UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Kejuruteraan ” adalah hasil kerja saya sendiri...
Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Kejuruteraan ” adalah hasil kerja saya sendiri...
ii
DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT
Author’s full name : FARAH HANAN BINTI AZIMI
Date of birth : 3 SEPTEMBER 1986
Title : PENGINTEGRASIAN PEMBANGUNAN SPIRITUAL
MELALUI PENDIDIKAN YANG BERASASKAN
TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
Academic Session : 2010/2011
I declare that this thesis is classified as :
I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:
1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.
2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose
of research only.
3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.
Certified by :
SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR
860903-11-5176 DR. ROHANA BT. HAMZAH
(NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR
Date : 31 MEI 2011 Date : 31 MEI 2011
NOTES : * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from
the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
√
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret
Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the
organization where research was done)*
OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access
(full text)
iii
“Saya dengan ini mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan di
peringkat Master Pendidikan Teknik dan Vokasional”
Tandatangan : ………………………………………………
Nama Penyelia : DR. ROHANA BT. HAMZAH
Tarikh : 31 MEI 2011
iv
PENGINTEGRASIAN PEMBANGUNAN SPIRITUAL
MELALUI PENDIDIKAN YANG BERASASKAN
TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
FARAH HANAN BINTI AZIMI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
v
“Saya akui bahawa kandungan dalam projek ini yang bertajuk “Pengintegrasian
Pembangunan Spiritual Melalui Pendidikan Yang Berasaskan Teknikal dan
Kejuruteraan” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ...................................................
Nama Penulis : FARAH HANAN BINTI AZIMI
Tarikh : 31 MEI 2011
vi
Hasil kerja ini ditujukan khas buat Umi dan Walid, Wan Fauziah Wan Agil dan Azimi Ismail, adik-
adikku, dan juga yang teristimewa, terima kasih atas kasih sayang, sokongan dan segala-segalanya.
Tanpa kalian siapalah diri ini.
Kepada Bada, Bib dan Hetty, semoga persahabatan kita kekal selamanya.
Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kalian semua
vii
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah, dengan berkat dan izin dari-Nya, akhirnya saya berjaya
menyiapkan Projek Sarjana saya ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penyelia Projek
Sarjana saya ini, Dr. Rohana Hamzah di atas tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh
penyelidikan saya.
Jutaan penghargaan yang tidak terhingga juga buat para pensyarah yang sangat
baik hati dalam membantu dan memberi kerjasama kepada saya untuk mengumpul data
bagi menjalankan penyelidikan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa
kalian.
Terima kasih tidak ternilai juga kepada orang-orang tersayang dan rakan-rakan
seperjuangan yang banyak member dorongan dan sokongan ketika susah dan senang
saya sehingga saya berjaya menyiapkan Projek Sarjana saya ini.
Wassaalam.
v
ABSTRAK
Negara Barat telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang apabila berjaya
menyebarluaskan suatu sistem pendidikan sekular. Pendidikan sekular menjadi
permasalahan utama di institusi pendidikan hari ini termasuklah juga universiti-
universiti di negara Islam. Maka, masalah akhlak dan gejala sosial masyarakat tidak kira
yang berilmu atau tidak adalah hasil sampingan buruk proses pendidikan sekular akibat
pembangunan rohaniah yang begitu lemah dalam sistem pendidikan negara kita. Oleh
itu, pendidik memerlukan satu proses islamisasi ilmu. Kajian ini dijalankan bagi melihat
sejauh manakah para pensyarah di UTM ini menerapkan pensekularan pendidikan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga adalah untuk melihat sejauh mana
pensyarah-pensyarah di UTM menggunakan kebijaksanaan dan usaha intelektual mereka
untuk mencapai pemahaman tentang kewujudan dan keesaan Tuhan. Kajian dijalankan
di tiga buah fakulti kejuruteraan di UTM Skudai iaitu Fakulti Alam Bina, Fakulti
Kejuruteraan Awam dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan pengumpulan data dijalankan
melalui temubual dengan para responden. Dalam kajian ini beberapa soalan diutarakan
kepada responden untuk mengetahui persepsi dan tahap penerapan para pensyarah
terhadap potensi spiritual manusia yang diyakini oleh para cendikiawan bahawa ianya
dapat menghapuskan pensekularisme dalam bidang pendidikan. Analisa data dijalankan
dengan menggunakan kaedah pengekodan data. Hasil kajian mendapati para responden
masih ramai yang tidak memahami dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan
potensi spiritual dari sudut pandangan Islam. Dapatan juga menunjukkan para pensyarah
di tiga buah fakulti kejuruteraan berkenaan pernah menerapkan kepada pembangunan
potensi spiritual ketika pembelajaran mengikut cara mereka tersendiri.
