Unit Pengajaran (Jpk, Rph Lengkap Dan Refleksi )Dan Contoh Bbm Menggunakan Bahasa Isyarat - Copy
-
Upload
nuray-schaa -
Category
Documents
-
view
949 -
download
5
Transcript of Unit Pengajaran (Jpk, Rph Lengkap Dan Refleksi )Dan Contoh Bbm Menggunakan Bahasa Isyarat - Copy
UNIT PENGAJARAN (JPK, RPH, REFLEKSI)
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Unit Pengajaran 3 - 6
Pecahan 1 dan 2 (RPH 1)
2. Unit Pengajaran 7 - 9
Pecahan 1 dan 2 ( RPH 2)
3. Unit Pengajaran 10 - 12Pecahan 1 dan 2 ( RPH 3 )
4. Unit Pengajaran 13 - 15
Pecahan 1 dan 2 ( RPH 4)
5. Refleksi ( RPH 1) 16 – 18
6. Lampiran
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1
MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu Murid Bermasalah Pendengaran
TAHUN / KELAS : KBP 1
TARIKH : 2 Mei 2011
MASA : 8:30 – 9:30 pagi
BILANGAN MURID : 7 orang
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN : Mengenal huruf a hingga e
HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran murid dapat:
A. Menguasai isi kandungan
1. Mengisyaratkan huruf dengan betul
2. Menyusun huruf mengikut urutan yang betul
3. Menulis semula huruf mengikut cara yang betul
B. Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir
1. Mengisyarat huruf menggunakan kod huruf
2. Menyusun huruf a hingga e dengan urutan yang betul
C. Mengamalkan sikap dan nilai murni
1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan
2. Memberi kerjasama dalam menjalankan semua aktiviti
KONSEP / PRINSIP : 1) Mengisyarat huruf a hingga e
2) Menyusun huruf mengikut urutan yang betul
3) Menulis huruf dengan betul
BAHAN : Kad gambar, kad huruf, bahan-bahan / objek di dalam kelas /
persekitaran murid, lembaran kerja
PENGETAHUAN SEDIA
ADA : Murid-murid telah mengetahui nama-nama objek di persekitaran
mereka dan dapat mengisyarat nama-nama objek tersebut. Murid
juga mungkin mempunyai miskonsepsi tentang nama-nama
objek di persekitaran mereka
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran NotaAktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/Mencungkil idea(5 min)
Menonton tayangan video
1. Guru menayangkan tayangan video “learning with Fun” melalui LCD.
2.Guru bersoal jawab tentang objek yang dilihat melalui tayangan video tersebut.
Murid memberi respon
Teknik: Pandang dan isyarat, penyoalan seluruh kelas
Nilai:
usaha ,yakin diri
BBB: LCD/CD
Menjana idea(20 min)
Mengisyaratkan huruf awal perkataan
1. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid.Contoh gambar haiwan dan buah buahan.
2. Guru memperkenalkan huruf awal bagi setiap gambar yang diitunjukkan.
Contoh: ayam , bola , cili , daun dan epal.
3. Guru menunjukkan kad huruf a,b,c,d,e dan mengisyaratkan melalui
1. Murid mengikut isyarat huruf dan yang ditunjukkan oleh guru.
Teknik:
Isyarat kod tangan dan latih tubi.
Nilai: Patuh arahan ,usaha
BBB: carta bergambar, kad huruf
kod tangan.
Sintesis idea(15 min)
Mengisyaratkan huruf a,b,c,d, e
Memadankan huruf dengan gambar.
1. Guru meminta murid mengisyaratkan huruf yang terdapat di dalam kad huruf.
2. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid.
3. Murid diminta memadankan kad huruf dengan gambar yang betul.
4. Muird mengisyaratkan gambar dan huruf dengan betul.
Teknik:
Isyarat kod tangan
Soal jawab
Nilai :
Yakin diri, berani
BBM:
Kad huruf lembaran kerja
Penambahbaikan/penilaian(aplikasi idea)(15 min)
Menulis huruf mengikut cara yang betul.
1. Guru menunjukkan pergerakan jari menulis huruf di udara.
2. Latih tubi mengisyaratkan huruf mengikut pergerakan jari guru di udara.
3. Guru mengedarkan sehelai kertas kepada murid.
4. Guru meminta murid membentuk huruf yang betul di atas kertas dengan menyambungan titik - titik .
Murid memadankan huruf dengan kod tangan
Teknik:
Latih tubi, penulisan
Nilai:
Tekun
BBM:
kertas lukisan
Pelaksanaan/amalan berterusan(5 min)
Rumusan 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan menerangkan arahan soalan.
