konsep dan laras bahasa
-
Upload
rosmalia-kasan -
Category
Documents
-
view
520 -
download
9
description
Transcript of konsep dan laras bahasa
![Page 1: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/1.jpg)
Pembentangan Minggu 10:Topik 6: Laras Bahasa,Konsep, Kepelbagaian dan Perbezaan
Laras Bahasa
Ahli Kumpulan:Muhammad Akmal
Fatin Izzati
Nur SyahirahRosmalia
![Page 2: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/2.jpg)
DEFINISI LARAS BAHASA
![Page 3: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/3.jpg)
“Menurut Kamus Dewan Laras Bahasa ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa.”
“Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya”
![Page 4: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/4.jpg)
1.Pengenalan Laras Bahasa
![Page 5: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/5.jpg)
Laras Bahasa• Laras bahas ialah subset sesuatu bahasa yang
digunakan untuk tujuan tertentu.• Laras digunakan bertujuan bagi membezakan antara
variasi bahasa berdasarkan pengguna dengan variasi bahasa berdasarkan kegunaaannya.
• Laras bahasa terbentuk disebabkan wujudnya situasi sosial yang berlainan.
• Penggunaan laras bahasa berbeza berdasarkan bidang yang diperkatakan.
• Oleh itu, ayat-ayat dalam laras tertentu mengandungi kata-kata seta ungkapan yang berlainan.
![Page 6: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/6.jpg)
Sambungan….
• Laras juga merupakan fenomena sosial kerana selain elemen linguistik, laras juga boleh dimanifestasikan melalalui tingkah laku orang yang bercakap, gerak geri tangan dan intonasi suara.
• Menurut Halliday (1964)terdapat tiga pemboleh ubah dalam laras bahasa iaitu bidang, tenor dan mod.
I. Bidang merujuk kepada perkara yang diperkatakanII. tenor ialah merujuk kepada penutur yang terlibat
dan hubungan antara merekaIII. Mod merupakan saluran komunikasi tersebut sama
ada lisan atau tulisan.
![Page 7: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/7.jpg)
LARAS BAHASA
SITUASI LUARAN- budaya
SITUASI PERSEKITARAN
- Tenor -mod -bidang
CIRI-CIRI LINGUISTIK
![Page 8: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/8.jpg)
Situasi Luaran
• maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
• merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.
![Page 9: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/9.jpg)
SITUASI PERSEKITARAN
Cara Penyampaian
Perhubungan sosial
Dan peribadi
bahan
Fungsi sosial
![Page 10: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/10.jpg)
CIRI-CIRI LINGUISTIK
Aspek Bunyi Aspek perkataan Aspek Ayat
![Page 11: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/11.jpg)
2. Ciri- Ciri Laras Bahasa
![Page 12: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/12.jpg)
Ciri-ciri Laras Bahasa
• Kesemua elemen bahasa seperti kosa kata, sintaksis,fonologi, morfologi, dan ciri-ciri linguistik seperti tekanan, nada dan intonasi adalah berbeza antara satu laras dengan laras yang lain.
• Perbezaan yang ketara dalam penggunaan laras bahasa dalam sesuatu bidang dapat diperhatikan menerusi penggunaan istilah dan gaya penyampaian.
![Page 13: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/13.jpg)
3.Kepentingan Laras Bahasa
![Page 14: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/14.jpg)
• Dalam aktiviti berbahasa samada dalam komunikasi, pengajaran mahupun perbincangan penggunaan laras bahasa yang tepat amat penting. Ini kerana:- bagi memastikan mesej yang hendak disampaikan jelas dan mudah difahami.-mengelakkan salah faham - penggunaan kata yang sesuai dapat meningkatkan kefahaman.
![Page 15: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/15.jpg)
4.Jenis-Jenis Laras Bahasa
![Page 16: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/16.jpg)
Jenis-Jenis Laras Bahasa
• Terdapat beberapa jenis laras bahasa:1. Larasa Bahasa Undang-Undang2. Laras Bahasa Ekonomi3. Laras Bahasa Sukan4. Laras Bahasa Politik5. Laras Bahasa Sejarah6. Laras Bahasa Geografi7. Laras Bahasa Seni (muzik,tarian, kraftangan,dan
lain-lain)
![Page 17: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/17.jpg)
Laras Bahasa Undang-Undang• Teks bersabit dengan perundangan yang
mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)
• Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris
• Makna kosa kata berdasarkan intepretasi• Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan
kejelasan dipentingkan• Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat• Tiada graf atau gambar• Binaan ayat adalah panjang
![Page 18: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/18.jpg)
Contoh laras bahasa undang-undang
• Akta 174, Akta Institusi- Institusi Pelajaran (tatatertib) 1976 di bawah perintah Institusi-Institusi Pelajaran (tatatertib) (Jadual pertama)
(Pindaaan 1997)
![Page 19: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/19.jpg)
Laras Bahasa Ekonomi
• Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi• Ada istilah teknikal ekonomi• Tidak mengutamakan struktur ayat• Gaya bahasa formal• Maklumat jelas dan eksplisit• Fakta berdasarkan bukti data dan statistik
![Page 20: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/20.jpg)
Contoh Laras Bahasa Ekonomi
“SEBUAH konglomerat Malaysia yang terbabit dalam perniagaan berkaitan media, komunikasi dan teknologi maklumat akan meneroka bidang enjin carian maklumat di India menerusi pembelian kepentingan dalam syarikat pengendali enjin carian maklumat terkemuka negara itu, Just Dial Private Ltd.