vi
ABSTRACT
Western country had managed to get the most brilliant success, when they
successfully implemented a system of secular education. Secular education has been a
major problem in today’s educational institutions includes universities as well as in
Muslim countries. Hence, the problem of moral and social illness among the educated
society or not, are the adverse effects of secular education as a result of weak spiritual
development in our national education system. Therefore, educators require a process
of Islamization of knowledge. Therefore, this study was carried out to examine how far
the lecturers in UTM are practicing the secular education while teaching and learning
process. This study is also to examine how far the lecturers in UTM using their
intelligence and intellectual effort to reach an understanding about the existence and
oneness of God. This study is carried out in three engineering faculty at UTM Skudai
which are Faculty of Built Environment, Faculty of Civil Engineering and Faculty of
Electrical Engineering and data collection is conducted through interviews with the
respondents. In this study, several questions are posed to respondents to determine the
perceptions and the application on the humans’ spiritual potential which is believed by
scholars that it can abolish the secularism in the field of education. Data analysis was
conducted using data encoding methods. The study found that the respondents are still
do not clearly understand what is meant by spiritual potential from the Islamic
perspective. The results also showed the lecturers at the three engineering faculties were
applied he development of spiritual potential while teaching and learning process
according to their own way.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
viii
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 9
2.1 Pengenalan 9
2.2 Potensi Manusia 11
2.2.1 Hati 12
2.2.2 Akal 12
2.2.3 Jasad 13
2.3 Potensi Spiritual 14
2.3.1 Pengenalan 14
2.3.2 Definisi Spiritual 15
2.3.3 Spiritual Manusia 17
2.4 Hakikat Diri dan Inti Kemanusiaan 19
2.4.1 Fithrah Manusia 20
2.5 Pendidikan Dan Masalah Sosial 21
2.5.1 Sekularisme 22
2.5.2 Keberkesanan Pendidikan Kini 24
2.5.3 Kesan Pengaruh Sekularisme 28
2.5.3.1 Nilai Budaya Dan Pemikiran 28
2.5.3.2 Media Massa 31
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 33
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Kaedah Analisis Data 35
3.7 Prosedur Kajian 37
ix
BAB 4 ANALISA KAJIAN 38
4.1 Pengenalan 38
4.2 Persepsi atau Pandangan Terhadap
Cogankata UTM
(Kerana Tuhan Untuk Manusia) 38
4.3 Cara Merealisasikan Cogankata UTM
Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran 43
4.4 Kepentingan Pendidikan Kejuruteraan
atau Teknikal 49
4.5 Pemahaman Terhadap Potensi Spiritual 54
4.6 Proses Pembangunan Spiritual 59
4.7 Kepentingan Pemahaman Tentang
Potensi Spiritual Dalam Kejuruteraan 62
4.8 Pemamahaman Diri Sendiri Terhadap
Proses Pembangunan Spiritual 67
4.9 Pembangunan Potensi Spiritual Melalui
Subjek Kejuruteraan 72
4.10 Pemfokusan Dan Penilaian Dalam Pengajaran 78
4.11 Pembangunan Potensi Spiritual Sebagai
Bidang Tugas Pensyarah 85
4.12 Masalah Yang Dihadapi Untuk
Membangunkan Elemen Spiritual 90
BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN
DAN CADANGAN 97
5.1 Pengenalan 97
5.2 Masalah yang Dihadapi Semasa
Menjalankan Penyelidikan 98
