jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti...
Transcript of jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti...
LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
PENGENALAN
UJIAN PSIKOMETRIK
2.1 Latar belakang 2.2 Definisi2.3 Tujuan Pentaksiran2.4 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi)2.4.1 Ujian Aptitud
a. Ujian Aptitud Amb. Ujian Aptitud Khusus
KECERDASAN PELBAGAI3.1 Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard
Gardner3.2 Instrumen Kecerdasan Pelbagai3.3 Kaedah Pentadbiran3.4 Pengiraan Skor3.5 Definisi Tafsiran Skor3.6 Fungsi Kepintaran Pelbagai Dalam Pembelajaran Dan
Pengajaran (PdP)3.7 Interpretasi skor Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Tahun 6
PROSEDUR PENTADBIRAN IKeP TAHUN 6
PERANAN BAHAGIAN5.1 Jabatan Pendidikan Negeri5.2 Pejabat Pendidikan Daerah5.3 Guru Besar5.4 Guru Bimbingan Dan Kaunseling5.5 Guru
PERNYATAAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKeP TAHUN 6
RujukanPanel penggubal
1
3
3334455
67
1113141525
26
27
292929293030
30
32
34
ii
1.0. PENGENALAN
Sistem pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat memerlukan
pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik. Menurut Kamus Dewan
(2005), istilah holistik membawa makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu
sistem bersepadu yang menyeluruh dan bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.
Kualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan
dalam keputusan peperiksaan bertulis semata-mata (Hanizah Hamzah, 2011a dan 2011b).
Sebaliknya, kualiti manusia boleh dinilai dengan mengambil kira pelbagai dimensi yang
menjadikan individu itu seorang insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, mempunyai
sikap dan tingkah laku terpuji, mempunyai nilai kerohanian, mempunyai tahap kesihatan dan
kecergasan yang tinggi, beremosi stabil, berkeupayaan berfikir, dan berkeupayaan hidup
bermasyarakat. Oleh kerana apa yang hendak dibina ialah insan, maka pentaksirannya juga
hendaklah mengambil kira ciri-ciri dan sifat keinsanan yang pelbagai. Ini bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang, berpotensi dan
bersepadu .
Pelan Pembangunan Pendidikan dilakarkan berdasarkan dapatan kajian-kajian UNESCO,
OECD, Bank Dunia, Institusi Pendidikan Awam tempatan dan Dialog Nasional Pendidikan
Negara. Lima ciri Aspirasi Utama Pendidikan yang akan diberi perhatian bermula 2013 iaitu
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Pada peringkat murid pula, pelan ini memberi
fokus kepada pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian dan identiti nasional. Bagi merealisasikan aspirasi ini sebelas anjakan perlu
dilakukan iaitu :
1. Akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Kepimpinan prestasi tinggi.
6. Mengupaya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.
7. Teknologi maklumat dan komunikasi untuk kualiti pembelajaran.
8. Kapasiti penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Kerjasama ibubapa, komuniti dan swasta.
1
10. Nilai untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, dan
11. Ketelusan untuk akauntabiliti.
Melalui inisiatif mentransformasi pentaksiran, Lembaga Peperiksaan (LP) telah memulakan
langkah melaksanakan satu sistem pentaksiran yang holistik, direka bentuk untuk menyediakan
maklumat supaya kita dapat mengenal profil murid, membantu pembelajaran murid, memantau
perkembangan murid dan mengiktiraf pencapaian murid dalam pelbagai bidang. Justeru,
pencapaian akademik murid bukanlah satu-satunya aspek kritikal dalam pembangunan manusia.
Lantaran itu, satu jenis ujian bagi mengumpul maklumat tret psikologi yang dinamakan
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) digunakan untuk mengukur dimensi ini.
2
2.0 UJIAN PSIKOMETRIK
2.1 Latar belakang
Konsep Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengambil langkah untuk mengumpul maklumat tentang tret psikologi murid
melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data
yang akan menyumbang kepada maklumat profil murid. Maklumat profil murid yang lengkap
dan menyeluruh akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan
menggilap potensi ini.
2.2 Definisi
Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang
dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain
kognitif atau afektif. Menurut British Psychological Society, ujian psikometrik adalah instrumen
yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.
Ujian psikologikal boleh didefinisikan sebagai ujian yang boleh memberi maklumat tentang
kapasiti, kemampuan atau kecenderungan untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan
melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran dan perilaku dengan cara tertentu (Lewis &
Crozier, 1999).
Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini, merujuk kepada aktiviti pentaksiran
yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat
dan kecenderungan (KPM,2012). Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang bersifat
semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh
dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.
2.3 Tujuan Pentaksiran
Pentaksiran Psikometrik diperkenalkan dalam sistem pendidikan adalah bertujuan untuk;
i. mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi
(acquired ability) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran
menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
ii. mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan.
iii. memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan
perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.
3
iv. menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik.
v. meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu,
dan
vi. menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi
kerjaya murid.
2.4 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti seperti yang tertera pada
Rajah 1.
