Tesis Kak Na

download Tesis Kak Na

of 14

description

pendidikan khas

Transcript of Tesis Kak Na

1

1

1.0 PENDAHULUAN Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai penggunaan teknik kata tanya dalam meningkatkan kemahiran menjawab soalan pemahaman dalam kalangan murid-murid Tahun 6A2 dengan menggunakan simbol. Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang masalah dalam menjawab latihan pemahaman yang dihadapi murid Tahun 6A2 dan bagaimana pendekatan kata tanya dapat menyelesaikan masalah tersebut.

1.1 Pengenalan Orang pekak merupakan makhluk yang image and visually oriented dan mereka banyak belajar melalui penglihatan. Apa yang dibaca biasanya divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Ketidakupayaan mendengar dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran telah menyebabkan murid-murid ini tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran penting dalam berbahasa seperti menulis, membaca, bertutur apatah lagi mendengar. Abdullah Yusof (1993) menyatakan, penguasaan lisan dan tulisan murid masalah pendengaran amat lemah. Keadaan ini merupakan punca murid masalah pendengaran mengalami kesukaran dalam membina ayat dan membina struktur ejaan yang betul dalam setiap perkataan. 2

Pemilihan teknik kata tanya (1H5W) merupakan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam kelas yang dapat menggalakkan murid lebih aktif dan dapat menambah kefahaman murid terhadap sesuatu perkara. Apabila proses p&p dapat dilaksanakan dengan berkesan di dalam kelas, akan dapat membantu murid mencapai objektif guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan. Penggunaan kata tanya (1H5W) dapat menarik minat dan perhatian murid-murid pekak. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran. Ditambah lagi dengan penerangan guru yang menarik dengan kod tangan dan bahasa tubuh yang betul.

Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam memastikan keberkesanan penggunaan kata tanya (1H5W) dalam pengajaran. Misalnya jika guru menggunakan kata tanya Siapa, Apa, Bila, Mana, Kenapa/Mengapa, Berapa dan Bagaimana dengan objektif-objektif pembelajaran, maklumat yang diterima oleh murid akan bertambah. Misalnya, Ausuble (1968) mengemukan konsep maklumat awal sebagai bantuan untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Contoh maklumat awal ialah satu tinjauan, pengenalan kepada ringkasan penting kepada isi pelajaran, satu penyataan tentang prinsip-prinsip yang terkandung dalam maklumat yang akan disampaikannya.

Oleh yang demikian, dengan merujuk pada objektif, ciri-ciri, tujuan dan kepentingan penyelidikan tindakan, maka di sini dapat pengkaji merumuskan 3

bahawa penyelidikan tindakan yang akan dijalankan ke atas murid-murid Tahun 6A2 yang kurang mahir menjawab latihan pemahaman menggunakan kaedah kata tanya merupakan satu pendekatan yang berkesan kerana melalui kaedah kata tanya (1H5W) murid dapat mengambarkan jawapan yang diperlukan apabila kata tanya ini dikemukakan dan seterusnya dapat meningkatkan kefahaman murid tersebut dalam petikan Bahasa Melayu.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pengkaji mengajar di Kelas 6A2 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Kesemua murid ini mengalami masalah pendengaran. Murid-murid di dalam kelas pengkaji terdiri daripada murid-murid yang lemah. Pengkaji mendapati murid-murid Kelas 6A2 ini kurang minat membaca petikan kerana tidak faham apa yang dibaca sekaligus menyebabkan mereka gagal menjawab soalan pemahaman bagi kertas 1 mata pelajaran Bahasa Melayu yang akan dihadapi semasa peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian setelah 6 bulan mengajar Kelas 6A2, dan melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, lisan, penulisan dan ujian bulanan, didapati mereka masih gagal menjawab soalan pemahaman berpunca daripada gagal memahami isi-isi petikan, baca petikan sekali sahaja, tidak memahami istilah, tidak faham makna perkataan yang sukar dan berimbuhan dan tidak memahami ayat yang mengandungi bahasa sastera. Ujian yang telah dijalankan jelas menunjukkan murid mendapat E bagi Kertas 1 subjek Bahasa Melayu. Latihan yang diberikan dalam buku 4

latihan juga menunjukkan murid gagal menjawab soalan pemahaman ekoran kegagalan memahami petikan.

