dayatahankardiovaskular

download dayatahankardiovaskular

of 2

description

PJK T.4

Transcript of dayatahankardiovaskular

BAB 1KECERGASAN

Kecergasan fizikal

1. Daya Tahan Kardiovaskular ( D.T.K) D.T.K ialah keupayan jantung, salur darah dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti fizikal. Antara aktiviti yang dapat meningkatkan D.T.O ialah: Berjoging Lat.Fartlek Lat. Paarlauf Lat. Piramid Lompat tali Berenang Senamrobik Lat. Parcouse

Latihan Paarlauf berkonsepkan lari berganti-ganti secara berpasangan di atas 2 kws.padang yg dipisahkan oleh satu garisan penengah. Aktiviti ini dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit Latihan Piramid berkonsepkan larian pelbagai jarak dengan diselang-selikan aktiviti berjalan. Aktiviti lompat tali perlu dilakukan selama 10 minit pada kadar 70-80% drp. Kadar nadi maksimum.

Lat. Daya Tahan Kardiovaskular dpt meningkatkan: Hipertrofi otot kardiak-peningkatan kekuatan jantung mengempam darah beroksigen dgn lebih byk ke otot-otot. Penerunan Kadar Nadi Rehat (KNR)- Mempercepatkan kadar nadi pemulihan Peningkatan pengeluaran jantung sedenyut (isi padu strok)- Peningkatan kapilari di otot-otot dan organ-organ Penerunan tekanan darah sistolik dan diastolik Peningkatan kolesterol baik/ high density lipoprotein (HDL)- mengurangkan risiko penyakit yg berkaitan dgn salur darah sprt atherosclerosis yg boleh membawa penyakit hipertensi, strok dan penyakit jantung

LATIHANSALIN DAN JAWAB KESEMUA SOALAN DALAM BUKU. JANGAN TAMPAL

1) Apakah yang dimaksudkan dengan kardiovaskular?

2) Berikan definisi daya tahan kardiovaskular?

3) Berika 2 aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan sekolah untuk meningkatkan sistem daya tahan kardiovaskular anda.a)______________b)______________4) Namakan salur darah tempat kiraan kadar nadi diambil.a) _____________b)_____________5) Nyatakan bahagian-bahagian yang terlibat dengan sistem daya tahan kardiovaskular.a) _____________________________b)______________________________c) ______________________________