Topik 2 - Matlamat, Nilai Dan Budaya Dalam Aspek Penglibatan Keluarga
-
Upload
jody-jones -
Category
Documents
-
view
129 -
download
0
Transcript of Topik 2 - Matlamat, Nilai Dan Budaya Dalam Aspek Penglibatan Keluarga
Pengenalan• Keluarga adalah merupakan unit asas institusi
sosial di dalam sesebuah masyarakat. • Setiap bayi dilahirkan ke dunia ini berada di
dalam sebuah keluarga. • Sekolah juga merupakan salah sebuah institusi
sosial penting di dalam masyarakat dan tidak terkecuali daripada terlibat dengan perdebatan isu keluarga.
• Ini adalah kerana kanak-kanak disosialisasikan di dalam kedua-dua institusi sosial iaitu keluarga dan sekolah.
• Kanak-kanak dan keluarga perlu mengadaptasikan diri dengan persekitaran sekolah yang berbeza, dan sekolah pula perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis latar belakang dan kanak-kanak.
Definisi Keluarga
•Didefinasikan sebagai satu penyatuan manusia dalam satu kumpulan yang bekerjasama dikalangan ahlinya atau cooperative group, dalam tujuannya untuk menjaga dan membesarkan anak-anak (Macionis 2001).
•Keluarga dikatakan sebagai satu unit yang dibentuk dua individu atau lebih yang dikaitkan dengan pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat yang hidup bersama.
•Keluarga dalam hubungannya dengan anak ditakrifkan sebagai tempat pengasuhan yang dapat memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, dan bergerak.
•Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan keluarga bahkan juga komuniti. Begitu juga sebaliknya keluarga dan komuniti memerlukan kanak-kanak untuk melengkapkan kehidupan seseorang manusia.
Fungsi Utama Keluarga
Fungsi keluarga adalah bertanggungjawab dalam menjaga dan mengembangkan anggota-anggotanya (Suprihatin, G, dkk., 1992). Antara fungsi utama keluarga ialah seperti berikut:
• Fungsi Reproduksi• Fungsi Keagamaan• Fungsi Sosial Budaya• Fungsi Kasih Sayang• Fungsi Perlindungan• Fungsi Pendidikan• Fungsi Ekonomi• Fungsi Rekreasi • Fungsi Status Dan Kedudukan
Fungsi Reproduksi• Fungsi yang merupakan mekanisme untuk melanjutkan
keturunan yang direncanakan dapat menunjang terciptanya kesejahteraan manusia di dunia yang penuh iman dan takwa.
Fungsi Keagamaan• Didorong dan dikembangkan agar kehidupan keluarga sebagai
tempat persemaian nilai-nilai luhur budaya bangsa untuk menjadi insan beragama yang penuh keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Fungsi Kasih Sayang• Memberikan landasan yang kukuh terhadap hubungan anak
dengan anak, ibu dengan bapa, ibu bapa dengan anaknya serta hubungan kekerabatan antara generasi. Ini penting untuk perkembangan psikologi sihat kepada anak-anak.
Fungsi Sosial Budaya• Anak-anak dibesarkan di dalam keluarga dengan nilai dan
budaya yang dianuti di dalam keluarga tertentu. Oleh itu, anak-anak mendapat pembudayaan di dalam keluarga.
Fungsi Perlindungan• Menambahkan rasa aman dan keakraban pada setiap ahli
keluarga. Keluarga memberi perlindungan kepada anak-anak dari segi tempat tinggal yang sempurna serta memberi perlindungan kepada perkembangan emosi anak-anak.
Fungsi Pendidikan• Keluarga mendidik anak-anak kemahiran kerja-kerja di dalam
rumah, kemahiran kerjaya warisan keluarga seperti kemahiran berniaga, nilai murni dan moral dan spiritual.
Fungsi Ekonomi• Di dalam hal ini keluarga akan menyediakan semua keperluan
kehidupan seperti makan, minum, barangan dan perkhidmatan kepada anak-anak serta merupakan unsur ketahanan keluarga.
Fungsi Rekreasi • Keluarga menyediakan aktiviti rekreasi bersama ahli keluarga
seperti berkelah, bersukan, bermain, beriadah dan sebagainya.
Fungsi Status Dan Kedudukan• Keluarga memberikan status kepada anak-anak melalui nama
keluarga, kedudukan keluarga dari segi ekonomi dan sosial di dalam komuniti.
Perubahan Bentuk Keluarga Masa Kini
• Perubahan dari segi ekonomi keluarga yang memerlukan pendapatan lebih seiring dengan pembangunan dunia moden. Jika dahulu kaum ibu hanya duduk di rumah menjaga dan mengasuh anak terutama anak kecil telah beralih kepada bekerja
• Masa dahulu segala keperluan, kemudahan, bahan dan perkhidmatan semuanya akan disediakan oleh keluarga. Pada hari ini, perkara sebegini tidak lagi dilakukan di mana segalanya diperolehi dengan cara pembelian.