x
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 100
5.3.1 Rumusan A: Latar Belakang Responden 100
5.3.2 Rumusan B: Kesimpulan
Berdasarkan Objektif Kajian 101
5.3.2.1 Mengenalpasti Persepsi Para
Pensyarah UTM Tentang Potensi
Spiritual Dalam Bidang
Kejuruteraan dan Teknikal di
Tiga Buah Fakulti di UTM
Iaitu Fakulti Kejuruteraan
Elektrik (FKE), Fakulti
Kejuruteraan Awam (FKA) dan
Fakulti Alam Bina (FAB). 101
5.3.2.2 Menganalisa Sejauh Mana
Para Pensyarah Menerapkan
Pembangunan Potensi Spiritual
Ketika Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Dalam Subjek
Kejuruteraan Dan Teknikal di UTM. 102
5.4 Perbincangan 102
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 107
5.6 Penutup 108
RUJUKAN 109
LAMPIRAN 113
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jumlah responden bagi setiap fakulti 35
4.1 Persepsi responden terhadap cogankata UTM
‘Kerana Tuhan Untuk Manusia’ 42
4.2 Cara merealisasikan cogankata UTM melalui proses
pengajaran dan pembelajaran 48
4.3 Kepentingan pendidikan kejuruteraan atau teknikal 53
4.4 Pemahaman Tentang Potensi Spiritual 58
4.5 Pemahaman Tentang Proses Pembangunan Spiritual 61
4.6 Kepentingan Pemahaman Tentang Potensi Spiritual
Dalam Kejuruteraan 66
4.7 Pemamahaman Diri Sendiri Terhadap Proses
Pembangunan Spiritual 71
4.8 Pembangunan Potensi Spiritual Melalui Subjek
Kejuruteraan 77
4.9.1 Bilangan Responden yang Melakukan Pemfokusan
Terhadap Pembangunan Potensi Spiritual 83
4.9.2 Cara yang Dilakukan oleh Responden untuk
Menerapkan Pembangunan Potensi Spiritual 83
4.9.3 Penilaian Pembangunan Potensi Spiritual yang
Dilakukan oleh Responden 84
4.10 Pensyarah dalam Pembangunan Potensi Spiritual Pelajar 89
4.11 Masalah yang Dihadapi untuk Menerapkan Elemen
Spiritual dalam Bidang Pendidikan Kejuruteraan 96
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kewujudan manusia di dunia ini dilengkapi dengan dua sifat iaitu manusia
merupakan makhluk ynag terdiri daripada jasad dan roh; ertinya makhluk jasadiah dan
rohaniah sekaligus (Wan Omar Wan Daud, 2005). Manusia juga bukan makhluk rohani
sahaja, bukan juga jasad semata-mata tetapi juga terdiri daripada satu lagi elemen ketiga
iaitu jati dirinya sendiri. Realitinya, prinsip yang menyatukan apa yang dikenali sebagai
manusia bukanlah perubahan jasadnya tetapi perubahan yang membawa kemajuan
kepada kerohaniaannya.
Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1989), Islam tidak hanya melihat
manusia sebagai subjek, malah sebagai objek ilmu pengetahuan. Oleh itu, cara mendidik
yang benar haruslah dengan melibatkan fizikal dan pendisiplinan spiritual manusia.
Menurut Al-Attas (1989), manusia harus diberi maklumat ilmu dan diajar dengan
kemampuan dan keterbatasan fizikal dan moral dan juga hal lain yang dapat
meningkatkan perkembangan dirinya. Namun, bagi pendidikan sekular yang semakin
menular hari ini pada dasarnya telah membataskan akal dan pengalaman manusia pada
peringkat fizikal dan psikologi atau intelektual sahaja.
Antara salah satu masalah universiti-universiti Muslim moden hari ini adalah
meniru mentah-mentah model sekular Barat yang jelas merupakan cerminan daripada
2
sebuah negara, termasuk di dalamnya iaitu manusia sekular. Perkembangan pendidikan
sekular tidak memiliki idea yang jelas tentang arah dan tujuannya dan tidak memiliki
konsep yang sistematik tentang hakikat pendidikan dan tujuannya.
