TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN...
Transcript of TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN...
TUGASAN PROJEK
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
EDU 3105
Nama : Siti Nur Syahidah Bt Mohd Sukri
Angka Giliran : 2012201340020
No. Kad Pengenalan : 920823-03-5020
Program : PISMP
Ambilan : Januari 2012
Kumpulan/Unit : 4.01
Nama Pensyarah : Puan Hajjah Rosnah bt. Ahmad Zain
Tarikh Hantar : 2 Ogos 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
Penghargaan
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya
menyiapkan tugasan projek ini mengikut masa yang telah ditetapkan.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing iaitu Pn. Hajah Rosnah bt Ahmad Zain kerana banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam
menghasilkan tugasan projek yang baik. Beliau tidak jemu dalam menabur jasa
kepada kami dalam proses penyiapan tugasan projek ini dan memastikan tugasan
dibuat mengikut segala kriteria-kriteria yang diperlukan.
Disamping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan
saya iaitu Norfara’ain bt Masrin. Dia banyak memberikan kerjasama yang padu dan
sentiasa bersama-sama menjalankan tugasan yang diberikan. Kami berusaha
bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini dan mengikut kehendak
soalan.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
terutamanya rakan sekelas yang banyak meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan
bantuan ketika kami memerlukan pertolongan semasa membina video yang
menarik.
Dalam pada itu, saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan nasihat dan kata-kata
semangat kepada saya agar terus berjuang dalam menuntut ilmu yang berguna ini.
Beliau berdua juga sentiasa memastikan agar saya tidak leka dan berusaha
menyiapkan tugasan pada awal waktu.
Isi Kandungan
Penghargaan………………………………………………………………………………
Kandungan…………………………………………………………………………………
Tugasan projek:
1.0 Bahan Bantu Belajar berbentuk video pendidikan………………………………....
2.0 Rancangan Pengajaran Harian (Pendidikan Islam)………………………………..
3.0 Refleksi…………………………………………………………………………………..
Rujukan………………………………………………………………………………….......
Lampiran…………………………………………………………………………………….
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas : Tahun 5 Bestari
Tarikh : 23 Julai 2013
Hari : Selasa
Masa : 9.45 – 10.45 Pagi (1 jam)
Bilangan Murid : 30 Orang ( 14 Lelaki, 16 Perempuan)
Bidang : Ibadah
Tajuk Pelajaran : Tayamum
Kemahiran : 2.2 Tayamum
2.2.2 a) Tatacara tayamum
2.2.2 b) Syarat-syarat tayamum
2.2.2 c) Perkara-perkara yang membatalkan tayamum
Hasil Pembelajaran :
Di Akhir Pembelajaran Murid Dapat :
Aras 1 : Menyatakan pengertian tayamum dengan betul setelah diterangkan oleh
guru.
Aras 2 : Melakukan cara bertayamum mengikut tertib setelah ditunjukkan oleh guru.
Aras 3 : Menyenaraikan perkara yang membatalkan tayamum setelah membuat
perbincangan secara berkumpulan.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui tentang pentingnya taharah /
kebersihan dalam Islam dan kehidupan seharian.
Kemahiran Berfikir :
1) Banding beza : Mengkelaskan cara-cara bertayamum.
2) Menjana idea : Menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan
tayamum.
Gabungjalin : Akidah, Akhlak, Al-Quran
Penyerapan : Matematik, Sains
Penerapan Nilai : Bekerjasama, bersungguh-sungguh, Khusyuk, Bersyukur
Istiqamah
Bahan Bantu Mengajar : Video, LCD, Komputer Riba, Pendengar Suara,
Langkah
Pengajaran /
Masa
Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan
Mukadimah (3
minit)
Bacaan doa :
بسم هللا الرحمن الرحيم
ن اللهم افتح علينا فتوح العارفين وارزقنا فهم بي الن
احمين بين برحمتك يا أرحم الر وإلهام الملئكة المقر
Bacaan syahadah :
دا رسول هللا أشهد أن ال إله إال هللا وأشهد أن محم
- Seorang murid diminta oleh guru
mengetuai bacaan doa.
- Murid-murid lain diminta
mengikut bacaan doa bersama-
sama.
- Semua murid melafaz kalimah
syahadah bersama-sama.
Nilai :
Kerjasama
Set Induksi (5
minit)
- Guru menunjukkan gambar
sebotol air.
- Guru menyoal murid tentang
- Murid melihat gambar air yang
ditunjukkan oleh guru melalui video.
- Murid menjawab soalan guru secara
individu.
BBM :
Gambar
Kaedah :
Sumbang saran
Nilai :
Yakin diri
kegunaan air dan apa yang akan
kita lakukan sekiranya tiada air
untuk berwuduk.
