Post on 31-Dec-2015
description
Pembentangan Kajian Kes
“Government of Malaysia vs Jumat Bin MahmudFederal Court Civil Appeal (1977)”
PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENGURUSAN KESELAMATAN INDUSTRI SESI 2008/2009
Kursus Undang Undang Industri dan Alam Sekitar
Kumpulan 4
24 Mei 2009
Prof. Dr Kamal Halili bin Hassan
Pengenalan Kumpulan
Abdul Rahman bin Hussein
GP 00001
Arunan a/l Karuppan
GP 00005
M Khalil bin Ishak
GP 00021
Pramjit Singh a/l Banga Singh
GP00087
Isi Kandungan
Pengenalan Ringkasan Fakta Kes Perbincangan Kes Kesimpulan Kajian
Pihak Yang Terlibat
Kes Rayuan Oleh Kerajaan Malaysia
• Mahkamah : Persekutuan
• Plaintif : Kerajaan Malaysia (Kementerian Pelajaran)
• Responden : Jumat Bin Mahmud
• Hakim : Raja Azlan Shah, Suffian, Wan Suleiman
• Tahun : 14 April 977
Seorang pelajar, telah mencucuk sebatang pin di peha rakan sekelasnya Azmi Bin Manan (11thn) .
Ketika memusing (akibat terkejut), mata kanan Azmi telah tercucuk dengan sebatang pensil tajam yang ada pada tangan rakan-nya.
Akibatnya, mata kanan Azmi Bin Manan telah cedera dan terpaksa dibedah keluar.
Beliau (responden) dan bapanya telah mengambil kausa tindakan mahkamah untuk menuntut ganti rugi di bawah Tort Kecuaian.
Penghakiman Mahkamah Tinggi telah memihak kepada responden berdasarkan hujah bahawa kecederaan itu adalah diakibatkan oleh kecuaian (negligence) dari pihak guru sekolah yang tidak mengambil langkah berjaga jaga (duty of care).
Kerajaan Malaysia telah merayu (appeal) ke Mahkamah Persekutuan.
Ringkasan Fakta Kes
Perbincangan Kes:
1. Untuk menentukan perayu telah melakukan pemecahan tugas /ukuran kewaspadaan yang dilihat ujian’ orang yang munasabah (the reasonable man), hakim perlu menimbangkan sama ada :-i) - Risiko kecederaan yang ditanggung oleh si plaintif dapat diramalkanii) - Jika jawapannya adalah positif, sama ada pihak perayu telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi si responden dari risiko tersebut.
2. Di dalam kes ini, bukti2 yang dibentangkan tidak memenuhi kelayakan bahawa kecederaan yang di alami si plaintif – responden adalah merupakan jenis kecederaan yang diboleh ramalkan akibat dari kelalaian guru sekolah tersebut.
Keputusan Mahkamah PersekutuanRaja Azlan Shah memutuskan
3. Ia tidak boleh dikatakan guru sekolah tersebut telah mendedahkan plaintif-responden kepada satu kelas kecederaan yang boleh diramalkan secara munasabah.
4. Kesimpulan tidak boleh dibuat bahawa dengan merujuk pada bukti bukti bahawa jika penjagaan yang lebih teliti kepada kelas tersebut, ini akan mengelakkan si plaintif daripada mengalami kecederaan tersebut.
5. Akhirnya, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Defendant (perayu) tidak perlu bayar gantirugi kerana kecederaan yang tidak dapat diramalkan.
Perbincangan Kes:
Tiga (3) Prinsip telah diguna pakai:
Prinsip Pertama1) Ujian KEWASPADAAN
Ujian orang yang munasabah (the reasonable man”) dalam Blyth v Birmingham Waterworks Co (1856)11Ex 781.
Ujian ini adalah satu ukuran yang dikenakan oleh undang-undang berdasarkan persoalan fakta amnya.
Defendant mestilah mempunyai satu keseimbangan dan beban terhadap apa yang patut dan tidak patut dilakukan olehnya.
Sebagai orang yang munasabah defendant dinilai sama ada dalam keadaan yang didudukinya, beliau telah bertindak secara patut atau tidak. Jika ia berbuat sesuatu yang patut (yakni sesuatu orang yang munasabah yang lain akan buat), ia tidak akan dikenakan sebarang tanggungan dan sebaliknya.
Perbincangan Kes
2) Ujian PENYEBAB (causation)
Yang perlu dibuktikan adalah ujian ‘jika tidak’.
Menurut ujian ini jika sesuatu akibat tidak mungkin terjadi jika tidak disebabkan oleh sesuatu peristiwa tertentu maka peristiwa itu adalah penyebab.
Adakah guru telah mengambil langkah waspada yang mencukupi,” jika tidak maka guru tersebut adalah bertanggungan.
Perbincangan Kes
Prinsip Kedua
3) UJIAN KETERPENCILAN KEROSAKAN (Remoteness of Damage)
Perbincangan Kes
i) Ujian akibat langsung (direct consequence test). Re Polemis (1921)3 KB 560.
ii) Ujian pralihat munasabah (reasonable foreseeability test)
The Wagon Mound ; jika kerosakan berlaku berpunca dari kebakaran untuk meletakan liability ke atas si defendan, beliau mesti boleh meramal bahawa kerosakan berpunca dari kebakaran.
Dalam kes ini pensil bukanlah satu alat yang merbahaya dan semua murid mengunakannya.
Kerosakan kepada mata tidak boleh diramalkan.
Prinsip Ketiga
Kumpulan 4 bersetuju dengan keputusan hakim berdasarkan prinsip/ujian digunakan
Pemahaman Undang Tort & Prinsip adalah penting dalam pengurusan keselamatan
Prinsip Wagon Mound memberi panduan untuk penilaian risiko yang sempurna (dimana persoalan dalam kes ini adalah berkaitan dengan ujian pralihat munasabah)
Kewajipan Berjaga-Jaga –(Duty Of Care)
Kesimpulan Kajian
TERIMA KASIH