Kegagalan murid 6A2 memahami isi petikan kerana sikap sambil lewa murid, sekadar membaca dan tidak cuba memahami petikan disebabkan penguasaan Bahasa Melayu mereka yang sangat lemah. Murid juga tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar dan istilah-istilah sastera yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Selama ini saya mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan tanpa memperdulikan tahap kefahaman murid. Mereka juga mungkin takut kerana saya bersikap tegas, kurang memberi peluang murid bertanya, contoh-contoh yang tidak mencukupi, terlalu mengejar sukatan, terlalu fokus pada peperiksaan dan objektif yang terlalu banyak hendak dicapai.

Saya sangka dengan sikap saya yang serius itu akan menyebabkan murid saya lebih fokus kepada pelajaran demi peperiksaan yang akan menjelang iaitu pada bulan September 2012. Sangkaan saya meleset dan telah menyebabkan murid tidak dapat menguasai p&p. Kerja-kerja latihan murid semakin teruk dan prestasi mereka dalam ujian bulanan sangat menghampakan.

Untunglah saya cepat sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan, memandangkan murid-murid ini akan menghadapi UPSR pada September 2012. Masih belum terlambat untuk saya memacu strategi p&p supaya murid dapat menjawab soalan peperiksaan dengan lebih baik dan bersedia. Saya telah cuba membantu murid dalam mengatasi masalah di atas 5

dengan cara mencari maklumat penting melalui kaedah kata tanya (1H5W- How, Who, What, When, Why, Where) atau dalam Bahasa Melayu; Bagaimana, Siapa, Apa, Bila, Kenapa, Mana, bagi menyelesaikan masalah memahami petikan semasa membaca petikan bersama-sama murid.

Pengalaman pengkaji menjadi guru selama lebih kurang 15 tahun di Sekolah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran banyak membantu dalam melaksanakan penyelidikan ini. Tambahan pula setiap tahun, pengkaji mengajar murid Tahun 6 mata pelajaran Bahasa Melayu dan murid ini akan menghadapi peperiksaan UPSR. Trend penandaan bagi kertas Bahasa Melayu juga semakin sukar dan tahun-tahun kebelakangan ini kertas Bahasa Melayu Pemahaman mula berubah. Lima tahun kebelakangan ini jawapan soalan pemahaman memerlukan murid menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).

Pada masa dahulu murid-murid boleh mencari jawapan dengan memadankan ayat yang lebih kurang sama dalam petikan, tetapi senario begitu tiada lagi kini. Di samping itu terdapat juga petikan kesusteraan kanak-kanak. Sebenarnya ini merupakan kesinambungan dengan subjek Komsas (komponan sastera) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, apabila murid ini ke sekolah menengah kelak. Soalan yang diberikan juga adalah pada aras kesukaran yang agak tinggi. Ini sebenarnya menambah cabaran dan kesukaran bagi murid pendidikan khas pendengaran untuk memperoleh markah penuh bagi soalan petikan. 6

Dalam sesi p&p, pengkaji sentiasa melakukan pelbagai teknik pengajaran agar penyampaian dalam kelas lebih berkesan, menyeronokkan dan dapat menarik minat serta motivasi murid. Pengkaji melihat murid bermasalah pendengaran sangat sukar dan kurang minat untuk memahami teks Bahasa Melayu. Seringkali pengkaji melihat dan membuat penilaian selepas p&p serta penilaian bulanan mendapati murid tidak dapat menjawab dengan baik iaitu dengan meneka sahaja jawapan tanpa memahami petikan terlebih dahulu.