- Guru mengaitkan jawapan murid
dengan tajuk pelajaran.
Langkah 1 (15
minit)
- Pengertian Tayammum
- Sebab bertayammum
- Murid menonton video dialog
yang mengandungi pengertian
tayamum dan sebab
bertayamum.
- Murid mengikuti aktiviti di dalam
dialog yang telah dipaparkan.
- Murid memberi pendapat mereka
berkaitan pengertian tayammum
dan sebab diharuskan
bertayammum.
- Murid mendengar setiap
penerangan guru dengan teliti.
BBM :
Video Dialog
Kaedah :
Penerangan
Nilai :
Kerajinan
Keberanian
Langkah 2
(15 minit)
Cara-cara melakukan tayammum.
1. Niat
2. Menyapu debu tanah ke muka.
3. Menyapu debu tanah pada
kedua-dua belah tangan hingga ke
siku.
- Pelajar melihat video cara
melakukan tayammum.
- Pelajar dibahagikan kepada
beberapa kumpulan untuk aktiviti
kuiz.
- Pelajar mendengar setiap
penerangan guru dengan
prihatin.
BBM :
Video (Cara bertayamum )
Kaedah :
Penerangan
Nilai :
Kerjasama
Langkah 3
(15 minit)
- Perkara yang membatalkan
tayamum
- Video mengenai perkara yang
membatalkan tayamum.
- Murid menyenaraikan semula
apa yang diperoleh mengenai
tayamum secara berkumpulan.
- Murid berbincang bersama guru
jawapan bagi setiap kumpulan.
BBM :
Video ( Perkara
membatalkan tayamum )
Kaedah :
Perbincangan
Nilai :
Keazaman
Berusaha
Penutup
(5 minit)
Rumusan
- Guru membuat kesimpulan
tentang isi pelajaran.
- Murid diminta membuat lembaran
kerja mengenai pelajaran
tayamum.
BBM :
Lembaran kerja
Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya,
saya dapat menyiapkan tugasan projek bagi subjek EDU 3105 Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran.
Pada 2 Julai 2013, saya telah mendapat tugasan projek ini yang telah
diserahkan oleh pensyarah pembimbing iaitu, Pn. Hjh. Rosnah bt Ahmad Zain.
Beliau telah memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan tugasan tersebut dan
menjawab segala persoalan dan kemusykilan berkenaan dengan tugasan. Beliau
juga menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugasan dan saya memahami
kehendak soalan dengan baik.
Tugasan kali ini adalah berkenaan dengan menyediakan satu bahan bantu
belajar (BBB) berbentuk video pendidikan yang akan digunakan sebagai salah satu
media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya bersama dengan ahli
kumpulan iaitu Norfara’ain bt Masrin telah bekerjasama memastikan tugasan projek
ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kami telah bekerjasama dalam
menghasilkan video pendidikan dan rancangan pengajaran harian berdasarkan
video tersebut.
Selain itu, berkenaan dengan tugasan, saya dan rakan sekumpulan telah
membuat keputusan untuk memilih topik pengajaran iaitu tayammum. Topik ini
dipilih sebagai menepati mata pelajaran major bagi kursus opsyen Pendidikan Islam
yang akan saya ajar di sekolah kelak. Kemudian, saya berjumpa dengan guru
pembimbing terlebih dahulu untuk mendapat persetujuan dan melakukan sedikit
perbincangan sebelum memulakan sebarang tindakan bagi tugasan projek. Saya
dan rakan kumpulan telah menunjukkan segala perancangan yang telah dibuat di
dalam buku dan memastikan pensyarah pembimbing meluluskannya. Kemdian, baru
kami akan memulakan tugasan.
Dalam pada itu, semasa proses penghasilan video, saya dan rakan telah
menggunakan perisian Cyber Link kerana kami lebih mengetahui tentang perisian
tersebut berbanding perisian yang lain. Selain itu, terdapat perisian lain yang boleh
digunakan seperti Movie Maker, Fantashow dan lain-lain. Walau bagaimanapun,
saya memerlukan banyak masa untuk belajar menggunakan perisian yang telah
dipilih itu.
