Kaedah dan Teknik Mengajar Konstruk 3
Set 1 - 5
Kaedah 1- Permainan
1. Guru menggunakan teknik bola ping pong ( berdasarkan suku kata KV KV, KV KV KV)
2. Guru menyediakan sebatang senduk dan dua mangkuk kosong yang berisi bola ping
pong yang berlabel suku kata tersebut.
3. Guru menyuruh murid menggaul bola-bola ping pong di dalam mangkuk besar
menggunakan senduk.
4. Guru akan menyebut suku kata seperti ( su ) di mangkuk pertama dan murid akan
mencari suku kata du di mangkuk yang kedua.
5. Ulang aktiviti dengan murid lain untuk mencari suku kata yang lain
Kaedah 2 - Bermain dadu
1. Dadu yang ditampal gambar di baling oleh murid
2. Murid lihat dan sebut gambar pada dadu tersebut.
3. Murid mencari suku kata yang betul berdasarkan gambar pada dadu tersebut
4. Murid menyebut suku kata pertama dengan jelas dan suku kata yang kedua
dengan jelas.
5. Ulang aktiviti sehingga selesai suku kata yang ditampal
6. Murid menulis semula suku kata yang diperolehi pada lembaran kerja
Kaedah 3 - Didik Hibur (Guru menggunakan muzik sebagai latar.)
1. Guru menyediakan botol minuman dengan diisi kacang hijau dan dilabel dengan suku
kata yang hendak diajar.
2. Botol diberikan kepada setiap murid.
3. Murid duduk dalam bentuk bulatan .
4. Guru meletakkan sapu tangan di belakang murid.
5. Murid yang mendapatkan sapu tangan akan menggoncangkan botol suku kata sambal
menyebut berulang kali.
6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga menghasilkan rentak muzik.
KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUK 4:
Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
1.Perlu mengetahui objek dari gambar.
2.Murid dapat menyatakan nama objek dengan jelas.
3. Jika murid tidak dapat menamakan objek, guru perlu memberitahu murid.
4.Sebutkan dan bunyikan suku kata awal atau akhir yang tertera di bawah gambar objek.
5. Jika murid tidak dapat menyebut, mengeja atau membunyikan suku kata awal atau akhir, guru
perlu membantu dengan menyebut, mengeja dan membunyikannya.
6. Untuk mengeja suku kata yang tertinggal guru perlu menyebut suku kata tersebut supaya murid
dapat mengeja.
7. Jika murid dapat mengeja, minta murid menulis huruf-huruf suku kata tersebut di dalam ruang
kosong dengan merujuk huruf-huruf yang tertera di ruangan atas dengan bimbingan guru.
8. Tetapi jika murid tidak dapat mengeja perkataan tersebut, guru perlu membimbing dengan
merujuk pada huruf-huruf yang tertera di ruangan atas secara satu persatu sambil meminta murid
mengeja dan menyebut ejaan dengan bimbingan guru.
9. Guru digalakkan menggunakan kad imbasan dengan menulis semula huruf-huruf berdasarkan
item konstruk 4 supaya murid dapat mengeja, membatang dan menulis perkataan dengan betul.
10. Pastikan guru membimbing bukannya memberikan jawapan.
TEKNIK PENGAJARAN KONSTRUK 5 INSTRUMEN SARINGAN 2
PERMAINAN BAHASA
BAHAN BANTU MENGAJAR
1. Kad-kad gambar
2. Kad-kad suku kata
3. Kad-kad perkataan
Langkah 1 (Masa 20 minit)
1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan
2. Setiap kumpulan diberikan satu sampul surat yang mengandungi keratan gambar dan
kad-kad suku kata
3. Murid dikehendaki menyusun keratan menjadi gambar lengkap
4. Murid menyusun suku kata membentuk perkataan berdasarkan gambar
5. Kumpulan yang dapat menyusun gambar dan membentuk perkataan yang paling
banyak dikira pemenang.
Langkah 2 (15 minit)
1. Setiap kumpulan menyebut perkataan berdasarkan gambar
2. Setiap kumpulan diminta mengeja perkataan yang dibina
3.
Langkah 3 (20 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
2. Murid melengkapkan suku kata supaya menjadi perkataan berdasarkan gambar.
Langkah 4 (5 minit)
1. Rumusan pengajaran
2. Guru menyoal secara rawak untuk menilai penguasaan murid.
Kaedah Mengajar Suku Kata Tertutup ‘ng’.(Kontruk 6)
STRATEGI
BERPUSATKAN MURID
Murid memainkan peranan yang penting.
Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif.
Guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid
menjalankan aktiviti.
PENDEKATAN
PENDEKATAN INDUKTIF
Sebelum memulakan pdp, guru perlu menyediakan contoh-contoh yang
sesuai untuk murid membuat rumusan. Murid dibimbing melalui aktiviti
penyoalan supaya dapat membuat kesimpulan sendiri.
Pelbagai contoh yang mengandungi ciri-ciri yang sama untuk
memudahkan murid membuat kesimpulan sama ada daripada guru atau
murid.
Guru menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Aktiviti perlu
dipelbagaikan dan menarik perhatian murid.
KAEDAH
KAEDAH SEMULAJADI
Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan
objek dan gambar perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan
menggunakan perkataan yang telah diketahui oleh murid.
TEKNIK
PERMAINAN BAHASA
CONTOH AKTIVITI
Guru berikan set permainan " MARI BUKA DAN PASANG " kepada murid-murid.
Buka atau keluarkan semua kad gambar dan kad-kad / atau cip-cip suku kata dari tapaknya.
Kalau objektif guru hendakkan murid menguasai kemahiran suku kata di awal perkataan , maka guru menyuruh murid meletakkan kad gambar dan kad suku kata awal perkataan sahaja di tapaknya.
