan orang dimaksudkan tersebut.

Data 2

PASSungguh Malangnya Nasibku, Harga Barang Naik Selalu

Fungsi Ragam Mengejek

Fungsi ragam mengejek ini adalah untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pihak tertentu terhadap sesuatu yang diperkatakan walaupun kenyataannya belum tentu ada kebenarannya. Dalam konteks ayat di atas, PAS ingin menyatakan bahawa semasa pemerintahan di bawah Barisan Nasional harga barang tidak dapat dikawal oleh kerajaan, justeru, harganya terus naik.

Ragam Memancing

Ragam memancing ditandai dengan adanya perkataan yang membawa maksud memberikan sesuatu harapan bagi mendapat balasan pada masa akan datang.

Data 3

PASJom Isi Minyak Motor Percuma 23/7/2013 (Selasa) Stesen Minyak Caltex (Hanya 21 Tahun Ke atas Sahaja)

PASTurun Harga Keto

PASFree Education for All

PAS20% Royalti Minyak

PAS16:16 Terengganu Baru

BNKenduri Rakyat 1Malaysia Bersama YB. Datuk Haji Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan, Semua Dijemput Hadir

PASForum: Kenapa Anak Muda Sokong Pas

PASPertandingan Mewarna Kanak-Kanak

PASPertandingan Bayi Sihat

PASPertandingan Gubahan Demostrasi Kraftangan

PASMotivasi Keluarga Bersama Ustaz Ja dan Abby Abadi

PASMalam KebudayaanHadirlah Beramai-ramai

PASAir Percuma (20 Meter Padu)

PASPercuma Wad Hospital Kelas 2

PASPengecualian Cukai Pintu Rumah Kediaman

PASMenambah Sekolah Menegah Agama Di Setiap Daerah

PASMewujudkan semula IntitusiPengajian Tinggi Islam Milik Kerajaan Negeri Yang Memberikan Keutamaan Kepada Rakyat Terengganu

PASMenyediakan 17 Ribu Peluang Pekerjaan dalam Masa 3 Tahun

Fungsi Ragam Memancing

Fungsi ragam memancing adalah untuk memperoleh sesuatu yang dihajatkan dengan memberikan tawaran tertentu supaya pihak tertentu menerimanya dan akhirnya perkara yang dicita-citakan atau diingini tercapai. Dalam konteks pilihan raya, sudah pasti kedua-dua belah pihak memerlukan undi daripada pengundi di Kawasan Kuala Besut.

Ragam Tempelak

Ragam tempelak terjadi apabila terdapatnya unsur-unsur kemarahan seseorang menggunakan perkataan yang boleh dikatakan sebagai balasan balik terhadap sesuatu perkara yang terjadi.

Data 4

PASAwas Pengundi Hantu, Gerak Geri Anda diperhatikan.

Fungsi Ragam Tempelak

Fungsi ragam bahasa tempelak adalah untuk menunjukkan kemarahan serta memberikan amaran kepada pihak-pihak tertentu agar lebih berwaspada dan tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini. Dalam frasa di atas memberikan maksud bahawa PRK Kuala Besut perlu bebas daripada pengundi hantu yang dikatakan boleh memberikan keuntungan politik kepada pihak-pihak tertentu.

Ragam Melampau

Ragam bahasa ini digunakan untuk membesar-besarkan atau melebih-lebihkan daripada hal atau kedudukan yang sebenarnya.

Data 5

PASSungguh Malangnya Nasibku, Harga Barang Naik Selalu

PASSelamat Tinggal UMNO

PASFree Education for All

PASInsentif Warga Emas RM 1000.00 Pusat, RM600: Negeri

Fungsi Ragam Melampau

Ragam melampau berperanan memberikan satu gambaran yang berlebih-lebihan daripada realiti sebenar yang kebenarannya belum dapat dipastikan apabila diberi kuasa kelak.