Permulaan proses penghasilan video ini bagi set induksi, kami telah mencari
beberapa gambar seperti gambar latarbelakang yang mengandungi air, botol air,
ikan, kartun upin ipin, padang pasir, kemarau dan lain-lain lagi untuk melengkapkan
set induksi video ini. Pencarian gambar-gambar ini adalah bersesuaian dengan tajuk
tayammum iaitu berkaitan dengan ketiadaan air. Set induksi kami dimulakan dengan
membuat satu pertanyaan tentang apakah gambar yang akan ditayangkan
menggunakan kata-kata seperti, “ Adik-adik gambar apakah ini?”. Latarbelakang
yang digunakan ialah latarbelakang air dan diletakkan pada kod bar yang pertama di
perisian Cyberlink. Gambar latarbelakang itu telah diambil daripada Media Room
(F3). Jika kita mendapati bahawa gambar yang kita perlukan itu tiada maka kita
perlu import media dahulu dan kemudian pilih gambar yang kita kehendaki.
Tulisan yang digunakan untuk pertanyaan tadi ialah tulisan Eras Bold ITC saiz
24 dan telah diboldkan. Tulisan ini diletakkan pada kod bar yang keempat iaitu Title
Track. Kemudian, kami meletakkan dua keping gambar berkaitan iaitu gambar
pertama ialah air dan yang kedua ialah gambar botol air. Kami menunjukkan gambar
ini adalah bertujuan untuk melahirkan sifat ingin tahu murid tentang tajuk pada hari
itu. Seterusnya, kami menguji pemikiran murid-murid untuk berfikir bagaimana kita
berwuduk sekiranya ketiadaan air. Jawapan untuk itu dijawab oleh kartun upin dan
ipin tentang kewajipan bertayamum jika tiada air.
Langkah pertama pula, kami menggunakan video dialog yang mengandungi
pengertian tayamum dan sebab bertayamum. Video diambil daripada Youtube dan
kami Trim untuk mendapatkan video yang baik. Oleh kerana alih bahasanya ialah
Bahasa Indonesia maka kami telah menukarnya kepada suara kami sendiri. Kami
telah merakam menggunakan kamera Olympus dan menukarkannya kepada format
mp3. Kemudian, kami memastikan bahawa suara video sama dengan suara kami
rakam. Alhamdulillah, kami berjaya mendapat hasil yang baik.
Bagi langkah kedua, kami telah memuat turun video tentang cara-cara
bertayamum daripada Youtube menggunakan YTD Video Downloader. Kemudian,
kami memasukkan video tersebut ke dalam Cyberlink. Oleh kerana video tersebut
terlalu panjang maka kami Trim sedikit video tersebut agar nampak lebih kemas dan
cantik. Sepanjang proses Trim tersebut, kami perlu teliti kerana khuatir terpotong
bahagian-bahagian cara bertayamum yang kami perlukan. Cara bertayammum itu
dimulakan dengan lafaz niat tayammum beserta maknanya. Video diteruskan
dengan anggota tayammum dan cara-cara bertayammum yang betul serta doa
selepas mengambil wuduk.
Langkah ketiga pula ialah mengenai video perkara yang membatalkan
tayammum. Video asal ini ialah video tayammum iaitu Dodo dan Syamil yang
diambil daripada Youtube. Kami mengambil bahagian video tentang perkara yang
membatalkan tayamum sahaja. Oleh itu, kami telah Trim beberapa bahagian yang
tidak diperlukan.
Disamping itu, semasa menjalankan tugasan video tersebut, saya dan rakan
sekumpulan menghadapi beberapa masalah. Namun begitu, saya dan rakan sedaya
upaya mengatasi semua masalah yang dihadapi. Antara masalahnya ialah video
yang telah dihasilkan hilang secara tiba-tiba. Setelah diselidik, rupa-rupanya perisian
Cyber Link ini tidak boleh diubah kedudukan folder kerana ia akan menyebabkan
berlaku kerosakan terhadap video yang telah dihasilkan. Walau bagaimanapun,
kami agak bernasib baik kerana saya dan rakan baru sahaja memulakan
penghasilan video kami dan kami tidak berasa terkilan sangat. Saya dan rakan
mengambil keputusan untuk menghasilkan video tersebut semula dan berusaha
mengubah ia menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Hal ini kerana video sebelum
telah ditunjuk kepada pensyarah pembimbing dan ingin melakukan sedikit
pembaharuan.
Dalam pada itu, masalah lain ialah saya dan rakan kumpulan mengalami
sedikit kesukaran dalam membina video. Hal ini kerana kami mempunyai asas
sahaja dan tidaklah begitu hebat menggunakan perisian-perisisan tersebut. Saya
menghabiskan banyak masa belajar cara menggunakan perisian tersebut untuk
menghasilkan video yang hebat. Saya dan rakan juga telah berusaha bersungguh-
sungguh belajar cara membina video daripada orang yang lebih berpengalaman di
dalam kelas. Rakan sekelas juga tidak kedekut dalam memberikan ilmu dan
bersama-sama membantu kami dalam menghasilkan video tersebut. Walaupun
mereka juga sibuk menyiapkan tugasan yang sama namun mereka tetap
meluangkan sedikit masa membantu kami.