Roh manusia itu merupakan sesuatu yang tidak mati dan selalu sedar akan
dirinya. Oleh itu, manusia itu diciptakan Allah sebagai hamba dan khalifah-Nya di muka
bumi ini. Aspek rasional pada jiwa manusia diberi kepercayaan oleh Allah untuk
memimpin dan membimbing aspek-aspek kehaiwanan dalam diri manusia agar dapat
menyedari misi kehidupannya di atas dunia ini. Hubungan antara jiwa yang rasional
dengan tubuh secara tepat dapat dianologikan dengan cara yang digunakan oleh Allah
s.w.t dalam mentadbir alam jagat raya. Namun pendidikan sekular hari ini telah
memusnahkan hubungan di antara jiwa yang rasional dan jasad ini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Masalah yang mendasari dunia Muslim kebelakangan ini adalah masalah ilmu
(knowledge) yang akan menimbulkan gejala-gejala seperti masalah sosial, ekonomi, dan
politik (Al-Attas, 1973). Ia merupakan kebejatan akhlak, kekacauan jiwa dan keruntuhan
nilai-nilai sosial. Ini juga merupakan salah satu isu hangat dan seringkali dibincangkan
di peringkat legislatif seperti di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan-Dewan
Undangan Negeri. Dari segi maklumat umum pula, dapat dikatakan setiap hari akhbar-
akhbar tempatan memaparkan pelbagai kes mengenai kemerosotan akhlak, politik dan
juga ekonomi.
Menyedari hakikat ini, maka Syed M. Naquib Al-Attas menyuarakan anggapan
beliau bahawa universiti adalah sebagai sebuah institusi yang paling penting dalam
merangka sistem pendidikan, yang daripadanya akan bermulanya suatu revivalisme
(kebangkitan) dan pembentukan semula pendidikan dan epistemologi. Namun, menurut
3
Isma’il Al- Faruqi (1988), pendidikan umat Islam hari ini tiada lainnya merupakan suatu
tragedi yang telah melanda ummah dalam bentuk yang paling teruk dan memudaratkan.
Ini memerlukan perhatian yang amat serius daripada setiap orang Islam, dan kadar
perhatian ini akan menentukan taraf nilai mereka dari kaca mata sejarah dan di sisi
Allah.
Keinsafan terhadap kepentingan ilmu di kalangan kaum Muslimin hari ini sangat
rendah jika dibandingkan dengan nenek moyang terdahulu. Ini kerana kurangnya
hubungkait di antara proses perolehan dan penyampaian ilmu dengan intipati agama,
dengan ibadat dan kemuliaan sebagaimana yang dilakukan oleh Islam. Belum juga ada
yang memuliakan ilmu dengan menghubungkannya secara lansung dengan Allah dan
tidak ada pun yang telah menyepadukan Allah dengan kebenaran dan ilmu.
Menurut Al- Faruqi (1988), akibatnya, peratusan buta huruf semakin meningkat
dari masa ke semasa. Peruntukan bagi pendidikan juga amat rendah walaupun negara itu
adalah negara Islam yang kaya raya, dan jika ada pun, peruntukan sebahagian besarnya
adalah untuk membina kampus yang indah-indah sahaja. Institusi-institusi Islam yang
wujud hari ini pula tidak lagi menggambarkan ciri-ciri Islam, dan juga tidak
membangkitkan semangat keislaman di kalangan penuntutnya serta tiada suasana,
disiplin dan cara-cara yang diperlukan untuk mencapai tahap kecemerlangan institusi
pendidikan Barat. Dalam hal ini, institusi ini mencuba untuk meniru Barat tetapi tidak
pernah mencapai kecemerlangan seiring dengan Barat.
Barat telah berjaya mendapat kejayaan yang paling cemerlang apabila berjaya
menerapkan suatu sistem pendidikan sekular dalam dunia Islam. Mereka berjaya
memperkenalkan sistem perundangan, pentadbiran, perniagaan dan institusi sosial Barat,
dan hanya sekolah-sekolah yang baru ditubuhkan oleh Barat sahaja yang dapat mengisi
keperluan ini. Sekolah-sekolah yang baru ini telah memusnahkan keseluruhan warisan
sistem pendidikan Islam lalu menggugat kepercayaan terhadap Islam serta masa depan
4
Islam di dunia pada hari ini. Akibatnya, sistem pendidikan Islam dan Barat menjadi
sistem yang berasingan. Inilah yang di namakan sebagai pendidikan sekular yang
menjadi permasalahan utama di institusi pendidikan termasuklah juga universiti-
universiti di negara Islam. Barat telah berjaya menggariskan standard bagi bidang ilmu
baru yang tidak mampu disaingi oleh Islam contohnya bidang sains sosial, sains dan
teknologi dan kemanusiaan yang mencabar nilai-nilai Islam tentang manusia,
masyarakat Islam, dan alam tabii yang di amalkan oleh rakyat di negara Islam itu sendiri
(Al-Faruqi, 1988).
