Unit-3.docx

8
3.1 Prinsip-prinsip asas PBSM Terdapat 7 Prinsip Asas pergerakan iaitu kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian, kebebasan, khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan. Setiap prinsip dihuraikan seperti berikut: i. Kemanusian Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat- menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama, dan kedamaian yang berkekalan dalam kalangan manusia. ii. Kesaksamaan Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. iii. Keberkecualian

Transcript of Unit-3.docx

Page 1: Unit-3.docx

3.1 Prinsip-prinsip asas PBSM

Terdapat 7 Prinsip Asas pergerakan iaitu kemanusiaan, kesaksamaan,

keberkecualian, kebebasan, khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan.

Setiap prinsip dihuraikan seperti berikut:

i. Kemanusian

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan

dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi

kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan

berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di

mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi

nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama

manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama,

dan kedamaian yang berkekalan dalam kalangan manusia.

ii. Kesaksamaan

Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman

politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan

kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes

kecemasan yang paling serius.

iii. Keberkecualian

Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya,

persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang

bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak

politik, perkauman, agama atau ideologi.

iv. Kebebasan

Walaupun berupa badan sokongan, kepada pihak yang

berkuasa awam, dan tertakluk kepada undang-undang negara,

persatuan tetap menjaga autonominya supaya ia boleh

bertindak mengikut prinsip pergerakan.

Page 2: Unit-3.docx

v. Khidmat sukarela

Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang

tujuan untuk mencari untung

vi. Ketunggalan

Hanya ada satu persatuan palang merah atau bulan sabit merah

dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka

kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

vii. Kesejagatan

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa

meliputi seluruh dunia di mana semua persatuan mempunyai

taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling membantu di

antara satu sama lain.

Page 3: Unit-3.docx

3.2 Perlembagaan Pertubuhan

3.2.1 Objektif Perlembagaan

• Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang–undang.

• Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia.

• Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans.

• Antara fungsi perlembagaan atau undang–undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan.

• Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang – undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.

3.2.2 Objektif Perlembagaan BSMM

Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM

“Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.”

Page 4: Unit-3.docx

3.2.3 Perlembagaan BSMM

Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:

Peraturan 1: Nama dan alamat

Peraturan 2: Matlamat

Peraturan 3: Objektif

Peraturan 4: Keahlian

Peraturan 5: Guru Penasihat

Peraturan 6: Ahli jawatankuasa

Peraturan7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa

Peraturan 8: Kewangan

Peraturan 9: Penyertaan

Peraturan 10: Aktiviti

Peraturan 11: Peraturan-peraturan

Peraturan 12: Pindaan perlembagaan

Peraturan 13: Perbubaran persatuan

Peraturan 14: Tindakan disiplin

Peraturan 15: Hal-hal lain

Perkara – perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah :

i) Lencana / logo persatuan

ii) Cogan kata / moto

iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan, cawangan,

daerah, negeri

iv) Pendaftaran persatuan

· v) Jawatankuasa kecil

Page 5: Unit-3.docx

3.3 Lambang, cogan kata, lagu dan bendera Pertubuhan BSMM

3.3.1 Lambang

Pengiktirafan Emblem Palang Merah sebagai Emblem Palang Merah

Kebangsaan dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

atau International Committee of Red Cross (ICRC) telah dibuat pada

tahun 1864.

Lambang palang merah merupakan lambang terbalik dari bendera

Switzerland. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan

kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara

tersebut.

Emblem Palang Merah

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan

Rusia selama enam bulan tiba-tiba mengumumkan kepada majlis

Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, lambang

palang merah menghina kepercayaan agama anggota-anggota

tenteranya. Oleh yang demikian, mereka menggunakan lambang bulan

sabit merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah itu diikuti

oleh banyak negara-negara Arab atau negara- negara yang

mempunyai banyak penduduk Muslim. Kedua-dua lambang ini, palang

merah dan bulan sabit merah dilindungi oleh Konvensyen Geneva

sejak tahun 1929.

Emblem Bulan Sabit Merah

Page 6: Unit-3.docx

Logo Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia

3.3.2 Cogan Kata:

Sedia Berkhidmat!

3.3.3 Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia

Bulan Sabit Merah Di Malaysia

Giat Berjasa Untuk Negara

Tidak Kira Kaum Dan Agama

Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara

Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia

Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia

Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat

Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik: Dato’ Dol Ramli

Lagu: Dato’ Johari Salleh

“Lagu Bulan Sabit Merah” telah pertama kali dimainkan sewaktu

perasmian rasmi pertukaran nama pergerakan dari Palang Merah

Malaysia ke Bulan Sabit Merah Malaysia.

Page 7: Unit-3.docx

3.3.4 Bendera