Rajah 1: Komponen Pentaksiran Psikometrik
2.4.1 Ujian Aptitud
Secara umum, aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat
semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses
pembelajaran. Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi
mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu
kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.
a. Ujian Aptitud Am
4
Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan
sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. Ia kurang berkaitan dengan
ilmu, budaya dan pendidikan, sebaliknya sangat berkaitan dengan kebolehan atau
bakat dalaman yang diwarisi. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan minda
seperti kemahiran menaakul dan verbal yang boleh digunakan untuk meramal
prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.
b. Ujian Aptitud Khusus
Ujian Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensi
seseorang murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan
pada masa akan datang. Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk
mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan
murid dalam pembelajaran seterusnya. Hasil ujian ini juga boleh dijadikan
rujukan oleh guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai mengikut kecenderungan murid. Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk
mengenal pasti sama ada murid memiliki kecerdasan berikut:
i. Verbal Linguistik
ii. Visual Ruang
iii. Logik Matematik
iv. Muzik
v. Naturalis
vi. Kinestatik
vii. Interpersonal
viii. Intrapersonal dan
ix. Eksistensial
3.0 KECERDASAN PELBAGAI
5
Kecerdasan Pelbagai merupakan satu potensi yang ada dalam diri individu. Setiap individu
mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah
yang mereka hadapi. Gardner (1983) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai satu
kecenderungan kecerdasan individu. Menurut beliau, kecerdasan adalah kebolehan untuk
menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang dinilai (dihargai) oleh satu atau pelbagai
budaya.
“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting”
Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk
melakukan pemikiran secara mujarad (abstrak), kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan
cara tindakan terhadap sesuatu situasi yang bermasalah.
Menurut David Wechsler (1974), kecerdasan ialah kebolehan individu memahami diri,
persekitarannya, dan kepakaran yang ada padanya untuk menghadapi cabaran hidup dan
menyelesaikan masalah. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat atau pun universal. Binet (1905)
pula, mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan memahami dan membuat penaakulan yang
baik bagi menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran.
Dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan adalah keupayaan manusia menggunakan
bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya untuk menyelesaikan masalah. Faktor yang
membantu manusia menyelesaikan masalah ialah kebolehan dan keupayaan untuk membuat
penaakulan, pemahaman dan penilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi.
Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Setiap kecerdasan itu perlu dinilai dan
diadili secara sama rata. Kecerdasan murid-murid dapat dipertingkatkan melalui peluang-
peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang
menyeronokkan. Instrumen yang dibangunkan untuk mengenal pasti kecerdasan murid Tahun 6
adalah bersandarkan teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1993) dan Smith & Smith
(2002).
3.1 Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner
6
Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1993, 1999).
Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.
Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Smith & Smith (2002),
telah menambahkan satu lagi kecerdasan iaitu eksistensial dan menjadikannya sembilan.
Gardner telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak
biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Gardner
juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi tetapi boleh dipupuk dan
dikembangkan.
Ada murid mencapai tahap yang tinggi dalam beberapa kecerdasan dan tahap yang
rendah dalam kecerdasan yang lain. Manakala terdapat pula murid yang mempunyai kecerdasan
yang tinggi dalam hampir kesemua sembilan kecerdasan ini. Setiap murid boleh
diperkembangkan dalam kesembilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi
sekiranya diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. Kesembilan-sembilan
kecerdasan adalah saling berkait secara bersepadu semasa murid-murid melakukan sesuatu
aktiviti.
Teori kecerdasan pelbagai ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada
individu, dan mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Kecerdasan
pelbagai boleh bertindak sebagai petunjuk kepada potensi seseorang. Murid boleh menggunakan
kecerdasan yang dimiliki untuk membantu menguasai sesuatu yang dipelajari. Oleh itu murid
boleh mengembangkan setiap kecerdasan ke tahap yang lebih tinggi melalui latihan dan
keupayaan sendiri.
3.1.1 Verbal linguistik
Kecerdasan Verbal - Linguistik merujuk kepada kebolehan murid menggunakan bahasa dengan
efektif secara lisan dan bertulis.
i. Murid mempunyai kemahiran mendengar, berfikir dalam bentuk perkataan,
bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami
perkataan.
7
ii. Murid sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.
iii. Murid cenderung untuk belajar dengan lebih baik melalui pembacaan, mengambil
nota, berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.
iv. Murid mampu mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mempunyai
kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks.
v. Murid pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau
membaca.
3.1.2 Visual Ruang
Kecerdasan Visual Ruang ialah kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan
corak.
i. Murid mampu untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model
itu kepada dunia fizikal, seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem
serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
ii. Murid berkeupayaan membuat penilaian tentang ruang dan membayangkan dalam
mindanya.
iii. Murid mahir dalam menyelesaikan puzzle dan pembinaan struktur serta bijak
menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.
iv. Murid berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah
dilalui serta mempersembahkan idea-idea visual ruang dalam bentuk imaginatif
dan kreatif.
3.1.3 Logik Matematik
Kecerdasan Logik Matematik merupakan kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak. Ini
membolehkan murid menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan
abstrak.
i. Murid yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah
kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat
8
perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesiskan, mengira dan menggunakan
komputer dengan cekap.
ii. Murid yang mempunyai kecerdasan Logik Matematik yang tinggi
memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi.
iii. Murid sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang berlaku di
persekitaran, suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan dan suka
mengklasifikasikan benda.
3.1.4 Muzik
Kecerdasan Muzik berkaitan dengan sensitiviti terhadap bunyi, irama, melodi, dan lagu. Murid
yang mempunyai kecerdasan Muzik berkebolehan mengesan dan membezakan bunyi, muzik
serta irama yang terdapat di persekitarannya.
i. Murid berkebolehan meluahkan perasaan melalui muzik dan berupaya bermain
alat muzik serta menghafal lirik dengan baik walaupun tanpa latihan.
ii. Murid boleh menggubah rentak, tempo, mengenali dan mengingati nada-nada
bunyi atau muzik.
3.1.5 Naturalis
Kecerdasan Naturalis adalah berkaitan dengan minat terhadap alam semula jadi.
i. Murid yang mempunyai kecerdasan Naturalis yang tinggi biasanya merupakan
individu pencinta alam sekitar yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan
flora, fauna, dan galian.
ii. Murid sangat menghargai alam sekitar, lebih banyak menghabiskan masa di luar
dan gemar mendengar bunyi-bunyian alam semula jadi.
iii. Individu Naturalis sensitif terhadap alam sekitar dan boleh menghubungkaitkan
antara kehidupan flora dan fauna.