Di peringkat universiti khususnya dalam bidang kemanusiaan, nilai-nilai Islam
dalam senibina, muzik, drama dan teater hampir tidak wujud sama sekali. Begitu juga
dalam bidang ekonomi, sains politik, sosiologi, antropologi, geografi dan sejarah,
malahan keseluruhan bidang sains sosial (Al-Faruqi, 1988). Menurut Al-Faruqi (1988)
lagi, universiti-universiti Islam ini tidak menyedari bahawa Islam mempunyai nilai-
nilainya yang tersendiri dalam bidang-bidang tersebut.
Bidang senibina dan kejuruteraan mempamerkan kesan yang ketara.
Sememangnya Barat sengaja untuk memupuk nilai-nilai senibina dan perancangan
bandar Barat di kalangan mahasiswa-mahasiswa universiti tanpa memasukkan silibus
mata pelajaran senibina dan perancangan bandaraya Islam. Walhal senibina adalah
lambang hidup dan nilai, maka dengan itu ia sangat berhubung kait dan bergantung
kepada agama dan kebudayaan. Kesannya, bandar-bandar kita yang baru dibina mirip
dengan bandar-bandar di negara Barat. Inilah kesan daripada birokrasi perancangan
bandar dan daerah yang taat kepada idea-idea Barat melebihi orang Barat sendiri.
Ketaatan ini adalah tidak berasas kerana ia merupakan suatu kompleks rendah diri
kerana mereka sendiri tidak menyedari hubungan di antara idea-idea Barat dengan
ideologi Barat. Akibatnya, pengikut-pengikut Barat ini menjuruskan semua nilai moral,
estetika dan keagamaan ke jurang citarasa, subjektiviti dan relativisme dan dengan itu
membuang sifat-sifat yang tinggi nilainya daripada ruang kebenaran kajian kritikal (Al-
Faruqi. 1988).
5
Justeru itu, sudah sewajarnyalah penyelidik mengambil langkah untuk
menjalankan kajian di Universiti Teknologi Malaysia sebagai sebuah universiti di negara
Muslim untuk menilai sejauh mana integrasi pendidikan spiritual melalui sistem
pendidikan berasaskan teknikal dan kejuruteraan.
1.3 Penyataan Masalah
Sesungguhnya permasalahan pendidikan sekular ini bukanlah sesuatu yang asing
dalam sistem pendidikan negara kita. Malahan permasalahan ini terus diperbincangkan,
dikaji dan dicari jalan penyelesaiannya. Walaubagaimanapun, pensekularan pendidikan
ini terus berlaku seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara sebagai salah satu
impak daripada globalisasi. Maka, masalah akhlak adalah hasil sampingan buruk
daripada proses pendidikan sekular ini akibat pembangunan rohaniah yang begitu lemah
dalam sistem pendidikan negara kita.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah merupakan sebuah institusi
pendidikan tinggi ternama dan teraju utama negara ini khususnya dalam bidang
kejuruteraan dan teknologi serta senibina. Cogankata UTM yang berbunyi ‘Kerana
Tuhan Untuk Manusia’ amat bermakna sekali kepada pengajar dan juga tenaga pengajar
di institusi ini. Dalam melaksanakan usaha mendidik para mahasiswa di institusi ini,
para pensyarah dan juga pengajar seharusnya berlandaskan kepada cogankata UTM ini
bahawa segala ilmu yang dicurahkan kepada pelajar adalah kerana Tuhan iaitu Allah
s.w.t dan juga untuk pembangunan insan pelajar samada dari segi rohaniah dan
jasmaniah. Slogan ini juga jika diperincikan secara halus membawa maksud bahawa
pensekularan proses pendidikan tidak seharusnya berlaku kerana pendidikan sekular
tidak lagi membawa maksud segala usaha pendidikan itu adalah kerana Tuhan.
6
Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1989), konsep kewujudan dan
keesaan Tuhan dapat dicapai melalui akal dan usaha intelektual. Walaupun demikian,
akal yang tidak memiliki persiapan tidak akan dapat mengetahui Nama-Nya dan tidak
pula dapat memahami dengan baik hubungan Tuhan dengan semua ciptaan-Nya dan
sebaliknya. Itulah sebabnya mengapa para pemikir Greek meskipun menguasai
pemikiran intelektual secara mendalam tidak sampai kepada mengenal dan pada
keyakinan yang benar tentang Tuhan dan hubungannya dengan makhluk ciptaan-Nya.
