MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya...
Transcript of MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya...
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KENDIRI PEMPROSESAN
MAKANAN: TAJUK BAKERI DAN HASIL BIJI-BIJIAN
LIZAWATI BINTI KAMSO
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KENDIRI
PEMPROSESAN MAKANAN : TAJUK BAKERI DAN HASIL BIJI-BIJIAN.
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya LIZAWATI BINTI KAMSO _____________
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: LOT 139, Batu 5, Dr. Mohd Zolkifli bin Abdul Hamid Sg. Tunggul Baru, Tanjung Karang, 45500 Selang Tarikh: ___________________ Tarikh: ____________________
√
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandangan : ……………………………………
Nama Penyelia: Dr. Mohd Zolkifli bin Abdul Hamid
Tarikh : …………………………………...
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KENDIRI PEMPROSESAN
MAKANAN: TAJUK BAKERI DAN HASIL BIJI-BIJIAN
LIZAWATI BINTI KAMSO
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penulis : LIZAWATI BINTI KAMSO
Tarikh : …………………………………..
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Walaupun projek ini
mencabar, tetapi sebagai mahasiswa yang berdedikasi haruslah menyiapkannya dengan
tekun dan sabar.
Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Zolkifli bin
Abdul Hamid di atas segala bimbingan, kerjasama, bantuan, dorongan serta masa yang
telah diluangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Penyelidik juga ingin merakamkan penghargaan kepada suami tersayang
(Arman bin Basiran) serta anakanda yang dikasihi (Nur Nazira binti Arman) di atas
segala pengorbanan, semangat serta dorongan yang diberikan. Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak memberi semangat dan membantu dalam
menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang membantu secara
langsung dan tidak langsung.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan segala jasa baik yang
dicurahkan, jutaan terima kasih diucapkan.
iv
DEDIKASI
Hasil kerja ini ditujukan khas buat,
mak ( Nor Radziah binti Atan) dan abah ( Kamso bin Sukar)
yang sentiasa mendoakan kejayaan ini,
dan teristimewa untuk,
suami (Arman bin Basiran) serta anakku (Nur Nazira binti Arman) tercinta.
Inspirasi dan kasih sayang yang diberikan adalah kekuatan
buat mama dalam menyempurnakan penulisan ini.
Buat saudara-mara dan rakan-rakan,
terima kasih di atas sokongan yang kalian berikan.
v
ABSTRAK
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kendiri (MPK) ialah bahan untuk
membantu guru dalam pengajaran dan juga pembelajaran murid. Modul yang
dibangunkan adalah bagi matapelajaran Pemprosesan Makanan bertajuk Bakeri untuk
tingkatan 5 dan Hasil Biji-bijian bagi tingkatan 4. Pembinaan MPK adalah berdasarkan
kepada Modul Teras Cabang Shaharom (1994). Kajian dijalankan bertujuan untuk
menilai status kesesuaian MPK Bakeri dan Hasil Biji-bijian. Instrumen yang digunakan
bagi menentukan status kesesuaian adalah protokol temu bual dan dianalisis secara
manual. Dapatan kajian menunjukkan, MPK ini sesuai dari segi teks, gambarajah,
soalan, aktiviti, ringkasan bab dan objektif pembelajaran.