9
3.1.6 Kinestetik
Kecerdasan Kinestetik adalah berkaitan dengan kebolehan murid menggunakan sebahagian atau
keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
i. Murid cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh, lebih cenderung
melakukan aktiviti yang berkait dengan pergerakan badan seperti bersukan,
menari, gimrama dan lain-lain.
ii. Murid mahir memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara
pergerakan fizikal dengan mental.
iii. Murid boleh belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti yang melibatkan
pergerakan otot seperti sukan atau tarian.
3.1.7 Interpersonal
Kecerdasan Interpersonal adalah berkaitan dengan kebolehan individu memahami perasaan,
sikap, tabiat serta hasrat orang lain.
i. Murid dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain
untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta dapat memberi motivasi kepada
orang lain.
ii. Individu mampu membezakan pelbagai petanda interpersonal dan boleh memberi
maklum balas terhadap petanda tersebut.
iii. Murid mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi biasanya boleh
berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan.
iv. Murid mempunyai empati yang tinggi, suka menolong orang lain dan minat
membina hubungan sosial dengan orang lain.
v. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah berkumpulan.
3.1.8 Intrapersonal
Kecerdasan Intrapersonal adalah berkaitan dengan kesedaran tentang diri sendiri dan
berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
10
i. Murid mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
ii. Murid mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan mereka sendiri.
iii. Murid berpegang teguh pada prinsip kehidupan, mempunyai azam yang kuat,
berdikari dan mempunyai hala tuju yang jelas.
iv. Murid lebih menyukai kaedah belajar secara bersendirian dan gemar melakukan
refleksi kendiri (muhasabah diri).
v. Murid adalah seorang yang introvert dan suka melakukan tugasan secara
bersendirian.
3.1.9 Eksistensial
Kecerdasan Eksistensial adalah berkaitan dengan kebolehan memahami erti kewujudan manusia
dan alam, memahami makna sesuatu kejadian, menggunakan daya intuisi yang tinggi dalam
memahami realiti kehidupan.
i. Murid menghargai dan menghayati nilai-nilai agama, nilai-nilai sejagat dan norma
masyarakat.
ii. Murid meletakkan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang tinggi dalam
mempertimbangkan sesuatu keputusan dalam kehidupan.
iii. Murid suka membaca buku-buku bercorak falsafah, bahan-bahan keagamaan,
nilai-nilai tradisi dan suka mengamati sesuatu kejadian secara mendalam.
iv. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah penyoalan, pemerhatian,
renungan kendiri, inkuiri penemuan dan kaedah perkongsian.
3.2 Instrumen Kecerdasan Pelbagai
Satu lagi instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat murid ialah Inventori
Kecerdasan Pelbagai (IKeP). Instrumen ini dibangunkan berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai
(MI) oleh Howard Gardner (1985) dan Smith dan Smith (2002).
i. Instrumen ini terdiri daripada 90 item persepsi yang mewakili konstruk Ruang,
Visual, Muzik, Naturalis, Intrapersonal, Interpersonal, Kinestatik dan Existential.
ii. Setiap konstruk mengandungi 10 item.
11
iii. Murid hanya perlu menjawab YA atau TIDAK pada penyataan mengenai diri
mereka di atas borang jawapan yang diberikan.
iv. Masa yang diperuntukkan adalah 45 minit.
Item Kecerdasan Pelbagai ini telah di pra uji kepada murid Tahun 6 mengikut kaedah
persampelan berstrata . Sekolah yang dipilih untuk menguji item inventori ini terdiri daripada
sekolah rendah di bandar, luar bandar, sekolah yang mempunyai prestasi tinggi, prestasi rendah
dan prestasi sederhana, murid lelaki dan murid perempuan di Malaysia pada 2016. Data daripada
pra ujian ini telah dianalisis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan iaitu Kuder-Richardson
20 (KR-20) dan kesahan item iaitu Mean fit square (MNSQ) . Item yang mempunyai darjah
kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dipilih untuk dijadikan instrumen.
12
3.3 Kaedah Pentadbiran IKeP Tahun 6
Rajah 2 Carta Alir Pentadbiran IKeP Tahun 6
Sasaran : Murid Tahun 6
Tempat : Sesuai dan kondusif
( Dewan/Bilik Peperiksaan)
Istilah : 1. Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa
(GBKSM)2. Guru Bimbingan & Kaunseling Lantikan Sekolah
(GBKLS)3. Guru Penyelaras (GP)
- Arahan menjawab mengikut keperluan inventori
- Menjawab di atas borang jawapan
- Inventori tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan
- Masa : 45 minit
- Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30 peratus
daripada waktu yang diperuntukkan bagi murid biasa
- Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBKLS/GP
- GBKSM/GBKLS/GP akan memberikan tafsiran skor secara
umum tentang konstruk IKeP
- GBKSM/GBKLS/GP menganalisis skor.Intervensi
Penyimpanan Fail
Pentafsiran Skor
Pengumpulan borang jawapan
Penerangan
Murid menjawab soalan
Edaran Inventori dan borang
jawapan
Murid dikumpulkanMurid dikumpulkan
13
3.4 Pengiraan Skor
3.4.1 Kertas Persepsi - 45 minit
Item berformat dwi pilihan respon iaitu YA / TIDAK
Jadual 1 : Format Item
ITEM KONSTRUK
1, 10, 19, 28, 37, 46, 55, 64, 73, 82 Kecerdasan Verbal Linguistik
2, 11, 20, 29, 38, 47, 56, 65, 74, 83 Kecerdasan Logik Matematik
3, 12, 21, 30, 39, 48, 57, 66, 75, 84 Kecerdasan Intrapersonal
4, 13, 22, 31, 40, 49, 58, 67, 76, 85 Kecerdasan Visual Ruang
5, 14, 23, 32, 41, 50, 59, 68, 77, 86 Kecerdasan Naturalis
6, 15, 24, 33, 42, 51, 60, 69, 78, 87 Kecerdasan Interpersonal
7, 16, 25, 34, 43, 52, 61, 70, 79, 88 Kecerdasan Kinestatik
8, 17, 26, 35, 44, 53, 62, 71, 80, 89 Kecerdasan Muzik
9, 18, 27, 36, 45, 54, 63, 72, 81, 90 Kecerdasan Existential
GBKSM/GBKLS/GP perlu merekod skor setiap murid di dalam sistem offline yang dibekalkan.
