20 27 30 · 2016. 8. 2. · Bagi merealisasikan kenyataan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, ......

32
www.kkmm.gov.my KKMM RANCANG STRATEGI BAHARU 20 MUZIK EXTRAVAGANZA 30 #PRAYFORMH370 27

Transcript of 20 27 30 · 2016. 8. 2. · Bagi merealisasikan kenyataan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, ......

  • www.kkmm.gov.my

    KKMM RANCANGSTRATEGI BAHARU 20 MUZIKEXTRAVAGANZA 30#PRAYFORMH37027

  • ementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah menggariskan lapan (8) nilai kerja yang perlu diamalkan oleh warga kerja KKMM dalam usaha menjadikan KKMM

    sebagai sebuah kementerian yang strategik. Nilai-nilai kerja tersebut ialah bekerjasama sebagai satu pasukan; bersemangat dengan apa yang dipercayai dan ‘menjualnya’ dengan baik; membina jambatan dan mengeratkan perhubungan; berfikiran terbuka dan dapat menerima serta memberi kritikan yang membina; kreatif dan bebas berimaginasi; bertindak dengan inisiatif dan tidak menunggu arahan; professional dan sentiasa kelihatan professional; dan bersikap lebih memahami, bukan menghukum.

    Melalui nilai kerja yang diperkenalkan, pihak pengurusan KKMM digalakkan supaya kerap ‘turun padang’ sebagai medium perhubungan bagi mendengar pandangan, permasalahan dan maklum balas pelanggan serta warga kerja Jabatan/agensi masing-masing. Pendekatan ini membolehkan pihak pengurusan melihat sendiri keadaan warga kerja di lapangan seperti yang disarankan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

    Bagi merealisasikan kenyataan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia, bahawa KKMM adalah Kementerian Strategik, maka semua pihak perlu menunjukkan profesionalisme masing-masing semasa menjalankan tugas. Pangkat bukanlah ukuran untuk kita membentuk jurang tetapi digalakkan agar bergerak sebagai satu pasukan dalam menjalankan tugas-tugas seharian.

    Walau bagaimanapun, nilai yang kita perkenalkan ini tidak akan memberikan sebarang pengertian sekiranya integriti warga KKMM berada di tahap yang rendah. Oleh itu saya menyeru dan mengajak warga kementerian agar bijak dan kreatif dalam menganalisa sesuatu perkara dan isu bagi mencapai visi, misi dan objektif kementerian khususnya. Warga KKMM juga perlu mengamalkan nilai keperibadian integriti yang tinggi bagi menjamin keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

    Pepatah Cina ada mengatakan, mereka yang sentiasa memuji adalah musuh kamu dan yang sentiasa mengkritik itulah teman yang sebenar. Persepsi kita terhadap kutukan adalah terlalu negatif. Walau bagaimanapun, melalui kritikanlah kita dapat memberi semangat agar kita dapat menambah baik tatakerja atau sikap untuk menjadi pegawai awam yang disegani.

    Sidang Redaksi

    Dari MejaKetua Setiausaha

    Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi Ketua SetiausahaKementerian Komunikasi dan Multimedia

    PENASIHATDato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi

    Ketua Setiausaha

    Dato’ Mohid MohamedTimbalan Ketua Setiausaha I

    KETUA EDITORHajah Zuraidah Zainuddin

    EDITORNorbaya Jamaludin

    Hajah Zaiton Abu BakarSiti Mahmudah Sudiman

    Unit Komunikasi Korporat

    SUB EDITORAdi Nawar Abdullah

    Bahagian Akaun

    Dalila Abdulmajid Bahagian Antarabangsa

    Farizah IntingJAPEN

    Markus Lim Han King MCMC

    Mohamaddiah Bin Haji Othman Bahagian Kemudahan

    Nabila Mohd FINAS

    Norzila Mohamed Rosly Pusat Sumber

    Nur Radiah Kamaruddin RTM

    Rachel Eliza Mathew Lidi Bahagian Khidmat Pengurusan

    Ramshah Idris IPPTAR

    Siti Aisah binti Muharom JASA

    Zarina RozaliBERNAMA

    FOTOGRAFIAbdul Hadi Md. Soom

    Rosli IsmailJAPEN

    JASAIPPTAR

    RTM

    PENGEDARANBadaruddin ShuibAzlina Baharuddin

    Haslinda MohamedNorliana Sani

    URUSETIA BULETIN KKMMUnit Komunikasi KorporatAras 23, Kompleks KKMM

    Persiaran Perdana, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62100 PutrajayaTel : 03-89115207Faks : 03-89115183

  • KANDUNGAN

    13

    3016

    10

    4

    54 LAWATAN RASMI KETUA SETIAUSAHA KE AGENSI/JABATAN KKMM

    5 PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KEMAMAN

    6 PERASMIAN PI1M DI FELDA SG TENGI, SELANGOR

    6 PI1M KERINCHI LAKSANA KONSEP BARU

    7 SIDANG KEMUNCAK DAN DIALOG EKONOMI KEBANGSAAN

    8 DOKUMENTARI TERBITAN FINAS MEMENANGI 2 ANUGERAH DI FESTIVAL FOTO, LAPORAN DAN FILEM DOKUMENTARI ASEAN 2014 DI HANOI,VIETNAM

    9 PORTAL LAMAN WEB JABATAN PENERANGAN TERIMA PENARAFAN 5 BINTANG

    9 TM TANDATANGANI PERJANJIAN SEDIA PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERPUSAT

    10 LAWATAN MENTERI KE PUSAT TELEPORT AND BROADCAST MEASAT

    11 MAJLIS PELANCARAN PETI SURAT MASYARAKAT DAN PELANTIKAN POSMEN KOMUNITI PULAU SEBATIK, SABAH

    12 PELAKSANAAN UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA SISTEM MERS 999 DI PUBLIC SAFETY COMMAND CENTER (PSCC) AGENSI KECEMASAN BAGI NEGERI PERAK, KEDAH, PERLIS, KELANTAN DAN TERENGGANU

    12 3RD INTEGRATED ASEAN QUIZ WORKSHOP

    12 ASEAN JOINT WORKING GROUP/WORKING GROUP FOR TELECOMMUNICATIONS SENIOR OFFICIALS MEETING TELSOM (JWG/ WG), KUALA LUMPUR

    14-15 ‘DEFINING TRAINING FOR NEW MEDIA AND SOCIAL MEDIA’

    16-17 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013

    18 TAYANGAN FILEM GRAVITY BERSAMA MENTERI KKMM DAN ANGKASAWAN NEGARA

    18 DRAMA GERAK KHAS MUSIM BAHARU DILANCARKAN

    19 SENAMAN 1 MALAYSIA KKMM

    19 GOTONG ROYONG 5S KKMM

    20-21 KKMM RANCANG STRATEGI BAHARU

    22 KURSUS KOMUNIKASI STRATEGIK

    23 PROGRAM WACANA ILMUAN NEGARA (WINNER) MENGURUS KOS HIDUP RAKYAT

    24 KEMUDAHAN JALUR LEBAR DIPERTINGKATKAN

    25 PROGRAM BAHAGIAN AKAUN

    25 BENGKEL PENGUKUHAN SISPAA

    26 GALAKKAN BUDAYA MEMBACA

    27 MUZIKA EXTRAVAGANZA

    28 PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM SEBAGAI ‘FOCAL POINT’ KEMENTERIAN

    28 BERNAMA LANCAR BULETIN BISNES MINGGUAN, MALAYSIA eBIZ

    29 MAJLIS PELANCARAN KEMBARA BUMI SUCI

    29 PERSEMBAHAN BAND D’JASA DI PASAR SENI

    30 #PRAY4MH370 – NEVER FORGET, WE CARE

    31 PUSAT MEDIA MH370

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 201444

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengucapkan selamat datang kepada YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) baru bagi menggantikan YBhg. Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf yang telah bersara.

    KSU telah mengadakan siri lawatan kerja rasmi ke Agensi/Jabatan KKMM seperti berikut:

    IPPTAR

    KSU berkata Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak(IPPTAR) perlu memberi perhatian terhadap kursus-kursus yang dapat memberikan impak yang besar dalam meningkatkan tahap penguasan ilmu dan kemahiran dalam kalangan pegawai di jabatan dan agensi dalam KKMM.

    Menerusi kursus-kursus tersebut beliau berharap pegawai-pegawai KKMM dapat meningkatkan lagi produktiviti kerja dan dalam masa yang sama mampu menjana pemikiran yang lebih kreatif. IPPTAR perlu membuat kajian keberkesan setiap kursus yang dilaksanakan bagi memastikan kesesuaian atau keberkesanan kursus tersebut. KSU meminta Bahagian Sumber Manusia untuk menyemak semula perjawatan dan kenaikan pangkat pegawai di IPPTAR.