vi
ABSTRACT
Self Instructional Modules (SIMs) are materials used in teaching and learning
process. SIMs were constructed on sub topics Bakery for form 5 and Cereal Product for
form 4. The development of SIMs was based on Shaharom’s Core-Branch Model
(1994). This study includes the evaluation on the suitability of SIMs Bakery and Cereal
Product for food technology subject. The instrument used was the interview protocol
and the result was analyzed manually. Result showed that SIMs is suitable for texts,
pictures, activities, question, summary and learning objective.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PERAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Penyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
viii
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Pengajaran Bermodul (PB) 10
1.8.2 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 11
1.8.3 Pemprosesan Makanan 11
1.8.4 Bakeri 12
1.8.5 Pengajaran 12
1.8.6 Pembelajaran 12
1.8.7 Pernilaian Formatif 12
1.8.8 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran 13
1.8.9 Model Teras Cabang Shaharom 13
1.8.10 Hasil biji-bijian 13
1.9 Kesimpulan 14
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 15
2.1 Model Modul Pengajaran Kendiri 16
2.1.1 Model Burn 16
2.1.2 Model Klingstedt 18
2.1.3 Model Eijl 19
2.1.4 Model Meyer 20
2.1.5 Model Teras Cabang Shaharom 22
2.2 Penggunaan modul dalam sistem pendidikan di Malaysia 26
2.3 Dapatan kajian dalam penghasilan Modul Pengajaran Kendiri. 29
2.4 Kesimpulan 31
ix
BAB 3 METODOLOGI
3.0 Pengenalan 33
3.1 Rekabentuk Kajian 33
3.2 Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 36
3.3 Populasi Kajian 38
3.3.1 Kaedah Persampelan 39
3.4 Instrumen Kajian 39
3.5 Prosedur pembinaan dan penilaian MPK 40
3.5.1 Pembinaan MPK 42
3.5.2 Penilaian Formatif 43
3.5.3 Penilaian sumatif 43
3.5.3.1 Kajian rintis dan penilaian sumatif satu
dengan satu (PSSS) 43
3.5.3.2 Penilaian sumatif kelompok kecil (PSKK) 44
3.5.4 Analisis Data 44
3.6 Rumusan 47
BAB 4 ANALISIS DATA
4.0 Pendahuluan 48
4.1 Dapatan daripada lapangan kajian 49
4.1.1 Latar belakang responden 50
4.2 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (Kajian Rintis) 50
4.2.1 MPK 1 : Bakeri 51
4.2.2 MPK 2 : Hasil biji-bijian 51
4.3 Penilaian Sumatif Kelompok Kecil (PSKK) 51
4.3.1 Persoalan Kajian 1 52
4.3.1.1 Apakah pendapat anda mengenai penggunaan saiz
tulisan yang digunakan dalam MPK Bakeri dan Hasil
biji-bijian ini? 52
x
4.3.1.2 Pada pandangan anda, jenis tulisan apakah yang
sesuai digunakan dalam MPK ini bagi memudahkan
pembacaan. 53
4.3.1.3 Berapakah jarak antara baris yang boleh digunakan
untuk memudahkan pembacaan bagi MPK ini? 54
4.3.1.4 Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk
memudahkan fakta penting dalam isi pelajaran
dikenalpasti? 54
4.3.2 Persoalan kajian 2 55
4.3.2.1 Pada pendapat anda, adakah gambarajah yang
digunakan dalam MPK ini adalah jelas? 56
4.3.2.2 Apakah pandangan anda tentanng gambarajah yang
yang digunakan ini berkaitan dengan isi pembelajaran? 56
4.3.2.3 Apakah pendapat anda, bagaimanakah cara untuk
memberikan penerangan kepada setiap gambarajah
yang disertakan dalam MPK? 57
4.3.2.4 Pada pendapat anda, adakah penerangan yang diberikan
pada setiap gambarajah adalah bertepatan dengan
isi pembelajaran? 58
4.3.2.5 Adakah susunan gambarajah yang disediakan perlu
mempunyai kesinambungan dengan setiap isi
kandungan pembelajaran? 59
4.3.2.6 Pada pandangan anda, berapakah saiz gambarajah yang
sesuai untuk digunakan supaya lebih jelas untuk dilihat? 60
4.3.3 Persoalan kajian 3 61
4.3.3.1 Pada pendapat anda, adakah soalan-soalan yang
dibina dalam MPK mengikut aras kesukaran
taksonomi Bloom? 62
4.3.3.2 Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk
xi
mengetahui objektif pembelajaran yang hendak
dicapai telah tercapai? 63
4.3.3.3 Bagaimanakah cara untuk mengetahui setiap soalan
adalah berkaitan dengan objektif yang hendak dicapai? 63
4.3.3.4 Apakah pendapat anda tentang bilangan soalan yang
disediakan pada setiap bahagian mencukupi? 64
4.3.3.5 Apakah pandangan anda tentang kepelbagaian
struktur soalan yang dibina dapat menarik minat