Misalnya, pandangan etika Aristoteles tidak dapat diterapkan dalam kehidupan seharian
kerana pandangan ini diceraikan daripada agama (sekular). Namun apa yang menjadi
persoalan kini ialah sejauh manakah para pensyarah di UTM ini benar-benar tidak
menerapkan pensekularan pendidikan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti amalan pengintegrasian pembangunan
spiritual melalui pendidikan teknikal dan kejuruteraan dari sudut persepsi pensyarah
tentang potensi spiritual dan penerapan pembangunan potensi spiritual melalui proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif penyelidik di dalam menghasilkan kajian ini adalah seperti
berikut:
i. Mengenalpasti persepsi para pensyarah UTM tentang potensi spiritual di
bidang kejuruteraan dan teknikal di tiga buah fakulti di UTM iaitu Fakulti
Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan
Fakulti Alam Bina (FAB).
ii. Menganalisa sejauh mana para pensyarah menerapkan pembangunan
potensi spiritual ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek
kejuruteraan dan teknikal di UTM.
7
1.5 Persoalan Kajian
Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik memfokuskan perkara tersebut
kepada beberapa persoalan penting. Persoalan tersebut adalah:
i. Apakah persepsi atau pandangan pensyarah terhadap cogankata UTM?
ii. Bagaimanakah cara pensyarah merealisasikan cogankata UTM melalui proses
pengajaran dan pembelajaran?
iii. Adakah para pensyarah memahami tentang potensi spiritual dan kepentingannya
di dalam bidang kejuruteraan dan teknikal?
iv. Apakah para pensyarah menerapkan potensi spiritual ke dalam diri pelajar ketika
mengajar di dalam bidang kejuruteraan dan teknikal dan apakah
permasalahannya?
v. Apakah pandangan pensyarah terhadap masalah pembangunan potensi spiritual
melalui bidang pendidikan kejuruteraan dan teknikal.
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini diharap dapat membantu memberi sedikit sebanyak
tentang kefahaman para pensyarah tentang potensi spiritual. Kefahaman para pensyarah
terhadap potensi spiritual akan memberi kesan yang sangat penting terhadap peranan
mereka dalam membangunkan potensi spiritual melalui proses pengajaran dan
pembelajaran teknikal dan kejuruteraan. Para pensyarah juga diharap dapat menyedari
tentang kepentingan potensi spiritual di dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.
Kajian ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada pihak fakulti masing-
masing iaitu FKE, FKA dan FAB terhadap kepentingan pembangunan spiritual di
kalangan para pelajar mereka menerusi subjek kejuruteraan dan teknikal. Menerusi
kajian ini, pihak fakulti juga dapat mengetahui samada perlu atau tidak untuk menggubal
8
kurikulum subjek kejuruteraan dan teknikal baru yang dilengkapi dengan proses
pembangunan spiritual untuk para pensyarah dan pelajar di fakulti masing-masing.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan sepenuhnya di sekitar kampus UTM Skudai di tiga buah
fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Alam
Bina. Seramai 18 orang reaponden terlibat dalam kajian ini yang melibatkan para
pensyarah dari tiga buah fakulti.
Oleh itu dapatan ini hanya dapat digeneralisasikan kepada ketiga-tiga fakulti
tersebut dan tidak kepada pensyarah di seluruh UTM.
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
Manusia diciptakan sebagai makhluk yang paling mulia dan terbaik di antara
makhluk ciptaan Tuhan kerana dibekali berbagai macam potensi yang tidak dimiliki oleh
makhluk lain. Namun terkadang, manusia tidak sedar bahkan tidak tahu sama sekali apa
potensi yang ada pada dirinya sehingga terkadang hidup dengan keadaan seadanya,
mudah menyerah dan tidak mempunyai impian besar. Manusia menjalani rutin hidup
tanpa ada kekuatan untuk menjadikan hidupnya lebih bermakna.
Tuhan telah membekalkan manusia dengan segenap potensi yang ada dalam
dirinya. Manusia jika diselidik dari struktur penciptaannnya terdiri dari dua unsur,
jasmani atau raga dan rohani atau jiwa, dan masing-masing memiliki potensi ataupun
daya (Nurul Huda, 2006). Jasmani mempunyai daya fizik seperti mendengar, melihat,
merasa, meraba, mencium dan daya gerak. Sedangkan rohani manusia yang dalam al-
Qur’an disebutkan dengan al-Nafs memiliki dua potensi, yakni potensi berfikir yang
disebut dengan akal yang berpusat di kepala dan potensi hati ataupun spiritual yang
berpusat di kalbu atau dada (Harun Nasution, 1989).