1. Murid mengisyaratkan semula huruf – huruf yang telah dipelajari.
REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu Murid Bermasalah Pendengaran
TAHUN / KELAS : KBP 1
TARIKH : 3 Mei 2011
MASA : 8:30 – 9:30 pagi
BILANGAN MURID : 5 – 7 orang
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Mengenal huruf f hingga j
HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran murid dapat:
A. Menguasai isi kandungan
1. Mengisyaratkan huruf dengan betul
2. Menyusun huruf mengikut urutan yang betul
3. Menulis semula huruf mengikut cara yang betul
B. Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir
1. Mengenal kod huruf f hingga j
2. Permainan bahasa – jigsaw puzzle (menyusun huruf)
C. Mengamalkan sikap dan nilai murni
1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan 2. Boleh bertolak ansur dengan rakan-rakan semasa aktiviti
permainan
KONSEP / PRINSIP : 1. Mengisyarat huruf f hingga j
2. Mengecam huruf mengikut urutan yang betul
3. Menulis huruf dengan betul
BAHAN : Kad gambar, kad huruf, jigsaw puzzle huruf, lembaran kerja
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid-murid telah mengetahui nama-nama objek di persekitaran
mereka dan dapat mengisyarat nama-nama objek tersebut. Murid
juga mungkin mempunyai miskonsepsi tentang nama-nama
objek di persekitaran mereka
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran NotaAktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/Mencungkil idea(5 min)
1. Melihat paparan LCD
1.Guru menayangkan huruf pada skrin komputer iaitu huruf f hingga j .
Murid memberi respon dan mengisyarat huruf-huruf f hingga j
Teknik: Pandang danisyarat kod tangan
Nilai:Bekerjasama
BBM:Komputer
Menjana idea(20 min)
1. Mengisyaratkan huruf dengan betul
1.Guru menunjukkan kad huruf dan mengisyarat huruf-huruf tersebut dengan kod tangan2.guru berisyarat berdasarkan kad gambar
1.Murid mengisyarat dan mengecam huruf2.Murid memadankan gambar dengan huruf f hingga j
Teknik:Isyarat kod tangan
Nilai:Berusaha
BBM:Kad huruf, kad gambar
Sintesis idea(20 min)
Menulis huruf mengikut cara yang betul
1.Guru mengarahkan murid menulis di udara huruf f hingga j
2.Guru menunjukkan kad-kad gambar
1.Murid-murid menulis di udara seperti yang diarahkan
2.Murid mengisyarat huruf brdasarkan kad gambar
Teknik:Latih tubi
Nilai:Mematuhi arahan
BBM:Kad huruf, kad gambar
Penambahbaikan(10 min)
Permainan bahasa 1.Guru memberikan jigsaw puzzle (huruf) kepada murid-murid
2.Guru menunjukkan cara-cara menyelesaikan jigsaw puzzle
1. Murid-murid cuba menyusun urutan huruf- huruf menggunakan jigsaw puzzle
Teknik:Permainan bahasa
Nilai:Bertolak ansur
BBM:Jigsaw puzzle
Pelaksanaan/amalan berterusan(5 min)
Rumusan 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan menerangkan arahan soalan.
1. Murid menyelesaikan lembaran kerja dengan memadankan huruf dengan gambar
Teknik:Penyoalan bertulis
Nilai:Yakin
BBM:Lembaran kerja
REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : : 5 orang murid boleh mengisyarat huruf a hingga j dengan baik. 2 orang murid diberi bimbingan intensif di luar waktu p&p
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3
MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu Murid Bermasalah Pendengaran
TAHUN / KELAS : KBP 1
TARIKH : 4 Mei 2011
MASA : 8:30 – 9:30 pagi
BILANGAN MURID : 7 orang
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN : Mengenal huruf k hingga o
HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran murid dapat:
A. Menguasai isi kandungan
1. Mengisyaratkan huruf dengan betul
2. Membentuk huruf k hingga o dengan cara yang betul
3. Menulis semula huruf mengikut cara yang betul
B. Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir
1. Mengisyarat huruf menggunakan kod huruf
2. Membentuk huruf k hingga o dengan cara yang betul
C. Mengamalkan sikap dan nilai murni
1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan
2. Menunjukkan ketekunan membentuk huruf pada pasir
KONSEP / PRINSIP : 1. Mengisyarat huruf k hingga o
2. Menyusun huruf dengan urutan yang betul
3. Menulis huruf dengan cara yang betul
BAHAN : Kad gambar, kad huruf, bahan-bahan / objek di dalam kelas /