Ragam Naik

Ragam naik ditandai dengan pemilihan kata-kata atau istilah yang bermula dengan kenyataan merendah sehinggalah beransur-ansur berubah menjadi lebih tinggi.

Data 6

PASUndi Anda adalah Rahsia, Undilah PAS

PASChe Long Harapan Generasi Baru

BNKita Sokong Barisan 1 Malaysia, BN Menag, Rakyat Senang

BNN1 Kuala Besut Biru, BN Di hatiku

PASPakatan Harapan Rakyat, 16:16 Kuala Besut Cipta Sejarah

BNBN Pembela Rakyat

BNTerima Kasih BN, Penantian Menjadi Realiti, Lulus Brickwater Muara Kuala Besut

BNDi Mana Bumi dipijak, di situ Langit dijunjung, Malaysia Tetap Di Hati

Fungsi Ragam Naik

Fungsi ragam naik adalah untuk melahirkan perasaan bersemangat, harapan dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu hal atau perkara.

Ragam Seruan atau Mengeluh

Ragam bahasa yang digunakan ditandai dengan menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa kekecewaan dialami. Namun rasa kecewa tersebut tidak diluahkan secara sepenuhnya tetapi orang yang mendengarnya akan memahami bahawa kata-katanya merupakan kata-kata daripada orang yang kecewa.

Data 7

PASFitnah, Boros, Rasuah, Samseng, Salah Guna Kuasa.

BNHentikan Segera Perbuatan Menghina Umat Islam dan Bangsa Melayu

Fungsi Ragam Seruan atau Mengeluh

Ragam bahasa jenis ini berfungsi sebagai bahan melahirkan perasaan kekecewaan terhadap sesuatu keadaan atau peristiwa yang terjadi.

Ragam Berulang

Ragam bahasa berulang ditandai dengan bahasa atau perkataan dinyatakan secara berulangan. Hal ini bertujuan memberikan penegasan atau pendirian yang tidak berubah terhadap sesuatu perkara.

Data 8

BNUndilah Barisan Nasional

PASUndilah Pas

PASAnda Perlu Buat Perubahan, Unidilah Pas

PASPas Harapan Rakyat

PASChe Long Mudah Baso, Mudah Jembo

BNSelamat Mengundi Calon Barisan Nasional

BNAnak Ustaz, Profesional, Ore Mudo

Fungsi Ragam Berulang

Ragam berulang berfungsi sebagai penegasan terhadap sesuatu isu yang diketengahkan. Hal ini dinyatakan secara berulang kali pada setiap masa dan tempat. Ia juga berfungsi untuk membangkitkan semangat supaya perkara yang dihajati tercapai.

Ragam Bertimbal

Ragam bahasa bertimbal ditandai dengan penggunaan bahasa yang menunjukkan pertentangan sesuatu perkara seolah-olah berlawanan.

Data 9

BNDi Sebalik Sibuk Berpilihan raya, Jangan Dilupa pada Yang Berjasa

Fungsi Ragam Bertimbal

Ragam bertimbal berperanan sebagai satu bentuk bahasa yang memperlihatkan pertentangan antara satu keadaan dengan keadaan yang lain. Kontradiksi ini bertujuan memperingati antara satu sama lain bahawa ada perkara yang perlu diperhatikan dan tidak terlepas pandang apabila kita melakukan sesuatu.

Ragam Jenaka

Ragam jenaka menunjukkan penggunaan perkataan yang mempunyai unsure-unsur yang bersifat lucu misalnya menggunakan satu perkataan yang membawa makna yang berganda.

Data 10

PASPangkah PAS Masuk Syurga

Fungsi Ragam Jenaka

Ragam jenaka berfungsi sebagai bahan lelucon yang berperanan untuk mengalih pandangan dari keadaan atau perasaan serius yang berpanjangan ke arah suatu keadaan yang lebih santai dan menghiburkan.

Ragam Mesra

Ragam Mesra ditandai dengan memilih perkataan atau isilah yang menunjukkan kemesraan antara satu sama lain.