Ini menjadikan pengkaji amat bimbang ke atas prestasi dan pencapaian murid terhadap subjek teras Bahasa Melayu. Murid perlu lulus kedua-dua kertas Bahasa Melayu 1 (Pemahaman) dan kertas Bahasa Melayu 2 (Penulisan) untuk mendapat sijil penuh dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Lebih-lebih lagi bagi murid ini akan menduduki peperiksaan pada bulan September tahun ini.

Petikan Bahasa Melayu amat sukar difahami oleh murid-murid bermasalah pendengaran. Lebih-lebih lagi trend soalan pemahaman kini lebih memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semasa memilih jawapan yang tepat. Oleh itu, pengkaji mengambil langkah menggunakan kaedah kata tanya (1H5W). Ini dapat memudahkan murid untuk mencari kata kunci dan seterusnya dapat menjawab soalan petikan dengan baik. Murid juga dapat meningkatkan teknik menjawab soalan dengan tepat. Ini kerana dalam petikan Bahasa Melayu terkandung unsur yang menjawab persoalan 7

(1H5W). Ini memudahkan murid untuk memahami petikan dengan lebih baik.

Merujuk refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan adalah kerana;

a) Murid tidak mencuba membaca petikan lebih daripada sekali untuk

memahami petikan.

b) Murid tidak faham makna banyak perkataan yang terdapat dalam petikan.

c) Murid gagal memahami jalan cerita petikan.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran, ditambah lagi sikap murid yang malas membaca, hendak cepat siap dan tidak pandai membahagikan masa yang telah diperuntukan. Murid juga jarang menggunakan kamus. Murid menjadi lemah dalam latihan untuk membuat rujukan. Hal ini kerana menganggap kamus melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka tidak faham kehendak soalan Kebolehan dan keupayaan memahami ayat dan petikan dapat mempengaruhi mereka dalam menjawab soalan pemahaman.

Kesan masalah jika tidak diatasi, murid akan terus tidak faham petikan yang dibaca dan seterusnya gagal menjawab dengan tepat soalan yang ditanya. Murid juga akan melepaskan peluang memperoleh markah yang lebih baik kerana soalan yang dikemukakan dianggap mudah. Kekurangan markah dari 8

petikan pemahaman akan mempengaruhi markah keseluruhan kertas Bahasa Melayu Pemahaman dalam peperiksaan UPSR.

Pengkaji akan cuba mengatasi masalah murid dengan mengalakkan membaca lebih dari satu kali sesuatu petikan yang diberikan dan menggunakan kaedah kata tanya (1H5W), juga membimbing mereka mencari isi-isi penting daripada petikan yang dibaca.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Semasa sesi p&p, pengkaji sentiasa melakukan pelbagai teknik, kaedah, strategi pembelajaran dan pengajaran serta teori diaplikasikan agar penyampaian dalam kelas lebih berkesan, menyeronokan dan dapat menarik minat serta motivasi murid. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme.

Teori konstruktivisme mengambil pendekatan yang selaras dengan pendekatan kognitif. Ia mempunyai implikasi dalam semua aspek teori pembelajaran. Cara bagaimana pengetahuan ditanggapi dan dikuasai, jenis-jenis pengetahuan, kemahiran dan aktiviti yang ditekankan, peranan murid dan guru, bagaimana matlamat dibina, kesemuanya dipersembahkan dalam bentuk yang berbeza dalam prespektif konstruktivisme.

Merujuk perkara di atas dan perkaitannya dengan kajian ini, pengkaji telah melaksanakan pengajaran secara berperingkat-peringkat. Pengkaji telah 9

menanamkan konsep kata tanya terlebih dahulu kepada murid-murid, iaitu menggunakan simbol orang lidi bagi siapa yang merujuk orang atau manusia, simbol rumah bagi kata tanya mana, simbol pensil bagi kata tanya apa simbol jam bagi kata tanya bila dan simbol 123 bagi kata tanya berapa. Pengkaji telah mengetengahkan soalan dan masalah dan kemudian memandu murid mencari jawapan mereka sendiri. Pengkaji telah menggunakan banyak teknik dalam proses pembelajaran. Antaranya meminta murid membentuk soalan-soalan sendiri, membenarkan interpertasi dan ekspresi pembelajaran, serta pengkaji telah menggalakkan murid kerja berkumpulan dan menggunakan rakan sekelas sebagai sumber (pembelajaran kolaboratif).

