BAB II KAJIAN PUSTAKA 2.1 Sintaksis Kata “Sintaksis” berasal dari ...
Asimen sebenar sintaksis
-
Upload
nur-lailam -
Category
Documents
-
view
255 -
download
0
Transcript of Asimen sebenar sintaksis
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
1/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
1
1.0 PENDAHULUAN
Linguistik bahasa Melayu merupakan bidang linguistik yang begitu luas. Secara
umumnya, bahasa mempunyai tiga sistem iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan semantik.
Tatabahasa bahasa Melayu pula terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis.
Tatabahasa ialah aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika kita berbahasa
kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu.
Sintaksis merupakan bidang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat.
Sintaksis juga melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum
ataurumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui
jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang
ilmubahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sebagai konklusi awalan, kajian Sintaksis adalah berkaitan dengan hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Bagi semester lima ini, melalui kerja kursus Sintaksis (BMM 3110) inilah kami akan
menganalisis sepuluh ayat secara eksplisit untuk menunjukkan kefahaman dan kemahiran
linguistik para guru pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu yang mengambil major bahasa
Melayu.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
2/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
2
2.0 Definisi Sintaksis
Sintaksis merupakan pinjaman perkataan Yunani iaitu suntutein yang bermaksud
menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada
pembentukan ayat. Bidang kajian sintaksis ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut
beliau, sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat.
Menurut Nik Safiah Karim (2008) pula, sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang
ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga
dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan
ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
Asmah (1968) berpendapat bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik
deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat.
Beliau juga berpendpat ayat ialah unit paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam
perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat
sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengna intonasi ayat yang
lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan
intonasinya mengatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.
Manakala menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008,) sintaksis ditakrifkan
sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Tatabahasa tradisional
berpendapat, sintaksis ialah sehimpunan kata yang menyatakan fikiran yang lengkap.
Tatabahasa struktur pula menyatakan sintaksis sebagai ujaran yang terdiri sendiri dan
bebas daripada ujaran-ujaran yang lain.
Zaba mentakrifkan sintaksis sebagai apa-apa susunan perkataan yang cukup
memberi faham atau terjadi daripada sesuatu benda dan cerita dan hal benda itu kerana
apabila kita bercakap tak dapat tidaklah bercakapkan sesuatu benda dan menceritakan apa
halnya benda itu. Ia juga merupakan ayat yang terdiri dari subjek dan predikat.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
3/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
3
Kesimpulannya, sintaksis merupakan ilmu linguistik yang menjurus kepada kajian
tentang ayat secara khususnya sama ada dari segi struktur, bentuk, binaan atau konstruksi
ayat. Malahan itu, sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
4/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
4
3.0 Penganalisisan Ayat
3.1 Penganalisisan Penggunaan Frasa
3.1.1 Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.
Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat pasif susunan
biasa ialah daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan depan.
Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah daerah kami
manakala predikat ayat ialah akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan depan.
A
S P
Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)
KataNama
Kata GantiNama DiriPertama
daerah kami
KataBantu
KataKerjaPasif
FrasaNama
KataNama
KataNama
KataPenentu
FrasaSendiNama
KataSendiNama
FrasaNama
KataNama
KataAdverba
akan dikunjungi
pemimpin
parti
tersebut
pada
bulan
depan
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
5/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
5
Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama
terdiri daripada kata nama inti daerah dan kata ganti nama diri pertama kami sebagai
penerang kepada kata nama inti daerah.
Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu akan, kata kerja pasifdikunjungi diikutifrasa namapemimpin parti tersebutsebagai pelaku diri ketiga dan diikuti frasa sendi nama
pada bulan depan sebagai keterangan masa kepada frasa kerja.
Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama pada dan frasa nama bulan
depan. Frasa nama bulan depan pula terbentuk daripada kata nama inti bulan dan kata
adverb depan sebagai penerang masa kepada kata nama inti bulan.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
6/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
6
3.1.2 Hasil padinya berguni - guni di dalam kepuk itu.
Ayat ini ialah ayat tunggal susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan
satu predikat. Subjek ayat ialah hasil padinya manakala predikat ayat ialah berguni - guni di
dalam kepuk itu.
Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa nama (FN + FN). Frasa nama bagi
subjek ayat terdiri daripada kata nama inti hasildiikuti kata namapadidan kata ganti nama
ditri ketiga -nya.
A
S P
Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN)
KataNama
KataNama
hasil padi
KataBilangan
FrasaSendiNama
KataSendiNama Kata
Arah
FrasaNama
berguni - guni
di
dalam
Kata GantiNama Diri
Ketiga
-nya
KataNama
KataPenentu
kepuk itu
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
7/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
7
Frasa nama bagi predikat ayat pula terdiri daripada kata bilangan berguni - guniyang
menerangkan kata nama dan diikuti frasa sendi nama (FSN) di dalam kepuk itu yang
merupakan keterangan tempat kepada frasa nama predikat.
Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama didiikuti kata arah dalam danfrasa nama kepuk itu. Frasa nama kepuk itu pula terbentuk daripada kata nama kepukdan
kata penentu itu.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
8/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
8
3.1.3 Dengan segeranya kami laksanakan perintah Pengarah Syarikat.
Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat pasif susunan
biasa ialahperintah Pengarah Syarikat kami laksanakan dengan segeranya.
Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah perintah
Pengarah Syarikatmanakala predikat ayat ialah laksanakan dengan segeranya.
Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama
terdiri daripada kata nama inti perintah dan kata nama khas Pengarah Syarikat yang
berfungsi sebagai penerang kepada kata nama intiperintah.
A
S P
Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)
KataNama
Kata NamaKhas
perintahPengarahSyarikat
KataGanti
Nama DiriPertama
KataKerjaPasif
FrasaSendiNama
KataSendiNama
FrasaNama
KataAdjektif
Kata GantiNama Diri
Ketiga
kami
laksanakan
dengan
segera
-nya
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
9/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
9
Frasa kerja pula terdiri daripada kata ganti nama diri pertama akan diikuti kata kerja
pasiflaksanakan dan frasa sendi nama dengan segeranya.
Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama dengan dan frasa nama
segeranya. Frasa nama segeranya pula terbentuk daripada kata adjektif segera dan kataganti nama diri ketiga -nya. Kata adjektif segera berfungsi sebagai kata nama dan kata
pembenda -nya telah menjadikan kata adjektifsegera sebagai kata nama.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
10/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
10
3.1.4 Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan Pilihan Raya Umum Ke - 13.
Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan songsang. aktif susunan biasa ialah orang
sibuk memperkatakan Pilihan Raya Umum Ke - 13 di seluruh negara.
Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah orang
manakala predikat ayat ialah sibuk memperkatakan Pilihan Raya Umum Ke - 13 di seluruh
negara.
A
S P
Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)
KataNama
orang
KataBantu
KataKerja
Transitif
FrasaNama
KataNamaKhas
FrasaNama
KataSendiNama
FrasaNama
sibuk
memperkatakan
PilihanRaya Umum
Ke - 13di
KataBilangan
KataNama
seluruh negara
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
11/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
11
Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama
terdiri daripada kata nama inti orang.
Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu sibuk, kata kerja transitif
memperkatakan, frasa nama Pilihan Raya Umum Ke - 13 sebagai objek yang menjadi kata
nama khas dan frasa sendi nama di seluruh negara. Kata bantu sibuk pada asalnya
merupakan kata adjektif namun telah berubah bentuk kepada kata bantu kerana hadir
sebelum kata kerja transitif.
Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama di dan frasa nama seluruh
negara. Frasa nama seluruh negara pula terdiri daripada kata bilangan seluruh dan kata
ganti nama negara.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
12/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
12
3.1.5 Dengan segeranya kami laksanakan perintah Pengarah Syarikat.
Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri ketiga susunan songsang. Ayat pasif susunan
biasa ialahpengedar dadah it uterus diburu polis ke mana - mana sahaja.
Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah pengedar
dadah itu manakala predikat ayat ialah terus diburu polis ke mana - mana sahaja.
Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama
terdiri daripada kata nama inti pengedar dan kata nama dadah yang berfungsi sebagaipenerang kepada kata nama intipengedardan diikuti kata nama penentu itu.
A
S P
Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)
KataNama
KataNama
pengedar
dadah
KataBantu
KataKerjaPasif
FrasaNama
KataNama
FrasaSendiNama
KataSendiNama
FrasaNama
terus
dikejar
polis
ke
KataPenentu
itu
KataNama Kata
Penegas
segeramana -mana
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
13/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
13
Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu terus diikuti kata kerja pasifdiburu dan
frasa namapolis ke mana - mana sahaja.
Frasa namapolis ke mana - mana sahaja pula terbentuk daripada kata nama pelaku
diri ketigapolis dan frasa sendi nama ke mana - mana sahaja sebagai penerangan tempat.Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama ke dan frasa nama mana - mana sahaja.
Frasa nama mana - mana sahaja terbentuk daripada kata nama mana - mana dan kata
penegas sahaja.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
14/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
14
3.2 Penganalisisan Penggunaan Klausa
3.2.1 Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.
Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama objek pasif pelaku diri
pertama susunan songsang. Ayat komplemen dipancangkan dalam ayat induk.
Ayat induk ialah saya jelaskan kepadanya manakala ayat komplemen ialah bahawa
pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam
ayat induk pada bahagian subjek ayat.
Subjek ayat induk ialah saya manakala predikat ayat induk ialahjelaskan kepadanya.
Pola ayat induk ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada
kata ganti nama diri pertama saya manakala frasa kerja terdiri daripada kata kerja pasif
jelaskan dan frasa sendi nama kepada yang diikuti kata ganti nama diri ketiga -nya.
Ayat Komplemen pula terdiri daripada subjek pemimpin itu dan predikatnya ialah
tidak amanah terhadap rakyatnya. Pola ayat komplemen ini ialah frasa nama dan frasa
adjektif (FN + FA). Ayat ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama
ayat ini terdiri daripada kata nama pemimpin dan kata penentu itu. Frasa adjektif pula
berfungsi sebagai predikat yang terdiri daripada kata nafi tidakdiikuti kata adjektifamanah,
kata bantu terhadap dan frasa nama rakyatnya.
Frasa nama rakyatnya terdiri daripada kata nama rakyatdan kata ganti nama diri
ketiga -nya. Frasa sendi nama kepadanya berfungsi sebagai keterangan orang kepada
predikat tidak amanah.
Fungsi klausa dalam ayat ini ialah sebagai subjek.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
15/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
15
3.2.2 Wajahnya cantik umpama bulan dipagari bintang.
Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan. Ayat induk ialah
wajahnya cantik manakala ayat keterangan perbandinga ialah umpama bulan dipagari
bintang. Ayat keterangan perbandingan dipancangkan dalam ayat induk selepas frasanama.
Subjek ayat induk ialah wajahnya manakala predikat ayat induk ialah cantik. Pola
ayat induk ini ialah frasa nama dan frasa adjektif (FN + FA). Frasa nama terdiri daripada
kata nama wajah dan kata ganti nama diri ketiga -nya manakala frasa kerja terdiri daripada
kata adjektifcantikyang berfungsi sebagai penerang kepada frasa nama wajahnya.
Ayat keterangan perbandingan pula terdiri daripada subjek ayat bulan dan
predikatnya ialah dipagari bintang. Pola ayat keterangan perbandingan ini ialah frasa nama
dan frasa kerja (FN + FK). Ayat ini didahului oleh kata hubung keterangan perbandingan
umpama. Frasa nama ayat ini terdiri daripada kata nama inti bulan manakal frasa kerja
terdiri daripada kata kerja pasifdipagaridan diikuti kata nama bintang.