    JASA

    Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah menerima kunjungan lawatan rasmi KSU pada 9 Januari 2014. KSU mengucapkan tahniah kepada JASA kerana telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan jayanya melalui pencapaian “Key Performance Indicators” (KPI) yang amat memberangsangkan selama ini. Beliau juga berharap agar JASA akan terus memperkasakan kelangsungan kestabilan politik dan negara.

    Lawatan Kerja RasmiKETUA SETIAUSAHA KE AGENSI/JABATAN KKMM

    BERNAMA

    Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menerima kunjungan KSU pada 3 Mac 2014. Lawatan ini turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha I, Dato’ Mohid Mohamed dan beberapa pegawai kanan kementerian. Tujuan lawatan adalah untuk berkenalan dengan pihak pengurusan dan operasi BERNAMA. KSU dalam amanatnya menyatakan agensi berita dan penyiaran di bawah KKMM perlu lebih pantas dan cekap dalam menyebarkan maklumat untuk kekal relevan sebagai sumber utama maklumat terutama daripada kerajaan serta perlu bergerak seiring dengan kepesatan teknologi termasuk media sosial yang dilihat menjadi pilihan pengguna sebagai sumber utama maklumat mereka.

    Beliau turut mengingatkan pengguna Internet dan media sosial supaya bijak menilai maklumat dan menafsir fakta yang diperoleh bagi memastikan perkara itu benar-benar sahih.

    BULETIN KKMM • Jan - Mac 201444

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 5

    S¬eramai lebih 14,000 keluarga di Terengganu menerima sumbangan bantuan banjir daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kelab Putera 1Malaysia. Bantuan ini telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

    Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Dato’ Sri Ahmad Said dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.

    Perdana Menteri turut melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai. Beliau menyatakan bahawa pemberian bantuan seumpama itu membuktikan tiada kerajaan selain Barisan Nasional (BN) yang sanggup bersama-sama rakyat dalam apa jua keadaan dan berharap agar pemberian itu dapat memulihkan semangat mereka dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Mangsa banjir di negeri lain juga akan menerima bantuan ini secara berperingkat-peringkat.

    Bantuan yang diberikan kepada setiap keluarga mangsa banjir berupa tilam, bantal, dapur, peti sejuk dan televisyen bersaiz 32 inci. PM menegaskan kaedah menyampaikan bantuan itu perlulah cekap bagi memastikan mangsa menerima bantuan berkenaan dan di negeri ini beliau difahamkan mangsa diberikan kupon untuk mendapatkan di rangkaian kedai yang ditentukan.

    Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 5

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 201466

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di bawah kepimpinan Menterinya, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersama-sama dengan beberapa pegawai tertinggi KKMM mengadakan lawatan kerja ke Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kerinchi bagi meninjau sendiri perkembangan pusat berkenaan.

    PI1M di Projek Perumahan Rakyat Seri Pantai setahun yang lalu telah memberikan banyak manfaat kepada penduduk setempat. Ternyata, usaha murni pihak KKMM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengubah kehidupan penduduk di sini.

    Kini, perkhidmatan sedemikian diteruskan pula di PI1M di Kerinchi menjadikan ia projek perumahan kedua yang mempunyai kemudahan internet. Pelaksanaan PI1M di kawasan bandar menawarkan konsep baru yang lebih mesra golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta kanak-kanak.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek telah merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) pada 27 Januari 2014. Beliau berkata, program ini bersifat sementara sebelum capaian internet dapat diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang.

    Menurut beliau, kerajaan sememangnya peka dengan keperluan rakyat untuk mendapatkan capaian internet secara meluas terutamanya di kawasan luar bandar.

    Konsep baru ini akan diperluaskan ke projek-projek perumahan terpilih seluruh negara khasnya kawasan perumahan kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

    Dalam lawatan kerja itu, Dato’ Sri Ahmad Shabery diberikan taklimat oleh pegawai MCMC mengenai status terkini perkembangan PI1M Kerinchi.

    Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar, KSU KKMM, Dato’ Sri Abd. Rahim Mohd. Radzi dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

    Pusat tersebut dibangunkan dengan kerjasama KKMM, MCMC dan beberapa syarikat telekomunikasi. Pusat tersebut kini berjumlah 424 buah di seluruh negara dengan kos pembinaan dan kelengkapan mencecah RM300,000.

    Kewujudan PI1M di Felda Sungai Tengi mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

    Perkhidmatan yang terdapat di PI1M Felda Sg Tengi

    • Kemudahan melayari internet• Perkhidmatan mengajar cara-cara yang betul menggunakan peralatan komputer dan latihan ICT• Ahli PI1M turut dilatih untuk mengendalikan blog bagi tujuan perniagaan dan penjanaan ekonomi dan diberikan sijil setelah tamat latihan.

    PI1M KERINCHI LAKSANA KONSEP BARU

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 7

    Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan kerjasama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) menganjurkan Sidang Kemuncak dan Dialog Ekonomi Kebangsaan Bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada 7 Mac 2014.

    Acara yang julung kali dianjurkan oleh BERNAMA dan ASLI bertujuan sebagai platform kepada YAB Perdana Menteri untuk mengetengahkan usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi serta membincangkan bagaimana menangani isu dan cabaran menghadapi ekonomi negara.

    Sidang Kemuncak dan Dialog ini diadakan sejurus selepas Malaysia melaporkan pertumbuhan positif dan mencatatkan angka pelaburan yang tinggi bagi 2013. Namun, meskipun dengan penarafan yang bertambah baik dan tanggapan yang lebih baik daripada bank-bank antarabangsa terhadap Malaysia sekarang, kelayakan ekonominya masih dipandang rendah.

    Dato’ Sri Najib yang juga Menteri Kewangan telah menyampaikan ucap tama dengan memberikan penjelasan mengenai landskap ekonomi negara. Beliau juga memberikan kefahaman tentang usaha menggerak maju ekonomi, terutama memandangkan cabaran-cabaran luaran yang dihadapi oleh Malaysia.

    Sidang kemuncak yang bertemakan ‘Memacu Ekonomi Malaysia: Meneliti Punca Utama’ juga mengadakan sesi panel khas perbincangan ‘Apakah Kedudukan Sebenar Ekonomi Malaysia? Bagaimanakah Kita Boleh Mengorak Langkah Ke Hadapan Dalam Mengatasi Cabaran Ekonomi Yang Dihadapi?’

    Anggota panel yang dijemput terdiri daripada tokoh bank dan pakar ekonomi - Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr Munir Majid yang juga Felo Pelawat Kanan London School of Economics; Pengerusi Star Publications Tan Sri Dr Fong Chan Onn, bekas Menteri Sumber Manusia dan bekas Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya; serta Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan bekas Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

    Sidang Kemuncak dan Dialog Ekonomi Kebangsaan ini dihadiri 500 orang peserta yang terdiri daripada sektor swasta, kerajaan, kedutaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 201488

    Filem dokumentari terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berjudul Jungle Beat telah berjaya mendapat tempat pertama kategori video dan dokumentari di Festival Foto dan Filem ASEAN 2013, di Hanoi Opera House, Vietnam pada 20 Februari yang lalu. Dokumentari arahan Dr. Megat Al-Imran, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal FINAS membawa pulang trofi yang disampaikan oleh Menteri Informasi dan Komunikasi Vietnam, Nguyen Bac Son.

    Manakala filem dokumentari berjudul The Bornean Elephant Conservation kerjasama antara Malaysia dengan Jepun di bawah arahan Mohammad Redhaudeen Hassan pula telah mendapat tempat kedua di bawah kategori yang sama. Buat pertama kali, FINAS menyertai festival ini atas jemputan Kementerian Informasi dan Komunikasi Vietnam di bawah program Jawatankuasa Informasi ASEAN. Lima (5) judul dokumentari dicalonkan untuk menyertai pertandingan tersebut dan tiga (3) daripadanya berjaya ke peringkat akhir. Turut tersenarai di peringkat akhir adalah dokumentari daripada beberapa negara ASEAN yang lain iaitu Myanmar dan Vietnam.

    Dokumentari Jungle Beat ini mengisahkan satu fenomena unik keupayaan penduduk di kawasan pedalaman Pahang dan Kelantan memanggil haiwan liar datang kepada mereka dengan paluan irama daun dan ranting. Fenomena ini menunjukkan ikatan yang rapat antara manusia dan haiwan dan juga satu tradisi yang perlu diwarisi kepada generasi akan datang.