Sumber industri berkata, konglomerat Malaysia itu akan menyuntik sejumlah pelaburan yang besar dalam Just Dial bagi membolehkannya muncul sebagai antara dua pemegang saham utama syarikat berkenaan”
dipetik daripada,
Berita Harian 16/2/2011
![Page 21: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/21.jpg)
Laras Bahasa Sukan
• Menyampaikan maklumat kegiatan sukan• Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas• Ada istilah aktiviti sukan • Kosa kata mudah difahami• Bersifat bersahaja dan gaya bahasa yang dapat
difahami oleh kebanyakkan orang
![Page 22: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/22.jpg)
Contoh Laras Bahasa Sukan“PENYERANG AC Milan, Zlatan Ibrahimovic
melakukan sepakan gunting membolosi gawang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium San Siro, Milan, pagi ini. Namun jaringan itu dibatalkan pengadil. Keputusan akhir Tottenham 1, AC Milan 0”.
sumber.
Berita Harian16/2/2011
![Page 23: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/23.jpg)
Laras Bahasa Politik
• Lebih besifat fomal dengan penggunaan kosa kata yang luas
• Untuk menyampaikan maklumat berkesan• Pemberitahuan fakta yang jelas amat
dipentingkan• Menggunakan unsur retorik atau manipulasi
bahasa secara berkesan.
![Page 24: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/24.jpg)
Contoh Laras Bahasa Politik• Manifesto pembangkang sama saja, iaitu dibuat untuk menarik sokongan
rakyat terhadap parti masing-masing. Seperti BN, parti pembangkang juga menyediakan manifesto mereka mengikut keperluan semasa.
Jika BN menumpukan kepada empat perkara teras yang saya sebutkan tadi, pembangkang pula menjanjikan perkara berkaitan isu semasa, ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat. Jadi, bezanya dengan BN ialah jika manifesto BN lebih menekankan kepada keperluan negara, parti pembangkang pula membawa manifesto mereka dengan lebih menekankan kepada soal keperluan rakyat.
Satu lagi yang menarik mengenai manifesto pembangkang ialah persamaan di kalangan mereka dalam memperjuangkan isu sejagat berkaitan keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia. Janji pembangkang dalam aspek ini amat menarik untuk diperhatikan, sama ada ia dapat menandingi empat teras utama manifesto BN yang saya sebutkan tadi atau sebaliknya.
![Page 25: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/25.jpg)
Laras Bahasa Sejarah
• Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.
• Penggunaan istilah yang khusus kepada peristiwa sejarah.
• Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan.
• Terdapat penggunaan unsur rajah dan gambar.
![Page 26: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/26.jpg)
Contoh Laras Bahasa Sejarah• “Sejarah awal tamadun manusia di Tanah
Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Antara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’”
![Page 27: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/27.jpg)
Laras Bahasa Geografi
• Mengandungi gambar rajah, jadual, graf, peta, dan sebagainya.
• Terdapat penggunaan istilah geografi seperti arah dan kedudukan sesuatu kawasan.
• Mempunyai sifat intelektual, saintifik dan teknikal.
• Mengandungi istilah pinjaman
![Page 28: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/28.jpg)
Contoh Laras Bahasa Geografi
“Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,598km² bersempadan dengan Negara Thailand di utara dan Singapura di selatan manakala Sabah yang seluas 73,711km² dan Sarawak yang seluas 124,449km² bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.
![Page 29: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/29.jpg)
Laras Bahasa Seni
Cabang Bidang Seni
Muzik
Lukisan
Tarian
Kraftangan
![Page 30: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/30.jpg)
Ciri-Ciri• Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. • Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif,
preskriptif, dramatik dan puitis.• Bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi
dan pengalaman penulisan. Laras ini bersifat imaginatif dan figuratif (kiasan).
• Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan, istilah-istilah yang khusus terutamanya yang berkaitan dengan seni penulisan.
• Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola
• Bernada puitis dan bersifat komunikatif
![Page 31: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/31.jpg)
Contoh Laras Bahasa Seni• Tradisi Muzik Rakyat
“Di samping tradisi tinggi yang berpusat di istana, terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdiri daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain”
![Page 32: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/32.jpg)
Kesimpulan
• Kesimpulannya, bahasa bukan sahaja mengkaji dari segi skop linguistik semata-mata bahkan turut mencakupi seluruh aspek kehidupan yang mencakupi nilai-nilai budaya dan konteks bahasa yang digunakan oleh sesebuah masyarakat yang menuturkannnya. Oleh sebab, berlaku mobiliti masyarakat dari suatu tempat ke tempat yang lain maka berlakulah penyebaran bahasa yang dikemukakan dengan pelbagai-bagai gaya oleh masyarkat di tempat yang baharu. Keadaan ini melahirkan dialek, kepelbagaian bahasa dan munculnya laras bahasa tertentu.
![Page 33: konsep dan laras bahasa](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/55cf9d76550346d033adbc0c/html5/thumbnails/33.jpg)
Rujukan
Hajar A.Aziz (2009) Bahasa Melayu ii. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd
Modul Bahasa Melayu Komunikasi (2010) Kementerian Pelajaran Malaysia