8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 1/12
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 2/12
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 3/12
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 4/12
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 5/12
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 6/12
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 7/12
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟ a h .
M u k a s u r a t | 7
Imam Al-Taftazani dalam Syarh Al Maqasid (5:232) menyatakan: “Mereka tidak
mengetahui bahawa bid‟ah mazmumah ialah perkar a yang baharu yang diwujudkan
dalam agama yang tidak bersandark an kepada dalil syar‟ei. Maka, menjadi suatu
kejahilan seandainya ada pihak yang mendakwa bahawa semua perkara yang tidak
pernah dilakukan oleh para sahabat Nabi itu sebagai bid‟ah dhola lah sedangkan
tiada dalil yang menunjukkan keburukannya. Hal ini kerana terdapat pihak tertentu
yang hanya berpegang dengan sabda Nabi Muhammad yang berbunyi:
ر و ا ت ث د ح و م ي إ
Mereka tidak tahu bahawa maksud hadits tersebut ialah membuat sesuatu
perkara baharu dalam agama yang tiada sandaran daripadanya (syariat agama).
Kata-kata ini menyamai hal yang diperkatakan oleh Imam Ibnu Rajab: “Sesiapa yang
melakukan perkara yang baharu dan dikaitkan pula dengan agama, sedangkan tiada
sandaran (tuntutan agama) yang dijadikan rujukan, maka perkara itu adalah
dholalah.”
Imam Ibnu Al-Athir (1:80:1328H) menyebut di dalam kitab Al Nihayah :
“Bid‟ah itu ada dua bentuk iaitu bid‟ah huda dan bid‟ah dholalah. Perkara yang
bertentangan dengan suruhan Allah s.w.t. dan Rasulullah , maka perkara itutermasuk dalam kumpulan yang dicela dan tidak dapat diterima. Manakala perkara
yang termasuk dalam kumpulan umum (melakukan perbuatan hasil daripada
mengambil maksud perintah Allah s.w.t. dan galakkan Rasulullah secara umum)
seperti perkara-perkara yang disunatkan dan digalakkan maka perkara itu termasuk
dalam kategori bid‟ah yang terpuji.”
Bid‟ah hasanah (perkara baharu yang dilakukan yang bersandarkan kepada
tuntutan agama) pada hakikatnya merupakan Sunnah. Berdasarkan kepada takwilanini, maka hadits yang menyatakan “setiap muhdatsah itu bid‟ah” hanya merujuk
kepada perkara-perkara baharu yang bertentangan dengan usul syariah dan tidak
menepati Sunnah.
Imam Ghazali r.a. menyebut dalam kitab Ihya Ulumuddin (2:428): “Bukan
semua perkara baharu itu dilarang tetapi perkara yang ditegah itu sebenarnya ialah
perkara yang bertentangan dengan Sunnah yang tsabit (yang diterima sebagai dalil)
dan meleraikan (mengasingkan) sesuatu perkara itu daripada sandar an syara‟.”
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 8/12
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟ a h .
M u k a s u r a t | 8
Imam Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan di dalam kitab Manaqib Al- Syafi’i : Beliau
meyatakan: “Muhdatsah itu terdiri daripada dua jenis; pertama, sesuatu perkara
yang baharu yang bertentangan dengan kitab Allah s.w.t. , Sunnah, atsar dan ijma‟.
Hal in i merupakan bid‟ah dholalah. Kedua, sesuatu perkara yang baharu yang tidak
menyalahi salah satu daripada perkara tersebut, maka muhdats seperti ini tidak
mazmumah (tercela).” 5
Sebenarnya, semua perbuatan dan tindakan yang bertujuan untuk
merealisasikan matlamat atau kemaslahatan keagamaan mahupun keduniaan
seperti sambutan Maulid Al-Rasul jauh sekali untuk dikatakan perkara itu
sebagai bid‟ah dholalah walaupun perkara itu merupakan perkara baharu dalam
kehidupan umat Islam.
Setiap perbuatan dan tindakan yang tidak bertentangan dengan perintah dan
larangan Allah s.w.t. hendaklah dikelaskan sama ada perkara itu perkara yang baik
atau buruk berdasarkan daripada kesan yang bakal berlaku hasil daripada
perbuatan tersebut.
Perkara – perkara yang mendatangkan kebaikan kepada salah satu daripada
lima kemaslahatan (kemaslahatan agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta), makaperkara itu dikira sebagai Sunnah hasanah dan hal ini akan wujud perbezaan sama
ada perkara tersebut akan menjadi sunat atau wajib atas penilaian mengikut kadar
kemaslahatan dan kebaikan yang ingin dicapai. 6
Seandainya ada perkara-perkara yang menyebabkan kehancuran dan
kemudaratan kepada salah satu daripada lima kemaslahatan yang dinyatakan tadi,
maka perkara itu akan termasuk ke dalam sunnah saiyi‟ah. Hal ini juga akan wujud
perbezaan sama ada perkara tersebut akan menjadi makruh atau haramberdasarkan penilaian tahap kesan kemudaratan atas perbuatan perkara tersebut
terhadap lima kemaslahatan yang dinyatakan itu tadi.