    Festival yang dianjurkan kali ke-2 ini adalah anjuran Kementerian Informasi dan Komunikasi Vietnam dengan tema Perlindungan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dalam Komuniti ASEAN. Pada tahun ini, 125 penyertaan dari negara-negara ASEAN telah diterima oleh pihak penganjur mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu foto, video dan dokumentari.

    Penganjuran festival kali ini adalah bertujuan mempromosikan dan menggalakkan kebersihan dan kehijauan ASEAN melalui foto, video dan dokumentari dengan menekankan pencapaian dalam melindungi

    alam sekitar. Ia juga bertujuan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi dari negara-negara ASEAN yang menyumbang kepada aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

    BULETIN KKMM • Jan - Mac 201488

    Ketua Pengarah FINAS, YM Raja Rozaimie Dalnish Shah menyatakan FINAS akan terus menerbitkan dokumentari-dokumentari yang berkualiti dan mempunyai jalan cerita yang unik untuk dikongsi dengan penonton di seluruh dunia. Sehingga kini, sebanyak 300 judul dokumentari pelbagai kategori telah diterbitkan oleh FINAS. Beliau berharap lebih banyak lagi dokumentari yang FINAS terbitkan mendapat pengiktirafan bukan sahaja di peringkat tempatan malah juga peringkat antarabangsa pada masa hadapan. Dengan adanya pengiktirafan sebegini, ia telah membuka mata ramai pihak di luar sana tentang kualiti penerbitan dokumentari tempatan di samping memperkenalkan dan mempromosikan Malaysia di persada dunia. Sebagai contoh dua (2) dokumentari terbitan FINAS yang bertajuk Royal Press- The Printing Relic dan Perahu with The Silent Soul telah terpilih ke peringkat akhir sempena Festival Arkeologi Filem dan Video Antarabangsa yang akan berlangsung di Eugene, Oregon, USA pada bulan Mei 2014.

    Delegasi Malaysia terdiri daripada Dr. Megat Al-Imran, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal FINAS, S. Elangovan, Setiausaha Bahagian Antarabangsa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Subaidah Md. Top, Pengarah Pengurusan Produksi FINAS dan Mohd Nazrul Shah Hamid, Penolong Pengarah Pengurusan Produksi (Antarabangsa).

    BULETIN KKMM • Jan - Mac 201488

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 9

    Jabatan Penerangan Malaysia dianugerahkan Sijil Penarafan 5 Bintang Portal Laman Web Kerajaan 2013 di bawah kendalian Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan atau Malaysia Government Portals and Website Assessment (MGPWA), MAMPU di bawah Jabatan Perdana Menteri.

    Portal Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia

    TERIMA PENARAFAN5 BINTANG

    Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan sijil penarafan tersebut kepada Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, YBhg Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman.

    Penilaian dan penarafan adalah bagi menggalakkan agensi kerajaan menyampaikan maklumat dan perkhidmatan secara berkesan yang disediakan kepada rakyat menerusi portal dan laman web selain menggunakan saluran sedia ada.

    Penilaian tersebut juga boleh dijadikan sebagai parameter atau rujukan dalam menyediakan portal dan laman web yang lebih berdaya saing serta menawarkan perkhidmatan online yang lebih pantas dan komprehensif kepada rakyat.

    Telekom Malaysia Berhad (TM) menguasai 57 peratus kepentingan dalam Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1) pada 27 Mac lepas dalam urus niaga bernilai RM 350 juta bagi membolehkan syarikat itu menyediakan perkhidmatan komunikasi berpusat. Perjanjian itu ditandatangani antara TM dengan Green Packet Berhad dan SK Telecom Co. Ltd yang menyaksikan pelaburan TM tersebut ke dalam P1 menerusi langganan saham-saham biasa baharu.

    Menerusi perjanjian itu juga, Green Packet dan SK Telecom kekal sebagai pemegang saham strategik utama P1 selepas langkah tersebut selesai. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, usaha sama tersebut dapat menawarkan para pelanggan perkhidmatan data tanpa wayar berkualiti tinggi dengan pengalaman pelanggan yang lebih baik secara keseluruhannya. Beliau menyatakan TM sebagai pembekal talian tetap dan jalur lebar terkemuka di Malaysia akan menerajui pertumbuhan dan pembangunan perniagaan P1.

    Majlis usaha sama dengan Green Packet dan SK Telecom bagi membangunkan perkhidmatan komunikasi bersepadu generasi akan datang Malaysia disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha KKMM, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Pengerusi TM, Datuk Seri Dr. Halim Shafie, Pengerusi Green Packet, Tan Sri Omar Abdul Rahman dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Pertumbuhan SK Telecom, Jung Ho Park.

    Perjanjian tersebut secara tidak langsung membolehkan P1 mengguna pakai aset spektrumnya, platform tanpa wayar sedia ada dan rangkaiannya di hampir 2,000 lokasi serta pengurusan dan organisasinya bagi mempercepatkan kemasukan ke pasaran infrastruktur evolusi jangka panjang (LTE).

    SK Telecom adalah pengendali mudah alih nombor satu di Korea Selatan dalam satu daripada pasaran infrastruktur LTE termaju di dunia yang akan menyumbangkan kepakaran teknikal dan strategik.

    Green Packet pula adalah syarikat global dalam pasaran peranti 4G menubuhkan dan membawa P1 menjadi syarikat pembekal WiMAX terkemuka dan akan terus memastikan kesinambungan P1. Menurut Zamzamzairani, sebagai sebahagian daripada perjanjian pelaburan itu, TM akan menambah pelaburan berjumlah RM 210 juta ke dalam Green Packet menerusi bon-bon boleh tebus yang baru dikeluarkan.

    Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 9

    TANDATANGANI PERJANJIAN SEDIA PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERPUSAT

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20141010

    Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek telah mengadakan lawatan ke Pusat Teleport And Broadcast Measat bertempat di Cyberjaya pada 4 Februari 2014.

    Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Measat, Paul Brown Kenyon, Pengarah Measat Satellite System Sdn. Bhd., Tun Dr. Mohammed Hanif Omar dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Mohammed Sharil Tarmizi.

    Peneraju pengendali satelit di rantau Asia, MEASAT Global Berhad (Measat) akan melancarkan satelit baharunya pada bulan Mei ini bagi memberi liputan lebih meluas terhadap sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh negara.

    Kini, MEASAT mempunyai lima (5) satelit iaitu Measat-2 (1996), AFRICASAT-1 (1996), Measat-5 (2005), Measat-3 (2006) dan Measat-3a (2009).

    FAKTA MENGENAI SATELIT MEASAT-3B

    • Satelit ke-6 milik syarikat tersebut yang dibina dengan kos sebanyak RM1.25 bilion dijadualkan dilancarkan di pangkalan udara Eropah, French Guiana.• Satelit ini mampu meningkatkan infrastruktur ICT dalam negara sekali gus dapat menghubungkan dengan kawasan pedalaman lain.• Membantu meningkatkan kadar penembusan sebanyak 10 hingga 20 peratus kawasan terutamanya untuk masyarakat pedalaman bagi mendapatkan perkhidmatan sistem komunikasi yang lebih baik.• Mampu mengembangkan penggunaan servis data dan video di negara-negara rantau ini seperti Malaysia, India, Indonesia dan Australia.

    BULETIN KKMM • Jan - Mac 201410

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 11

    YB. Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah merasmikan Majlis Pelancaran Peti Surat Masyarakat dan Pelantikan Posmen Komuniti Pulau Sebatik, Sabah pada 20 Februari 2014. Usaha ini adalah usaha bersepadu antara Kerajaan dengan Pos Malaysia dalam memastikan perkhidmatan pos dapat disediakan kepada masyarakat meliputi kawasan luar bandar.

    Pihak Kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan POS telah memperuntukkan hampir RM20 juta bagi melaksanakan Pelan Transformasi Pos Luar Bandar khususnya di Sabah dan Sarawak bermula tahun 2010. Melalui pelaksanaan pelan tersebut, kemudahan pos luar bandar telah berjaya dipertingkatkan. Di Negeri Sabah sahaja misalnya 250 posmen komuniti telah dilantik bagi memberi kemudahan khidmat serahan pos kepada rakyat luar bandar termasuk di Pulau Sebatik ini.

    Tiga (3) unit Pejabat Pos Bergerak yang dilengkapi dengan peralatan komunikasi satelit VSAT juga telah disediakan di Sabah setakat ini bagi memudahkan rakyat membuat urusan pos, pembayaran bil, penyimpanaan di dalam Amanah Saham. KKMM dengan bantuan MCMC dan POS akan menyediakan tiga (3) unit lagi Pejabat Pos Bergerak di Sabah yang akan mula beroperasi pada suku kedua 2014.