pelajar untuk menjawab? 65
4.3.4 Persoalan Kajian 4 66
4.3.4.1 Menurut pendapat anda, bagaimanakah cara yang
sesuai untuk memudahkan pelajar mengingati isi
penting pelajaran? 67
4.3.4.2 Apakah pandangan anda mengenai setiap
ringkasan tajuk yang meliputi isi-isi penting
dalam tajuk MPK ini? 68
4.3.5 Persoalan Kajian 5 68
4.3.5.1 Apakah pendapat anda mengenai setiap aktiviti
yang disediakan dalam kedua-dua MPK ini
memenuhi sukatan pelajaran matapelajaran
Pemprosesan Makanan? 69
4.3.5.2 Apakah pendapat anda tentang aktiviti yang
disediakan bagi memenuhi tahap objektif yang
hendak diukur? 69
4.3.5.2 Pada pendapat anda, berapakah jumlah aktiviti
pada setiap MPK yang mencukupi untuk menilai
penguasaan pelajar terhadap tajuk MPK? 70
xii
4.3.6 Persoalan Kajian 6 71
4.3.6.1 Apakah pendapat anda tentang objektif
pembelajaran dalam MPK Bakeri ini mengikut aras
iaitu daripada aras yang senang kepada aras yang sukar? 71
4.3.6.2 Apakah pandangan anda tentang objektif
pembelajaran yang dinyatakan adalah realistik
dan boleh dicapai? 72
4.3.6.3 Berikan ulasan anda tentang objektif pembelajaran
yang disusun mengikut tahap kesukaran bagi
memudahkan pelajar menguasai objektif yang
dinyatakan. 73
4.3.7 Persoalan Umum 74
4.4 Rumusan 75
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 76
5.1 Rumusan 77
5.1.1 Kesesuaian teks dalam modul 78
5.1.2 Kesesuaian gambarajah dalam modul 78
5.1.3 Kesesuaian soalan dalam modul 78
5.1.4 Kesesuaian ringkasan bab dalam modul 79
5.1.5 Kesesuaian aktiviti dalam modul 79
5.1.6 Kesesuaian objektif pembelajaran dalam modul 80
5.2 Perbincangan 80
5.3 Cadangan 83
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 84
5.5 Penutup 85
RUJUKAN 87
LAMPIRAN 91
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model-model pengajaran kendiri 26
2.2 Menunjukkan Ringkasan Dapatan Kajian 31
3.1 Kandungan MPK Bakeri 43
3.2 Kandungan MPK Hasil biji-bijian 43
4.1 Agihan modul kepada responden dan tempoh penilaian. 50
4.2 Pendapat responden mengenai penggunaan saiz tulisan
di dalam kedua-dua MPK. 54
4.3 Pandangan responden mengenai jenis tulisan yang sesuai
digunakan dalam kedua-dua MPK. 54
4.4 Pandangan responden mengenai jarak antara baris yang
digunakan di dalam kedua-dua MPK. 55
4.5 Pandangan responden mengenai cara untuk memudahkan
fakta penting dalam isi pelajaran dikenalpasti. 56
4.6 Pendapat responden mengenai gambarajah yang digunakan
di dalam kedua-dua MPK. 57
4.7 Pandangan responden mengenai gambarajah yang digunakan
berkaitan dengan isi pembelajaran dalam kedua-dua MPK. 58
4.8 Pendapat responden mengenai cara untuk memberikan
penerangan pada setiap gambarajah yang disertakan
dalam MPK. 59
xiv
4.9 Pendapat responden mengenai penerangan yang diberikan
pada setiap gambarajah di dalam kedua-dua MPK. 60
4.10 Pandangan responden mengenai susunan gambarajah yang
disediakan dengan setiap isi kandungan pembelajaran. 61
4.11 Pandangan responden mengenai saiz gambarajah yang
digunakan di dalam kedua-dua MPK. 62
4.12 Pendapat responden mengenai soalan-soalan yang telah
dibina di dalam kedua-dua MPK. 63
4.13 Pandangan responden mengenai cara untuk mengetahui
objektif pembelajaran telah tercapai. 64
4.14 Pendapat responden mengenai cara untuk mengetahui
setiap soalan berkaitan dengan objektif pembelajaran. 65
4.15 Pendapat responden mengenai bilangan soalan yang
disediakan pada setiap bahagian dalam MPK. 66
4.16 Pandangan responden mengenai kepelbagaian struktur
soalan yang dibina di dalam kedua-dua MPK. 67
4.17 Pendapat responden mengenai cara yang sesuai
untuk memudahkan pelajar mengingati isi penting pelajaran. 68
4.18 Pandangan responden mengenai setiap ringkasan tajuk
meliputi isi-isi penting di dalam kedua-dua MPK. 69
4.19 Pendapat responden mengenai setiap aktiviti yang disediakan
dalam kedua-dua MPK. 70
4.20 Pendapat responden tentang aktiviti yang disediakan bagi
memenuhi tahap objektif yang hendak diukur. 71
4.21 Pendapat responden mengenai jumlah aktiviti di dalam
kedua-dua MPK. 72
4.22 Pendapat responden mengenai aras objektif pembelajaran
dalam kedua-dua MPK. 73
4.23 Pandangan responden mengenai objektif pembelajaran
realistik dan boleh dicapai. 74
xv