Sekiranya ada perkara-perkara baharu yang tiada kesan baik mahupun
buruk, maka perkara tersebut termasuk dalam perkara mubah (yang diharuskan).
5
Kitab Al-Hilyah, Imam Abu Nu’aim (9:11 3).6 Al-Fadhil Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari, risalah yang mengandungi nukilan berkaitan denganpendapat- pendapat ulamak tentang pembahagian bid’ah dan persoalan -persoalan yang berkaitan dengannya.
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 9/12
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟ a h .
M u k a s u r a t | 9
MUHDATSAT YANG DILAKUKAN OLEH
PARA SAHABAT
Muhdatsat yang dilakukan antaranya ialah seperti yang diriwayatkan di dalam
kitab Sohih Bukhari dan Muslim, bahawa Sayyiduna Bilal r.a. telah melakukan
perkara baharu iaitu dua rakaat setiap kali selepas berwudhu‟. Maka Nabi
Muhammad membenarkan perkara tersebut dan memberi tabsyir (berita
gembira) kepadanya bahawa beliau adalah antara orang yang terawal masuk syurga
(kerana perbuatannya tersebut). 7
Imam Al-Bukhari meriwayatkan tentang Sayyiduna Khubaib r.a. yang
melakukan solat dua rakaat semasa orang Quraisy datang untuk membunuhnya
sebagai tanda sabar. Maka Rasulullah reda dengan perkara tersebut dan
kemudian menjadikan hal itu sebagai ikutan. 8
Imam Al- Bukhari meriwayatkan daripada Sayyidina Rifa‟ah Ibnu Rafi‟, bahawa
seorang lelaki menambah kata-kata , “ د ح ا ك و selepas menyebut ”ر
ه“ د ح ن ع Kemudian Rasulullah .”س memberikannya khabar gembira. 9
Hadits yang diriwayatkan dalam musnaf „Abd Al Razzaq dan riwayat Imam Al-
Na sa‟i daripada Sayyidina Ibnu Umar r.a. , bahawa seorang lelaki datang ketika
orang ramai sedang solat. Apabila dia memasuki sof solat, beliau berkata:
ي ص أ و ة ر ن ح س و ا ر ي ث ل د ح ا و
Kemudian Rasulullah menyampaikan berita gembira kepadanya bahawa
pintu-pintu rahmat di langit terbuka kerana perkataan tersebut. 10
Imam Turmizi meriwayatkan, bahawa Sayyidina Rifa‟ah Ibn Rafi‟ telah bersin
semasa solat, lalu beliau berkata:
7 Sohih Al-Bukhari (3:34) Kitab Al-Tahajjud, bab Kelebihan Bersuci Pada Waktu Malam Dan Siang, KelebihanSolat Pada Waktu Malam Dan Siang. Sohih Muslim (4:1910) Kitab Kelebihan Sahabat, bab Kelebihan Bilal.8
Sohih Al-Bukhari (7:379) Kitab Maghazi.9 Sohih Al-Bukhari (2:284) kitab Al-Azan, bab nombor 126.10 Sunan Al- Nasa’i (2:125) kitab Al-Iftitah, Musnaf Abd Al-Razzaq (2:76) dan Sunan Abu Daud (1:485)
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 10/12
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟ a h .
M u k a s u r a t | 10
ى ض ر ي و ر ب ح ي ي ر ي ط ا ر
Maka Rasulullah bersabda: “Lebih tiga puluh malaikat berebut -rebut untuk
membawa kalimah tersebut ke langit .”11
Hadits yan g diriwayatkan oleh Imam Nasa‟i dan Imam Muslim, 12 bahawa
sekumpulan sahabat duduk berzikir menyebut-nyebut nama Allah s.w.t. dan
memujiNya kerana hidayah (yang mereka peroleh sehingga mereka memeluk Islam)
dan anugerah kehadiran Rasulullah kepada mereka. Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Jibril a.s. telah memberitahu daku bahawa sesungguhnya Allah
s.w.t. berbangga terhadap perbuatan yang kamu lakukan di hadapan para malaikat.”
Tindakan Rasulullah dalam menerima perbuatan para sahabat itu
membawa kita kepada natijah berikut:
1. Baginda tidak menolak perbuatan taat yang menepati kehendak
syara‟ dan tid ak bertentangan dengannya. Perbuatan tersebut dikira
sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. yang boleh dilakukan
pada bila-bila masa sama ada pada waktu siang atau malam dan tidak
dianggap makruh atau bid‟ah dholalah selagi perkara tersebut dila kukansebagai memenuhi tuntutan Allah s.w.t. yang umum dan tiada sebarang
larangan yang berkaitan dengan hal tersebut.