    Program ini membuktikan Pos Malaysia bukan sekadar menghantar surat malah banyak membantu dan menyokong usaha kerajaan dalam mengutamakan kepentingan rakyat. Usaha ini adalah bukti kepada sifat prihatin kerajaan dalam memastikan perkhidmatan yang diperolehi di kawasan bandar boleh juga dinikmati oleh masyarakat di luar bandar. YB. Dato’ Johari menyeru kepada semua rakyat terutamanya di kawasan Pulau Sebatik dapat memberikan kerjasama dan memastikan kemudahan yang disediakan dijaga dengan baik demi manfaat dan kebaikan semua.

    Selain itu, Posmen Komuniti juga adalah salah satu inisiatif Pos Malaysia untuk memudahkan penghantaran surat dari rumah ke rumah. Posmen Komuniti telah diberikan tugasan untuk membuat serahan dari rumah ke rumah dengan diwajibkan untuk mengutip mel dari pejabat pos dan menyerahkannya dari rumah ke rumah sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu.

    Seramai tiga (3) orang Posmen Komuniti ditempatkan di Pulau Sebatik untuk kemudahan bersama iaitu di Kampung Sungai Pukul, Kampung Mentadak dan Kampung Bergosong. Kewujudan Posmen Komuniti di Sabah dan Sarawak telah memberikan sentuhan yang lebih bermakna kepada masyarakat.

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20141212

    Malaysian Emergency Response Services 999 atau lebih dikenali sebagai MERS 999 adalah perkhidmatan kecemasan yang melibatkan agensi-agensi seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Ia adalah satu sistem bersepadu yang menggabungkan lima (5) agensi dalam satu platform bagi mengendalikan dan menyalurkan panggilan, maklumat kecemasan serta menghulurkan bantuan dengan menggunakan satu nombor iaitu 999.

    Objektif projek ini adalah untuk menyediakan bantuan perkhidmatan kecemasan yang berkesan kepada orang awam iaitu dengan memberi perlindungan dan keselamatan kepada orang awam; menjaga dan melindungi harta dan alam sekitar; dan untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan keadaan sosial.

    PELAKSANAAN UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (USER ACCEPTANCE TEST – UAT) SISTEM MERS 999 DI PUBLIC SAFETY COMMAND CENTER (PSCC) AGENSI KECEMASAN BAGI NEGERI PERAK, KEDAH, PERLIS, KELANTAN DAN TERENGGANU

    Salah satu daripada aktiviti penting yang perlu dilaksanakan dalam pembangunan sistem MERS 999 ini ialah Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test - UAT). Ia bertujuan untuk memastikan sistem MERS 999 yang dipasang di PSCC agensi kecemasan seperti KKM, JBPM dan JPAM bagi negeri Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu berfungsi dengan baik dan memenuhi spesifikasi. Ujian ini telah diadakan oleh pihak TM dan Masters of Trainers (MOT) di bawah agensi kecemasan masing-masing. MOT perlu menyemak dan menguji sistem ini dengan berpandukan skrip ujian (test script) agar sistem boleh bersedia untuk digunapakai secara “Go Live”.

    Pelaksanaan UAT telahpun dibuat dalam fasa-fasa pelaksanaan projek MERS 999 sebelum ini. Namun, kaedah pelaksanaan UAT tersebut telah ditambahbaik sesuai dengan perkembangan teknologi serta keperluan agensi kecemasan bagi memastikan sistem MERS 999 boleh digunapakai dengan efektif. Bagi pelaksanaan projek MERS 999 tahun 2013-2014, tarikh UAT tersebut telah dijadualkan dengan mengecualikan PDRM seperti berikut:

    AGENSI TARIKH PSCC

    KKM

    20 Mac 2014 MECC Hospital Tunku Fauziah, Perlis

    21 Mac 2014 MECC Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah

    24 Mac 2014

    MECC Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan

    26 Mac 2014

    MECC Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu

    JBPM 24 Mac 2014 PGO JBPM Kelantan

    JPAM 3 April 2014 PKO JPAM Perak

    BULETIN KKMM • Jan - Mac 201412

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 13

    The Ministry of Communications and Multimedia Malaysia (KKMM) hosted the 3rd Integrated ASEAN Quiz Workshop from 18-19 March 2014 in Kuala Lumpur, Malaysia. The Workshop aims to test, improvise and evaluate the live quiz system which is introduced by Malaysia. A total number of 27 participants attended this workshop, consisting of officers from all ASEAN Member States and ASEAN Secretariat. The workshop was also attended by students from all ASEAN Member States except Cambodia.

    The Workshop began with the welcome remarks delivered by representative of SOMRI Malaysia and continued with a ‘dry-run’ of the live quiz system which was actively participated by the students. This session managed to give ‘a hands on’ experience of the live quiz system.

    At the end of the session, the participants discussed and exchanged ideas, views and comments to improvise the live quiz system that will be used by Vietnam during the hosting of the 6th Regional Level ASEAN Quiz in August 2014.

    The workshop successfully concludes the Integrated ASEAN Quiz Project which was proposed by Malaysia and co-proposed by Thailand.

    Malaysia was given the honour to host TELSOM JWG/WG Meeting in Kuala Lumpur from 15-17 January 2014. Joint – Working Group meetings are held on a yearly basis. The Ministry of Communications and Multimedia (KKMM) and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) jointly organized and hosted the meeting. The objective of the meeting is to plan and discuss project implementations, which are geared towards achieving goals set in the ICT development agenda.

    These projects are based on the initiatives outlined in the ASEAN ICT Masterplan 2015 (AIM2015). The outcome of the meeting will subsequently be brought to the ASEAN TELSOM Leader’s Retreat in Singapore, on 25-26 March 2014. The JWG Meeting for 2015 will be held in Myanmar.A total of 58 persons were in attendance at the meeting, mainly representatives from ASEAN Member States as well as representatives from ASEAN Dialogue Partners ie. People’s Republic of China, Republic of Korea, Japan, India, European Union (EU) and the International Telecommunications Union (ITU).

    ASEAN JOINT WORKING GROUP/WORKING GROUP FOR TELECOMMUNICATIONS SENIOR OFFICIALS MEETING TELSOM

    (JWG/WG), KUALA LUMPUR

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20141414

    Following the success of the 1st International Conference on Broadcast Training (ICBT) held in February 2013, IPPTAR is proud to co-organised with our partner AIBD the second edition of the ICBT from 24 – 25 February 2014 in Kuala Lumpur, Malaysia, The Conference is hosted by the Ministry of Communications and Multimedia, Malaysia (KKMM)supported by Friedrich Ebert Stiftung (FES).

    The theme for the 2nd ICBT is ‘Defining Training for New Media and Social Media’. New media and social media are spreading rapidly, jazzing up the TV screen and media’s online presence. They offer broadcast organizations meaningful ways to source and produce content, build and engage audiences, enhance brand trust and generate income. In particular, the proliferation of mobile devices and connectivity are helping expand the growth of social media.

    To deal with this changing media landscape, learning the dynamics and benefits of new media and social media to enhance the skills, knowledge and competence of broadcasters has become an urgent imperative for broadcasters. So is the setting up of an enabling organizational structure that calls for a new mindset and commitment across every sphere of the broadcast operation, and for a new learning setting that can increase employee’s competence, performance and productivity. This conference will explore this vital issue in depth. The 2 day sessions covered a vast topics pertaining to Innovations and Trends in New Media and Social Media for High Impact Training, Training Tools for New Media and Social Media: Aiming for Depth and Efficiency and Effective Curriculum Models for Social Media Based Training. To tap on the expertise and experience a special session on Engagement and Collaborations :Taking Training to a whole New Height was conducted to a special session World Café’Platform.

    Some 70 delegates from 24 countries and regions participated in the two-day conference, which was inaugurated by YB. Dato’ Jailani Johari, Deputy Minister of Communications and Multimedia, Malaysia (KKMM). In his speech, he called on broadcasters to evaluate critically the role of training in the new media environment that has impacted social change.

    Session 1: Call to Increase Social Media Use and Reach

    The Korean Broadcasting System (KBS) is increasing its interaction with its audiences, no matter what devise they are utilizing, as one of three key strategies the organisation has employed to increase its social media use and reach. Two others include focusing on training and improving social media skills, and making social media a priority equal to its outreach strategies.

    Ms. Jongran Ha, KBS Senior Executive Producer, shared her organisation’s social media strategies at the session on ‘Innovations and Trends in New Media and Social Media for Higher Impact Training’ during the 2nd International Conference on Broadcast Training in Kuala Lumpur, Malaysia.

    Dr. Joanne Lim Bee Yin, Deputy Director of the Centre for the Study of Communication and Culture, University of Nottingham, Malaysia, says in a networked world, media whose primary value lies in its ability to connect people will win and practitioners need to listen and connect more with them.