Analisis akan ditafsirkan dalam bentuk peratus.
14
3.5 Definisi Tafsiran Skor
Jadual 2 Definisi Tafsiran Skor
KONSTRUK DIFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR
Verbal-linguistik
Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami perkataan.
Tokoh : Munshi Abdullah dan William Shakespeare.
Kerjaya : pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis.
Tinggi75% - 100%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi untuk menggunakan bahasa dengan efektif secara verbal dan bertulis, boleh berkomunikasi dengan lancar, suka berdebat dan berceramah.
Sederhana50% - 74%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam aspek komunikasi.
Rendah0% - 49%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang rendah dalam menggunakan bahasa secara verbal dan bertulis.
Visual- ruang
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
Tokoh : Galileo Galilei dan Leornado Da Vinci
Tinggi75% - 100%
Individu mempunyai daya imaginasi yang tinggi terhadap sesuatu ruang dan banyak idea yang kreatif, suka kepada gambar, graf, video dan filem, mempunyai kemahiran mereka cipta.
Sederhana50% - 74%
Individu ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana dalam imiginasi, membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.
15
Kerjaya : Arkitek, jurugambar, pengukir,pereka pakaian, pereka dalaman, kartunis, perancang Bandar, pelumba motor, jurusolek,juruterbang,ahli pelayaran,angkasawan, dan pelukis
Rendah0% - 49%
Individu ini mempunyai daya imaginasi yang rendah dan tidak suka menggunakan gambaran atau rajah dalam sesuatu penyelesaian.
Logik Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
Tokoh : Bill Gates dan Warren Buffet
Kerjaya : Saintis, pakar statistik, ahli ekonomi, juru audit, akauntan dan aktuaris
Tinggi75% - 100%
Individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam menaakul, mentafsir, menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan nombor. Individu juga suka kepada perkara berstruktur, rutin dan terperinci serta berjadual.
Sederhana50% - 74%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam menaakul, menyelesaikan masalah yang kompleks dan penggunaan perisian yang sederhana.
Rendah0% - 49%
Individu ini tidak berminat menggunakan domain dalam otak kiri dan dalam menyelesaikan masalah.
Muzik
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta Muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.
Tokoh: Tan Sri P.Ramlee, Ramli MS, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro dan Kenny G.
Tinggi75% - 100%
Individu ini mempunyai kecekapan berkaitan dengan muzik serta berkebolehan dalam mengendalikan alat muzik.
Sederhana50% - 74%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam muzik seperti menyanyi dan bermain alat muzik.
16
Kerjaya : Pencipta lagu, komposer dan ahli Muzik
Rendah0% - 49%
Individu ini tidak peka kepada bunyi-bunyian, nyanyian serta tidak boleh bermain alat muzik dan mengubah lagu.
Naturalis
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
Tokoh: Steve Irwin
Kerjaya: Ahli biologi, zoologi, ahli botani, ahli geologi,doktor haiwan, nelayan, pendaki gunung ,renjer hutan,ahli astronomi, juru foto alam, tukang kebun dan veterinari
Tinggi75% - 100%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi terhadap kehidupan alam sekitar dalam kategori flora, fauna dan galian, seorang pencinta alam dan juga seorang yang penyayang kepada kehidupan.
Sederhana50% - 74%
Individu yang mempunyai kecerdasan sederhana terhadap kehidupan alam sekitar dalam kategori flora, fauna dan galian, seorang pencinta alam dan juga seorang yang penyayang kepada kehidupan.
Rendah0% - 49%
Individu yang kurang peka terhadap kehidupan alam sekitar dalam kategori flora, fauna dan galian, seorang pencinta alam dan juga seorang yang penyayang kepada kehidupan.
Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti
Tinggi75% - 100%
Individu mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan dalam menyelesaikan masalah.
17
yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.
Tokoh: Datuk Nicole David, Shalin Zulkifli, Datuk Lim Chong Wei, Micheal Jordan dan Michael Jackson.
Kerjaya : Ahli sukan dan jurutari
Sederhana50% - 74%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam aktiviti pergerakan badan, memanipulasi objek fizikal dan imbangan badan.
Rendah0% - 49%
Individu ini tidak mampu menggunakan anggota badan dalam menyelesaikan masalah dan tidak berminat terhadap pergerakan badan seperti bersukan, menari dan lain-lain.
Interpersonal
Kecerdasan interpersonal melibatkan kemahiran atau kebolehan individu berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain. Individu ini mampu memahami orang lain, sensitif kepada perasaan, kepercayaan, penilaian dan matlamat orang lain. Individu ini cekap menilai emosi, motivasi dan keinginan orang di sekeliling.
Tokoh : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Azizan Osman dan Oprah Winfrey
Kerjaya: Pakar motivasi, kaunselor, ahli politik, guru dan pegawai diplomatik .