• Masa dahulu segala keperluan, kemudahan, bahan dan perkhidmatan semuanya akan disediakan oleh keluarga. Pada hari ini, perkara sebegini tidak lagi dilakukan di mana segalanya diperolehi dengan cara pembelian.
• Masa lalu keluarga lebih mengamalkan kerja-kerja beribadat di rumah tetapi pada hari ini segala tugas tersebut banyak diberikan oleh sekolah, guru-guru, para alim ulama dan institusi agama.
• Perubahan yang berlaku kepada sistem kekeluargaan pada masa kini disebabkan pengaruh daripada bentuk perhubungan keluarga yang kompleks serta respon daripada pihak lain pada komuniti di dalam masyarakat itu sendiri.
• Pada masa ini kasih sayang yang diberikan oleh keluarga kepada anak-anak mereka lebih kepada aspek material bagi menunjukkan kasih sayang mereka berbanding pada masa lalu kasih sayang diberikan dengan sepenuhnya kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Tahap pendidikan ibu bapa
• Tahap pendidikan ibu bapa juga telah meningkat. Jika dahulu, tanggungjawab untuk menyara keluarga terletak pada bahu bapa yang mencari nafkah, tetapi pada masa kini, ibu dan bapa telah bersama-sama mencari rezeki.
• Tugas menjaga anak telah diserahkan kepada pusat asuhan mahupun pembantu rumah. jika pembantu rumah tersebut adalah warga asing, maka secara tidak langsung anak tersebut akan belajar nilai dan budaya warga asing itu sendiri.
Perubahan tempat tinggal.
• Ibubapa muda telah mula berhijrah dari kampong ke bandar. Ini mungkin kerana di bandar mempunyai lebih pekerjaan dan kemudahan yang lebih selesa.
• Namun demikian, suasana perumahan di bandar lebih kepada konsep “tidak menjaga tepi kain orang” oleh yang demikian, apa yang berlaku jika anak-anak melakukan kesilapan di luar pengetahuan ibu bapa, maka, tiada siapa yang akan menegur.
Keluarga nucleus
• Ibubapa muda yang berpisah akan meminta ibubapa mereka untuk menjaga anak-anak. Namun jika di bandar , tiada siapa yang akan menjaga mereka dan menyebabkan anak-anak mereka terbiar.
KONFLIK, MATLAMAT DAN NILAI.
• Ibubapa dan keluarga bertanggungjawab menjadikan anak-anak mereka berakhlak mulia, beragama matang berfikir serta menghayati nilai-nilai murni tradisi yang diwarisi keluarga.
• Oleh yang demikian, ibubapa bertanggungjawab mengeluarkan perbelanjaan kesihatan, perubatan, pakaian untuk anak-anak.
BUDAYA KELUARGA
• Sebuah keluarga yang baik mempunyai sokongan emosi, menghormati orang lain, bertanggungjawab terhadap segala tindakan. Perbezaan budaya adalah dari segi ekspektasi kanak-kanak , cara menjaga mereka, corak mendewasakan mereka dan juga tahap kepentingan ibubapa terhadap pelajaran.
APLIKASI PENYELESAIAN KONFLIK.
• Guru harus memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan konflik didikan dan nilai berkeluarga.
• Guru perlu memberi peneguhan dan sokongan kepada setiap tingkahlaku kanak-kanak sejajar dengan matlamat dan hasrat pendidikan
• Guru memerlukan sokongan dari keluarga dan komuniti dalam menjalankan peranan ini
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong menolong, hormat menghormati dan sebagainya
selaras dengan falsafah pendidikan negara yang mahukan perkembangan secara menyeluruh (JERIS).
Nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak mereka masih kecil lagi kerana dapat membentuk moral yang baik dalam diri kanak-kanak
tersebut.
Nilai agama juga perlu diajar kepada kanak-kanak dari kecil lagi. Amalan baik yang diajarkan oleh sesebuah agama hendaklah
dilaksanakan oleh keluarga mereka agar dapat menjadi tauladan dan ikutan kepada kanak-kanak.