    She shared her insights on how broadcasters can generate high impact training in a presentation at the 2nd International Conference on Broadcast Training on 24 February 2014 in Kuala Lumpur.

    The online landscape has certainly become more social and content rich, with expanded use of photos, video and audio, she said, and people are creating more interaction and participation.

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 15

    Session 2 : Engagement and Collaboration: Taking Training to a Whole New Height (World Café Platform)

    For broadcast training institutions to be attuned and responsive to the demands of new media and social media, they need to form task forces that will facilitate exchange of trainers and experts, offer a more modularized and interactive type of training curriculum relevant to broadcasters’ needs and establish a web-based management protocol or a ‘brokerage’ of sort that facilitates generation of training data and regional exchanges and collaboration.

    This proposed brokerage platform should be spearheaded by AIBD that will commit a dedicated new media team to deal with broadcasters needs in training.

    These were some of the approaches delegates to the 2nd International Conference on Broadcast Training in Kuala Lumpur identified to transform broadcast training institutions amidst the changing media landscape.

    They generated these strategies through the World Café platform that facilitated conversations and generated insights that matter among the participants. This exercise held on 24 February 2014 focused on the theme “Engagement and Collaboration: Taking Training to a Whole New Height.”

    Session 3 : Effective Curriculum Models for Social Media Training

    “ Any effective curriculum models for social media-based training must start with the audience and an understanding of what motivates them towards social media and related interactions”.

    “It’s not just the curriculum, but the method and practice of teaching/learning must transform to embrace these ‘social norms’ … sort of like ..Education 2.0”.

    “Adding a social media platform to “old world” teaching approaches will not work.”

    These are some of the approaches that Mr. Azhar Azib, Founder/Principal of Rawonion Decisions, Singapore suggested in his presentation during the session on ‘Effective Curriculum Models for Social Media-Based Training’ at the 2nd International Conference on Broadcast Training on 25 February 2014 in Kuala Lumpur, Malaysia.otos, video and audio, she said, and people are creating more interaction and participation.

    Session 4 : Need for a Responsive Training Curriculum

    Mr. Steve Ahern, CEO of International Media & Broadcasting Academy (IMBA), Australia has called for a restructuring of the training curriculum for broadcasters, one that is based on new technology, audience consumption trends and workflow.

    CALLS FOR MORE VALUE-DRIVEN TRAINING

    At the closing ceremony, Dato’ Adilah Shek Omar, Director of the Tun Abdul Razak Broadcasting and Information Institute (IPPTAR) also delivered a message, saying the conference was successful in presenting some best practices in social media-based training.

    AIBD Director Yang Binyuan has strongly urged broadcasters to move away from a business as usual attitude and adapt to the challenges and opportunities posed by social media and the emerging media platforms.

    Dato’ Adilah and Binyuan both thanked the participants, speakers and partners for their support, namely, AIBD, IPPTAR, Ministry of Communications and Multimedia Malaysia, and FES, and looked forward to the 3rd ICBT.

    Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 15

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20141616

    Seramai 578 orang penerima anugerah di

    Semenanjung diraikan pada hari tersebut manakala seramai 184 penerima

    anugerah bakal diraikan di majlis berasingan di Sabah

    dan Sarawak.

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) 2013 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri KKMM pada 27 Mac 2014 bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

    Seramai 578 orang penerima anugerah di Semenanjung diraikan pada hari tersebut manakala seramai 184 penerima anugerah bakal diraikan di majlis berasingan di Sabah dan Sarawak. Sejumlah 762 penerima anugerah tersebut terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan dinilai atas dedikasi dan komitmen dalam menjalankan tugas sepanjang tahun lalu.

    762 Kakitangan KKMM terima

    Bertemakan ‘Modal Insan Cemerlang, Transformasi Gemilang’, majlis tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi. Anugerah yang disampaikan berupa sijil dan wang berjumlah RM1000 berbentuk sijil simpanan premium BSN.

    YB Menteri di dalam ucapannya menyeru semua kakitangan KKMM meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar.

    Beliau turut menyatakan bahawa bagaimana tragedi kehilangan pesawat MH370, dunia melihat kerajaan dan menilai bagaimana mengatasi masalah, mereka juga melihat kompetensi, kebolehan pegawai dan teknokrat serta tahap profesionalisme dalam menguruskan krisis ini.

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 17

    Salah seorang pegawai yang menerima Anugerah Khas ialah Encik Jagjit Singh, Penolong Pegawai Penerangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang semasa bertugas di Pusat Media MH370 dalam pengurusan dan pengendalian sidang media insiden tersebut.

    Semoga dengan penganugerahan ini dapat memberi motivasi kepada kakitangan lain agar lebih bersemangat dan berdaya saing untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20141818

    Tanjung Golden Village (TGV) Screen Cinema, One Utama, Damansara dipilih sebagai lokasi istimewa buat Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor serta isteri bersama-sama menonton tayangan filem ‘Gravity’ pada 5 Februari lalu.

    Program ini diadakan bertujuan berkongsi pengalaman perjalanan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sepanjang bergelar Angkasawan Negara termasuk sesi latihan dan persediaan mental dan fizikal serta hasil penyelidikan yang dilakukan beliau sepanjang 10 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

    Turut hadir Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Haji Hamdan, Ketua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dan beberapa wakil pegawai Kementerian dan FINAS.

    TAYANGAN FILEM

    BERSAMA MENTERI KKMM DAN ANGKASAWAN NEGARA

    Drama ‘Gerak Khas’ musim baharu terbitan Skop Production mula ditayangkan pada 14 Februari 2014 di TV2, RTM. Drama bersiri kepolisan ini dijangka mampu menarik 1.5 juta penonton.

    Majlis pelancaran drama “Gerak Khas” musim baharu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Jailani Johari , Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam.

    Menurut Dato’ Jailani Johari ketika berucap pada majlis tersebut di Ibu pejabat

    polis Bukit Aman, drama itu dijangka dapat mengatasi kadar tontonan yang dicatat sejak siri itu mula diperkenalkan pada 1999. Sebelum

    ini, drama ini berjaya mengekalkan kadar tontonan tertinggi melebihi 1.2 juta

    penonton untuk tempoh 12 tahun sejak ia mula disiarkan di RTM pada 4 Mei 1999.

    BULETIN KKMM • Jan - Mac 20141818

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 19

    Hasil daripada Mesyuarat Bersama Jabatan Bil. 1/2014 yang telah berlangsung pada 13 Mac 2014, YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, selaku Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah memutuskan untuk melancarkan Program Senaman 1 Malaysia KKMM.

    Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan warga KKMM mengamalkan cara hidup yang sihat dan seimbang dalam kehidupan seharian. Program ini dapat merapatkan silaturahim dan menjalinkan hubungan yang baik di antara kakitangan tanpa mengira usia, bangsa atau pangkat.Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sri KSU pada 19 Mac 2014 dan aktiviti ini menjadi acara tetap KKMM pada setiap hari Rabu, jam 5.30 petang selama 1 jam. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah dipertanggungjawabkan bagi menyelaras aktiviti ini yang menjadi salah satu aktiviti mingguan KKMM.

    Aktiviti seperti ini diharapkan dapat melahirkan warga KKMM yang sihat, cergas dan sentiasa mahu untuk berubah ke arah yang lebih baik. Program ini akan dipanjangkan sehingga Jun 2014 bagi menghormati Bulan Ramadhan dan akan disambung semula selepas Umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Gotong Royong Perdana 5S Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah diadakan pada 22 Mac 2014 dan dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan (Kanan), YBhg. Dato’ K. Bala Singam. Semua pegawai dan kakitangan KKMM diwajibkan menghadiri program ini untuk memastikan semua bahagian membuat penambahbaikan di ruang pejabat masing-masing.

    Program ini adalah bertujuan untuk memberi motivasi dan galakan kepada seluruh warga KKMM bagi memenuhi sasaran dan objektif yang telah ditetapkan di samping memastikan persediaan semua kawasan Kompleks KKMM mencapai Pensijilan 5S.

    Pelaksanaan Amalan 5S di KKMM adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara lebih sistematik dan praktikal selain daripada dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Ia akan memberi nilai tambah kepada imej Kementerian secara lebih menyeluruh seandainya Amalan 5S dapat dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan konsisten.

    Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 19

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20142020

    Sesi pemukiman Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang diadakan di Awana Kijal Resort, Terengganu pada 25 Januari yang lepas berlangsung dalam suasana serius tetapi santai telah dihadiri oleh pegawai tinggi jabatan, agensi dan bahagian di KKMM.

    Buat pertama kalinya sesi pemukiman turut dihadiri bersama oleh YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri KKMM. YB. Menteri sendiri telah menerajui sesi perbincangan mengenai halatuju dan strategi KKMM agar ia seiring dengan peredaran realiti semasa.

