Pembentangan Kajian Kes

12
Pembentangan Kajian Kes “Government of Malaysia vs Jumat Bin Mahmud Federal Court Civil Appeal (1977)” PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENGURUSAN KESELAMATAN INDUSTRI SESI 2008/2009 Kursus Undang Undang Industri dan Alam Sekitar Kumpulan 4 24 Mei 2009 Prof. Dr Kamal Halili bin Hassan

description

PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENGURUSAN KESELAMATAN INDUSTRI SESI 2008/2009. Pembentangan Kajian Kes. “Government of Malaysia vs Jumat Bin Mahmud Federal Court Civil Appeal (1977)”. Kumpulan 4 24 Mei 2009 Prof. Dr Kamal Halili bin Hassan. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Pembentangan Kajian Kes

Page 1: Pembentangan Kajian Kes

Pembentangan Kajian Kes

“Government of Malaysia vs Jumat Bin MahmudFederal Court Civil Appeal (1977)”

PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENGURUSAN KESELAMATAN INDUSTRI SESI 2008/2009

Kursus Undang Undang Industri dan Alam Sekitar

Kumpulan 4

24 Mei 2009

Prof. Dr Kamal Halili bin Hassan

Page 2: Pembentangan Kajian Kes

Pengenalan Kumpulan

Abdul Rahman bin Hussein

GP 00001

Arunan a/l Karuppan

GP 00005

M Khalil bin Ishak

GP 00021

Pramjit Singh a/l Banga Singh

GP00087

Page 3: Pembentangan Kajian Kes

Isi Kandungan

Pengenalan Ringkasan Fakta Kes Perbincangan Kes Kesimpulan Kajian

Page 4: Pembentangan Kajian Kes

Pihak Yang Terlibat

Kes Rayuan Oleh Kerajaan Malaysia

• Mahkamah : Persekutuan

• Plaintif : Kerajaan Malaysia (Kementerian Pelajaran)

• Responden : Jumat Bin Mahmud

• Hakim : Raja Azlan Shah, Suffian, Wan Suleiman

• Tahun : 14 April 977

Page 5: Pembentangan Kajian Kes

Seorang pelajar, telah mencucuk sebatang pin di peha rakan sekelasnya Azmi Bin Manan (11thn) .

Ketika memusing (akibat terkejut), mata kanan Azmi telah tercucuk dengan sebatang pensil tajam yang ada pada tangan rakan-nya.

Akibatnya, mata kanan Azmi Bin Manan telah cedera dan terpaksa dibedah keluar.

Beliau (responden) dan bapanya telah mengambil kausa tindakan mahkamah untuk menuntut ganti rugi di bawah Tort Kecuaian.

Penghakiman Mahkamah Tinggi telah memihak kepada responden berdasarkan hujah bahawa kecederaan itu adalah diakibatkan oleh kecuaian (negligence) dari pihak guru sekolah yang tidak mengambil langkah berjaga jaga (duty of care).

Kerajaan Malaysia telah merayu (appeal) ke Mahkamah Persekutuan.

Ringkasan Fakta Kes

Page 6: Pembentangan Kajian Kes

Perbincangan Kes:

1. Untuk menentukan perayu telah melakukan pemecahan tugas /ukuran kewaspadaan yang dilihat ujian’ orang yang munasabah (the reasonable man), hakim perlu menimbangkan sama ada :-i) - Risiko kecederaan yang ditanggung oleh si plaintif dapat diramalkanii) - Jika jawapannya adalah positif, sama ada pihak perayu telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi si responden dari risiko tersebut.

2. Di dalam kes ini, bukti2 yang dibentangkan tidak memenuhi kelayakan bahawa kecederaan yang di alami si plaintif – responden adalah merupakan jenis kecederaan yang diboleh ramalkan akibat dari kelalaian guru sekolah tersebut.

Keputusan Mahkamah PersekutuanRaja Azlan Shah memutuskan

Page 7: Pembentangan Kajian Kes

3. Ia tidak boleh dikatakan guru sekolah tersebut telah mendedahkan plaintif-responden kepada satu kelas kecederaan yang boleh diramalkan secara munasabah.

4. Kesimpulan tidak boleh dibuat bahawa dengan merujuk pada bukti bukti bahawa jika penjagaan yang lebih teliti kepada kelas tersebut, ini akan mengelakkan si plaintif daripada mengalami kecederaan tersebut.

5. Akhirnya, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Defendant (perayu) tidak perlu bayar gantirugi kerana kecederaan yang tidak dapat diramalkan.

Perbincangan Kes:

Page 8: Pembentangan Kajian Kes

Tiga (3) Prinsip telah diguna pakai:

Prinsip Pertama1) Ujian KEWASPADAAN

Ujian orang yang munasabah (the reasonable man”) dalam Blyth v Birmingham Waterworks Co (1856)11Ex 781.

Ujian ini adalah satu ukuran yang dikenakan oleh undang-undang berdasarkan persoalan fakta amnya.

Defendant mestilah mempunyai satu keseimbangan dan beban terhadap apa yang patut dan tidak patut dilakukan olehnya.

Sebagai orang yang munasabah defendant dinilai sama ada dalam keadaan yang didudukinya, beliau telah bertindak secara patut atau tidak. Jika ia berbuat sesuatu yang patut (yakni sesuatu orang yang munasabah yang lain akan buat), ia tidak akan dikenakan sebarang tanggungan dan sebaliknya.

Perbincangan Kes

Page 9: Pembentangan Kajian Kes

2) Ujian PENYEBAB (causation)

Yang perlu dibuktikan adalah ujian ‘jika tidak’.

Menurut ujian ini jika sesuatu akibat tidak mungkin terjadi jika tidak disebabkan oleh sesuatu peristiwa tertentu maka peristiwa itu adalah penyebab.

Adakah guru telah mengambil langkah waspada yang mencukupi,” jika tidak maka guru tersebut adalah bertanggungan.

Perbincangan Kes

Prinsip Kedua

Page 10: Pembentangan Kajian Kes

3) UJIAN KETERPENCILAN KEROSAKAN (Remoteness of Damage)

Perbincangan Kes

i) Ujian akibat langsung (direct consequence test). Re Polemis (1921)3 KB 560.

ii) Ujian pralihat munasabah (reasonable foreseeability test)

The Wagon Mound ; jika kerosakan berlaku berpunca dari kebakaran untuk meletakan liability ke atas si defendan, beliau mesti boleh meramal bahawa kerosakan berpunca dari kebakaran.

Dalam kes ini pensil bukanlah satu alat yang merbahaya dan semua murid mengunakannya.

Kerosakan kepada mata tidak boleh diramalkan.

Prinsip Ketiga

Page 11: Pembentangan Kajian Kes

Kumpulan 4 bersetuju dengan keputusan hakim berdasarkan prinsip/ujian digunakan

Pemahaman Undang Tort & Prinsip adalah penting dalam pengurusan keselamatan

Prinsip Wagon Mound memberi panduan untuk penilaian risiko yang sempurna (dimana persoalan dalam kes ini adalah berkaitan dengan ujian pralihat munasabah)

Kewajipan Berjaga-Jaga –(Duty Of Care)

Kesimpulan Kajian

Page 12: Pembentangan Kajian Kes

TERIMA KASIH