4.24 Ulasan responden tentang objektif pembelajaran yang
disusun di dalam kedua-dua MPK. 75
4.25 Pendapat responden berkaitan secara keseluruhan MPK
Bakeri dan Hasil biji-bijian. 76
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 22
2.2 Carta aliran Model Teras-Cabang Shaharom 25
3.1 Rangka Kerja Proses Temubual Separa Berstruktur 35
3.2 Rangka kerja kajian keseluruhan Pembinaan MPK 42
3.3 Prosedur Penghasilan Tema 47
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat kelulusan daripada EPRD untuk menjalankan
kajian 92
B Soalan temubual untuk MPK Bakeri dan Hasil Biji-bijian. 93
C Transkip temubual bersama G1 100
D Transkrip temubual bersama G2 105
E Pengesahan modul pengajaran kendiri dari G1 110
F Pengesahan modul pengajaran kendiri dari G2 111
G Interpretasi kod data kajian 112
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia sedang mengalami proses perkembangan yang
pesat dan mencabar bermula di peringkat Pra Sekolah hinggalah ke Peringkat
Menengah Atas malah hingga ke Peringkat Pengajian Tinggi, tidak kira dalam bidang
sains mahupun dalam bidang teknikal. Dalam bidang teknikal juga telah mengalami
banyak perubahan, ia berteraskan kepada visi Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional iaitu
“ Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional terunggul untuk memenuhi keperluan semasa Negara”.
(Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasioanal, 2009)
Manakala misi Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional pula ialah
memajukan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan relevan melalui
perlaksanaan kurikulum yang komprehensif dan pengurusan yang berkesan ( Jabatan
Pendidikan Teknik dan Vokasioanal, 2009). Guru dalam bidang teknikal
bertanggungjawab menjayakan visi dan misi Jabatan Pendidikan Teknik dan
2
Vokasional ini. Guru juga menjadi nadi penggerak utama bagi menghasilkan pelajar
yang mahir, pintar dan cemerlang. Kenyataan diatas disokong oleh satu piagam
pelanggan Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, (2009) iaitu memastikan semua
tenaga pengajar diberi kemahiran pengurusan dan kemahiran pengajaran pembelajaran.
Matlamat mata pelajaran vokasional ini ialah untuk melahirkan pelajar yang
“berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna untuk membolehkan
mereka mendapatkan pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan
diperingkat yang lebih tinggi’ (PPK, 2001). Kurikulum MPV menghasratkan bagi
melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna untuk
membolehkan mereka mendapat pekerjaan sendiri dan meneruskan latihan ke peringkat
yang lebih tinggi. Ianya adalah kurikulum berbentuk kontekstual yang boleh memberi
peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu menerusi aktiviti ‘hands-on’ yang
berguna dalam kehidupan harian dan alam pekerjaan (Plan Induk MPV, Januari 2003).
Akta Pendidikan 1996 (Bab 7, Seksyen 36) dengan jelas meletakkan pendidikan
vokasional termasuk di bawah pendidikan teknik, dan pendidikan teknik merangkumi;
(a) Latihan kemahiran
(b) Latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu
(c) Latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada, dan
(d) Apa-apa latihan teknik atau vokasional yang diluluskan
Pada masa yang sama kepentingan menekankan keperluan ‘kemahiran bukan
teknikal’ atau ‘employability skills’ perlu diambil kerana kompetensi adalah satu unit
tugasan (task) yang mengintegrasikan pengetahuan teknikal, kemahiran dan sikap dalam
menggunakan alat, bahan, keselamatan dan kaedah atau teknik untuk menyempurnakan
tugas (duty) yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan. Ini selaras dengan dapatan kajian
yang dijalankan oleh McDaniels 1992, (Rashid, 2002) di mana antara kemahiran
‘employability’ yang diperlukan oleh majikan termasuklah, berdikari, jujur, kemas,
menepati masa, keupayaan berhubung secara berkesan, keupayaan bekerja dalam satu
kumpulan, bercita-cita tinggi, mempunyai etika kerja yang baik, setia dan juga dapat
3
membuat pengubahsuaian. Oleh itu kurikulum pendidikan guru teknikal perlu
menyediakan peluang mempraktikkan kemahiran ‘employability’ seperti di atas.
