PRSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN
SENI
( PERSEMBAHAN BONEKA JARI )
Tarikh : 29 Oktober 2011
Hari; : Isnin
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas : Tahun 5
Bil. Pelajar : 25 orang
Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi
Tempo Masa : 1 jam
Tajuk : Dewi Bunga
Bidang : Membentuk dan membuat boneka
Hasil Pembelajaran : Menggunakan asas seni reka dalammembentuk dan membuat boneka jari.
Aras : 1 ( i) Menghasilkan bonekamenggunakan pelbagai
alat,bahan dan teknik yang inovatif dengan memberi penekanankepada prinsip imbangan.
( ii ) Murid mengetahui kewujudanbinaan yang berfungsi dipersekitaran.
Objektif Hasil Pembelajaran
Di akhir pengajaran murid dapat:-
1. Menguasai kemahiran membina bonekadengan menggunakan anggota badaniaitu jari sebagai asas penghasilanboneka.
2. Murid dapat menonjolkan kreativitimenghasilkan watak-watak di dalammenghasilkan boneka.
3. Murid dapat menggayakan watak denganmenggunakan jari dengan bantuan alatyang dihasilkan mengikut kreativitimasing-masing.
Pengetahuan Sedia Ada Murid
1. Murid mempunyai asas menghasilkan
corak pakaian dengan menggunakan
kertas.
2. Murid mempunyai kemahiran mewarna
yang baik.
3. Murid mengetahui elemen-elemen unsur
seni seperti jalinan rupa, bentuk, ruang
dan warna.
4. Murid mengenal prinsip rekaan seperti
harmoni, irama dan pergerakan.
Penggabungjalinan Kemahiran
1. Mengenal contoh-contoh watak di dalamcerita yang terdapat dalam cerita dongengkanak-kanak.
2. Mengenal elemen-elemen unsur seni.
3. Menggunakan elemen-elemen PrinsipRekaan.
KBKK
1. Menjana idea.
2. Membuat gambaran mental.
3. Menilai.
Nilai Murni
1. Menghargai diri.
2. Menghargai warisan seni.
3. Bekerjasama dalam menghasilkan boneka.
4. Ketekunan dalam pengkaryaan.
5. Yakin diri dalam membawa watak boneka.
Alat Bahan Dan Sumber
1. Manilakad
2. Kertas Putih
3. Gunting
4. Gam Kertas
5. Warna Pensel
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran.
1. Murid melakonkan watak Dewi Bunga denganmenggunakan boneka Jari.
2. Murid melakonkan watak Dewi Bunga Matahari, DewiBunga Mawar, Dewi Bunga Anggerik, Dewi BungaAmanda dan Monyet.
3. Lakonan di iringi dengan muzik latar.
4. Lakonan di iringi dengan nyanyian dan lakonan.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Boneka Jari ( 4 jenis bunga )
2. Kotak Pentas Persembahan
3. CD muzik dan latar belakang persembahan
4. Skrip Cerita Dewi Bunga.
SET INDUKSI
Langkah / Masa Aktiviti Catatan
Set Induksi
( 10 minit )
1. Guru bercerita kepada murid
tentang kisah Dewi Bunga
berpandukan kepada skrip
cerita yang disediakan oleh
guru sendiri.
2. Kaedah bercerita yang di
lakukan oleh guru di bantu
dengan ABM .
3. Murid sebagai pemerhati.
ABM
1. Boneka Bunga
2. Kotak Pentas
Persembahan.
3. Muzik Latar.
4. Skrip Cerita.
Nilai
1. Cetusan Idea.
2. Minat
3. Kesungguhan
4. Kerjasama.
LANGKAH 1Langkah/Masa Aktiviti Catatan
Langkah 1
( 5 minit )
1. Guru minta murid menghasilkan
Boneka Dewi Bunga mengikut
kreativiti masing-masing.
2. Aktiviti penghasilan Boneka
Dewi Bunga dilakukan oleh
murid mengikut kumpulan kecil
yang terdiri 5 orang bagi setiap
kumpulan kecil.
3. Murid diagihkan oleh guru
kepada 5 kumpulan kecil yang
terdiri daripada 5 orang bagi
setiap kumpulan
4. Segala peralatan untuk
menghasilkan Boneka akan di
sediakan oleh guru untuk setiap
kumpulan.
ABM
1. Alat untuk
menghasilkan
boneka
1.1 Gunting
1.2 Manila kad
1.3 Kotak kosong
1.4 Kertas warna
Nilai Murni
1. Kerjasama
2. Bertolak
ansur
3. Perihatin
4. Yakin
5. Kreativiti
6. Kesungguhan
LANGKAH 2Langkah/Masa Aktiviti Catatan
Langkah 2
( 30 minit )
1. Murid menghasilkan beberapa
jenis boneka bunga dan kotak
pentas persembahan mengikut
krativiti kumpulan masing-
masing
2. Guru sebagai pembimbing dan
memberi tunjuk ajar kepada
murid tentang langkah dan teknik
menghasilkan boneka dan kotak
pentas persembahan boneka.