Tinggi75% - 100%
Individu yang mempunyai kecerdasan tinggi dalam berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain.
Sederhana50% - 74%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain.
Rendah0% - 49%
Individu yang mempunyai kecerdasan rendah dalam berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain.
18
Intrapersonal
Berkebolehan untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengawal diri dan membuat pertimbangan kendiri dari aspek kelemahan dan kekuatan yang ada. Individu ini mempunyai kesedaran diri yang tinggi tentang perasaan, sikap, penampilan luaran, mengawal naluri diri, kebolehan memantau pemikiran, tindakan dan perasaan. Individu ini mempunyai gerak hati / intuisi dan imaginasi yang tinggi, boleh mengawal emosi dan mempunyai autonomi yang tinggi serta berdikari.
Tokoh : Aristotle dan Hamka
Kerjaya : Pakar psikologi, ahli falsafah dan pendeta.
Tinggi75% - 100%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat untuk mengawal diri serta membuat pertimbangan kendiri.
Sederhana50% - 74%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat untuk mengawal diri serta membuat pertimbangan kendiri.
Rendah0% - 49%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang rendah untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat untuk mengawal diri serta membuat pertimbangan kendiri.
Eksistensial
Kecerdasan kewujudan ialah keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkara-perkara berunsur falsafah yang berkaitan dengan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk (manusia, haiwan, tumbuhan, alam semesta dll) berkaitan kehidupan, tujuan, dan kematian.
Tokoh : Socrates, Dr. Zakir Naik dan Mother Theresa
Kerjaya : Imam, pemimpin dan ahli agama.
Tinggi75% - 100%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkara-perkara berunsur falsafah yang berkaitan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk.
Sederhana50% - 74%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkara-perkara berunsur falsafah yang berkaitan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk.
Rendah0% - 49%
Individu ini mempunyai kecerdasan yang rendah kurang keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkara-perkara berunsur falsafah yang berkaitan kewujudan
19
Tuhan dan fitrah makhluk.
Jadual 3 Penerangan mengenai kecerdasan pelbagai
KECERDASANMURIDSUKA
TINDAKAN GURU
KEMAHIRAN MURID
BIDANG KERJAYA
Verbal linguistik
Berfikir dengan perkataan
Guna pelbagai bentuk bahasa dan perkataan untuk melahirkan makna yang kompleks dan indah
Teka-teki, teka kata,
Membaca, menulis dan bercerita
Guna tatabahasa yang luas
Bermain permainan bahasa
Cipta puisi dan cerita dengan menggunakan bunyi dan imejan perkataan
Memberi projek bacaan dan penulisan
Membantu murid menyediakan ucapan, dan syarahan
Memupuk minat dalam debat
Menyediakan permainan bahasa, teka silang kata dan mencari perkataan
Menggalakkan pelajar bermain dengan kata-kata, dan kiasan
Merakam percakapan sendiri dan mendengar semula sebutan dan intonasi
Mengajar kawan atau ahli keluarga membaca
Mengadakan sesi bercerita bersama kawan atau keluarga
Peguam Guru Pemberita Penyunting Wartawan Penyajak
20
Visual-Ruang
Dapat mengesan dunia visual dengan tepat
Mencipta imej mental
Berfikir dalam 3 Dimensi
Peka pertalian antara objek dalam ruang
Menconteng, melukis, mewarnakan atau mencipta gambaran 3D
Melihat peta Menyusun suai
gambar (jigsaw puzzle), teka kata dan menyudahkan permainan berselirat (maze)
Membuka dan memasang semula sesuatu
Memasukkan aktiviti melukis peta dan permainan berselirat
Memimpin aktiviti visualisasi
Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman melalui lukisan
Memberi murid peluang mereka cipta sesuatu seperti fesyen pakaian, bangunan, kawasan bermain dan pemandangan
Memaparkan isi kandungan bahan yang dibaca dalam bentuk visual
Mereka model 3D dari ciptaan atau projek sekolah
Cuba mendapatkan sesuatu dari bilik atau rumah dengan mata tertutup
Cari imej atau gambar dalam awan, dari alas meja atau retakan di dinding
Kerjaya Pengacara Arkitek Pengurusan
Grafik Pelukis
kartun Ahli bedah
Logik Matematik
Mendekati masalah secara logik
Faham nombor dan pola abstrak
Mengecam dan menyelesaikan
masalah yang memerlukan penaakulan
Bekerja dengan nombor, menganalisis situasi
Hendak tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi
Bertanya ‘Mengapa’
Tunjuk ketepatan dalam menyelesaikan masalah
Bekerja dalam situasi yang memerlukan penyelesaian tepat
Membina rajah Venn
Menggunakan permainan strategi
Melibatkan murid menunjukkan kefahaman tentang sesatu dengan menggunakan objek konkrit
Rekod maklumat dalam graf
Wujudkan aktiviti membuat garis masa dan melukis peta
Menjumlahkan pembelian semasa ibu bapa memasukkan barang ke dalam troli
Membayarkan barangan yang dibeli di pasaraya
Memulakan akaun bank dan adakan sasaran simpanan setiap bulan
Akauntan Juruwang Jurutera Ahli fizik Pencipta Pengaturcara
21
Muzik
Peka kepada bunyi bukan verbal dalam persekitaran termasuk melodi dan nada
Sedar akan pola pada nada dan timbre
Mendengar dan bermain Muzik
Memadankan perasaan kepada Muzik dan ritma
Bernyanyi, bersenandung dan bergerak mengikut Muzik berlainan
Mencipta dan mereplikakan lagu
Memasukkan aktiviti menulis semula lirik lagu untuk mengajar konsep tertentu