Sistem pendidikan meliputi penyediaan bahan-bahan yang bermutu yang boleh
digunakan oleh para pelajar. Namun, proses pembelajaran dengan menggunakan bahan-
bahan tersebut memerlukan pengalaman dan pembelajaran boleh diperolehi melalui
latihan atau apa jua bentuk aktiviti yang dilakukan dan dialami sendiri oleh pelajar.
Pendapat ini disokong oleh Tyler ( Terjemahan Shaharom, 1994) yang menyatakan
bahawa :
“Dalam merancang satu program pendidikan yang boleh mencapai objektif yang ditetapkan, kita menghadapi masalah untuk memutuskan pengalaman pembelajaran yang harus diadakan, kerana melalui pengalaman pembelajaran inilah pembelajaran akan berlaku dan objektif pendidikan akan tercapai” (halaman:25)
Seperti satu pepatah Inggeris yang berbunyi “Practice makes perfect” dapat kita
katakan di sini bahawa perancangan berbagai bentuk bahan pengajaran yang
menyediakan gerak kerja yang sesuai dan perlaksanaannya akan mampu menjana
kemahiran-kemahiran yang ingin diterapkan dalam diri pelajar. Maka di sini terletaknya
kepentingan para pelajar penggunakan P dan P yang terpilih dan bermutu sahaja sebagai
cara untuk mencapai objektif yang dimaksudkan (Shaharom, 1994). Satu daripadanya
adalah menggunakan MPK, kerana dengan menggunakan MPK ini para pelajar diberi
peluang untuk meneroka sendiri topik pembelajaran berdasarkan kepada aras yang
mampu dilakukannya (Shaharom, 1994). Ini adalah kerana dengan perkataan lain, MPK
dapat dianggap sebagai strategi pengajaran yang penting kerana ia mempunyai ciri-ciri
tersendiri yang dapat memenuhi keperluan setiap pelajar di dalam bilik darjah
(Shaharom, 1994).
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Dalam Utusan Malaysia (20 Jun 2009) menyatakan kerja-kerja pengurusan yang
membebankan guru menyebabkan guru tidak mempunyai cukup masa untuk membuat
pembacaan yang lebih untuk membuat bahan bantu mengajar yang menarik. Dengan
penyataan itu, dapat disimpulkan bahawa kerja-kerja pengurusan yang tidak berkaitan
dengan P&P juga perlu dilakukan oleh guru. Oleh kerana itu, guru memerlukan satu
kaedah yang baik untuk melancarkan tugasnya sebagai guru.
Selain daripada itu, guru di bahagian teknikal perlu mempertingkatkan
kemahiran mereka untuk menjayakan misi Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Kerana hal itu, guru tersebut perlu menghadiri kursus atau latihan tambahan untuk
memantapkan kemahiran mereka. Oleh kerana itu, kelas guru tersebut terpaksa
digantikan dengan guru ganti. Dengan itu kelas tersebut akan ketinggalan kerana guru
yang mengambil alih kelas tersebut tidak mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal.
Dengan masalah itulah perlunya MPK untuk membantu guru apabila perlu keluar untuk
menghadiri kursus, mesyuarat atau pun mengambil cuti sakit.
Ada segelintir pelajar yang tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran-
kemahiran yang ditunjukkan semasa di dalam kelas. Antara faktornya adalah pelajar
tersebut lambat menerima sesuatu di dalam proses pembelajaran dan bahan pengajaran
dan pembelajaran yang tidak bermutu. Dengan itu, para pelajar tersebut akan jauh
ketinggalan dalam pembelajaran berbanding rakan-rakan yang lain (Shaharom, 1994).
Bagi mengatasi masalah ini, satu pendekatan yang masih sesuai digunakan ialah
pembelajaran bermodul. MPK adalah pakej pembelajaran yang bertujuan untuk
membolehkan para pelajar belajar sendiri mengikut kebolehan dan keperluan kendiri
(Shaharom, 1994).