Data 11

BNAbe Ku Anok Ustaz, Profesional, Ore Mudo

PASInsyaallah Ambo Sekeluarga Pakoh Che Long, Mudah Baso. Mudah Jembo.

BNSalam Ramadhan Al-Mubarak 1434H

Fungsi Ragam Mesra

Ragam mesra berfungsi sebagai bahan untuk menimbulkan perasaan akrab antara satu sama lain dengan pemilihan perkataan yang menunjukkan kemesraan seperti Abe (abang), Che Long (kata ganti nama) dan sebagainya.

Ragam Religi

Ragam bahasa jenis ini ditandai dengan wujudnya perkataan atau istilah yang ada hubung kaitnya dengan agama. Dengan memasukan perkataan atau hal-hal yang berunsur keagamaan, ia akan memberikan nilai tambahan meningkatkan keyakinan terhadap sesuatu isu atau perkara yang dibincangkan.

Data 12

BNAlhamdulillah, Gerbang Pelancongan Antarabangsa, Harapan Baru Kuala Besut Baru

PASSiapa Yang Tidak Mengundi Kerajaan Islam, Maka Dia Menempah Tiket ke Neraka.

PASInsyaallah Ambo sekeluarga Pakoh Che Long

PASInsyaallah Ambo Sekeluargo Pakoh Che Long, Mudah Baso. Mudah Jembo

BNKami PPP Mahu Orang N 01 Kuala Besut Undi Calon BN- Insyaallah.

BNTiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah

BNRujuk Surah Al-Naim (139) Ketahuilah Bahawa Kesemua Kekuatan Itu Hanya Milik Allah SWT

PASYa Allah Kurniakanlah Kemenangan Kepada PAS, Kali ini Amin

Fungsi Ragam Religi

Ragam religi berfungsi sebagai ragam bahasa yang dapat memberikan kekuatan, kelebihan dan keutuhan kepada pihak tertentu kerana ragam religi memberikan pendekatan ke arah keagamaan. Hal ini penting kerana pengundi di Kuala Besut yang terdiri daripada lebih 90 peratus beragama Islam. Penggunaan perkataan Ya Allah dan Insya-Allah merupakan frasa penting yang diulang di mana-mana tempat pada PRK Kuala Besut.

Ragam Dialek

Ragam Dialek ditandai dengan penggunaan bahasa yang ada kaitan dengan dialek setempat atau dialek kedaerahan.

Data 13

BNAbe Ku Anok Ustaz, Profesional, Ore Mudo

PASTurun Harga Keto

PASInsyaallah Ambo Sekeluargo Pakoh Che Long, Mudah Baso. Mudah Jembo.

BNOre Mudo, Mudah Baso, Sene Kiro

PASUndilah Che Long, Ore Kapo Kito, Mudoh BBasa, Seney JJembo

PASPakak Tulung Che Long

Fungsi Ragam Dialek

Fungsi ragam dialaek adalah untuk meningkatkan rasa kebersamaan antara pengundi dengan calon yang bertanding dalam PRK Kuala Besut kerana ia memiliki dialek yang sama seolah-olah kita adalah daripada satu keluarga yang sama. Hal ini sudah pasti akan melahirkan rasa kekitaan antara satu sama lain.

Perbincangan

Penggunaan laras bahasa politik pada sepanduk parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Kawasan Kuala Besut menunjukkan bahawa kedua-dua parti politik yang bertanding iaitu Barisan Nasional dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah sedaya upaya cuba memikat hati pengundi dengan pelbagai cara. Berdasarkan deskripsi penggunaan ragam bahasa, kedua-dua parti yang bertanding menggunakan variasi bahasa yang beragam. Sama ada disedari atau tidak oleh parti yang bertanding, data yang diperoleh melalui sepanduk yang dihasilkan mendapati bahawa tiga belas ragam bahasa yang wujud. Kajian mendapati bahawa tidak semua ragam bahasa yang dikatakan oleh Zaaba melalui karyanya Ilmu Mengarang Melayu (1965) terdapat pada sepanduk pada PRK Kuala Besut.