Ayat induk wajahnya cantikmerupakan klausa bebas iaitu klausa yang dapat berdiri
dengan sendirinya manakala ayat keterangan perbandingan umpama bulan dipagari bintang
merupakan klausa tidak bebas dan tidak dapat berdiri dengan sendiri. Fungsi klausa dalam
ayat ini sebagai keterangan perbandinga.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
16/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
16
3.2.3 Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.
Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama objek. Ayat induk
ialahpihak polis menerangkan manakala ayat komplemen ialah bahawa pendatang asing itu
telah melarikan diri. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk selepas katakerja transitifmenerangkan.
Subjek ayat induk ialahpihak polis manakala predikat ayat induk ialah menerangkan.
Pola ayat induk ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada
kata nama inti pihakdan kata nama polis sebagai keterangan kepada kata nama inti pihak
manakala frasa kerja terdiri daripada kata kerja transitifmenerangkan.
Ayat komplemen pula terdiri daripada subjek ayat pendatang asing itu dan
predikatnya ialah telah melarikan diri. Pola ayat komplemen ini ialah frasa nama dan frasa
kerja (FN + FK). Ayat ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama ayat
ini terdiri daripada kata nama inti pendatang dan diikuti kata nama asing yang menjadi
keterangan kepada kata nama inti pendatang dan kata penentu itu. Frasa kerja pula terdiri
daripada kata bantu aspek telah dan diikuti kata kerja transitif melarikan dan frasa nama
daripada kata nama diri.
Fungsi klausa ayat ini sebagai frasa nama objek bagi frasa kerja menerangkan.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
17/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
17
3.2.4 Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.
Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen frasa kerja. Ayat komplemen telah
dipancangkan dalam ayat induk pada bahagian predikat ayat selepaas kata kerja tak
transitif.
Ayat induk ialah penduduk di situ berpendapat manakala ayat komplemen ialah
kediaman mereka tidak selamat. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk
pada bahagian subjek ayat.
Subjek ayat induk ialah penduduk di situ manakala predikat ayat induk ialah
berpendapat. Pola ayat induk ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama
terdiri daripada kata nama inti pendudukdan diikuti frasa sendi nama di situ yang terdiri
daripada kata sendi nama didan kata tunjuk situ sebagai frasa nama. Kata tunjuk situ yang
merupakan frasa nama berfungsi untuk menerangkan tempat bagi kata nama intipenduduk.
Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja tak transitifberpendapat.
Ayat komplemen pula terdiri daripada subjek kediaman mereka dan predikatnya ialah
tidak selamat. Pola ayat komplemen ini ialah frasa nama dan frasa adjektif (FN + FA). Ayat
ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama bagi subjek ayat
komplemen ini terdiri daripada kata nama inti kediaman dan kata ganti nama diri ketiga
mereka. Frasa adjektif pula terdiri daripada kata nafi tidakdiikuti kata adjektifselamat.
Fungsi klausa bagi ayat komplemen ini ialah sebagai pelengkap selepas kata kerja
tak transitifberpendapat.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
18/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
18
3.2.5 Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan
orang tempatan.
Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen susunan biasa. Ayat komplemen
telah dipancangkan dalam ayat induk selepas frasa nama objek tepatpengesahan.
Ayat induk ialah kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan manakala ayat
komplemen ialah bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.
Subjek ayat induk ialah kakitangan pejabat itu manakala predikat ayat induk ialah
mendapat pengesahan. Pola ayat induk ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN + FK).
Frasa nama terdiri daripada kata nama inti kakitangan dan diikuti kata namapejabatsebagai
keterangan kepada kata nama inti kakitangan dan kata penentu itu. Frasa kerja pula terdiri
daripada kata kerja transitifmendapatdan frasa nama pengesahan yang berfungsi sebagai
objek kepada kata kerja transitif.
