Post on 26-Dec-2015
description
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTURSTANDARD KANDUNGAN:1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
STANDARD PEMBELAJARAN:1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal dan tidak formal secra bertatasusila.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menceritakan semula mengenai sesuatu perkara berdasarkan petikan dialog yang telah dibaca dengan menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
2. Bertutur dan berbual berdasarkan situasi yang diberikan dengan menggunakan ayat yang betul secara bertatasusila.
1. Apakah makanan yang terdapat di dalam bekas ini?
2. Pernahkah kamu makan kacang tanah?
3. Apakah produk lain yang berasaskan kacang tanah yang kamu ketahui?
Selamat mencuba!
Baca petikan dialog yang bertajuk ‘Kacang Tanah Pelbagai
Rasa’ dengan menggunakan nada, sebutan dan intonasi yang
betul.
Ihsan: Hai, Daniel! Apa khabar? Kamu datang ke pasar tani ini dengan siapa?
Daniel: Eh, Ihsan! Khabar baik. Saya datang seorang sahaja.
Ihsan: Saya ada membeli kacang rebus. Mari kita makan bersama-sama.
Daniel: Terima kasih Ihsan atas jemputan kamu. Sedap kacang rebus ini. Boleh kamu terangkan tentang kacang ini dan khasiatnya?
Ihsan: Kacang tanah atau Arachis hypogea, dimakan segar dengan cara direbus atau dikukus.
Daniel: Di manakah kacang ini tumbuh?
Ihsan: Kacang ini tumbuh di tanah gembur dan berpasir.
Daniel: Ihsan, apakah khasiat yang terkandung dalam kacang tanah ini?
Ihsan: Kacang tanah ini kaya dengan kandungan lemak dan protein. Selain itu, kacang tanah mengandungi zat besi, vitamin A, B, E,K dan kalsium yang dapat membantu kita membina daya ketahanan tubuh serta mencegah beberapa jenis penyakit.
Tajuk: Kacang Tanah Pelbagai Rasa
Murid-murid, cuba lakonkan
semula dialog di antara Ihsan dan
Daniel seperti yang telah kamu
baca dalam petikan dialog yang
bertajuk “Kacang Tanah Pelbagai
Rasa’ itu tadi.
Anda dikehendaki untuk membaca arahan di dalam sampul surat tugas yang telah anda pilih tadi dengan teliti.
Lakukan latihan secara berkumpulan dan kemudian persembahkan tugasan kumpulan anda di hadapan kelas.
Andaikan anda merupakan seorang penjual kacang tanah di sebuah pasar tani.
Anda sedang cuba untuk menjual kacang tanah tersebut kepada para pelanggan yang lalu di sekitar kawasan tersebut.
Buat lakonan dan simulasi bagi situasi tersebut mengikut kreativiti anda.
Selamat mencuba!
1. Ketua bagi setiap kumpulan dikehendaki untuk tampil ke hadapan dan mengambil sekeping kad yang mengandungi mesej yang perlu disampaikan kepada ahli kumpulan masing-masing.
2. Setiap kumpulan dikehendaki duduk pada kedudukan memanjang/ menegak.
3. Orang yang pertama akan menyampaikan mesej kepada orang kedua. Orang kedua akan menyampaikan mesej kepada orang yang ketiga dan begitulah seterusnya.
4. Mesej mestilah sudah disampaikan kepada orang yang seterusnya apabila guru membunyikan wisel.
5. Orang yang terakhir dalam setiap kumpulan akan tampil ke hadapan dan menyebut semula mesej yang telah diterima.
Kacang tanah atau ___________, dimakan segar dengan
cara _________ atau __________. Kacang ini tumbuh di
tanah ________ dan _________.
Kacang tanah mengandungi banyak khasiat.
Pertama, kacang tanah kaya dengan kandungan
_______ dan _______. Selain itu, kacang tanah
mengandungi _________, __________ dan _________yang
dapat membantu kita membina daya __________tubuh
serta _________ beberapa jenis penyakit.
Arahan: Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul.
Kacang tanah atau Arachis hypogea, dimakan segar
dengan cara direbus atau dikukus. Kacang ini
tumbuh di tanah gembur dan berpasir .
Kacang tanah mengandungi banyak khasiat.
Pertama, kacang tanah kaya dengan kandungan lemak
dan protein . Selain itu, kacang tanah mengandungi
zat besi, vitamin A,B,E,K dan kalsium yang dapat
membantu kita membina daya ketahanan tubuh serta
mencegah beberapa jenis penyakit.
Jawapan Latihan Pengukuhan
Arahan: Salin semula ayat di bawah dengan kemas.
1. Kacang tanah mempunyai banyak khasiat.
______________________________________________________________
2. Kacang tanah dimakan segar dengan cara direbus atau dikukus.
_________________________________________________
3. Kacang tanah tumbuh di tanah gembur dan berpasir.
_________________________________________________
4. Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak dan protein.
_________________________________________________
1. Kacang tanah – ladang – dicuci - membuang kotoran ____________________________________________________________________________________________________
2. Kacang tanah – direbus – dikukus
____________________________________________________________________________________________________
3. Kacang tanah - kaya- kandungan lemak – protein
____________________________________________________________________________________________________
Arahan: Bina ayat berdasarkan rangkai kata yang diberikan di bawah.