DEFINISI
Keputusan : Pilihan yang dibuat antara alternatif
yang ada
Proses Pembuatan Keputusan : Proses membuat pilihan alternatif yang
terbaik untuk mencapai sesuatu objektif
JENIS-JENIS KEPUTUSAN
1. Keputusan Berprogram : berulang dan rutin; mengikut prosedur
atau garis panduan yang telah disediakanCTH: pendaftaran kursus setiap semester
2.Keputusan Tidak Berprogram : berlaku secara tidak rutin dan keadaan
yang tidak biasaCTH: hendak melabur dalam syarikat baru tersenarai di BSKL
Langkah Pertama : Kenalpasti masalah dan peluang :
- Menganalisa punca atau penyebab - Mengenalpasti kesukaran yang menghalang
pencapaian matlamat- Mengenalpasti situasi yang menunjukkan peluang- peluang untuk melepasi matlamat yang sedia ada
Langkah Kedua : Memikirkan alternatif penyelesaian :
- Untuk keputusan berprogram : alternatif hendaklah mudah dan ketara
- Untuk keputusan tidak berprogram : alternatif yang lebih kreatif dan inovatif
Langkah Ketiga : Pilih alternatif paling sesuai
Perlaksanaan yang berjaya : Berhati-hati ketika merancang; Sensitif terhadap mereka yang menerima kesan
Langkah Keempat : Melaksanakan alternatif yang dipilih
Langkah lima: Dapatkan maklumbalas
Membuat tindakan susulan dan menilai hasil daripada keputusan
Wrightsman dan Deaux (1981) mendefinisikan perilaku prososial sebagai perilaku seseorang yang mempunyai konsekuensi sosial
positif yang ditujukan bagi kesejahteraan orang lain secara fisikal mahupun psikologi.
Perkembangan prososial ialah perkembangan seseorang dari segi tingkahlaku yang dapat diterima sosial umum. Kanak-kanak
perlu diberi bimbingan tingkahlaku seperti berikut.
Membimbing kanak-kanak ke arah membina kawalan diri Menggalakkan kanak-kanak berdikari
Membimbing kanak-kanak untuk memenuhi keperluan emosi dan intelek mereka
Membina ekspektasi untuk kanak-kanak Merancang tingkahlaku yang sesuai dengan menyusun
persekitaran supaya disiplin kendiri dapay dilakukan kanak-kanak
Mengubah tingkahlaku kanak-kanak sekiranya perlu
Seorang kanak-kanak akan meningkat dalam pelbagai perkara seperti perkembangan kognitif, perkembangan bahasa, perkembangan sosial dan lain-lain lagi.
Menurut Moss dan Page (dalam Baron & Byrne, 1991) menyatakan bahawa seseorang yang mendapatkan pengukuh positif pada saat melakukan suatu perilaku prososial maka ia cenderung akan melakukan perilaku itu lagi pada saat yang lain, sedangkan seseorang yang mendapatkan pengukuh negatif pada saat melakukan suatu perilaku prososial maka akan cenderung menghindari perilaku tersebut pada saat yang lain.
Elemen penting dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah memberikan bimbingan yang berkesan
kepada kanak-kanak seperti berikut.
Mengenali diri Mengetahui perkembangan kanak-kanak
Memenuhi keperluan kanak-kanak dengan cara sesuai dari segi berdikari dan bertanggungjawab Menetapkan ekspektasi yang sesuai
Menyusun dan memodifikasi persekitaran supaya tingkahlaku dan kawalan kendiri yang diharapkan dapat dibina
Menunjukkan model tingkahlaku yang sesuai kepada kanak-kanak
Mengelakkan daripada membina atau menggalakkan tingkahlaku bermasalah
Rumusan
Jika dilihat daripada tugasan ini,kebanyakkanya mengulaskan
mengenai definisi keluarga, jenis-jenis keluarga, fungsi keluarga,
perubahan bentuk keluarga, struktur keluarga, budaya dan nilai
mendidik anak-anak, tanggungjawab keluarga, budaya keluarga serta
memupuk tingkah laku prososial kepada anak-anak agar mereka
berkembang menjadi orang dewasa yang sihat mental, emosi , sosial,
dan rohani. Turut diulas adalah mengenai tanggungjawab ibubapa,
masyarakat serta komuniti dalam membentuk keperibadian kanak-
kanak. Ibubapa dan guru memainkan peranan yang cukup penting
untuk memastikan apa yang terbaik untuk kanak-kanak. Kesemua isu
ini dikupas dalam konteks kanak-kanak dan kehidupannya dengan
keluarga.
Rujukan
Buku IlmiahSabariah Siron & Kasnani Ab. Karim. HBPS2103 Keluarga dan Profesional dalam Perkhidmatan Kanak-Kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Internet http://khairatna.blogspot.com/2009/03/kepentingan-keluarga-dalam-islam.html http://www.penyayang.org.my/bm/keluarga/text.htmlhttp://ahmadjaafar.blogspot.com/2009/04/pengenalan.htmlhttp://astaqauliyah.com/2006/12/26/konsep-keluarga-dinamika-dan-fungsinya/http://www.bloggaul.com/trainingcentre/readblog/64153/8-fungsi-keluarga