WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Bursa Malaysia...2. (1) Surat cara berhubung dengan jualan dan belian...
Transcript of WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Bursa Malaysia...2. (1) Surat cara berhubung dengan jualan dan belian...
18 Februari 2013 18 February 2013
P.U. (A) 52
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE
PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2013
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2013
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY
JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 52
2
AKTA SETEM 1949
PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2013 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 80(1) Akta Setem 1949
[Akta 378], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama
1. Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Duti Setem (Pengecualian) (No. 4)
2013.
Pengecualian
2. (1) Surat cara berhubung dengan jualan dan belian debentur runcit dan
sukuk runcit yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal
dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dikecualikan daripada duti setem.
(2) Debentur runcit yang disebut dalam subperenggan (1)—
(a) mempunyai erti yang sama diberikan kepada takrif “debentur”
dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan
(b) adalah apa-apa debentur yang dicadangkan untuk diterbitkan atau
ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah debentur yang
berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau
membeli debentur itu dicadangkan untuk dikeluarkan kepada
pelabur runcit.
(3) Sukuk runcit yang disebut dalam subperenggan (1)—
(a) mempunyai erti yang sama yang diperuntukkan dalam garis
panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007; dan
P.U. (A) 52
3
(b) adalah apa-apa sukuk yang dicadangkan untuk diterbitkan atau
ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah sukuk yang
berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau
membeli sukuk itu dicadangkan untuk dikeluarkan kepada pelabur
runcit.
(4) Pelabur runcit yang disebut dalam subperenggan (2) dan (3) adalah
mana-mana orang selain—
(a) Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank
Negara 2009 [Akta 701];
(b) orang yang kepadanya suatu penawaran terkecuali atau pelawaan
terkecuali dibuat sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian A
Jadual 6 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan
(c) orang yang kepadanya suatu terbitan terkecuali dibuat
sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian A Jadual 7 Akta
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Pemakaian
3. Pengecualian dalam perenggan 2 hendaklah terpakai bagi surat cara yang
disempurnakan, oleh pelabur runcit yang merupakan seorang individu, pada atau
selepas 1 Oktober 2012 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2015.
Dibuat 6 Februari 2013 [Perb. (CR(8.20)116/1-138JLD.2(SK.4)); LHDN. 01; PN(PU2)159/XXXVI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 52
4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2013 IN exercise of the powers conferred by subsection 80(1) of the Stamp Act 1949
[Act 378], the Minister makes the following order:
Citation
1. This order may be cited as the Stamp Duty (Exemption) (No. 4) Order 2013.
Exemption
2. (1) An instrument relating to the sale and purchase of retail debenture and
retail sukuk as approved by the Securities Commission under the Capital Markets and
Services Act 2007 [Act 671] are exempted from stamp duty.
(2) A retail debenture referred to in subparagraph (1)—
(a) has the same meaning assigned to the definition of “debenture” in
the Capital Markets and Services Act 2007; and
(b) shall be any debenture that is proposed to be issued or offered to a
retail investor and includes a debenture where an invitation to
subscribe or purchase of the debenture is proposed to be issued to
the retail investor.
(3) A retail sukuk referred to in subparagraph (1)—
(a) has the same meaning as provided in the guidelines relating to
sukuk issued by the Securities Commission under the Capital
Markets and Services Act 2007; and
(b) shall be any sukuk that is proposed to be issued or offered to a
retail investor and includes a sukuk where an invitation to
P.U. (A) 52
5
subscribe or purchase of the sukuk is proposed to be issued to the
retail investor.
(4) A retail investor referred to in subparagraphs (2) and (3) shall be any
person other than—
(a) the Central Bank of Malaysia established under the Central Bank of
Malaysia Act 2009 [Act 701];
(b) a person to whom an excluded offer or excluded invitation is made
as specified in Part A of Schedule 6 to the Capital Markets and
Services Act 2007; and
(c) a person to whom an excluded issue is made as specified in Part A
of Schedule 7 to the Capital Markets and Services Act 2007.
Application
3. The exemption in paragraph 2 shall apply to the instruments executed, by a retail
investor who is an individual, on or after 1 October 2012 but not later than
31 December 2015.
Made 6 February 2013 [Perb.(CR(8.20)116/1-138JLD.2(SK.4)); LHDN. 01; PN(PU2)159/XXXVI]
DATO' SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH Second Minister of Finance