Setelah menjalankan sedikit temubual bersama beberapa orang pelajar Sekolah
Menengah Teknik yang mengambil kursus Pemprosesan Makanan, mereka menyatakan
mereka mengalami masalah untuk mengulangkaji matapelajaran Pemprosesan
5
Makanan. Hal ini kerana mereka tidak ada rujukan lain selain daripada pengajaran guru
dalam kelas serta aktiviti amali yang dijalankan. Tiada buku rujukan Pemprosesan
Makanan untuk pelajar yang mengambil matapelajaran Pemprosesan Makanan di
pasaran.
Kajian awal permasalahan menyatakan:
Partisipan Penyataan
Guru ” matapelajaran ni memang tiada buku teks macam metapelajaran lain. Guru ada dibekalkan modul tetapi hanya isi pelajaran sahaja. Latihan dan soalan tak ada.”
” matapelajaran ini juga tiada buku rujukan dalam bahasa melayu
dan mengikut tahap pelajar. Yang ada dalam English dan bahasa mereka terlalu tinggi untuk pelajar kita.”
Pelajar ” buku teks? Kita orang buat amali dan masa masuk kelas amali tu saja ada cikgu terangkan apa yang kami perlu buat dan sikit nota berkaiatan dengan subjek masa tu.” kita orang tiada buku teks.”
” rujukan.. susah sikit kak, sebab kami susah nak faham English.
rujukan lain tak ada.. ” ” modul.. semua ada.. ok la kak.. kami suka.. senang la kami nak
ulangkaji.. Pelajar ” rujukan agak susah juga kami nak cari, kalau macam subjek sains
ke sejarah ke.. senang.. tapi subjek pemprosesan makanan ni sukar sikit la.. sebab kalau ada pun dalam bahasa Inggeris, susah nak faham.”
” buku teks, kami semua kene buat folio apa yang kami sudah buat
amali.. buku teks tak de.. ”
Daripada temubual yang dijalankan, didapati pelajar tidak mempunyai buku teks
yang khusus seperti matematik ataupun sains. Pelajar menyatakan mereka hanya belajar
dengan apa yang guru terangkan serta latihan amali yang dijalankan. Setelah diberitahu
berkaitan dengan modul Pemprosesan Makanan yang mengikut subtopik yang kecil
disertakan dengan nota serta latihan, mereka sangat tertarik dan bersetuju dengan
pembinaan modul Pemprosesan Makanan ini.
6
1.2 Penyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang permasalahan yang telah diutarakan, dapat
dinyatakan bahawa masalah utama yang ingin dinyatakan di sini adalah seperti berikut:
Matlamat kajian ini adalah untuk menghasilkan dan menilai kesesuaian MPK
Hasil Biji-bijian untuk pelajar tingkatan empat dan MPK Bakeri untuk pelajar tingkatan
lima bagi pelajar Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Harian biasa.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah :
1. Membina dan menghasilkan dua MPK Pemprosesan Makanan
i. Hasil Biji-Bijian untuk pelajar tingkatan empat
ii. Bakeri untuk tingkatan lima
2. Menilai kesesuaian MPK yang dibina dari aspek kesesuaian teks,
gambarajah, ringkasan, soalan, aktiviti dan objektif pembelajaran.
7
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian bagi objektif kedua (2) dalam proses pembinaan modul ini
adalah seperti berikut :
i. Sejauhmana objektif pembelajaran dalam MPK Bakeri dan Hasil biji-
bijian sesuai digunakan sebagai bahan P&P Pemprosesan Makanan.
ii. Sejauhmana penggunaan teks dalam MPK Bakeri dan Hasil biji-bijian
sesuai digunakan sebagai bahan P&P Pemprosesan Makanan.
iii. Sejauhmana gambarajah dalam MPK Bakeri dan Hasil biji-bijian sesuai
digunakan sebagai bahan P&P Pemprosesan Makanan.
iv. Sejauhmana soalan dalam MPK Bakeri dan Hasil biji-bijian sesuai
digunakan sebagai bahan P&P Pemprosesan Makanan.
v. Sejauhmana ringkasan dalam MPK Bakeri dan Hasil biji-bijian sesuai
digunakan sebagai bahan P&P Pemprosesan Makanan.
vi. Sejauhmana aktiviti dalam MPK Bakeri dan Hasil biji-bijian sesuai
digunakan sebagai bahan P&P Pemprosesan Makanan.