Pengkaji telah memastikan murid telah menguasai konsep penggunaaan kata tanya, apa, bila, berapa, siapa, mana, kenapa/mengapa, bagaimana (1H5W) terlebih dahulu sebelum mereka membaca sesuatu petikan. Kaedah latih tubi yang dilaksanakan murid secara individu telah memberikan pengalaman semula jadi kepada mereka untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran itu serta meningkatkan lagi ingatan murid. Teori konstruktivisme ada menyebut bahawa murid akan membandingkan maklumat yang diperolehi dengan pemahaman yang mereka sudah miliki. Menggunakan teknik ini murid dapat memahami teks dengan mudah dan seterusnya dapat menjawab soalan kefahaman dengan lebih lancar. 10

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian yang dilakukan ini adalah berfokuskan kepada murid masalah pendengaran Tahun 6A2 dengan membantu murid-murid ini menguasai kemahiran kata tanya dan diharapkan dapat menarik minat murid kepada p&p dan murid lebih aktif sepanjang proses p&p dijalankan.

2.1 Isu Kajian Pengkaji mendapati murid-murid 6A2 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor Bahru lemah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Murid-murid 6A2 ini juga bakal menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada hujung tahun 2012. Pengkaji merasakan perlu kesemua murid 6A2 ini lulus dalam kertas Bahasa Melayu sekaligus mempertingkatkan pencapaian dalam subjek ini. Murid perlu lulus dalam kertas Bahasa Melayu 1 iaitu kertas pemahaman dan kertas Bahasa Melayu 2 iaitu penulisan untuk mendapat sijil penuh bagi UPSR.

Pengkaji juga mendapati murid-murid 6A2 ini tidak dapat menguasai subjek ini, terutamanya soalan berkaitan petikan. Oleh itu pengkaji menggunakan kaedah kata tanya (1H5W) sebagai kata kunci untuk membolehkan murid-murid mencari isi penting dan seterusnya memahami petikan dan dapat 11

menjawab soalan pemahaman dengan betul. Apabila murid-murid memahami jalan cerita yang terkandung dalam petikan pemahaman, sekaligus memudahkan murid untuk memilih jawapan yang paling tepat bagi soalan objektif yang diberikan.

Antara masalah yang dihadapi murid adalah seperti berikut;

i. Murid-murid tidak dapat mencapai objektif pengajaran disebabkan

langkah pengajaran pengkaji yang tidak sistematik dan lancar

ii. Isyarat yang tidak konsisten.

iii. Pengkaji mengajar terlalu cepat dan murid tidak menguasai apa yang

diajar.

iv. Murid kurang memberi tindak balas apabila ditanya dengan soalan

berkaitan pelajaran.

Daripada masalah yang dihadapi, pengkaji hanya memfokuskan kepada satu masalah iaitu memahami petikan pemahaman dan menggunakan teknik kata tanya (1H5W).

2.2 Tinjauan Awal Murid-murid bermasalah pendengaran mempunyai pelbagai masalah untuk menerima pengajaran guru dalam semua subjek yang dipelajarinya terutama mata pelajaran Bahasa Malaysia. Namun begitu, dalam kajian ini pengkaji hanya memfokuskan kajian terhadap aspek pemahaman petikan Bahasa Melayu. Aspek pemahaman murid terhadap petikan Bahasa Melayu menjadi fokus utama dalam kajian yang dijalankan. Pengkaji berusaha mencari 12

pendekatan yang strategik dan berkesan supaya murid dapat memahami petikan Bahasa Melayu dengan lebih mudah. Pengkaji juga mendapati pendekatan dan teknik kata tanya dengan menggunakan simbol ini sesuai untuk murid bermasalah pendengaran malahan untuk murid aliran perdana. Pengkaji berasa bertanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran memahami petikan. Ini kerana murid bermasalah pendengaran mempunyai masalah untuk memahami pembelajarannya.