Menggalakkan murid menggunakan Muzik dalam lakonan
Mengajar sejarah menggunakan Muzik zaman itu
Menggalakkan murid belajar Muzik dan tarian rakyat negara lain
Mengadakan sesi menyanyi bersama kawan dan keluarga
Menggunakan satu jam seminggu untuk mendengar jenis Muzik yang berlainan
Memberi perhatian kepada bunyi di sekeliling seperti bunyi kipas, orang berjalan, jam berdetik
Penggubah lagu
Penyanyi Ahli Muzik Penerbit Konduktor
Muzik
Naturalis
Peka kepada alam semula jadi
Nampak pertalian dan pola dalam alam tumbuhan-tumbuhan dan haiwan
Menghabiskan masa di luar
Memerhati tumbuh-tumbuhan, kumpul batu-batuan, menangkap serangga dan memelihara haiwan peliharaan
Mengesan pertalian dalam alam semula jadi
Mengesan pertalian dalam alam semula jadi
Mengkelaskan dan mengkategorikan flora dan fauna
Menggunakan persekitaran sebagai bilik darjah
Memberi murid tanggungjawab mengendalikan sudut-sudut tumbuhan-tumbuhan dan haiwan di dalam kelas
Menjalankan eksperimen Sains secara hands-on
Menggalakkan murid mereka bentuk landskap kawasan persekitaran
Memelihara dan memerhati kitaran hidup rama-rama atau katak
Menjaga dan memerhatikan proses pertumbuhan kacang yang disemai
Memerhati dan mencatat fasa bulan
Petani Doktor
haiwan Pendaki
gunung Peramal
cuaca Ahli ekologi Ahli zoologi
22
Kinestatik
Guna pergerakan badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
Mahir dengan objek dan aktiviti yang melibatkan kecekapan motor halus dan motor kasar
Bersukan dan aktiviti fizikal aktif
Guna bahasa badan
Buat kraf dan projek mekanikal (manipulatif)
Menari, berlakon dan mimos (mime)
Memberi aktiviti sentuhan dan pergerakan
Memberi peluang main peranan dan berlakon
Memberi murid bekerja sambil bergerak
Menggunakan aktiviti yang melibatkan kecekapan motor halus dan motor kasar seperti menjahit dan membuat model
Menolong ibu bapa memasak, berkebun dan membaiki perkakas rumah
Atlet Pelakon Penari Mekanik Bomba
Interpersonal
Peka terhadap perasaan dan mood orang lain
Faham dan berinteraksi secara berkesan dengan orang lain
Berkawan Memimpin,
berkongsi dan menjadi orang pengantara
Membina sepersetujuan dan berasa empati dengan orang lain
Bekerja sebagai ahli kumpulan yang berkesan
Pembelajaran koperatif
Memberi projek berkumpulan
Memberi murid peluang mengajar rakan sebaya
Menyediakan aktiviti sumbang saran untuk menyelesaikan masalah
Mewujudkan situasi di mana murid mendapat maklum balas pihak lain
Berinteraksi dengan orang ramai di tempat awam
Aktif dalam permainan yang memerlukan kerjasama
Bertukar peranan dengan ahli keluarga atau kawan untuk sehari (role play)
Kaunselor Ahli Politik Jurujual/
Peniaga Pengawal
keselamatan
Intrapersonal
Tahu kekuatan dan kelemahan kendiri
Guna pengetahuan kendiri sebagai panduan membuat keputusan dan menetapkan
Kawal emosi dan mood kendiri
Mendalami dan meneruskan minat peribadi dan menetapkan agenda sendiri
Belajar melalui pemerhatian dan mendengar
Menggunakan kecekapan meta
Memberi murid belajar pada kadar kendiri
Memberi projek individu berbentuk arahan kendiri
Membantu murid menetapkan matlamat
Memberi
Tulis autobiografi tentang diri sendiri
Duduk bersendirian untuk sesi refleksi 5 minit sehari
Catatkan perasaan, kenangan, visi
Ahli Psikologi
Penyelidik Usahawan Novelis Penulis Pendakwah Ahli falsafah
23
matlamat kognitif peluang murid mendapat maklum balas antara satu sama lain
Melibatkan murid dalam menulis jurnal dan lain bentuk refleksi
dan buah fikiran dalam dairi harian
Eksistensial
Lihat sesuatu secara holistik
Memahami nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan
Keupayaan untuk meringkaskan maklumat ke dalam pemahaman yang lebih besar
Kesedaran kualiti tidak ketara manusia, sama ada bertindak balas kepada seni, kemuliaan falsafah atau rukun agama
Mendapatkan makna dalam kehidupan seharian
Mencari sambungan antara pengalaman mereka
Sering menikmati sastera dan adat dari budaya lain
Berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan
Menyatakan rasa kekitaan kepada masyarakat global
Suka melibatkan diri dengan sebab-sebab sosial dan politik
Mempunyai komitmen yang kuat untuk kesihatan dan kesejahteraan
Sumbang saran dan perbincangan untuk menjana minda
Memberi tugasan penyelidikan
Aktiviti membaca, melukis dan bersyair
Memberi pendapat dan idea yang memberangsangkan berlandaskan agama
Menghargai estetika persekitaran
Menghormati orang lain dan bersopan-santun
Ahli falsafah, Ahli teologi
3.6 Fungsi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP)
24
Guru boleh memilih strategi PdP yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Guru
perlu mengenal pasti dahulu kecerdasan pelbagai murid. Dengan ini, guru boleh
memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah. Maklumat
daripada IKeP boleh digunakan untuk :
i. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
ii. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap
murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.
iii. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak
terbatas.
iv. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui PdP yang menyeronokkan.
v. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam
PdP.
vi. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
vii. Mempelbagaikan cara pentaksiran.