3. Guru memberi skrip cerita
kepada setiap kumpulan untuk
latihan boneka.
4. Murid setiap kumpulan membuat
latihan sebelum sesi
persembahan dijalankan.
ABM
1. Boneka Dewi
Bunga yang
dihasilkan
oleh murid.
2. Kotak
persembahan
boneka.
3. Skrip cerita
LANGKAH 3
Langkah/Masa Aktiviti Catatan
Langkah 3
( 10 minit )
1. Guru mengarahkan setiap kumpulan
murid berkumpul di dalam kumpulan
dan bersedia menerima arahan
untuk melakukan persembahan
kumpulan.
2. Setiap kumpulan murid melakukan
persembahan boneka masing-
masing mengikut giliran kumpulan.
3. Guru sebagai fasilatator.
ABM
1. Boneka Jari
2. Muzik Latar
3. Skrip Cerita
Nilai Murni
1. Yakin
2. Patuh
Arahan
3. Kerjasama
Penutup
Langkah /Masa Aktiviti Catatan
Penutup
( 5 minit )
1. Guru memberi rumusan bagi
persembahan setiap kumpulan.
2. Guru memberikan ganjaran dan
ucapan tahniah di atas kerjasama
dan kreativiti semua kumpulan.
Nilai Murni
1. Perihatin
2. Menghormati
3. Bersyukur
LAMPIRAN BERGAMBAR
Aktiviti Menghasilkan Skrip
Cerita
Kreativiti Murid Menghasilkan Baju
Boneka
Boneka Bunga
Persembahan Boneka Murid
Boneka Sebagai Watak Cerita Dewi
Bunga
Watak Dewi Bunga Dan
Dayang
Latihan Persembahan Murid
Boneka Jari
Hasil kreativiti Murid
Persembahan Boneka Oleh
Murid
Lakaran Pentas
Persembahan
Persembahan Boneka Murid
Skrip Cerita Dewi Bunga
Dewi Bunga : Ku menangis….tiada berair
mata. Hendak ku
senyum….tiada siapa
nak teman….Kalaulah
nasib sudah tersurat…Begini
hebat….Apa nak buat.
Dayang : Ampun Tuan
Puteri…Mengapakah tuan
puteri muram durjana?. Apakah
yang merunsingkan Tuan Puteri?.
Dewi Bunga : Dayang,…beta merasakan
hidup beta rasa
kesunyian…asyik-asyik
bermain di taman Diraja.
Adakah tempat lain yang boleh
mengubati kesunyian beta
wahai Dayang?.
Dayang : Ampun tuan puteri…Ada pun
tempat yang menarik yang ada
hanya di luar Istana sahaja. Tapi
patik rasa kalau tuan puteri
berada di luar Istana, patik
rasa tuan puteri
tidak akan rasa
kesunyian.
Dewi Bunga : Betulkah
Dayang?...Kalau begitu,
biarlah beta tukar
pakaian dulu supaya rakyat
tidak mengenali beta.
Dayang : Baiklah Tuanku…Tuanku
puteri memang bijak.
Tapi jangan lupa
tuanku, bawa duit
sedikit untuk berbelanja.
Dewi Bunga : A…a…a ye..dapat juga
beli air kelapa
muda..( gembira )
Suasana diluar Istana..
Dewi Bunga : Wah...indahnya pekanini..Apa nama pekanni Dayang?
Dayang : Pekan Tanjung RambutanTuanku..
Dewi Bunga : Mari Dayang….kita beli air kelapa muda..terasa
haus pulak beta.
Dayang : Mari…
Tamat
BAHAN RUJUKAN
1. Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KurikulumBersepadu Sekolah Rendah, ( 1998 ), Kuala Lumpur, Affluent Master Sdn. Bhd.
2. Kathleen Chee, ( 2010 ), Focus Goal Pendidikan SeniVisual SPM, Bangi Selangor Darul Ehsan, Pelangi Sdn.
Bhd.
3. Leela R, (1994 ), Melukis dan Membuat Gambar,Kuala Lumpur, Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4. Zulkifli Yaakob, (2009), HBEF 1403 Seni dalamPendidikan,Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan, Open Universiti Malaysia.
5. Zailani Yaacob, ( 2006 ), Teks Lengkap Pendidikan SeniVisual KBSM, Shah Alam Selangor Darul Ehsan,Oxford FajarSdn. Bhd
Top Related