Teori Mentalis Dan Interaksionalisme

5
TEORI BEHAVIORIS TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

description

hhh

Transcript of Teori Mentalis Dan Interaksionalisme

  • TEORI BEHAVIORISTEORI PEMEROLEHAN BAHASA

  • Diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan ThorndikePembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia.Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi.Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental.Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau merekaDalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas.Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian.

  • Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan.Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan.Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasaPenggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna

  • Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (18491936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (18741949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (19041990) mengemukakan teori Contiguity of Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara positif atau negatif.

  • Ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui proses rote-learning.