Selain daripada itu Kecerdasan Pelbagai boleh juga dikenal pasti melalui :
i. Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar
ii. Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang
iii. Laporan prestasi murid
iv. Profil kecerdasan murid
Maklumat daripada IKeP ini boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran .
3.7 Interpretasi Skor Kecerdasan Pelbagai IKeP Tahun 6
25
Interpretasi skor yang diperoleh daripada murid berkaitan dengan tahap persetujuan untuk
sesuatu pernyataan kecerdasan tertera dalam Jadual 3.29. Norma yang selalu digunakan dapat
menjelaskan kedudukan sesuatu skor itu berbanding dengan skor yang lain (Tuckman 1999).
Berdasarkan kepada norma lazim, skor 50% dianggap skor min, manakala skor 75% ke atas
dianggap terletak dalam kuartal tertinggi (Gay & Airasian 2003). Dengan itu, interpretasi bagi
peratus dibuat seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.
Jadual 4 Interpretasi Skor Peratusan
Skor Peratusan Interpretasi Skor
75% hingga 100% Tinggi
50% hingga 74% Sederhana
0% hingga 49% Rendah
Sumber : Alias Baba (1999), Tuckman (1999) dan Gay & Airasian (2003) dalam
Mohd. Sani Ismail (2011).
4.0 PROSEDUR PENTADBIRAN IKeP TAHUN 6
26
PERKARA TINDAKANMesyuarat pengoperasian
Perbincangan bersama pentadbir
Penyediaan jadual pelaksanaan
Makluman kepada guru dan murid
GBKSM/GBKLS/GP memuat turun IKeP Tahun 6
GBKSM/GBKLS/GP menyemak instrumen yang dimuat turun
Instrumen diperbanyakkan mengikut jumlah murid
Pentadbiran ujian Sediakan tempat ujian yang selesa, sesuai dan kondusif.
Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian
Edarkan inventori dan borang jawapan kepada setiap murid.
Beri arahan kepada murid:
a. tulis nama dan kelas di borang jawapan
b. bulatkan semua jawapan di borang jawapan
c. jangan meniru
d. semak jumlah halaman kertas soalan
e. masa ujian ialah 45 minit
* Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30
peratus daripada waktu yang diperuntukkan..
Apabila masa ujian telah tamat, mohon murid supaya berhenti
menulis dengan meletakkan pensel di atas meja.
Murid menjawab IKeP dan pengiraan skor
Murid menjawab IKeP Tahun 6
Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBKLS/GP
Pentaksiran skor GBKSM/GBKLS/GP memberi pendedahan umum tentang
tafsiran setiap konstruk
Pengumpulan set Inventori dan Borang Jawapan
Diserahkan kepada GBKSM/GBKLS/GP
Pelaporan GBKSM/GBKLS/GP menganalisis skor IKeP murid Pengisian data dalam sistem pelaporan yang dibekalkan GBKSM/GBKLS/GP mencetak 2 salinan pelaporan skor IKeP
murid 1 salinan untuk simpanan GBKSM/GBKLS/GP untuk dijadikan
eviden. 1 lagi salinan untuk diserahkan kepada murid bersama-sama
keputusan UPSR Pelaporan IKeP Tahun 6 hendaklah ditandatangani oleh
GBKSM/GBKLS/GP dan disahkan oleh Guru Besar.
27
Penyimpanan Fail
Penyimpanan dibuat di dalam fail mengikut kelas, disusun mengikut susunan abjad
Dokumen menjadi rujukan dan panduan semasa membuat intervensi
Intervensi Meningkatkan kefahaman tentang persepsi kecerdasan pelbagai Modifikasi persepsi kecerdasan pelbagai mengikut kebolehan,
bakat dan minat murid Membantu murid meningkatkan/menyeimbangkan kecerdasan
pelbagai bagi mengembangkan potensi diri.
* GBKSM - Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa GBKSL - Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Sekolah GP - Guru Penyelaras
5.0 PERANAN BAHAGIAN
5.1 Jabatan Pendidikan Negeri (Pegawai Kaunseling, Unit Hem )
28
5.1.1 Memberi taklimat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (Penolong Pegawai
Pendidikan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid) dengan dibantu
oleh pegawai yang telah mengikuti sesi penataran.
5.1.2 Mengedarkan bahan manual Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6
kepada Penolong Pegawai Pendidikan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya
Murid.
5.1.3 Pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 di
peringkat PPD.
5.2 Pejabat Pendidikan Daerah ( Penolong Pegawai Kaunseling Dan Kerjaya
Murid )
5.2.1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing menerima
bahan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6.
5.2.2 Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar/GBKSM/GBKLS/GP di
PPD masing-masing berkaitan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6
5.2.3 Memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah.
5.3 Guru Besar
5.3.1 Mengadakan perbincangan bersama GBKSM/GBKLS/GP di sekolah
masing-masing mengenai pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IKeP
Tahun 6.
5.3.2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran
Psikometrik IKeP Tahun 6.
5.3.3 Memastikan GBKSM/GBKLS/GP melaksanakan Pentaksiran Psikometrik
IKeP Tahun 6 berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan.
5.4 GBKSM/GBKLS/GP
29
5.4.1 Berbincang bersama Guru Besar tentang prosedur pelaksanaan
Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6
5.4.2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik
IKeP Tahun 6.
5.4.3 Memberi taklimat kepada murid mengenai Pentaksiran Psikometrik IKeP
Tahun 6
5.4.4 Mentadbir Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6.
5.4.5 Membuat pelaporan IKeP.
5.4.6 Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan skor murid.
5.4.7 Menyimpan skor murid di tempat yang selamat sebagai eviden.
5.4.8 Menyerahkan sesalinan slip skor IKeP Tahun 6 kepada murid.
5.5 Guru
5.5.1 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama
GBKSM/GBKLS/GP untuk penambahbaikan serta perancangan
pengajaran dan pembelajaran.