Ayat komplemen pula terdiri daripada subjek pengarah baharu itu dan predikatnya
ialah bukan orang tempatan. Pola ayat komplemen ini ialah frasa nama dan frasa nama (FN
+ FN). Ayat ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama bagi subjek
ayat komplemen ini terdiri daripada kata nama inti pengarah dan diikuti kata adjektifbaharu
dan kata penentu itu. Frasa nama bagi predikat ayat komplemen pula terdiri daripada kata
nafi bukan diikuti kata nama inti orangdan kata nama terbitan tempatan sebagai keterangankepada kata nama inti orang.
Fungsi klausa bagi ayat ini ialah sebagai penerang kepada frasa nama pengesahan.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
19/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
19
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, sintaksis bukan saja bidang linguistik yang mengkaji proses
pembinaan ayat tetapi juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan dibina dalam
ayat. Ayat terbina daripada rentetan kata yang digabung dan disusun mengikut rumus dan
hukum tatabahasa. Ayat juga merupakan tatatingkat atau hirarki tertinggi bermula wacana,
ayat, klausa, frasa, kata, morfem dan fonem yang terkecil sekali. Sintaksis dapat dilihat
bagaimana ayat dibina. Hal ini disebabkan oleh sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan
kepada proses morfologi.
Selain daripada itu, sintaksis merupakan perkara utama yang perlu difahami dan
didalami ilmunya selepas penguasaan terhadap ilmu morfologi kerana tanpa sintaksis,
morfologi tidak dapat berdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat
berkait rapat dan saling bergantungan antara satu sama lain
Umumnya sebagai warga pendidik, penguasaan ayat dalam kalangan guru pelatih
sewajarnya diberi perhatian penting agar ilmu sintaksis yang dimiliki guru pelatih dapat
dimanfaatkan dan diaplikasikan ketika mengajar kelak.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
20/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
20
5.0 RUJUKAN
.Amdun Husain etl.2013. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kuala Lumpur.
Asraf.2007. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Nik Safiah Karim etl.2011. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kuala Lumpur.
Noresah Baharom etl.2010. Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kuala Lumpur.
Prof. Abdullah Hassan.2002. Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis untuk
Guru dan Pelajar. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
21/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
21
6.0 NUR LAILAM BINTI MUSTAFFA (910522-14-5948)
Pertama sekali, saya panjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah SWT
kerana dengan rahmat-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini. Selawat serta salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga dan sahabat handai
baginda.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus,
Puan Tuan Zainab binti Wi atas ilmu Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110) yang diajar di
dalam kelas. Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan kelas saya
PISMP 5B yang telah banyak membantu saya dalam mencari bahan, berkongsi idea dan
pendapat sepanjang proses pembikinan kerja kursus ini.
Pelbagai ilmu yang dapat saya dan rakan rungkaikan sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah
dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai
pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari
segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.
Justeru itu haruslah mahasiswa (bakal pendidik) ini tergolong dalam orang yang sentiasa
menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.
Saya juga berpendapat, kami selaku bakal pendidik harus menguasai subjekSintaksis Bahasa Melayu ini dengan baik kerana penguasaan ilmu Sintaksis amatlah
penting untuk kami bakal guru yang akan mengajar subjek bahasa Melayu di sekolah kelak.
Hal ini disebabkan oleh keupayaan mengajar bahasa bukanlah suatu perkara yang mudah
dan harus dipelajari, difahami dan dikuasai dengan baik oleh guru tersebut. Pada semester-
semester yang yang lepas, kami telah belajar subjek Fonetik dan Fonologi dan Pengantar
Sintaksis, maka pada semester ini subjek Sintaksis dipelajari oleh kami secara lebih
mendalam dan saya merasakan subjek ini bukanlah subjek yang mudah untuk dikuasai
tanpa pembelajaran yang berkesan, usaha yang tinggi serta latih tubi yang berterusan.