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 21

    Sepanjang sesi tersebut, para pegawai diberi tugasan secara berkumpulan mengikut topik-topik berkaitan peranan yang perlu dimainkan oleh KKMM serta strategi-strategi baharu yang boleh dilaksanakan bagi mencapai objektif serta misi dan visi KKMM.

    Sesi pemukiman ini juga bertujuan memberi peluang kepada semua agensi di bawah KKMM untuk duduk semeja dan mencari idea bagi menangani persepsi negatif dalam media sosial di samping memperbaharui aspek komunikasi dan multimedia yang diterajui oleh kementerian. Menteri KKMM turut mengajak semua kakitangan untuk bekerja secara berkumpulan dan tidak bekerja secara silo kerana sikap tersebut hanya akan merugikan semua pihak. YB. Menteri juga menyeru semua warga KKMM mengamalkan lapan (8) nilai kerja KKMM:

    1. Bekerjasama sebagai satu pasukan;2. Menjadi lebih ghairah dengan apa dipercayai dan melihat sesuatu dengan baik;3. Membina jambatan dan mengeratkan perhubungan;4. Berfikiran terbuka, dapat menerima dan memberi kritikan yang membina;5. Lebih kreatif dan kebebasan berimaginasi;6. Bertindak dengan inisiatif, tidak menunggu arahan baru bertindak;7. Bertindak dengan professional dan sentiasa kelihatan professional;8. Bersikap lebih memahami, bukan terus menghukum;

    Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 21

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20142222

    Pengaruh media sosial khususnya dalam kalangan golongan muda pada masa kini semakin merbahaya. Ini kerana sebarang berita yang disiarkan oleh media sosial di internet mudah dipercayai oleh generasi muda berbanding media tradisional. Kebanyakan berita yang disiarkan dalam media sosial adalah yang berbaur hasutan dan boleh mempengaruhi generasi muda mempercayainya tanpa menyelidik kesahihan berita tersebut. Ini menyebabkan ramai anak anak muda masa kini berfikiran agresif dan melulu dalam membuat tindakan. Ini dikhuatiri merbahaya kepada keharmonian dan keamanan negara.

    KURSUS KOMUNIKASI STRATEGIK

    Di samping itu, kursus ini juga diharap dapat menanam semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Kursus selama 12 hari itu telah pun memulakan siri pertamanya pada tahun lalu. Sehingga kini empat (4) kursus telah dilaksanakan iaitu dua (2) kursus pada tahun lalu dan masing-masing satu pada bulan Januari dan Februari tahun ini.

    Kursus Komunikasi Strategik ini membabitkan 22 modul dengan 19 orang penceramah. Selain mengikuti kursus berbentuk teori di dalam kelas, peserta juga diwajibkan menjalani latihan amali yang dikenali sebagai aplikasi lapangan. Semasa membuat aplikasi lapangan, peserta yang dibahagikan kepada lima (5) kumpulan diwajibkan menyiapkan laporan bercetak dan video. Pembentangan laporan aplikasi lapangan dibuat sehari sebelum peserta menjalani ujian akhir sebelum menamatkan kursus tersebut.

    Aplikasi lapangan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai realiti sebenar di lapangan. Mereka dikehendaki mengaplikasi ilmu gerak saraf perang saraf yang dipelajari di bilik kuliah. Ini membantu peserta supaya mampu menguruskan program dan aktiviti bersesuaian dengan kumpulan sasar.

    Oleh itu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengadakan Kursus Komunikasi Strategik bagi pegawai-pegawainya dalam usaha membendung situasi tersebut. Buat permulaan pegawai barisan hadapan di jabatan utama seperti di Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penyiaran (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) diwajibkan menghadiri kursus tersebut.

    Kursus tersebut dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan penyampaian dasar-dasar kerajaan dan pelaksanaan program-program kerajaan bagi memenangi hati dan minda rakyat secara lebih efektif.

    BULETIN KKMM • Jan - Mac 20142222

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 23

    Keluhan rakyat ketika tahun baru 2014 menjelang seawal Januari yang lalu banyak memberi penekanan kepada aspek peningkatan kos sara hidup yang dijangka meningkat secara mendadak. Hal ini adalah ekoran langkah rasionalisasi subsidi oleh Kerajaan pada penghujung tahun 2013.

    Di kala rakyat cuba menyesuaikan diri dengan pengurangan subsidi bahan api petrol dan diesel, mereka dikejutkan dengan hasrat Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ingin menaikkan kadar tarif elektrik, syarikat konsesi lebuh raya yang ingin menaikkan kadar tol dan hasrat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menaikkan cukai taksiran yang kadarnya disifatkan sebagai tidak masuk akal.

    Ekoran daripada itu, JASA juga mengambil peranan untuk menghimpunkan pendapat dan persoalan serta keluhan akar umbi daripada kalangan cendekiawan dan rakyat termasuk mahasiswa tentang situasi ekonomi semasa melalui penganjuran wacana yang memberi fokus kepada langkah mengurus kos hidup rakyat.

    Mengurus kos hidup rakyat sepertimana yang diungkapkan oleh YBhg. Ketua Pengarah JASA dalam ucapan perasmiannya memerlukan kesedaran umum dengan tidak hanya bergantung kepada kerajaan kerana kuasa membeli yang dimiliki pengguna boleh menentukan corak naik turun harga pasaran berdasarkan teori permintaan dan penawaran (demand and supply).

    Perkara ini juga tidak dinafikan oleh para panelis wacana yang membentang kertas kerja masing-masing kerana kehendak pembeli yang tidak terbatas tidak akan dapat dikawal oleh kerajaan dan kenaikan kos sara hidup rakyat ini merupakan fenomena global.

    Rakyat atau pengguna perlu berfikir secara lebih ekonomik dengan mengamalkan cara-cara penjimatan tersendiri dan mengaplikasikan teori kos lepas (opportunity cost) di mana barangan yang kurang diperlukan (least required) tidak dibeli walau dengan apa cara sekalipun. Apabila pasaran melihat permintaan terhadap sesuatu barangan menurun, maka harga barangan tersebut akan turut menerima kesan penurunan.

    Bertindak atas keluhan-keluhan itu, Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Hasilnya, peningkatan kadar kos perkara-perkara yang disebutkan di atas ditangguhkan. Walau bagaimanapun, ia sudah pasti memerlukan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit bagi menampung kerugian yang ditanggung oleh pihak-pihak yang berkenaan. Meskipun begitu, bagi sebuah kerajaan yang sangat prihatin dengan keadaan sosio ekonomi rakyat, ia adalah langkah yang dilihat signifikan bagi mengurangkan bebanan yang bakal ditanggung oleh pelbagai lapisan masyarakat.

    Walau bagaimanapun, terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan asas dengan alasan ia berkaitan dengan pelbagai kenaikan kos yang telah diumumkan meskipun ia belum berlaku sedemikian. Tindakan kerajaan yang dimulai dengan lawatan YAB Perdana Menteri meninjau harga barangan secara mengejut di pasar-pasar dan pusat kegiatan ekonomi dilihat sangat menepati kehendak rakyat yang terus menginginkan pembelaan daripada pihak kerajaan.

    Wacana Ilmuan Negara (WINNER) bertajuk “Mengurus Kos Hidup Rakyat” telah dianjurkan pada 11 Februari 2013, di Ballroom, Vivatel Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri oleh 270 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai kerajaan, NGO, Parti Politik dan mahasiswa. Dua orang pembentang kertas kerja yang diundang ialah Tuan Hj. Allauddin Hj. Anuar, Pengarah Ekonomi Makro, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Encik Mohd Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

    Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 23

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20142424

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan meminta kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta kerajaan negeri untuk memulakan pembinaan infrastruktur bagi kemudahan jalur lebar supaya dapat memenuhi tuntutan kemasukan data lebih tinggi pada masa depan.

    Semasa menghadiri program Bicara Menteri Bersama Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 29 Januari 2014, Menteri KKMM, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan pembinaan infrastruktur jalur lebar seperti di laluan bawah tanah, memerlukan persediaan teliti daripada aspek perundangan serta perancangan bandar dan desa.

    Kawasan seperti institusi pengajian tinggi akan diberi keutamaan dalam inisiatif pembinaan kemudahan infrastuktur jalur lebar supaya pembangunan yang dilaksanakan kerajaan dapat memenuhi keperluan sebenar institusi berkenaan. Semua perancangan pembinaan di institusi pengajian tinggi mesti memberikan pertimbangan yang besar dari segi kemudahan Internet termasuk kelajuan yang diperlukan.