Menurut M. Dawam (1996) pula, setiap manusia mempunyai nafs yang terdiri
daripada dua iaitu nafs akal dan nafs ruh. Oleh itu dapat di dikatakan di sini bahawa
potensi ruhani (spiritual) dan potensi akal (mind) merupakan potensi yang berasal
10
daripada nafs yang bermaksud kerohanian manusia. Hilangnya nafs akal menyebabkan
manusia tidak dapat berfikir namun ia tetap hidup, ini dapat dilihat ketika manusia
dalam keadaan tidur. Sedangkan hilangnya nafs ruh, menyebabkan hilangnya kehidupan.
Namun ketiga-tiga potensi (jasmani, rohani dan akal) ini akan memberikan kemampuan
kepada manusia untuk menentukan dan memilih jalan hidupnya sendiri. Manusia diberi
kebebasan untuk menentukan takdirnya. Semua itu bergantung kepada bagaimana
mereka memanfaatkan potensi yang melekat dalam dirinya. Oleh itu manusia perlu
berjuang untuk memerdekakan diri mereka daripada kesengsaraan dan penderitaan
sehingga menemui kebahagiaan.
Ketiga-tiga potensi tersebut saling menunjang dan melengkapi, tetapi dari ketiga
komponen itu, potensi spiritual dan akal memegang peranan penting dalam menentukan
kejayaan seseorang dalam kehidupan, sebab dari kedua-dua potensi itulah manusia akan
tahu kemana akan melangkah, apa yang diinginkan, dan apa yang harus dilakukan.
Imam al-Ghazali (1990) berpendapat bahawa pemahaman yang dinamik dan mendalam
tentang epistemologi Islam, penerimaan Islam sebagai agama yang syumul, keadaan
sosial yang penuh beradab, pendidikan yang memberi penumpuan pada kepentingan
dunia dan akhirat merupakan teras pembangunan umat. Dengan kata lainnya,
pembangunan manusia yang merupakan asas kepada pembangunan negara dan
masyarakat perlulah berlaku menerusi perubahan jiwa (roh) dan minda (akal). Potensi
fizik pula hanya merealisasikan kedua-dua potensi tersebut dalam kehidupan agar lebih
sempurna. Oleh itu kepentinganya juga tidak boleh diketepikan.
Ramai orang yang mengeluh ketika dikurniakan fizikal yang kurang sempurna.
Mereka merasa seakan-akan hidupnya tidak berguna. Akhirnya mereka menjadi orang-
orang yang berputus asa dan menjadi beban bagi orang lain. Mereka melupakan potensi
akal dan spiritual yang dikurniakan Tuhan. Dalam sejarah kehidupan manusia, ada ramai
manusia yang luar biasa, mereka dikurniakan dengan keterbatasan fizikal, tetapi dengan
itu jugalah mereka dapat menghasilkan prestasi yang mengagumkan. Mereka
menjadikan keterbatasan mereka sebagai motivasi untuk meraih prestasi tinggi. Seperti
11
Hirotada Ototake, orang Jepun yang ketika dilahirkan tidak mempunyai tangan dan kaki
tetapi tidak pernah menyerah, dan sentiasa berusaha untuk hidup normal dan berprestasi
dan berjaya menjadi seorang guru di Suginami Dai-Yon Elementary School di Jepun
(Sawf News, 2007). Hirotada pernah menjadi ketua pengawas di sekolahnya, menjuarai
pertandingan bahasa Inggeris, dan berjaya masuk ke salah sebuah institusi perguruan
tinggi terbaik di Jepun (Yue, 1999). Pada ketika itu Hirotada merupakan seorang
motivator yang terkenal dan menulis buku berjudul “No One’s Perfect”.
Apapun yang ada pada diri manusia sekarang, selama seseorang manusia itu
masih mempunyai impian yang kuat, semangat membara, dan ketangkasan bertindak,
dan ketekunan, seseorang itu pasti akan memperoleh apa yang diinginkan.