Selain itu, masalah seterusnya ialah kekangan masa. Selain daripada
menyiapkan tugasan projek ini, saya dan rakan yang lain juga mempunyai beberapa
tugasan lain seperti perbentangan di dalam kelas dan juga terlibat dengan aktiviti
luar seperti kelab Redaksi Majalah. Oleh sebab itu, saya perlu bijak dalam
membahagikan masa agar tidak leka dalam proses menyiapkan tugasan projek yang
telah diberikan. Saya juga ada melakukan jadual yang sistematik agar masa saya
tidak berlalu begitu sahaja. Setiap perkara yang hendak dilakukan, saya lebih selesa
mencatatnya di dalam buku dan dijadikan sebagai peringatan kepada diri sendiri.
Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting.
Kelemahan seseorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya
mudah terjebak ke kancah kegagalan dan kekecewaan. Pengurusannya yang baik
pula pastinya membuahkan natijah yang berkesan di samping memberi impak yang
besar dalam kehidupan seseorang.
Pertama kali saya mendapat tugasan ini, saya berasa gembira kerana saya
dapat belajar cara menghasilkan bahan bantu belajar menggunakan video. Sebelum
ini, saya hanya mengetahui serba sedikit tentang cara penghasilan video. Walau
bagaimanapun, saya telah banyak belajar melalui rakan-rakan sekelas tentang cara
menghasilkan video yang menarik agar dapat digunakan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas nanti. Video merupakan salah satu bahan bantu
belajar yang dapat menarik minat murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung agar murid tidak merasa bosan dan jemu dengan hanya mendengar
penerangan guru sahaja.
Disamping itu, semasa menghasilkan video ini, saya dan rakan berbincang
bersama-sama untuk memastikan proses pembinaan video tersebut dilakukan
secara teratur dan mengikut urutan yang betul. Sebagai contoh, saya memulakan
video dengan set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3 dan penutup. Urutan yang
dimaksudkan ialah video dimulakan dengan pengertian tayammum, sebab
bertayammum, cara-cara bertayammum, perkara yang membatalkan tayamum dan
akhir sekali hikmah bertayammum. Melalui urutan tersebut maka kita dapat melihat
sendiri kelancaran pengajaran dan murid akan mudah untuk memahami topik
pengajaran dengan baik.
Dalam pada itu, saya dapat menghasilkan satu rancangan pengajaran harian
(RPH) dengan baik. Saya juga berpeluang menghasilkan RPH berdasarkan
persembahan video tersebut. Sebelum ini, saya hanya didedahkan dengan RPH
berpandukan powerpoint dan BBB yang lain. Saya berasa gembira kerana BBB
yang akan digunakan nanti ialah video yang dihasilkan sendiri oleh kami untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran kelak. Video ini sememangnya memberikan
banyak manfaat kepada guru dan bakal guru di sekolah nanti.
Rujukan
Alhabsyie, H. (1995). Risalah wudhu' dan tayamum: pengertian tentang taharah.
Selangor: Pustaka Nasional.
Al-Zuhaili. (1994). Fiqh & Perundangan Islam Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ismail Kamus (Ust. Hj.), M. A. (2009). Indahnya hidup bersyariat. Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn. Bhd.
Malaysia, K. P. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5.
Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yahya, M. Z. (2011). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
http://tayamum.blogspot.com/ (diakses pada 10 Julai 2013)
http://organisasi.org/pengertian-tayamum-cara-syarat-rukun-sebab-sunat-
tayammum-wudhu-dengan-debu-tanah (diakses pada 20 Julai 2013)
http://www.ustaznoramin.com/2012/02/jom-belajar-tentang-tayamum.html (diakses
pada 22 Julai 2013)
http://kias.edu.my/tayamum.htm (diakses pada 29 Julai 2013)
L
A
M
P
I
R
A
N
(Lembaran Kerja)
Soalan Latihan
1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Tayammum ialah menyapu ________________ yang suci ke _________ dan
_________________ hingga kesiku dengan beberapa syarat dengan disertai
_________________.
2. Tuliskan harus atau batal bertayammum pada pernyataan dibawah .
a) Cuaca yang terlalu sejuk. _____________
b) Ada air sebelum solat. _____________
c) Sembuh dari sakit _____________
d) Melakukan perkara yang membatalkan wuduk. ______________
e) Sakit yang tidak boleh menggunakan air. ______________
3. Susun rukun tayammum mengikut urutan.
a) Menyapu debu tanah kemuka. ________
b) Tertib ________
c) Niat ________
d) Menyapu kedua-dua belah tangan hingga ke siku. ________