persekitaran murid, lembaran kerja
PENGETAHUAN SEDIA
ADA : Murid-murid telah mengetahui nama-nama objek di persekitaran
mereka dan dapat mengisyarat nama-nama objek tersebut. Murid
juga mungkin mempunyai miskonsepsi tentang nama-nama
objek di persekitaran mereka
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran NotaAktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/Mencungkil idea(5 min)
Menyanyi lagu huruf
1.Guru menyanyikan lagu huruf yang telah dipelajari menggunakan kod tangan
1. Murid mengikut gerakan jari guru sambil menari
Teknik: Pandang dan isyarat
Nilai: berusaha, yakin kepada diri sendiri
Menjana idea(20 min)
Memperkenalkan huruf k hingga o
1.Guru kenalkan huruf k hingga o dengan menggunakan kad huruf2.Guru mengisyaratkan huruf berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan
1.Murid mengikut isyarat huruf yang ditunjukkan oleh guru
Teknik: Isyarat kod tangan, soal jawab
Nilai: Yakin diri, berani
BBM: kad huruf, lembaran kerja
Sintesis idea(20 min)
Membentuk huruf k hingga o dengan cara yang betul
1.Guru memberikan sekotak pasir kepada setiap murid2.Minta murid membentuk huruf di atas pasir yang disediakan
1.Murid cuba membentuk huruf dengan bimbingan guru
Teknik: Latih tubi, penulisan
Nilai: Cara kerja, usaha
BBM: Kotak pasir
Perkemban Menyusun huruf 1.Guru meminta murid 1.Murid Teknik: latih
gan (penambahbaikan)(10 min)
dengan huruf yang betul
menyusun huruf yang dipelajari mengikut urutan yang betul
menyusun huruf dengan menggunakan kad-kad huruf yang disediakan
tubi, permainan
Nilai: cara kerja, berusaha
BBM: kad huruf
Penutup(5 min)
Rumusan 1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan menerangkan arahan soalan
1.Murid mengisyaratkan semula huruf-huruf yang telah dipelajari.2.Murid menyiapkan lembaran kerja dengan menulis semula huruf-huruf berdasarkan abjad
Teknik: penyoalan
Nilai: berusaha
BBM: lembaran kerja
REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4
MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu Murid Bermasalah Pendengaran
TAHUN / KELAS : KBP 1
TARIKH : 5 Mei 2011
MASA : 8:30 – 9:30 pagi
BILANGAN MURID : 7 orang
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN : Mengenal huruf p hingga t
HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran murid dapat:
A. Menguasai isi kandungan
1. Mengisyaratkan huruf p hingga t dengan kod tangan
2. Membentuk huruf k hingga o dengan cara yang betul
3. Menulis semula huruf mengikut cara yang betul
B. Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir
1. Mengenal dan mengecam huruf p hingga t dengan betul
2. Menyusun huruf p hingga t mengikut urutan yang betul
C. Mengamalkan sikap dan nilai murni
1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan
2. Menghargai masa dan menumpukan perhatian semasa aktiviti dijalankan
KONSEP / PRINSIP : 1. Mengisyarat huruf p hingga t
3. Menyusun huruf dengan urutan yang betul
4. Menulis huruf dengan cara yang betul
BAHAN : Kad gambar, kad huruf, tanah liat (plastisin), lembaran kerja
PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid-murid telah mengenal, mengecam, dan mengisyarat huruf
a hingga o dengan betul
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran NotaAktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/Mencungkil idea(5 min)
Ulangkaji huruf a hingga o
1.Guru mempamerkan kad huruf a hingga o satu persatu
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang huruf tersebut melalui isyarat kod tangan
1. Murid mengisyarat huruf a hinggmelalui kod tangan
Teknik: Pandang dan isyarat tangan
Nilai: berani, yakin kepada diri sendiri
BBM: Kad huruf
Fasa Imaginasi (menjana idea)(40 min)
Memperkenalkan huruf p hingga t
1.Guru menunjukkkan kad gambar kepada murid-murid
2.Guru memperkenalkan huruf awal bagi setiap gambar yang ditunjukkan. Contoh: pensel, qari, rumah, stoking, tuala
3. Guru mengisyarat huruf p,q,r,s,t melalui kod tangan
4. Guru meminta murid menyusun huruf p hingga t mengikut urutan yang betul
1.Murid member respon
2. Murid mengikut isyarat yang ditunjukkan oleh guru3. Murid menyusun huruf dengan menggunakan kad-kad huruf yang disediakan
3.