    Kerajaan sedar bahawa cabaran besar untuk meningkatkan kadar penembusan penggunaan Internet di negara ini bukan sahaja mengenai pencapaian jalur lebar yang lebih luas tetapi ia perlu mendapat kelajuan data yang sepatutnya.

    KEMUDAHAN JALUR LEBAR DIPERTINGKATKAN

    Beliau menyatakan sesetengah pihak berkuasa tempatan sudah meletakkan kriteria kemudahan infrastruktur jalur lebar sebagai asas utama kepada pemaju kawasan seperti pembentungan serta keperluan paip air untuk kebakaran pada masa sekarang kerana kos akan menjadi lebih mahal sekiranya ia dilakukan pada masa depan.

    Justeru itu, sasaran perlu diletakkan seperti dalam tahun 2020, isi rumah boleh mendapat kelajuan jalur lebar sehingga 50 megabit sesaat. Jika ia tidak dapat dicapai, tuntutan isi rumah untuk lebih banyak kemasukan data dengan kelajuan tertentu, tidak dapat dipenuhi pada masa depan.

    Pencapaian penembusan Internet di negara pada masa ini, pada kadar 67 peratus tidak lagi dibanggakan memandangkan ada negara di Asia seperti Korea Selatan telah mencapai 100 peratus.

    Penempatan penduduk yang bertaburan di seluruh negara serta teknologi sistem jalur lebar yang merangkumi kabel dasar laut dan menara telekomunikasi adalah antara cabaran yang perlu ditangani oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kadar penembusan internet yang lebih tinggi.

    Kerajaan terus komited terhadap usaha ini dan dalam pembentangan Bajet 2014, YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM5.75 juta untuk projek Fasa 2 Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB), termasuk projek kabel dasar laut dan menara penghantaran telekomunikasi.

    BULETIN KKMM • Jan - Mac 201424

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 25

    Unit Komunikasi Korporat (UKK) dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA) telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) selama tiga (3) hari bermula pada 18-21 Mac 2014. Bengkel ini adalah salah satu kursus pengukuhan penggunaan sistem pengurusan aduan yang diberikan kepada semua Pegawai Perhubungan Aduan Awam (PPPA) yang telah dilantik bagi tahun ini terdiri daripada Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

    Bermula April 2014, Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam Bersepadu (iSPAAA) telah dimigrasikan kepada SISPAA yang lebih bersifat mesra pengguna dan telah ditambah baik berbanding sistem lama.

    Bagi tahun 2013, KKMM berjaya mencapai 96.3 peratus penyelesaian aduan kementerian dan menerima ucapan penghargaan di atas prestasi cemerlang daripada Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Dato’ Mahani Tan Abdullah.

    Bahagian Akaun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) selaku pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan pelaksanaan perakaunan akruan di KKMM mulai tahun 2015 telah mengadakan beberapa aktiviti berkaitan sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2014. Di antara aktiviti yang telah diadakan ialah sesi pemeriksaan fizikal aset tak alih milik Kementerian. Aktiviti ini melibatkan lawatan ke Jabatan Penyiaran Melaka pada 17 Februari 2014 dan disertai oleh Unit Audit Dalam, KKMM. Hasil dari pemeriksaan tersebut beberapa penemuan dan syor telah dibuat oleh Unit Audit Dalam bagi membantu Bahagian Akaun, KKMM melengkapkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengumpulan data aset tak alih untuk tujuan penyediaan Penyata Kewangan Tahun 2015.

    Selain itu, Bahagian Akaun turut terlibat di dalam Bengkel Pengisian Templet Akaun Belum Terima (ABT) dan Akaun Belum Bayar (ABB). Bengkel ini telah diadakan di IPPTAR pada 25 Februari 2014 dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia dan di RTM Kuching pada 28 Februari 2014 dengan kerjasama Jabatan Penerangan. Bengkel ini bertujuan untuk membantu pihak Jabatan mengenal pasti dan mengumpulkan maklumat ABT dan ABB yang perlu diperakaunkan mulai tahun 2015.

    Bagi tujuan pembangunan modal insan dan pemantapan ilmu pengetahuan warga kerja KKMM dalam bidang perakaunan pula, Bahagian Akaun turut menganjurkan Kursus Perakaunan Akruan Siri 1 bagi Zon Utara pada 26 hingga 28 Mac 2014 bertempat di Ipoh Perak. Bengkel ini telah dihadiri oleh 39 orang peserta dan ceramah telah disampaikan oleh akauntan-akauntan dari Kementerian dan Jabatan di bawah KKMM sendiri. Diharapkan segala usaha yang telah dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu KKMM melaksanakan perakaunan akruan dengan jayanya menjelang tahun 2015.

    Bangunan Stesen Pemancar telah rosak diberikan nilai RM585,000 oleh JPPH

    Program Bahagian

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20142626

    Pusat Sumber telah mengadakan beberapa aktiviti sepanjang Januari hingga Mac bertujuan menggalakkan budaya membaca sebagai gaya hidup dalam masyarakat umumnya dan khususnya di kalangan warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

    PROGRAM TARIKH TEMPAT RINGKASANAKTIVITI

    Lawatan Sambil Belajar 11 Februari 2014

    Pusat Sumber KKMM & Pusat Sumber

    Fotografi Jabatan Penerangan

    Taklimat ringkas mengenai fungsi bahagian serta perkhidmatan disediakan Pusat Sumber. Pelawat turut membuat rujukan terhadap bahan - bahan berkaitan sejarah dan kenegaraan bersempena kerja kursus mereka.

    Latihan Industri Kerjasama Dengan

    UiTM

    04 Februari hingga 31 Mac 2014

    Pusat Sumber KKMM

    Memberi latihan dan pendedahan secara praktikal tugas dan tanggungjawab seorang Pustakawan sebenar. Latihan melibatkan tugas-tugas teknikal selain memberi pengalaman kepada pelajar melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kementerian selain tugas hakiki sebagai seorang Pustakawan.

    Bengkel Sumber Elektronik 17 Februari 2014 Pusat Sumber KKMM

    Memberi pengetahuan dan kefahaman yang jelas mengenai sumber elektronik seperti e-buku, e-majalah, e-jurnal/surat khabar kepada kakitangan Pusat Sumber KKMM dan beberapa orang kakitangan terpilih di bawah KKMM.

    BULETIN KKMM • Jan - Mac 20142626

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 27

    PROGRAM TARIKH TEMPAT RINGKASANAKTIVITI

    Lawatan Sambil Belajar 11 Februari 2014

    Pusat Sumber KKMM & Pusat Sumber

    Fotografi Jabatan Penerangan

    Taklimat ringkas mengenai fungsi bahagian serta perkhidmatan disediakan Pusat Sumber. Pelawat turut membuat rujukan terhadap bahan - bahan berkaitan sejarah dan kenegaraan bersempena kerja kursus mereka.

    Latihan Industri Kerjasama Dengan

    UiTM

    04 Februari hingga 31 Mac 2014

    Pusat Sumber KKMM

    Memberi latihan dan pendedahan secara praktikal tugas dan tanggungjawab seorang Pustakawan sebenar. Latihan melibatkan tugas-tugas teknikal selain memberi pengalaman kepada pelajar melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kementerian selain tugas hakiki sebagai seorang Pustakawan.

    Bengkel Sumber Elektronik 17 Februari 2014 Pusat Sumber KKMM

    Memberi pengetahuan dan kefahaman yang jelas mengenai sumber elektronik seperti e-buku, e-majalah, e-jurnal/surat khabar kepada kakitangan Pusat Sumber KKMM dan beberapa orang kakitangan terpilih di bawah KKMM.

    Konsert Muzika Extravaganza Malaysia-Singapura yang diadakan secara tahunan memasuki tahun ke-8 tahun ini yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri pada 7 Februari lalu melambangkan hubungan yang harmoni antara kedua-dua negara.

    Kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Penerangan Dan Komunikasi Singapura, TYT Dr.Yaacob Ibrahim memeriahkan lagi konsert ini.

    Kerjasama RTM (Malaysia) dan Mediacorp (Singapura), menyaksikan gabungan kreativiti dua (2) penerbit Serena Mohd Salleh (RTM) dan Zulina Karim (Mediacorp).

    Tema Muzika Ekstravaganza tahun ini “Power Of Dreams” (Kuasa Impian) nyata sejajar dengan perkembangan rangkaian media sosial seperti Youtube, Twitter dan Facebook yang kini menjadi pasaran komoditi seni Malaysia dan Singapura.

    Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 27

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20142828

    Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah melancarkan Malaysia eBiz, sebuah buletin berita ekonomi mingguan dalam talian yang berformatkan surat khabar pada 10 Januari 2014 di Wisma BERNAMA.