Parti PAS lebih banyak menggunakan ragam sindiran yang bersifat sinis dengan mengemukakan pelbagai pertanyaan untuk difikirkan jawapannya oleh para pengundi di kawasan Kuala Besut. Pengundi diajak untuk menilai sejauh mana benarnya kenyataan yang dikemukakan. Hal yang sama tidak diperoleh pada parti Barisan Nasional. Terdapat hanya satu bentuk ragam mengejek yang dilakukan oleh PAS, manakala bagi pihak Barisan Nasional tidak terdapat ragam mengejek.

PAS lebih banyak menggunakan ragam memancing bagi tujuan mendapat undi yang lebih banyak. Kajian mendapai terdapat lebih daripada 17 ragam memancing, berbanding hanya satu sahaja yang dibuat oleh Barisan Nasional. Hanya PAS sahaja yang terdapat ragam tempelak iaitu sebanyak satu ayat, manakala tiada ragam tempelak bagi Barisan nasional. Bagi ragam melampau pula, terdapat empat frasa atau ayat yang menjadi milik PAS, manakala tiada satu pun ragam melampau milkik Barisan Nasional.

Ragam naik dan ragam seruan atau mengeluh, bagi kedua-dua parti politik yang bertanding didapati seimbang. Kedua-dua parti menghasilkan ragam naik dan ragam seruan atau mengeluh pada sepanduk mereka. Hal ini kerana kedua-dua parti yang bertanding ingin menyatakan ketegasan, perhatian, keperihatinan dan simpati daripada pengundi serta menyatakan pendirian parti mereka masing-masing. Bagi ragam berulang kedua-dua parti politik yang bertanding menampakan adanya keseimbangan antara mereka. Frasa seperti Undilah Barisan Nasional dan Undilah PAS boleh didapati di mana-mana sahaja di Kuala Besut.

Ragam bertimbal hanya didapati pada sepanduk Barisan Nasional sahaja iaitu sebanyak satu frasa. Frasa Di sebalik sibuk berpilihan raya, jangan lupa kepada yang berjasa. Ragam bertimbal tidak terdapat pada sepanduk parti PAS. Terdapat satu ragam jenaka yang pada sepanduk parti PAS itu Pangkah PAS Masuk Syurga. Bagi ragam mesra kedua-dua parti dapat dikatakan seimbang. Kedua-dua parti ingin menunjukkan kemesraan kepada pengundi Kuala Besut.

Ragam religi pula menunjukan kedua-dua parti politik gemar mempamerkan frasa-frasa yang ada kaitannya dengan nilai-nilai keagamaan lebih-lebih lagi pada PRK Kuala Besut yang memiliki lebih 90% pengundi Melayu beragama Islam. Bagi ragam dialek pula, PAS lebih cenderung menggunakan dialek berbanding Barisan Nasional yang lebih gemar menggunakan bahasa standard.

Ciri Tatabahasa1.MorfologiDalam laras Bahasa politik terdapat perkataan yang tergolong dalam kategori Kata Tunggal atau istilah umum tetapi dijadikan sebagai Kata Khusus untuk sesuatu istilah atau ungkapan yang menjurus kepada politik.Contoh:CeramahProvokasiBannerundi

2.AkronimDalam laras Bahasa politik terdapat kata akronim yang dikhususkan untuk ungkapan-ungkapan politik yang dan hanya digunakan dalam mengupas dan membincangkan perihal politik. Akronim yang dicipta selalunya digunakan sebagai ringkasan kepada makna akronim yang selalunya panjang dan susah untuk diingati.Contoh:PAS Parti Islam Se-MalaysiaBN Barisan NasionalPR Pakatan Rakyat3.Kata MajmukTerdapat banyak kata majmuk yang wujud dalam membicangkan laras Bahasa politik yang digunakan khusus.Contoh:Peraih UndiBarung PanasPengundi hantu