Thesis Part 1

1
PENGENALAN Dalam dunia global yang semakin mencabar hari ini, memperlihatkan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan geografi mahupun sosiologi. Dalam usaha negara ke arah negara yang maju dan mampan terutamanya Malaysia yang merupakan sebuah negara perindustrian yang sedang membangun, sentiasa menghadapi cabaran baru hasil dari kesan globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi. Dalam usaha negara bagi mencapai wawasan 2020, pelbagai aspek perlu dititik beratkan khususnya aspek ekonomi Malaysia yang harus mempunyai daya saing yang tinggi melalui sektor-sektor yang merupakan penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi negara supaya Malaysia setanding dengan negara maju yang berkaitan dengan persaingan ekonomi dan perdagangan. Kini, sektor terpenting adalah sektor perkhidmatan yang kegiatan dan output utamanya mempunyai hubungan rapat dengan input sumber manusia yang daya saingnya terletak pada daya saing pekerja sektor berkenaan. Ekonomi Malaysia sudah pun terdedah kepada persekitaran luar di mana dalam ekonomi semasanya menghadapi persaingan yang lebih luas dan sengit. Dalam menghadapi arus globalisasi yang pesat menjadikan Malaysia perlu bersiap sedia dalam menghadapi keadaan ekonomi yang kian mencabar. Dalam era ini, daya saing dikaitkan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan yang juga dikenali sebagai K-economy. Daya saing boleh meningkat melalui penguasaan sesuatu pengetahuan dan teknologi maklumat serta peningkatan kemahiran pekerja. Perubahan struktur ekonomi ke arah ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan kepentingan sektor perkhidmatan pendidikan dalam ekonomi negara memerlukan Malaysia meningkatkan daya saing dalam sektor ini kerana dengan peningkatan dan pengukuhan daya saing pekerja dapat menghasilkan tenaga kerja yang produktif dan cekap.

description

fgdr

Transcript of Thesis Part 1

PENGENALANDalam dunia global yang semakin mencabar hari ini, memperlihatkan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan geografi mahupun sosiologi. Dalam usaha negara ke arah negara yang maju dan mampan terutamanya Malaysia yang merupakan sebuah negara perindustrian yang sedang membangun, sentiasa menghadapi cabaran baru hasil dari kesan globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi. Dalam usaha negara bagi mencapai wawasan 2020, pelbagai aspek perlu dititik beratkan khususnya aspek ekonomi Malaysia yang harus mempunyai daya saing yang tinggi melalui sektor-sektor yang merupakan penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi negara supaya Malaysia setanding dengan negara maju yang berkaitan dengan persaingan ekonomi dan perdagangan. Kini, sektor terpenting adalah sektor perkhidmatan yang kegiatan dan output utamanya mempunyai hubungan rapat dengan input sumber manusia yang daya saingnya terletak pada daya saing pekerja sektor berkenaan. Ekonomi Malaysia sudah pun terdedah kepada persekitaran luar di mana dalam ekonomi semasanya menghadapi persaingan yang lebih luas dan sengit. Dalam menghadapi arus globalisasi yang pesat menjadikan Malaysia perlu bersiap sedia dalam menghadapi keadaan ekonomi yang kian mencabar. Dalam era ini, daya saing dikaitkan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan yang juga dikenali sebagai K-economy. Daya saing boleh meningkat melalui penguasaan sesuatu pengetahuan dan teknologi maklumat serta peningkatan kemahiran pekerja. Perubahan struktur ekonomi ke arah ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan kepentingan sektor perkhidmatan pendidikan dalam ekonomi negara memerlukan Malaysia meningkatkan daya saing dalam sektor ini kerana dengan peningkatan dan pengukuhan daya saing pekerja dapat menghasilkan tenaga kerja yang produktif dan cekap.