    Majlis telah dilancarkan oleh Pengerusi BERNAMA, Datuk Abdul Rahman Sulaiman. Turut hadir Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh, Pengurus Kanan Bahagian Portal dan Pemasaran Foto Maznah Khalil dan pegawai-pegawai kanan BERNAMA.

    Seramai 30 Ketua Unit Komunikasi Korporat (KUKK) dan Pegawai Kanan Unit Komunikasi Korporat (UKK) dari pelbagai kementerian menghadiri sesi taklimat bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM),

    YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman yang diadakan pada 18 Februari 2014 di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Presint 2, Putrajaya.

    Sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil Bahagian Penguatkuasa, KPDNKK bertujuan memberi penjelasan isu semasa mengenai kos sara hidup dan kawalan harga barang.

    Dato’ Haji Ibrahim menyatakan, pertemuan seperti ini dapat mengutuhkan dan menguatkan lagi rangkaian setiap kementerian dengan KKMM. Di samping itu, program ini dapat meluaskan perkongsian maklumat antara kementerian agar ia selaras dan tidak bercanggah di antara satu sama lain.

    Pegawai Perhubungan Awam juga perlu peka dengan isu-isu semasa dan menjadi sebagai ‘Focal Point’ kepada Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.

    Malaysia eBiz, yang memberi rangkuman berita ekonomi, perniagaan dan sektor korporat terpilih yang berlaku sepanjang minggu, akan membantu memenuhi permintaan orang ramai yang semakin meningkat terhadap berita ekonomi dalam talian.

    Pengerusi BERNAMA, Datuk Abdul Rahman Sulaiman menyatakan pelancaran buletin bisnes mingguan ini yang diterbitkan pada 7.30 petang setiap Jumaat adalah selari dengan kehendak pembaca yang lebih gemar membaca sumber berita dari Internet berbanding media cetak. Bagi Pengurus Besar BERNAMA pula, Datuk Yong Soo Heong, Malaysia eBiz menyediakan kompilasi perkembangan perniagaan utama dalam format mudah baca sebagai sebahagian daripada langkah transformasi agensi berita ini dan satu usaha mengembangkan sumber kewangan perkhidmatannya.

    Malaysia eBiz juga boleh diakses melalui telefon pintar dan tablet bagi menampung keperluan semasa bagi membolehkan orang ramai mendapatkan akses maklumat di mana sahaja mereka berada.

    BERNAMA Lancar Buletin Bisnes Mingguan,

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 29

    Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Abdul Rahim Mohamad Radzi telah melancarkan Majlis Kembara Bumi Suci di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2014. Turut hadir bersama di majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pengarah Penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Norhyati Mohd. Ismail.

    Ekspedisi yang dianjurkan Israq Adventure Sdn. Bhd ini disertai seramai 12 peserta termasuk Datuk Akhiruddin Atan dan wartawan-blogger Rocky’s Bru, merentasi beberapa negara seperti Thailand, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Kazakhstan, Rusia, Georgia, Turki, Kuwait dan Arab Saudi. Keseluruhan perjalanan ekspedisi tersebut akan melibatkan jarak sejauh 17,630 kilometer bersamaan 64 hari. Kesemua peserta mengakhiri ekspedisi tersebut dengan menunaikan ibadah umrah di Mekah dan Madinah.

    Azman Baharuddin selaku Ketua Ekspedisi menyatakan bahawa ekspedisi kali ini berskala kecil yang hanya menggunakan lapan (8) motosikal berkuasa tinggi dan sebuah van sokongan berbanding ekspedisi sebelum ini.

    Bermula 7 Mac 2014, Band D’JASA telah mengadakan persembahan di Pasar Seni bertujuan untuk menarik minat rakyat khususnya golongan muda menghayati seni dan pada masa yang sama menyemai semangat patriotik di kalangan rakyat melalui persembahan yang diselang-selikan dengan lagu-lagu berunsurkan patriotik. Ia juga bertujuan untuk menarik minat pelancong mengenali budaya dan nilai murni rakyat Malaysia melalui persembahan yang disampaikan bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia pada tahun ini.

    Band D’ JASA secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2011. Pelancaran Band D’JASA telah disempurnakan oleh Tan Sri Rais Yatim yang ketika itu Menteri Penerangan, K o m u n i k a s i dan Kebudayaan (KPKK). Band D’JASA terdiri daripada lima (5) orang pemuzik, seorang pengurus dan dua (2) orang penyanyi. Sepanjang penglibatannya Band

    Kembara Bumi Suci 2014 menyaksikan semua peserta berdepan dengan bentuk muka bumi yang mencabar termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu. Beliau berharap agar ekspedisi ini menjadi pedoman dan iktibar buat semua peserta dalam usaha mendekatkan diri dengan Allah SWT.

    Rakyat Malaysia boleh mengikuti perkembangan ekspedisi tersebut menerusi laman web www.isra adventure.com.

    D’JASA telah menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh JASA sendiri dan juga agensi luar. Antara program-program tersebut ialah Khidmat Masyarakat, Penyampaian BR1M, Program Majlis Rumah

    Terbuka Peringkat Kebangsaan, program berbentuk keislaman dan pameran yang dilaksanakan di seluruh Malaysia.

    Selain itu juga Band D’JASA turut terlibat dalam persembahan santai seperti ‘buskers’. Program lain yang juga diselitkan ialah kuiz kenegaraan bertemakan “Love

    Malaysia” yang menarik minat rakyat tempatan dan pelancong

    untuk menyertainya. Persembahan Band D’JASA di Pasar Seni diadakan pada setiap hari Jumaat dan akan berterusan sepanjang Tahun 2014 bermula pada jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.

  • BULETIN KKMM • Jan - Mac 20143030

    Tragedi pesawat MAS MH370 yang melanda negara pada detik 8 Mac 2014 lalu telah memberi satu kejutan dan impak yang besar kepada negara Malaysia. Dalam usaha mencari MH370, kerajaan terpaksa berdepan dengan tekanan yang amat besar daripada pelbagai pihak sama ada dalam mahupun luar negara. Informasi-informasi negatif dan palsu yang disebarkan melalui pihak yang tidak bertanggungjawab telah merumitkan lagi keadaan.

    Finland, Canada, Singapura, Korea, Jepun dan lain-lain bagi melahirkan rasa simpati, doa dan harapan mereka ke atas penumpang dan kru MH370 melalui tulisan dan tandatangan di atas kain rentang dan origami yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

    Sebanyak 2,000 keping pelekat kereta bertemakan #Pray4MH370 Never Forget We Care diedarkan kepada orang ramai yang hadir. Dengan komitmen yang tinggi, program ini dilihat telah berjalan lancar dengan kehadiran Pengarah JASA WPKL, Encik Mawardi bin Kaab dan penglibatan semua pegawai operasi JASA.

    Program ini juga turut mendapat liputan media seluruh negara. Selain itu, program ini juga menjadi medium penyampai mesej kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia agar bersatu-padu dan berganding bahu dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan yang kini giat berusaha untuk menangani tragedi yang tidak diingini ini.

    Bertepatan dengan itu, bertempat di KL Sentral Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) cawangan WP Kuala Lumpur telah mengadakan program Edaran Pelekat Kereta #PRAY4MH370: NEVER FORGET, WE CARE pada 27 Mac 2014 sebagai satu usaha memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha meneruskan pencarian serta sebagai salah satu cara mendidik rakyat agar tidak terpengaruh dengan pelbagai spekulasi dan cerita negatif yang banyak disebarkan di laman-laman sosial, media-media dalam talian (online) termasuklah media dari luar.

    JASA berharap agar rakyat terus berdoa serta tidak mudah terpengaruh dengan agenda pihak-pihak tertentu yang dilihat cuba mengeksploitasi usaha kerajaan sejak kehilangan pesawat MH370 tersebut. Program yang telah dilaksanakan selama satu jam ini telah berjaya menarik perhatian lebih 500 orang yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing seperti China, Holland, Indonesia,

    BULETIN KKMM • Jan - Mac 20143030

  • Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 31

    Peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing sejak 8 Mac lepas, menguji kemampuan Malaysia dalam menguruskan media tempatan dan antarabangsa yang hadir membuat liputan peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia.

    Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman menyatakan bahawa meskipun insiden itu menyatupadukan banyak agensi, namun beliau mengakui aspek prosedur operasi standard (SOP) di setiap agensi, termasuk Jabatan Penerangan, perlu diteliti semula agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa hadapan seiring cabaran yang dihadapi.

    Jabatan Penerangan (JaPen) mengendalikan pusat media setelah menerima arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengkoordinasi penyampaian maklumat dan membantu media melaksanakan liputan serta mendapatkan maklumat yang betul.

    Jan - Mac 2014 • BULETIN KKMM 31