Teknik: Isyarat kod tangan, soal jawab, latih tubi
Nilai: Berusaha, menghargai masa, bekerjasama
BBM: kad huruf, kad gambar
Fasa perkemban
Membentuk huruf p hingga t
1.Guru memberikan tanah liat (plastisin)
1.Murid membentuk
Teknik: pengukuhan
gan(sintesis idea)(10 min)
kepada setiap murid
2.Minta murid membentuk huruf dengan teknik yang betul
huruf dengan bimbingan guru Nilai: Tekun,
berusaha
BBMTanah liat (plastisin)
Penutup(5 min)
Rumusan 1.Guru mengedarkan lembaran kerja 2. Guru menerangkan kepada murid arahan soalan
1.Murid membuat lembaran kerja dengan menyambung titik-titrik bagi membentuk huruf
Teknik: penilaian
Nilai: Berdikari, berusaha
BBM: lembaran kerja
REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
PECAHAN 3
REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) RPH 1
Contoh tajuk : Mengenal huruf a hingga e
Setelah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu saya dapati mereka
kurang berminat pada mata pelajaran Bahasa Malaysia. Persoalannya adalah
saya tidak pasti sama ada saya boleh menyampaikan pengajaran dengan isyarat
yang betul dan adakah mereka faham kerana mereka tidak boleh mendengar.
Untuk menjadi guru yang baik tiga strategi harus saya ambil kira iaitu ajar murid
hingga murid belajar, ajar bagaimana hendak belajar dan ajar bagaimana
menunjukkan pembelajaran telah berlaku . Apabila diajukan soalan, mereka
sering menjawab sambil lewa. Saya mendapati kebanyakan mereka tidak
memberi tumpuan yang sepenuhnya walaupun diminta untuk menisyaratkan
objek awalan perkataan atau huruf yang dipelajari . Walaupun pelbagai kaedah
telah saya gunakan seperti menggunakan kaedah pandang dan isyarat dan
penyoalan seluruh kelas, kaedah isyarat kod tangan, latih tubi, soal jawab dan
penulisan namun terdapat banyak kelemahan.
Kebanyakan mereka akan meniru kawan serta tidak ingin mencuba
menyiapkan kerja yang diberi. Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa
bersalah , mungkin kerana pengetahuan saya dalam pengajaran menggunakan
bahasa isyarat amat dangkal , ini mungkin menghadkan tindakan saya dalam
mengajar cara belajar dan saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada
diri sendiri. Sehubungan dengan itu, saya telah membuat keputusan untuk
memperbaiki kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-
murid saya. Di antara kelemahan saya ialah:
• Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak
menarik dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan
persekitaran. Misalnya pada waktu tengah hari perlu lebih banyakkan aktiviti
dengan para pelajar bagi menarik perhatian mereka dan mengelakkan mereka
tidur sewaktu sesi P&P.
• Pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar.
• Tiada pengurusan masa yang efisien. Guru kurang menumpukan pemahaman
para pelajar mengenai topik tersebut.
• Keadaan persekitaran yang tidak kondusif.
• Terdapat pelajar tidak mengenali huruf tersebut mengenali huruf dan isyarat
kod tangan . Ini menyukarkan mereka memahami konsep-konsep yang
ditekankan dalam topik tersebut. Topik ini memerlukan kemahiran kod isyarat
tangan yang cekap bagi menggambarkan setiap huruf yang diajar. Gambar dan
tayangan LCD sahaja tidak memadai jika tiada usaha daripada para pelajar
sendiri.
Sekurang-kurangnya saya sedar dan yakin niat dan harapan untuk
menjadi guru yang menjadi idola kepada murid dan pasti setiap kelemahan
pasti ada penyelesaiannya. Untuk tujuan ini saya perlu banyak mengulangkaji
dan mempelajari malah menguasai bahasa isyarat dengan baik. Saya akan
mendapatkan bantuan dari guru-guru yang telah mahir menggunakan kod
tangan. Ini akan membantu proses pembelajaran mereka . Untuk itu saya akan
mengenalpasti apa yang perlu murid capai, rancang strategi pengajaran yang
sejajar dengan hasil pembelajaran dan mengenal pasti cara yang sesuai untuk
mentafsir kefahaman mereka. Oleh yang demikian saya telah merangka
tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme seperti di
bawah :
• Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah
dilaksanakan. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan
kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut
seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambar/carta dan
animasi video mengenai huruf – huruf yang lebih menarik boleh dipaparkan
semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
• Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara
menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah
kumpulan kecil, mereka dikehendaki mereka bentuk huruf dengan
menggunakan plastesin, kotak pasir dan jigsaw puzzle. Pada akhir sesi P&P,
mereka dikehendaki mengingat semula huruf yang dipelajari dengan pelbagai
teknik.
• Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang
lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat
disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan
mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan
segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang
hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Misalnya, kaitkan topik
dengan topik yang telah dipelajari.
• Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan.
Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan
kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan
berkesan.
• Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran
tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai
objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian
bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik mengenal huruf .
• Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana
keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi
penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut,
bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.