2.2 Potensi Manusia
Potensi manusia terbahagi kepada potensi jasmani (fizikal), rohani (spiritual) dan
akal (mind) (Nurul Huda, 2006). Setiap potensi yang dimiliki oleh manusia adalah
kurniaan daripada Allah. Saban masa dan ketika,masih ramai lagi manusia yang tidak
mahu mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Sebanyak 31 kali di dalam Al-Quran surah
Ar-Rahman, Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada
manusia supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran mereka terhadap nikmat-Nya.
بان فبأي آYء ربكما تكذ
Maksudnya;
“Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?”
Tuhan Maha Pencipta telah mengurniakan kelebihan akal, jasad dan hati kepada
manusia agar dapat membezakan kejadian manusia dengan haiwan di samping
mengerjakan ibadah sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Setiap kejadian dan ciptaan
Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
12
2.2.1 Hati
Dengan hati, manusia memiliki pengendalian diri. Mengetahui antara yang benar
dan salah, mana yang indah dan mana yang tidak, mana yang menyenangkan dan
sebaliknya. Manusia yang memiliki hati bersih senantiasa hidup dalam keadaan aman,
tenteram dan damai kerana selalu memilih hal yang sesuai dengan perintah Allah (haq).
Jika hati dibiarkan tercemar maka hanya mendapat kesesatan dan jauh dari jalan
kebenaran. Ini dapat dibuktikan dalam al-Quran, seperti yang difirmankan oleh Allah
s.w.t dalam Surah al-Ra’d ayat 28:
“Orang yang beriman, dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati
Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”
(Surah al-Ra’d: ayat 28)
Oleh itu daripada ayat ini dapatlah dikatakan bahawa hati itu sangat memainkan
peranan penting dalam mengendalikan potensi manusia kerana segala-galanya yang
dilakukan oleh manusia itu bermula daripada hati iaitu qalbunya. Potensi spiritual
manusia merujuk kepada hati atau qalbunya.
2.2.2 Akal
Satu perkara yang membuatkan manusia itu lebih baik daripada mahkluk lain
ialah manusia mampu berfikir dengan akalnya, kerana manusia itu dianugerahi oleh
Allah dengan akal dan dengannya manusia mampu memilih, mempertimbangkan, dan
menentukan jalan fikirannya sendiri (Arham, 2009). Dengan akal, manusia mampu
berfikir untuk menciptakan sesuatu, menjalankan sesuatu, yang kesemuanya adalah hasil
dari cantuman-cantuman ilmu. Ilmu yang bermanfaat akan dapat digunakan oleh ramai
orang, sehinggakan seseorang manusia dapat berinteraksi dengan manusia lain. Akal
13
yang sihat dapat menciptakan sesuatu yang berguna bagi kehidupan manusia, dan
sebaliknya jika akal tidak sihat maka akan menciptakan hal-hal yang mampu merugikan
manusia. Menurut Harun Nasution (1995), permasalahan dogmatik dalam berfikir atau
kesempitan fikiran adalah disebabkan oleh kemunduran yang dialami oleh umat Islam
dalam sejarah. Menurut Nasution (1995) lagi, apa yang menyebabkan kemunduran umat
Islam hari ini adalah kerana kurang mengoptimakan potensi akal yang dimiliki.
2.2.3 Jasad
Dengan jasad, manusia mampu melakukan kegiatan secara fizikal. Jasad
berfungsi mengaplikasikan secara perbuatan terhadap apa-apa yang dihasilkan oleh hati
dan akal. Dalam Surah al-A’raf ayat 172 Allah telah berfirman bahawasanya:
“Dan (ingatlah), ketika Rabbmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari
sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):
“Bukankah Aku ini Rabbmu”. Mereka menjawab: “Betul (Engkau Rabb kami), kami
menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak
mengatakan: “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah
terhadap ini (keesaan Rabb)”
(Surah al-A’raf: ayat 172)
Melalui ayat ini dapat dilihat secara jelas bahawa sejak dari alam rahim lagi
perkembangan seseorang manusia bukanlah sekadar proses perkembangan fizikal
semata-mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan
kesaksian sepertimana yg telah disebut dalam ayat al-Quran di atas. Semua yang
dilakukan manusia dengan jasad mampu menjadi harapan baik jika ia melakukan hal
bermanfaat bagi keluarga, sanak-saudara, dan bangsanya.