2. Ibadat-ibadat khusus yang tidak dikaitkan oleh syara‟ dengan sesuat u
perkara; tidak salah menetapkan ibadat khusus dengan sesuatu masa
atau tempat. Rasulullah menerima perbuatan Sayyidina Bilal r.a. yang
menetapkan solat sunat selepas mengambil wudhu‟ dan menerima
perbuatan Sayyidina Khubaib r.a. yang melakukan solat ketika hendak
dibunuh.
11
Sunan Al-Turmizi (2:254) bab Al-Solah, tentang seorang lelaki datang bersolat lalu bersin.12 Sohih Muslim (4:2075) kitab Al-Zikr, bab Kelebihan Berkumpul Membaca Al-Quran Dan Berzikir. Sunan Al-Nasa’i (8:249) dan lain-lain.
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 11/12
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟ a h .
M u k a s u r a t | 11
3. Tindakan Nabi Muhammad menerima doa-doa baharu di dalam solat,
mengkhususkan bacaan surah-surah tertentu yang tidak pernah
dikhususkan oleh Nabi sendiri dan tambahan zikir-zikir dalam solat;
hal ini m emberitahu kita bahawa bukanlah bid‟ah membaca doa -doa
baharu yang tidak bertentangan dengan doa-doa yang warid daripada
Nabi terutamanya pada waktu istijabah doa seperti selepas solat,
selepas azan, semasa turun hujan dan sebagainya. Kita juga dapat
mengetahui bahawa tidak salah menjadikan doa-doa, ibtihalat (munajat)
dan zikir-zikir yang dicipta oleh para ulamak yang soleh sebagai wirid
selagi hal itu tidak bertentangan dengan syara‟.
4. Tindakan Nabi yang akur dengan perbuatan para sahabatnya
berhimpun dan berzikir di dalam masjid untuk memperingati anugerah-
anugerah Allah s.w.t. menunjukkan keharusan berkumpul untuk tujuan
kebaikan, berzikir, dan membaca Al-Quran di dalam masjid dan tempat
lain sama ada secara sir (tidak menguatkan suara) atau jahr (menguatkan
suara) dengan syarat tidak sampai menimbulkan kekecohan (kerana
manjadi gangguan kepada orang lain dan sebagainya) selagi seseorang
itu melakukan perkara baharu itu untuk memenuhi tuntutan Allah s.w.t.yang umum dan tiada pula sebarang tegahan yang berkaitan dengannya.
Maka selagi itulah perbuatan tersebut dikira sebagai qurubat (cara untuk
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. ) dan bukannya bid‟ah.
8/8/2019 Pengertian Sebenar Bidah
http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-sebenar-bidah 12/12
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟ a h .
M u k a s u r a t | 12
BID’AH DHOLALAH
Sebahagian umat Islam sering menjatuhkan hukum bid‟ah dholalah terhadap
perkara-perkara baharu dengan alasan Nabi dan para sahabat tidak pernah
melakukan perkara baharu tersebut. Membid‟ah kan dan menjatuhkan hukumansesat kepada orang ramai adalah perbuatan “melampau dalam beragama”. Hal ini
juga menggambarkan keadaan sesuatu pihak yang kurang memahami dan kurang
mendalami prinsip-prinsip dan kaedah- kaedah syara‟.
Mereka berasa ‘ujub dengan diri sendiri, lalu memperlekehkan pendapat dan
pemahaman para ulamak Islam yang muktabar. Mereka tidak peduli dan tidak rasa
bersalah apabila menyalahi pendapat ulamak sehingga mereka tidak dapat melihat
kebenaran kecuali hanya pada pendapat yang mereka pegang atau memang kerana
mereka suka memperkotak-katikkan orang lain. Kami berlindung dengan nama Allah
s.w.t. daripada mengikut hawa nafsu dan melakukan perkara-perkara yang tidak
mahir kerana kelemahan dan kejahilan diri sendiri.
Imam Ibnu Tamiyyah dalam kitabnya Iqtida’ Al Sirat Al Mustaqim
menyatakan dalam kesimpulannya:
“Perkara -perkara yang tiada tuntutan untuk dilakukan pada zaman itu (perkara-
perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi ); sekiranya umat Islam
memandangnya sebagai maslahah kerana berlaku insiden baharu maka boleh
dilakukan perkara baharu itu untuk memen uhi keperluan.”
Jika ada pihak yang menyangka bahawa tidak boleh melakukan sesuatu
perbuatan kecuali yang telah tsabit daripada Nabi dan dalam bentuk tertentu
sahaja, maka pendapat itu adalah terbatal berdasarkan hadits-hadits yang
menunjukkan penerimaan Rasulullah terhadap ibadat, doa, dan zikir hasil ijtihad
para sahabat. Baginda kadang-kadang mengiringi penerimaan tersebut dengan
tabsyir (memberi khabar gembira), keredaan Allah s.w.t. , balasan syurga,
keprihatinan para malaikat, terbukanya pintu rahmat di langit dan seumpamanya.
Wa Allahu A ’ lam
SEKIAN.
Top Related