Kalau objektif guru hendakkan murid-murid dapat membina perkataan yang terdiri daripada dua suku kata tertutup , maka guru hendaklah mengarahkan murid-murid meletakkan kad-kad suku kata yang boleh terbina perkatan pada tapak atau petak gambarnya .
Satu lagi cara yang boleh dilakukan ialah dengan mengeluarkan kad-kad gambar dari petak / tapaknya. Kemudian campur adukkan kad-kad gambar tersebut.
Guru menyuruh murid-murid membaca perkataan yang terdapat pada petak / tapak permainan.
Murid-murid dikehendaki meletakkan kad-kad gambar pada perkataanya
Murid atau pasangan murid yang lebih awal dapat menyiapkan permainan itu dengan betul dikira sebagai pemenang .
Murid-murid menulis perkataan-perkataan yang telah dibina itu di dalam buku tulis atau kertas.
11. Tatacara / kaedah / pengendalian instrument bagi konstruk 7
Langkah Pengajaran:
ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Keupayaan menulis perkataan diftong
1. Latihtubi mengeja dan menyebut perkataan yang di pamerkan.
2. Menulis perkataan berdasarkan gambar
1. Guru menyebut perkataan
berdasarkan gambar. 2. Guru memadankan gambar dengan
perkataan. 3. Murid menjawab tugasan 4. Guru membimbing murid membina
perkataan mudah.
CADANGAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KONSTRUK 8
( VOKAL BERGANDING )
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN BAHAN
• Bahan Pengajaran yang digunakan :
1. komputer ( gambar & bunyi )
• Bahan Pembelajaran yang digunakan :
1. kad cantuman ( kad suku kata )
2. kad aktiviti ( kad gambar )
3. lembaran kerja
• Cadangan aktiviti :
1. Pamerkan gambar - slaid ( pendekatan VAK - visual )
2. Guru pamer dan sebut perkataan - slaid ( pendekatan VAK - visual & auditori )
2. Bimbing murid membatang suku kata. ( kad cantuman suku kata )
• gambar
• slaid
• video
• radio
• televisyen
• carta
• model
• graf
• peta
• perakam
• komputerBAHAN PENGAJARAN
• kad aktiviti
• kad cantuman
• bahan bercetak
• komputer
• lembaran kerja
BAHAN PEMBELAJARAN
buah buih buaian
bu ah
CADANGAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KONSTRUK 8
( VOKAL BERGANDING )
4. Aktiviti murid - permainan mencantum suku kata menjadi perkataan- permainan dadu ( pendekatan VAK - kinestatik )
5. Latih tubi murid mengeja dan menyebut perkataan yang telah dibina.
6. Beri lembaran kerja yang bersesuaian.
KONSTRUK 10
PENYEDIAAN TATACARA/KAEDAH/TEKNIK MENGENDALIKAN INSTRUMEN SARINGAN
Teknik mengajar kata berimbuhan awalan dan akhiran
a. Tunjuk dan sebut menggunakan BBM dan ICT
b. Bacaan berulang suku kata dan frasa (kad bercantum dan kad tingkap)
c. Gabungan kad gambar dan penerangan.
d. Mencari / menggaris / membulat kata imbuhan di dalam frasa/rangkai kata
e. Pisah dan cantum
i. Memisah kata dasar dan imbuhan
ii. Mencantumkan kata dasar dan imbuhan
f. Permainan
i. Membina perkataan berimbuhan yang sesuai berdasarkan kata dasar yang
diberikan
1. Tanam
a. Ditanam
b. Menanam
c. Tertanam
d. Tanaman
11. Tatacara / kaedah / pengendalian instrument bagi konstruk 11
Langkah Pengajaran:
ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang betul Latih tubi:
Tujuannya untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran disampimg
menjamin kekekalannya.
Melalui teknik ini pelajar akan
mengalami proses mendengar,
melihat, memikirkan maksud
perkataan-perkataan serta tugasnya
dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
Berasakan pengajaran bahasa dengar
dan sebut (audiolingual) yang
biasanya digunakan dalam
pengajaran bahasa kedua.
1. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang di pamerkan.
2. Memperkenalkan jenis kata dan cadangan menyusun ayat mengikut jenis kata:
- Kata nama khas - Kata nama am - Kata kerja - penerangan
Contoh:
Kata nama
Kata kerja
Penerangan
Strategi: Direktif Pendekatan Deduktif Kemahiran Belajar: Mengumpulkan Maklumat Elemen: Kreativiti
di tepi
nenek
rumah
sungai
KONSTRUK 12
KAEDAH PENTADBIRAN
2. Keupayaan membaca,
memahami dan menulis
ayat berdasarkan bahan
rangsangan.
Penerangan
Keupayaan menguasai
kemahiran menulis ayat
berdasarkan bahan
rangsangan.
1. Gambar keluarga
sedang bergotongroyong
di kawasan
rumah.
perkataan berdasarkan
gambar
berdasarkan
ayat yang dibina oleh
murid.
sebarang jawapan yang
bersesuaian dengan
tugasan.
1.Meminta murid
memerhatikan gambar.
2. Murid menjawab soalan
berdasarkan gambar.
3.Murid memberi jawapan
secara lisan.
4. Murid dibimbing
membina ayat
berdasarkan gambar
secara lisan.
5.Murid dibimbing menulis
ayat dengan betul.
Memerhatikan gambar dan menulis
ayat.
Contoh jawapan:
1. Ini keluarga saya.
2. Ayah sedang memotong rumput.
3. Kakak menanam pokok bunga.
4. Adik menyiram pokok bunga.
Top Related