Saya berasa bersyukur atas kerja kursus ini kerana melaluinya saya lebih
memahami kajian tentang bentuk, penggolongan, struktur dan pembinaan ayat. Namun jujur
saya akui, masih banyak yang tidak saya fahami dan harus dipelajari dengan lebih
mendalam lagi. Walaupun begitu, saya berpendapat sintaksis merupakan ilmu yang menarik
untuk dikaji kerana setiap ayat tidak terhad bentuk, penggolongan atau strukturnya dan
akann berubah - ubah mengikut penggunakan kata atau susunan ayat tersebut.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
22/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
22
Penggunaan kata memainkan peranan penting dalam pembentukan sesuatu ayat,
maka tidak hairan jika satu ayat boleh berubah bentuk hanya disebabkan oleh penambahan
satu perkataan sahaja.
Menerusi kerja kursus ini juga, saya dan kumpulan berpeluang untuk mengkajidengan lebih mendalam penggunaan frasa dan klausa dan melaluinya saya dapat
memahami bahawa ayat boleh dikategorikan lebih daripada satu dan dapat dispesifikkan
kepada penggunaan frasa dan klausa. Pada pemerhatian saya, penganalisisan penggunaan
frasa menunjukkan ayat tersebut tidak terdapat pencangan ayat berbanding penganalisisan
penggunaan klausa yang terdapat pencangan ayat seperti ayat komplemen dan keterangan.
Untuk pengetahuan pihak Puan, saya melalui tiga peringkat sepanjang proses
pelaksanaan kerja kursus ini. Tiga peringkat tersebut adalah proses sebelum, semasa dan
selepas pelaksanaan kerja kursus. Untuk proses sebelum, saya telah mendapat tugasan
pada 04 Februari 2013. Seterusnya, saya diberi penerangan secara keseluruhan tentang
bagaimana menghasilkan tugasan ini. Saya mulai mencari bahan-bahan di perpustakaan
dan laman sesawang sebagai bahan rujukan bagi menyempurnakan tugasan ini.
Akhir kalam, saya berharap Puan menerima tugasan saya serta terus membimbing
saya dan rakan - rakan agar kami dapat menguasai segala perkara berkaitan ilmu Sintaksis
Bahasa Melayu.
Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan atas bimbingan dan
tunjuk ajar yang diberikan selama ini serta ribuan terima kasih kepada rakan kelas atas
kerjasama dan perkongsian ilmu yang terjalin erat.
Sekian, terima kasih.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
23/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
23
7.0 BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : NUR LAILAM BINTI MUSTAFFA
KUMPULAN : PISMP 5B (AMBILAN JANUARI 2011)
KURSUS : SINTAKSIS BAHASA MELAYU (BMM 3110)
PENSYARAH : PUAN TUAN ZAINAB BINTI WI
TARIKH PERKARA YANGDIBINCANGKAN
T/TANGANPELAJAR
T/TANGANPENSYARAH
4.2.2013 - Kerja kursus diberikan.- Pensyarah menerangkan butiran kerja kursus
yang dikehendaki.
7.2.2013 - Berbincang dengan rakan sekelas mengenaitugasan.
10.2.2013 - Tugasan mula dilaksanakan.
12.2.2013 - Berbincang dengan pensyarah mengenai
klausa untuk menganalisis ayat bahagian B.
15.3.2013 - Membuat semakan akhir.
18.2.2013 - Menghantar tugasan kerja kursus.
-
7/28/2019 Asimen sebenar sintaksis
24/24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)
8.0 JADUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : NUR LAILAM BINTI MUSTAFFA
KUMPULAN : PISMP 5B (AMBILAN JANUARI 2011)
KURSUS : SINTAKSIS BAHASA MELAYU (BMM 3110)
PENSYARAH : PUAN TUAN ZAINAB BINTI WI
TARIKH PERKARA CATATAN
4.2.2013Mendapat tugasan dan mendengar
taklimat kerja kursus daripada pensyarah.
7.2.2013Mencari bahan sebagai bahan rujukan.
10.2.2013Tugasan mula dilaksanakan.
15.3.2013Membuat penyemakan terakhir dan
melengkapkan segala keperluan sebelum
tugasan dihantar.
18.3.2013 Menghantar tugasan kerja kursus.