Unit 3 - Reka Bentuk

9
Lampiran 1 Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tarikh/Hari : 24 Februari 2015/Selasa Masa : 12.10 tengah hari – 1.10 petang Tahun : Tahun 4 Bilangan Murid : 24 orang Tema : 3.0 Reka Bentuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 3.1 Mereka bentuk projek eksperimental 3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi. 3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah. 3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah. 3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Mengenal pasti masalah daripada situasi yang diberikan oleh guru. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4

description

rbt

Transcript of Unit 3 - Reka Bentuk

Lampiran 1 Mata Pelajaran: Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4

Tarikh/Hari: 24 Februari 2015/SelasaMasa: 12.10 tengah hari 1.10 petangTahun: Tahun 4Bilangan Murid: 24 orangTema: 3.0 Reka Bentuk

Standard KandunganStandard Pembelajaran

3.1 Mereka bentuk projek eksperimental

3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi. 3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah.3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah.3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :1. Mengenal pasti masalah daripada situasi yang diberikan oleh guru.2. Mengumpul maklumat daripada masalah yang dinyatakan secara berkumpulan.3. Menterjemahkan idea ke dalam beberapa lakaran penjanaan idea.4. Memilih lakaran bagi projek eksperimental.

Elemen Merentas KurikulumNilai: Daya usaha, patuh, rajin, kerjasamaKreativiti dan Inovasi: Boleh memberi banyak ideaElemen Keusahawanan:EK 1:1.1Bertanggungjawab terhadap keputusan menyiapkan tugasan sehingga selesai.EK 2:1.1Amalan memerhati persekitaran dengan bertujuan boleh menyenaraikan dan mengumpul maklumatEK 5:5.5Prinsip ketelusan menyatakan dan menyampaikan maklumat dengan betul dan jelas

Bahan Bantu MengajarBilJenisJumlah

01Kepingan puzzle1

02Kad gambar3

03Kertas lukisan20

04Lembaran kerja24

Pengetahuan Sedia AdaMurid telah didedahkan dengan asas sains dan teknologi semasa belajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

LANGKAH/MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Set Induksi(5 minit)1. Soalan Gambar apakah ini? Siapakah yang pernah pergi ke Jambatan Pulau Pinang atau Jambatan Tamparuli?2. Isi Pelajaran Reka Bentuk Guru memberikan kepingan puzzle kepada murid secara rawak. Murid diminta menyambungkan setiap kepingan puzzle di hadapan papan putih. Murid diminta meneka gambar tersebut. Guru menunjukkan beberapa contoh reka bentuk jambatan. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran pada hari ini.BBM: Kepingan puzzle Kad gambar

KB : Mengenal pasti

KP: Verbal linguistik

Pembelajaran Kontekstual : Menghubung kait dengan pemerhatian melihat jambatan gantung

Nilai : Patuh

Langkah 1(15 minit)

Mengenal pasti masalah berdasarkan petikan dan melihat situasi di dalam gambar Guru meminta murid membaca petikan dan melihat situasi dalam gambar. (m/s20) Guru memberikan situasi lain agar murid lebih memahami cara mengenal pasti masalah berpandukan situasi. Murid melakukan sesi sumbang saran untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan menyelesaikan masalah tersebut. Guru menerangkan kaedah mengumpul maklumat selain daripada proses pemerhatian. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai membuat pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

KB: Mengenal pasti Menjana idea

KP: Verbal linguistik Intrapersonal

BCB: Mengumpul dan memproses maklumat

Nilai : Patuh Rajin

Langkah 2(25 minit)

Membuat lakaran penjanaan idea Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan kecil. Murid diminta melakukan proses penjanaan idea dengan menghasilkan beberapa lakaran sebuah jambatan mengikut daya kreativiti kumpulan masing-masing. Murid membuat lakaran dan memilih lakaran terbaik sebagai projek eksperimental. Setiap kumpulan membentangkan lakaran terbaik di hadapan kelas. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai idea lakaran tersebut dan murid membuat penambahbaikan. Murid diminta menyimpan semua lakaran yang dibuat.BBM: Kertas lukisan

KB: Menjana idea

KP: Verbal linguistik Kinestetik

BCB: Mengumpul dan memproses maklumat

Nilai : Patuh Kerjasama Daya usaha

Langkah 3(10 minit)

Penilaian Guru memberikan lembaran kerja kepada semua murid. Murid diminta untuk melengkapkan dan menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Guru membimbing aktiviti murid.BBM: Lembaran kerja

KB: Menjana idea

KP: Intrapersonal

Nilai : Patuh Rajin

Penutup(5 minit)

Rumusan isi pelajaran Reka Bentuk Guru memilih murid secara rawak untuk merumuskan isi pelajaran. Murid diminta menyatakan kaedah mendapatkan maklumat. Guru membuat rumusan secara keseluruhan. Guru memberikan peneguhan positif kepada murid.KB: Mengenal pasti

KP: Verbal linguistik

Nilai : Patuh

A. Kenal pasti masalah yang dihadapi berpandukan situasi di bawah.

B. Senaraikan kaedah mengumpul maklumat berdasarkan gambar berikut.

C. Lakarkan reka bentuk jambatan yang akan anda bina.