5.5.2 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama
GBKSM/GBKLS/GP untuk perkembangan murid.
6.0 PERNYATAAN KEPUTUSAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKeP
TAHUN 6
30
Pernyataan keputusan Skor Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 setiap murid akan
dikeluarkan oleh pihak sekolah.
PENTING:
Skor Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 akan dilaporkan secara berasingan.
Instrumen Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 adalah HAK CIPTA
TERPELIHARA Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesiapa
sahaja tidak dibenarkan memetik mana-mana bahagian dalam bentuk apa juga dan
dengan cara apa baik secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman atau yang lain-lain
dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
Rujukan
31
Amla Mohad. Salleh. 2007. Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.
Binet (1905) dalam Wolf, T. H. (1969), "The emergence of Binet's conception and measurement of intelligence: a case history of the creative process", Journal of the history of the behavioral sciences (Apr 1969) 5 (2): 113–34.
Costa, P.T. and McCrae, R.R. 1992. NEO personality Inventory professional manual. Odessa, FL: Psychological Assessment Resources.
Gardner, H. 1983. Frames of Mind. New York: Basic Books Inc.
Gardner, H. (1993). Frame Of Mind: The theory of multiple intelligences. New York, NY: Basic Book.
Gardner, H. 1999. Intelligence Reframed.USA: Basic Books.
Hanizah Hamzah (2011a). Mentaksir ciri tret psikologi murid: penerokaan dimensi baru. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hanizah Hamzah (2011b). Profil: Kenali murid. tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hair, Black and Babin. 2010. Multivariate Data Analysis : A Global Perspective. 7th. Edition.U.S: Pearson Publication
Holland,J.L. (1973). Making Vocational Choice: A Theory of Career. Englewood Cliff, New Jersey: Prentice Hall Inc.
Holland,J.L. (1985). Manual for the Vocational Preference Inventory. Odessa, Florida: Psychological Assessment Resources.
Holland, J.L. (1996). Making Vocational Choice: A Theory of Vocational Personality and Work Environment. Edessa, Florida: Psychological Assessment Resources.
Mohd Ali Jaamat. (2009). Pembinaan Modul Kesedaran Kerjaya Untuk Pelajar Sekolah Menengah Di Negeri Sembilan. Kertas Kerja Konvensyen PERKAMA Ke 14. UPM.
Mohd. Sani bin Ismail. (2011).Kematangan kerjaya, efikasi kendiri kerjaya dan penglibatan pelajar dalam aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya . Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012a. Manual Pentaksiran Psikometrik. Lembaga Peperiksaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012b. Inventori Minat Kerjaya. Lembaga Peperiksaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia -2013-2025.
32
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan kerjaya : Teori & Praktis. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Parsons, F. 1909. Choosing a vocation. Boston, MA, US: Houghton, Mifflin and Company
Smith L.G. and Smith J.K. 1994. Lives in education. A narrative people and ideas Second Edition.New York:St Martin’s Press.
Smith, M.K. 2002. Howard Gardner and Multiple intelligences’ The Encyclopaedia of informal education.
Super, D. E. 1957. The psychology of careers: An introduction to vocational development. New York: Harper & Brothers
Super, D.E. 1971.The psychology of career. New York: Harper & Row Publisher.
Super.D.E. 1990. A life-space, Life Space Approach toCareer Development. In D. Brown,L. Brooks & Associations (Eds.) Career Choice and Development (3rd Ed). San Francisco:Jossey-Bass Inc.
Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Universiti Putra Malaysia, Serdang, selangor Darul Ehsan.
Super, D.E. (1984). Career and life Development. Dalam Career Choice and Development, disunting oleh D.Brown, L. Brooks, and Associates. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Wechsler,D.1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for children –Revised.
Panel penggubal:
1. Prof. Madya Dr. Rorlinda binti Yusof
33
Pusat Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia
2. Dr. Zainuriyah binti Abdul KhatabMalaysian Open University, Selangor
3. Dr. Ramlan bin HamzahIPG Kampus Teknik, Kuala Lumpur
4. Pn. Norliza binti JaafarIPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
5. Pn. Sharifah Hanizah binti Syed JaafarSMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail, Rembau, Negeri Sembilan
6. Pn. Najahah binti ShafieSMK Perempuan Kapar, Klang, Selangor
7. Pn. Inah Kuala AbdullahSMK Puteri, Negeri Sembilan
8. En. Ahmad Sulaiman bin MohammedSK Rahang, Negeri Sembilan
9. Pn. Yusnizal binti IsmailSK Tanjung Minyak 2, Melaka
10. En. M. Fazuli bin KhamisSK Taman Molek, Johor
11. En. Mohd Zahari Safuan bin DraffarSK Ganun, Melaka
12. En. Azizi bin LamatSK Taman Paroi Jaya, Negeri Sembilan
13. En. Safar Ershad bin MajeranSK Senaling, Negeri Sembilan
14. En. Hafrul Nizam bin Mohd IsaSMK Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
15. Pn. Siti Hajar binti Mohd BasirSK Undang Jelebu, Negeri Sembilan
16. Pn. Suziana binti MarniSK Taman Pelangi Indah, Johor
17. Pn. Nor Juliati binti AhmadSK King George V, Negeri Sembilan
34
18. Pn. Norbaya binti Hj Abd. ShattarSK St Paul, Negeri Sembilan
Urusetia
1. En. Abd Aziz bin Mohd Hassan
Lembaga Peperiksaan Malaysia
2. En. Suhaimi bin Yop
Lembaga Peperiksaan Malaysia
3. En. Hamzah bin Ishak
Lembaga Peperiksaan Malaysia
35