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan adalah kerana;

a) Murid tidak cuba membaca petikan lebih daripada sekali untuk

memahami isi petikan.

b) Jawapan pemahaman memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif

dan kritis (KBKK).

c) Bagi petikan kesusasteraan kanak-kanak, murid khas masalah

pendengaran sukar memahami bahasa-bahasa sastera.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran terutamanya murid yang malas membaca, kurang motivasi, hendak cepat siap, dan tidak pandai membahagikan masa yang diperuntukkan. Murid-murid juga jarang dan tidak mahir menggunakan kamus untuk membuat rujukan. Hal ini kerana masa p&p yang singkat dan murid rasa membuang masa merujuk kamus yang tebal. Murid tidak boleh menjawab soalan pemahaman kerana tidak faham soalan pemahaman. Kebolehan memahami petikan 13

mempengaruhi mereka dalam menjawab soalan pemahaman di samping jawapan disediakan.

Kesan masalah jika tidak ditangani, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Murid juga akan melepaskan peluang memperoleh markah yang lebih baik kerana soalan yang dikemukakan dianggap mudah. Jika penggunaan kamus tidak dipraktikkan berterusan, maka murid akan lemah dalam perbendaharaan kata. Murid juga tidak akan biasa dan tahu cara menggunakan kamus dengan betul jika tidak dipraktikan. Murid yang gagal memahami petikan akhirnya akan gagal menjawab soalan. Kekurangan markah daripada petikan pemahaman akan mempengaruhi markah keseluruhan Bahasa Melayu pemahaman dalam peperiksaan UPSR. Pengkaji akan cuba mengatasi masalah murid enggan membaca lebih dari satu kali sesuatu petikan yang diberikan dan membimbing mereka dengan teknik kata tanya (1H5W) dengan menggunakan simbol.

Melalui teknik kata tanya dapat mencungkil isi-isi penting yang terdapat dalam keseluruhan teks atau petikan. Murid juga lebih fokus dan tahu jalan cerita teks dengan cepat dan betul. Guru juga telah melukis simbol bagi mewakili setiap kata tanya untuk memudahkan murid. Contohnya orang lidi bagi kata tanya siapa, dan ilustrasi jam bagi kata tanya bila. Murid juga ada menggunakan pen berwarna mewakili setiap kata tanya. Pengkaji telah berjumpa dengan kedua ibu bapa murid 6A2 semasa Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang di adakan pada 19 Februari 2012 dan berbincang 14

mengenai teknik ini. Pengkaji juga ada menghubungi setiap keluarga murid supaya membantu murid membuat latihtubi di rumah. Kolaborasi antara guru dan keluarga murid diharapkan dapat membantu murid masalah pendengaran ini memahami teks yang dibaca.

2.3 Analisis Tinjauan Awal Pengkaji telah membuat tinjauan awal dengan melakukan ujian diagnostik untuk mengenalpasti kelemahan murid-murid 6A2 dan ujian pra untuk menguji tahap pengetahuan murid dalam menjawab soalan kefahaman menggunakan petikan. Tinjauan awal ini bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian murid-murid sebelum diperkenalkan dengan teknik kata tanya dengan menggunakan simbol sebagai cara paling berkesan untuk memahami petikan Bahasa Melayu.

Jadual 1

Keputusan ujian diagnostik dan ujian pra Murid Ujian

Diagnostik Ujian Pra

M1 5/12 5/20

M2 3/12 3/20

M3 2/12 4/20

M4 3/12 4/20